Wednesday 13 May 2015

Di Sini Dan Di Sana

Hidup di sini jangan terlalu difikirkan sangat,
Ajal, maut, rezeki, jodoh dan pertemuan kita semua telah dijamin dan ditentukanNya,
Yang belum dijamin adalah kehidupan di sana yang kekal selama-lamanya,
Itu yang lebih perlu kita bagi tumpuan, perhatian dan fikirkan.

Paling lama disinipun 60-70 tahun,
Habis lamapun adalah 100 tahun,
Tapi di sana kehidupannya kekal selama-lamanya,
Semoga kita sentiasa disibukkan dengan mencari bekal untuk kehidupan yang di sana.

Apabila terasa berat beban yang ditanggung,
Selalulah kembali kepadaNya,
“Lahaulawala quwwatailla billah”
Tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah

Setiap hari zahirkan syukur padaNya
“Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar”
Perbanyakkan baca lembaran-lembaran cintaNya
Penuh hikmah dan makna bagi menangani setiap cabaran kehidupan ini

Lazimi tahajjud, dhuha, taubat, hajat dan witir,
Juga  al Kahfi, Yasin, al Waqiah dan al Mulk,
Sentiasa basahi bibir dengan Istigfar, Ayatul kursi, al Ikhlas dan Solawat
InsyaAllah moga hidup kita sentiasa terpandu dan berkat


-Lukeman, BBBangi-
Read more ...

Tuesday 12 May 2015

Kuliah Magrib & Kuliah Subuh

Kuliah Magrib 9.5.15
Masjid Hasanah BBBangi

1. Bila buat sesuatu kerana Allah insyaAllah kita akan kuat

2. Bila buat sesuatu selain Allah kita akan lemah

3. Ramadhan makin hampir. Jadilah kita hamba Allah, jangan jadi hamba Ramadhan

4. InsyaAllah sesiapa yang boleh bangun malam untuk ibadah, dia akan terhindar sifat munafik

5. Contoh TGNA solat di surau sama macam solat di rumah; masa & bacaan. Semak adakah kita solat samaada sama atau tidak sewaktu solat sendirian & solat berjamaah?

6. "Doa pada Allah, Aku akan perkenan doa kamu"

7. Perumpamaan orang yang buat sesuatu dengan riak, adalah seperti seseorang yang bawa beg yang besar dan penuh tetapi didalamnya berisi batu

8. Semua amalan yang dilakukan bukan kerana Allah laksana debu-debu yang berterbangan

9. Ulama ditanya "Siapakah orang yang ikhlas?"
Orang yang sembunyikan kebaikan seumpama dia sembunyikan kejahatannya

10. Tak buat ibadah kerana takut dipuji adalah riak, dan buat ibadah kerana ingin dipuji adalah syirik (menyekutu/menduakan Allah)

11. Ikhlas menyelamatkan kita daripada kedua-duanya

12. "Jauhkan kami dari azab api neraka"


***********************************************************************

Kuliah subuh 10.5.15
Surau An Najah TU BBBangi
Ustaz Zainal Arifin

1. Syukur atas nikmat iman dan islam dan dapat melakukan ketaatan / solat subuh secara berjamaah

2. Ada orang yang lahirnya bukan Islam, tapi mungkin akhirnya Islam. Kita yang lahirnya sebagai Islam, jaga elok-elok agar akhir kita juga Islam & husnul khatimah

3. Banyak kisah yang boleh diambil iktibar; isteri firaun seorang yang beriman, tapi anak & isteri Nabi Nuh tidak beriman

4. Nikmat dan nikgmat (ujian, bencana) semuanya dari Allah.

5. Rahmat Allah turun tanpa sebab. Ujian dan musibah adalah atas sebab kecuaian dan kelalaian kita. Sama-sama muhasabah diri.

6. Mohon agar Allah kurniakan kita rezeki dan nikmat, tetapi bukan dengan sebab istidraj. Moga nikmat mahupun ujian akan lebih mendekatkan diri kita kepadaNya

7. Adil; letakkan sesuatu pada tempatnya

8. Didik anak-anak dengan tagrib (bagi galakan, hadiah) dan tahrib (bagi hukuman sebagai pengajaran) sebagaimana banyak contoh dalam Al Quran ayat galakan dan tegahan

9. Al Quran adalah petunjuk untuk hati-hati manusia. Jadikan ia sebagai pedoman dan panduan.
Read more ...