Tuesday 29 December 2015

Contoh Soalan Latihan SRAI & Al Amin

Assalamualaikum warahmatullah

Buat ibu bapa yang perlukan contoh soalan latihan bagi kemasukan anak-anak ke SRAI, Al-Amin Bangi boleh terus emailkan kepada jombahagia@gmail.com. InsyaAllah pihak admin akan emailkan secepat mungkin bagi manfaat bersama (anak-anak terutamanya).

Mohon jangan komen / tinggalkan email add pada entri. Admin tidak berkesempatan untuk copy-paste email add satu persatu.




Artikel berkaitan:



Read more ...

Tuesday 1 December 2015

Tadika Khalifah Bestari Bangi 2016

Assalamualaikum warahmatullah

Dah lama kami tak hantar anak ke tadika. Dulu, dari tahun 2010 sampai 2013 (4 tahun) berturut-turut ada anak di tadika. Lepas tu 2014 dan 2015 tiada lagi anak ke tadika. Mula tahun depan (2016) insyaAllah akan ada balik anak kami di tadika. Setakat ini ketiga-tiga anak kami di hantar ke Tadika Khalifah Bestari, Sungai Tangkas, Bangi.

Anak yang keempat ini pun insyaAllah akan dihantar ke tadika ini juga. Dulu yuran bulanan RM175, kemudian naik RM180 sebulan. Tahun depan yurannya adalah RM200 sebulan bagi sesi 8 pagi hingga 12.45 tengah hari. Bagi sesi 8 pagi hingga 3,30 petang, yurannya adalah RM250 sebulan.

Perincian lanjut boleh rujuk jadual dibawah. Perkongsian ini sebenarnya bagi memudahkan rujukan para ibubapa yang menetap di Bangi untuk membuat pilihan tadika dan sekolah anak nanti. Moga bermanfaat



Alamat dan nombor telefon tadika adalah seperti di bawah:

TADIKA KHALIFAH BESTARI
No 12, Desa Al Amin, 
Kampung Sungai Tangkas,
43000 Kajang, Selangor

Nombor Telefon: 03-89253484 

Moga info ini bermanfaat

Lukeman
Bandar Baru Bangi
1 Disember 2015

P/s: Purata perbelanjaan (pelaburan) untuk pendidikan anak-anak setahun adalah sekitar RM5000 untuk Sekolah Sri Al Amin, RM3000 untuk tadika dan RM1000 untuk SRAI

Angka ini mungkin akan terus meningkat. Solusinya; sediakan tabungan buat anak-anak sedari mereka kecil sama ada dalam bentuk wang, mahupun sesuatu yang dapat menampung kadar inflasi seperti emas dan hartanah.

InsyaAllah anak-anak ada rezeki mereka yang telah ditetapkan. Kita; ibu bapa hanyalah perantara & anak-anak juga adalah asbab kita semakin mudah dan murah rezeki insyaAllah.

3 perkara yang bermanfaat apabila meninggalnya anak Adam: amal soleh/sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat & anak yang soleh yang mendoakannya

Artikel berkaitan:




Read more ...

Friday 2 October 2015

Ibu

Ibu ini, kita buat baik macam mana baik sekalipun, tidak akan dapat membalas segala jasa-jasanya pada kita. Namun ada beberapa perkara yang boleh sama-sama kita amalkan untuk mengembirakan hati mereka, antaranya adalah:

1. Sumbangan: Bagi sumbangan secara konsisten kepada ibu kita setiap bulan. Paling senang buat potongan gaji terus ke akaun ibu kita; akaun Tabung Haji boleh, akaun bank biasa pun boleh. Seeloknya pilih perbankkan Islam bagi mengelakkan daripada terkena tempias riba walaupun hanya untuk simpanan biasa

2. Telefon: Kalau tidak boleh sekali sehari, setkan sekali seminggu; hari tertentu dan waktu tertentu untuk kita telefon ibu/bapa kita. Mungkin kita sibuk berkerja, tetapi kalau kita dah setkan nak telefon sekali seminggu insyaAllah kita akan buat. Contohnya setiap pagi Jumaat jam 8 pagi misalnya.

Lagi baik kalau boleh telefon setiap hari. Tambahan sekarang UniFi boleh telefon secara percuma ke semua talian tetap. Nak telefon lama-lama bercakap dengan mak pun boleh.

3. Doa: Setiap kali lepas solat jangan lupa doakan ibu bapa kita. Sebagaimana mereka tidak pernah lupa mendoakan kita anak-anaknya; begitulah kita juga harapnya sentiasa mendoa dan ingat pada mereka.

4. Hadiah: Tambahan lain; setiap pagi boleh juga kita hadiahkan bacaan "Al Fatihah" atau bacaan ayat-ayat / surah-surah Al Quran kepada ibu & bapa kita. Jadikan sebagai amalan harian / istiqomah selain hadiah fizikal yang berupa sumbangan bulanan & juga hadiah keraian

5. Ziarah: tetapkan waktu tertentu untuk kita pulang ke kampung untuk ziarah ibu dan bapa kita. Mungkin pada waktu sekolah. Ataupun boleh juga pada hujung minggu.

InsyaAllah sedikit sebanyak ianya akan membantu kita mengeratkan silaturrahim bukan sahaja kita dengan ibu, malahan juga anak-anak kita dengan nenek mereka, adik-beradik, sepupu dan juga ipar duai.

Moga ukhwah kekeluargaan kekal terjalin dan moga kita semua akan disatukan kembali di Jannatul Firdaus insyaAllah

Lukeman & Siti Norliza
BBBangi
Jumaat 2/10/2015

#Simpan emas melalui Public Gold
#Tingkatkan kesihatan dengan Shaklee
#Jaga harta dengan pelaburan hartanah
#Sayangi ibubapa, keluarga, rakan dan jiran
#Buat baik insyaAllah semua orang sayang
#Solat dhuha sentiasa amalkan
Read more ...

Tuesday 11 August 2015

Bebas Kewangan

1. Bebas kewangan akan kita perolehi apabila passive income kita melebihi active income

2. Contohnya apabila pendapatan daripada sewa yang kita dapat adalah RM5000 dan perbelanjaan bulanan kita sekeluarga adalah RM4000

3. Mula-mula memiliki rumah, perkara biasa jika kita hanya dapat passive income sekitar RM300-RM500 sebulan

4. Semakin lama, semakin banyak kemahiran dan pengalaman yang kita dapat


5. Ketika ini kita akan dapat tingkatkan passive income kita daripada RM500 kepada RM1000

6. Sedikit demi sedikit kita tambah pemilikan rumah seiring dengan pertambahan active income dan juga passive income sedia ada

7. Cara lain untuk tambahkan passive income dengan rumah sedia ada adalah dengan menambahbaikkan rumah tersebut.

8. Contohnya adalah dengan menambahkan perabut pada setiap bilik dan bagi sewa ikut bilik

9. Bagi sewa ikut bilik lebih memberikan pulangan, namun memerlukan lebih banyak pemantauan daripada kita.

10. Selamat menambah pemilikan rumah dan selamat menambah passive income sehingga passive income ini boleh mengatasi active income kita seterusnya mengatasi perbelanjaan bulanan kita

11. Ketika ini Alhamdulillah kita sampai ke garisan “bebas kewangan”

12. Kita boleh pilih sama ada mahu terus berkerja di sector active income, ataupun mahu terus pencen muda

13. Bebas kewangan akan memberikan kita lebih banyak pilihan dalam menikmati kehidupan dan melakukan perkara-perkara yang kita suka

14. Amal kebajikan juga makin mudah dilakukan apabila tiada lagi kekangan

15. Semoga kita semua capai bebas kewangan & semoga kta berbahagia dunia dan akhirat insyaAllah

Lukeman Yusoff
Bandar Baru Bangi
11 Ogos 2015
Read more ...

Thursday 6 August 2015

Bil Utiliti, Kad Kredit, Rebat dan Overdraft (OD)

Antara bil yang perlu dibayar sebagai pemilik hartanah di Selangor adalah bil elektrik (TNB), air (syabas), cukai hasil tanah (pejabat tanah & galian), cukai taksiran (MPKj) & IWK. Bil pilihan lain adalah telekomunikasi (celcom, maxis dll), unifi (jika ada).
Bil utiliti ini sebenarnya kita boleh bayar dengan cara biasa (bayar di kaunter setiap bulan), ataupun bayar secara online di perbankan internet (maybank2u, cimbclikcs dll), ataupun paling mudah buat autodebit guna kad kredit



CARANYA:
(1) Pergi ke cawangan utiliti berkenaan. Contoh TNB terdekat. Bawakan bil terkini, kad kredit & IC. Isi borang autodebit, sertakan salinan butiran kad kredit

(2) Nanti apabila bil keluar, bayaran akan terus dibuat secara kad kredit. Jadi monitor bil semasa dan transaksi semasa kad kredit (secara online). Pastikan sama (tally)

(3) Apabila sampai penyata kad kredit; semak balik semua bil utiliti yang telah dibayar & bayar amaun bil kad kredit itu sepenuhnya sebelum duedate.


SOALAN:

(1) Bil apa yang boleh buat autodebit kad kredit?
TNB, SYABAS, celcom, unifi, takaful dll (boleh hubungi cawangan utiliti terdekat untuk lebih perincian)

(2) Rugi guna kad kredit sebab ada caj tahunan RM50
Ada banyak kad kredit Islamik yang bagi rebat atas pembelian tertentu. Contoh (rujuk gambar) rebat bagi penyata bulanan ini adalah RM28.93 bagi penggunaan total RM4804.66 sebulan. Kalau 12 bulan berapa rebat?

(3) Kad kredit hutang jahat (bad debt)
Kalau bayar on time, kad kredit bagus untuk pengurusan kewangan. Kalau guna OD lagi bagus. Bayar betul2 sebelum duedate nya

(4) Caj kad kredit mahal
Kalau boleh beli banyak rumah pelaburan (good debt), saya beranggapan kita semua mampu menguruskan pembayaran kad kredit ontime tanpa apa2 tunggakan. Jadi tiada apa2 caj yang dikenakan. Hanya caj tahunan RM50 yang diserap oleh rebat smile emoticon

(5) Kad kredit bank mana yang bagus?
Banyak pilihan. Asasnya pastikan kad kredit itu Islamik & ada rebat pembelian

Selamat menggunakan kad kredit dengan berhemah & selamat membayar bil utiliti secara autodebit & manfaatkan kadkredit & OD (jika ada) sebaiknya. Moga bermanfaat
-Lukeman Yusoff-
BBBangi 5.8.15
Read more ...

Sedikit Demi Sedikit



Proses mengumpul "mesin cetak wang" memerlukan masa dan sedikit demi sedikit. Makin awal kita bertindak makan banyak mesin yang dapat kita hasilkan.
Apapun gaya dan tekniknya; buy-rent (rental), buy-hold-sell (flip), buy-rent-sell (rental & flip) moga ianya sentiasa kena dengan matlamat kewangan dan memenuhi matlamat kita untuk capai bebas kewangan
Read more ...

Wednesday 29 July 2015

36 & 37 tahun

Alhamdulillah genap 36 tahun hari ini; 29.7.2015 (37 tahun pada 5 Ramadhan lepas ikut kalendar Hijrah). Terima kasih kepada semua yang ucapkan selamat.

Moga kita semua dipanjangkan umur dalam kebaikan dan rahmat Allah, makin dimurah rezeki dalam keberkatan & diberikan kebaikan dunia dan akhirat insyaAllah

Malam tadi masa makan malam anak-anak tanya "abah nak hadiah apa?". Jawab abahnya "cukuplah bagi abah hadiah anak-anak yang soleh dan solehah"

"Apabila meninggal anak Adam, terputuslah amalannya melainkan 3 perkara; sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan & doa daripada anak yang soleh"

Semoga pertambahan usia akan semakin mendekatkan diri kita kepadaNya insyaAllah

Raya pertama 2015

Raya kedua 2015; hero tutup muka dengan beg duit raya ;)

Read more ...

Tuesday 2 June 2015

Pelabur Hartanah Tegar

Perbualan ini berlaku di sebuah surau selepas solat magrib di antara seorang anak (M) dan ayahnya (L)

M: Abah, kita nak balik rumah boleh?
L: Duduk kat surau aja. Isya’ dah tak lama lagi

M: Nak buat apa kat surau?
L: Baca Quran boleh. Dapat pahala

M: Hmmm.....(sambil berlari keluar surau dan bermain bersama kawannya)

Kira-kira 5 minit kemudian...

M: Abah kita nak balik rumah, boleh?
L: Duduk kat surau aja. Isya dah dekat dah ni. Abang boleh baca Quran. Baca 11 kali Qulhuallah (surah Al Ikhlas), Allah akan bagi 1 rumah banglo / mahligai kat syurga

M: Kalau tak dapat masuk syurga macam mana?
L: Hmmm (sambil menarik nafas memikirkan jawapan yang sesuai dengan akal anak berumur 10 tahun ini). Kalau kita dah ada rumah kat syurga, insyaAllah kita akan dapat masuk syurga.

M: Abah dah berapa kali dah baca Qulhuallah
L: Abah baca 11 kali setiap pagi. Kalau tak sempat pagi, abah baca waktu malam macam sekarang.

M: Sejak bila lagi abah baca?
L: Abah baca semenjak abah dengar hadis ini

M: Bila?
L: Masa abah pergi surau, ada ustaz mengajar pasal hadis ini.

M: Oooo...(sambil mulut mula membaca Surah Al Ikhlas)

5 minit kemudian....

M: Kalau kita baca 110 kali kita akan dapat 10 buah rumah banglokan abah?
L: Iya......Tak perlu baca banyak terus sekaligus. Baca 11 kali seharipun dah bagus. Yang penting istiqomah. Sentiasa baca setiap hari.

M: Banyak-banyak rumah nanti kita nak buat apa?
L: Kita boleh niatkan pahala bacaannya untuk Rasulullah SAW, ibu, ayah, isteri, adik beradik, kawan-kawan dan sesiapa sahaja yang kita sayang. Suka tak kalau kita dan orang-orang yang kita saya ada rumah, apa lagi kalau rumah itu kita yang hadiahkan

M: Oooooo.....(sambil kedengaran azan isya’)


PENGAJARAN
******************

1. Selain melabur hartanah di dunia, yang mungkin keuntungan (pasif incomenya) sebanyak RM100-RM500 bagi rumah yang masih dibiayai bank, sehingga RM600-RM2000 bagi rumah yang dah habis bayar; kita juga perlu memperbanyakkan melabur ‘hartanah di akhirat’

2. Hartanah dunia gunanya untuk dunia, dan hartanah akhirat gunanya untuk akhirat. Dunia adalah sesuatu yang dekat dan manfaatnya sekarang. Akhirat adalah sesuatu yang jauh dan manfaatnya berpanjangan insyaAllah

3. MLM yang paling untung adalah MLM yang berasaskan keuntungan akhirat. Setiap ilmu yang kita sampaikan; dan orang lain amalkan; insyaAllah kita akan juga dapat saham pahalanya tanpa menjejaskan pahala orang yang mengamalkan tersebut.


RUJUKAN HADIS
*********************

“Siapa yang membaca  “qulhuwa allahu ahad” sampai selesai sebanyak sepuluh kali, maka Allah akan membangunkan baginya istana di surga.” Umar bertanya: “Kalau begitu  kita memperbanyak istana wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: “Allah lebih banyak dan lebih baik.” (HR. Ahmad disahihkan al-Albani dalam Silsilah Shahihah no. 589 juz 2:137).

Rasululllah SAW bersabda:  “Sesiapa membaca ‘Qul HuwAllahu Ahad’ (Surah Al-Ikhlas) sebanyak 11 kali, dikurniakannya satu mahligai indah di syurga.”  (HR.Ahmad dan Muadz bin Anas).

Rasululllah SAW bersabda:  “Sesiapa yang membaca 10 kali surah Al-Ikhlas siang dan malam; Maka Allah memberinya sebuah istana dalam syurga.”  (HR: Imam Ahmad & Imam Adarimi.)

Rasulullah SAW bersabda, "Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia, maka terputuslah semua (pahala) amal perbuatannya kecuali tiga macam perbuatan, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya "(Hadis Riwayat Muslim).

Read more ...

Wednesday 13 May 2015

Di Sini Dan Di Sana

Hidup di sini jangan terlalu difikirkan sangat,
Ajal, maut, rezeki, jodoh dan pertemuan kita semua telah dijamin dan ditentukanNya,
Yang belum dijamin adalah kehidupan di sana yang kekal selama-lamanya,
Itu yang lebih perlu kita bagi tumpuan, perhatian dan fikirkan.

Paling lama disinipun 60-70 tahun,
Habis lamapun adalah 100 tahun,
Tapi di sana kehidupannya kekal selama-lamanya,
Semoga kita sentiasa disibukkan dengan mencari bekal untuk kehidupan yang di sana.

Apabila terasa berat beban yang ditanggung,
Selalulah kembali kepadaNya,
“Lahaulawala quwwatailla billah”
Tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah

Setiap hari zahirkan syukur padaNya
“Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar”
Perbanyakkan baca lembaran-lembaran cintaNya
Penuh hikmah dan makna bagi menangani setiap cabaran kehidupan ini

Lazimi tahajjud, dhuha, taubat, hajat dan witir,
Juga  al Kahfi, Yasin, al Waqiah dan al Mulk,
Sentiasa basahi bibir dengan Istigfar, Ayatul kursi, al Ikhlas dan Solawat
InsyaAllah moga hidup kita sentiasa terpandu dan berkat


-Lukeman, BBBangi-
Read more ...

Tuesday 12 May 2015

Kuliah Magrib & Kuliah Subuh

Kuliah Magrib 9.5.15
Masjid Hasanah BBBangi

1. Bila buat sesuatu kerana Allah insyaAllah kita akan kuat

2. Bila buat sesuatu selain Allah kita akan lemah

3. Ramadhan makin hampir. Jadilah kita hamba Allah, jangan jadi hamba Ramadhan

4. InsyaAllah sesiapa yang boleh bangun malam untuk ibadah, dia akan terhindar sifat munafik

5. Contoh TGNA solat di surau sama macam solat di rumah; masa & bacaan. Semak adakah kita solat samaada sama atau tidak sewaktu solat sendirian & solat berjamaah?

6. "Doa pada Allah, Aku akan perkenan doa kamu"

7. Perumpamaan orang yang buat sesuatu dengan riak, adalah seperti seseorang yang bawa beg yang besar dan penuh tetapi didalamnya berisi batu

8. Semua amalan yang dilakukan bukan kerana Allah laksana debu-debu yang berterbangan

9. Ulama ditanya "Siapakah orang yang ikhlas?"
Orang yang sembunyikan kebaikan seumpama dia sembunyikan kejahatannya

10. Tak buat ibadah kerana takut dipuji adalah riak, dan buat ibadah kerana ingin dipuji adalah syirik (menyekutu/menduakan Allah)

11. Ikhlas menyelamatkan kita daripada kedua-duanya

12. "Jauhkan kami dari azab api neraka"


***********************************************************************

Kuliah subuh 10.5.15
Surau An Najah TU BBBangi
Ustaz Zainal Arifin

1. Syukur atas nikmat iman dan islam dan dapat melakukan ketaatan / solat subuh secara berjamaah

2. Ada orang yang lahirnya bukan Islam, tapi mungkin akhirnya Islam. Kita yang lahirnya sebagai Islam, jaga elok-elok agar akhir kita juga Islam & husnul khatimah

3. Banyak kisah yang boleh diambil iktibar; isteri firaun seorang yang beriman, tapi anak & isteri Nabi Nuh tidak beriman

4. Nikmat dan nikgmat (ujian, bencana) semuanya dari Allah.

5. Rahmat Allah turun tanpa sebab. Ujian dan musibah adalah atas sebab kecuaian dan kelalaian kita. Sama-sama muhasabah diri.

6. Mohon agar Allah kurniakan kita rezeki dan nikmat, tetapi bukan dengan sebab istidraj. Moga nikmat mahupun ujian akan lebih mendekatkan diri kita kepadaNya

7. Adil; letakkan sesuatu pada tempatnya

8. Didik anak-anak dengan tagrib (bagi galakan, hadiah) dan tahrib (bagi hukuman sebagai pengajaran) sebagaimana banyak contoh dalam Al Quran ayat galakan dan tegahan

9. Al Quran adalah petunjuk untuk hati-hati manusia. Jadikan ia sebagai pedoman dan panduan.
Read more ...

Thursday 30 April 2015

15 Jam Terakhir

Hari ini adalah hari terakhir promosi untuk menjadi dealer dengan pembelian emas sebanyak RM500 bagi student dan RM5000 bagi government staff

********
Apabila telah disahkan dealership; pembelian emas kita yang seterusnya akan dapat rebat 1%

*******

Harga emas 1gram sepanjang hari ini adalah RM151

*******
Untuk merebut peluang dealership ini; hanya ikut 4 langkah di bawah:

1. Bank in duit ke akaun Public Gold mengikut harga emas per gram yang mahu kita beli. Untuk hari ini RM151/g. Genapkan dengan gram terdekat contoh RM151x4gram=RM604

No akaun 5571 3923 8048 (Maybank)
PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD

2. Emailkan dan whatsapp kan slip bayaran beserta kad ID student / government staff kepada gap@publicgold.com.my cc kepada ylukeman@yahoo.com (bagi memudahkan saya follow up jika perlu) dan whatsapp kepada no HP gap PG 017-4866 916 beserta maklumat di bawah:

Nama penuh:
No IC:
No HP:
Email:
Jumlah bank in:
Tarikh dan masa bank in:
Introducer: PG037522 Lukeman bin Haji Yusoff 0132299319

3. Tunggu GAP statement. Dalam masa 2 hari berkerja GAP statement akan diemailkan

4. Bila GAP statement dah update; boleh call cawangan PG terdekat untuk ambil stok emas ikut gram yang kita nak. Dalam akaun GAP perlu ada 1gram untuk akaun kekal aktif.

Bila nak tutup akaun nanti boleh keluarkan baki 1g ini. Cumanya bila nak activate balik akaun, PG akan charge RM50 untuk activation fees. Jadi better biarkan akaun kekal aktif untuk pembelian akan datang.

********
Dealership biasa (tanpa promo ini) adalah dengan pembelian emas sebanyak RM30k. Beza RM29.5k tu untuk promo student sekarang, dan beza RM25k untuk promo dealership gov staff ni.

*******
Harap ramai dapat info ini da sebarkan pada kenalan terdekat terutamanya kepada student dan gov staff

*******
Sebarang kemuskilan boleh hubungi saya untuk bantuan

Lukeman
0132299319
PG037522










Read more ...

Monday 27 April 2015

Bisnes Tanpa Modal?

Bisnes sinonim dengan modal. Ramai orang yang nak bisnes tapi tiada modal. Dan ramai juga yang buat bisnes terus menggunakan modal besar.

Pengalaman kami berbisnes, alhamdulillah kami bermula dengan apa yang ada ditangan. Dan kami bermula “tanpa modal”

Tanpa modal yang dimaksudkan adalah tanpa yuran keahlian. Yang ada adalah pembelian barangan yang memang kami gunakan sendiri pada jumlah tertentu dan melayakkan kami menjadi dealer secara automatik.

Contoh; kami beli produk Shaklee kali pertama pada  nilaian 200 UV ataupun lebih kurang RM650, dan kami layak untuk jadi dealer secara automatik.

Emas juga sama; pembelian emas sebanyak RM500 (kira-kira 4 gram) melayakkan saya untuk jadi dealer.

Kedua-dua produk Shaklee dan produk emas memang kami sentiasa guna. Shaklee digunakan seisi keluarga dari ibu hingga ke anak. Emas juga ditukar sedikit sebanyak bagi simpanan masa depan.

Dari segi simpanan; kalau rasa tidak mahu simpan sendiri emas, pihak PG boleh tolong simpankan dalam bentuk GAP (gold accumulative program). Nanti bila kita nak ambil emas, hanya bawakan IC di branch berhampiran.

Sehingga 30 April 2015 ini pihak PG buat promosi; bagi student yang beli emas secara GAP sebanyak RM500 (kira-kira 4gram) akan dapat jadi dealer secara automatik.

Untuk government staff; pembelian emas GAP sebanyak RM5000 (kira-kira 34 gram) juga melayakkan dapat jadi dealer secara terus.

Harga emas berubbah setiap hari. Dan hari ini (27.4.2015), harga emas 999.9 adalah RM149/gram. Emas pelaburan 999.9 PG adalah bebas GST




“Modal” yang paling besar untuk memulakan bisnes sebenarnya adalah “diri kita sendiri”. Semangat, teknik, mentor dan sistem yang betul insyaAllah akan memudahkan perjalanan bisnes kita.

Selamat berbisnes dan moga bisnes lebih mendekatkan diri kita kepadaNya insyaAllah

Lukeman Yusoff
Siti Norliza Ibrahim
Shaklee SID 1089476
Emas Public Gold Dealer PG037522

Beli emas secara berkala
InsyaAllah hidup lebih bahagia
Bebas GST dan boleh di buat harta
Zakat dan sedekah jangan dilupa

Link:
GAP dan cara menyertainya
Read more ...

Sunday 26 April 2015

Duit Raya Anak Tahun 2015

Biasanya duit raya anak-anak kami tahun-tahun lepas dalam lingkungan RM100 ke RM200 seorang. Kesemua duit ini dimasukkan kedalam tabung haji. Alhamdulillah kelima-lima anak telah kami daftarkan haji. Giliran haji mereka setakat ini adalah pada umur 45-47 tahun; kira-kira 35 tahun dari sekarang

....

Tahun ini sebahagian duit raya mereka akan ditukarkan kepada emas 1g insyaAllah. Edisi terhad emas 1g ini telahpun ditukar awal-awal bagi menggalakkan lagi mereka untuk menyimpan duit raya.

 ...

Harga 1g emas 999.9 (bebas GST) hari ini (26.4.2015) adalah RM149. Jika kita beli cash & carry di pejabat PG, harganya adalah RM180. Cara terbaik pembelian adalah dengan membuka akaun GAP (gold accumulative program). Dengan GAP kita boleh beli pada harga RM149/g. Harga ini akan berubah setiap hari mengikut harga emas semasa.



...

Selepas bayaran dibuat ke akaun GAP PG dan terima pengesahan bayaran, emas boleh diambil dipejabat PG terdekat dengan kos tanbahan untuk pengangkutan sebanyak RM5.



...

Bagi pelajar yang ada ID; pembelian emas secara GAP sebanyak RM500; dan bagi pekerja kerajaan, pembelian emas sebanyak RM5000 akan melayakkan kita untuk menjadi dealer secara PERCUMA. Tawaran PG ini sah sehingga hujung bulan ini sahaja.



...

Jom sama-sama kita menyimpan dan menanamkan sifat menabung kepada anak-anak. Hubungi saya untuk bantuan dan maklumat lanjut.

...

Lukeman Yusoff
0132299319
Public Gold Dealer PG037522

Link:

Apa Itu GAP dan Cara Menyertainya
Read more ...

Wednesday 22 April 2015

Emas 1: Daftar dan Beli Online

Alhamdulillah semakin ramai yang suka menyimpan emas sebagai salah satu alat simpanan dan pelaburan bagi jangka masa sederhana dan panjang. Terdapat pelbagai produk pelaburan emas di pasaran, antaranya yang pernah dan biasa saya berurusan adalah:

1. KGT Kelantan Golden Trade. Pengeluar dan pengedar dinar dan dirham Kelantan

2. Public Gold. Pengeluar dan pengedar emas Public Gold

3. Harimau Mint Gold. Pengeluar dan pengedar emas Harimau Mint


Produk terbaru Public Gold sempena raya tahun ini



Di sini saya ingin berkongsi cara-cara untuk daftar keahlian dengan Public Gold dan cara untuk membuat pembelian secara online.

Langkah-langkahnya adalah:

A. Daftar Keahlian Public Gold


1. Klik pada borang keahlian di link di bawah
Daftar Kehlian Public Gold Secara Online

2. Isikan maklumat yang diperlukan (sepertimana yang terdapat pada gambar di bawah)



3. Pada bahagian Introducer, boleh letakkan 037522 Lukeman bin Haji Yusoff. InsyaAllah saya akan bantu setakat yang termampu bagi memudahkan urusan tuan nanti.

4. Setkan "username" dan "password"


5. Submit dan tunggu pengesahan


B. Login dan Buat Pembelian


1. Klik pada portal login di bawah

2. Masukkan "username" dan "password" sepertimana yang telah disetkan pada item no 4 diatas

3. Buat tempahan; klik "Order" - "Place Order". Terms Of Sale; klik "I Agree"


4. Pilih branch untuk collect emas nanti

5. Pilih barangan yang ingin dibeli dan kuantiti. Harga emas akan sentiasa berubah setiap 20 minit

6. Klik "next" dan isikan maklumat yang diperlukan

7. Submit order

8. Tunggu pengesahan daripada pihak public gold yang akan dihantar melalui email

9. Buat bayaran

10. Emailkan bukti pembayaran dan simpan slip untuk rujukan

11. Ambil produk emas di cawangan yang telah ditetapkan di item 4. diatas

12. Selesai


Read more ...

Monday 20 April 2015

Kuliah Subuh Ustaz Dr Shafiee Md Amin (al Quran)

Ustaz Dr Shafiee Md Amin
Surau An Nur S1 BBBangi
Kuliah Subuh 18.4.15
Buku You Are The Best
ms 62

Bab 13 Definisi Kejayaan
Profile of Success
Surah 29 Al Ankabut: 51

أَوَلَمْ يَكْفِهِمْ أَنَّا أَنْزَلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ يُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَرَحْمَةً وَذِكْرَىٰ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

(Patutkah mereka meminta mukjizat-mukjizat yang lain?) tidakkah cukup bagi mereka bahawa Kami telah menurunkan kepadamu Al-Quran yang dibacakan kepada mereka? Sesungguhnya Al-Quran yang diturunkan itu mengandungi rahmat dan peringatan bagi orang-orang yang beriman)

Tidak cukupkah Al Quran kepada kita?

The only motivator is Allah

Motivator is to move people

Kerja kita hanya sampaikan, yang gerakkan dan bagi hidayah adalah Allah

Ikut peraturan Allah. Beri peringatan dengan Quran

Kebanyakkan manusia tidak beriman dengan Al Quran

Apabila disebut nama Allah, akan rasa bosanlah hati2 yang tidak beriman kepada Allah

Allah yang bagi hidayah

An Nahli 16: ayat 125

ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ ۖ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ ۖ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

"Hikmah" adalah dari al Quran. Yasin ayat ke 2
36:2

وَالْقُرْآنِ الْحَكِيمِ

Demi Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh,

Surah Qaf ayat terakhir 50:45

نَحْنُ أَعْلَمُ بِمَا يَقُولُونَ ۖ وَمَا أَنْتَ عَلَيْهِمْ بِجَبَّارٍ ۖ فَذَكِّرْ بِالْقُرْآنِ مَنْ يَخَافُ وَعِيدِ

Kami lebih mengetahui apa yang mereka katakan (dari berbagai tuduhan terhadapmu wahai Muhammad), dan engkau bukanlah seorang yang berkuasa memaksa mereka (supaya masing-masing beriman). Oleh itu, berilah peringatan dengan Al-Quran ini kepada orang yang takutkan janji azabKu.

Hati Quran boleh disentuh dengan Quran

Definasi kejayaan, surah Al Asr 103:1-3

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ وَالْعَصْرِ

Demi Masa!

إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -

إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Lailahaillalah

Ilahun (pengabdiaan): makbudun (cinta): makluhun (fokus/visi)

2:195

وَأَنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ ۛ وَأَحْسِنُوا ۛ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya

Surah 49 ayat 14

قَالَتِ الْأَعْرَابُ آمَنَّا ۖ قُلْ لَمْ تُؤْمِنُوا وَلَٰكِنْ قُولُوا أَسْلَمْنَا وَلَمَّا يَدْخُلِ الْإِيمَانُ فِي قُلُوبِكُمْ ۖ وَإِنْ تُطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَا يَلِتْكُمْ مِنْ أَعْمَالِكُمْ شَيْئًا ۚ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Orang-orang " A'raab" berkata: " Kami telah beriman". Katakanlah (wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` kami telah Islam '. Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".

Belajar dan mahirkan Quran, rapat dan baik dengan Allah

Allah yang menyembuhkan manusia

Orang dulu2 kena patuk ular baca surah Al Fatihah

Saidina Ali kena panah, solat & dapat cabut panah. Hadis sahih

Mukjizat paling besar adalah Quran

Kejayaan adalah apa yang kita lakukan bukan apa yang kita capai

Al Mulk 67:2

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);

Pencapaian milik Allah

Hud 11: ayat 123

وَلِلَّهِ غَيْبُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَإِلَيْهِ يُرْجَعُ الْأَمْرُ كُلُّهُ فَاعْبُدْهُ وَتَوَكَّلْ عَلَيْهِ ۚ وَمَا رَبُّكَ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.

Semua keputusan / pencapaian milik Allah

Qasas 28: ayat 78

قَالَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَىٰ عِلْمٍ عِنْدِي ۚ أَوَلَمْ يَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ قَدْ أَهْلَكَ مِنْ قَبْلِهِ مِنَ الْقُرُونِ مَنْ هُوَ أَشَدُّ مِنْهُ قُوَّةً وَأَكْثَرُ جَمْعًا ۚ وَلَا يُسْأَلُ عَنْ ذُنُوبِهِمُ الْمُجْرِمُونَ

Qarun menjawab (dengan sombongnya): "Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Kalaulah Qarun bijak pandai) tidakkah ia mengetahui dan pandai memahami, bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya, dari umat-umat yang telah lalu, orang-orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan ? Dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya).

Jangan sekali-kali cakap keputusan milik kita. Kejayaan berdasarkan usaha. Kejayaan kita berdasarkan usaha. Itu yang dinilai Allah

Fokus pada USAHA ikut peraturan Allah / Al Quran

Rezeki kita macam2, bukan sekadar duit. Allah bagi rezeki banyak cara.

Amal soleh. Jaminan Allah. Law of nature.

At Talaq 65: 2-3

Allah yang bagi rezeki. Allah sebaik-baik pemberi rezeki. Allah Maha Adil

Kita akan sentiasa tenang apabila faham prinsip ini dan faham Quran.
Read more ...

Thursday 26 March 2015

Kemasukan Ke SRAI BBBangi Tahun 1 2016

Assalamualaikum...dibawah ini adalah maklumat tentang kemasukan anak-anak tahun 1 bagi sesi pengajian 2016 di Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Bangi Selangor untuk rujukan para ibu dan bapa.

Maklumat lanjut boleh terus berhubung dengan pihak sekolah di alamat dan talian di bawah:

SRA INTEGRASI BANDAR BARU BANGI,
LOT 4 JALAN 60/6, BANDAR BARU BANGI,
43000 KAJANG,
SELANGOR DARUL EHSAN
TEL ; 03 - 825 4714
 





Artikel berkaitan:




Read more ...