Friday 2 October 2015

Ibu

Ibu ini, kita buat baik macam mana baik sekalipun, tidak akan dapat membalas segala jasa-jasanya pada kita. Namun ada beberapa perkara yang boleh sama-sama kita amalkan untuk mengembirakan hati mereka, antaranya adalah:

1. Sumbangan: Bagi sumbangan secara konsisten kepada ibu kita setiap bulan. Paling senang buat potongan gaji terus ke akaun ibu kita; akaun Tabung Haji boleh, akaun bank biasa pun boleh. Seeloknya pilih perbankkan Islam bagi mengelakkan daripada terkena tempias riba walaupun hanya untuk simpanan biasa

2. Telefon: Kalau tidak boleh sekali sehari, setkan sekali seminggu; hari tertentu dan waktu tertentu untuk kita telefon ibu/bapa kita. Mungkin kita sibuk berkerja, tetapi kalau kita dah setkan nak telefon sekali seminggu insyaAllah kita akan buat. Contohnya setiap pagi Jumaat jam 8 pagi misalnya.

Lagi baik kalau boleh telefon setiap hari. Tambahan sekarang UniFi boleh telefon secara percuma ke semua talian tetap. Nak telefon lama-lama bercakap dengan mak pun boleh.

3. Doa: Setiap kali lepas solat jangan lupa doakan ibu bapa kita. Sebagaimana mereka tidak pernah lupa mendoakan kita anak-anaknya; begitulah kita juga harapnya sentiasa mendoa dan ingat pada mereka.

4. Hadiah: Tambahan lain; setiap pagi boleh juga kita hadiahkan bacaan "Al Fatihah" atau bacaan ayat-ayat / surah-surah Al Quran kepada ibu & bapa kita. Jadikan sebagai amalan harian / istiqomah selain hadiah fizikal yang berupa sumbangan bulanan & juga hadiah keraian

5. Ziarah: tetapkan waktu tertentu untuk kita pulang ke kampung untuk ziarah ibu dan bapa kita. Mungkin pada waktu sekolah. Ataupun boleh juga pada hujung minggu.

InsyaAllah sedikit sebanyak ianya akan membantu kita mengeratkan silaturrahim bukan sahaja kita dengan ibu, malahan juga anak-anak kita dengan nenek mereka, adik-beradik, sepupu dan juga ipar duai.

Moga ukhwah kekeluargaan kekal terjalin dan moga kita semua akan disatukan kembali di Jannatul Firdaus insyaAllah

Lukeman & Siti Norliza
BBBangi
Jumaat 2/10/2015

#Simpan emas melalui Public Gold
#Tingkatkan kesihatan dengan Shaklee
#Jaga harta dengan pelaburan hartanah
#Sayangi ibubapa, keluarga, rakan dan jiran
#Buat baik insyaAllah semua orang sayang
#Solat dhuha sentiasa amalkan
Read more ...