Saturday 31 May 2014

Rancang Kematian, Telaga Kausar, Syafaat Nabi, Israk Mikraj dan Solat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

السلام علبكم ورحمة الله



Himpunan Nota Kuliah Agama Untuk Rujukan Bersama
-------------------------------------------------------------------------

1. Rancang Kematian dan Telaga Kausar



Masjid Hasanah
Bandar Bangi Selangor
Kuliah Subuh
31 Mei 2014
2 Syaaban 1435

TAJUK: KEMATIAN

1. Rancang kematian. Sekarang 2 Syaaban, kemudian akan datang Ramadhan 1435

2. Orang kufur ingin kembali ke dunia untuk buat amal setelah mati. "Kembalikan kami ya Allah" Al Mukminun 23: 99-100

حَتَّىٰ إِذَا جَاءَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ

Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) -

لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْتُ ۚ كَلَّا ۚ إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا ۖ وَمِنْ وَرَائِهِمْ بَرْزَخٌ إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ

"Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).

3. "Ila yaumi yubasun" = hari kebangkitan, untuk menceritakan nasib / pembalasan kepada manusia

4. Banyakkan pujian, syukur dan muhasabah pada Allah dengan nikmat yang dikurniakanNya. Kita dapat minum air sekarang, tetapi adakah kita akan dapat minum air di mahsyar besok? Air dari telaga kausar

5. 108 Al Kausar: 1-3.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ

Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ

Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).

إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ

Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).





6. Asbabul Nuzul. Nabi terlelap seketika, kemudian diwahyukan surah ini. Al Kausar. Telaga kausar

7. 3 pendapat tentang kausar
a. Telaga kausar Nabi Muhammad SAW di padang mahsyar
b. Sungai di dalam syurga Allah
c. Sungai di padang mahsyar hingga mengalir ke dalam syurga

8. "Maka solatlah kamu kepada Allah" dan "berkorbanlah kepada Allah" untuk mendapatkan air daripada telaga kausarNya

9. Pengobanan mesti ada sabar, ikhlas & istiqomah

10. Solat kerana Allah, bukan kerana Ramadhan, bukan kerana sebab lain. Solat dengan tunduk dan patuh kepada Allah

11. Ikhlas mesti datang bersamanya kesabaran dan istiqomah

12. Ayat ke 3 "mereka yang membencimu Muhammad, terputus daripada rahmat Allah (daripada meminum air telaga kausar)

13. Mereka ini ialah golongan yang tidak mengamalkan sunnah Nabi SAW, anti hadis, tidak beribadah ikut cara Nabi Muhammad SAW

14. Moga kita semua dapat solat kerana Allah dan dapat berkorban untuk Allah dengan ikut cara Nabi Muhammad SAW

15. Di telaga / sungai kausar ada gayunh-gayung yang melebihi bintang-bintang di langit. Namun tidak semua daripada umat ini dapat meminumnya

16. Moga kita semua dapat meminumnya dan dapat syurga Allah dengan rahmatNya

17. Kita semakin dekat dengan kematian. Moga kita sama-sama dapat husnul khatimah, sebaik-baik kematian insyaAllah



-------------------------------------------------------------------------

2. Syafaat Nabi Muhammad SAW

Bismillah
Subhanallah Alhamdulillah Allahhuakbar
Allahhummasollialamuhammad waalaalimuhammad


Tazkirah Sebelum Azan Zohor


1. Ada orang boleh baca paper dari muka depan sampai sukan dan boleh hurai satu-satu, tapi tak boleh baca Quran, kerana apa? Kerana IMAN

2. Ada orang boleh dengar muzik berjam-jam, tetapi tidak boleh untuk dengar ceramah 10 minit sebelum solat jumaat, kerana apa? Kerana IMAN

3. Ada orang boleh menangis tengok cerita di tv, tetapi tidak boleh menangis mengenangkan dosa-dosanya, kerana apa? Kerana IMAN

4. Ada orang boleh bangun tengok bola di awal pagi, tetapi tidak boleh untuk bangun solat tahajjud, kerana apa? Kerana IMAN

5. Ada orang rasa besar nilai RM50 apabila lalu depan tabung surau tetapi rasa kecil nilai RM50 apabila berbelanja dipasaraya, kerana apa? Kerana IMAN

6. Ada orang boleh naik motosikal dari KL ke Krabi, tetapi tidak boleh naik motosikal untuk ke surau do sebelah rumahnya, kerana apa? Kerana IMAN



Khutbah Jumaat
Surau An Najah
GMI Bangi
30 Mei 2014
1 Syaaban 1435


1. Allahhumasollialamuhammad waalaalimuhammad

2. Bertakwalah kepada Allah kerana kita dilahirkan daripada zuriat Nabi Adam yang sama. Bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan takwa

3. Jadikan rumah Allah ini sebagai titian untuk kita ke syurgaNya

4. Sambutan Isra' dan Mikraj dan maulid nabi dibuat untuk kenang kembali Nabi Muhammad SAW; jasa-jasa, perjuangan dan pengorbanannya untuk kita semua

5. Kita semua akan bangun di akhirat dalam keadaan telanjang, dan akan berjalan mengikut amalan kita. Ada yang merangkak, ada yang tenggelam dalam darah dan nanahnya sendiri, ada yang bertongkat, ada yang berjalan dengan tangan dan ada juga yang berengsot.

6. Kita akan mencari Nabi untuk meminta syafaat mereka. Nabi pertama yang akan kita cari adalah Nabi Adam AS. 3000 tahun akhirat masa digunakan untuk cari Nabi Adam AS. 1 hari akhirat = 1000 tahun dunia

7. Kita ibadah hanya 5 tahun dari hidup ini. Kita minta Nabi Adam untuk rayu pada Tuhan untuk mulakan hisab

8. Nabi Adam jawab "nafsi, nafsi" "sendiri, sendiri, kamu, kamu, aku, aku"

9. Kemudian malaikat akan cadangkan untuk kita cari Nabi Nuh AS. Maka kita pun cari Nabi Nuh AS, juga selama 3000 tahun akhirat, untuk berikan syafaat, agar Allah mulakan penghisaban. Jawab Nabi Nuh "anak dan isteri aku tidak ikut aku, nafsi, nafsi"

10. Kemudian kita akan jumpa Nabi Ibrahim AS juga selama 3000 tahun akhirat. "Kamu ni kekasih Allah, mintalah untuk mulakan hisab". Jawab Nabi Ibrahim AS "Nafsi, nafsi"

11. Kemudian jumpa pula dengan Nabi Musa AS untuk minta syafaatnya, juga selama 3000 tahun akhirat mencarinya "kamu boleh bercakap secara terus dengan Allah". Jawab Nabi Musa AS "Nafsi, nafsi"

12. Kemudian cari Nabi Isa AS selama 3000 tahun akhirat lagi untuk "dimulakan dan dipercepatkan penghisaban". Jawab Nabi Isa AS "Kaum aku telah menyembah aku, nafsi, nafsi"

13. Kemudian malaikat berkata "Pergilah kamu kepada Nabi akhir zaman"

"Ya Allah, ampunkanlah dosa kami ya Allah. Padamkan api neraka dengan air mata kita"

Nabi Muhammad SAW sedang dalam keadaan sujud kepada Allah

14. Nabi Muhammad SAW kata "haza ummati" "itulah umatku". Nabi sujud lagi

15. Tanya Allah "apa yang kamu mahu ya Muhammad". Bangunlah. Jawab Nabi Muhammad SAW "ummati, ummati" "umatku, umatku"

16. Berfirman Allah "Sesiapa yang ada sebesar biji sawi iman dalam dirinya, keluarlah dari neraka"

17. Nabi sujud lagi yang panjang

18. Tanya Allah lagi "Angkatlah kepala kamu ya Muhammad, apa lagi mahumu"

19. "Ummati, ummati" "umatku umatku"

20. Berfirman Allah SWT "Barang siapa yang ada sebesar zarah dari iman, maka keluarlah dari neraka dan masuklah kamu ke dalam syurga Allah"

21. Nabi sujud lagi yang panjang dan

22. Nabi ulang kali ketiga "ummati, ummati" "umatku, umatku"

23. Firman Allah SWT lagi "Sesiapa yang ada iman sebesar atom, maka keluarlah kamu dari neraka dan masuklah ke dalam syurga Allah"

24. Nabi belum masuk syurga lagi. Nabi sujud lagi kali ke empat.

25. Berfirman Allah SWT lagi "Barang siapa yang pernah sebut "lailahaillallah", keluarlah kamu dari neraka dan masuklah kamu ke dalam syurga"

26. Maka keluarlah umat dari Nabi Adam hingga umat akhir zaman dari neraka dan masuk ke dalam syurga

27. Bersyukurlah kerana kita ini Islam

28. Kita sambut isra' dan mikraj sebagai memperingati Nabi terima fardu solat untuk kita umatnya

29. Anak-anak apabila berumur 7 tahun sudah mula kena solat dan apabila mencapai 10 tahun kena rotan jika belum solat.




Khutbah Kedua


30. Allahhummasollialamuhammad waalaalimuhammad

31. Bertakwalah kepada Allah kerana goncangan pada hari kiamat amatlah dahsyat. Ibu-ibu yang menyusu lupa anaknya, ibu-ibu yang mengandung sehingga melahirkan kerana dahsyatnya hari itu

32. Ketika perang, Nabi jatuh dalam lubang, patah dua giginya, pecah perisainya. Perisai besi itu tertikam dahi Nabi di 3 tempat di dahinya

33. Abu Ubaidah gigit besi dengan giginya, keluarlah besi tadi dan patah giginya dan berdarah gusinya. 3 kali diulangnya, dan ketiga-tiga patah giginya dan berdarah gusinya

34. Tanya Nabi SAW "kamu tak sayangkah gigi kamu wahai Abu Ubaidah". Jawabnya Abu Ubaidah "Aku lebih sayang kamu daripada gigiku ya Rasulullah"

35. Sababat , Malik bin Silan RA lap darah Nabi dengan mulutnya dan telan darah Nabi, dan sabda Nabi SAW "barang siapa yang darahnya bercampur dengan darahku, maka neraka haram baginya / syurga adalah tempatnya"

36. Seorang cikgu di masjid di Masjid Batu Permatang Pauh, dapat hidayah dan menghabiskan masanya di masjid apabila mendengan khutbah jumaat dan cerita sebegini. Seorang pelajar telah insaf dan memecahkan rantai lehernya asbab hidayah apabila mendengar khutbah Jumaat. Hidayah itu milik Allah

37. "Jika ini jumaat terakhir kami, ampunkanlah dosa kami ya Allah, dosa kedua ibubapa kami ya Allah. Jangan jadikan anak-anak dan isteri kami sebagai ujian bagi kami Ya Allah, kerana dosa kami pun kami tidak termampu memikulnya. Berikanlah hidayahMu pada kami dan pada mereka Ya Allah"

Amin ya Rabbal aalamin


-------------------------------------------------------------------------

3. Israk dan Mikraj

Bismillah
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar
Allahhommasollialamuhammad waalaalimuhammad

Assalamualaikum

Selamat menyambut ulang tahun israk dan mikraj kepada seluruh umat Islam. Sama-sama kita memperbaiki mutu solat kita dari hari ke hari insyaAllah

Sama-sama kita solat dengan kusyuk dan khuduk dengan faham setiap maknanya, solat dimana azan diazankan, secara berjemaah dan diawal waktu insyaAllah

Solat adalah tiang agama dan mula-mula sekali akan dihisap diakhirat kelak. Jika baik solat maka amalan lain juga akan diterima insyaAllah

Sama-sama kita solat seolah olah itulah solat kita yang terakhir dan seolah-olah kita akan mati selepas solat ini dan

Lukeman Yusoff
Siti Norliza Ibrahim
27 Mei 2014 = 27 Rejab 1435H
Bandar Baru Bangi

Dibawah ini kami nukilkan nota khutbah Jumaat, 23 Rejab lepas oleh Khatib di Surau An Najah GMI. Moga sama-sama dapat manfaat insyaAllah

-------------------------------------------------------------------------

4. Solat

Khutbah Jumaat
Surau An Najah
GMI
Bangi
23.5.2014
23 Rejab 1435H


1. Bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa
Al Imran 3: ayat 102




2. Al Isra 17 ayat 1



3. Bulan Rejab bulan difardukan solat kepada Nabi Muhammad SAW dan umatnya

4. Mukjizat Nabi Muhammad SAW lebih daripada 1200 mukjizat

5. Mukjizat Nabi Muhammad SAW lebih hebat daripada mukjizat Nabi-Nabi lain, contohnya ada nabi yang dapat menghidupkan orang mati. Nabi Muhammad SAW dapat menghidupkan kayu

6. Solat adalah antara mukjizat yang besar Nabi Muhammad SAW

7. Jibrail mengiringi Nabi hingga ke langit ke 7. Kemudian Nabi naik sendirian ke Sidratul Muntaha
An Najm 53 ayat 13-16



8. Nabi terima kefarduan solat secara terus daripada Allah SWT

9. Perintah-perintah lain melalui perantaraan Jibrail

10. Solat adalah kepala ibadah

11. Jika tidak solat umpama seseorang itu tiada kepala

12. "Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kapadaKu"

13. Kita pernah jumpa orang tanpa kaki, tangan tapi kita tidak pernah jumpa orang tanpa kepala. Pentingnya solat untuk kita

14. Latih anak-anak untuk solat

15. Solat dapat mencegah perbuatan mungkar

16. Al Maun 107: ayat 4-5
"celakalah bagi mereka yang solat, yang lalai dalam solatnya"



17. Lalai kerana tidak kusyuk, malas untuk solat kerana utamakan kerja lain. Terburu-buru melakukan solat

18. Solat kita sedang sembah Allah, pencipta kita


19. Antara yang boleh dilakukan untuk solat kusyuk:

a. Pastikan sumber rezeki halal

b. Makanan dan minuman itu halal

c. Solat seolah-olah esok kita akan mati

d. Solat di awal waktu

e. Faham akan makna setiap ayat dalam solat

f. Ambil wuduk dengan sempurna

g. Pakai pakaian yang bersih


20. Latih anak-anak solat secara sempurna di surau dan masjid secara berjemaah

21. Sentiasa belajar untuk perbaiki mutu solat kita

22. An Nisa 4: ayat 142



23. "Perkara pertama yang akan dihisap oleh Allah adalah solat. Jika baik solat maka baik amalan lain. Jika rosak solat, maka rosak amalan lain"
HR Muslim


24.


Wallahhua'lam
Moga bermanfaat


Tukang catit
Lukeman Yusoff
Read more ...

Friday 30 May 2014

Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) 12-15 Jun 2014

Bismillah
Subhanallah Alhamdulillah Allahhuakbar
Allahhummasollialamuhammad Waalaalimuhammad



InsyaAllah Luke dan Liza akan join kursus:
Insentif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) 
Pada 12-15 Jun 2014 ini
Di MIECC The Mines Seri Kembangan Selangor
Anjuran Oleh RichWorks Groups yang dipelopori oleh Dr Azizan Osman

Terima kasih kepada Dr Azizan Osman dan tim RichWorks yang menganjurkan seminar sebegini. InsyaAllah jumpa nanti dengan Tuan Puan semua di sana insyaAllah


Pengesahan pendaftaran Luke




Pengesahan pendaftaran Liza



Kemaskini 6 Jun 2014

Selesai memasukkan info Luke untuk program IMKK ini


Juga info Liza


Tiket IKMM kami berdua. Sempat lagi SID Shaklee menyelit dibelakang tu ;)


Jom sama-sama tambah ilmu, kenalan dan juga network insyaAllah

Bagi yang ingin tambah pendapatan, mahupun memulakan bisnes secara online secara separuh ataupun sepenuh masa insyaAllah kami ada caranya untuk dikongsikan bersama. Boleh hubungi kami di talian dibawah, dan boleh juga baca pengalaman kami yang bermula dari 0 hingga mencapai bonus 4 angka sekarang, setelah kurang daripada 6 bulan menceburkan diri dalam bisnes ini secara separuh masa

1. http://jombahagia.blogspot.com/2014/04/bonus-bulan-keempat-bisnes-melebihi-sebulan-gaji-jurutera.html

2. http://jombahagia.blogspot.com/2014/04/bonus-bulan-keempat-bisnes-melebihi-sebulan-gaji-jurutera.html

3. http://jombahagia.blogspot.com/2014/05/bonus-shaklee-bulan-kelima-april-2014-update-bonus-terakhir.html

4. http://jombahagia.blogspot.com/2014/05/bisnes-dengan-modal-rm10.html


Juga jangan lupa untuk download ebook percuma pertama kami yang berjudul "5 Minit Review Tentang Kesihatan dan Kebahagiaan" di link https://app.box.com/s/jnacasqhq86evpjc8jtq. Boleh disebar-sebarkannya untuk kebaikan bersama insyaAllah. Entrinya boleh rujuk di http://jombahagia.blogspot.com/2014/05/ebook-percuma-5-minit-review-tentang-kesihatan-dan-kebahagiaan.html

Wallahua'lam
Lukeman Yusoff 0132299319
Siti Norliza Ibrahim 0196515717
Bandar Baru Bangi
30 Mei 2014

Read more ...

Wednesday 28 May 2014

Anak, Cerita dan Tasbih, Sukan dan Silat

Cerita 1: Di meja makan (26.5.2014)

Athirah: Abah baru potong rambut ke?
Lukeman: Tak lah, kenapa?
Athirah: Nampak hensem je, hahaha (kakaknya Aisyah pun tumpang ketawa sama)

Muhammad: Abah sikat rambut macam kita, sebab tu lah nampak hemsen, kan bah?
Lukeman: A'ah abah sikat rambut macam abang Muhammad, jadi nampak hensem macam abang Muhammad lah juga ;)


Cerita 2: Haji

Lukeman: Jom, siapa nak dengar cerita
"Nak, nak" jawab mereka serentak

Mula-mula baca buku cerita tentang anak yang rindukan mama dan abahnya sebab pergi ke Mekah buat Haji. Anak itu tinggal dengan neneknya.

Lukeman: Nanti kalau abah dengan mama pergi buat Haji; Muhammad, Aisyah, Athirah duduk dengan mok ya (mok panggilan untuk nenek)
Aisyah: Hari tu kan abah dah pergi
Muhammad: A'ah kan haritu abah dan mama dah pergi. Bawalah kami pergi sama pula kali ini
Lukeman: Hari tu abah pergi buat umrah. Kali ini abah dengan mama nak pergi buat haji, insyaAllah
Muhammad: Kami pun nak ikut

Lukeman: Nanti semua dah besar sikit abah bawakan ya insyaAllah. Sekarang kena belajar dulu dan kumpul duit dulu

Ok sambung cerita



Cerita 3: Zikir


Lukeman ambil buku "Fadhilat Amal" dan bacakan untuk mereka. Antaranya adalah seperti dibawah:

--------------------------------------------------------------------
Al Anaam 6:160

مَنْ جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا ۖ وَمَنْ جَاءَ بِالسَّيِّئَةِ فَلَا يُجْزَىٰ إِلَّا مِثْلَهَا وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ

Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun).

Contohnya

Selepas solat 5 waktu: 
Subhanallah 10x, alhamdulillah 10x, allahhuakbar 10x = 30 x 5 kali solat sehari semalam = 150 x 10 gandaan kebaikan = 1500 pahala sehari semalam

Sebelum tidur: 
Subhanallah 33x, alhamdulillah 33x, allahhuakbar 34x = 100 x 10 gandaan kebaikan = 1000 pahala sehari semalam

1500 + 1000 = 2500 pahala sehari semalam
------------------------------------------------------------------------

Aisyah: Kalau buat baik 1 dapat 10 pahala. Kalau buat jahat 1 dapat 1 dosa
Lukeman: Ya, buat baik 1 Allah bagi 10, buat jahat 1 Allah bagi dosa 1
Athirah: Kita nak baca "subhanallah"
Muhammad: Aah kita pun
Aisyah: Jom

Bermulalah mereka membaca tasbih malam tadi dari lepas makan, sehingga tertidur; dengan pegang tasbih digital.

Contoh tasbih yang mereka gunakan. Sambil baring sambil pegang tasbih digital
Di Mekah dan Madinah harganta sekitar RM2 / SR2
Di Malaysia kami tengok ada yang jual sehingga RM15
Di Mydin pun ada jual
Elok jika mahu beli untuk dijadikan hadiah kepada saudara mara, sahabat dan jiran


Selingan 1: Athirah di hari sukan sekolah Sabtu lepas (24 Mei 2014)


Selingan 2: Aisyah di hari sukan sekolah Sabtu lepas (24 Mei 2014)




Selingan 3: Muhammad dan Yusuf di ujian naik bengkong silat Muhammad Ahad lepas (25 Mei 2014)


  

Cerita 4: Bersiap ke Sekolah


Athirah: Muhammad, berapa baca "subhanallah" malam tadi? Kita 1 x x x (seribu lebih)
Muhammad: Kita 2 x x x (2 ribu lebih)
Lukeman: Abah simpan dulu tasbih tu, nanti balik sekolah boleh guna lagi

Athirah: Abah jangan bagi Yusuf guna tau. Abah simpan dalam almari kita. Nanti kita nak sambung baca.


------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kesimpulan


Agak lama juga kami sekeluarga (Lukeman dan Liza) tak bacakan buku cerita untuk anak-anak. Masa mereka kecil, ketika mereka masih bertiga agak kerap kami bacakan buku sirah Nabi dan buku cerita untuk mereka.

Apabila adik mereka lahir, tumpuan lebih diberikan pada adik-adik mereka. Tambahan pula mereka bertiga sudah bersekolah, dan sudah boleh baca buku sendiri. Jadi kami hanya bagikan buku untuk mereka baca.

Sesekali bila berkesempatan itulah kami bacakan untuk mereka. Seronok bila semuanya seronok nak dengar cerita lagi.

Kesimpulan yang boleh diambil adalah, walaupun anak-anak dah boleh membaca sendiri, tetapi sesekali mereka tetap juga mahu kita (ibu dan bapanya) bacakan buku cerita dan bercerita untuk mereka.

Dan semasa bercerita akan banyak soalan yang akan mereka tanyakan. Itu perkara biasa, kerana otak mereka sedang berkembang dan sedang menerima input baru untuk di proses

Mungkin makanan tambahan di bawah ini dapat membantu mereka untuk hidup dengan lebih sihat, aktif dan cerdas insyaAllah


Selingan 4: Makanan tambahan untuk anak-anak; meal shakes, omega guard, chewable vita C dan nutriferon)
Herbal blend dan H2 untuk kegunaan luar




Selingan 5: Madu lebah, kismis dan badam juga untuk mereka dan seisi keluarga





Lagi Tambahan Gambar Sukan Sekolah (Sabtu 24 Mei 2014)

5 pasukan; merah, biru, kuning, hijau dan ungu

Ujian, temuduga dan pengalaman untuk masuk ke SRAI Bangi dan Al Amin Bangi boleh rujuk entri ini  http://jombahagia.blogspot.com/2013/12/sek-sri-alamin-bangi-vs-integrasi-vs-skjalan3-bangi.html


kuning, merah, ungu hijau dan biru


Tambahan Gambar Ujian Silat (Ahad 25 Mei 2014)



3 jenis ujian untuk peringkat pertama (bengkong / tali pinggang hitam ke putih);
1. Langkah silat
2. Berguling (berpusing 5-6 kali)
3. Melompat sambil berpusing

Bermula dan berakhir dengan tafakkur, Al Fatihah dan doa

Pengiring setia ;)
Abang dan masuk silat
2 orang lagi ini nak masuk taekwando dan juga karate do ;)
Tunggu besar sikit lagi ya insyaAllah


Penutup


Tamat kisah hujung minggu dan juga cerita di meja makan. Moga ada pengajaran tersirat yang boleh kita ambil daripada perkongsian ini insyaAllah. Apa yang baik datangnya daripada Allah, yang lemah dan kurang adalah asbab kelemahan diri kami.

Moga ketemu lagi insyaAllah

Wallahhua'lam
Lukeman Yusoff 0132299319
Siti Norliza Ibrahim 0196515717
Bandar Baru Bangi
28 Mei 2014 | 28 Rejab 1435
Read more ...

Sunday 25 May 2014

Kad Kredit Islamik Dan Cara Memanfaatkannya

Assalamualaikum

Kali ini ini kami ingin kongsikan cara untuk memanfaatkan kad kredit bagi memudahkan urusan seharian kita insyaAllah, berdasarkan pengalaman kami sendiri.

Kami mula menggunakan kad kredit bila keadaan memerlukan, apabila anak dah 3. Ketika ini kami perlu beli banyak keperluan dapur dan juga keperluan anak-anak seperti lampin pakai buang dan susu. Jadi untuk elakkan bawa banyak wang tunai, kami buat 1 kad kredit yang tiada yuran bulanan mahupun tahunan ataupun istilahnya "free for life"

Ada juga kad kredit percuma yang kami dapat masa awal-awal tamat belajar dahulu. Itupun "free for life" juga tapi kami tak gunakan, sebab belum ada keperluan masa itu.

Contoh perbelanjaan yang kami gunakan kad kredit ini adalah:
1. Pembelian di Petronas
2. Pasaraya
3. Pembelian online
4. Bil-bil utiliti seperti TNB, SYABAS, IndahWater, Celcom, Takaful, cukai pintu, cukai tanah, cukai jalan, takaful kereta dan segala macam bil utiliti lain. Biasanya kami terus buat autodebit bil ini ke akaun kadbkredit.


Autodebit

Autodebit ni maksudnya kita terus debitkan pembayaran bil-bil utiliti kita kepada kad kredit. Sampai je tarikh yang ditetapkan bayaran akan terus dibuat kepada syarikat utiliti tersebut secara automatik.

Caranya kita perlu ke syarikat utiliti terbabit, maklumakan yang kita nak buat autodebit dengan kad kredit. Nanti ada kena isi borang. Dah isi, hantar, siap. Sampai bil je kat rumah, kad kredit terus bayarkan bagi pihak kita

Jadinya setiap bulan kami hanya perlu monitor bil kad kredit sahaja dan cukup bulan hanya bayar bil kad kredit sahaja.

Dahulu banyak bank yang bagi kad kredit "free for life" tapi sekarang dengan rules BNM semua kad kredit sertakan caj perkhidmatan RM50 setahun.



Memilih Kad Kredit dan Cara Penggunaannya

Antara tip untuk memilih kad kredit adalah:
1. Pilih yang Islamik
2. Jika ada link dengan mana-mana perkhidmatan lain itu lebih baik
3. Biasanya akan ada rebet atau point akan diberikan atas penggunaan kita. Alhamdulillah semenjak kami guna, caj tahunan RM50 tu di cover oleh rebet daripada pembelian, kadang-kadang lebih rebet daripada caj yang bank kenakan.

Tip penggunaan kad kredit yang boleh kami kongsikan adalah:
1. Pastikan kita tahu limit poket kita banyak mana.
2. Kad kredit bukannya untuk berhutang. Kita guna kad kredit hanya kerana kita tidak mahu berurusan secara tunai. Minta bank bayarkan terlebih dahulu dengan caj kepada kad kredit. Kemudiam cukup bulan kita bayarkan terus kepada bank tersebut dengan bayaran penuh tanpa ada tunggakan.
3. Jika gaji kurang cukup untuk keperluan harian seeloknya berbelanja secara tunai. Itu lebih selamat. Memulakan bisnes juga antara pilihan yamg boleh kita lakulan untuk tambahkan pendapatan keluarga

CIMB Islamic dan MasterCard CIMB Islamic


Contoh rebat atas pembelian bulan Mei 2014


InsyaAllah moga dengan bisnes hidup dan rezeki kita sekeluarga lebih lapang, lebih murah rezeki, dapat lebih banyak ilmu dan juga kawan baru.

Moga perkongsian berkenaan kad kredit, autodebit dan cara penggunaannya ini bermanfaat untuk kita semua bagi memudahkan urusan seharian insyaAllah


Kesimpulan


Kad kredit kalau tahu guna dan mengawalnya insyaAllah akan memudahkan banyak urusan kita. 3 syarat utamanya; islamic, bayar ontime dan berbelanja dibawah kemampuan sebenar (jika mampu beli barangan yang berharga RM50, tetapi jika yang RM30 sudah memenuhi keperluan, maka pilih yang RM30. Baki RM20 boleh disimpan)


Wallahhua'lam
Lukeman Yusoff 0132299319
Siti Norliza Ibrahim 0196515717
BBBangi Selangor
25 Mei 2014

Read more ...

Thursday 22 May 2014

Vitamin Anak-Anak; Ikut Keutamaan dan Pengalaman

Bismillah
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar
Allahhummasollialamuhammad waalaalimuhamad


Assalamualaikum

Kali ini kami ingin simpulkan berkaitan dengan vitamin dan makanan tambahan anak-anak untuk rujukan bersama mengikut keutamaan. Sebelum ini ada kami kongsikan info berkenaan vitamin untuk anak-anak ini di entri ini, ini, iniini, dan ini.

Kesimpulan yang boleh kami kongsikan hasil pembacaan, pengamatan dan pengalaman kami sendiri dengan anak-anak, vitamin dan makanan tambahan yang diperlukan oleh mereka mengikut keutamaannya adalah seperti berikut:




1. Meal Shakes
Meal Shakes mengandungi 19 jenis vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh anak-anak kita untuk membantu tumbesaran fizikal dan mental mereka insyaAllah, iaitu (seperti gambar di bawah).

1 bekas ini seberat 544g, dan setiap sajian 34g mengandungi vitamin seperti dalam rajah dibawah. Kandungan vitamin yang disaran untuk diambil oleh anak-anak kita boleh rujuk di ebook percuma ini

Kandungan vitamin dan mineral yang terdapat di dalam setiap sajian (34g)








2. Omega Guard


Omega guard membekalkan minyak ikan yang mengandungi DHA dan EPA yang membantu perkembangan mental anak-anak, juga membantu menyokong sistem penglihatan, sendi, saraf, sistem kardiovaskular / jantung dan tekanan darah.

1 botol ini mengandungi 90 kapsul, dan setiap kapsul omegaguard mengandungi 330mg fatty asid, 180mg EPA dan 120mg HDA.


3. Chewable Vita C Plus


3. Chewable Vita C Plus

Chewable vita C membantu bekalkan vitamin C kepada anak-anak. Dalam bentuk tablet untuk dihisap. Setiap botol ada 90 tablet, dan 1 tablet mengandungi vitamin C yang menyamai kandungan vitamin C yang terdapat di dalam sebiji buah oren.

Hanya ambil 1 tablet sehari. Setiap tablet mengandungi 117.9mg vitmin C. Kegunaan 3 bulan jika seorang yang makan. Jika 3 orang, dengan sebiji seorang sebulan dah habis


4. Nutriferon

4. Nutriferon
Nutriferon ni membantu menguatkan sistem imun kita dan anak-anak. Dalam 1 kotak ini ada 30 paket kecil. Biasanya kita dewasa ambil 1 paket apabila perlu, contohnya bila badan rasa kurang bermaya, panas ataupun tekak rasa perit (tanda-tanda normal awalan demam)

Untuk anak-anak 1/2 paket cukup. Cara minum boleh campurkan dalam air, ataupun telan begitupun boleh juga. Rasanya macam gula perang. Dah telan, bilaskan semula dengan air


5. Herbal Blend



5. Herbal Blend


Herbal blend (HB) dan basic H2 (di bawah) ini untuk keguaan luar. HB untuk disapu pada kulit yang kurang sihat; contohnya jika ada eszema, gatal, ruam, merah ataupun digigit nyamuk. Rasanya sedikit "beragin". Jadi sapu dengan nipis untuk anak kecil

Untuk dewasa, HB juga sesuai untuk kulit kaki / tumit yang pecah, kegatalan dan segala macam yang berkaitan dengan kulit

HB ini antara hot product Shaklee. Sekarang out of stock. Ramai yang tertunggu-tunggukkan HB ini, dan dah ada 3-4 orang yang dah book dengan kami untuk beli produk ini. InysaAllah bila ada nanti kami akan belikan untuk semua rakan terutamanya ahli JBC



6. Basic H2

6. Basic H2

Basic H2 inipun untuk keguaan luar. Lebihnya untuk kegunaan pembersihan perkakasan rumah. Hanya masukkan 1-2 titik untuk 1 baldi air untuk mencuci rumah. Tetapi BH2 ini juga boleh digunakan untuk mandian anak yang mengalami eszema yang teruk

Masukkan 1-2 titik BH2 dalam sebaldi air dan mandikan anak tadi dengan air campuran ini. Usah risau, bahan Shaklee semuanya semulajadi dan selamat.

BH2 ini diperbuat daripada ekstrak jagung dan kelapa. Jadi selamat dan semulajadi untuk kegunaan luaran, terutamanya untuk perkakasan rumah. Sesekali boleh juga digunakan untuk membantu merawat anak yang ada eszeme. 



Kesimpulan

Kesimpulannanya adalah 1. mealshakes, 2. omegaguard, 3. chewable vita C, 4. nutriferon, 5. herbal blend dan 6. basic H2. Item 5 dan 6 untuk kegunaan luar sahaja

Makanan tambahan untuk anak-anak ikut keutamaan dari kanan ke kiri. 2 yang terakhir disebelah kiri untuk kegunaan luar sahaja. Artikel berkaitan juga boleh rujuk di sini, sini dan sini


Wallahhua'lam
Lukeman Yusoff 0132299319
Siti Norliza Ibrahim 0196515717
Bandar Baru Bangi
22 Mei 2014
Read more ...

Wednesday 21 May 2014

Bisnes Dengan Modal RM10; Bagaimana Caranya?

Bismillah
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahhuakbar
Allahhommasollialamuhammad waalaalimuhammad

Assalamualaikum

Perkongsian modal bisnes dalam bentuk dialog. Harap membentu kita mendapatkan sedikit sebanyak idea



S: Soalan
J: Jawapan



S: Ada ke bisnes dengan modal serendah RM10, ataupun tanpa modal?
J: Ada dan insyaAlah boleh di buat

S: Tolong terangkan
J: Dengan Shaklee, modal yang diperlukan untuk memulakan bisnes adalah RM65 untuk bayaran keahlian dan RM10 untuk pos

S: Ok, masih kena bayar RM75
J: Betul, kita kena bayar RM75 untuk kes dan cara ini. Namun ada cara lain

S: Cara lain? Menarik, cuba terangkan
J: Sabar, kita tengok satu persatu. Pilihan yang kedua dengan pembelian 200UV ataupun kira-kira RM650 dalam satu resit, kita akan dapat keahlian percuma

S: Ok, tapi bermodal juga kan RM650 + RM10 pos
J: Betul, cepat awak belajar

S: Jadi, mana yang modal RM10 nya?
J: Sabar. Pilihan yang ketiga. Jika beli online melebihi RM800, pos adalah percuma

S: Lagi banyak, modalnya sampai RM800
J: Betul, tepat sekali. Semakin banyak kita beli, semakin banyak bonus dan % yang akan kita dapat, seperti jadual di bawah. Jika kita buat belian / jualan sebanyak RM480, kita akan dapat bonus sebanyak RM24. Jika pembelian / penjualan sebanyak RM9600, bonus yang akan kita dapat adalah RM2384

Pembelian, bonus dan UV



S: Ok, ini cerita bonus dan pembelian. Saya hanya ada RM10 untuk modal. Jadi macam mana harus saya bermula?
J: Ok, cara kedua di atas tadi, kita akan dapat keahlian percuma dengan pembelian pada UV200 ataupun RM650. Jadi kat sini kita boleh gunakan modal seminima mungkin

S: Maksudnya?
J: Maksudnya, dengan pembelian sebanyak RM650 itu dalam satu resit, kita boleh ambil pesanan/order daripada saudara-mara dan jiran terdekat untuk mencukupkan pembelian RM650 itu

S: Belum jadi ahli dan belum guna produk dah boleh mula menjual?
J: Selepas dapat order daripada kenalan, baru kita order sekaligus dengan Shaklee dengan pembelian RM650 tadi. Jadi kat sini kita akan dapat freemember

S: Oh konsep leverage lah ni ya? Bijak-bijak
J: Iya. lebih kurang lah. Leverage ataupun OPM=other people money. Gunakan duit orang lain untuk dapatkan keahlian

S: Eh, orang tak  marah ke guna duit mereka?
J: Mereka beli barang, dan kita tolong orderkan untuk mereka. Pokoknya, ceritalah elok-elok pada mereka yang kita kumpul order dan akan order barang sekaligus bila cukup haul ;) ataupun cukup tempoh masanya (iaitu 200UV dalam kes ini)

S: Jadi dimana modal RM10 nya?
J: RM10 untuk kos pos. Tapi kalau kita pergi sendiri di Cawangan Shaklee, kos RM10 tadi tak dikenakan sebab kita COD=cash on delivery

S: Oh, jadi kat sini bolehlah kita cakap bermula bisnes tanpa modal ya ;) walau 1 sen
J: Hehe boleh je cakap macam tu. Cumanya kita masih perlukan modal iaitu transport dan masa untuk kita bergerak ke cawangan tadi. Duit juga tu kan?

S: Oh, a'ah ya tak ya juga kan, modal juga tu 
J: Kebanyakkan bisnes perlukan modal, cumanya kita perlu cari yang menggunakan modal seminima mungkin. Dan modal yang paling penting iaitu masa kita untuk belajar tentang bisnes, produk, pelan pemasaran, cara untuk berkongsi maklumat, marketing dan lain-lain lagi. 

S: Oh, banyak lagi nak kena belajar ya?
J: Ya, sebab itu pelaburan yang paling bagus adalah pelaburan untuk diri sendiri. Dengan mencari ilmu sebanyak-banyaknya. Untuk permulaan boleh download, save, baca dan tambahkan info tentang produk dan set kesihatan Shaklee dibawah ini

Set kesihatan Shaklee

Fungsi vitamin dan nutrisi secara ringkas


S: Ok tuan, terima kasih atas perkongsian
J: Ok sama-sama. Dah tahu tips tu aplikasikanlah dalam kehidupan ya dan kongsi-kongsikannya sama dengan orang lain. Moga ada manfaatnya yang boleh kita kongsikkan

S: Ok tuan, insyaAllah. jumpa lagi
J: Ok, insyaAllah

Wallahhua'lam
Lukeman Yusoff 0132299319
Siti Norliza Ibrahim 0196515717
Bandar Baru Bangi
21 Mei 2014
Read more ...

Monday 19 May 2014

Morib Gold Coast: Hari Keluarga dan Sambutan Hari Lahir (Bahagian 2)


Bismillah
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahhuakbar
Lailahaillah muhammadurasullullah
Allahhummasollialamuhammad waalaalimuhammad



Assalamualaikum


Kali ini lagi banyak gambar berbanding entri pertama dahulu ;)


Hari Keluarga 10-11 Mei 2014


Hari keluarga UniKL MFI diadakan 2 tahun sekali, selang seli dengan dinner. Kalau tahun ni dah hari keluarga, tahun depan dinner, begitulah sebaliknya.

Antara tempat yang pernah kami pergi untuk familyday adalah Sunway Lagoon PJ (balik hari), Tiara Beach Resort (TBR), PD (bermalam), Colmar Tropicale, Bukit Tinggi (bermalam), Desaru Johor (bermalam) dan juga Suria Beach Resort Cherating Pahang (juga bermalam).

Antara tempat tersebut, TBR yang paling banyak pergi, mungkin 2 ataupun 3 kali, termasuk pergi untuk berkursus, review curriculum dan juga retreat. PD jadi pilihan utama sebab dekat, ada pantai dan juga taman tema air yang boleh tahan besar dan menarik untuk anak-anak.

Kali ini 10-11 Mei lepas, pihak pengurusan dengan AJK Karisma (AJK Kebajikan Staff) yang dilantik telah memilih untuk buat familyday di Morib Goald Coast (MGC), alhamdulillah. Oleh sebab kami pernah pergi hujung tahun lepas, jadi lokasi, jalan, kedai makan, masjid alhamdulillah kami dah familiar. Mudah perjalanan bila kita dah tahu jalan terutamanya apabila travel dengan anak kecil dan penuh muatan kereta.

Biasanya setiap tahun kami akan usahakan untuk bawa anak-anak bercuti terutamanya musim cuti sekolah. Paling kurang kami akan bawa mereka mandi kolam di kolam renang UKM. Kalau UniKL mahupun UKM tiada familyday kami akan carikan masa sendiri untuk bawa anak-anak berjalan. Setakat ini semua destinasi adalah tempatan, termasuklah ke Langkawi 2 tahun lepas.



View MGC dari bilik penginapan




Hari Pertama


Hari pertama sampai

Kami bertolak dari Bangi selepas solat zohor. Kebetulan Luke ada kerja yang perlu disiapkan dipejabat, jadi pagi Sabtu tu masuk pejabat dahulu. Sebelum zohor balik rumah, makan tengahari, solat sama-sama dan berangkat. Liza yang tolong packing barang anak-anak semua

Hari pertama sampai. Selepas ambil kunci, ada minum petang disediakan. Minum petang dipinggir pantai, boleh lihat suasana pantai. Lepas makan, ambil barang dalam kereta dan masuk bilik. Lepas solat asar, tukar pakaian, turun bawa anak-anak mandi


Makan Malam




Dinner, tema "Arabic Night"

Teman makan malam kali ini adalah "Arabic Night". Jadi Liza bawakan jubah yang dibeli di Mekah dan Madinah semasa kami ke umrah dulu untuk dipakai masa makan malam tempoh hari. Semua pakai jubah, lelaki jubah putih, perempuan jubah hitam. Antara gambar yang sempat kami ambil semasa dalam perjalanan ke lokasi dinner.

Masa dinner langsung tak ambil gambar, kusyuk makan hehe.

Malam tu Luke dapat kipas angin untuk cabutan bertuah, alhamdulillah, kira antara kategori sederhana besar juga tu. Grand prize malam tu adalah TV LCD 42", tablet x 2 dan cash RM1000 x 2. Tahniah kepada semua pemenang

Hadiah yang kami dapat. Ambil di pejabat selepas tamat hari keluarga



Hari Kedua; Sukaneka



Hari kedua adalah hari sukan. Lepas solat subuh, terus kami turun makan. nasib baik anak-anak tidur awal, jadi senang bangun pagi, mandi dan solat subuh. Dalam pukul 7 kami turun minum pagi. Lepas minum pagi terus kami ke tepi pantai; lokasi sukaneka. Kami antara orang terawal yang sampai hehe. Orang lain masih makan.

Jadi sementara tunggu yang lain sampai, banyaklah sempat kami ambil gambar sebelum sukan mula. Antaranya adalah seperti di bawah.




Menunggu rakan lain datang. Berehat di tepi pantai, menikmati keindahan alam



Bawa anak-anak main pasir di tepi pantai, dan bergambar keluarga sebelum acara sukan mula





Liza dan anak-anak di tepi pantai, dan juga gambar semasa hari ketibaan

Kolam, pagi sebelum sukaneka, bunga Muhammad hadiahkan pada mamanya dan gambar sebelum dinner


Liza dan Muhammad main bowling kelapa

Muhammad main bowling kelapa. Muhammad, Aisyah dan Athirah main lumba bawa bola pinpong dalam sudu



Sebelum acara bawa bola pinpong dalam sudu, sempat lagi mesyuarat merangka strategi. Liza yang ambil gambar ini. Luke tengah deal dengan Yusuf hehe


Acara berebut gula-gula terbuka untuk kanak-kanak. Yusuf malu-malu. Nasib baik kakak dan abangnya tolong rebutkan untuk dia



Aisyah dan Athirah semasa sukaneka yang sempat Luke snap gambar


Yusuf tolong angkut hadiah, haha rajin dia. Bukan suruh dia pun, dia yang rajin, biasalah anak mama



Suprise Muhammad Kepada Ibunya

Muhammad dan adik-adiknya berpakat dari rumah di Bangi lagi mereka dah bawakan hadiah untuk mamanya untuk dibagikan semasa berada di sini. Dia beli sejambak bunga dari sekolahnya petang Jumaat, hari Sabtu kami berangkat dan pagi sebelum sukaneka tu Muhammad bagi bunga itu pada mamanya ;)

Terkejut Liza dapat bunga sempena hari ibu kan 11 Mei 2014

Liza terkejut dan kegembiraan dapat bunga, gambar tiket ke kolam mandi, dan gambar gula-gula semasa sukaneka anak-anak


Atas-kanan; Bunga yang Muhammad dan adiknya bagi pada Liza


Berangkat Pulang

Lepas sukaneka, dapat hadiah, terus anak-anak nak mandi kolam. Naik ke bilik, tukar baju kolam dan mandi. Sampai pukul 12.30 tengah hari kami naik, tukar pakaian, dan check out.

Singgah solat zohor di Masjid di pantai Morib. Kemudian singgah ke pantai, makan aiskream, dan anak-anak nak main taman permainan. Jam sekitar 2 petang tu. Nasib baik taman permainan ni dekat dengan pokok besar, kira redup juga untuk anak-anak main.

Lepas makan dan minum semua kamipun berangkat pulang ke Bangi. Dah kena aircond, tidurlah mereka semua sepanjang perjalanan. Tinggal driver dengan co driver je lah yang jaga. Semua dah penat kan.


Di Pantai Morib

Atiqah main jongkang jongkit dengan kakaknya



Persiapan dan Cadangan Penambahbaikan


Alhamdulillah kami selamat sampai Bangi sebelum waktu asar. Gambar dibawah adalah persiapan sebelum ke MGC.

1. Pelampung renang untuk anak-anak

2. Tiket mandi untuk masuk ke kolam renang

3. Charge bateri kamera. Jarang gunapun sebab banyak guna kamera HP

4. Nutriferon; Luke dan Liza ambil 1 paket kecil untuk bantu tingkatkan sistem imun. Anak-anak ambil 1/2 paket seorang. Ada yang tak sempat ambil masa pergi. Jadi kami bagi selepas pulang dari bercuti





Sebelum entri ini diakhiri, kami ingin mengucapkan berbanyak teriam kasih kepada pihak ppengurusan hari keluarga UniKL MFI yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Terima kasih juga kepada pihak MGC yang menyediakan lokasi yang baik untuk anak-anak mandi terutamanya. Dan terima kasih juga sebab bagi 2 hadiah untuk anak kami hujung tahun lepas

Cumanya ada beberapa perkara yang pihak pengurusan MGC boleh ambil untuk tingkatkan lagi mutu perkhidmatan mereka antaranya adalah:

1. Kunci bilik selalu rosak. Kad touch yang diberikan tidak boleh di baca. Alhamdulillah semasa familyday ini kami tak kena, tapi semasa datang hujung tahun lepas, 4-5 kali kami kena. Bayangkan tengah basah, anak kesejukan, nak masuk bilik tak boleh. terpaksa turun ke lobi untuk inform pengurusan. Dah reset, naik nak cuba tak boleh lagi. Memang masa ni Luke panas sangat. Nak bisnes ke apa macam ni?

Memang masa pihak pengurusan cadangkan untuk ke sini Luke dah bagi info dengan perkara remeh temeh begini boleh merencatkan perjalanan percutian. Alhamdulillah kami ini kami sekeluarga tak kena, tapi kawan di depan bilik kami kena. Mungkin sesetengah sistem locking dah rosak. Jadi harapnya pihak MGC ambil tindakan sewajarnya untuk baikpulih

2. Bau, masa datang hujung tahun lepas, bau kawasan sini memang sangat-sangat tidak menyenangkan. Petang saja bila angin bertiup bau akan menerpa hidung. Dekat nak magrib masa tengah rehat kat bilik, lagi kuat baunya. Kena tutup pintu sliding baru bau tak masuk.

Rupanya bau ini datang dari ladang ternakan yang ada tidak jauh dari MGC ini. Kira ini luar kawalan MGC. Cuma jika ada sistem untuk kurangkan bau dan kurangkan lalat itu lebaih baik untuk menggamit pengunjung datang



Kesimpulan


Keseluruhannya alhamdulillah percutian ini memuaskan. 2 kali datang, dua-dua memuaskan. Dua-dua kami dapat bilik pool view. Bezanya datang kali kedua ini, kunci bilik tak meragam dan bau dan lalat pun agak kurang berbanding kedatangan tempoh hari

Lagi satu yang menarik, tab bilik air nya agak besar dan best untuk mandi. Boleh 2-3 orang masuk sama-sama. Anak kecil kami berendam sama-sama 4 orang dengan pemantaun.

Ok sampai jumpa lagi, dan moga ada sesuatu yang boleh diambil daripada perkongsian percutian hari keluarga dan sambutan hari lahir ini harapnya insyaAllah


Wallahhua'lam
Lukeman Yusoff 0132299319
Siti Norliza Ibrahim 0196515717
Bandar Baru Bangi Selangor
19 Mei 2014
Read more ...