Wednesday 15 October 2014

Haji 1436H / 2015M

Selamat kembali ke tanah air buat semua jemaah haji dari Malaysia. Moga mendapat haji yang mabrur dan umrah yang makbul insyaAllah....amiinn....

RAYUAN HAJI 2015

Perkembangan untuk rayuan haji bagi tahun 2015M / 1436H boleh mula dimohon bermula 18 Disember 2014 nanti. Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh pihat Tabung Haji.

Sebarang info terkini akan saya kemaskinikan di sini untuk makluman semua. Info lanjut berkenaan Haji 2014 boleh dapatkan di link ini

Bagi sahabat yang ingin dapatkan contoh surat rayuan haji boleh emailkan kepada kami di jombahagia@gmail.com InsyaAllah kami akan lampirkan contoh surat rayuan hajinya.

2014 kali pertama kami mohon rayuan haji namun belum berjaya dan insyaAllah tahun 2015 nanti kami akan membuat rayuan haji lagi.

Ikutkan giliran haji kami adalah pada tahun 2027 pada umur 48 dan 46 tahun, dan giliran haji anak-anak kami pada umur mereka di antara 45 hingga 47 tahun. 

Bagi yang ingin dapatkan sedikit sebanyak mengenai persiapan haji dan umrah boleh rujuk perkongsian kami di link ini dan juga di link sebelah kanan blog ini untuk perkongsian lanjut lain berkenaan haji dan umrah. 

Semoga bermanfaat dan semoga kita semua diberikan kesempatan dan rezeki untuk menjadi tetamuNya insyaAllah

Bagi yang berkira-kira untuk melakukan umrah....pasang niat dari sekarang, insyaAllah moga Allah permudahkan urusan tuan dan puan

Wallahua'lam
Lukeman dan Siti Norliza
Bandar Baru Bangi Selangor
15.Oktober 2014 / 20 Zulhijjah 1435

Bersama sepupu di rumahnya dengan berlatar belakangkan menara jam di Masjidil Haram

Read more ...

Wednesday 8 October 2014

Keperluan Vitamin Dalam Kehidupan

Makanan dan minuman adalah keperluan asas manusia. Kita perlukan makanan dan minuman yang berkhasiat bagi membantu kesinambungan kehidupan seharian kita.

Sebagai contoh kanak-kanak lelaki dan wanita yang berumur 9 hingga 13 tahun memerlukan 45mg sehari vitamin C. Lelaki dan wanita dewasa pula masing-masing memerlukannya sebanyak 90mg dan 75mg sehari. Bagi wanita mengandung jumlah meningkat sehingga 85mg, begitu juga bagi wanita menyusu yang meningkat sehingga 120mg sehari.




Pelbagai sumber makanan boleh kita ambil untuk menampung keperluan nutrisi ini. Gizi makanan yang seimbang membantu tubuh untuk kekal sihat dan bertenaga.

Selain daripada itu Shaklee juga ada menyediakan makanan tambahan bagi membantu menampung keperluan vitamin dalam pemakanan seharian ini.

Sebagai contoh setiap 34g Mealshakes membekalkan 18mg vitamin C yang diperlukan oleh badan mereka, dan sebiji chewable Vita C mengandungi 117.9mg vitamin C.

Jadi setiap item makanan tambahan ini ada kandungan gizi tertentu yang diperlukan oleh badan kita. Tinggal lagi perlu kita pilih yang mana sesuai dengan keperluan dan bajet harian kita.

Lebih istimewa lagi bulan Oktober 2014 ini Shaklee bagi tawaran istimewa untuk 2 produknya iaitu ESP dan juga mealshakes





Artikel berkaitan:
ESP
Mealshakes
Chewable Vita C
Keperluan Vitamin Harian
Ebook 5 Minit Review Tentang Kesihatan dan Kebahagiaan

Wallahua'lam
Lukeman 0132299319
Siti Norliza 0196515717
Bandar Baru Bangi Selangor
8.10.2014

Read more ...