Saturday 22 March 2014

Penghantaran Terus Shaklee ke Bangi, Kuala Krai, Pasir Puteh dan Kawasan Berhampiran

Asslamualaikum, alhamdulillah hujan sangat lebat di Bandar Baru Bangi sekarang, harapnya jerebu makin hilang, takungan air di empangan makin meningkat dan pokok dan tanamah juga makin subur insyaAllah.

Hari ini dah Khamis, esok dah Jumaat dan lusa Sabtu, tak sabar rasa nak balik kampung, haha mengalahkan anak-anak. Malam ni dah boleh mula packing...awalkan packing? Biasalah kalau anak dah 5, campur suami, isteri, bibik, berapa banyak nak kena masuk dalam bag tu.

Tambahan dengan 2 kotak Shaklee lagi; 1 untuk jajahan takluk Kuala Krai dan kawasan sekitar, dan 1 lagi untuk jajahan takluk Pasir Puteh dan kawasan sekitar. Kiranya sekarang COD untuk BANGI, PASIR PUTEH, KUALA KRAI dan kawasan berhampirannya, insyaAllah


Shakee untuk rakan, teman, sahabat, jiran dan kenalan di Kuala Krai, Pasir Puteh dan kawasan berhampiran


Ramai juga ya sahabat yang cari produk untuk kesihatan ni. Biasalahkan dah masuk 30an; awal, pertengahan, akhir kita akan mula cari dan hargai kesihatan yang makin menyusut sikit demi sedikit. Ada orang yang ada kesedaran awal, belasan tahun pun ada yang dah ambil supplement. But IT'S BETTER LATE THAN NEVER kan.

Masih belum terlambat untuk kita ambil vitamin untuk kesihatan. Tambahan lagi 4-5 hari gaji akan masuk kan, ada sesetengah company yang akan bagi increment lagi, jadi inilah masa yang terbaik untuk cuba kan....(opppss BRIM termasuk ke, kalau BRIM guna untuk beli vitamin, saya bimbang takut tak cukup untuk guna setahun......oh sensitif BRIM ni)

Bagi yang nak mula bisnes pun boleh, modal untuk jadi ahli RM65 je. Kalau rasa nak beli untuk 1 keluarga; suami, isteri & anak-anak boleh beli dengan HARGA AHLI RM650 keatas dalam 1 pembelian, dah melayakkan kita untuk dapat FREE MEMBERSHIP dan dapat lagi REBET/BONUS PERTAMA RM3+.++.

Ok, sama-sama kita manfaatkan masa muda, masa lapang, masa sihat, masa kaya dan masa hidup ini sebelum datangnya tua, sibuk, sakit, miskin dan ajal kita. Manfaatkan sebanyak mungkin masa untuk bekalan hidup akhirat. 3 bekal yang akan membantu kita di sana; 1. amal soleh, 2. ilmu bermanfaat dan 3. doa anak soleh/solehah

Wallahhua'lam
Lukeman Yusoff 0132299219
Siti Norliza Ibrahim 0196515717
www.jombahagia.blogspot.com
BBBangi

#jombahagia #sihat #shaklee #kampung #pasirputeh #kualakrai #bangi #kelantan #pray4mh370 #hujan #bonus #BRIM #keluarga #gaji
Read more ...

Thursday 20 March 2014

Khutbah Jumaat Dato' Dr Haron Din Al Hafiz Berkenaan Kehilangan MH370 Surau An Nur S1 BBBangi

[Ujian Kehilangan MH370; Mana Hilang MH370, Khutbah Jumaat Surau An Nur, Seksyen 1, Bandar Baru Bangi]



Alhamdulillah, allahhummasallialamuhammad waalaalimuhammad, Ittakullah, bertakwalah kepada Allah. Takutlah akan pertemuan dengan Allah dan setiap perbuatan akan dibalas, lebih-lebih  lagi saat-saat genting sebegini apabila MH370 = mana hilang 370

Rekod radar semua baik, komunikasi baik, tiba-tiba jam 1.07 pagi terputus hubungan dan hilang dari radar

Pada akal yang waras, mustahil semua teknologi perhubungan radio dalam MH370 rosak semuanya secara tiba-tiba.

2200 batu nautikal di lautan telah dicari. Kini hari ke 7 masih belum ada petanda.
Yang penting kerajaan telah lakukan yg terbaik

Pengajarannya adalah

1. "dan apa saja musibah yang berlaku, itu adalah angkara kesalahan tangan-tangan kamu". Kita semua bersalah pada Allah. Bala turun sebagai pengajaran dan peringatan "namun banyak lagi kesalahan kita yang Allah ampun"

2. QS AlHasr ayat 2 "mereka sangka teknologi mereka tidak dapat diatasi lalu Allah turunkan kuasaNya" "ilmu apapun datangnya dari Allah" mengapa tidak mahu beriman" "ambillah iktibar wahai orang yang punyai mata dan hati"

3. Spirit, roh. Sehebat manapun manusia kalau Allah nak lakukan sebaliknya hanya denga "kunfayakun"

4. Ilmu manusia kerdil. Ilmu Allah tidak bertepi. "tidak diberikan ilmu pada manusia melainkan sedikit, ilmu Allah meliputi segala di langit dan bumi" "wahai anakku, seandainya ada biji yg paling kecil tersembunyi dalam batu kecil, Allah Tahu dan Allah boleh ambil". Mohonlah petunjuk dari Allah

5. Lemahnya manusia, kuat dan sempurnaNya Allah. "Dialah allah yang jadikan kamu lemah". Mesejnya adalah bergantuglah pada yang Maha Kuat yakni Allah. "seandainya berlaku bala, saat itu juga MERENDAH DIRI PADA ALLAH". "Maha suci Allah yang memudahkann kita kenderaan ini dan kepadaNya kita akan kembali"

6. Ilmu Allah tanpa batas "kalaulah kamu jadikan air sebagai tinta dan pokok sebagai pena untuk tulis kalimah dan ilmu Allah, nescaya akan habis semuanya, tapi wahyu Allah belum habis.

7. Ilmu kita terbatas. Sains metafik "dialah Allah tiada tuhan yang boleh disembah selain Dia. Mengetahui segala yg ghaib dan nyata" Ghaib = roh, akhirat, kubur, mizan, malaikat, jin dll". Ada 80, 000 alam, manusia hanya 1 daripadanya.

8. Banyak perkara misteri dalam dunia seperti kapal hilang di bermuda triangle, anak hilang dalam kandungan, ada manusia hilang tanpa dikesan masuk dalam alam lain. Mengapa tidak usaha untuk cari dalam alam ghaib.

"ambil iktibarlah orang yang diberikan akal"

9. Bertakwalah pada Allah 3x

Selepas solat jumaat solat sunat hajat khusus untuk memudahkan para pencari mencari MH370

Lukeman
BBBangi
14.3.2014 2.54pm
www.jombahagia.blogspot.com
Read more ...

Tuesday 18 March 2014

Quran, Hafalan dan Cuti Sekolah

1. Anak-Anak dan Cuti Sekolah

Assalamualaikum,
Alhamdulillah cuti sekolah bakal tiba lagi minggu depan; bermula Sabtu ini (22.3.2014 ) hingga Ahad (30.3.2014). Antara aktiviti bersama anak-anak yang boleh kita jalankan sempena cuti sekolah ini adalah:

a. Hafalan Quran Anak-Anak

Anak-anak kuat memori dan hafalannya umpama span yang mudah menyerap air. Antara amalan yang boleh kita lakukan di rumah terutamanya sempena cuti sekolah ini adalah dengan menyemak bacaan Quran dan hafalan mereka. Gambar dibawah adalah contoh kertas semakan yang boleh kita gunakan untuk semak bacaan anak-anak. Bukan setakat anak-anak; suami dan isteri juga boleh masing-masing semak bacaan antara satu sama lain. Sebagai penambah semangat, bolehlah kita bagikan hadiah pada anak-anak sekiranya mereka dapat hafal beberapa surah; contohnya "jika dapat hafal 10 surah untuk cuti sekolah ini abah akan bagi ..............."

Contoh kertas semakan yang boleh kita gunakan untuk anak-anak


Anak-anak biasanya mereka dah mula menghafal seawal dari bayi. Sebab itu ibu bapa kena selalu perdengarkan bacaan al Quran kepada anak-anak. Apabila umur 2-3 tahun, kita dah boleh guna flash card untuk kenalkan mereka dengan huruf-huruf hijaiyah, diikuti dengan Iqra'

Masuk tadika jika mereka dah kenal huruf, insyaAllah pelajaran Quran dan hafalan mereka akan jadi leih mudah dengan pantauan guru di sekolah dan kita di rumah. Jadi cuti sekolah ini waktu untuk mereka buat ulangkaji. Kalau ikutkan mereka dah hafal surah-surah lazim dengan cikgu; tapi untuk lebih memberikan galakan dan semangat kita buat lagi hafalan dirumah dengan kita sendiri yang semak dan bagi hadiah.



b. Buku tulis, pen, pensil, pemadam dan pembaris.

Anak-anak banyak tenaga dan idea. Jadi bagikan mereka set alat tulis ini. Nanti akan ada coretan dan idea mereka yang bakal menjelma. Buku ini juga boleh kita gunakan untuk bagi mereka buat latihan bersesuaian dengan umur mereka.

Contohnya untuk anak-anak 5-6 tahun adalah "Gariskan gambar dan perkataan di bawah". Boleh diselang selikan antara Bahasa Melayu, Arab, Inggeris, Jawi, Matematik dan juga Sains. Bagi yang dah masuk sekolah; 7 tahun ke atas kita boleh bagikan yang lebih mencabar, contohnya ejaan, isikan tempat kosong (insyaAllah nanti saya letakkan gambar buku aktiviti Muhammad, Aisyah dan Athirah di rumah waktu cuti sekolah)


2. Quran




"Sebaik-baik amalan adalah orang yang belajar dan mengajarkan al-Quran"

“Sebaik-baik manusia di antara kamu adalah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain” HR Bukhari dan Muslim

Quran adalah sebaik-baik bacaan dan Qalammullah. Umpama surat cinta dari Allah kepada kita hambaNya. Kelebihan Quran boleh rujuk di artikel ini "Kelebihan Belajar, Baca, Hafal dan Amalkan al Quran"

Bagi kita yang telah dewasa dan ingin membaiki bacaan Quran, ada tempat khusus untuk orang dewasa belajar terutamanya di sekitar Lembah Klang ini adalah;

a. Masjid UKM

Di masjid UKM biasanya akan ada graduan dengan bantuan pensyarah akan buat kelas pengajian al Quran dewasa bagi membantu orang dewasa untuk membetulkan bacaan Quran. Boleh rujuk laman web UKM, pihak pengurusan masjid UKM dan juga papan notis di masjid UKM


b. Masjid Negara

Di Masjid Negara ada kelas pengajian dewasa dianjurkan di sana. Boleh rujuk link di bawah:






Untuk maklumat terkini boleh telefon masjid negara terus, sebab mungkin laman web mereka lambat dikemaskini

Tel: 03-2693 7784
Fax: 03-2691 3696
Email: pro@masjidnegara.gov.my, aduan@masjidnegara.gov.my

Butiran pengajian KELAS QURAN DEWASA ini adalah seperti berikut:

Masa           : Isnin dan Rabu / Selasa dan Khamis
Waktu         : 5-7 petang / 8-10 malam. boleh pilih ikut kesesuaian kita
Yuran          : RM300 (kelas Quran Asas) dan RM400 (kelas Quran Lanjutan) untuk pengajian selama 2 tahun
Cikgu          : Guru berijazah, mahir dan perpengalaman
Sijil             : Sijil akan diberikan oleh Masjid Negara kepada pelajar yang tamat pengajian dan lulus ujian
Cuti            : Cuti pada cuti sekolah, cuti umum dan juga Ramadhan


Pengajian di Masjid Negara memang amat bagus. Ada yang sejauh Semenyih dan Beranang pun ada yang datang belajar Quran di masjid negara. Bagi yang bercita-cita untuk memperbetulkan bacaan Quran, mahupun ada niat untuk jadi guru Quran bila dewasa nanti, untuk didik anak cucu, dan anak bangsa dan sebagai bekalan dan saham akhirat inilah permulaannya.

c. Darus syifa' Bangi

Boleh rujuk link di bawah untuk ke Darus Syifa Bangi



Bagi yang berminat untuk belajar rawatan alternatif dengan menggunakan ayat-ayat syifa bersumberkan Al Quran dan Hadis, darus syifa' Bangi adalah tempatnya. Tempoh pengajian adalah selama 2 tahun dengan sedikit yuran pengajian dikenakan. Kelas pengajian adalah setiap hari Isnin malam Selasa dari magrib hingga jam 10 malam.

Boleh hubungi alamat dan nombor telefon di bawah untuk maklumat lanjut.
03-89250443
012-3292792 (Ustaz Hisham)
019-3634124 (Ustaz Jufry)
Email: darussyifa.malaysia@gmail.com

Selain belajar perubatan Islam, darussyifa' juga akan menyediakan kelas bagi membetulkan bacaan Quran dan tajwid bagi para pelajarnya yang belum berkemahiran. Jika dah betul bacaan dan tajwid tak perlu masuk kelas tajwid, boleh terus masuk kelas perubatan. Kelas berjalan secara serentak, cuma berbeza harinya


Harap perkongsian ini memberikan manfaat untuk kita menjadi hambaNya yang sentiasa cintakan Quran, sentiasa belajar untuk membetulkan bacaan, memahami maknanya dan insyaAllah amalkan dalam kehidupan seharian kita insyaAllah


Doa agar diri, anak dan keturanan kita sentiasa mendirikan solat. QS14 Ibrahim ayat 40


Wallahhua'lam

Lukeman Yusoff dan Siti Norliza Ibrahim
0132299319 dan 0196515717
www.jombahagia.blogspot.com
BBBangi
18.3.2014

Artikel berkaitan

1. Kelebihan Belajar, Baca, Hafal dan Amalkan al Quran
4. Jom Bahagia (5) Kompilasi 2 Minggu Nota Kuliah Agama
5. Saat Kematian makin menghampiri
Read more ...

Friday 14 March 2014

Keahlian dan Penghantaran Percuma

Kesimpulan Kepada Antri Ini Berkaitan Kos-Kos Shaklee


1. RM65 kos untuk jadi ahli Shaklee sekali bayar seumur hidup

2. RM10 kos pos untuk setiap transaksi

3. RM650 pembelian pada harga ahli akan melayakkan kita untuk dapat keahlian percuma (tidak perlu bayar RM65 diatas)


4. RM800 pembelian pada setiap trasaksi akan melayakkan kita untuk dapat penghantaran percuma (tidak perlu bayar RM10 untuk pos dan tidak perlu bayar RM65 untuk keahlian)

Kos untuk jadi ahli Shaklee

7 manfaat yang akan kita perolehi dengan jadi ahli Shaklee insyaAllah


--------------------------------------------------------------------------------------------

Sambungan kepada entri lepas untuk keahlian percuma

Telah dicadangkan sebelum ini untuk set KEAHLIAN PERCUMA dengan REBAT/BONUS RM30++ (Ringgit Malaysia 30 lebih). Beli pada nilai UV = 200 akan dapat keahlian percuma ini iaitu sekitar RM650, contohnya adalah seperti set-set berikut:


(1) 2 botol vivix (untuk warga emas / berhenti merokok)

(2) 1 botol vivix, 1 collogen powder dan 1 ESP (set warga emas/perokok dan ibu/wanita)

(3) 1 ESP, 1 mealshakes, 1 omega guard, 1 vita C, 1 ostematrik, 1 vitalea, 1 vita B complex, 1 herbalax dan 1 zinc (set anak genius, ibu dan bapa)


(4) 1 vivix, 1 AJHT, 1 ostematrik dan 1 omega guard (set lengkap warga emas/3 serangkai; lemah jantung, kencing manis dan darah tinggi)

(5) 2 vitamin E, 1 GLA, 1 ESP, 1 B complex, 1 vitalea, 1 vitamin C, 1 zink (set lengkap suami isteri yang sedang berusaha untuk dapatkan zuriat insyaAllah)

(6) 2 ESP, 1 alfalfa, 1 zink, 1 omega guard, 1 B complex, 1 vitalea, 1 vitamin C, 1 herbalax, 1 lechitin (set lengkap ibu berpantang, menyusu dan turunkan berat badan)



Sambungannya....................

(7) Set promosi Mac 2014, beli 7 botol ESP, percuma 1

(8) 1 ESP, 1 alfalfa, 1 B Complex, 1 Vitalea, 1 Vitamin C, 1 Ostematrik, 1 omega guard, 1 zinc comolex, 1 mealshake.


Untuk FREE POSTAGE pula, jumlah pembelian dalam satu transaksi mestilah melebihi RM800, jika kurang RM10 akan dikenakan sebagai kos penghantaran ke mana saja seluruh semenanjung Malaysia.

Sebagai contoh, item (8) di atas jika kita tambahkan dengan 1 Lechitin dan 1 Nutriferon sudah melayakkan untuk dapatkan FREE POSTAGE, dan jumlah rebet/bonusnya telah meningkat dari kira-kira RM31++ kepada RM39++

Harap ianya membantu bagi yang tengah berkira-kira untuk dapatkan KEAHLIAN PERCUMA, PENGHANTARAN PERCUMA dan REBET/BONUS BULAN PERTAMA RM30++





Jika ada sebarang kemuskilan dan perlukan bantuan boleh hubungi kami di talian;
Lukeman 0132299319
Liza 0196515717
ataupun boleh tinggalkan pesanan di email dan juga FB kami. InsyaAllah akan kami bantu seterdaya mungkin.

Harap entri ini bermanfaat

Wallahhua’lam 
Lukeman Yusoff dan Siti Norliza Ibrahim 
BBBangi Selangor 
14.3.2014 
Shaklee Independent Distributor ID: 1089476 
Tel/sms/whatsapp: 0196515717 / 0132299319 
Blog: www. jombahagia.blogspot.com 
Email: jombahagia@gmail.com 

Artikel berkaitan
(1) Cara Untuk Menjadi Ahli Shaklee
Read more ...

Tuesday 11 March 2014

Sayangi dan Bantu Isteri Jadi Solehah

"Dunia adalah perhiasan, dan SEBAIK-BAIK PERHIASAN DUNIA ADALAH WANITA (ISTERI) SOLEHAH"

"REDHA ALLAH ada pada REDHA IBU (untuk anak lelaki, dan anak perempuan yang belum berkahwin), dan pada REDHA SUAMI (untuk isteri, dan wanita yang telah berkahwin)

Isteri adalah ibu kepada anak-anak kita. Indahnya Islam, anak kena taat pada ibu dan ibu/isteri kena taat pada suaminya. Sungguh besar pengorbanan ibu; ibu mengandung, ibu melahirkan, ibu menyusu, ibu mendidik, ibu membelai, ibu memujuk......segala-galanya ada pada ibu



Sayangi ibu kepada anak-anak kita dengan bantu isteri agar sentiasa sihat dan bertenaga untuk menjalankan tugas dan tanggungjawabnya. Bantu mereka seboleh mungkin dengan ringankan bebanannya, insyaAllah rumahtangga akan harmoni.

Antara set nutrisi kesihatan semulajadi yang boleh diberikan pada isteri kita adalah Set lengkap dari MENGANDUNG, BERPANTANG dan MENYUSU seperti di bawah.

Set ini ada:

ESP untuk membantu bekalkan tenaga, bina tisu dan sel badan
B COMPLEX bantu ibu agar lebih tenang
VITALEA bantu ibu agar lebih bertenaga dan bantu pertumbuhan sel badan
ALFALFA bantu sistem penghadaman dan detok
LECITHIN bantu pecahan lemak dan kolestrol bagi turunkan berat badan
HERB-LAX bantu menyahtoksin dan membersihkan sistem perkumuhan dan usus
ZINC bantu percepatkan penyembuhan luka dalaman
OMEGA GUARD bantu saraf, sendi, turunkan berat badan dan bina sel bayi dalam kandungan
OSTEMATRIK bantu tulang dan gigi agar sentiasa kuat
VITA C PLUS untuk imun dan kulit yang lebih cantik
VITA E untuk antioksida, melambatkan penuaan, dan bantu sistem pembiakan

Set lengkap ini boleh digunakan dari zaman anak dara, hingga berkahwin, mengandung, berpantang dan menyusu. Kegunaannya adalah untuk 3-4 bulan dengan purata sekitar RM6 sehari.

Bukan saja ibu akan cepat sembuh dari luka bersalin, ibu juga akan lebih bertenaga dalam menjalankan tanggungjawabnya, insyaAllah. Ibu gembira, anak-anak ceria, suami tambah bahagia.

Ada lagi TAMBAHAN; KEAHLIAN PERCUMA akan diberikan kepada pemilik set ini, dan juga BONUS / REBAT TUNAI akan dipindahkan ke akaun pemilik pada 15 haribulan depan dengan anggarannya sebanyak RM32-RM38.

Apa tunggu lagi, ayuh bantu isteri untuk jadi isteri yang ceria, bertenaga, sihat dan insyaAllah ini akan lebih memudahkannya untuk taat dan patuh pada kita suaminya, dengan hadiahkan mereka set berharga ini, seterusnya MENJADIKANNYA SEBAIK-BAIK HIASAN DI DUNIA INI; ISTERI SOLEHAH.......dambaan LELAKI dan PARA SUAMI DI LUAR SANA.

Gambar hiasan; 29.1.2014, 4.36 pagi waktu Mekah, seorang suami sedang menemani isterinya untuk beribadah di dalam Hijr Ismail dibawah pancur emas, Masjidil Haram, Mekah. Alhamdulillah dan terima kasih Allah kerana beri peluang kepada suami ini untuk berbakti pada isterinya


Wallahhua'lam


Wallahhua’lam 
Lukeman Yusoff dan Siti Norliza Ibrahim 
BBBangi Selangor 
11.3.2014

Shaklee Independent Distributor ID: 1089476 
Tel/sms/whatsapp: 0132299319 (Luke) /0196515717 (Liza)  
Blog: www. jombahagia.blogspot.com 
Email: jombahagia@gmail.com



Artikel berkaitan:
1. Sayangi Isteri dan Anak-Anak dengan Didikan Agama, Doa, Makanan dan Rezeki yang Halal
2. Anak-Anak Sihat dan Cerdas
3. Nutriferon; Kuatkan Imun Badan
4. Mengapa Shaklee? (5) Mudahnya Beli Produk Shaklee Secara Online
5. Performance Drink: Tingkatkan Prestasi Diri
6. Jom Bahagia (1) Berbagi Kasih Sayang Dari Gaji Pertama
Read more ...

Saturday 8 March 2014

Saat Kematian Makin Menghampiri Kita [#MH370]

Bila terfikir saat kematian yang makin menghampiri, terasa banyak benda penting yang perlu disegerakan, antaranya adalah:

1. Bekalan amal yang masih berkurangan untuk kehidupan akhirat

2. Kenalan yang masih belum diberikan hidayah. Sama-sama kita menyeru kepada kebaikan, dan sama-sama kita sebarkan kebaikan Islam. Moga lebih ramai umat manusia beriman kepadaNya

3. Rukun Islam yang belum terlaksana; menunaikan ibadah Haji di Baitullah hil Haram. Moga kita semua diberikan kesempatan untuk menunaikan ibadah haji

4. Pendidikan anak-anak. Moga anak-anak menjadi anak yang soleh dan solehah, dan moga isteri menjadi isteri yang solehah.

5. Perlindungan untuk anak-anak dan isteri. Moga perlindungan takaful yang dicarumkan oleh kita dapat membantu kehidupan mereka.



6. Quran: Niat di hati untuk hafal isi kandungan Quran dan amalkan setiap kandungannya dalam kehidupan, insyaAllah. Surat cinta dariNya perlu diulang baca setiap hari, agar sentiasa melekat di hati

7. "Apabila mati anak Adam, 3 perkara yang akan memberikan manfaat untuknya; 1. amal jariah, 2. ilmu yang bermanfaat, dan 3. anak-anak yang soleh yang mendoakannya"

Jom amalkan bacaan Surah Al Mulk sebelum tidur, agar alam kubur kita bercahaya. Jika selamat dikubur insyaAllah perjalanan kita ke alam seterusnya lebih mudah.

Wallahhua'lam
Lukeman Yusoff dan Siti Norliza Ibrahim

Artikel berkaitan:
1. Sayangi Isteri dan Anak-Anak dengan Didikan Agama, Doa, Makanan dan Rezeki yang Halal
2. Jom Bahagia (5) Kompilasi 2 Minggu Nota Kuliah Agama
Read more ...

Thursday 6 March 2014

Jom Bahagia (5) Kompilasi 2 Minggu Nota Kuliah Agama

Assalamualaikum, di sini kami nukilkan kompilasi nota, catatan dari bacaan dan juga kuliah agama untuk tatapan, rujukan dan panduan bersama, insyaAllah

7.3.2014 JUMAAT

Rumah tangga gambaran syurga, rumah tangga sakinah dan penuh suasana iman adalah gambaran syurga yang disegerakan di dunia.

Panel ceritakan seorang wanita yang sebatang kara, ditinggalkan 2 orang adiknya sebab hutang. Hutang yang tidak ditulis, tidak ikut syariat Allah. Sebab hutang ramai adik beradik putus saudara, banyak keluarga berpecah.

QS Al Baqarah 282, "10 perkara yang perlu ada jika berhutang 1. Surat perjanjian (hitam, putih), 2. Tulis dengan benar dan adil, 3. Rencana dengan betul (isi surat hutang, bila dan bagaimana mahu bayar), 4. Bertakwa kepada Allah, 5. Jangan kurangkan sesuatu daripada hutang itu, 6. Datangkan walinya jika orang yang berhutang itu lemah, 7.Saksi, 2 orang lelaki atau 1 lelaki dan 1 perempuan 8. Saksi jangan tolak persaksian bila dipanggin, 9. Jangan disusah-susahkan 10.takutlah pada Allah"

Dalam syariat biar bertegas dan bermasam muka terlebih dahulu, tetapi dihujungnya damai dan bahagia insyaAllah

ikim.fm 7.3.14 7.30 pagi




6.3.2014 KHAMIS


"Kepada mereka dikatakan" "salam" sebagai ucapan selamat dari Tuhan Yang Maha Penyayang" QS 36 Yasin 58

Jom sama-sama kita amalkan amalan ahli syurga dengan menyebarkan "salam" sesama kita


5.3.2014 RABU


Kursus Asas Haji 1435H / 2014M

Makluman untuk bakal Haji / Hajjah ataupun yang dah / ingin buat rayuan Haji tahun ini, kursus Haji asas sedang berjalan sekarang, boleh datang mana-mana lokasi berhampiran Tuan / Puan. Boleh rujuk jadual bagi negeri / tempat masing-masing dihttp://www.tabunghaji.gov.my/web/guest/soalan-4. Untuk penduduk negeri Selangor boleh terus rujuk dihttp://www.tabunghaji.gov.my/documents/10180/1580898/07022014update_Selangor.pdf/fe74d430-db5b-4e70-8434-2bd6145960b0.

Jadual terkini Sabtu ini, 8.3.2014, 9-11 pagi di Masjid UKM Bangi. Kursus ini adalah kursus asas untuk persediaan haji dan penambahan ilmu. Jika rayuan haji diterima (insyaAllah), insyaAllah tabung haji akan buat lagi sekali kursus perdana untuk semua bakal haji.

Makluman lanjut boleh hubungi tabung haji berhampiran. TH Bangi 03-82100804 ataupun terus ke HQ TH di talian 03-6207 1919




Detox fizikal, hati dan fikiran agar yang keluar dari diri kita semua yang baik-baik sahaja ikim.fm 5.3.14 7.30 pagi


Nota 1: Detox hati dan fikiran dengan selalu baca Quran, hayati makna dan amalkan dalan kehidupan insyaAllah

Nota 2: Detok fizikal boleh cuba set alfalfa+herb-lax+DTX+garlic


Nota 3: Moga fizikal, mental dan fikiran kita sentiasa bersih dan membersih / memberikan manfaat kepada orang lain juga insyaAllah


3.3.2014 ISNIN



Tanda-tanda orang berakal dan bijaksana

1. Berpagi-pagi sebelum subuh
2. Ada masa untuk bemunajat pada Allah SWT
3. Sentiasa menghisab diri
4. Beri hadiah (reward) atau galakan pada diri apabila dapat lakukan sesuatu kebaikan ikim.fm 3.3.14 7.30 pagi


Nota 1: Ketika muda, lidah lebih mudah menyebut "Alhamdulillah"bila dikurniakan nikmat dan rezeki.

Nota 2: Semakin meningkat usia, "Alhamdulillah" dan "Astagfirullah" dirasa lebih bererti
Nota 3: Rezeki dan nikmat bukan hanya pada wang dan harta, tetapi
juga pada kesihatan, keluarga yang harmoni, jiran yang baik, sahabat yang berakhlak, hidup yang tenang.

Nota 4: Semoga kita semua beroleh bahagia dan syurga dunia dan juga bahagia dan syurga akhirat insyaAllah


2.3.2014 AHAD

 Makluman, kos menunaikan ibadah haji tahun ini 1435H / 2014M dengan tabung haji adalah RM9980



1.3.2014 SABTU




Ustaz Abdul Rahman Awang Soh, Kuliah Maghrib, Surau An-Nur, BBB, 1.3.2014 @ 29.4.1435


1. Ubat harta adalah ilmu dan amal (a) kita dan harta akan binasa dan tidak kekal; jangan ambil air 1 titik pun kalau haram, jangan ambil 1 sen pun kalau haram. Pastikan semua harta kita halal, (b) hati susah hati bila ada harta yang tidak halal, (c) setiap punca kekayaan dan harta akan dihitung bermula di kubur, dan neraka tempatnya jika salah/haram.

2. Kaya dunia dan kaya akhirat dibolehkan.

3. Allah menilai apa ada dalam hati kita. Buat kerana Allah Taala untuk mencari redhaNya. 



Kuliah mingguan, Dataran Ilmu @ Dataran Taman Syurga, Bangi, Ustaz Don Danial Don Biyajid 8.30 pagi. Tafsir Nurul Iman.



"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan takwa"

Hidayatul Salikin jawi ms 30, melayu moden ms31, melayu lama ms35. Karangan Sheikh Abdul Samad AlBalingi. 


1. Sejarah akan berulang. Kayakan diri dengan ilmu. Cungkil bakat orang muda. Khalid Al Walid dilantik jadi tentera perang. Setiap orang ada kelebihan, cungkil dan tonjolkan bakat yang mereka ada.

2. Pakar kulit masuk Islam kerana faham tentang kulit dan deria rasa yang telahpun ditulis dalam Quran. Semua orang bukan boleh jadi ulama, tapi semua orang ada peranan dalam Islam. Cungkil bakat setiap anak dan orang muda. Setiap kita ada kebolehan dan kelebihan. Ibubapa kena sokong. Menandakan kekuasaan Allah yang buat manusia pelbagai.

3. "Takutlah kamu kepada air kencing, ramai yang masuk neraka kerananya"

4. Imam Ahmad Hambal anak murid Imam Syafie. Imam Syafie ziarah anak muridnya Imam Ahmad. Imam Syafie (a) makan lebih, (b) tidur, (c) tak ambil wuduk. Jawab Imam Shafie, "aku makan banyak sebab ayah kamu warak dan alim, aku makan sungguh-sungguh sebab makanan ini halal dan berkat. Mataku pejam tapi aku berjaya selesaikan hampir 40 masalah agama, dan aku tidak tidur, jadi tak perlu ambil wuduk

5. HR "Siapa basuh anggota wuduk 1 kali dapat 1 pahala, 2 kali dapat 2 pahala dan siapa yang basuh 3 kali dapat pahala wuduk Nabi-nabi terdahulu"



"Ingat Allah waktu senang, nescaya Allah akan ingat/tolong kita waktu susah"

1.3.2014 / 29.4.1435 Sabtu, kuliah subuh, Surau An Nur S1 BBBangi, Ustaz Hashim Hanafiah, tafsir Quran. Hari ini genap 27 tahun kuliah tafsir Quran di surau, mula dari 1.3.1987 & lepas kuliah ada jamuan sempena Khatam Quran ahli kariah.

Kisah Nabi Ibrahim, Nuh, Musa, Harun, Ilyas dah tamat. Hari ini kisah Nabi Lut dan Nabi Yunus, surah Assafat.

"dan sesungguhnya nabi Lut adalah daripada utusan Allah (Lut bin Haron; Haron 2 beradik dengan Nabi Ibrahim. Lut beriman kepada Nabi Ibrahim. Lut ikut hijrah Nabi Ibrahim dari Iraq ke Palestin. Nabi Ibrahim ke Syam/Syria, Lut ke Jordan yang ada laut mati, dari bani Israil. Kaum saadom sembah berhala dan berhubungan jenis. Maka Allah musnahkan mereka dengan gempa bumi, ribut batu dan petir. Jadilah tempat mereka terbalik (laut mati sekarang) Mereka yang beriman berjaya kecuali isterinya dan mereka yang ingkar" ayat 133

Ayat 134 & 135 "sesungguhnya kami (Allah) telah selamatkan dia (Lut) dan pengikutnya yang beriman semua sekali, kecuali orang tua (isterinya) didalam keadaan azab/seksa Allah sepanjangnya (isterinya sokong kaum Saadom. Isterinya bagitahu kaum Saadom bahawa malaikat yang menyerupai lelaki datang kerumahnya), dia restui dan kerjasama/sepakat dengan.kaumnya"

Ayat 136 "kemudian kami (Allah) binasakan yang lain (yang mengingkari Nabi Lut, dan buat kemungkaran)

Ayat 137 " (Musafir Mekah ke Syam/Syria melalui kawasan Saadom/laut mati) dan sesungguhnya kamu (ahli Mekah) melalui/melintasi ke atas mereka (laut mati)

(selalunya mereka berjalan waktu malam, sampai pagi. Tengahari berehat, petang sambung balik perjalanan) di waktu pagi."

"(Balik dari Syam sampai di situ pagi) Adakah kamu berfikir"

Iktibar:
1. Ambil pelajaran dari setiap yang berlaku.

Kisah Nabi Yunus.
Allah utuskan di Iraq, di newnawi, berdekatan sungai dajlah "dan sesungguhnya Yunus adalah dari orang yang diutuskan (rasul) (yunus bin matta), sesungguhnya "apqa" dia lari dari tempat dia diutuskan tanpa diperintah oleh Allah (Nabi Yunus dukacita apabila kaumnya tidak mahu beriman kepada Allah. Nabi-nabi hijrah dengan perintah Allah seperti Nabi Ibrahim hijrah dari Syam ke Mekah, Nabi Muhammad dari Mekah ke Madinah). Sesungguhnya dia telah keluar dari tempatnya dengan naik kapal yang sarat (bila kapal belayar, angin datang, kapal hampir masuk air, seorang perlu dibuang ke laut, diundi pertama kena Nabi Yunus, diulang kali kedua kena Nabi Yunus juga, kali ketiga pun kena Nabi Yunus), maka dibuat undi, kena pada dia (Yunus), maka dicampakkan dia (Yunus) kelaut

142 "maka dia ditelan ikan besar "alhudu", dan dia (Yunus) tahu dia bersalah (kerana lari dari kaumnya tanpa perintah Allah, sepatutnya sabar dengan ujian dan cabaran)."

Diceritakan oleh ahli tafsir: di dalam perut ikan selama 3hari-3malam, ikan ikut kapal, tidak menghadamkan Yunus)

143 "sekiranya dia (Yunus) tidak selalu mengingati Allah (tasbih, tahmid, zikir), nescaya dia akan kekal dalam perut ikan hingga hari kiamat"

HR Ibnu Abbas "Kita kena sentiasa ingat Allah waktu senang, nescaya Allah akan ingat/bantu kita waktu kita susah"

"jika Allah bagi rezeki tanpa batas nescaya manusia akan melampai batasan" QS.

"Maka dia menyeru dalam kegelapan "lailahaillaanta subhanaka inni kontuminazzalimin" tiada tuhan selain Allah, aku adalah orang yang zalim"

QR "Buatlah amal soleh/kebaikan seboleh mungkin, amal itu akan angkat&selamatkan kamu ketika kesusahan, sepertimana yang dilakukan oleh Nabi Yunus"

145 "Kami (Allah) telah jadikan ikan hud itu muntahkan/keluarkan dia (Yunus) di tempat tandus. Badannya lemah (seperti bayi baru lahir). Allah tumbuhkan pokok (daunnya besar untuk meneduhi Yunus, binatang lain tak boleh dekatinya)"

HR Abu Hurairah "Badan Yunus lemah, Allah tumbuhkan pokok dan datang kambing untuk susukan Yunus"

Nabi Yunus berkeadaan demikian sehingga keadaannya kembali seperti sediakala

147-148 "Allah hantarkan kembali dia kepada kaumnya, sehingga kaumnya beriman sehingga beberapa ketika"

Huraian oleh Tuan Haji Ghazali.

QS As Safat ayat 133-148, 15 ikut tafsif Al Azhar. Kaum Lut penyakit/kaum Saadom, dicungkil balik bumi.

Nabi Muhammad SAW dakwah di Taif, baginda diejek dan diingkari. Baginda bernaung kepanasan di bawah pokok, didatangi budak Nasrani. Nabi ceritakan tentang Newnawi dan Yunus; budak Nasrani peluk Islam.

Pokok kundur; labu apabila masaknya seumpama bubur ditumpuhkan di pulau itu untuk Nabi Yunus. Lebih 100 000 orang kaumnya beriman selepas peristiwa itu.

Malam nanti kuliah magrib oleh Ustaz Abdul Rahman Awang Soh


25.2.14 SELASA

Tanda kejayaan seseorang individu itu apabila dia dapat berbakti kepada orang yang berbakti kepadanya iaitu ayah dan ibunya. Panel ceritakan arwah ayahnya yang sempat dimandi, dikafan, diimami solat jenazah, diiringi dan dikebumikannya dikubur. Sama-sama kita berbakti dan sayangi mereka walaupun mungkin mereka telah tiada. Ikim.fm 25.2.14 7.30am

24.2.2014 ISNIN


"Celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela (orang yang tamak, hasad). Yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitungnya (mengejar harta, meninggalkan banyak prioriti dalam hidupnya terutamanya pelajaran agama). 

Disangkakannya bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (tiba-tiba kematian menjemputnya, baru dia sedar bahawa harta tidak dapat membantunya, bahawa disebabkan kesibukan mencari harta, banyak perkata penting dia tertinggal dan baru dia memikirkan keutamaan serta objektif hidupnya). Tidak sekali-kali, sesungguhnya dia sememangnya akan dilemparkan ke dalam neraka Hutamah (menyesal, menanggung sakit yang tidak terperi dan ingin kembali kedunia)" QS 104 Al Humazah ayat 1-4.

"Ya Allah ampunilah kami dan jadikanlah dunia dan harta kami sebagai asbab untuk kami lebih dekat kepadaMu dan jauhkanlah kami dari azab api neraka"

Jom solat taubat sebelum tidur


23.2.2014 AHAD




Doa agar dikurniakan kesihatan dan kekuatan yang baik dan berkekalan insyaAllah, QS 11 Hud ayat 52 "dan Dia akan tambahkan kekuatan keatas kekuatanmu (harta dan anak) dan janganlah kamu berpaling menjadi orang yang berbuat dosa"



Doa agar diri, anak dan keturunan tetap dan mudah melakukan solat QS 14 Ibrahim ayat 40 "Wahai Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang yang tetap melaksanakan solat. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku"
Lukeman


22.2.2014 SABTU

Banyak nikmat yang Allah kurniakan di dunia pada kita kadang-kadang buatkan kita terfikir "adakah lagi bahagian kita di akhirat kelak? Ya Allah ampunilah dosa kami semua dan berilah kami kebaikan didunia dan kebaikan diakhirat dan jauhkanlah kami dari azab api nerakaMu"


21.2.2014 JUMAAT

Kutbah Jumaat 21.2.14 Masjid An Najah GMI Bangi.

1. Tingkatkan ketakwaan dengan laksanakan segala perintah dan jauhi segala laranganNya. Moga kita berbahagia dunia dan akhirat.

2. Kutbah bertajuk Hadis Nabi SAW. 4 sumber hukum 1.quran 2.sunnah 3.ijma' dan 4.qias. HR Muaz ibnu Jabal "Kitab Allah, Sunnah Rasul SAW, Ijtihad"

3. "Dan nabi tidak perkatakan sesuatu mengikut nafsunya melainkan ia adalah wahyu yang diwahyukan kepadanya".

4.Hadis 1.Perbuatan, perkataan dan persetujuan Baginda, 2.perincikan Quran, 3.membatas/perincikan Quran, 
4.Perincikan Hukum hakam

5.Selamat dari sesat "aku tinggalkan kamu 2 perkara selama mana kamu pegang padanya kamu tidak akan sesat selamanya, iaitu kitab Allah (Quran) dan Sunnahku (hadis Nabi SAW)" HR Imam Malik

6. Wajib taati Allah dan taati Rasulullah SAW "jika kasih pada Allah, ikutilah Aku (Rasulullah SAW)" QS Imran 31.

7. "Sesiapa yang cari selain Islam, tidak akan diterima dan diakhirat kelak dia orang yang rugi". Quran dan Hadis sumber rujukan utama Islam

8. Allahhummasallialamuhammadwaalaalimuhammad.

Nota 1: Bagus juga ambil nota masa khutbah 1.otak ligat ingat fakta imam 2.tangan tangkas tulis nota & 3.minda lebih fokus dan mata lebih segar

Nota 2: Nak lagi segar, ambil 1 biji Vitamin B complex ataupun vitalea lepas makan tengah hari tadi sebelum solat jumaat. Marvellous.


Wallahhua’lam
Liza & Lukeman
Bangi Selangor
7.3.2014 
Shaklee Independent Distributor ID: 1089476 
Tel/sms/whatsapp: 013-2299319 / 019-6515717 
Blog: www.jombahagia.blogspot.com 
Email: jombahagia@gmail.com
Read more ...

Wednesday 5 March 2014

Bonus Bulan Ketiga Shaklee = Separuh Gaji Jurutera

Assalamualaikum, alhamdulillah, sudah masuk bulan ke empat kami bershaklee; bermula dengan mencari produk kesihatan untuk kegunaan sendiri; suami, isteri dan anak-anak. Kemudian kami kongsikan dengan rakan-rakan pejabat, jiran-jiran, saudara mara, pembaca blog dan juga kawan-kawan di facebook.

Alhamdulillah semakin hari semakin ramai yang mulai sedar tentang kepentingan kesihatan dalam kehidupan. Dua nikmat yang sering kita lupa dan abaikan adalah nikmat sihat dan nikmat masa lapang. Bila hilang baru kita sedar dan hargainya.

Pendapat peribadi kami, apa saja produk yang kita percaya dapat membantu keluarga kita sihat, kita yakini keberkesanan, tiada kesan sampingan, diakui halal, ada pengesahan KKM, semulajadi, tiada bahan tambahan / bahan sintetik, terbukti dipasaran patut kita cuba dan ambil. Antara yang kami ambil setakat hari ini adalah madu lebah, kismis, kacang badam, kurma, dan juga produk kesihatan Shaklee.

Disamping guna sendiri untuk bantu tingkatkan kesihatan, dengan izin Allah jua, alhamdulillah produk ini juga bantu kami untuk dapatkan pendapatan tambahan. Bonus Shaklee biasanya di bayar setiap 15 haribulan setiap bulan. Kami mula bulan 12, jadi bulan ini insyaAllah kami akan dapat merasa bonus ke 3 kami.

Tak banyak pun, bermula untuk guna sendiri bulan 12, 2013, kongsikan manfaatnya sedikit demi sedikit. Bulan lepas, Februari 2014 alhamdulillah bonus bulan ketiga Shaklee kami hampir menyamai separuh gaji pertama Lukeman kerja sebagai jurutera; kerja pertama selepas tamat ijazah dulu, tahun 2001. Fresh graduate kan, mana dapat gaji tinggi-tinggi lagi :)



Kad bisnes kenangan; 1 selepas tamat Ijazah tahun 2001, lagi 1 lepas tamat Master tahun 2004, bersama cop "AMAT BAIK" Athirah ;). Rasa nak kongsi pengalaman kerja di industri sebelum masuk jadi tenaga pengajar, insyaAllah jika berkesempatan dan di lain entri.


Apapun, bonus perniagaan ini hanya sampingan, matlamat utama adalah untuk bantu lebih ramai orang, agar bertambah sihat, dapat melakukan ibadah dan kerja dengan lebih bertenaga, dapat dukung dan kendong anak-anak tanpa perlu lagi rasa sakit pinggang, dapat jadi asbab untuk dapatkan zuriat, dapat pulihkan semula hubungan suami isteri dan macam-macam lagi asbab kegunaan dan khasiat vitamin semulajadi ini.

Sambil sihat, sambil bantu tambah pendapatan. Bagi yang berminat untuk lebih sihat, mahupun untuk jana pendapatan tambahan, boleh hubungi kami di nombor di bawah untuk sms/call/whatsapp. Boleh juga add FB kami, jika ada sebarang kemuskilan ataupun pertanyaan, insyaAllah akan kami kongsikan. Syaratnya mudah, ada semangat untuk berkongsi, ada kemudahan internet, dan jika ada telefon pintar itu suatu bonus. Sekarang semua dihujung jari.

Moga bermanfaat dan sampai jumpa lagi insyaAllah

Wallahhua’lam
Read more ...

Tuesday 4 March 2014

Promosi ESP Mac 2014; Hampir Semua Kombinasi Set Kesihatan ada ESP

Alhamdulillah, kita masih dikurniakan nikmat iman, islam, kesihatan, masa lapang dan kehidupan olehNya. Moga kita makin bertambah amal seiring dengan pertambahan usia. Sangat beruntung orang yang "hidup hari ini lebih baik daripada semalam". Moga kita tergolong dalam golongan yang begitu hendaknya, insyaAllah.


Bulan lepas promosi Vitalea; multivitamin pertama yang dihasilkan oleh Dr Shaklee. Ramai orang yang ambil peluang untuk rasai pelbagai vitamin dalam satu tablet pada harga yang lebih murah. Bulan Mac 2014 ini, promosinya adalah ESP; Energizing Soy Protein, susu kacang soya yang direka khas untuk pembekalan tenaga dan sumber protein bagi pembinaan sel dan tisu badan.

Antara khasiat ESP adalah seperti berikut:
1. Bantu kekalkan otot, baiki sistem tisu dan enzim dan untuk membantu penghasilan hormon yang teratur
2. Bantu kekalkan paras gula dalam darah
3. Bantu sokong sistem imun, kekalkan paras kolestrol normal, dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat
4. Bantu bekalkan tenaga  untuk lelaki dan wanita dan bantu cegah penyakit jantung
5. Bantu merawat sakit kulit seperti jerawat, kusam dan berparut
6. Membantu mengawal penyakit kencing manis, anemia, berat badan berlebihan dan kolestrol
7. Sangat bagus untuk ibu mengandung, berpantang dan menyusu.


Khasiat ESP

Hampir semua set kesihatan Shaklee ada ESP, antaranya adalah:

1. Set A (Keluarga Sihat) ESP + vitalea + B complex + vitamin C

2. Set B (3 Gems) ESP + mealshakes + performance drink


3. Set C (Anak Genius, Sihat dan Cerdas) ESP + mealshakes + omega guard + Vitamin C


4. Set D (Kesuburan Suami Isteri): ESP + B complex + vitalea + vitamin C (suami isteri kongsi), Vitamin E + Zinc (suami), GLA + alfalfa (isteri)


5. Set E (Ibu Hamil): ESP + vitalea + vitamin C + B complex + ostematrik + omega guard


6. Set F (Menyusu): ESP + alfalfa + vitalea + B complex + vitamin C + ostematrik


7. Set G (Anti / Melambatkan) Penuaan: ESP + vivix + nutriferon + collagen powder


8. Set H (Kurus): ESP + lecithin + herbalax + omega guard + alfalfa


9. Set I (Kesihatan Kulit): ESP + vitamin C + vitamin E + B complex + collagen powder



10. Set J (Mengawal Kencing Manis): ESP + vitalea + GLA + vitamin C + zinc + vivix

11. Set K (Kesihatan Jantung): ESP + omega guard + CoQ + garlic + vitamin E + lechitin


Shaker. Ini adalah Shaker yang dikeluarkan oleh Shaklee.Stoknya sangat terhad. Bagi sesiapa yang perlukan stok Shaker dan set kesihatan seperti di atas, harap dapat hubungi kami sepertimana di bawah. Shaker ini ada spring / mixer sekali untuk membantu membantu memudahkan kita untuk menyediakan minuman ESP, meal shakes, performance drink, dan juga cinch shake mix.

Harga bulan Mac 2014 ini memang sangat berbaloi. Bagi ahli, pembelian 6 ESP akan dapat percuma 1. Penjimatan sebanyak RM21. Cara untuk jadi ahli adalah dengan membuat pembayaran RM75 ataupun membeli barangan pada harga ahli sebanyak 200UV ataupun sekitar RM650, dan bonus pada bulan pertama adalah RM30++. Keahliannya adalah untuk seumur hidup. Manfaat dan detail cara untuk jadi ahli boleh rujuk di cara jadi ahli dan jadi ahli shaklee percuma 






Bagi yang bukan ahli / belum jadi ahli / mahupun yang mahu jadi ahli, boleh hubungi kami untuk dapatkan harga istimewa dan juga perincian lanjut untuk jadi ahli, khas untuk pengujung dan pembaca blog www.jombahagia.blogspot.com ini, dan juga khas untuk kawan-kawan facebook, kenalan dan pembaca budiman. Moga sama-sama kita dapat manfaat peluang promosi ini, insyaAllah

Wallahhua’lam
Liza & Lukeman
Bangi Selangor
4.3.2014
Shaklee Independent Distributor ID: 1089476
Tel/sms/whatsapp: 019-6515717 / 
013-2299319
Blog: www. jombahagia.blogspot.com
Email: jombahagia@gmail.com



Artikel berkaitan

(1) Cara Untuk Menjadi Ahli Shaklee
(2) Mengapa Shaklee? (5) Mudahnya Beli Produk Shaklee Secara Online
(3) Keahlian Percuma Seumur Hidup Dengan Pembelian Set Shaklee

Read more ...