Friday 15 June 2018

*Khutbah Jumaat* *Jumaat 15 Jun 2018* *1 Syawal 1439*

*Khutbah Jumaat*
*Jumaat 15 Jun 2018*
*1 Syawal 1439*
*Masjid Kg Rahmat Kuala Krai*

Sama-sama kita perkukuhkan keimanan & ketakwaan kepada Allah dengan melaksanakan segala perintah & jauhi segala laranganNya

*Sambutan Edulfitri Ikut Islam*

Syukur pada Allah, kita telah berjaya melalui madrasah Ramadan & dapat sambut edulfitri

Raya yang sebenar adalah apabila kita diampunkan Allah SWT

Sambutan raya:

1. Bersilaturrahim & bermaaf-maafan

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
-Sura Al-Hujurat, Ayah 10

10. Utamakan yang utama
Jaga solat, batas pergaulan, sekat pandangan & pelihara penglihatan

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَزْكَىٰ لَهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
-Sura An-Nur, Ayah 30

3. Saling mendoakan kebaikan
السَّلاَمُ عَلَيْكُم
تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكَ

4. Kembali kepada fitrah = semua manusia adalah sama, yang membezakan adalah ketakwaan kepada Allah

Perbanyakkan ingat Allah = zikir, takbir, tahmid

Bertakwa kepada Allah = bercakap benar dalam semua perkara

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
-Sura Aal-E-Imran, Ayah 102

Read more ...

*Khutbah Raya* *Jumaat 15 Jun 2018* *1 Syawal 1439*

*Khutbah Raya*
*Jumaat 15 Jun 2018*
*1 Syawal 1439*
*Masjid Kg Rahmat Kuala Krai*

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اعْبُدُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ وَالَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 21

Hari raya edulfitri = hari kemenangan setelah 1 bulan berpuasa

Kita umat Islam yang satu akidah = kekalkan kesatuan umat

Ramadan baru sahaja meninggalkan kita = madrasah yang mentarbih & mendidik kita = perbetulkan wawasan & matlamat hidup

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 183

Kita dapat menunaikan ibadah puasa kerana akidah = akidah perlu diperkuat & diperkukuhkan
اللّٰه أكبر
اللّٰه أكبر
اللّٰه أكبر

Pegang teguh pada panji tauhid bagi mendapatkan keredhaan Allah SWT & wariskan pada anak-anak agar berpegang teguh padaNya

أَمْ كُنْتُمْ شُهَدَاءَ إِذْ حَضَرَ يَعْقُوبَ الْمَوْتُ إِذْ قَالَ لِبَنِيهِ مَا تَعْبُدُونَ مِنْ بَعْدِي قَالُوا نَعْبُدُ إِلَٰهَكَ وَإِلَٰهَ آبَائِكَ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ إِلَٰهًا وَاحِدًا وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ
(Demikianlah wasiat Nabi Yaakub, bukan sebagaimana yang kamu katakan itu wahai orang-orang Yahudi)! Kamu tiada hadir ketika Nabi Yaakub hampir mati, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: "Apakah yang kamu akan sembah sesudah aku mati?" Mereka menjawab: "Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenekmu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, iaitu Tuhan yang Maha Esa, dan kepadaNyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman)".
-Sura Al-Baqarah, Ayah 133

Bawa diri, anak-anak & keluarga kita ke jalan yang benar

Kekalkan perpaduan, silaturahim

Umat Islam bersaudara

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
-Sura Al-Hujurat, Ayah 10

Baca Al Quran selagi ia dapat menyatu hatimu & berhentilah jika ia membawa perbalahan & pertentangan antaramu

Janganlah kamu saling berbalah, kerana nanti kamu akan menjadi lemah

Hidupkan hari raya ini dengan bermaaf-maafan, ziarah menziarahi, tambahkan amalan ibadah, tambahkan ilmu untuk mendekatkan kita kepadaNya insyaAllah


Read more ...

Sunday 10 June 2018

*Kuliah Subuh* *Ahad 10 Jun 2018* *25 Ramadan 1439*

*Kuliah Subuh*
*Ahad 10 Jun 2018*
*25 Ramadan 1439*
*Surau An Najah TUJP*
*Ustaz Rashidy*

Alhamdulillah syukur pada Allah, hari ini 25 Ramadan. 4 malam sahaja lagi berbaki terawih tahun ini. Jumaat nanti kita akan menyambut edulfitri = hari kemenangan = hari kembali kepada fitrah

*Amalan di kemuncak akhir Ramadan & awal edulfitri*

1. Lagi hujung Ramadan, lagi banyakkan ibadah = tingkatkan amal ibadah.

Saidina Umar RA siang ibarat singa, malam seperti tikus = bertawaduk kepada Allah. Sahabat beribadah sehingga burung boleh hinggap kerana khusyuknya mereka

2. 29 / 30 Ramadan = malam edulfitri, bertakbirlah, dari terbenam matahari akhir Ramadan hingga ke solat edulfitri. Zakat fitrah jangan dilupakan. Seeloknya bayar awal

Takbir digalakkan diri kita sendiri yang bertakbir = lelaki kuatkan, perempuan perlahan

3. Mandi sunat edulfitri

4. Makan sedikit juadah sebelum solat edulfitri = bagi membezakan dengan Ramadan

5. Laluan berbeza pergi & balik = berjumpa dengan pelbagai jiran / masyarakat

6. Berpakaian cantik, bersih, sopan, menutup aurat & tidak berlebihan

7. Solat sunat edulfitri. Solat 2 rakaat & bacaan 2 khutbah.

8. Bermaafan antara satu hari lain; ahli keluarga, jiran, sahabat dll

9. Duit bersedekah

10. Ziarah menziarahi antara satu sama lain; saudara mara, jiran, sahabat. Eratkan silaturrahim & jauhkan gajet

11. 30 hari Ramadan = banyak kenangan manis. Ramadan = membakar / mendidik nafsu. Moga Syawal, nafsu kita terdidik sepertimana Ramadan

12. Puasa sunat 6 hari Syawal. Sesiapa yang puasa Ramadan, disertai dengan 6 hari Syawal menyamai pahala 1 tahun puasa

13. Jauhi sifat buruk; membazir makanan, wang dll

14. Ziarah kubur diharuskan. Tidak semestinya hari pertama. Bila-bila masa boleh ziarah. Jika boleh bawa keluarga & bagi peringatan bahawa inilah juga destinasi kita

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
-Sura Aal-E-Imran, Ayah 185

15. Bermaafan, bersalaman saudara mara. Jaga batas aurat & batas bersalaman

16. Berhati-hati di jalan raya. Kunci semua pintu, tutup lampu, kipas. Buka lampu belakang rumah & amalkan 5 amalan dibawah

a. 3 kali, bismillahi tawakkaltu alallah
b. Syahadah
c. Selawat
d. Ayat kursi
e. Yasin: ayat 9

وَجَعَلْنَا مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُونَ
Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar).
-Sura Ya-Seen, Ayah 9

Manfaatkan akhir Ramadan ini dengan amal ibadah, moga kita dipertemukan di jannah
Read more ...

Saturday 9 June 2018

*Tazkirah Ramadan* *Sabtu 9 Jun 2018* *24 Ramadan 1439*

*Tazkirah Ramadan*
*Sabtu 9 Jun 2018*
*24 Ramadan 1439*
*Surau An Najah TUJP*
*Ustaz Izwan*

Syukur kita diberikan kekuatan untuk lakukan ibadah di Ramadan ini

3 kali amin:

1. Celakalah manusia yang diberikan peluang Ramadan, dia tidak diampunkan Allah

2. Celakalah orang yang ada 2 / 1 orang tuanya, tetapi tidak membawanya ke syurga = kerana tidak berkhidmat kepadanya

3. Celakalah orang yang disebut namamu (Rasulullah SAW), tetapi dia tidak bersalawat kepadamu

Malam alqadar, sebutlah
*Allah Maha Pengampun, suka pengampunan, ampunkanlah aku* = Allahumma innaka afuwun karimun tuhibbul afwafak fuanna

*Bertaubat*
Tinggal, menyesal & tidak ulang perkara tersebut. Jika melibatkan manusia, perlu ditambah mohon kemaafan orang tersebut

Golongan yang muflis adalah orang yang bawa pahala di akhirat, namun dia ada buat kesalahan pada manusia. Pahalanya diberikan kepada orang tersebut sehingga habis, namun masih ada kesalahannya, sehinga dosa orang itu diserahkan kepadanya

1 dosa melibatkan manusia lebih berat daripada 70 dosa yang melibatkan Allah

Nabi adalah orang yang paling pemurah di bulan Ramadan

Digalakkan menjamu orang lain

Kita berkerja untuk dapatkan harta = tukarkan biar harta yang berkerja untuk kita = infak

Apabila mati anak Adam akan terhapus amalannya melainkan 3 perkara; amal soleh, sedekah jariah & doa anak soleh

"Bukan urusan aku" = akan menghancurkan umat ini = peduli umat = hulurkan bantuan kepada orang lain yang dalam kesusahan

Sifir kita: 1-1=0
Sifir Allah : 1-1=10 hingga 700 hingga berlipat kali ganda

Read more ...

*Kuliah Subuh* *Sabtu 9 Jun 2018* *24 Ramadan 1439*

*Kuliah Subuh*
*Sabtu 9 Jun 2018*
*24 Ramadan 1439*
*Surau An Najah TUJP*
*Ustaz Haris Bain*
*Pengajaran Daripada Lebah*

Alhamdulillah, kita dapat bersama, hari ini 24 Ramadan & malam ini malam 25 Ramadan

"Orang beriman itu umpama lebah"

1. Memakan benda yang baik
2. Mengeluarkan yang baik (madu)
3. Apabila ia hinggap, tidak patahkan / rosakkan bunga

وَأَوْحَىٰ رَبُّكَ إِلَى النَّحْلِ أَنِ اتَّخِذِي مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا وَمِنَ الشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُونَ
Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.
-Sura An-Nahl, Ayah 68

ثُمَّ كُلِي مِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ فَاسْلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًا ۚ يَخْرُجُ مِنْ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ ۗ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَةً لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.
-Sura An-Nahl, Ayah 69

4. Agen pendebungaan (hingga menumbuhkan pokok lain)
5. Sarangnya tinggi & tidak akan ganggu orang lain
6. Tekun & gigih dengan kerja yang dilakukan
7. Akan lawan / pertahankan apabila diganggu / diserang
8. Suka dengan kerja berkelompok / berkerjasama / berjemaah
9. Hidup dengan senyap, tenang, tiada promosi, tiada provakasi.

"Jika ditangan kamu ada biji benih & kiamat depan mata, maka tanam biji benih itu dahulu & kamu akan dapat pahala sedekah" = tangungjawab perlu ditunaikan


*Pengajaran*
1. Memakan benda yang baik = rezeki yang halal & bersih (halalan tayiban)
2. Mengeluarkan yang baik (madu) = berikan manfaat kepada orang lain / masyarakat
3. Apabila ia hinggap, tidak patahkan / rosakkan bunga = tidak melakukan sebarang kerosakan
4. Agen pendebungaan (hingga menumbuhkan pokok lain) = jadi manfaat bagi orang lain
5. Sarangnya tinggi & tidak akan ganggu orang lain  = hidup dengan rukun & tidak ganggu kehidupan orang
6. Tekun & gigih dengan kerja yang dilakukan
7. Akan lawan / pertahankan apabila diganggu / diserang
8. Suka dengan kerja berkelompok / berkerjasama / berjemaah
9. Hidup dengan senyap, tenang, tiada promosi, tiada provakasi = tidak terlibat dengan sesuatu yang sia-sia

"Orang mukmin itu sumber rezekinya baik, perbelanjaannya baik, percakapannya baik, perlakuannya baik, makan minumnya baik, pakaiannya baik, kehidupannya baik, kematian & kesudahannya baik"


Az Zumar 73
وَسِيقَ الَّذِينَ اتَّقَوْا رَبَّهُمْ إِلَى الْجَنَّةِ زُمَرًا ۖ حَتَّىٰ إِذَا جَاءُوهَا وَفُتِحَتْ أَبْوَابُهَا وَقَالَ لَهُمْ خَزَنَتُهَا سَلَامٌ عَلَيْكُمْ طِبْتُمْ فَادْخُلُوهَا خَالِدِينَ
Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata:" Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya" (mereka pun masuk) -
-Sura Az-Zumar, Ayah 73

10. Apabila nampak sesuatu situasi, dia akan perbaikinya agar menjadi lebih baik & lebih cantik

11. Pergerakan harian tidak mengganggu / menyusahkan orang lain = orang lain mendapat faedah daripada kehidupannya

12. Orang mukmin sentiasa tenang dalam kehidupannya. Apabila dia jumpa orang yang baik & berilmu, dia akan turut serta

Sesungguhnya orang mukmin itu setiap harinya berperlakuan positif, dia akan memberikan manfaat kepada orang lain. Apabila memberikan pandangan, ianya akan bermanfaat, banyak faedah akan diperolehi daripadanya

Sama-sama kita usaha agar kita menjadi orang mukmin yang baik, yang memberikan manfaat kepada kehidupan kita, orang lain & diberikan kesudahan yang baik di dunia & akhirat insyaAllah






Read more ...

Thursday 7 June 2018

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 114)* *7 Jun 2018 9.40pm*

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 114)*
*7 Jun 2018 9.40pm*
*Dewan 3F-201 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi*
*Ustaz Aiman Shafie*
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*

**********************
*Ustaz Aiman Shafie*
*9.40pm*

Sambungan
Al Baqarah 2: ayat 63

وَإِذْ أَخَذْنَا مِيثَاقَكُمْ وَرَفَعْنَا فَوْقَكُمُ الطُّورَ خُذُوا مَا آتَيْنَاكُمْ بِقُوَّةٍ وَاذْكُرُوا مَا فِيهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Dan (ingatlah), ketika Kami mengambil perjanjian setia kamu semasa Kami angkatkan Gunung Tursina di atas kamu (sambil Kami berfirman): "Terimalah Taurat yang telah Kami berikan kepada kamu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh, dan ingatlah (jangan lupakan) apa yang tersebut di dalamnya, supaya kamu bertaqwa.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 63


*Beri perhatian pada sebutan:*

1. مِيثَاقَكُمْ = ق tebal, ك nipis

2. فَوْقَكُمُ = ق tebal, ك nipis

*MUFRADAT AL QURAN*

وَإِذْ = dan (ingatlah) ketika

1.  أَخَذْنَا = kami telah mengambil
أَخَذَ = telah mengambil

مِيثَاقَ = janji taat setia

كُمْ = kamu

وَ = dan

2. رَفَعْنَا = telah mengangkat oleh kami
رَفَعَ = telah mengangkat

فَوْقَكُمُ = ke atas kamu

3. الطُّورَ = Bukit Thur

4. خُذُوا = ambillah kamu / kalian (ramai)
خُذُ = ambillah (seorang)

مَا = apa yang

5.  آتَيْنَا = telah memberi oleh Kami

كُمْ = kamu

 بِ = dengan

6. قُوَّةٍ = kuat / teguh / serius / bersungguh- sungguh

7.
وَاذْكُرُوا = dan ingatlah kamu / kalian (ramai)
= hafallah kamu
مَا = apa yang

 فِيهِ = di dalamnya

لَعَلَّ = supaya / agar / mudah-mudahan

كُمْ = kamu

تَتَّقُونَ = bertakwa

Bertakwa = pelihara diri & keluarga daripada api neraka = 66:6

At Tahrim 66: 6

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.
-Sura At-Tahrim, Ayah 6

*Teguh / serius / bersungguh-sungguh belajar Al Quran dengan hafal Al Quran*

7 mufradat baru


******

درس = belajar
درس + نا = درسنا = kami telah belajar
ن + درس = ندرس = kami sedang belajar

درّس = mengajar
درّس + نا = درّسنا = kami telah melajar
ن + درّس = ندرّس = kami sedang mengajar

ذهب = pergi
رجع =

**************************
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*
*10.20pm*

Allahuma innaka afuwun karimun tuhibbul afwafakfuanna

Baca dengan hati = dengan penuh pemahaman & pengharapan

Pengampunan paling besar bagi dosa syikir

Syirik = menduakan Allah = mengutamakan benda lain melebihi Allah = lebih faham baca buku BI daripada baca Al Quran

Minta ampun dari Allah dengan faham kesalahan kita

Salah kita adalah kerana kita menduakan Allah tanpa kita sedar. Kita banyak mengutamakan benda lain melebihi Allah

Fatir 35: 37
وَهُمْ يَصْطَرِخُونَ فِيهَا رَبَّنَا أَخْرِجْنَا نَعْمَلْ صَالِحًا غَيْرَ الَّذِي كُنَّا نَعْمَلُ ۚ أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيرُ ۖ فَذُوقُوا فَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ نَصِيرٍ
Dan mereka menjerit-jerit di dalam neraka itu (sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari azab ini); kami akan mengerjakan amal-amal yang soleh, yang lain dari apa yang kami pernah kerjakan. (lalu Allah menempelak mereka): "Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul (Kami) yang memberi amaran oleh itu, rasalah (azab seksa), kerana orang-orang yang zalim tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan".
-Sura Fatir, Ayah 37

Amal = apa sahaja aktiviti / pekerjaan / perlakuan yang kita lakukan

Ibadah no 1 penting pada malam alqadar = belajar Al Quran

يَتَذَكَّرُ = zikir = ingat = hafal Al Quran

15 : 9
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ
Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.
-Sura Al-Hijr, Ayah 9

الذِّكْرَ = zikir = Al Quran

Allah bagi kita masa yang panjang, tapi kita tiada masa untuk Allah, tiada masa untuk belajar Al Quran. Ini syirik = mendua = mengutamakan benda lain melebihi Allah. Sama-sama kita minta ampun kepada Allah pada malam alqadar

Minta ampun sungguh-sungguh pada Allah & jangan ulangi kesilapan yang sama. Fokus kepada Allah, baca, belajar, hafal, faham, amal & sebarkan Al Quran


*Tanda Allah terima doa / taubat kita adalah kita kembali kepada Allah* dalilnya 2:160

2: 160
إِلَّا الَّذِينَ تَابُوا وَأَصْلَحُوا وَبَيَّنُوا فَأُولَٰئِكَ أَتُوبُ عَلَيْهِمْ ۚ وَأَنَا التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 160

Dapat malam alqadar apabila betul-betul mohon maaf kepada Allah, bertaubat, kembali kepada Allah, kembali belajar, baiki diri, hafal Al Quran, amalkannya dalam kehidupan & sebarkannya

3: 133
وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;
-Sura Aal-E-Imran, Ayah 133

Baca doa dari hati & cernakan dalam kehidupan kita

********
Kelas disambung pada 21 Jun 2018. 14 Jun 2018 cuti 1 minggu

10.40pm ditangguhkan



Read more ...

Sunday 3 June 2018

*Tazkirah Ramadan* *Ahad 3 Jun 2018* *18 Ramadan 1439* *Surau An Najah TUJP*

*Tazkirah Ramadan*
*Ahad 3 Jun 2018*
*18 Ramadan 1439*
*Surau An Najah TUJP*
*Ustaz Yuseri Ahmad*

Malam 19, esok kita akan masuk 10 malam akhir Ramadan

Niat sunguh-sungguh untuk hidupkan malam-malam akhir Ramadan = qiam untuk solat, baca Al Quran, zikir

Kita lihat cara ibadah Nabi SAW
Kitab Samail Muhammadiah

"Nabi SAW tidur awal (lepas isya terus tidur, katakan pukul 10 malam). Nabi bangun awal untuk beribadah, solat witir untuk tutup ibadat, kemudian Nabi tidur semula. Apabila azan, Nabi cepat2 bangun (untuk solat subuh)"
HR Annasai

6 bahagian malam (katakanlah 6 jam):
3 jam tidur
2 jam ibadah
1 jam akhir tidur

Contoh:
10-2 tidur
2-4 ibadah
4-5 tidur
5 bangun, sahur & solat subuh

Tidur semula untuk tenaga, seri wajah & kembalikan kesegaran

"Berkatilah umatku pada awal pagi"

Awal malam waktu optimum untuk tidur = lepas isya dalam 10pm sampai 2am

Usaha untuk menghampiri cara yang dibuat oleh Nabi SAW

Mudah-mudahan kita diberi kekuatan. Niat & azam untuk kita usaha bangun malam & beribadah

"Bangun malam itu kemulian bagi orang mukmin". Allah sangat hampir dengan hambaNya, tambahan lagi kita buru lailatulqadar

Buat amalan / ibadah yang baik sahaja

وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَىٰ أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا
Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.
-Sura Al-Isra', Ayah 79

*Kesimpulan*
Bangun malam, solat, istigfar, taubat, baca Al Quran & zikir

Read more ...

*Kuliah Subuh* *Ahad 3 Jun 2018* *18 Ramadan 1439* *Surau An Najah TUJP*

*Kuliah Subuh*
*Ahad 3 Jun 2018*
*18 Ramadan 1439*
*Surau An Najah TUJP*
*Ustaz Yuseri Ahmad*

Alhamdulillah syukur pada Allah, kita masih diberikan kesempatan kehidupan pada 18 Ramadan ini. Moga kita dapat manfaatkannya dengan persiapkan amal untuk kehidupan akhirat

Jika dihitung nikmat Allah, pasti tidak terhitung. Antara nikmat yang besar adalah nikmat kehidupan di atas bumi. Ramai sudah orang yang berada dalam perut bumi = meninggal

Al Quran Allah wariskan kepada hambaNya yang dipilih

3 golongan manusia:
Zalim = nafsu amarrah bissuk
Berbolak balik = nafsu lawwamah
Bersegera kepada kebaikan = nafsu mutmainnah

Nafs = roh = jiwa = roh yang apabila telah bercampur dengan jasad = insan

Contoh, jika senang buat maksiat = nafsu amarrah = sangat kuat menyuruh

Iman boleh meningkat & boleh berkurang

Tunaikan hak-hak Allah

*4 hal kehidupan / keadaan yang pasti berlaku kepada umat manusia:*

1. Lakukan ketaatan = boleh jadi dapat pahala / tidak. *Kunci ketaatan adalah ikhlas*. Ikhlas = dapat pahala. Tidak ikhlas = tidak dapat pahala. Ikhlas = buat kerana Allah. Pastikan kita buat sesuatu kerana Allah

2. Lakukan maksiat / dosa. *Kunci maksiat adalah taubat* = jika terbuat dosa = segera bertaubat kepada Allah, walau sebesar mana dosa yang dilakukan.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمْ أَنْ يُكَفِّرَ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ يَوْمَ لَا يُخْزِي اللَّهُ النَّبِيَّ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ ۖ نُورُهُمْ يَسْعَىٰ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".
-Sura At-Tahrim, Ayah 8

وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَىٰ مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).
-Sura Aal-E-Imran, Ayah 135

*Syarat / Rukun Taubat*
1. Menyesal = jika dapat diputar masa, dia ingin membetulkan kembali kesilapannya
2. Tinggalkan perbuatan buruk itu
3. Azam untuk tidak lakukannya lagi
4. Minta maaf / halal jika melibatkan orang lain
5. Perbanyakkan amal soleh

"Ikutilah kejahatan / dosa dengan kebaikan"

Orang bertaubat pasti akan serius dalam memperbaiki amalan & kehidupannya

Banyakkan berzikir kepada Allah, sekurang-kurangnya "beristigfar"

"Sesiapa yang melazimi beristigfar / banyak istigfar (setiap hari sekurang-kurangnya 100 kali = 1 minit sahaja lebih kurang masanya), Allah Taala akan baginya jalan keluar dari setiap kesempitan, dan Allah akan bagi kelepasan dari setiap keluh kesah (alhammu = ujian perasan / kesedihan / kecewa / kemurungan), dan Allah akan bagi rezeki padaNya dari jalan yang tidak disangka-sangka"

Saiyidul istigfar = penghulu istigfar = Allahummantarabbi lailahillahanta subhanakainni kuntuminazzalimin

3. Kita pasti dapat nikmat daripada Allah Taala

Syukur kepada Allah = tasbih = subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar = zikir

Lakukan kebaikan

Tunaikan hak nikmat = jika dapat duit, infakkan = jika dapat ilmu, sebarkan = jika dapat kuasa, maka tegakkan hak Islam

Katakan pada diri "setiap helaan nafas ingat Allah jika ingin selamat"

4. Kita pasti dapat ujian / cabaran

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
-Sura Al-Baqarah, Ayah 155

*Kunci ujian adalah sabar*
Sabar yang utama adalah pada kemuncak kesedihan / kejutan pertama / saat menerima berita / kesedihan itu.

Sabar itu pedih, tetapi hasilnya nikmat

"Sabarlah wahai keluarga Yasir, tempat kamu semua adalah syurga"

"Hari ini kamu masuk syurga kerana kesabaranmu" = sabar itu wajib

berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar

Kesimpulan:
Buat baik = iklas
Dosa = taubat / istigfar
Nikmat = syukuri & tunaikan hak
Ujian = sabar

Istigfar = keluar dari kesempitan, pelepasan daripada keluh kesah & rezeki tidak disangka

InsyaAllah orang ini akan sampai kepada nafsul mutmainnah

يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ
(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -
-Sura Al-Fajr, Ayah 27

ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَرْضِيَّةً
"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -
-Sura Al-Fajr, Ayah 28

فَادْخُلِي فِي عِبَادِي
"Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -
-Sura Al-Fajr, Ayah 29

وَادْخُلِي جَنَّتِي
"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! "
-Sura Al-Fajr, Ayah 30

Hidup ini bukan perlumbaan, hidup ini bukan persaingan = kita tidak perlu berlumba dengan sesiapa.

Hidup ini adalah perjalanan menuju Allah

Moga kita semua sampai menuju Allah dengan nafsulmutmainnah

Bersungguh2 untuk akhir Ramadan ini

Read more ...

Saturday 2 June 2018

*Tazkirah Ramadan* *Sabtu 2 Jun 2018* *17 Ramadan 1439* *Surau Al Amin, Alam Sari, Bangi*

*Tazkirah Ramadan*
*Sabtu 2 Jun 2018*
*17 Ramadan 1439*
*Surau Al Amin, Alam Sari, Bangi*
*Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz*
*Mudir Maahad Darul Anuar, Pulau Melaka, Kelantan*
*10 malam*

Infak fisabilillah dalam bidang pendidikan

*Maahad Darul Anuar, Pulau Melaka*

Pengasas Ustaz Nik Mat Raja Banjar = Ustaz Nik Mat Alim 1963

1963 - 1977 : Ustaz Nik Mat Alim

1977- 2008 : Ustaz Nik Abdul Aziz Nik Mat

2008 - sekarang : Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz

*Tazkirah*

Asma binti Abu Bakar
"Apabila dibacakan Al Quran, mengalir air mata para sahabat kerana kusyuk & takut kepada Allah"

Ramadan = rahmat Allah kepada kita

Dunia ini seronok hingga kita terlupa tujuan kedatangan kita & destinasi kita yang sebenar

Kita dengan Al Quran ni m/mana hubungan?

Puasa = makanan stabil = akal stabil = lebih dekat kita dengan fitrah

Fitrah tidak pernah salah

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 183

Allah pujuk kita berpuasa, agar kita bertakwa kepadaNya

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
-Sura Aal-E-Imran, Ayah 102

*Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa*

وَمَنْ تَابَ وَعَمِلَ صَالِحًا فَإِنَّهُ يَتُوبُ إِلَى اللَّهِ مَتَابًا
Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) ia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat;
-Sura Al-Furqan, Ayah 71

*bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat*

*Sebaik-baik bekalan adalah taqwa*

Taqwa = segala perintah Allah kita junjung, segala laranganNya kita tinggalkan, dengan seikhlas hati.

Tubuh kita perlu makan minum. Roh kita juga perlu makan minum iaitu taqwa

Adjust / kendali / selaraskan kehidupan kita agar sama dengan kehidupan Nabi & salafusalih, terutamanya pada 10 malam terakhir, terutamanya pada malam-malam ganjil, semoga kita dapat rahmat Allah

Rahmat Allah: kita tidak mampu dapat syurga Allah dengan amal ibadah. Amal perlu dilakukan untuk dapat rahmat Allah. Moga kita semua  mendapat rahmat Allah

******
Al Quran = risalah rasmi dari Allah untuk kita

Allah permudahkan Al Quran untuk kita

مَا أَنْزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لِتَشْقَىٰ
Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
-Sura Ta-Ha, Ayah 2

إِلَّا تَذْكِرَةً لِمَنْ يَخْشَىٰ
Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah. Allah
-Sura Ta-Ha, Ayah 3

Banyak nikmat yang Allah kurniakan pada kita, hingga kita lupa akanNya = ini ujian

Jika banyak benda yang kita tidak dapat, cabaran, kesusahan = ini nikmat, agar kita semakin dekat & semakin ikhlas dengan Allah

Kehidupan orang mukmin ini sentiasa indah / ajaib, apabila benda baik menimpanya dia syukur, apabila benda tidak baik diterima dia sabar = untuk sampai tahap ini kita kena sentiasa mujahadah & selalu dekat dengan Allah

Ibadah kepada Allah dengan ikhlas

"Agama ini nasihat"

10.25pm ditangguhkan

********
Kuliah subuh Surau Al Amin Alam Sari esok oleh Ustaz Aidil Fitri dari ikim tajuk : Keberkatan Ramadan

********
Kuliah subuh Surau An Najah TUJP esok oleh Ustaz Yuseri Ahmad

Semua dijemput hadir

Read more ...