Friday 21 November 2014

2004-2014 10 Tahun; Kahwin, Kerjaya & Rezeki

Alhamdulillah 2014 adalah ulang tahun ke 10 perkahwinan LY & SNI dan juga ulang tahun ke 10 perkhidmatan LY di UniKL.

Plak penghargaan 10 tahun berkhidmat



10 Tahun Rumahtangga



Pejam celik pejam celik dah 10 tahun rupanya kami hidup bersama, dari 1 Jun 2004 sehingga 1 Jun 2014. Alhamdulillah dikurniakan anak-anak yang comel, sihat dan semoga mereka semua menjadi anak yang soleh dan solehah yang sentiasa menyejukkan mata kami dan sentiasa mendoakan ibu dan bapa mereka insyaAllah

10 tahun sebagai suami dan isteri


10 Tahun Berkhidmat di UniKL

Malam tadi (20.11.2014) pihak pengurusan UniKL mengadakan majlis makan malam bagi menghargai kakitangan yang berkhidmat lebih daripada 10 tahun. Setiap staf dapat sijil penghargaan, plak penghargaan dan juga wang tunai. Alhamdulillah dan terima kasih kepada pihak pengurusan UniKL MFI
Dan bulan Disember 2014 nanti pihak UniKL Chancellary pula akan buat majlis penghargaan untuk menghargai mereka yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun di UniKL untuk semua kampus. Malam tadi untuk kampus UniKL MFI (UniKL cawangan Bangi)

Plak, sijil penghargaan, makan malam dan wang tunai....alhamdulillah

Berkahwin; Rezeki Bertambah Murah

Satu sahaja kesimpulan yang boleh diambil dari kisah ini adalah; berkahwin akan lebih memurah dan menambahkan rezeki kita insyaAllah. Banyak contoh yang boleh kita ambil untuk dijadikan teladan, dan setiap anak yang lahir juga ada rezeki mereka masing-masing yang telah ditetapkan Allah.

Jadi buat mereka yang belum berkahwin, ataupun masih berkira-kira untuk berkahwin.......berkahwinlah, insyaAllah rezekimu akan bertambah murah :)

Salam sayang dan jumpa lagi insyaAllah
Lukeman Yusoff (LY) dan Siti Norliza Ibrahim (SNI)
Bandar Baru Bangi
21 Oktober 2014
Read more ...

Thursday 13 November 2014

MyTaha Tabung Haji

Mungkin ada di antara kita yang belum tahu bahawa Tabung Haji telahpun ada sistem perkhidmatan berinternet yang dikenali sebahagi myTaha. Dengan MyTaha kita boleh buat semakan baki terkini wang dalam tabung haji, boleh pindah wang dari tabung haji kita ke akaun tabung haji lain, boleh buat pendaftaran haji dan juga semak status pendaftaran haji

Bagi yang ada banyak akaun Tabung Haji memang kemudahan internet ini amat membantu. Contohnya bagi yang ada 5 anak macam kami. Setiap anak ada akaun Tabung Haji masing-masing. Jadi dengan ada myTaHa ini memudahkan urusan kita nak monitor akaun tabung haji mereka, dan alhamdulillah kelima-lima mereka telahpun didaftarkan haji, ikut gilirannya sewaktu mereka berumur dalam 40 tahun lebih nanti

Paparan MyTaha sekiranya ada banyak akaun Tabung Haji (termasuk anak-anak)

Cara untuk aktifkan perkhidmatan ini adalah:
1. Pergi ke kaunter Tabung Haji di mana-mana cawangan seluruh Malaysia
2. Mintakan no pin untuk aktifkan MyTaha. Nanti dia akan minta buku Tabung Haji. Jadi jangan lupa bawakan buku Tabung Haji dan juga IC
3. Kena datang sendiri, sebab kena scan ibu jari pemilik buku akaun
4. Dah dapat pin boleh buka MyTaha dan log masuk:
5. Dah siap. Kalau nak add akaun anak-anak, klik pada menu 'deposit' - 'kemaskini akaun' - 'tambah akaun' :)
6. Siap. Boleh sentiasa undate dan semak status terkini akaun Tabung Haji kita dan juga anak-anak terutamanya bagi yang buat potongan gaji untuk simpanan bagi menunaikan ibadah haji insyaAllah

Harap ianya membantu. Sampai jumpa lagi insyaAllah

Lukeman / Siti Norliza
Bandar Baru Bangi
13/11/2014

Artikel berkaitan:
2. MyTaha




Read more ...

Wednesday 12 November 2014

Yuran Sekolah Rendah Sri Al Amin Bangi 2015

Senarai yuran sekolah rendah bagi Sekolah Rendah Sri Al Amin Bangi bagi tahun 2015 adalah seperti jadual di bawah (klik pada link yang disertakan pada text di atas untuk sumber rujukan)


Senarai yuran Al Amin Bangi 2015 (klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas)


Laporan kemajuan anak-anak juga dapat diperolehi di atas talian untuk memudahkan rujukan. Laporan dan perkembangan akademik, sahsiah, hafazan dan akhlak juga dapat diperolehi daripada guru kelas mereka dari semasa ke semasa.

Hujung tahun biasa akan diadakan hari Takrim, hari anugerah bagi meraikan anak-anak yang memperoleh keputusan yang cemerlang dalam pelbagai kategori

Contoh laporan kemajuan akademik bagi tahun 2014 (klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas)



Rekod pembayaran yuran 2014 untuk rujukan ibu bapa (klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas)


Artikel berkaitan:

2. Laman web Al Amin Bangi
3. Senarai yuran
4. SRAI
5. Daftar Sekolah Darjah 1 Selangor
Read more ...