Friday 28 February 2014

Keahlian Percuma Seumur Hidup Dengan Pembelian Set Shaklee

Kita boleh dapatkan keahlian percuma Shaklee dengan membeli beberapa jenis produk yang kita perlukan dengan nilaian UV 200 ataupun bersamaan hampir RM650 dalam 1 transaksi dan dengan harga ahli. Bonus kedua adalah kita akan terus layak untuk dapat bonus bulan pertama sebanyak RM30++. 


Antara set yang boleh kita ambil untuk dapatkan FREE MEMBERSHIP adalah:
(1) 2 botol vivix (untuk warga emas / berhenti merokok)

(2) 1 botol vivix, 1 collogen powder dan 1 ESP (set warga emas/perokok dan ibu/wanita)


(3) 1 ESP, 1 mealshakes, 1 omega guard, 1 vita C, 1 ostematrik, 1 vitalea, 1 vita B complec, 1 herbalax dan 1 zinc (set anak genius, ibu dan bapa)

(4) 1 vivix, 1 AJHT, 1 ostematrik dan 1 omega guard (set lengkap warga emas/3 serangkai; lemah jantung, kencing manis dan darah tinggi)

(5) 2 vitamin E, 1 GLA, 1 ESP, 1 B complex, 1 vitalea, 1 vitamin C, 1 zink (set lengkap suami isteri yang sedang berusaha untuk dapatkan zuriat insyaAllah)

(6) 2 ESP, 1 alfalfa, 1 zink, 1 omega guard, 1 B complex, 1 vitalea, 1 vitamin C, 1 herbalax, 1 lechitin (set lengkap ibu berpantang, menyusu dan turunkan berat badan)


Kami dulu bermula dengan keahlian PERCUMA sebab beli untuk set anak genius, set ibu dan bapa macam (3) di atas. Pendaftaran semuanya boleh dibuat secara online. Maklumat akan dimasukkan secara online, kemudian ID & password juga akan diberikan kepada kita melalui no telefon yang kita daftarkan. 
Dah dapat ID dan password, maka rasmilah kita sebagai agen Shaklee, boleh beli produk pada harga ahli, boleh kumpul mata untuk dapatkan bonus yang dibayar oleh Shaklee dan banyak lagi kelebihannya.

Jom, sama-sama dapatkan KEAHLIAN PERCUMA
Semoga bermanfaat



7 manfaat yang akan kita perolehi dengan jadi ahli Shaklee insyaAllah



Kos untuk jadi ahli Shaklee bagi melayakkan kita untuk dapatkan 7 manfaat di atas insyaAllah

Wallahhua’lam 
Liza & Lukeman 
Bangi Selangor 
28.2.2014 
Shaklee Independent Distributor ID: 1089476 
Tel/sms/whatsapp: 0196515717 / 0132299319 
Blog: www. jombahagia.blogspot.com 
Email: jombahagia@gmail.com 

Artikel berkaitan
(1) Cara Untuk Menjadi Ahli Shaklee
(2) Mengapa Shaklee? (5) Mudahnya Beli Produk Shaklee Secara Online
Read more ...

Thursday 27 February 2014

Travelog Umrah dan Ziarah (6) Persiapan Menuju Madinah dan Mekah

Sebelum berangkat ke Madinah dan Mekah, beberapa persiapan perlu kita lakukan yang melibatkan persiapan mental, fizikal dan spiritual. Persiapan mental maksudnya kita bersedia dari segi semangat dan roh untuk ke Tanah suci Mekah dan Madinah, persediaan fizikal maksudnya fizikal dan kesihatan kita mengizinkan, dan persiapan spiritual melibatkan taubat, berdoa, beristigfar agar urusan kita dipermudahkanNya, insyaAllah.

Di sini kami coretkan beberapa perkara yang perlu kita lakukan sebelum berangkat ke sana bagi memudahkan segala urusan kita disana nanti, insyaAllah;

(1) Mendaftar Haji di kaunter Tabung Haji, sebab tujuan kita buat umrah dan ziarah adalah sebagai persiapan untuk menunaikan ibadah Haji, insyaAllah. Alhamdulillah kami anak beranak semua dah daftar haji dengan Tabung Haji. Ikut pendaftarannya, Lukeman dan Liza akan menunaikan haji pada tahun 2027 masa umur kami 48 dan 46 tahun. Muhammad, Aisyah dan Athiran pada tahun 2052 pada umur mereka 47, 46 dan 45 tahun sebab mereka kami daftarkan pada masa yang sama. Yusuf dan Atiqah pula giliran hajinya adalah pada tahun 2058 iaitu pada umur mereka 46 dan 45 tahun, insyaAllah.
Kita daftar dulu dengan tabung haji bagi menyatakan niat dan keinginan kita untuk menunaikan haji dan umrah. Jika ada rezeki lebih, dan ingin menunaikannya lebih awal, Alhamdulillah kita boleh ambil pakej yang disediakan. Ramai orang ingin menunaikannya lebih awal masa usia masih muda dan tenaga masih kuat. Sama-sama kita doakan agar kita semua boleh pergi menunaikan haji lebih awal insyaAllah. Target kami sebelum kami berumur 40 tahun insyaAllah. Caranya (1) boleh buat rayuan dengan tabung haji ataupun (2) boleh mohon untuk pergi melalui pakej yang lebih mahal berbanding muassasah tabung haji, insyaAllah dan wallahhua'lam.


Buku Tabung Haji Lukeman, Liza, Muhammad, Aisyah, Athirah, Yusuf dan Atiqah.


(2) Mendaftar umrah dengan travel agensi yang berdaftar dan mempunyai rekod yang baik. Lebih elok jika mutawif (orang yang mengendalikan umrah dan ziarah) tersebut adalah kawan ataupun saudara yang telah dipercayai kejujurannya. Dalam kes kami mutawif yang mengendalikan umrah dan ziarah ini adalah rakan sepejabat Liza di UKM. Agensinya adalah Hasanah Travel yang berpejabat di Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor. Kos umrah dan ziarah sekitar RM4500-RM7000, bergantung kepada pihak agensi, hotel penginapan, jumlah perjalanan dan pakej ziarah yang ditawarkan. Kos umrah dan ziarah kami adalah RM4690 seorang ataupun RM9380 untuk Lukeman dan Norliza, untuk tempoh 12 hari di Mekah dan Madinah termasuk perjalanan.

Berhati-hati jika mendaftar dengan agensi yang belum pernah kita berurusan kerana banyak kes penipuan yang melibatkan pakej umrah, ziarah mahupun haji.

(3) Pasport dan visa. Kos pasport adalah RM100 untuk 2 tahun dan RM300 untuk 5 tahun. Bagi pasport yang telah lama dibuat, tempoh sahnya mestilah sekurang-kurangnya 6 bulan pada masa ingin berangkat. Pasport yang telah siap, beserta dengan 4 keping gambar pasport dan 4 keping gambar visa perlu diserahkan bersama kepada pihak agensi untuk urusan visa. Visa akan diuruskan oleh pihak agensi.

(4) Suntikan imunisani. Kos suntikan imunisasi adalah dalam lingkungan RM80 – RM150. Kami buat suntikan di Poliklinik UKM, Seksyen 15 Bangi dengan kos RM89, antara yang termurah di Lembah Klang. Doktor yang beri suntikan maklumkan tentang perkara ini. Suntikan imunisasi ini valid untuk 3 tahun. Kami buat pada 21.11.2014, jadi validitinya adalah sehingga 20.11.2014. Jika kami ingin buat umrah, ziarah mahupun haji dalan tempoh ini, buku suntikan imunisasi ini masih valid dan boleh digunapakai.

Passport, visa (di dalam passport), sijil suntikan imunisasi, pas perjalanan dan juga buku nota, pen dan pensil.


(5) Wang dan belanja yang cukup. Pengalaman kami; kos untuk tiket umrah dan ziarah untuk 2 orang adalah RM9380, belanja keperluan dan urusan sebelum berangkat sekitar RM500-RM1000, wang yang ditinggalkan untuk belanja persekolahan anak-anak dan untuk keperluan keluarga di Malaysia untuk 12 hari sekitar RM500.

Wang yang dibawa ke Madinah dan Mekah untuk keperluan di sana adalah sekitar RM1000-RM1500 seorang. Kami bawa RM3000 untuk 2 orang dan bila pulang ke Malaysia bakinya adalah RM1000. Tukaran wang RM kepada SR adalah dalam lingkungan RM100 = SR110. Kalau nak lagi untung boleh tukar RM kepada USD di Malaysia dan di Saudi nanti tukarkan kembali kepada SR.

Macam kami, kami tukarkan di Malaysia RM200 = SR220 (SR110 setiap orang) dan USD100=RM330, dan di Madinah tukaran 100USD = SR370.  Jadi jumlah RM yang kami tukar di Malaysia kepada SR dan USD adalah RM530, selebihnya kami bawa dalam bentuk RM.

(6) Belajar, kursus umrah, tanya saudara dan kawan-kawan yang pernah pergi. Biasanya 1 @ 2 minggu sebelum berangkat, pihak agensi akan adakan kursus sehari di masjid terpilih. Pihak agensi kami buat kursus pada 5.1.2014, 2 minggu sebelum berangkat di Masjid Hasabah Bangi.


 Antara gambar yang sempat diambil semasa kursus umrah dan ziarah

Maklumam tentang Kaabah dan nama-nama penting disisi Kaabah


Amali tawaf di Masjid Hasanah Bangi.


(7) Bertanya dengan saudara, jiran dan sahabat yang pernah pergi ke sana juga dapat memberikan kita sedikit gambaran bagi memudahkan urusan kita di sana nanti. Alhamdulillah, sebelum berangkat kami sempat bertemu dengan abang Long dan mak Long di Gombak, dan juga sahabat lama Lukeman di UTM dulu yang baru berangkat ke Tanah Suci awal tahun 2013, setahun yang lepas. 2 pengalaman yang dikongsikan ini memberikan gambaran yang semakin jelas kepada perjalanan kami, Alhamdulillah.

(8) Membaca buku panduan haji, umrah dan ziarah, dan juga buku travelog ke Tanah suci juga akan banyak membantu pemahaman kita tentang perjalanan ibadah ini, insyaAllah. Antara koleksi buku yang kami ada dan baca sebelum ke sana adalah seperti gambar dibawah. Buku panduan umrah dan ziarah yang kecil yang boleh digantungkan dileher dan senang dibawa juga membantu kita untuk membuat rujukan.



(9) Quran kecil dan Al Mathurat juga boleh membantu memudahkan kita membacanya. Quran banyak disediakan di Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi. Namun jika kita ingin bawa dan baca Quran yang dibawa sendiri dari Malaysia tiada masalah.

(10) Vitamin dan ubat-ubatan. Antara vitamin yang kami bawa adalah B Complex, vitalea, ostematrik, vitamin C dan nutriferon. Boleh rujuk artikel ini untuk fungsi detail setiap vitamin ini. Secara asasnya B Complex dan Vitalea untuk membantu memberikan tenaga dan meningkatkan kecergasan fizikal, Ostematrik untuk kalsium tulang dan gigi, vitamin C untuk membantu sistem imunisasi dan kesihatan kulit, dan nutfireron untuk membantu sistem imun bagi mengegah penyakit. Boleh paketkan kecil-kecil untuk kegunaan 2 minggu di sana.



Ubat-ubatan dari klinik juga perlu di bawa bersama sebagai persiapan luar jangak antaranya adalah panadol / paracetamol, ubat batuk, ubat sakit tekak, actifast dan ubat selsema. Berdasarkan pengalaman kami, alhamdulillah ubat-ubat ini tidak perlu digunakan. Namun sebagai persediaan elok kita bawa bersama. Jika kita tak guna, boleh hadiahkan pada sahabat-sahabat yang kita yang lain yang memerlukan.



 
(11) Keperluan asas lelaki . Lelaki: Kain ihram 1-2 pasang, tali pinggang ihram 1, jubah dan seluar 1-2 pasang, seluar panjang 1-2 helai, baju melayu @ baju kemaja 1-2 helai, baju & seluar tidur 2 pasang, gunting @ pisau cukur untuk tahallul 1, tuala mandi 1, berus gigi, ubat gigi, sikat rambut, minyak rambut dan deodoran setiap 1.









*Jubah, kain ihram dan tali pinggang ihram boleh juga dibeli di Madinah @ Mekah. Di sana harga sehelai jubah adalah SR20, dan sehelai seluar adalah SR10. Di Malaysia harga sehelai jubah adalah dalam RM50-RM70. Bawa 1 dari Malaysia pun dah cukup. Tukaran wang RM (Ringgit Malaysia) kepada SR (Saudi Rial) adalah dalam lingkungan RM100 = SR110

(12) Keperluan asas wanitaWanita: Kain sembahyang 2 pasang (akan dikemaskini kemudian)


Wallahhua’lam 

Liza & Lukeman
Bangi Selangor
27.2.2014
Shaklee Independent Distributor ID: 1089476
Tel/sms/whatsapp: 0196515717 / 0132299319
Blog: www. jombahagia.blogspot.com
Email:
jombahagia@gmail.com

Read more ...

Wednesday 26 February 2014

Vivix Bantu Hilangkan Ketagihan Merokok InsyaAllah

Secara purata seorang perokok tegar menghabis kan 2 kotak rokok sehari, dan harga sekotak rokok adalah RM10-RM12. Katakanlah kita ambil harga sekotak rokok adalah RM10. Jadi belanja rokok sehari untuk perokok tegar adalah RM20.

Sehari RM20, sebulan ada 30 hari bersamaan RM600 belanja rokok sahaja, dan setahun ada 12 bulan, jadi belanja 12 bulan untuk rokok adakan 7 200 untuk rokok sahaja.

Kini dengan adanya Vivix dipasaran ketagihan terhadap rokok dapat dikurang dan insyaAllah dapat dihilangkan. Dengah harganya yang serendah RM475 untuk kegunaan sebulan, nilainya bukan hanya lebih murah daripada belanja rokok sebulan, malah kesihatannya juga akan lebih terjamin dan terpelihara insyaAllah.

Beli 2 botol vivix pada harga ahli akan melayakkan kita untuk dapat keahlian Shaklee percuma





Wallahhua’lam 

Liza & Lukeman
Bangi Selangor
26.2.2014
Shaklee Independent Distributor ID: 1089476
Tel/sms/whatsapp: 0196515717 / 0132299319
Blog: www. jombahagia.blogspot.com
Email:
jombahagia@gmail.com
Read more ...

Tuesday 25 February 2014

Sayangi Isteri dan Anak-Anak dengan Didikan Agama, Doa, Makanan dan Rezeki yang Halal

Isteri dan anak-anak adalah anugerah, amanah dan ujian kepada kita, para lelaki, suami mahupun bapa. Sebagai ketua keluarga kita yang akan menentukan bahtera pelayaran kemana arah yang ingin kita bawa keluarga kita ini. Baik dan soleh pelayarannya insyaAllah destinasinya syurga. Silap percaturan mungkin azab menanti.

Didikan Agama

Didikan dan amalan agama amat perlu dalam membawa keluarga kita ke jalan yang diredhaiNya insyaAllah. Antara yang boleh kita praktikkan bersama adalah:

1. Solat berjemaah bersama-sama; suami sebagai imam, anak dan isteri sebagai makmum. Sesekali boleh minta anak yang umur 6 tahun ke atas untuk azan dan iqamat, dan boleh juga minta yang berumur 7 tahun keatas untuk bacakan doa. Doa bahasa Melayu pun boleh untuk lebih pemahaman dan penghayatan.

2. Solat berjemaah disurau; Sesekali bawa semua anak dan isteri untuk ke surau untuk solat berjemaah, umpamanya pada waktu solat magrib dan isya' ataupun pada hujung  minggu, bagi memberikan roh masjid dan surau kepada keluarga kita

3. Pendidikan agama: Kuliah magrib, dan kuliah subuh pada hujung minggu yang diadakan di surau dan masjid berdekatan dengan taman kita adalah waktu yang sesuai untuk memupuk semangat cintakan ilmu agama dalam keluarga.

Anak-anak di bawa bersama untuk solat Jemaah dan mendengar kuliah agama di surau terutamanya pada hujung minggu


4. Tazkirah ringkas: Selepas solat magrib, kita sekeluarga boleh melakukan sesi perbincangan keluarga. Pada waktu ini segala persoalan keluarga boleh diutarakan. Boleh juga bacakan fadilat amal; fadilat solat, baca quran, zikir dan sahabat kepada ahli keluarga. Jika ada anak-anak yang berumur 4 tahun ke atas memang akan meriah dengan pertanyaan-pertanyaan. Jawab ikut kemampuan akal mereka berfikir.

5. Mengaji Quran: Jika mampu boleh ajar mereka sendiri di rumah. Cuma pengalaman kami agar sendiri sedikit mencabar berbanding dengan hantar ke rumah guru Quran. Anak-anak kan manja dengan ibu bapa, jadi bila kita ajar sendiri, kemanjaan mereka terbawa-bawa dalam belajar. Jika boleh sabar Alhamdulillah. Pendapat kami, jika kawasan perumahan ada rumah atau surau tempat ustaz atau ustazah ajar kanak-kanak mengaji Quran, boleh hantar mereka. Anak-anak memang akan seronok sangat bila boleh baca Quran dirumah guru kerana dapat ramai kawan baru.

Awal-awal dulu kami agar sendiri bacaan Iqra', bila dah besar sikit dan dah kenal huruf kami hantar ke rumah Ustazah untuk sambung bacaan Iqra' dan al Quran. Alhamdulillah 3 yang besar ni dah baca Quran, Yusuf yang nombor 4; umur 2 tahun lebih masih pelat cakap, tapi biasanya diapun akan ikut mengaji sama di rumah Ustazah. Terima kasih ustazah. Moga jasa baik ustazah mendapat ganjaran yang setimpal daripadaNya


6. Bercerita: Anak-anak suka bercerita. Balik sekolah, dalam kereta memang ada je cerita baru yang mereka luahkan. Sama-sama kita jadi pendengar yang baik dan layan emosi dan perkembangan mental mereka sebaiknya. Bagi nasihat dan panduan berpadanan dengan akal fikiran mereka.

7. Sekolah dan tadika: Sama-sama kita pilih tadika dan sekolah yang terbaik untuk anak-anak kita; bukan sahaja dari segi akademik, malah juga pembentukan akhlak dan sahsiah anak-anak. Jika di Bangi ini, setahu kami antara sekolah yang terbaik adalah Sekolah Sri Al Amin Bangi, Sekolah Integrasi, beberapa sekolah swasta lagi seperti Sri Aisyah, Sekolah ABIM. Jika sekolah kebangsaan harian, Sekolah Jalan 3 dan Jalan 4 memang jadi tumpuan para ibubapa. Boleh rujuk entri terdahulu ini tentang pemilihan sekolah di Bangi berdasarkan pengalaman kami yang ada 3 orang anak sekolah rendah sekarang.


Makanan dan rezeki yang halal

"Makanan yang tumbuh daripada yang haram, maka neraka lebih layak untuknya" maksud hadis.

Sebagai ketua keluarga, kita seharusnya usaha sebaik mungkin untuk memastikan rezeki yang kita suapkan kedalam mulut anak dan isteri adalah rezeki halal lagi barokah. Biar sikit asalkan halal, berkhasiat dan barakah. InsyaAllah, berkat dan kualiti itu lebih perlu diutamakan berbanding kuantiti. Antara yang boleh kami cadangkan berdasar pengalaman kami adalah:

1. Rezeki halal: Gunakan tenaga dan akal fikiran kita untuk jauhkan segala perbuatan yang melibatkan syubahat apatah lagi haram. Contohnya jangan gunakan barangan pejabat seperti pen, marker, printer dan computer untuk urusan peribadi. Urusan peribadi perlu kita gunakan peralatan peribadi kita sendiri.

2. Zakat harta pendapatan: 2.5% setahun daripada jumlah pendapatan kita perlu dizakatkan. Ada jadual pengiraannya sepertimana dikeluarkan oleh Lembaga Zakat Selangor. Boleh rujuk kalkulator pengiraan zakat di http://www.e-zakat.com.my/kalkulator-zakat/. Setiap tahun baru, biasanya kita akan dapat kenaikan gaji, jadi selaraskan kenaikan gaji kita dengan potongan zakat tahunan. InsyaAllah rezeki akan lebih berkat.

3. Sedekah: Biasakan dalam keluarga untuk bersedekah. Antara yang boleh kita amalkan adalah, setiap hari Jumaat boleh tambahkan RM1 kepada belanja harian sekolah anak-anak kita, untuk didermakan di surau sekolah, ataupun surau taman, ataupun untuk belanja kawan sekelasnya yang kekurangan. Setiap kali ke surau bersama keluarga dan anak-anak, bagi anak-anak yang sumbangkan ke dalam tabung masjid. Mula-mula buat biasanya mereka akan tanya kita "kenapa". Jawab sekadar kemampuan akal mereka untuk memikirkannya. Biasanya akan ada soalan susulan. Jawab dan kembangkan pengetahuan, pemikiran dan fadhilat mengapa kita minta mereka buat sesuatu perkara itu.



4. Didikan kewangan: Didik anak dan isteri tentang kewangan Islam, kepentingan menabung, buka akaun Tabung Haji untuk mereka semua. Daftarkan Haji mereka, cukupkan RM1300 dalam akaun tabung haji sudah melayakkan mereka untuk didaftarkan giliran haji. Tabung dirumah juga perlu disediakan pada anak-anak untuk galakkan mereka menabung. Jika ada lebihan tabungan mereka, boleh juga kita tukarkan kepada bentuk dinar emas. Alhamdulillah ini yang kami amalkan sekarang dalam keluarga.

5. Potongan gaji: Potongan gaji bulanan perlu kita peruntukkan untuk ibubapa kita dikampung, untuk isteri dan juga untuk anak-anak. Potong terus ke akaun Tabung Haji mereka setiap bulan. Jika majikan kita boleh buatkan potongan terus daripada penyata gaji, itu lebih baik, tak perlu kita buat secara manual.


Potongan gaji terus dibuat ke akaun Tabung Haji ibu, diri, isteri dan anak-anak


6. Takaful: Isteri dan anak-anak adalah asset kita. Mereka adalah harta yang tidak ternilai dengan wang ringgit. Takaful akan membantu memudahkan kehidupan mereka jika sesuatu bencana terjadi kepada kita mahupun keluarga. Beringat sebelum kena, Sediakan paying sebelum hujan. Kita sebagai ketua keluarga perlu mencarum takaful dalam jumlah yang berpadanan untuk menampung keluarga sekiranya sesuatu musibah berlaku kepada kita. Anak dan isteri juga perlu kita carumkan dengan kadar yang berpatutan. Sebagai permulaan boleh mula dengan RM100 untuk suami dan isteri, dan RM50 untuk setiap anak. Bila kewangan makin stabil dan tanggungan makin banyak boleh tingkatkan nilai takaful keluarga kita.
  
7. Perbelanjaan bulanan: Didik anak-anak dan isteri agar sama-sama berhemah dalam berbelanja. Utamakan mana yang lebih utama. Pembelian barang dapur secara pukal juga dapat menjimatkan masa dan perbelanjaan keluarga.

8. Makanan harian. Pelbagaikan sumber makanan keluarga. Jika mampu boleh masak sendiri di rumah bersama anak, suami dan isteri. Jika tidak boleh juga makan diluar, tapi pilih-pilihlah kedai ataupun restoren yang bersesuaian dengan keluarga kita. Jika mampu lagi boleh ambilkan orang gaji untuk membantu kita dalam membuat kerja-kerja rumah. Isteri yang berkerjaya memang memerlukan pertolongan kita; suaminya dalam melicinkan tanggunjawab rumahtangga. Kehadiran pembantu rumah dapat meringankan sedikit bebanan rumahtangga; anak-anak kecil dan keadaan rumah lebih terurus. Hal masakan, isteri boleh ajar mereka memasak ikut selera kita. 

Biasanya yang kami amalkan, isteri akan minta pembantu untuk sediakan alat-alatan memasak sebelum balik rumah. Balik petang dari pejabat isteri akan masakkan ikut selera dan gaya kita. Lama kelamaan dengan latihan insyaAllah mereka akan mahir dengan selera dan kemahuan masakan kita. Cabarannya dalam membesarkan 5 orang anak ini, dah 4 orang pembantu kami silih berganti. Kos permulaannya sekitar 6-7 ribu, kali 4 bersamaan RM28 000. Gaji bulanan sekarang RM700. Duit tidak menjamin kebahagiaan, tetapi boleh sedikit sebanyak membantu kita untuk membina kehidupan yang lebih bahagia.

Gizi dalam makanan juga perlu diseimbangkan, tambahan untuk anak-anak kecil yang sedang membina fizikal dan mental mereka. Sama-sama kita jauhkan makanan ringan yang memudahratkan kesihatan. Antara yang boleh kami syorkan adalah kismis, madu lebah, kurma, kacang badam, air zam-zam, minyak zaitun, za'faran. Jauhkan daripada makanan yang dihinggapi semut, makanan yang bersifat masam, kacang dhal, kepala ikan yang mampu melemahkan daya ingatan.


Meal shakes, omega guard untuk anak-anak. Madu lebah, kismis, kacang badam dan air zam-zam untuk seisi keluarga

Zaman moden dengan kehidupan yang aktif kita juga boleh tambahkan dalam gizi harian mereka dengan meal shakes yang dirumus khas untuk makanan segera anak-anak yang mengandungi 19 jenis vitamin yang diperlukan oleh badan mereka antaranya kalsium, vitamin E, vitamin C, iron, zink, vitamin A, B dan D. Memang lengkap. Hanya perlu bancuhkan dengan air suam ataupun air sejuk, dan sedia untuk diminum. Boleh masukkan dalam 1 menu harian mereka bagi yang berumur 7 tahun ke atas, contohnya sebagai minum pagi ataupun minum petang mereka. Bagi yang bawah 7 tahun, boleh kurangkan sukatan, ataupun boleh bagi selang sehari. InsyaAllah perkembangan mental dan fizikal mereka akan lebih terjaga.

Selain meal shakes kami juga berikan mereka minyak ikan omega bagi membantu perkembangan mental mereka agar lebih cerdas dan sihat. Anak adalah asset kita pada masa hadapan. Jadi bagikan yang terbaik untuk mereka, insyaAllah pulangannya di masa hadapan tidak terhitung harganya.

Vitamin C juga kami tambahkan dalam menu harian mereka. Shaklee ada chewable vitamin C. Jika Shaklee tiada stok vitamin C ini, kami akan berikan mereka vitamin C yang diambil daripada klinik berhampiran rumah. Bukan setiap hari, pengambilannya hanya bila perlu sahaja.

Selain meal shakes, omega guard, vitamin C, kami juga bekalkan mereka dengan nutriferon iaitu produk Shaklee yang telah dipatenkan bagi meningkatkan system imun badan kita. Bukan anak-anak je yang makan, kami suami isteri pun makan sama. Masanya bila perlu sahaja, contohnya bila badan anak-anak terasa sedikit panas. Alhamdulillah setakat ini sangat membantu kami mencegah mereka daripada terkena penyakit, dengan izin Allah.

Untuk isteri pula, biasanya Liza akan ambil ESP, vitamin C, B complex, vitalea, ostematrik dan juga alfalfa, dan sesekali ambil nutriferon. Lukeman sendiri ambil zink complex, vitamin E, vitalea, B Complex, ostematrik, sesekali vitamin C, performance drink dan nutriferon.


Meal shakes untuk Muhammad, Aisyah dan Athirah, ESP untuk Liza dan performance drink untuk Lukeman

ESP+ alfalfa untuk Liza, Zinc untuk Lukeman, yang lain kongsi bersama.


Doa dan Hadiah

Setiap hari kita perlu doakan kejayaan anak isteri dan keluarga kita. Antara doanya adalah

1. "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka". QS 2 Al Baqarah ayat 201

2. “Wahai Tuhanku! Jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku” QS 14 Ibrahim ayat 40
  
Didalam raudah, masjid Nabawi mendoakan kebahagiaan dunia dan akhirat untuk ibu bapa, anak isteri, keluarga, guru-guru, saudara mara, jiran, sahabat handai dan seluruh muslimin dan juga muslimat


Di dalam Hijir Ismail, solat sunat hajat dan antara tempat mustajab doa

Di dalam Hijir Ismail di bawah pancur emas antara tempat mustajab doa.

Hadiah untuk anak dan isteri akan lebih membahagiakan rumahtangga. InsyaAllah moga rumahtangga kita beroleh mawaddah wa rahmah dan berbahagia di dunia dan juga akhirat, insyaAllah

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman.Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)" QS 3 Ali’Imraan, ayat 14

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, (1) sedekah jariah, (2) ilmu yang dimanfaatkan dan (3) anak yang soleh mendoakan untuknya" HR Muslim.


Doa agar diri, anak dan keturanan kita sentiasa mendirikan solat. QS14 Ibrahim ayat 40


Moga ada manfaatnya insyaAllah


Wallahhua’lam 

Lukeman Yusoff 0132299319
Siti Norliza Ibrahim 0196515717
Bandar Baru Bangi Selangor
25.2.2014
Shaklee Independent Distributor ID: 1089476
Blog: www. jombahagia.blogspot.com
Email:
jombahagia@gmail.com

Artikel berkaitan:

Read more ...

Monday 24 February 2014

Buat Duit Dengan Shaklee

Apa sahaja yang kita lakukan niatkan kerana Allah dan usahakan agar ianya menjadi ibadah. InsyaAllah semoga setiap gerak geri kita akan berpahala dan menerima ganjaran daripadaNya diakhirat kelak.

Tujuan utama bisnes adalah untuk membantu memudahkan kehidupan orang lain. Contohnya orang jual kain bantu mudahkan kehidupan masyarakat untuk menutup aurat. Jadi pastikan kain yang kita jual itu memenuhi syarat untuk menutup aurat. Jangan jual baju yang menampakkan aurat.





Sama juga bila kita menjual produk kesihatan, pastikan produk yang kita jual itu memberikan manfaat kepada orang lain untuk menembahbaikkan kesihatan mereka. Sebagai contoh dengan ambil makanan tambahan ini, kehidupan dan ibadah mereka menjadi lebih baik dan lebih berkualiti. Jadi dengan sendirinya kita sebagai penjual dapat manfaat dan saham akhiratnya dengan syarat kita sendiri menjaga dan mengutamakan ibadah khusus kita seperti solat, puasa, zakat dan haji.

Apabila kita mengutamakan yang utama, perkara sampingan akan dating dengan sendiri. Contohnya, bila kita Berjaya mudahkan kehidupan orang , dengan membantu mereka hidup dengan lebih sihat, jadi mereka sebagai pengguna akan tanda segan akan berikan kita ganjaran ataupun wang sebagai tukaran kepada khidmat yang kita berikan. Dan kita sebagai pengguna produk / perkhidmatan lain pula akan juga berikan wang kita pada orang lain bila orang lain bantu kita memudahkan kehidupan mereka. Kitaran ini berterusan.

Ada juga kes di mana kita tidak perlu bayar untuk dapatkan apa-apa khidmat ataupun kemudahan daripada orang lain. Untuk kes begini biasanya kita hadiahkan mereka dengan doa agar rezeki mereka terus dilimpahkan Allah. Untuk peniaga yang jujur dan menjual ikut keperluan kita juga sama-sama kita hadiahkan doa agar perniagaan mereka terus maju dan berkat. Sebabnya bukan semua peniaga akan jual barang yang kita perlu, jadi kita sebagai pengguna perlu berhati-hati dan tahu apa keperluan kita sendiri. Jangan serahkan bulat-bulat kepada penjual.

Sebenarnya apa yang Lukeman ingin kongsikan di sini adalah, bila kita bantu orang, Allah akan bantu kita , sama ada secara khusus ataupun melalui perantaraan orang lain. Jadi bila kita bantu mudahkan kehidupan orang lain dengan cadangkan produk yang terbaik untuk kesihatan mereka, insyaAllah mereka akan bantu kita dengan melariskan lagi produk yang kita jual, insyaAllah

Jadi, jom sama-sama cari dan gunakan produk yang boleh menambahbaikkan kesihatan kita, dan dalam masa yang sama jom kita kongsikan manfaatnya kepada masyarakat luar. Disamping sihat kita juga dapat wang poket hasil jualan. Wang poket hasil beza belian dengan harga ahli dan harga pasaran sebenar, dan juga wang bonus apabila dengan setiap pembelian, kita akan dapat mata ganjaran, dan dengan mata ganjaran kita dapat bonus yang dibayar oleh pihak syarikat.

3 kali ganjaran disitu; sihat, bonus jualan dan bonus mata ganjaran. Jom sertai kami sebagai pengedar barangan nutrisi kesihatan semulajadi Shaklee dengan modal serendah RM75 seumur hidup sebagai yuran keahliaan yang melayakkan kita untuk dapat 3 manfaat diatas. Bagi yang inginkan keahlian percuma juga boleh diusahakan. Lukeman dan Liza juga peroleh keahlian secara percuma dengan membuat pembelian sebanyak RM650 dalam satu resit pada harga ahli, Alhamdulillah, sihat dapat, wang poket pun dapat.

Jom jana pendapatan tambahan, sambil sihat insyaAllah, dan membantu masyarakat untuk lebih sihat insyaAllah

Wallahhua’lam
Liza & Lukeman
Bangi Selangor
24.2.2014
Shaklee Independent Distributor ID: 1089476
Tel/sms/whatsapp: 0196515717 / 0132299319
Blog: www. jombahagia.blogspot.com
Email: jombahagia@gmail.com
Read more ...

Sunday 23 February 2014

Performance Drink: Tingkatkan Prestasi Diri

Satu lagi produk yang Shaklee tawarkan dan kami telah rasai sendiri keberkesanannya adalah performance drink (PD) ataupun minuman tenaga. Produk ini membantu menggantikan nutrisi penting badan terutamanya bagi mereka yang terlibat dalam aktiviti lasak seperti atlet dan pekerja buruh.

Namun orang yang macam kita yang banyak guna tenaga mental dan juga fizikal juga boleh sesekali ambil produk ini untuk membantu badan membina tenaga. Kalu atlet bolehlah ambil selalu, kalau kita-kita ini ambil sesekali pun ok dah. PD menghidrat lebih cepat berbanding air dan memberikan tenaga yang berpanjangan insyaAllah.

Performance drink (PD), meal shakes (MS) dan ESP


PD juga membekalkan bendalir dan elektrolit penting untuk badan bagi membantu mencegah penyahhidratan. Produk ini juga telah melalui ujikaji klinikan dan terbukti membantu memelihara paras gula dalam darah, bagi membekalkan tenaga pada otot, dan membantu mengekalkan paras bendalir bagi proses penghidratan.

Pengalaman

Kami biasa ambil PD + MS + ESP waktu petang, dalam jam 3-5 petang, ikut keadaan. Kadang-kadang ambil ESP+MS, kadang-kadang ambil MS sahaja. Ada kalanya ambil PD sahaja untuk rasakan keaslian rasanya. PD berperisa oren asli, MS rasanya semacam bijiran horlick pun ada dan ESP adalah susu soya asli. Bolehlah cuba bagi yang ingin menambahkan tenaga badan insyaAllah. Boleh hubungi kami untuk maklumat lanjut seperti di bawah.

Wallahhua’lam
Liza & Lukeman
Bangi Selangor
12.2.2014
Shaklee Independent Distributor ID: 1089476
Tel/sms/whatsapp: 013-2299319
Blog: www. jombahagia.blogspot.com
Email: jombahagia@gmail.com
Read more ...

Travelog Umrah dan Ziarah (4) Keutamaan Madinah dan Masjid Nabawi

Madinah adalah kota hijrah, kediaman dan pusat dakwah baginda Nabi Muhammad SAW. Di bumi Madinah, bersemayamnya jasad suci baginda Rasulullah SAW dan tertegaknya masjid Nabawi. Di pintu-pintu kota Madinah ada malaikat penjaga, dan didalamnya ada sebuah taman syurga. Sesiapa yang meninggal di kota ini akan mendapat syafaat Baginda Rasulullah SAW. Nabi Muhammad SAW mengharamkan kota Madinah sebagaimana Nabi Ibrahim mengharamkan kota Mekah.


Keutamaan Madinah
Antara kelebihan Madinah mengikut hadis Nabi Muhammad SAW adalah, sepertimana yang tercatat dalam buku-buku hadis, buku kelebihan Madinah, buku sejarah, dan juga diperturunkan dari satu ganerasi kepada ganerasi berikutnya adalah:

(1)    “Ya Allah, berilah kami kecintaan kepada Madinah seperti cinta kami terhadap Mekah atau bahkan melebihinya” HR Bukhari no. 1889, HR Muslim no. 1376

(2)   “Ya Allah, jadikanlah di Madinah 2 kali ganda keberkatan yang telah Engkau jadikan di Mekah” HR Bukhari no 1885 dan HR Muslim no 1369

(3)   “Sesunguhnya Ibrahim telah menjadikan Mekah sebagai tanah haram dan dia mendoakan penduduknya, dan sesungguhnya aku menjadikan Madinah sebagai tanah haram seperti yang dilakukan oleh Ibrahim terhadap Mekah, dan aku mendoakan agar sha’ dan mudnya diberkati 2 kali ganda daripda doa Ibrahim untuk penduduk Mekah” HR Buhari no. 2129 dan HR Muslim no. 1360




Lukeman bersama Liza perkarangan masjid Nabawi; di bawah kubah hijau terdapatnya jasad baginda Nabi Muhammad SAW, Saidina Abu Bakar RA dan juga Saidina Umar RA, yang dimakamkan di sini. Kubah putih adalah mihrab Masjid Nabawi sekarang, tempat imam solat.


Lagi sambungan kelebihan Madinah dan Masjid Nabawi mengikut hadis Nabi Muhammad SAW adalah:
 
(4)   “Sesungguhnya keimanan akan kembali ke Madinah seperti kembalinya seekor ular ke dalam lubangnya” HR Bukhari no. 1876 dan HR Muslim no. 147

(5)   “Sesungguhnya Madinah adalah thayyib (baik) dan ia mengikis kekotoran seperti api mengikis kotoran pada perak” HR Muslim no. 1384

(6)   “Tidaklah seseorang yang tetap tinggal (di Madinah), bersabar dengan cubaan dan kesukarannya lalu meninggal di sana, melainkan aku akan memberi syafaat dan menjadi saksinya pada hari kiamat, jika dia seorang muslim” HR Muslim no. 1374

(7)   “Sesiapa yang mampu menutup usia di Madinah, maka hendaklah dia meninggal di sana, kerana aku akan memberi syafaat pada orang yang meninggal di sana” HR Tarmizi no. 3917 dan HR Ahmad jilid 1, hal. 74

(8)   “Sesiapa yang mengancam penduduk Madinah secara aniaya, maka Allah akan membalas ancamannya, pasti untuknya laknat laknat Allah, para malaikat dan manusia seluruhnya” HR Nasai

(9) “Di pintu-pintu masuk Madinah, ada para malaikat menjaganya sehingga penyakit taun dan dajjal tidak dapat memasukinya” HR Bukhari no. 1880 dan HR Muslim no. 1379

(10)  “Madinah adalah tempat hijrahku, di sana tempat tinggalku, dari sana nanti aku dibangkitkan, penduduknya adalah tetanggaku, tentulah menjadi kewajipan bagi umatku menjaga tetanggaku” HR Al Firdaus


Suasana di dalam masjidil Nabawi sebelum waktu magrib hari Khamis 23.1.2014. Kain saprah dibentangkan, air zam-zam, kurma dan roti disediakan untuk para Jemaah yang berpuasa.

Roti sebesar ini juga diberikan secara percuma kepada Jemaah, memang tak larat nak habiskan seorang, kena kongsi-kongsi makan baru habis insyaAllah.
Tasbih juga diedarkan secara percuma di dalam masjid Nabawi pada petang Khamis.


Keutamaan Masjid Nabawi dan Raudhah

Antara hadis yang menceritakan tentang keutamaan dan kelebihan masjid Nabawi adalah:

(11)   “ 1 solat dimasjidku ini lebih utama daripada 1000 solat di tempat lain, kecuali masjidil Haram, dan 1 solat di masjidil Haram lebih baik daripada 100 000 solat di tempat lain” HR. Bukhari no 1190 dan HR Muslim no. 1394

Hasan Al Bashri rahimahullah berkata “Puasa sehari di Mekah sama dengan puasa 100 000 hari, sedekah 1 dirham sama dengan 100 000 dirham dan setiap kebajikan digandakan menjadi 100 000” Fadail Mekah oleh Hasan Al Basri hal. 21

Mujahid rahimahullah berkata “Dosa berbuat kejahatan di Mekah dilipatgandakan seperti amalan kebajikan di Mekah” Mutsir al Ghuram hal. 234


1 solat  di masjid Nabawi= 1000 solat di tempat lain = 1000 / 30 = 33.33 bulan solat ditempat lain.

(12) "Di antara rumahku dan mimbarku adalah salah satu taman syurga, dan mimbarku ini ada di atas telagaku" HR Bukhari no. 1888 dan HR Muslim no. 1391

Masjid Nabawi ketika payung di dataran dibuka ataupun ditutup


Lagi pandangan Masjid Nabawi dari tempat yang agak tinggi, iaitu dari pintu masuk ke perkuburan Baqi' yang terletak di bahagian depan-kiri perkarangan masjid, sepagar dengan masjid Nabawi.


Keutamaan Menzirahi / Mengadakan Perjalanan ke Masjid Nabawi

(12) Tidaklah kalian mengadakan perjalanan khusus melainkan kepada 3 masjid iaitu (masjidil Haram, (2) masjidil Rasul SAW dan (3) masjidil Aqsa" HR Bukhari no.1189 dan HR Muslim no.1397

(13) Dari semenjak salah seorang dari kalian keluar dari rumahnya menuju kemasjidku, setiap langkah kakinya ditulis kebajikan, dan satu langkah kaki lagi dihapuskan kesalahan sehingga ia kembali" HR Ibnu Hibban no.1622

(14) Sesiapa yang datang kemasjidku ini, hanya mengharapkan kebaikan dengan menuntut ilmu atau mengajarkan ilmu, maka ia berada pada tempat orang yang berjihad fisabilillah dan siapa yang datang dengan tujuan selain itu, maka ia seperti seorang laki-laki yang hanya datang melihat kesenangan orang lain" HR Ibnu Majah no.277


    
Perkuburan Baqi' berlatar belakangkan masjid Nabi, bersama Jemaah dari Mesir.

Masjid Nabawi daripada perkuburan Baqi'. Di perkuburan ini jasad Saidatina Aisyah RA dimakamkan.


Keutamaan Masjid Quba’

Masjid Quba’ adalah masjid pertama yang Rasulullah SAW bina semasa dalam perjalanan hijrah daripada Mekah ke Madinah. Inilah masjid pertama tempat Baginda Rasulullah SAW dan para sahabatnya solat secara berjamaah secara terang-terangan

(15) “Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar takwa sejak hari pertama adalah lebih patut kamu solat didalamnya. Didalamnya ada orang-orang yang ingin membersihkan diri dan Allah menyukai orang-orang yang membersihkan diri” QS At Taubah ayat 108

Ulama menyatakan masjid Nabawi dan masjid Quba’ dimaksudkan dalam ayat ini

(16) “Adalah Nabi SAW mengunjungi masjid Quba’ setiap hari Sabtu, kadang berjalan kaki dan kadang naik kenderaan” HR Bukhari no.1193 dan HR Muslim no. 1399

(17) “Sesiapa yang keluar dari rumahnya dan mendatangi masjid ini (masjd Quba’) lalu solat didalamnya, maka pahalanya seperti dia melakukan umrah” HR Hakim

Masjid Quba'


Suasana di dalam masjid Quba'. Para Jemaah sosat sunat didalamnya. Kami tiba dalam 9.30 pagi di sini

Selepas solat sunat sebelum berangkat keluar, ambil foto sebagai kenangan

Pandangan dari luar masjid Quba' sebelum berangkat pergi meninggalkannya. Agak sedih sebab hanya kira-kira 20 minit berada dalam masjid ini. Moga lain kali dapat sampai lagi ke sini dan moga dapat solat sunat banyak kali lagi di sini insyaAllah



Inilah antara hadis-hadis yang menggambarkan kelebihan Madinah dan Masjid Nabawi. Bila dating sini akan terasa masa sangat berharga. 1 solat di sini menyamai 1000 solat ditempat lain, ataupun solat selama 33.33 bulan ditempat lain. Jadi rasa amat rugi bila 5 minit dibazirkan untuk aktiviti yang kurang berfaedah seperti shopping dan sebagainya. Kali pertama dating manfaatkan waktu berada di Masjid Nabawi selama dan sekualiti mungkin.

Kita niat ibadah insyaAllah benda-benda sampingan akan diselesaikan dengan sendiri. Contohnya Lukeman hanya bawa 1 pasang jubbah ke sini, jadi terdetik di hati nak beli tambahan jubbah di Madinah ataupun Mekah, tapi dah set dalam hati, kalau tak ada pun tak apa, sebab dah bawa tambahan baju melayu 2 helai dan baju kemeja 2 helai. Dalam perjalanan pulang dari masjid akan ada ramai penjual. Kebetulan lalu dan ada orang jual jubbah, jadi Alhamdulillah boleh beli tanpa perlu buang masa cari kedai.

Beli 1 helai je dulu. Balik bilik, cuba, muat, dan masa nak pergi masjid / balik dari masjid nanti boleh beli lagi. Jimat masa. Jadi niatkan untuk beribadah sebaik mungkin di Masjid yang memberikan 1000 pahala ini. Setiap saat amat berharga. Moga perkongsian bermanfaat insyaAllah.

Wallahhua’lam
Liza & Lukeman
Bangi Selangor
24.2.2014
Shaklee Independent Distributor ID: 1089476
Tel/sms/whatsapp: 0196515717 / 0132299319
Blog: www. jombahagia.blogspot.com
Email: jombahagia@gmail.com

Artikel berkaitan:

1. Travelog Umrah dan Ziarah (3) Kekal Sihat dan Cergas di Madinah dan Mekah
2. Travelog Umrah dan Ziarah (2) Keutamaan Mekah
3. Travelog Umrah dan Ziarah (1) Bangi menuju Madinah
Read more ...