Saturday 26 August 2017

Kelas Bahasa Arab Al Quran (Minggu 78) 24 Aug 2017 9.30pm

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 78)*
*24 Aug 2017 9.30pm*
*Dewan 3F-201 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi*
*Ustaz Dr Shafie Md Amin* &
*Ustaz Aiman Shafie*

**********************
*Ustaz Aiman Shafie*
*9.30pm*

*Sambungan*
*Al Baqarah 2: 45*

وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ ۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ

Beri perhatian pada sebutan
الصَّبْرِ
ال
صَّ = tebal
َّبْ = nipis
رِ = nipis
Kekalkan sebutan nipis pada huruf nipis & sebutan tebal pada huruf tebal. Kena praktiskan perlahan2 ketika baca Al Quran


*MUFRADAT AL QURAN*
Buku Kaedah Harfiyah ms 59

وَ = dan

1. اسْتَعِينُوا = minta tolonglah olehmu

بِ = dengan

2. الصَّبْرِ = sabar

وَ = dan

الصَّلَاةِ ۚ  = solat

وَ = dan

إِنَّهَا = sesungguhnya ia

3. لَ = sesungguhnya / pasti / benar-benar
لَِ = bagi / untuk / milik / ada

4. كَبِيرَةٌ = besar / berat

إِلَّا = melainkan / kecuali

عَلَى = ke atas

5. الْخَاشِعِينَ =.orang2 yang khusuk

*MUFRADAT TAMBAHAN*

1. اِصْبِرْ = sabarlah (L)
اِصْبِرْي = sabarlah (P)

Praktikkan dalam pertuturan & kehidupan kita

*TADABBUR*

2:16

أُولَٰئِكَ الَّذِينَ اشْتَرَوُا الضَّلَالَةَ بِالْهُدَىٰ فَمَا رَبِحَتْ تِجَارَتُهُمْ وَمَا كَانُوا مُهْتَدِينَ

Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 16

Kesesatan = kejahilan
petunjuk = ilmu
membeli = sangat suka / cintakan

Berniaga = untung / rugi
Rugi = sebab tinggalkan ilmu = tidak belajar Al Quran & selesa dengan kejahilan

Fathir 35: 29

إِنَّ الَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنْفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً يَرْجُونَ تِجَارَةً لَنْ تَبُورَ
Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian;
-Sura Fatir, Ayah 29

35: 29 = cara untuk jadi peniaga yang berjaya:
1. membaca Kitab Allah
2. mendirikan sembahyang
3. infak = mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka

Solat & infak akan baik jika ikut peraturan Kitab Allah

يَتْلُونَ = baca = 2:121
= membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutarkan maksudnya) = baca dengan betul-betul = tajwid, faham makna yang dibaca, belajar Bahasa Arab Al Quran, seterusnya amalkan & sebar / ajak kawan2 juga untuk sama2 belajar

2:121

الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَتْلُونَهُ حَقَّ تِلَاوَتِهِ أُولَٰئِكَ يُؤْمِنُونَ بِهِ ۗ وَمَنْ يَكْفُرْ بِهِ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ
Orang-orang yang Kami berikan Kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutarkan maksudnya), mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya; dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang-orang yang rugi.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 121


**********************
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*
*10.17pm*

Sambungan Ustaz Aiman tadi
Al Ankabut 29:45

اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ ۖ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ ۗ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ

Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
-Sura Al-Ankabut, Ayah 45

اتْلُ = Bacalah
= fiil amar = hukumnya wajib

َأَقِمِ = dirikanlah
= fiil amar = hukumnya wajib

Al Quran = baca, faham, hafal, amal

Ibadah fardu no 1 penting = belajar Al Quran = Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran

Seterusnya no 2 penting = dirikanlah solat, dalil 29:45 ikut susunan ayat

Solat kita kena ambil serius & Al Quran kena lebih serius

Buku "You Are The Best"
Bab 8 ms 38 Konsep Ilmu

Ilmu = orang takut kepada Allah
Fathir 35: 28

وَمِنَ النَّاسِ وَالدَّوَابِّ وَالْأَنْعَامِ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ كَذَٰلِكَ ۗ إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ
Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.
-Sura Fatir, Ayah 28

Beza takut dengan Allah & takut dengan manusia?

Takut dengan Allah = yakin Allah melihat kita

Bangunkan manusia yang takut kepada Allah = integriti

Integriti = Institut Integriti Negara = comply = patuh

Integriti = SPRM = Melakukan pekerjaan yang betul walau tidak dilihat oleh sesiapa + Allah Melihat kamu

ms 42 Buku You Are The Best
"Kamu berkerja, beramal seolah-olah kamu melihat Allah atau sekiranya kamu tidak melihat, kamu yakin Allah melihat kamu"
(HR Muslim)

"Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan" = integriti = iman & ihsan = dekatkan manusia kepada Al Quran; belajar, hafal, faham, amal & sebarkan / ajak rakan2 agar sama2 belajar

10.35pm ditangguhkan
Minggu depan cuti, sambung lepas Raya Haji




Read more ...

Kuliah Subuh Surau An Najah TUJP 26 Ogos 2017 Sabtu Penceramah: Ustaz Khairul Anuar Tajuk: Huraian Al Asmaul Husna

*Kuliah Subuh*
*Surau An Najah TUJP*
*26 Ogos 2017 Sabtu*
*Penceramah: Ustaz Khairul Anuar*
*Tajuk: Huraian Al Asmaul Husna*

Alhamdulillah syukur nikmat kesihatan, kelapangan dapat hadir solat subuh berjemaah & dapat bersama2 mendengar kuliah

*Moga permulaan pagi yang baik akan memberikan kita pengakhiran yang baik = husnul khatimah*

10 hari awal Zulhijjah yang baik ini sama2 kita perbanyakkan amal soleh

Sambungan huraian asmaul husna untuk kita mengenal Allah. Kena ada usaha untuk kenal Allah, salah satu dengan cara menghayati nama2Nya

*77 Al Waliy = Yang Maha Menguasai = Allah Maha Berkuasa ke atas alam ini*
= وَالٍ

Ar Rad 13: 11

لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ ۗ وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلَا مَرَدَّ لَهُ ۚ وَمَا لَهُمْ مِنْ دُونِهِ مِنْ وَالٍ

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.
-Sura Ar-Ra'd, Ayah 11

*78 Al Mutaal = Maha Tinggi = mengatasi segala ketinggian*
الْمُتَعَالِ

Ar Rad 13: 9

عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ الْكَبِيرُ الْمُتَعَالِ
Dia lah yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah jua Yang Maha Besar, lagi maha Tinggi (Yang mengatasi segala-galanya).
-Sura Ar-Ra'd, Ayah 9

Dibaca / dizikirkan apabila kita mempunyai sesuatu hajat yang besar / melembutkan hati seseorang
الْمُتَعَالِ

*79 Al Barr = Baik = Yang Maha Baik = Yang Maha Melimpah Ihsan*
= الْبَرُّ

Segala takdir yang datang dari Allah, adanya sifat Baik Allah

5 gambaran Allah paling baik:
1. Belas ihsan / rezeki dari Allah tidak terputus dengan maksiat yang dilakukan hambaNya
2. Allah kurniakan yang lebih baik daripada apa yang kita minta = mungkin lain, tidak sama dengan apa yang kita minta, tetapi hakikatnya apa yang Allah beri itu terbaik buat kita = minta sikit, Allah beri banyak
3. Allah berbuat baik pada orang yang buat jahat, malah mengampunkan jika dia bertaubat
4. Allah menghendaki dari hambaNya benda yang mudah = mampu dilakukan hambaNya = Allah memaafkan banyak perkara yang dilakukan hambaNya
5. Allah membalas dosa sesuai dengan kesalahan yang dilakukan = tiada gandaan pada dosa = ada gandaan pada pahala = peluang ke syurga lebih tinggi daripada ke neraka

Pahala akan memberatkan mizan = menentukan akan ke syurga atau ke neraka

3 yang akan ditimbang; amal, buku catatan & tubuh badan hamba = tubuh badan yang banyak buat kebaikan akan berat timbangan kebaikannya di mizan

Simpati kita sangat kecil jika dibandingkan dengan Allah = hanya 1% diberikan Allah didunia ini, 99% lagi disimpan diakhirat

Ya Barr / Al Barr = dibaca / dizikirkan bagi bermusafir agar dipermudahkan urusan perjalanan


At Tur 58: 28

إِنَّا كُنَّا مِنْ قَبْلُ نَدْعُوهُ ۖ إِنَّهُ هُوَ الْبَرُّ الرَّحِيمُ
"Sesungguhnya kami dahulu tetap menyembahNya (dan memohon pertolonganNya). Kerana sesungguhnya Dia lah sahaja yang sentiasa melimpahkan ihsanNya, lagi Yang Maha Mengasihani".

-Sura At-Tur, Ayah 28


80. *At Tawwab = Maha Penerima Taubat = Allah menunggu2 taubat hambaNya*
= التَّوَّابُ

Waktu malam, Allah menunggu taubat hambaNya yang dilakukan waktu siangnya & waktu siang, Allah menunggu taubat hambaNya yang dilakukan waktu malam.

Taubat = kembali ke jalan Allah setelah menyimpang / maksiat / dosa. Syarat2nya:

At Tawwab & Ar Rahim =
 التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

At taubah 9: 104

أَلَمْ يَعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ هُوَ يَقْبَلُ التَّوْبَةَ عَنْ عِبَادِهِ وَيَأْخُذُ الصَّدَقَاتِ وَأَنَّ اللَّهَ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah Dia lah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya, dan juga menerima sedekah-sedekah (dan zakat serta membalasnya), dan bahawa sesungguhnya Allah Dia lah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani?
-Sura At-Tawbah, Ayah 104


An Nisa: 64

وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ رَسُولٍ إِلَّا لِيُطَاعَ بِإِذْنِ اللَّهِ ۚ وَلَوْ أَنَّهُمْ إِذْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ جَاءُوكَ فَاسْتَغْفَرُوا اللَّهَ وَاسْتَغْفَرَ لَهُمُ الرَّسُولُ لَوَجَدُوا اللَّهَ تَوَّابًا رَحِيمًا
Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati dengan izin Allah. Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
-Sura An-Nisa', Ayah 64

Al Baqarah 2:160

إِلَّا الَّذِينَ تَابُوا وَأَصْلَحُوا وَبَيَّنُوا فَأُولَٰئِكَ أَتُوبُ عَلَيْهِمْ ۚ وَأَنَا التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 160

Terhenti taubat apabila:
1. Meninggal / tibanya sakaratul maut
2. Matahari terbit dari sebelah barat

Orang mukmin ada yang sengsara ketika sakaratul maut = kafarah kepada dosa yang dilakukannya

Taubah nasuha =
1. Benar2 taubat & tidak ulangi lagi kesalahan
2. Pindah tempat tinggal agar boleh menjauhkan kita dari dosa lama
3. Bertukar sahabat lama yang boleh menariknya ke arah dosa lama

Teringat dosa lama =
1. Pangillan Allah agar datang bertaubat kepadaNya
2. Mainan syaitan agar gelisah & ulanginya kesilapan lama

Ambil peluang untuk sentiasa bertaubat kepada Allah

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْْقَيُّومُ وَ أَتُوبُ إِلَيْهِ
Aku memohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung, tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup dan Memelihara (kehidupan), dan aku bertaubat kepada-Nya

= baca dengan HATI = sertai rasa kesal / bersalah dengan kesalahan yang kita lakukan & pengharapan agar Allah ampunkan kita insyaAllah

7.10am ditangguhkan & akan disambungkan nama Allah yang ke 81.

Yang baik dari Allah, yang kurang dari kelemahan diri saya = penceramah & juga pencatat. Moga sama2 kita amal & sebarkannya insyaAllah

-Lukeman 26Aug2017 7.20am-



Read more ...

Sunday 20 August 2017

Kuliah Subuh* *20 Aug 2017 Ahad* *Ustaz Dr Mohd Zaini Yahya* *Fiqh Manhaji*

*Kuliah Subuh*
*20 Aug 2017 Ahad*
*Ustaz Dr Mohd Zaini Yahya*
*Fiqh Manhaji*
*Surau An Najah TUJP*

Syukur pada Allah kerana berikan kita taufik & hidayahNya untuk kita solat subuh berjamaah & teruskan dengan kuliah Fiqh Manhaji = hukum hakam. Digalakkan untuk beli buku Fiqh Manhaji ini

*Hukum Orang Yang Enggan Keluarkan Zakat*

1. Engkar keluarkan zakat sebab tolak kefarduan zakat
Zakat rukun Islam ketiga, selepas mengucap & solat.
Tidak keluarkan zakat = murtad & kafir

2. Bakhil & kedekut
= fasik = berdosa besar & akan dikenakan azab
Fasik = melakukan dosa besar / melakukan dosa kecil secara berterusan tanpa bertaubat

Sujak akrak = simpanan2 yang tidak dikeluarkan zakat, akan menjelma sebagai ular yang akan menggigit orang yang tidak keluarkan zakat

Sujak = berani = ular jantan
Akrak = yang memagut, menggigit

Al Imran 3: 180

وَلَا يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ يَبْخَلُونَ بِمَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ هُوَ خَيْرًا لَهُمْ ۖ بَلْ هُوَ شَرٌّ لَهُمْ ۖ سَيُطَوَّقُونَ مَا بَخِلُوا بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۗ وَلِلَّهِ مِيرَاثُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۗ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya - menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalongkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. Dan bagi Allah jualah hak milik segala warisan (isi) langit dan bumi. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan. (mukjizat) yang nyata dan dengan (korban) yang katakan, maka membunuh mereka, jika kamu orang-orang yang benar (dalam apa yang kamu dakwakan itu)?"
-Sura Aal-E-Imran, Ayah 180

*Orang Yang Wajib Keluarkan Zakat*
1. Orang Islam
2. Cukup nisab = had minimum harta yang dimiliki, bergantung kepada jenis harta
3. Cukup setahun / haul = sempurna simpanan setahun memilikinya mengikut kalendar Islam, kecuali zakat tanaman dikeluarkan ketika tuaian
4. Harta kanak2 yang belum baligh / orang gila, yang cukup syarat 1-3 di atas

Zakat = penyucian harta
Harta kita bukan hak milik kita sepenuhnya, ada hak orang lain yang perlu kita tunaikan; zakat, sedekah, hadiah

Harta anak yatim; warisnya perlu niagakan agar hartanya itu berkembang & tidak berkurangan disebabkan zakat. Waris berkewajipan untuk itu

Hikmah = harta jangan disimpan sahaja tanpa diusaha / diniagakan = menggalakkan usaha & pengaliran harta / manfaatnya kepada ramai orang

Pusat jagaan anak yatim perlu ada audit untuk pastikan pengurusan hartanya ikut syariat Islam

Harta kanak2 yang belum baligh; zakat perlu dikeluarkan, sedekah tidak boleh selagi dia belum baligh. Sedekah guna harta waris yang dah baligh
Read more ...

Thursday 17 August 2017

Kelas Bahasa Arab Al Quran (Minggu 77) 17 Aug 2017

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 77)*
*17 Aug 2017 9.30pm*
*Dewan 3F-201 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi*
*Ustaz Dr Shafie Md Amin* &
*Ustaz Aiman Shafie*

**********************
*Ustaz Aiman Shafie*
*9.30pm*

*Sambungan*
*Al Baqarah 2: 44*

أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنْسَوْنَ أَنْفُسَكُمْ وَأَنْتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ ۚ أَفَلَا تَعْقِلُونَ

Beri perhatian pada sebutan huruf ر

بِالْبِرِّ
ْبِرِّ = بِرْرِ
ر dua2 nipis

بَرِّ = بَرْرِ
ر dua2 nipis

*MUFRADAT AL QURAN*
Buku Kaedah Harfiyah ms 59

أَ = adakah / apakah

1. تَأْمُرُونَ = kamu menyuruh
تَ = kata tambahan
أْمُرُ = kata dasar
ونَ = kata tambahan
انيت = ANAITU = fiil mudharik

النَّاسَ = manusia

بِ = dengan

2. الْبِرِّ = berbuat kebaikan

وَ = padahal / walhal / sedangkan

3. تَنْسَوْنَ = kamu lupa
تَ = kata tambahan
نْسَ = kata dasar
وْنَ = kata tambahan
انيت = ANAITU = fiil mudharik

أَنْفُسَ = diri-diri

كُمْ = kamu

وَ = padahal / walhal / sedangkan

أَنْتُمْ = kamu

4. تَتْلُونَ = kamu baca
تَ = kata tambahan
تْلُ = kata dasar
ونَ = kata tambahan
انيت = ANAITU = fiil mudharik

الْكِتَابَ ۚ  = buku itu
كِتَابٌ = sebuah buku

5. أَفَلَا = maka tidakkah
أَفَلَا = gabungan 3 perkataan
أَ + فَ + لَا = maka tidakkah
أ = adakah / apakah
َفَ = maka
لَا = tidak

6. تَعْقِلُونَ = kamu mengerti / menggunakan akal
تَ = kata tambahan
عْقِلُ = kata dasar
ونَ = kata tambahan
انيت = ANAITU = fiil mudharik

6 mufradat baru

*MUFRADAT TAMBAHAN*

خُذْ = ambillah (L)
خُذِي = ambillah (P)


**********************
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*
*10.17pm*

Buku "You Are The Best"
Bab 8 ms 38 Konsep Ilmu

Ilmu = orang takut kepada Allah
Fathir 35: 28

وَمِنَ النَّاسِ وَالدَّوَابِّ وَالْأَنْعَامِ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ كَذَٰلِكَ ۗ إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ
Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.
-Sura Fatir, Ayah 28

Orang berilmu = orang takut kepada Allah

Ilmu = علم = takut kepada Allah = integriti

Cari definisi integriti oleh Institut Integriti Negara & SPRM

Allah Melihat kita

Al Mulk 12

إِنَّ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ بِالْغَيْبِ لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ كَبِيرٌ
Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.
-Sura Al-Mulk, Ayah 12

Berterusan belajar Al Quran

10.33pm ditangguhkan


Read more ...

Sunday 13 August 2017

Kuliah Subuh Ahad 13 Aug 2017 Ustaz Haji Zainal Arifin

*Kuliah Subuh*
*Ahad 13 Aug 2017*
*Ustaz Haji Zainal Arifin Haji Sharbini*
*Surau An Najah TUJP*
*Pengajaran Daripada Kisah di Dalam Al Quran*

Alhamdulillah syukur pada Allah. Moga ucapan syukur kita pada lidah benar2 beri kesan kepada hati

Kesan pada hati akan benar2 terasa apabila kita menghayati nikmat2 kurniaan Allah yang tidak terhitung banyaknya kepada kita

"Jika dihitung nikmat Allah nescaya tidak terhitung banyaknya"

Nikmat solat subuh secara berjamaah amat perlu kita syukuri

"Ar Rahman & Ar Rahim Allah Taala"

*Syukuri nikmat kurniaan Allah, nescaya akan ditambah nikmat olehNya*

Moga kita tergolong dalam golongan yang peroleh nikmat pada hari ini (dunia) dan pada hari kemudian (akhirat) insyaAllah

"Tiada sebarang ilmu melainkan apa yang Engkau ajarkan" = sifat tawaduk = banyak lagi yang kita belum tahu & banyak lagi yang perlu kita tahu
Al Baqarah 2: 32

*قَالُوا سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا ۖ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ*
*Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana"*
-Sura Al-Baqarah, Ayah 32

Gangguan syaitan mendatangkan lintasan was2

Gangguan ibadah 4:
Dunia
Manusia
Syaitan
Nafsu

وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنْبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَٰؤُلَاءِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ
Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar".
-Sura Al-Baqarah, Ayah 31

قَالُوا سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا ۖ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ
Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".
-Sura Al-Baqarah, Ayah 32

Nikmat am = air, udara, matahari, bulan, bintang, keamanan

Nikmat khas = anggota badan, kesihatan, kehidupan

"Cintai Allah maka ikutlah aku (Rasulullah SAW)"

مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ
(Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): "Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?"
-Sura Al-Muddaththir, Ayah 42

قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ
Orang-orang yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang;
-Sura Al-Muddaththir, Ayah 43

وَلَمْ نَكُ نُطْعِمُ الْمِسْكِينَ
"Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin;
-Sura Al-Muddaththir, Ayah 44

وَكُنَّا نَخُوضُ مَعَ الْخَائِضِينَ
"Dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang-orang yang memperkatakannya;
-Sura Al-Muddaththir, Ayah 45

وَكُنَّا نُكَذِّبُ بِيَوْمِ الدِّينِ
"Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan,
-Sura Al-Muddaththir, Ayah 46

حَتَّىٰ أَتَانَا الْيَقِينُ
"Sehinggalah kami didatangi oleh perkara yang tetap diyakini".
-Sura Al-Muddaththir, Ayah 47


*********************
*Pengajaran Daripada Kisah di Dalam Al Quran*

Yusuf: Ayat 96-98

فَلَمَّا أَنْ جَاءَ الْبَشِيرُ أَلْقَاهُ عَلَىٰ وَجْهِهِ فَارْتَدَّ بَصِيرًا ۖ قَالَ أَلَمْ أَقُلْ لَكُمْ إِنِّي أَعْلَمُ مِنَ اللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ
Maka sebaik-baik sahaja datang pembawa khabar berita yang mengembirakan itu, dia pun meletakkan baju Yusuf pada muka Nabi Yaakub, lalu menjadilah ia celik kembali seperti sediakala. Nabi Yaakub berkata: "Bukankah aku telah katakan kepada kamu, sesungguhnya aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah akan apa yang kamu tidak mengetahuinya?"
-Sura Yusuf, Ayah 96

Lintasan yang baik = daripada malaikat

Lintasan yang tidak baik = daripada syaitan

Hakikat sebenar semuanya daripada Allah SWT, kita yang memilih jalan mana untuk kita ikut


قَالُوا يَا أَبَانَا اسْتَغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا إِنَّا كُنَّا خَاطِئِينَ
Mereka berkata: "Wahai ayah kami! Mintalah ampun bagi kami akan dosa-dosa kami; sesungguhnya kami adalah orang-orang yang bersalah".
-Sura Yusuf, Ayah 97

= mereka pernah berbohong kepada bapanya

2 pengajaran:
1. akui kesilapan
2. maafkan kesalahan orang lain

Taubat:
1. Minta ampun dengan Allah
2. Minta maaf dengan orang yang pernah kita buat salah

Semua dosa boleh diampunkan Allah melainkan syirik (menduakannya) kepadaNya

خَاطِئِينَ = khatik
= kesalahan tanpa sedar / tidak disengajakan

Mukhtik = kesalahan yang dilakukan dengan sengaja & sedar

قَالَ سَوْفَ أَسْتَغْفِرُ لَكُمْ رَبِّي ۖ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Nabi Yaakub berkata: "Aku akan meminta ampun bagi kamu dari Tuhanku; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".
-Sura Yusuf, Ayah 98

أَسْتَغْفِرُ لَكُمْ رَبِّي = aku akan minta ampun bagi kamu
= hak mengampunkan dosa milik Allah (melainkan syirik kepada Allah)

Amalan2 baik insyaAllah akan menghapuskan keburukan


مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ ۚ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ ۖ تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانًا ۖ سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِمْ مِنْ أَثَرِ السُّجُودِ ۚ ذَٰلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْرَاةِ ۚ وَمَثَلُهُمْ فِي الْإِنْجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَىٰ عَلَىٰ سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ الْكُفَّارَ ۗ وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنْهُمْ مَغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا
Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka - dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki - dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar.
-Sura Al-Fath, Ayah 29

*Pengajaran*

Dosa Allah yang ampunkan
Manusia boleh memaafkan

Hubungan dengan Allah = ampun
Hubungan dengan manusia = maaf

Minta maaf walau kesalahan itu tidak disengajakan

Maafkan kesalahan orang lain

"Sesungguhnya pada kisah mereka terdapat pengajaran bagi orang yang dikurniakan akal fikiran"

Sambungan ayat 99 insyaAllah

Ayat akhir Al Ankabut = bersungguh2

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.
-Sura Al-Ankabut, Ayah 69

Read more ...

Saturday 12 August 2017

Kelas Bahasa Arab Al Quran Minggu 76

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 76)*
*10 Aug 2017 9.30pm*
*Dewan 3F-201 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi*
*Ustaz Dr Shafie Md Amin* &
*Ustaz Aiman Shafie*

**********************
*Ustaz Aiman Shafie*
*9.30pm*

*Sambungan*
*Al Baqarah 2: 43*

وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعِينَ

Beri perhatian pada sebutan huruf

َأَقِيمُوا
ق = tebal
أ = nipis
Kekalkan sebutan nipis pada أ dan kekalkan sebutan tebal pada ق

مَعَ الرَّاكِعِينَ
ر = tebal
ع = nipis
Kekalkan sebutan nipis pada ع dan kekalkan sebutan tebal pada ر

*MUFRADAT AL QURAN*
Buku Kaedah Harfiyah ms 59

و = dan

1. َأَقِيمُوا = dirikanlah kamu
= fiil amar
أَقِيمُ = kata dasar
وا = kata tambahan
قِيمُ = berdiri
أَقِيمُ = mendirikan

Jika ada tambahan didepan
أنيت = ANAITU / ANITA
= fiil mudharik

الصَّلَاةَ = solat

وَ = dan

2. آتُوا = datangkanlah / berikanlah / tunaikanlah olehmu

3. الزَّكَاةَ = zakat

و = dan

4. َاِرْكَعُوا = rukuklah olehmu

مَعَ = bersama

5. الرَّاكِعِينَ = orang-orang yang rukuk

5 mufradat baru, ulang 60 kali setiap hari mufradat baru. Mufradat lama ulang 10 kali sehari. Praktikkan dalam bacaan ayat Al Quran secara harian

Dirikanlah solat = solat
Tunaikanlah zakat = zakat
rukuklah bersama orang yang rukuk = solat berjemaah = *rukuk = merendah diri* (dalam tadabbur nanti kita cerita lebih mendalam)


*************

Jika ada tambahan didepan
أنيت = ANAITU / ANITA
= fiil mudharik

أ = aku / saya

ن =
(2 makna)

1. kami = we = 2 & keatas = plural = jamak = جمع

2. kami = we = 1 orang = mufrad = مفرد = kata2 untuk membesarkan diri = 1 orang yang hebat / besar / kuat = العَظَمَة

Contoh ayat Ash-Shu'ara 26: 18

قَالَ أَلَمْ نُرَبِّكَ فِينَا وَلِيدًا وَلَبِثْتَ فِينَا مِنْ عُمُرِكَ سِنِينَ
Firaun menjawab: "Bukankah kami telah memeliharamu dalam kalangan kami semasa engkau kanak-kanak yang baharu lahir, serta engkau telah tinggal dalam kalangan kami beberapa tahun dari umurmu?
-Sura Ash-Shu'ara, Ayah 18

نُرَبِّكَ =

2 keadaan Raja akan tukar perkataan "kami" kepada "aku"
1. Marah yang amat sangat
2. Kasih sayang yang amat sangat

Contoh
Ash-Shu'ara 26: 29

قَالَ لَئِنِ اتَّخَذْتَ إِلَٰهًا غَيْرِي لَأَجْعَلَنَّكَ مِنَ الْمَسْجُونِينَ
Firaun berkata: "Demi sesungguhnya! Jika engkau menyembah Tuhan yang lain daripadaku, sudah tentu aku akan menjadikan engkau dari orang-orang yang dipenjarakan".
-Sura Ash-Shu'ara, Ayah 29

لَأَجْعَلَنَّكَ = aku akan menjadikan engkau

رزقنا = kami rezekikan
انزلت = aku
2: 22
2: 160
أتوب = aku terima taubat mereka = kasih sayang Allah


ي =

ت =

عبد = menghambakan diri
أعبد = aku menghambakan diri
نعبد = kami menghambakan diri
يعبد =
تعبد


**********************
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*
*10.27pm*

Buku "You Are The Best"
Bab 7 Al Quran Satu-satunya Sumber Motivasi

Bab 3 Motivation = to move = motive to action = NIAT

"Setiap amal itu dimulai dengan niat"

Kita belajar Bahasa Arab untuk taat / patuh perintah Allah = belajar bersungguh-sungguh kerana Allah. Yang bagi kefahaman adalah Allah

Belajar, hafal & amal apa yang kita belajar

"Sesiapa yang bersungguh-sungguh Allah akan bagi kefahaman"

Setiap benda akan jadi ringan berdasarkan motif = niat = kerana Allah = ikut peraturan Allah = ambil sikit-sikit ulang banyak kali

"Sesuatu itu akan jadi ringan jika ikut peraturan Allah" = fokus pada USAHA bukan HASIL. Hasil datang dari Allah

10.36 ditangguhkan



Read more ...

Maahad Tahfiz dan Kemukjizatan Al Quran




Forum Perdana
Surau An Najah
Sabtu 12 Aug 2017
*Maahad Tahfiz dan Kemukjizatan Al Quran*
Pondok Air Jernih, Gerik, Perak
Ustaz Dr Farid
Ustaz Dr Fairooz
Ustaz Dr Faizal
Ustaz Dr Fahmi
4 beradik

*Ustaz Dr Fairooz*
*(bidang Islamic Finance)*
*Kemukjizatan Al Quran*

وَمِنْ آيَاتِهِ اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ وَالشَّمْسُ وَالْقَمَرُ ۚ لَا تَسْجُدُوا لِلشَّمْسِ وَلَا لِلْقَمَرِ وَاسْجُدُوا لِلَّهِ الَّذِي خَلَقَهُنَّ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ
Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betulah kamu hanya beribadat kepada Allah.
-Surah Fussilat, Ayah 37

Mukjizat = sesuatu yang melemahkan = sesuatu yang diluar kebiasaan / diluar adat yang Allah zahirkan kepada seseorang Nabi & bebas daripada sebarang penentangan (mukjizat Al Quran tidak boleh ditandingi)

An Nisa 82

أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ ۚ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِنْدِ غَيْرِ اللَّهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلَافًا كَثِيرًا
Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.
-Sura An-Nisa', Ayah 82

= Cabaran dari Allah
Prof Gary Miller = Prof Matematik Kristen yang memeluk Islam

Hafal, faham & kemukjizatan Al Quran

Rum 1-3

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ الم
Alif, Laam, Miim.
-Sura Ar-Rum, Ayah 1

غُلِبَتِ الرُّومُ
Orang-orang Rom telah dikalahkan -
-Sura Ar-Rum, Ayah 2

فِي أَدْنَى الْأَرْضِ وَهُمْ مِنْ بَعْدِ غَلَبِهِمْ سَيَغْلِبُونَ
Di negeri yang dekat sekali; dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya -
-Sura Ar-Rum, Ayah 3

3 mukjizat dalam 3 ayat

الم = mukjizat menarik perhatian pendengar = urufan tanbih

غُلِبَتِ الرُّومُ = peristiwa yang akan berlaku pada masa hadapan


فِي أَدْنَى الْأَرْضِ وَهُمْ مِنْ بَعْدِ غَلَبِهِمْ سَيَغْلِبُونَ = peristiwa yang akan berlaku pada masa depan = janji Allah

فِي أَدْنَى الْأَرْض = tempat paling rendah di muka bumi

*Ustaz Dr Faizal*
(Bidang Dakwah)
*Kemukjizatan Al Quran & Dakwah*

Kahf Qaf

Mukjizat Al Quran sebagai dakwah Nabi SAW kepada kafir Quraisy

Kisah Saidina Umar
Surah Taha = adik baca Al Quran = asbab beliau memeluk Islam

Nabi menyampaikan Islam 13 tahun di Mekah 10 tahun di Madinah

Kita di Malaysia dah 60 tahun merdeka, berapa ramai orang bukan Islam yang dah masuk Islam?

Kajian pandangan orang bukan Islam kepada orang Islam:
75%-80% = positif = kata baik tetapi kenapa mereka tidak terima Islam?


*Ustaz Dr Fahmi*
(Mudir Maahad Tahfiz)
(Bidang Sains dan Falak)

Ustaz Dr Farid (bidang fizik) = buku mudahnya menghafaz surah Yasin

7 - 8 ilmu mukjizat Al Quran

صلوة

1 baris / 1 huruf pun daripada Al Quran tidak boleh diubah sehingga hari kiamat

Surah Yusuf

لدا = setiap huruf ada makna yang mendalam

1. Kemukjizatan Bahasa Al Quran
2. Mukjizat jiwa = bagi anak-anak

Hud 54 = sakit lutut = pegang lutut & baca
Luqman 15 = bagi anak agar lembut hati, semasa anak tidur, tengok mata anak dengan penuh kasih sayang

Tangan kanan di dada kiri =
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?
-Sura Al-Sharh, Ayah 1

Al Imran 83 = kurban = turunkan binatang & mudahkan proses kurban

3. Kemukjizatan Saintifik Dalam Al Quran
80% fakta saitifik dah terbukti
20% belum terbukti / belum teruji

"Allah Tuhan 2 timur & 2 barat" = ada planet yang ada 2 matahari

4. Mukjizat Bilangan
Al Fatihah = surah pertama
Al Hadid = 47 = kaitan 47 dengan besi?
Lautan =
Daratan =
Hari = 365 kali dalam Al Quran
Bulan = 12 kali dalam Al Quran

5. Mukjizat Syariat
Syariat sembelihan qurban unik = artikel Dr Ustaz Dr Fahmi = minimum bakteria berbanding sembelihan cara lain

Mekah ditengah2 daratan bumi

6. Mukjizat Perkhabaran Akan Datang = tepat

7. Bacaan Al Quran Satu Kemukjizatan

Moga kita tergolong dalam orang yang memahami kemukjizatan Al Quran



Read more ...

Tuesday 8 August 2017

Kekeluargaan Islam

Kuliah Magrib
Selasa 8 Aug 2017
Surau An Najah TUJP
Ustaz Dr Lukman (USIM)
Fiqh Almanhaj
Kekeluargaan Islam
ms 65 Pekahwinan

Proses perkahwinan
Awal = peminangan

Proses Peminangan:
1. Kenal pasti bakal tunang
2. Melihat bakal tunang
3. Meminang = bertunang

*Mencari sifat yang dikehendaki:*
1. Penghayatan agama & akhlak mulia
Akhlak = gabungan akidah & syariat
Akidah = kepercayaan
Syariat = perlakuan ibadah
Akhlak = hasil / buah daripada akidah & syariat

"Aku diutuskan bagi menyempurnakan akhlak"

Agama & akhlak baik insyaAllah lain-lain akan baik

"Jika ada seseorang meminang anak kamu; baik agama & akhlaknya maka terimalah ia, jika tidak akan berleluasanya fitnah & \
 kerosakan"

"Dikahwini seseorang itu kerana 4 perkara; harta, keturunan, kecantikan & agama. Maka pilihlah yang beragama kerana kamu memerlukannya"

Lelaki = mesti kuat & amanah = integriti

2. Keturunan yang baik
"Jauhilah "hadrau daman" = rumput yang subur diatas padang yang berlekuk = perempuan cantik yang hidup ditempat yang tidak baik"

3. Bukan kaum kerabat
3 sebab
a. Untuk sambung silaturrahim, 
b. suka / keinginan
c. putus silaturrahim bila bercerai
"Jangan (tidak digalakkan) kahwini kerabat yang dekat, kerana akan lahirkan zuriat yang lemah"

4. Sekufu = sama
"Pilihlah benih & tempat yang subur & perempuan2 yang sekufu"

= sama taraf agama & kesolehan
= sama taraf pekerjaan
= fizikal sempurna

Sekufu adalah hak isteri & wali2nya bagi menjamin kelangsungan rumahtangga

Namun bakal isteri & walinya boleh gugurkan syarat sekufu

5. Anak dara = perempuan yang belum pernah berkahwin
"Kahwinilah wanita perawan, kerana lembut tutur kata, ramai anak & lebih redha dengan yang sedikit"

Perkataan vs perbuatan Rasulullah SAW jika ada percanggahan utamakan perkataannya

6. Wanita yang subur = lihat melalui saudara maranya

Rasulullah SAW berbangga dengan ramainya umatnya

Orang yang ramai anak penyabar orangnya


*Melihat Pasangan (Tunang)*

"Lihatlah perempuan itu kerana ia lebih mengekalkan kasih sayang antara kamu"

"Apabila kamu meminang seseorang perempuan, jika kamu boleh lihat perkara yang boleh menyebabkan kamu berkahwin dengannya, maka lakukan"

"Lihatlah urat kedua betisnya & hidulah baunya" = wakilkan kepada mahram untuk lihat

Haram melihat perempuan yang bukan mahram tanpa ada tujuan (untuk mengahwininya)

An Nur 30-31

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَزْكَىٰ لَهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
-Sura An-Nur, Ayah 30

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
-Sura An-Nur, Ayah 31

4 keadaan dibolehkan melihat perempuan:
1. Perubatan
2. Jual beli
3. Saksi & kesaksian
4. Menuntut ilmu
Read more ...

Sunday 6 August 2017

Fiqh Manhaji - Zakat

*Kuliah Subuh*
*6 Aug 2017 Ahad*
*Ustaz Dr Mohd Zaini Yahya*
*Fiqh Manhaji*
*Surau An Najah TUJP*

Alhamdulillah kita diberikan kekuatan untuk solat subuh secara berjemaah & sama2 menunggu untuk menelaah ilmu

Bab solat dah selesai, kita sambung bab zakat

Takaful = bantu membantu
Zakat konsep bantu membantu & tolong menolong. InsyaAllah kita termasuk dalam golongan memberikan zakat, bukan menerima zakat

Gaji / pendapatan yang kita dapat bukan 100% milik kita; ada juga bahagian2 orang lain yang dipanggil zakat, sedekah & hadiah

Konsep dakwah = tunjuk akhlak Islam = tangungjawab kita semua = perlu ada rasa / cita2 agar semua orang memeluk Islam

Syahadah, solat, zakat, puasa, haji & umrah

Zakat = membentuk peribadi harmoni masyarakat, bantu membantu & tolong menolong = bahagia masyarakat apabila sama2 membantu

"Allah mewajibkan zakat ke atas orang kaya untuk diagihkan kepada orang fakir dikalangan mereka"

Islam atur masyarakat agar tolong menolong dengan zakat

Zakat = utama
Cukai boleh, tapi langkah terakhir

Zakat = agenda negara = ketat syaratnya = kutip & agih = dua2 kena efisyen, baru zakat dapat berfungsi

Zaman Umar Abdul Aziz, tiada penerima zakat kerana semua rakyat makmur, ada pendapatan & berkat

Zakat = sedekah wajib
Sedekah = sunat

Zakah = suci = bertambah & subur = harta2 yang dikeluarkan zakat akam suci, bertambah & subur

Harta yang dibiarkan / disimpan sahaja tanpa diusahakan akan habis dibayar zakat hingga ke bawah nisab. Oleh itu harta perlu diusahakan agar ia bertambah & berkembang = motivasi agar harta berkembang, bertambah, subur & berkat

Zakat = bagi & niat walaupun penerima tak tahu itu zakat. Kalau penerima itu tahu zakat lebih baik agar dia boleh mendoakan pemberi zakat

Tunjuk boleh = atas dasar nak galakkan orang lain agar buat kebaikan yang sama

Contoh mock cheque = cek contoh untuk zakat / sumbangan = boleh / tak boleh bergantung kepada niat pemberi. Jika untuk galakkan orang lain buat perkara baik = boleh. Jika niat untuk menunjuk2 = tak boleh

"Dibina Islam itu dengan syahadah, solat, zakat, puasa & haji (& umrah)"

Amil = ambil / kumpul & agih = 1/8 berhak untuk amil

8 asnaf = fakir miskin yang utama / pertama, seterusnya 7 golongan lain

Fakir = tak cukup separuh daripada keperluan hidupnya
Miskin = keperluan hidup lebih separuh daripada cukup

Zakat & wakaf memakmurkan, tambah berkat & kesuburan apabila ditadbir urus dengan baik

Read more ...

Saturday 5 August 2017

Kenapa Hati Menjadi Keras

*Kuliah Magrib*
*Ustaz Yuseri Ahmad*
*5 Ogos 2017 Sabtu*
*40 Hadis Penawar Hati*

Alhamdulillah dapat kita bertemu malam ini untuk tunaikan kewajipan kita kepada Allah SWT & dapat duduk sebentar untuk mendengar hadis penawar bagi hati.

Moga hati kita lunak & condong ke arah kebaikan

*Hadis 25: Sepatah Kata Yang Mencemar Air Lautan*

Ulangkaji Hadis 24 kunci kebaikan = jaga lidah

Hadis 25 masih lagi berkaitan dengan lidah / kata-kata

HR Tirmizi & Abu Daud, hadis hasan sahih

Antara isteri-isteri Nabi SAW:
Khadijah - isteri pertama
Aisyah - isteri kedua - bermula 9 tahun, balighah, akhilah & rashidah
Safiyah - selepas perang Khaibar, ayahnya Yahudi & salah seorang ketua Yahudi. Safiyah salah seorang yang ditawan

Perkahwinan Rasulullah SAW dengan Safiyah ada unsur dakwah kepada kaum Yahudi

Tabiat manusia, terkadang terkeluar perkataan yang tidak elok

"Kalimah yang kamu ucapkan itu, jika dicampurkan dengan air laut, air laut akan membusuk"

Jaga lidah agar jangan memperlekeh & merendah-rendahkan orang lain

Bercakap hal orang lain yang dia tidak suka = mengumpat = hal yang tidak disukai Nabi SAW

Aisyah ceritakan hal yang tidak disukainya = teguran Nabi SAW = amanahnya isteri Nabi SAW & juga perawi hadis

Nabi SAW juga pernah ditegur Allah SWT = Surah Abasa

Abasa 80: 1
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ عَبَسَ وَتَوَلَّىٰ
Ia memasamkan muka dan berpaling,
-Sura 'Abasa, Ayah 1

Nabi tetap menyampaikan ayat ini kepada umatNya walaupun ayat ini adalah teguran kepada Baginda SAW = menunjukkan sifat amanah Nabi SAW kepada sahabat RA & juga kepada isteri-isteri

Kita jangan secara sengaja dedahkan keburukan & aib kita kepada orang lain tanpa sebab. Mohon ampun dengan Allah & minta maaf jika ada melibatkan orang lain = Rasulullah SAW & isteri ceritakan untuk kebaikan & pengajaran kepada kita umatnya

*Hadis 26 Kenapa Hati Menjadi Keras*

HR Tirmizi
"Jangan perbanyakkan percakapan selain berzikir kepada Allah SWT. Sesungguhnya banyak bercakap selain zikir menyebabkan hati menjadi keras. Sesungguhnya sejauh manusia daripada Allah SWT ialah mereka yang berhati keras"

Lidah = boleh menyebabkan seseorang itu ke syurga atau ke neraka

Cakap agar kita / orang lain ingat kepada Allah SWT, di mana-mana sahaja contoh lihat indah alam, sebut "Subhanallah", "Masyaallah", "Tabarakallah", terbuat salah = "Astagfirullah"

"Sebaik-baik sahabat, apabila dia menyebut Allah / mengingatkan Allah kepada kita" = perbanyakkan sahabat yang boleh menyebabkan kita ingat kepada Allah

Situasi kita ada 3; duduk, berdiri, baring. Ingat kepada Allah ketika berdiri, duduk & berbaring = dalam semua situasi

Kita ingat kepada Allah & memperingatkan orang lain kepada Allah

Kesan buruk cakap selain zikir kepada Allah hati jadi keras = susah dengar & terima teguran = kesannya jauh daripada Allah

Usahakan agar percakapan kita menyebabkan orang sentiasa ingat kepada Allah. Moga hati kita sentiasa lembut & sentiasa terdorong kearah kebaikan insyaAllah



Read more ...

Friday 4 August 2017

Urus Kewangan Dengan Berhemah

Khutbah Jumaat
Jumaat 4 Aug 2017
Surau An Najah GMI

*Urus Kewangan Dengan Berhemah*

1. Tetapkan matlamat kewangan.

Elakkan pembaziran

Al Isra 17: 27

إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ ۖ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا
Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.
-Sura Al-Isra', Ayah 27

2. Tingkatkan ilmu kewangan

3. Urus hutang dengan bijaksana

4. Libatkan ahli keluarga; suami / isteri & anak-anak

Yusuf 12: 47

قَالَ تَزْرَعُونَ سَبْعَ سِنِينَ دَأَبًا فَمَا حَصَدْتُمْ فَذَرُوهُ فِي سُنْبُلِهِ إِلَّا قَلِيلًا مِمَّا تَأْكُلُونَ
Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.
-Sura Yusuf, Ayah 47

5. Bersederhana & berhemah dalam urusan hidup & kewangan

Al Hadid 57: 20

اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ ۖ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا ۖ وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٌ ۚ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ
Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
-Sura Al-Hadid, Ayah 20

Kesimpulan
1. Harta & rezeki adalah milik Allah
2. Hargai & syukuri kurniaan Allah, urus dengan berhemah
3. Tingkatkan ilmu pengurusan kewangan
4. Bersederhana & berhemah dalam menguruskan kewangan

Al Isra 17: 30

إِنَّ رَبَّكَ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ وَيَقْدِرُ ۚ إِنَّهُ كَانَ بِعِبَادِهِ خَبِيرًا بَصِيرًا
Sesungguhnya Tuhanmu lah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan Ia juga yang menyempitkannya (menurut yang demikian). Sesungguhnya Ia Maha Mendalam pengetahuanNya, lagi Maha Melihat akan hamba-hambaNya.
-Sura Al-Isra', Ayah 30


Al Ahzab 33:56

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Read more ...

Thursday 3 August 2017

Kelas Bahasa Arab Al Quran (Minggu 75) 3 Aug 2017

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 75)*
*3 Aug 2017 9.30pm*
*Dewan 3F-201 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi*
*Ustaz Dr Shafie Md Amin* &
*Ustaz Aiman Shafie*

**********************
*Ustaz Aiman Shafie*
*9.30pm*

*Sambungan*
*Al Baqarah 2: 42*

وَلَا تَلْبِسُوا الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُوا الْحَقَّ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ

Beri perhatian pada 2 perkataan

الْحَقَّ
ح huruf nipis
ق huruf tebal
Nipiskan sebutan ح &  tebalkan sebutan ق

بِالْبَاطِلِ
ط huruf tebal
ب hurus nipis
Nipiskan sebutan ب &  tebalkan sebutan ط

*MUFRADAT AL QURAN*
وَ = dan

1. لَا تَلْبِسُوا = jangan kamu campur adukkan
لَا = tidak / jangan
تَلْبِسُوا = kamu campur adukkan

2. الْحَقَّ = yang benar

بِ = dengan

3. الْبَاطِلِ = yang palsu

وَ = dan

4. تَكْتُمُوا = kamu sembunyikan

الْحَقَّ = yang benar

وَ = dan / sedangkan / walhal / padahal ( bergantung kepada   konteks ayat) = padahal / sedangkan

أَنْتُمْ = kamu (ramai)

تَعْلَمُونَ = kamu mengetahui

*Ulangkaji Fiil*
تَلْبِسُوا = fiil mudharik
تَ = kata tambahan
َلْبِس = kata dasar
ُوا = kata tambahan

Tambahan awal = biasanya fiil mudharik
Tambahan akhir = biasanya fiil madhi
*Tambahan ANAITU / ANITA di awal = أنيت = tentukan = fiil mudharik*

تَكْتُمُوا = fiil mudharik
تَ = kata tambahan
كْتُمُ = kata dasar
وا = kata tambahan
Tambahan awal = biasanya fiil mudharik
Tambahan akhir = biasanya fiil madhi
*Tambahan ANAITU / ANITA di awal = أنيت = tentukan = fiil mudharik*
تَعْلَمُونَ
تَ = kata dasar
عْلَمُ = kata tambahan
ونَ = kata dasar
Tambahan awal = biasanya fiil mudharik
Tambahan akhir = biasanya fiil madhi
*Tambahan ANAITU / ANITA di awal = أنيت = tentukan = fiil mudharik*

Dalam terjemahan biasa hanya 1 "kamu" = sedangkan kamu mengetahui

Dalam terjemahan Harfiyah ada 2 "kamu" = sedangkan kamu kamu mengetahui = penegasan = penegasan kepada kaum Bani Israel & pengajarannya untuk semua

4 mufradat baru


*TADABBUR*



2: 16

أُولَٰئِكَ الَّذِينَ اشْتَرَوُا الضَّلَالَةَ بِالْهُدَىٰ

أُولَٰئِكَ = orang-orang itu (munafik) = jauh daripada Allah kerana jauh daripada Al Quran

orang-orang itu = jauh
orang-orang ini = dekat
mereka = dekat / jauh
هم = mereka
أُولاء = orang-orang
أُولَٰئِكَ = orang-orang itu
هأُولاء = orang-orang ini

Pengajaran:
1. Orang yang jauh dari Allah / dari syurga
2. Pentingkan dunia / gadaikan kehidupan akhirat untuk kepentingan dunia, dengan jauh daripada Al Quran

الَّذِينَ = orang-orang yang

اشْتَرَوُا = mereka beli
= ayat kiasan / sindiran Allah kepada orang munafik = beli = kena usaha dengan duit / harta / wang = mereka sangat cintakan

الضَّلَالَةَ = kesesatan
= ada tak orang suka sesat? Tiada
= الجَهلُ = jahil

بِالْهُدَىٰ = dengan petunjuk
= ada tak orang tidak suka petunjuk? Tiada
= ilmu

Salah satu sifat orang munafik adalah sangat cintakan kejahilan & tidak sukakan ilmu = tiada usaha & tiada penat lelah


************************
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*
Buku You Are The Best ms 31 buku cetakan lama

35 29-30

إِنَّ الَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنْفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً يَرْجُونَ تِجَارَةً لَنْ تَبُورَ
Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian;
-Sura Fatir, Ayah 29

أَنْفَقُوا = infak / sedekah / belanjakan / gunakan / dermakan

2 nikmat yang sering dipersiapan adalah nikmat sihat & masa lapang

Perniagaan = kita adalah peniaga = kita berniaga dengan Allah

Modal? = Allah bagi kita modal iaitu sihat & masa lapang kita

Apa transaksi? = amal soleh = aktiviti yang ikut peraturan Allah

Cara berniaga dengan Allah? = ikut peraturan dengan belajar Al Quran

Perniagaan yang tidak rugi adalah berniaga dengan Allah

Contoh berniaga dengan Allah = belajar & segala aktiviti kehidupan kita yang ikut perintah Allah

Untung = pahala = pahala digunakan / berguna di dunia & di akhirat

Apabila ditimpa ujian, cari Allah dahulu

Pahala apabila diambil / digunakan ia akan bertambah lagi

"Sesiapa yang bersyukur akan ditambahkan nikmatnya"

9: 111

إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَىٰ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ ۚ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ ۖ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنْجِيلِ وَالْقُرْآنِ ۚ وَمَنْ أَوْفَىٰ بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ ۚ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُمْ بِهِ ۚ وَذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
*Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga*, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
-Sura At-Tawbah, Ayah 111


لِيُوَفِّيَهُمْ أُجُورَهُمْ وَيَزِيدَهُمْ مِنْ فَضْلِهِ ۚ إِنَّهُ غَفُورٌ شَكُورٌ
Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya).
-Sura Fatir, Ayah 30

10.40 ditangguhkan



Read more ...