Tuesday 31 December 2013

Cara Untuk Menjadi Ahli Shaklee

Terdapat 2 cara untuk menjadi ahli Shaklee ataupun nama spesifiknya Shaklee Independent Distributor (SID) ataupun Bahasa Melayunya Pengedar Bebas Shaklee.


Pertama: Keahlian SID secara percuma dengan membuat pembelian barangan kesihatan Shaklee pada harga ahli dalam 1 resit dengan nilai UV sebanyak 200. Anggaran pembelian ini adalah sekitar RM650 PV (UV = unit volume dan PV = purchase volume).

Disamping melayakkan mendapat SID percuma (yang bernilai RM65), pembelian dengan UV sebanyak 200 juga melayakkan SID baru ini mendapat bonus bulanan pertama sebanyak RM30+. Jika ada tambahan pembelian pada bulan tersebut, nilai bonus bulanan juga akan meningkat selari dengan pembelian. Jumlah UV minimum yang melayakkan SID menerima bonus bulanan adalah sebanyak 150.

Jumlah penjimatan dengan keahlian percuma ini adalah sebanyak sekitar RM100+ (RM65 untuk keahlian percuma + RM30+ bonus bulan pertama)

Kedua: Membayar RM65 untuk pendaftaran keahlian SID secara terus di mana-mana cawangan Shaklee di seluruh Malaysia. Kit bisnes (starter kit) yang mengandungi bisnes manual, panduan produk, resit Shaklee, panduan ahli dan lain-lain akan terus diberikan kepada SID bagi membolehkan SID buat pembelian produk pada harga ahli.

Bagi pendaftaran secara online, bayarannya pendaftarannya juga adalah sebanyak RM65, di tambah dengan RM10 untuk penghantaran kit bisnes tadi ke alamat yang kita daftarkan.

Kedua-dua pendaftaran ini memerlukan seorang penaja. Maklumat penaja yang diperlukan adalah nama, nombor telefon dan No SID. Bagi yang ingin memilih kami sebagai penaja sangat-sangat dialukan. Bolehlah letakkan nama: Lukeman Yusoff / Siti Norliza Ibrahim, No. tel: 013-2299319 dan Shaklee ID: 1089476 sebagai penaja. InsyaAllah bimbingan, tunjuk ajar dan sokongan akan diberikan bagi membantu setiap ahli baru yang masuk di dalam kumpulan kami. Bimbingan secara online turut disediakan di dalam group FB dan juga group Whatsapp.


Kos untuk jadi ahli Shaklee

7 manfaat yang akan kita perolehi dengan jadi ahli Shaklee insyaAllah


Harap ianya membantu pengguna-pengguna produk kesihatan, mahupun mereka yang masih mencari produk kesihatan untuk diri dan keluarga. Hubungi kami jika perlukan maklumat yang lebih lanjut berkaitan produk, pemasaran, peluang bisnes mahupun harga istimewa bagi pembaca blog www.jombahagia.blogspot.com. Terima kasih atas kunjungan tuan puan ke sini.

Wallahhua’lam

Liza & Lukeman
Bangi Selangor
20.2.2014
Shaklee Independent Distributor ID: 1089476
Tel/sms/whatsapp: 019-6515717 / 013-2299319
Blog: www. jombahagia.blogspot.com
Email: jombahagia@gmail.com


Artikel Berkaitan
(1) Mengapa Shaklee? (4) Agen Shaklee Bangi
(1) Mengapa Shaklee (3) Shaklee vs Herbalife vs B'Young
(2) Mengapa Shaklee (2)? Halal, Diperakui KKM, Selamat, Semulajadi dan Terbukti Berkesan
(3) Mengapa Shaklee? (1) Madu Lebah, Kismis dan Shaklee
 
Read more ...

Monday 30 December 2013

Merawat Eszema Dengan Vitamin C, OmegaGuard & Nutriferon Shaklee

Alhamdulillah hari ini (1.1.2014) genap 17 hari anak kami yang keempat (Yus) kami bagi makan chewable vitamin C, omegaguard dan nutriferon Shaklee. Chewable vitamin C boleh dikatakan setiap hari kami akan bagi dia makan sebiji, bukan hisap lagi, tapi siap gigit dan telan :). Omegaguard, selang dua hari sekali, kami picit dan masukkan dalam botol susu Yus sebelum dia minum untuk tidur malam. Nutriferon pula untuk sistem imun setakat ini kami bagi dia baru dua kali, itupun 1 paket dia berkongsi dengan kakak-kakak dan abangnya.


Hasilnya, alhamdulillah seperti gambar di atas. Gambar kiri adalah pada hari pertama (16.12.2013), 2 gambar tengah adalah selepas seminggu dan dua minggu penggunaan (gambar agak kurang kelas kerana ambil menggunakan kamera HP), dan gambar sebelah kanan adalah gambar terbaru, hari ini (1.1.2014). Syukur pada Allah asbab bagi anak-anak makan vitamin C, omega guard dan nutriferon Shaklee alhamdulillah eszema dan alergic kulit anak keempat kami, Yus dapat dihilangkan. Harapnya ia terus kekal begini dan harapnya eszemanya tidak lagi berulang


Omega guard mengandungi rangkaian penuh asid lemak omega 3 semulajadi yang terdiri daripada EPA, DHA, ALA bagi membantu menyihatkan jantung, sendi, membantu perkembangan dan fungsi otak dan memperbaiki sistem kardiaovaskular. Bagi yang berminat untuk dapatkan omega guard dengan harga istimewa COD bagi kawasan Bangi dan sekitar boleh hubungi kami seperti di bawah. Bagi kawasan lain penghantaran secara pos laju insyaAllah.

Liza & Luke
Shaklee Independent Distributor ID: 1089476
Tel/sms/whatsapp: 013-2299319
Blog: www. jombahagia.blogspot.com
Email: jombahagia@gmail.com
Read more ...

Sunday 29 December 2013

Set Berpantang, Set Menyusu dan Set Menurunkan Berat Badan

Dibawah ini adalah nutrisi kesihatan keluaran Shaklee yang dicadangkan bagi set bersalin / berpantang selepas melahirkan bayi, set menyusukan bayi dan set menurunkankan berat badan, beserta fungsi dan kegunaannya.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan set produk ini dan maklumat lanjut boleh hubungi kami di talian:
Liza & Luke
Shaklee Independent Distributor ID: 1089476
Tel/sms/whatsapp: 013-2299319
Blog: www. jombahagia.blogspot.com
Email: jombahagia@gmail.com



SET BERPANTANG SELEPAS MELAHIRKAN BAYI


 
SET BERPANTANG SELEPAS MELAHIRKAN BAYI
No
Nutrisi (Bil)
Penerangan, Kegunaan dan Kelebihan* (jika diambil secara harian)
1. Vitalea Iron Formula
(120 tablet
/ 60 sajian)
-    Meningkatkan kesihatan dan kecergasan menyeluruh
-    Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata
-    Meningkatkan kekuatan tulang dan imunisasi
-    Perlindungan daripada radikal bebas
-    Membantu ibu lepas bersalin yang kehilangan banyak darah
2. Sustained Release Vita-C Plus
(180 tablet / 180 sajian)

-    Membantu ibu meningkatkan imunisasi dan membantu menyembuhkan luka lebih cepat
-    Anti-oksidan semula jadi
-    Mengekalkan integriti sel
-    Menggalakkan gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah supaya sihat
-    Menolong mengurangkan symptom alergi
3. B Complex
(120 tablet / 120 sajian)
-    Agen penenang semasa ibu dalam tempoh berpantang / mengelakkan meroyan
-    Menggalakkan kesihatan jantung, metabolisme tenaga dan replikasi DNA yang sihat
-    Menukarkan makanan menjadi tenaga
-    Mengurangkan symptom kemurungan dan tekanan
-    Meningkatkan fungsi otak
4. Zinc Complex
(120 tablet / 120 sajian)
-    Mengeringkan luka bersalin ataupun luka pembedahan dengan cepat, berfungsi seperti pati ikan haruan
-    Menghalang rambut gugur
-    Meningkat sistem imun, menolong penyembuhan dan masalah jeragat
-    Kesihatan prostat
-    Meningkatkan daya seksual dan pertumbuhan organ


SET MENYUSUKAN BAYI



SET MENYUSU
5. Ostematrix (Kalsium)
(120 kaplet / 30 sajian)
-    Membina tulang dan gigi yang kuat
-    Penting untuk mengelakkan sembelit semasa dalam tempoh berpantang
-    Mengekalkan tekanan darah normal
-    Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf
-    Mengurangkan simptom PMS seperti kembung, kejang, bengkak air, baran dan kemurungan
6. ESP Soy Protein Isolate Powder (850g / 30 sajian)
-    Membantu menyembuhkan luka dengan cepat, dan bertindak sebagai milk booster
-    Membekalkan tenaga
-    Menyuburkan kesihatan kulit, rambut, kuku dan otot
-    Penting untuk kanak-kanak, ibu menyusukan anak dan mereka yang sedang pulih dari sakit
7. Alfalfa Complex
(700 tablet / 70 sajian)
(330 tablet / 33 sajian)
-    Sebagai pengganti jamu, memulihkan dalaman wanita, membantu memperbanyakkan susu, agen menurunkan berat badan
-    Kaya dalam nutrisi dan mineral surih
-    Mengurangkan toksin
-    Melegakan rasa kebas dan sakit sendi
-    Merendahkan kolesterol
-    Mengandungi enzim penting untuk penghadaman makanan

SET MENURUNKAN BERAT BADAN



SET MENURUNKAN BERAT BADAN
8. Omega Guard (90 kapsul / 30 sajian)
-    Mengandungi rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain.
-    EPA membantu menyihatkan jantung dan sendi
-    DHA membantu menggalakkan pertumbuhan mental dan fungsi otak
-    Mengurangkan paras kolesterol dan tekanan darah
-    Mengurangkan risiko kanser payudara, prostat dan usus
9. Lecithin (180 kapsul / 30 sajian)
-    Menggalakkan fungsi optimun otak
-    Memecahkan lemak dan menolong mengurangkan berat badan
-    Menurunkan paras kolesterol dalam serum

Harap ianya bermanfaat, insyaAllah

Liza & Luke
Shaklee Independent Distributor ID: 1089476
Tel/sms/whatsapp: 013-2299319
Blog: www. jombahagia.blogspot.com
Email: jombahagia@gmail.com
Read more ...

Saturday 28 December 2013

Inflasi Bakal Menjerat

2014 bakal menyaksikan peningkatan inflasi yang besar dalam negara kita. Bahangnya sudah terasa dari sekarang, sehinggakan ada yang buat kalendar 2014 dengan menggunakan simbol "naik", dan ada juga buat lagu parodi “jika dah tak suka”. Kreatif rupanya rakyat Malaysia.

Tengok sekeliling kita, 2 tiga tahun kebelakangan harga sepinggan nasi dengan satu lauk ikan ataupun ayam, dan sedikit sayur harganya sekitar RM3.50 hingga RM4.00. Sekarang (Disember 2013), harganya adalah sekitar RM4.50 hingga RM5.00. Itu di kedai makanan biasa, jika di kedai yang agak ekslusif, nilainya juga semakin meningkat selari dengan keekslusifan kedai tersebut ;).

Di sini kami ingin berkongsi kaedah yang boleh kita lakukan bagi mengurangkan bahang inflasi ini. Antaranya adalah:

(1)   Tukarkan nilai mata wang kita dalam bentuk "kertas" kepada nilai matawang dalam bentuk objek ataupun "aset" yang boleh melawan inflasi, contohnya adalah emas, perak mahupun hartanah. Namun peratusan pengagihannya perlulah disesuaikan dengan keperluan dan status kewangan kita, kerana kecairan hartanah agak tinggi, berbanding emas, perak mahupun wang fiat.


(2)   Simpan ataupun laburkan wang kertas kita di mana-mana agensi Islamik yang patuh syariah, dan memberikan pulangan yang boleh menandingi kadar inflasi. Agak sukar untuk mencari pelaburan yang kecairan tinggi dan dalam masa yang sama boleh mengatasi kadar inflasi, namun sekurang-kurangnya itu lebih baik daripada kita peramkan duit itu di bawah bantal ataupun dalam akaun simpanan biasa. Tabung Haji, Bank Rakyat, Koperasi Tentera dan Bank Persatuan adalah contoh terbaik

(3)   Rendahkan taraf kehidupan. Jika sebelum ini, kita selalu makan di luar rumah ataupun restoren. Apa kata sesekali kita masak, dan boleh juga difikirkan jika ingin bawa bekal ke pejabat.

(4)   Rancang perjalanan dan penggunaan petrol. Jika sebelum ini kita sering meronda hanya untuk beli sesuatu barangan yang jumlahnya sedikit. Apa kata kali ini kita rancang sebaiknya. Kumpulkan barang yang ingin di beli dalam masa seminggu. Tulis dan catitkan pada kertas, letakkan dalam dompet, kumpul selama seminggu. Kemudian baru kita ke mana-mana pasaraya untuk membelinya. Jimat masa, tenaga dan tentunya belanja petrol.

(5)   Tingkatkan sumber pendapatan. Mahu tidak mahu kita perlu meningkatkan sumber pendapatan. Daripada satu sumber yang terhad, kita perlu perlbagaikan mengikut kepakaran masing-masing. Kepakaran boleh di bina jika kita ingin belajar dan mengamalkan apa yang kita pelajari itu.

Jika tidak mahu menurunkan taraf kehidupan, kita perlu meningkatkan sumber pendapatan. Sekian saja untuk kali ini, sampai jumpa lagi. Salam sayang dari Liza dan Luke

Ingin membeli produk kesihatan Shaklee dengan harga instimewa?
Ingin belajar menjana wang dengan barangan kesihatan yang terbukti berkesan, semulajadi, halal dan selamat?
Ingin memulakan perniagaan dari rumah secara online?
Ingin memulakan bisnes dengan modal serendah RM65?

Hubungi kami:
Liza dan Luke
Shaklee Inpendent Distributor ID: 1089476
013-2299319 (tel/sms/whatsapp)
jombahagia@gmail.com
www.jombahagia.blogspot.com
Read more ...

Friday 27 December 2013

Naik Taraf Rumah

Kami mula menetap di Bangi sekitar tahun 2004. Tahun pertama tinggal di rumah pangsa 3 bilik, dengan sewa RM450. Tahun kedua pindah ke rumah kampung yang sangat cantik suasana, persekitaran dan jirannya. Tahun 2006 kami mula berpindah ke rumah teres, ketika ini anak baru dua orang. Masuk ke rumah baru, dan baru memulakan alam pekerjaan selama kira-kira tiga tahun, tidak banyak renovasi yang kami lakukan terhadap rumah ini. Hanya masukkan keperluan asas; lampu, kipas, gril, tambahan bumbung depan dan belakang rumah, dan yang sedikit besar adalah kabinet dapur. Tiada syiling kapur, tiada penyaman udara dan tiada juga almari pasang siap. Hanya ada almari dan tilam lama yang di bawa dari rumah lama.




2009 sekali lagi kami berpindah ke kawasan berhampiran ketika anak tiga orang. Masih dengan kelengkapan rumah yang sama, yang di bawa dari rumah lama, cuma tambahan tilam baru yang lebih empuk. Rezeki kami makin murah bila dikurniakan dua orang lagi anak, tahun 2011 dan 2012. 2011 tahu yang agak mencabar bila pembantu rumah yang berkerja dengan kami lebih 3 tahun melarikan diri. Mahu tak mahu kami terpaksa mengambil pembantu rumah baru, namun kami diuji lagi apabila pembantu rumah yang baru ini melarikan diri dalam masa tidak sampai sebulan. Tambah buruk bila agen lepas tangan dan tidak mahu menggantikan dengan pembantu baru, padahal ikut perjanjian 3 bulan pertama pembantu masih dalam tempoh waranti.




Tidak mahu pisang berbuah lagi, kami mencari pengasuh di kawasan sekitar. Alhamdulillah ada yang sudi menjaga anak kami. Tanpa pembantu, kami terpaksa basuh baju, lipat baju dan gosok baju sendiri. Jika hujan baju akan basah dijemuran sebab kami berdua berkerja. Mahu tidak mahu renovasi seterusnya patut dilakukan. Kami tambah bumbung di bahagian tepi bagi membolehkan kami menjemur pakaian di kawasan yang bebas hujan. Alang-alang tambah tepi, kami tambah sekali dengan pintu pagar auto bagi memudahkan, terutamanya isteri agar tidak perlu turung dari kereta semasa keluar rumah mahupun semasa balik kerja.

Masa berlalu, dari 2009, sekarang 2013. Anak dah lima, dan tiga daripadanya bakal bersekolah tahun 2014 nanti, almari buku diperlukan bagi meletakkan beg sekolah dan buku-buku sekolah anak. Jadi bila keperluan datang, kami perlu memikirkannya demi keselesaan bersama.

 

Inilah hasilnya. Masih belum siap sepenuhnya. Mereka perlu datang lagi sekali bagi melengkapkan beberapa bahagian yang belum lengkap. Harap dengan siapnya almari ini dapat memudahkan anak-anak kami menyimpan buku-buku dan barangan mereka.


Semakin meningkat dewasa, semakin besar anak-anak, semakin banyak keperluan mereka yang perlu kita sediakan. Keperluan asas juga semakin meningkat harganya. Mahu tidak mahu kita juga terpaksa meningkatkan pendapatan kita. Jika dulu makannya hanya berdua, sekarang makannya bertujuh. Alhamdulillah rezeki sentiasa cukup, Cuma kami kasihankan mereka yang tidak mempunyai pekerjaan yang tetap, tetapi ada banyak tanggunggan dibawahnya.

Jika kami yang dua-dua berkerja inipun sedikit sebanyak terasa dengan beban kewangan sekarang, apatah lagi yang hanya seorang sahaja yang berkerja dalam satu keluarga. Jadi jika tuan puan perlukan sumber kewangan tambahan, kami sebagai agen Shaklee ada jalan untuk memulakan perniagaan sendiri dengan modal serendah RM65 sebagai pendaftaran seumur hidup. Kemudian boleh beli barangan kesihatan Shaklee dengan harga ahli, dan dapat poin lagi. Poin ini dapat ditukarkan kepada wang bila cukup nilai dan tempohnya.

Fikir-fikirkan bersama. InsyaAllah kami sedia membantu setakat mana yang terdaya. Sama-sama kita berusaha meningkatkan pendapatan keluarga. Anak-anak adalah anugerah Allah, sama-samalah kita mendidik dan menjaganya. Hubungi kami jika berminat.

Liza & Luke
Shaklee Independent Distributor ID: 1089476
Tel/sms/whatsapp: 013-2299319
Blog: www. jombahagia.blogspot.com
Email: jombahagia@gmail.com
Read more ...

Thursday 26 December 2013

Jana Wang Dari Rumah

Bajet bulanan, tahunan dan bajet luar jangka

Tahun 2013 bakal meninggalkan kita dan 2014 bakal menjelma kira-kira seminggu lagi. Bajet tahunan perlu dikemaskini. Setiap bulan biasanya kita akan kemaskini bajet bulanan, bajet tahunan dan bajet luar jangka. Ketiga-tiga bajet ini perlu dimasukkan dalam tabung yang berbeza.

Bayaran bulanan persekolahan anak, perbelanjaan keperluan dapur, sewa rumah, bayaran takaful diri dan keluarga, dan bayaran ansuran kenderaan dikatogerikan sebagai perbelanjaan bulanan.

Bayaran awal tahun persekolahan, bayaran cukai pintu dan cukai taksiran, bayaran takaful dan cukai jalan pula adalah contoh bajet tahunan.

Manakala perbelanjaan renovasi rumah, perbelanjaan umrah dan haji adalah perbelanjaan, perbelanjaan perkahwinan anak-anak atau saudara mara dikatogerikan sebagai bajet luar jangka.

Hutang baik, kurang baik dan buruk

Dua hutang yang paling besar yang mungkin kita ada adalah hutang rumah dan juga hutang kenderaan. Hutang pula dikatogerikan kepada dua bahagian iaitu hutang baik dan hutang buruk. Hutang baik bermaksud hutang yang menambahkan nilai kehidupan kita, manakala hutang buruk mengurangkan nilai kehidupan kita.

Contoh hutang baik adalah hutang bagi membeli rumah untuk disewakan. Lebih baik jika perolehan sewa yang kita dapat secara bulanan melebihi daripada bayaran bulanan kita kepada bank. Manakala contoh hutang yang kurang baik adalah pembelian kereta yang semakin susut nilainya. Kurang baik sebab kita berhutang tetapi dalam masa yang sama kita tetap perlukan kereta. Lebih baik jika kita beli kereta secara tunai atau pinjaman dengan kadar yang minimum. Lebih buruk jika kita tidak terpaksa mengikat perut hanya semata-mata mahu membiayai sebuah kereta yang jarang-jarang digunakan.

Hutang yang amat tidak baik adalah hutang yang tidak memberikan apa-apa nilai tambah dalam hidup kita, contohnya berhutang bagi membeli gajet seperti telefon bimbit dan televisyen keluaran terbaru di pasaran. Tidak salah membelinya, cuma mengapa perlu beli keluaran terbaru secara hutang jika yang sedia ada masih elok untuk digunakan

Jana wang dari rumah

Banyak pilihan yang boleh kita lakukan bagi menjana wang dari rumah sama ada secara online ataupun offline, contohnya perniagaan kek dan pastri, perniagaan pakaian bayi dan kanak-kanak, menjual pakaian muslimah, menghasilkan buku elektronik dan sebagainya.

Produk boleh kita hasilkan sendiri ataupun boleh juga kita jual produk orang lain. Banyak syarikat yang bagi peluang kepada kita untuk menjadi agen perniagaan mereka. Pilih sahaja mana-mana yang sesuai dengan minat dan masa kita. Antaranya adalah agen produk kesihatan sepertim mana yang kami buat ini, agen pelaburan seperti emas dan perak, agen hartanah, agen takaful perlindungan mahupun agen pakaian dan fesyen.

Selain daripada itu kita juga boleh menjana wang daripada perkhidmatan yang ditawarkan, contohnya khidmat memotong rumput pada hujung minggu, khidmat urut wanita bersalin ataupun khidmat pengangkutan seperti membawa penumpang dari Bangi ke KLIA.

5 lubuk emas

5 bidang yang akan sentiasa ada permintaannya adalah yang berkaitan dengan makanan, kesihatan, pendidikan, pakaian dan tempat tinggal. Gawat macam mana sekalipun manusia tetap perlukan 5 perkara ini.

Pemakanan adalah yang berkaitan dengan masakan, restoren, air minuman, pasar malam, roti, jajan, kedai runcit dan sebagainya. Manakala kesihatan melibatkan produk nutrisi, suplemen, urutan dan rawatan.

Pendidikan pula seperti mengajar kelas tuisyen, menulis dan menerbitkan buku, mengajar di sekolah mahupun di rumah, buat kelas bimbingan mengikut bidang kepakaran dan sebagainya.

Pakaian pula berkaitan dengan jahitan, sulaman, manik, baju, pakaian renang muslimah, keperluan anak-anak dan sebagainya, dan yang terakhir adalah tempat tinggal atau perlindungan seperti perkhidmatan rumah sewa, menyediakan bilik mahupun rumah tumpangan.

Lima lubuk ini adalah antara keperluan asas manusia. Jadi jika kita berada di antara mana-mana pintunya insyaAllah kita berada di landasan yang betul untuk mencipta mesin cetak wang. Cuma mungkin promosi perlu digiatkan bagi membuatkan pelanggan memilih kita sebagai tempat mereka mencari keperluan asas mereka. Ciptakan sebab mengapa mereka perlu berbelanja dengan kita.

Sertai kami jika anda berminat untuk menjana wang dari rumah, dari lubuk keperluan asas manusia yang berkaitan dengan kesihatan, kecantikan dan kecerdasan dengan memasarkan produk kesihatan jenama Shaklee ke seluruh Malaysia.

Bagi yang berminat boleh hubungi kami:
Liza dan Luke
Shaklee Inpendent Distributor ID: 1089476
013-2299319 (tel/sms/whatsapp)
jombahagia@gmail.com
www.jombahagia.blogspot.com
Read more ...

Monday 23 December 2013

Cadangan Pengambilan Nutrisi Kesihatan Shaklee

Produk Shaklee adalah nutrisi kesihatan untuk seisi keluarga. Cadangan pengambilan ini bagi memudahkan kita membuat pilihan sesuai dengan keperluan dan bajet. Berikut adalah senarai cadangan pengambilan nutrisi kesihatan Shaklee untuk dikongsikan dengan pembaca semua:
(1) Bayi (0-2 tahun): Penyusuan susu ibu sepenuhnya. Khasiat daripada susu ibu akan disalurkan kepada bayi, insyaAllah

(2) 2-4 tahun: 1. Meal Shakes dan OmegaGuard

(3) 5-12 tahun: Meal Shakes, OmegaGuard dan Cheawable Vita-C Plus

(4) 13 tahun ke atas: OmegaGuard, Vitalea, B Complex, Vita C Plus

(5) Lelaki dewasa: OmegaGuard, Vitalea, B Complex, Vita C Plus, Vita E Complex dan OsteMatrix

(6) Wanita dewasa: OmegaGuard, Vitalea, B Complex, Vita C Plus dan Vita E Complex, Alfalfa dan OsteMatrix

(7) Ibu hamil: OmegaGuard, Vitalea, B Complex, Vita C Plus, ESP Soy Protein dan OsteMatrix

(8) Ibu dalam pantang: OmegaGuard, Vitalea, B Complex, Vita C Plus, ESP Soy Protein, OsteMatrix dan Zink Complex

(9) Ibu menyusu: OmegaGuard, Vitalea, B Complex, Vita C Plus, ESP Soy Protein, Alfalfa, OsteMatrix

(10) Untuk imunisasi: Nutriferon

(11) Untuk perokok tegar yang ingin berhenti merokok: Vivix

(12) Untuk sakit sendi dan tulang: Vivik dan Advanced Joint Health Tablet (AJHT)

(13) Untuk kesuburan lelaki: OmegaGuard, Vita E Complex dan Zink Complex

(14) Untuk kesuburan wanita: GLA Complex, ESP Soy Protein, Alfalfa dan B Complex

(15) Untuk buasir: OmegaGuard, OsteMatrix dan Zink Complex

(16) Set asas untuk pergi Haji / Umrah: OmegaGuard, Vitalea, B Complex, Vita C Plus, OsteMatrix dan Advanced Joint Health Tablet (AJHT)

Untuk perincian yang lebih lanjut boleh hubungi kami:

Liza Luke
Shaklee Inpendent Distributor ID: 1089476
013-2299319 (tel/sms/whatsapp)
jombahagia@gmail.com
www.jombahagia.blogspot.com
Read more ...

Sunday 22 December 2013

Mengapa Shaklee (2)? Halal, Diperakui KKM, Selamat, Semulajadi dan Terbukti Berkesan

Entri ini adalah sambungan kepada mengapa kami memilih nutrisi kesihatan Shaklee berbanding produk lain:

(1)     Nutrisi semulajadi

(2)     Lebih 50 tahun di pasaran

(3)     Selamat: Lebih daripada 100,000 ujian kawalan kualiti tahunan dijalankan

(4) Berkesan: Terdapat 70 kajian klinikal bercetak, terdiri daripada 60 saintis Shaklee, terdapat 55 paten dan paten tertunda. Lebih 100 bahan saintifik, 90 daripadanya diterbitkan dalam jurnal peer-review yang membuktikan keberkesanan produk Shaklee. Kajian ulangtahun ke 50 menunjukkan pengguna makanan tambahan Shaklee dalam jangka masa panjang mempunyai kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang mengambil hanya satu multivitamin atau tiada makanan tambahan langsung

(5) Mesra alam: TIADA perasa tiruan, pemanis tiruan, pewarna atau lemak Trans, bendasing tersembunyi, bahan-bahan yang diharamkan dan peluntur klorin

(6) Disahkan HALAL: Produk-produk keluaran Shaklee alhamdulillah disahkan halal oleh Islamic Services of America, iaitu sebuah badan yang diakui oleh JAKIM Malaysia

Sijil Halal Shaklee bagi tahun 2014
Shaklee ada banyak produk dan produk yang paling utama adalah nutrisi / makanan tambahan.Tidak semua produk mereka masuk pasaran Malaysia, yang disahkan halal saja yang berada dipasaran Malaysia sepertimana yang tertera pada sijil mereka diatas. Antara produk yang disahkan halal itu adalah:
1. Alfalfa Complex
2. B-Complex
3. Carotomax
4. Chewable Vita-C Plus
5. Cinh Chocolate Shake Mix
6. Cinch Vanilla Shake Mix
7. Cinch Cafe Late Shake Mix
8. Unsweetened Energy Tea Mix
9. CoQHealth Plus
10. ESP Soy Protein Isolate Powder
11. DTX Complex
12. Garlic Complex
13. GLA Complex
14. Herb-Lax
15. Advanced Joint Health Tablet
16. Lecithin
17. Meal Shakes French Vanilla
18. Nutriferon
19. Omega Guard
20. Ostematrix
21. Performance Drink
22. Peppermint Ginger Plus
23. Sustained Release Vita-C Plus
24. Vita-E Complex
25. Vita-Lea Iron Formula
26. Vita-Lea For Children
27. Vivix
28. Zinc Complex




Perakuan ISA oleh JAKIM. Boleh hubungi nombor tertera ataupun layari sesawang www. halal.gov.my untuk semak dan pertanyaan 

(7) Disamping halal, selamat, terbukti berkesan, sumber semulajadi, barangan Shaklee juga diperakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, sepertimana yang tertera pada hologram yang terdapat setiap botol produk keluaran Shaklee

Di hologram ini akan ditulis no siri dan juga KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia)



Wallahhua’lam

Liza & Lukeman
Bangi Selangor
22.12.2013
Shaklee Independent Distributor ID: 1089476
Tel/sms/whatsapp: 019-6515717 / 013-2299319
Blog: www. jombahagia.blogspot.com
Email: jombahagia@gmail.com

Artikel Berkaitan
(1) Mengapa Shaklee? (4) Agen Shaklee Bangi
(2) Mengapa Shaklee (3) Shaklee vs Herbalife vs B'Young
(3) Mengapa Shaklee? (1) Madu Lebah, Kismis dan Shaklee
Read more ...

Saturday 21 December 2013

Sihat dan Masa Lapang

Di antara initipati khutbah Jumaat lepas (20 Dis 2013) adalah:

Dua nikmat yang sering kita abai dan leka iaitu nikmat kesihatan dan nikmat masa lapang (Hadis riwayat Bukhari)

Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara iaitu:
1. Masa sihat sebelum sakit
2. Masa kaya sebelum tua
3. Masa lapang sebelum sakit
4. Masa muda sebelum tua
5. Masa hidup sebelum mati (Hadis riwayat al Hakim)

Sihat dan masa lapang, dua nikmat yang hanya dimengerti oleh orang yang sakit dan orang yang sibuk. Hanya orang sakit yang benar-benar faham nikmat kesihatan. Tika sakit, segala nikmat lain kita tidak akan dapat menghayatinya. Contohnya bila sakit gigi, segala makanan yang manis kita tidak mahu sentuh. Begitu juga dengan masa lapang, hanya orang yang sibuk yang akan menghargai masa lapangnya. Contohnya seorang bapa yang sudah enam bulan belayar di samudera mencari rezeki, apabila pulang ke rumah dia akan menghargai sepenuhnya masa lapangnya bersama keluarga.

Semoga bermanfaat dan semoga kita sentiasa menghargai masa kini. Bak kata pujangga, semalam adalah pengalaman, esok belum pasti dan hari ini adalah kenyataan yang perlu kita manfaatkan sepenuhnya

Liza & Luke
Shaklee Independent Distributor ID: 1089476
Tel/sms/whatsapp: 013-2299319
Blog: www. jombahagia.blogspot.com
Email: jombahagia@gmail.com
Read more ...

Friday 20 December 2013

Sek Sri Al Amin vs Sek Integrasi vs Sek Kebangsaan

Hujung tahun adalah waktu yang sibuk bagi ibu bapa untuk melakukan persiapan persekolahan anak-anak. Kami juga sama. 2014 insyaAllah 3 orang anak kami akan ke alam persekolahan. Di sini saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang pilihan sekolah rendah yang ada khususnya di kawasan Bangi ini. Faktor pemilihan yang biasa ibubapa tekankan adalah silibus pengajian, pembentukan akhlak, jarak dari rumah ke sekolah, sesi pagi atau petang dan tidak lupa juga kos yang perlu ditanggung sepanjang tahun pengajian.

Sek Sri Al Amin Bangi (SSAAB)


Yuran: Bermula tahun 2012 yuran bulanan dinaikkan daripada RM235 (pelajaran dan makan) kepada RM320. Perbezaan nampak besar tetapi sebenarnya tidak, sebab RM235 dibayar selama 12 bulan iaitu dari Januari hingga Disember dan RM320 dibayar selama 11 bulan iaitu dari Januari hingga Oktober sahaja. Dengan kata lain kadar RM320 sebulan tidak mengambil kira yuran semasa cuti sekolah iaitu bulan Disember. Yuran tahunan yang dibayar awal sesi persekolahan pula sebanyak sekitar RM900 hingga RM1100 berbeza mengikut tahun / darjah.

Pakaian seragam, buku teks dan buku tulis: Pakaian sekolah dan buku ada dijual di koperasi sekolah, biasanya 2-3 minggu sebelum sesi persekolahan bermula. Tahun ini, jualan telah dimulakan bermula 16.12.2013 lepas. Anggaran kos untuk pembelian buku setahun adalah sekitar RM250 dan pakaian seragam sekolah adalah antara RM100 hingga RM300, berbeza mengikut berapa pasang yang kita sediakan untuk anak-anak.

Sukatan Pelajaran: Sama dengan Kementerian untuk subjek BM, BI, Mate dan Sains. Pelajaran agama mengikut sukatan Ikram-Musleh Malaysia. Ada jawi, akhlak, aqidah, fiqah, sirah, bahasa arab, tajwid, tilawah quran dan hafazan.

Waktu persekolahan: Mula dari 8 pagi hingga 3.30 petang. Kelas bermula dengan hafazan dari 8 pagi hingga 8.30 pagi. Kemudian baru diikuti dengan mata pelajaran lain.

Penglibatan ibubapa: Sangat digalakkan kerana sekolah status swasta dan banyak kekangan yang perlu dihadapi. Kebanyakan ibubapa bergiat aktif dalam menyokong sistem persekolahan. Antara aktiviti ibubapa adalah mesyuarat tahunan PIBG, gotong royong menceriakan kelas dan sekolah, kutipan pembinaan surau sekolah dan ceramah keibubapaan.

Syarat kemasukan: Agak ketat. Selain anak-anak perlu mengambil ujian bertulis dan ujian lisan yang meliputi subjek BM, BI, Mate, Jawi dan Bahasa Arab; ibubapa yang kali pertama ingin menghantar anak ke sekolah ini akan ditemuduga. Ini bagi memastikan yang ibubapa mempunyai keinginan yang kuat untuk menghantar anak ke sini, dan bagi menggalakan penglibatan ibubapa dalam menyokong sistem persekolahan. Syarat yang ketiga adalah ibubapa perlu menghadiri kursus keibubapaan yang diadakan oleh pihak sekolah. Jadi ada 3 syarat yang perlu ditempuhi; anak-anak lulus ujian, ibubapa lulus ditemuduga dan wajib menghadiri kursus keibubapaan, ketat bukan J


Gambar Muhammad dan rakannya semasa aktiviti lawatan ke zoo Negara pada 3.7.2012 anjuran Sekolah Rendah Sri Al Amin Bangi

Anugerah: Setiap tahun akan diadakan hari takrim, bagi memberikan hadiah dan galakan kepada pelajar yang cemerlang, bukan saja dalam akademik, malah ada juga katogeri untuk pelajar sahsiah terbaik, pelajar kreatif, kepimpinan dan lain-lain. Anugerah bukan sekadar akademik kerana setiap anak dikurniakan berbeza-beza dengan bakat yang berlainan.


Muhammad menerima anugerah pelajar sahsiah terbaik kelasnya kategori lelaki pada 17.11.2013. Alhamdulillah mengekalkan anugerah yang sama dimenanginya pada tahun 2012 lepas. Harap sahsiahnya dapat dicontohi oleh adik-adiknya yang lain, insyaAllah


Muhammad bersama Aisyah, Athirah dan rakan-rakannya, dengan hadiah pelajar sahsiah terbaik kelasnya kategori lelaki, tahun 2012 pada 11.11.2012 di Sri Al Amin Bangi


Saluran seterusnya: Anak-anak yang cemerlang dalam UPSR boleh memohon untuk ke sekolah rangkaian IKRAM-MUSLEH seluruh Malaysia, boleh juga memohon untuk ke MRSM, dan tiada masalah untuk masuk ke sekolah menengan harian biasa. Di Al Amin Bangi sendiri ada program Tahfiz untuk pelajar lepasan UPSR, tetapi buat masa sekarang hanya untuk pelajar lelaki sahaja.

Dahulu, permohonan untuk ke asrama penuh ada sedikit masalah bila ada kekangan dengan sistem online, tetapi sekarang kami difahamkan masalah ini telah diatasi. Untuk kesahihan pembaca boleh berhubung terus dengan pihak sekolah.

Lokasi dan no telefon: Sekolah Sri Al Amin Bangi, PT 39519 Kampung Sungai Tangkas, 43657 Bandar Baru Bangi, Selangor. Tel: 03-8925 2454, Fax: 03-8925 8717

Sek Rendah Integrasi (SRAI)


Yuran: Yuran tahunan yang dibayar awal sesi persekolahan adalah sebanyak sekitar RM140 hingga RM160 berbeza mengikut tahun / darjah. Sekolah ini juga kategori swasta tetapi yuran pengajiannya dibiayai oleh Kerajaan Negeri Selangor. Yuran bulanan pula hanya RM50 untuk bayaran makanan sahaja. Anak-anak akan diberi makan pada waktu tengah hari.

Pakaian seragam, buku teks dan buku tulis: Pakaian sekolah boleh dibeli di kedai biasa, buku dan alat tulis ada dijual di koperasi sekolah. Buku teks ada diberikan pinjaman, hanya perlu beli buku tulis dan kelengkapa lain sahaja. Anggaran sekitar RM100 bergantung kepada tahun / darjah. Pakaian seragam sekolah adalah antara RM100 hingga RM300, berbeza mengikut berapa pasang yang kita sediakan untuk anak-anak.

Sukatan Pelajaran: Sama dengan Kementerian untuk subjek BM, BI, Mate dan Sains. Pelajaran agama mengikut sukatan JAIS. Ada jawi, akhlak, aqidah, fiqah, sirah, bahasa arab, tajwid, tilawah quran dan hafazan.

Waktu persekolahan: Mula dari 7.30 pagi hingga 4 petang.

Penglibatan ibubapa: Digalakkan. Antara aktiviti tahunan ibubapa adalah mesyuarat tahunan PIBG, dan juga jualan buku sempena pengambilan buku rekod anak-anak.

Syarat kemasukan: Agak ketat. Anak-anak juga perlu mengambil ujian bertulis dan ujian lisan sama seperti kemasukan ke SSAAB yang meliputi subjek BM, BI, Mate, Jawi dan Bahasa Arab, tetapi ibubapa tidak perlu ditemuduga. Keputusan sepenuhnya bergantung kepada prestasi anak-anak. Banyak ragam yang akan kita nampak masa ujian ini nanti. Persaingan agak sengit kerana ramai yang akan mohon untuk masuk ke SRAI disebabkan sekolah 1 sesi (sekolah kebangsaan dan agama dalam satu masa pengajian) dan yuran bulanan ditanggung oleh JAIS @ Kerajaan Negeri Selangor, hanya perlu bayar makan RM50 sebulan sahaja.


Aisyah dan Athirah di perhimpunan mingguan, setiap pagi Jumaat di SRAI BBBangi pada 3.1.2014


Athirah ditangkap oleh kawan tadikanya ketika pulang dari sekolah. Kawan sepermainan dan setadika

Muhammad dan Aisyah ketika pulang dari sekolah pada 14.1.2013, singgah solat Asar di masjid UKM sebelum ambil Liza pulang dari pejabat.



3 beradik singgah solat Asar di masjid UKM


Anugerah: Setiap tahun juga akan diadakan hari penyampaian hadiah.

Saluran seterusnya: Lepasan UPSR boleh memohon untuk ke sekolah rangkaian agama. seluruh Malaysia, boleh juga memohon untuk ke MRSM, dan tiada masalah untuk masuk ke sekolah menengah harian biasa.

Permohonan untuk ke asrama penuh dahulunya juga ada sedikit masalah, tetapi sekarang kami difahamkan masalah ini telah diatasi, juga melibatkan sistem online yang ada sedikit kekeliruan dalam memasukkan pelajar sekolah katogeri swasta. Untuk status terkini pembaca boleh berhubung terus dengan pihak sekolah.

Lokasi dan no telefon: Sekolah Rendah Agama Integrasi, Bandar Baru Bangi, Jalan Kemajuan, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. Tel: 03-8925 4714, Fax: 03-8920 2801 email: sraibbb@yahoo.com.my

Sek Kebangsaan (SK)


Antara sekolah yang menjadi pilihan warga Bangi adalah SK Jalan 3 dan SK Jalan 4. Bermula tahun 2012 setiap anak yang ingin memohon untuk masuk ke SK Jalan 3, tetapi diluar daripada kawasan saluran, perlu mengambil ujian bertulis di sekolah. Hanya yang lulus akan ditawarkan tempat.

Sekolah 2 sesi; darjah 1-3 sesi petang sukatan pelajaan sekolah kebangsaan dan sesi pagi sukatan agama. Darjah 4-6 sesi pagi sukatan pelajaan sekolah kebangsaan dan sesi petang sukatan agama. Ramai juga pelajar cemerlang yang dihasilkan oleh SK.

Permohonan kemasukan ke SK secara online. Permohonan ke SRAI perlu isi borang yang boleh ambil di sekolah, tetapi perlu juga mendaftar secara online untuk kemasukan ke SK. Ini kerana hampir separuh pelajar yang mohon ke SRAI terpaksa ditolak kerana faktor tempat. Jadi mereka perlu cari sekolah lain ataupun ke SK. Permohonan ke SSAB melalui borang yang boleh diambil disekolah. Sekarang SSAB telah membuka cawangannya di Nilai.

Kesimpulannya anak-anak adalah anugerah Allah, kita sebagai ibubapa yang perlu mencorakkan mereka mengikut acuan yang sepatutnya. Keseimbangan antara pengisian rohani, akidah dan akademik perlu diselarikan bagi menghasilkan ganerasi yang bukan saja cemerlang di dunia malah berjaya di akhirat. Status kewangan juga penting dalam memilih sekolah untuk anak-anak.

Akhirnya bukan sekolah yang menentukan kejayaan anak-anak, tetapi kita sebagai ibubapa dan anak-anak sendiri yang akan menentukan kejayaan itu, dengan bantuan dan sokongan daripada sekolah. Usaha yang terbaik, berdoa kepada Allah, insyaAllah semoga kita dikurniakan anak-anak yang menjadi penyejuk mata kedua ibubapanya. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat.






“Wahai Tuhanku! Jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku” (Surah 14 Ibrahim ayat 40)

Wallahhua’lam

Lukeman & Siti Norliza
Bangi Selangor
20.12.2013
Tel/sms/whatsapp: 013-2299319
Blog: www. jombahagia.blogspot.com
Email: jombahagia@gmail.com


Artikel berkaitan:

Read more ...