Sunday 30 September 2018

*Kuliah Subuh* *Surau An Najah TUJP* *Ahad 30 Sep 2018* *Ustaz Yuseri Ahmad* *Talaqqi Al Quran dan Terjemahannya (Kuliah 1)*

*Kuliah Subuh*
*Surau An Najah TUJP*
*Ahad 30 Sep 2018*
*Ustaz Yuseri Ahmad*
*Talaqqi Al Quran dan Terjemahannya (Kuliah 1)*

Alhamdulillah atas nikmat umur. Moga nikmat umur dapat dimanfaatkan untuk mencari sebanyak bekalan untuk bertemu Allah SWT

Kuliah pertama "Talaqqi Al Quran dan Terjemahannya" hingga ke "pencen kubur" = tamat & khatam ataupun kita meninggal dahulu

Al Quran = huda lilmuttaqin = petunjuk bagi orang bertaqwa

Ustaz baca, jemaah ikut & kemudian baca terjemahannya.

Bukan kuliah tafsir, kerana kuliah tafsir lebih panjang

Ustaz guna Tafsir "Pimpinan Al Rahman"

Al Fatihah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
-Sura Al-Fatihah, Ayah 1

= setiap amal dimulai dengan
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
بِسْمِ = ب + إسم = dengan nama
Kita lakukan sesuatu kerana Allah, bukan kerana selainnya, moga dapat keberkatanNya

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
-Sura Al-Fatihah, Ayah 2

= Puji-pujian Allah kepada dirinya sendiri = Kemuliaan & kebesaran Allah selayaknya dipuji = Allah ajar kita hambaNya untuk memujiNya

رَبِّ = Tuhan Sekelian Alam
= Yang mencipta, memerintah, mentadbir, menjaga
إلة = Tuhan Yang Disembah

الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
-Sura Al-Fatihah, Ayah 3

= 2 perkataan daripada huruf yang sama
رحم

الرَّحْمَٰنِ = Pemurah
= kepada semua makhluk, seperti matahari, air, udara

الرَّحِيمِ = Pengasih
= kepada orang beriman, orang saleh = bertaqwa & berbuat taat

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
-Sura Al-Fatihah, Ayah 4

الدِّينِ = agama
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
= Raja yang memiliki hari agama
Hari agama = hari pembalasan = hari akhirat

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
-Sura Al-Fatihah, Ayah 5

Tidak sama dengan
نَعْبُدُك = kami menyembahMu
= mungkin masih ada sembahan lain

إِيَّاكَ نَعْبُدُ
= hanya Engkau yang kami sembah
= tiada sembahan lain selain Allah

وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
=  dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan
= tiada tempat lain kita minta pertolongan
= tauhid
= pertolongan hakiki hanya dengan Allah, boleh dengan perantara / asbab mahkluk

اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
-Sura Al-Fatihah, Ayah 6

= kita diajar berdoa kepada Allah
= tolong tunjuki kami jalan yang lurus
= kekal berada di jalan yang lurus adalah pilihan & hidayah Allah
Jalan yang lurus = ajaran & amalan Islam yang sebenar

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
-Sura Al-Fatihah, Ayah 7

هِمْ = him
هُمْ = hum
= bukan hom

orang-orang yang Engkau telah murkai = Yahudi

orang-orang yang sesat = Nasrani / Kristian

Dimurkai & sesat punca utamanya adalah kerana tidak akui & tidak terima Nabi Muhammad SAW sebagai nabi akhir zaman

Amiin = perkenaankan bacaan kami
= sunnah dikuatkan bacaan "amiin" = sebagai tanda penuh pengharapan agar Allah terima permohonan kita "untuk sentiasa berada di jalan yang lurus"

Aa = 2 harakat
miiiin = 4-6 harakat

Sekurang-kurangnya 17 kali kita minta Allah sentiasa kekalkan kita dijalan yang lurus

Al Fatihah, antara lama lain
= As sam ul masani = 7 ayat yang diulang-ulang = 7 jenis bacaan lahjah Arab, ketika Al Quran itu diturunkan

Al Fatihah = pembuka
Mukjizatnya = kita tidak pernah jemu dan bosan membacanya

Tidak sama dengan lagu-lagu yang pernah popular suatu ketika dahulu, sampai satu masa kita akan jemu

Membuktikan mukjizat Allah, yang kita tidak pernah jemu membacanya

InsyaAllah kita akan sambung dengan surah Al Baqarah untuk kuliah akan datang

2 kali kuliah "Talaqqi Al Quran dan Terjemahannya" & 2 kali kuliah "Hadis 40" dalam sebulan insyaAllah

Read more ...

Saturday 29 September 2018

Kuliah Subuh Sabtu 29 Sep 2018 Surau An Najah TUJP Ustaz Dr Abdull Rahman Mahmood


Kuliah Subuh
Sabtu 29 Sep 2018
Surau An Najah TUJP
Ustaz Dr Abdull Rahman Mahmood
Al Quran
Al Alaq
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
-Sura Al-Alaq, Ayah 1
خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
-Sura Al-Alaq, Ayah 2
اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -
-Sura Al-Alaq, Ayah 3
الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -
-Sura Al-Alaq, Ayah 4
عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ
Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
-Sura Al-Alaq, Ayah 5
اقْرَأْ = Bacalah
= orang dan umat yang maju banyak membaca
= umat terdahulu maju kerana banyak baca, faham & amalkan Al Quran
= Hafal Al Quran, kita dah ada lebih 40,000 patah perkataan
Tuntutan membaca = mencari & menuntut ilmu lebih besar daripada tuntutan peperiksaan
2 kitab besar; Al Quran = kalam Allah + hadis, & kitab alam semesta
الْأَكْرَمُ = Maha Pemurah
= Tuhan bagi kita nikmat tanpa tuntut bayaran & pulangan
= Tunjukkan rasa syukur kita kepada Allah dengan lakukan ketaatan & tinggalkan kemaksiatan
"Ya Allah, kurniakan kepada kami ilmu"
Ilmu sahaja tidak lengkap tanpa iman. Ilmu dan iman perlu seiring
كَلَّا إِنَّ الْإِنْسَانَ لَيَطْغَىٰ
Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),
-Sura Al-Alaq, Ayah 6
أَنْ رَآهُ اسْتَغْنَىٰ
Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.
-Sura Al-Alaq, Ayah 7
Tanpa iman, manusia mudah melampaui batas, kerana merasa dirinya serba cukup dengan apa yang dihajatinya = sombong apabila rasa diri cukup dan lebih
اسْتَغْنَىٰ = cukup
إِنَّ إِلَىٰ رَبِّكَ الرُّجْعَىٰ
(Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk menerima balasan).
-Sura Al-Alaq, Ayah 8
= sesungguhnya kita akan mati & akan kembali kepada Allah
= apa yang telah kita buat untuk Allah?
أَلَمْ يَعْلَمْ بِأَنَّ اللَّهَ يَرَىٰ
Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?
-Sura Al-Alaq, Ayah 14
= segala perlaku kita dilihat Allah
كَلَّا لَا تُطِعْهُ وَاسْجُدْ وَاقْتَرِبْ ۩
Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!
-Sura Al-Alaq, Ayah 19
Natijah belajar = sujud & taat kepada Allah
Keyakinan akan datang dengan 4:
1. Akal = baca & fikir
2. Berita mutawattir = jelas = Al Quran & hadis
3. Pancaindera, contohnya mata melihat dengan jelas & yakin
4. Ilham = rahsia yang dicampakkan oleh Allah kepada orang yang beriman
Dunia kita perlu kepada yakin, akhirat juga kita perlu kepada yakin
"Sesiapa yang inginkan dunia, hendaklah dengan ilmu, sesiapa yang inginkan akhirat hendaklah dengan ilmu, sesiapa yang inginkan dunia & akhirat hendaklah dengan ilmu"
Semoga kita sentiasa menuntut dan memiliki ilmu. Sama-sama kita manfaatkan setiap kuliah yang ada di surau kita; akidah, syariat & akhlak
"Berhati-hati dengan orang yang gigi baru nak tumbuh, tetapi keinginan besar" = contoh yang inginkan Al Quran & sunnah sahaja, tanpa ingin kepada penerangan daripada ulama = umpama kita ingin makan dari sumber = beras terus tanpa tahu memasak

Read more ...

Saturday 22 September 2018

*Kuliah Magrib* *Sabtu 22 September 2018* *Surau An Najah TUJP* *Ustaz Yuseri Ahmad* *40 Hadis Penawar Hati*

*Kuliah Magrib*
*Sabtu 22 September 2018*
*Surau An Najah TUJP*
*Ustaz Yuseri Ahmad*
*40 Hadis Penawar Hati*

Syukur kepada Allah atas limpah kurnia & izin Allah kita dapat bertemu lagi pada malam ini

Moga kita sentiasa istiqamah lakukan amal saleh sebagai bekalan bertemu Allah SWT

Hadis 41 & 42. Hadis tambahan kepada 40 Hadis Penawar Hati

*Hadis 41 Pintu Taubat Masih Terbuka*

1. "Bahawasanya Allah menerima taubat seseorang hamba selama mana rohnya belum sampai ke halkum"
HR Tirmizi

At Tawwab = Yang Maha Menerima Taubat / Memberi Keampunan

Allah bagi peluang taubat kepada kita lama

Kita hidup-mati-hidup-mati = jaga-tidur-jaga-tidur sehingga tiba kepada kematian yang sebenar, ada yang minta kepada Allah untuk dihidupkan kembali untuk berbuat amal

Selagi mana kita masih bernafas, maka lakukan sebanyak amal & mohon ampun kepada Allah selalu

Moga kita dikurniakan husnul khatimah = mati / penghujung kehidupan yang baik

2. "Allah memberikan rahmatNya pada waktu malam agar manusia yang berbuat dosa pada waktu siang bertaubat padaNya & Allah memberikan rahmatNya pada waktu siang agar manusia yang berbuat dosa pada waktu malam bertaubat padaNya"

= setiap masa Allah bersedia untuk menerima taubat hambaNya

Siang / malam ada manusia berbuat dosa

Manusia sentiasa melakukan dosa. Sebaik orang yang berbuat dosa adalah yang melakukan taubat

Allah, tuhan Yang Maha Baik, sentiasa mahu terima taubat, sentiasa bagi peluang kepada kita untuk kembali kepadaNya, selagi nyawa belum sampai ke halkum = mati / selagi matahari belum terbit dari Barat = tanda besar berlakunya kiamat

"Tanda kiamat yang pertama keluar adalah terbitnya matahari dari Barat & keluarnya binatang besar pada waktu duha"

10 tanda hampirnya kiamat:
"Sesungguhnya kiamat itu tidak akan berlaku sehingga kamu melihat 10 tanda:
1. Keluar asap
2. Keluar Dajjal
3. Keluar binatang yang besar
4. Terbit matahari dari Barat
5. Turunnya Nabi Isa ibni Maryam
6. Keluarnya yakjut dan makjut
7. Berlakunya 3 gerhana; di timur,
8. di barat, dan
9. di semanjung arab
10. Ada api yang keluar daripada Yaman yang akan menghalau manusia ke satu perhimpunan" = di Adnin, Yaman

= yang mana berlaku dahulu tidak dinyatakan / tidak diketahui

Dajjal sentiasa terbalik daripada realiti sebenar = janjikan syurga, padahal neraka, bagi air sebenarnya api

Kenapa taubat tidak diterima lagi setelah matahari terbit dari Barat?
= kerana kiamat sudah jelas & tiada keraguan lagi akan berlaku
= nyawa sudah sampai ke halkum = sudah jelas kematian

Hanya di sisi Allah pengetahuan tentang hari kiamat, kita disuruh sentiasa buat persiapan

Seorang arab Badwi bertanya kepada Rasulullah, bilakah akan berlakunya kiamat?

Tanya Nabi, apa persiapan / amalan kamu?

Aku sangat mencintai Allah dan Rasulullah SAW = kamu akan bersama dengan orang yang kamu cintai di hari kiamat

= cinta kepada Rasulullah = cinta yang sangat besar = tunjukkan tanda kecintaan kepada Nabi SAW

Jadikan kami orang yang mencintai Nabi SAW & rasa kasih sayang kepada semua makhluk Allah

Buang segala sifat yang tidak baik & gantikan dengan sifat baik

= antara sifat ahli syurga adalah lemah lembut dan baik

= antara sifat ahli neraka adalah kasar, bengis

Kesimpulan:
1. Sentiasa bertaubat kepada Allah = banyakkan taubat & istigfar
2. Cintai Nabi dan para alim ulamak = banyakkan selawat, amalkan sunnah Nabi, buat kebaikan, ajak manusia kepada amal makruf & cegah manusia daripada kemungkaran
3. Cintai dan sentiasa tuntut ilmu
4. Semoga kita diberikan husnul khatimah

******

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْْقَيُّومُ وَ أَتُوبُ إِلَيْهِ
Aku memohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung, tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup dan Memelihara (kehidupan), dan aku bertaubat kepada-Nya

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد

*******
Sambungan akan datang Hadis ke 42

Selepas khatam kitab "40 Hadis Penawar Hati", kemungkinan besar akan baca kita "40 Hadis Akhlak Terpuji". Jika ada yang nak tempah kitab, harap maklumkan

Lukeman Yusoff
013-2299319
Surau An Najah TUJP
22 September 2018 9.07pm
Read more ...

Thursday 20 September 2018

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 127)* *20 September 2018 9.35pm*

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 127)*
*20 September 2018 9.35pm*
*Dewan Perdana, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi*
*Ustaz Aiman Shafie*
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*

*********************
*Ustaz Aiman Shafie*
*9.35pm*

Sambungan
Al Baqarah 2: 72

وَإِذْ قَتَلْتُمْ نَفْسًا فَادَّارَأْتُمْ فِيهَا ۖ وَاللَّهُ مُخْرِجٌ مَا كُنْتُمْ تَكْتُمُونَ
Dan (ingatlah), ketika kamu membunuh seorang manusia, kemudian kamu tuduh-menuduh sesama sendiri tentang pembunuhan itu, padahal Allah tetap melahirkan apa yang kamu sembunyikan.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 72

*MUFRADAT AL QURAN*
وَ = dan

إِذْ = ingatlah (ketika)

1. قَتَلْتُمْ = telah membunuh kamu

2. نَفْسًا = satu jiwa
نَفْسًا
= ( kalimah muannas / ppuan walau tanpa ة)

فَ = lalu

3. ادَّارَأْتُمْ
= telah saling menuduh kamu

فِي = pada

هَا ۖ  = nya (jiwa)
= kalimah muannas
هِّ = kalimah muzakkar

وَ = sedangkan / padahal

اللَّهُ = Allah

4. مُخْرِجٌ =
1. yang mengeluarkan
2. akan mengeluarkan
3. tetap mengeluarkan ✅
= ismun

مَا = apa yang

 كُنْتُمْ = telah adalah kamu
telah = masa lalu
adalah = masa sekarang

5. تَكْتُمُونَ
= kamu semua sembunyikan
كتم = sembunyikan / rahsiakan / pendamkan / sorokkan

5 mufradat baru

*TADABBUR*

Al Baqarah 2:25
وَبَشِّرِ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ۖ كُلَّمَا رُزِقُوا مِنْهَا مِنْ ثَمَرَةٍ رِزْقًا ۙ قَالُوا هَٰذَا الَّذِي رُزِقْنَا مِنْ قَبْلُ ۖ وَأُتُوا بِهِ مُتَشَابِهًا ۖ وَلَهُمْ فِيهَا أَزْوَاجٌ مُطَهَّرَةٌ ۖ وَهُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 25


أَزْوَاجٌ =
pasangan-pasangan (bidadari):
1. sedia ada
2. dari dunia

 مُطَهَّرَةٌ ۖ  = (disucikan = (dari bumi
1. خَلْق = fizikal / luaran
2. خُلُق = rohani / akhlak / dalaman

طَاهِرَة = (yang suci = (sedia ada


Al Hijr: 47

وَنَزَعْنَا مَا فِي صُدُورِهِمْ مِنْ غِلٍّ إِخْوَانًا عَلَىٰ سُرُرٍ مُتَقَابِلِينَ
Dan Kami cabut akan apa yang ada dihati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara (dalam suasana kasih mesra), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing.
-Sura Al-Hijr, Ayah 47


***************************
Ustaz Dr Shafie Md Amin*
*10.20 pm*
Buku "You Are The Best": Bab Keperluan

Al Fatir 35:15

يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَنْتُمُ الْفُقَرَاءُ إِلَى اللَّهِ ۖ وَاللَّهُ هُوَ الْغَنِيُّ الْحَمِيدُ
(Oleh kerana Allah menguasai segala-galanya, maka) wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam segala perkara), sedang Allah Dia lah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
-Sura Fatir, Ayah 15

الْغَنِيُّ = Yang Maha Kaya
= tidak perlu kepada sesiapa

فَقِرٌ = Fakir = miskin
= perlukan bantuan
= kita semua fakir kerana perlukan bantuan orang lain

Orang yang mengaku dirinya kaya mudah melampaui batas

Terus istiqamah belajar Bahasa Arab Al Quran agar kita dapat faham makna sebenar ayat Al Quran

minggu depan makna "kerana"

10.35pm ditangguhkan



Read more ...

Monday 17 September 2018

*Kuliah Kitab Minhajul Abidin* *Isnin 17 September 2018 9.00pm* *Surau An Najah TUJP* *Ustaz Dr Abdull Rahman* Mahmood*


*Kuliah Kitab Minhajul Abidin*
*Isnin 17 September 2018 9.00pm*
*Surau An Najah TUJP*
*Ustaz Dr Abdull Rahman* Mahmood*
*ms 158*
Ulangkaji:
Penghalang ibadah ada 4:
1. Sibuk dunia ---> zuhud, qanaah
2. Manusia ---> uzlah, masa berkualiti
3. Syaitan ---> zikir, doa
4. Hawa nafsu ---> ibadat, puasa, doa
*Sambungan: Takwa*
Kelebihan Orang Yang Bertakwa, ada 12:
Sambungan yang ke:
5. Dapat memperbaiki amal &
6. Keampunan dosa =
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًا
Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat - benar (dalam segala perkara),
-Sura Al-Ahzab, Ayah 70
يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا
Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.
-Sura Al-Ahzab, Ayah 71
7. Kasih sayang Allah =
إِلَّا الَّذِينَ عَاهَدْتُمْ مِنَ الْمُشْرِكِينَ ثُمَّ لَمْ يَنْقُصُوكُمْ شَيْئًا وَلَمْ يُظَاهِرُوا عَلَيْكُمْ أَحَدًا فَأَتِمُّوا إِلَيْهِمْ عَهْدَهُمْ إِلَىٰ مُدَّتِهِمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَّقِينَ
Kecuali mereka yang kamu mengikat perjanjian setia (dengannya) dari orang-orang musyrik, kemudian mereka tidak mencabuli perjanjian kamu itu sedikitpun, dan mereka tidak menolong seorangpun yang memusuhi kamu, maka sempurnakanlah kepada mereka perjanjian mereka sehingga (habis) tempohnya. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa.
-Sura At-Tawbah, Ayah 4
8. Penerimaan amal =
وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ابْنَيْ آدَمَ بِالْحَقِّ إِذْ قَرَّبَا قُرْبَانًا فَتُقُبِّلَ مِنْ أَحَدِهِمَا وَلَمْ يُتَقَبَّلْ مِنَ الْآخَرِ قَالَ لَأَقْتُلَنَّكَ ۖ قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ
Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):" Sesungguhnya aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa;
-Sura Al-Ma'idah, Ayah 27
9. Kemuliaan dan penghormatan =
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
-Sura Al-Hujurat, Ayah 13
10. Berita gembira ketika mati =
الَّذِينَ آمَنُوا وَكَانُوا يَتَّقُونَ
(Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa.
-Sura Yunus, Ayah 63
لَهُمُ الْبُشْرَىٰ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الْآخِرَةِ ۚ لَا تَبْدِيلَ لِكَلِمَاتِ اللَّهِ ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Untuk mereka sahajalah kebahagiaan yang mengembirakan di dunia dan di akhirat; tidak ada (sebarang perubahan pada janji-janji Allah yang demikian itulah kejayaan yang besar.
-Sura Yunus, Ayah 64
11. Kelepasan daripada neraka =
ثُمَّ نُنَجِّي الَّذِينَ اتَّقَوْا وَنَذَرُ الظَّالِمِينَ فِيهَا جِثِيًّا
Kemudian Kami akan selamatkan orang-orang yang bertaqwa, dan kami akan biarkan orang-orang yang zalim (dengan kekufurannya dan maksiatnya) tinggal berlutut di dalam neraka itu.
-Sura Maryam, Ayah 72
وَسَيُجَنَّبُهَا الْأَتْقَى
Dan (sebaliknya) akan dijauhkan (azab neraka) itu daripada orang yang sungguh bertaqwa, -
-Sura Al-Layl, Ayah 17
12. Kekal dalam syurga =
وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;
-Sura Aal-E-Imran, Ayah 133
3 perkara asas ibadat:
1. Mendapat taufiq dan sokongan Allah =
الشَّهْرُ الْحَرَامُ بِالشَّهْرِ الْحَرَامِ وَالْحُرُمَاتُ قِصَاصٌ ۚ فَمَنِ اعْتَدَىٰ عَلَيْكُمْ فَاعْتَدُوا عَلَيْهِ بِمِثْلِ مَا اعْتَدَىٰ عَلَيْكُمْ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ
(Mencabuli) bulan yang dihormati itu ialah dengan (sebab membalas pencabulan dalam) bulan yang dihormati; dan tiap-tiap perkara yang dihormati itu (jika dicabuli), ada balasannya yang seimbang. Oleh itu sesiapa yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu; dan bertaqwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah: Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 194
2. Memperbaiki amal & kekurangan =
يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا
Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.
-Sura Al-Ahzab, Ayah 71
3. Penerimaan amal oleh Allah SWT =
وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ابْنَيْ آدَمَ بِالْحَقِّ إِذْ قَرَّبَا قُرْبَانًا فَتُقُبِّلَ مِنْ أَحَدِهِمَا وَلَمْ يُتَقَبَّلْ مِنَ الْآخَرِ قَالَ لَأَقْتُلَنَّكَ ۖ قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ
Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):" Sesungguhnya aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa;
-Sura Al-Ma'idah, Ayah 27
"Wahai Tuhan kami, taufiqkan kami untuk melakukan taat kepadaMu, sempurnakan kekurangan kami dan terimalah ibadah kami"
Sambungan ms 161
9.50pm ditangguhkan
Read more ...

Thursday 13 September 2018

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 126)* *13 September 2018 9.40pm*

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 126)*
*13 September 2018 9.40pm*
*Dewan Perdana, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi*
*Ustaz Aiman Shafie*
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*

*********************
*Ustaz Aiman Shafie*
*9.40pm*

Sambungan
Al Baqarah 2: 71

قَالَ إِنَّهُ يَقُولُ إِنَّهَا بَقَرَةٌ لَا ذَلُولٌ تُثِيرُ الْأَرْضَ وَلَا تَسْقِي الْحَرْثَ مُسَلَّمَةٌ لَا شِيَةَ فِيهَا ۚ قَالُوا الْآنَ جِئْتَ بِالْحَقِّ ۚ فَذَبَحُوهَا وَمَا كَادُوا يَفْعَلُونَ
Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: Sebenarnya (lembu yang dikehendaki itu) ialah lembu betina yang tidak pernah digunakan untuk membajak tanah (sawah bendang), dan tidak pula (digunakan mengangkut air) untuk menyiram tanaman; ia juga tidak cacat dan tidak ada belang pada warnanya". Mereka berkata: "Sekarang baharulah engkau dapat menerangkan sifat-sifatnya yang sebenar". Maka mereka pun menyembelih lembu yang tersebut, dan hampir-hampir mereka tidak dapat menunaikan (perintah Allah) itu.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 71

*******

*TERJEMAHAN HARFIYAH*

قَالُوا الْآنَ جِئْتَ بِالْحَقِّ ۚ فَذَبَحُوهَا وَمَا كَادُوا يَفْعَلُونَ

Beri perhatian pada sebutan huruf:
بِالْحَقِّ
= حَقْقِْ = lompat melintasi 1 huruf = kadar syaddah 1 huruf


قَالُوا
= telah berkata mereka (Bani Israel)
= fi'lul madhi = الفعل الماضي


*MUFRADAT AL QURAN*

1. الْآنَ = sekarang

2. جِئْتَ = telah bawa datang engkau
ذَهَبَ + بِ
= pergi + dengan = bawa pergi

 بِ
= (makna asal) dengan = (makna selepas digabungkan dengan perkataan sebelumnya) bawa

الْحَقِّ ۚ = kebenaran

فَ = lalu

3. ذَبَحُو
= telah sembelih oleh mereka
ذَبَحُ + و =  الفعل الماضي

هَا = nya (lembu betina)

وَ = dan

مَا
= 1. apa yang
= 2. tidak (makna kedua)

4. كَادُوا = telah hampir-hampir

5. يَفْعَلُونَ = mereka berbuat
يَ + فْعَلُ + ونَ
= ia + berbuat + ramai

*MUFRADAT TAMBAHAN*

1. اَ وَ ا نَ تُ تَِ تُ مْ تُ مَ ا تُ نَّ نَ ا
= kaedah الفعل المضي

أنيت
= kaedah الفعل المضارع


******
Ustaz Dr Shafie Md Amin*
*10.18pm*
Buku "You Are The Best": Bab Keperluan

= surah Fatir 35, ayat الفقرأ 15 =

يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَنْتُمُ الْفُقَرَاءُ إِلَى اللَّهِ ۖ وَاللَّهُ هُوَ الْغَنِيُّ الْحَمِيدُ
(Oleh kerana Allah menguasai segala-galanya, maka) wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam segala perkara), sedang Allah Dia lah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
-Sura Fatir, Ayah 15

Al Baqarah 2: 216

كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 216

Objektif ada 2:
1. Allah = Ilahun = ٌإِلَه
2. Hawa = nafsu yang tiada penghujung & kesudahan

Ilahun = 3 makna:
1. Mahbubun = cinta = masa
2.
3.

Masa 24 jam; 8-15 jam kerja, belajar Al Quran berapa lama? =

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ
*Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh)*, -
-Sura At-Takathur, Ayah 1

Sakit = keperluan kita "taat" = kehendak kita "sihat":
1. Istigfar = mohon ampun dari Allah = kembali kepada Allah
2. Ikut arahan Allah = panduan dalam bertaubat

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمْ أَنْ يُكَفِّرَ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ يَوْمَ لَا يُخْزِي اللَّهُ النَّبِيَّ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ ۖ نُورُهُمْ يَسْعَىٰ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".
-Sura At-Tahrim, Ayah 8

10.42pm ditangguhkan



Read more ...

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 125)* *6 September 2018 9.30pm*


*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 125)*
*6 September 2018 9.30pm*
*Dewan Perdana, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi*
*Ustaz Aiman Shafie*
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*
*********************
*Ustaz Aiman Shafie*
*9.40pm*
Sambungan
Al Baqarah 2: 71
قَالَ إِنَّهُ يَقُولُ إِنَّهَا بَقَرَةٌ لَا ذَلُولٌ تُثِيرُ الْأَرْضَ وَلَا تَسْقِي الْحَرْثَ مُسَلَّمَةٌ لَا شِيَةَ فِيهَا ۚ قَالُوا الْآنَ جِئْتَ بِالْحَقِّ ۚ فَذَبَحُوهَا وَمَا كَادُوا يَفْعَلُونَ
Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: Sebenarnya (lembu yang dikehendaki itu) ialah lembu betina yang tidak pernah digunakan untuk membajak tanah (sawah bendang), dan tidak pula (digunakan mengangkut air) untuk menyiram tanaman; ia juga tidak cacat dan tidak ada belang pada warnanya". Mereka berkata: "Sekarang baharulah engkau dapat menerangkan sifat-sifatnya yang sebenar". Maka mereka pun menyembelih lembu yang tersebut, dan hampir-hampir mereka tidak dapat menunaikan (perintah Allah) itu.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 71
*******
*TERJEMAHAN HARFIYAH*
قَالَ إِنَّهُ يَقُولُ إِنَّهَا بَقَرَةٌ لَا ذَلُولٌ تُثِيرُ الْأَرْضَ وَلَا تَسْقِي الْحَرْثَ مُسَلَّمَةٌ لَا شِيَةَ فِيهَا ۚ
Dari segi tajwid, beri beri perhatian pada 2 sebutan ghunnah = dengung
Ghunnah zaidah = dengung yang panjang sedikit daripada biasa pada 3 tempat:
1. إِنَّهُ
2. إِنَّهَا
3. ذَلُولٌ
ذَلُولٌ = مد أصلي = kekal 2 harakat
*MUFRADAT AL QURAN*
قَالَ = telah berkata (ia) [Musa]
إِنَّهُ = sesungguhnya Dia [Allah]
يَقُولُ = Dia berkata
إِنَّهَا = sesungguhnya ia [lembu betina]
بَقَرَةٌ = seekor lembu
لَا =
(yang) tidak
1. ذَلُولٌ = digunakan
2. تُثِيرُ = ia membajak
3. الْأَرْضَ = bumi = tanah = land
تُرَابٌ = tanah = soil
وَلَا = dan tidak
4. تَسْقِي = beri air = ia siram
استسقاء = minta air
5. الْحَرْثَ =  ladang
6. مُسَلَّمَةٌ = yang disejahterakan
سلام = selamat
لَا = tidak / tiada
7. شِيَةَ = kecacatan
= (tompok / belang)
فِيهَا ۚ  = padanya (lembu betina)
7 mufradat baru. 1 hari hafal 1 mufradat, ulang 60 kali
*TADABBUR*
Al Baqarah ayat 25
وَبَشِّرِ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ۖ كُلَّمَا رُزِقُوا مِنْهَا مِنْ ثَمَرَةٍ رِزْقًا ۙ قَالُوا هَٰذَا الَّذِي رُزِقْنَا مِنْ قَبْلُ ۖ وَأُتُوا بِهِ مُتَشَابِهًا ۖ وَلَهُمْ فِيهَا أَزْوَاجٌ مُطَهَّرَةٌ ۖ وَهُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 25
وَلَهُمْ فِيهَا أَزْوَاجٌ مُطَهَّرَةٌ ۖ وَهُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.
أَزْوَاجٌ = pasangan-pasangan
/ isteri-isteri
مُطَهَّرَةٌ ۖ وَهُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
حُورٌعِين = bidadari
[Ar Rahman: 56, 58, 70]
[Al Waqiah: 22, 23, 35, 38]
[As Saffat: 48, 49]
[An Naba': ms 2]
= hada ikowaaknaba
Di dalam syurga, lelaki dapat bidadari; perempuan jadi bidadari
Bidadari ada 2 darjat:
1. Bidadari bukan anak Adam, sedia ada dalam syurga
2. Bidadari daripada zuriat anak Adam, yang taat dan masuk syurga & darjatnya lebih baik daripada bidadari sedia ada
Perbezaan di antara bidadari daripada wanita dunia dan bidadari asal, umpama luar selimut dan dalam selimut = luar selimut lebih bercorak & lebih cantik daripada dalam selimut
*Di dalam syurga, lelaki untung dapat bidadari, perempuan untung dapat jadi bidadari*
*********************
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*
*10.25pm*
Buku "You Are The Best" Bab 27
Cita-cita
[16:78]
وَاللَّهُ أَخْرَجَكُمْ مِنْ بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لَا تَعْلَمُونَ شَيْئًا وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ ۙ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.
-Sura An-Nahl, Ayah 78
Lahir, pendengaran berfungsi = diazankan = azan = cita-cita kita = taat perintah Allah
10.42pm ditangguhkan









Read more ...

Wednesday 12 September 2018

*Kuliah Magrib* *Rabu 12 September 2018* *Surau An Najah TUJP* *Ustaz Saiful Syahrul*

*Kuliah Magrib*
*Rabu 12 September 2018*
*Surau An Najah TUJP*
*Ustaz Saiful Syahrul*
*Tajuk: Penawar Bagi Hati*
ms 58 Kitab Kedua: Qalbu

10 kelakuan yang tercela = punca / utama:

1. Loba kepada makanan = Banyak makan

2. Loba dalam berkata-kata = Banyak cakap perkara yang sia-sia

3. Marah = banyak marah = cepat marah, lambat reda = marah tanpa sebab

4. Dengki = dengki pada orang yang dapat kelebihan & mahu kelebihan itu hilang daripadanya. 2 yang dibolehkan iaitu orang yang berilmu & orang yang pemurah = dengki agar kira nak lebih daripadanya, tanpa hilangkan apa yang dia ada

5. Kikir = kedekut dan kasih kepada harta = mengumpulkan harta, tanpa keluarkan hak; zakat, sedekah, hadiah

Akan dikalongkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan =

وَلَا يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ يَبْخَلُونَ بِمَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ هُوَ خَيْرًا لَهُمْ ۖ بَلْ هُوَ شَرٌّ لَهُمْ ۖ سَيُطَوَّقُونَ مَا بَخِلُوا بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۗ وَلِلَّهِ مِيرَاثُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۗ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya - menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalongkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. Dan bagi Allah jualah hak milik segala warisan (isi) langit dan bumi. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan. (mukjizat) yang nyata dan dengan (korban) yang katakan, maka membunuh mereka, jika kamu orang-orang yang benar (dalam apa yang kamu dakwakan itu)?"
-Sura Aal-E-Imran, Ayah 180

6. Bermegah-megah = kasih kepada kemegahan = Suka bersangatan apabila dipuji & marah bersangatan apabila dikeji

7. Kasihkan dunia
"Akan tiba suatu hari, musuh akan kerumuni kamu sepertimana orang mengerumuni hidangan, bukan kerana bilangan kamu sedikit, tetapi umpama buih dilautan. Ini kerana kamu dihinggapi penyakit alwahan = cintakan dunia & takutkan mati" = tidak lakukan persiapan untuk hadapi kematian

8. Membesarkan diri = takabbur = rasa diri lebih daripada orang lain = umpama syaitan yang tidak mahu sujud kepada Nabi Adam AS kerana rasa dirinya lebih mulia kerana diperbuat daripada api, berbanding Nabi Adam yang diperbuat daripada tanah

9. Ujub = rasa takjub & hairan dengan kelebihan diri sendiri berbanding orang lain

10. Riak = menunjuk-nunjuk akan kelebihan diri

Bersungguh-sungguh bersihkan hati daripada 10 sifat tercela ini, akan dapat kemenangan dunia & akhirat =

قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
-Sura Ash-Shams, Ayah 9

"Bersuci itu separuh daripada iman" = menyucikan hati daripada sifat yang dicela oleh Allah SWT = sifat mazmumah & hiasi hati dengan sifat terpuji = mahmudah = menyucikan daripada sifat mazmumah itu separuh iman & mengisikan hati dengan sifat mahmudah itu separuh lagi iman = kesempurnaan iman

Sambungan ms 61

Kelas minggu depan 19 September mungkin ditangguhkan, jumpa lagi pada 26 September insyaAllah
Read more ...

Tuesday 11 September 2018

*Kuliah Subuh* *Ahad 11 September 2018* *Surau An Najah TUJP* *Ustaz Haji Zainal Arifin*

*Kuliah Subuh*
*Ahad 11 September 2018*
*Surau An Najah TUJP*
*Ustaz Haji Zainal Arifin*
*Kisah Pengajaran Dalam Al Quran*

Syukur pada Allah dengan sebenar-benar syukur & sebenar-benar kenal Allah = alhamdulillah

Muqaddimah: Hijrah

Hijrah = perubahan:
1. Perubahan yang Allah lakukan = mutlak milik Allah, kita tidak mampu campur tangan contohnya perubahan rama-rama dari kepompong
2. Perubahan diri kita = kita mampu lakukan =

ذَٰلِكَ بِأَنَّ اللَّهَ لَمْ يَكُ مُغَيِّرًا نِعْمَةً أَنْعَمَهَا عَلَىٰ قَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ ۙ وَأَنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana *sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.* Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui.
-Sura Al-Anfal, Ayah 53

Perubahan besar adalah perubahan akidah, perubahan kepercayaan dan aktiviti kehidupan kepada yang lebih baik

Sambungan: *Tuduhan Firaun Kepada Nabi Musa Gunakan Sihir dan Inginkan Kerajaan*

Yunus: 75-78

ثُمَّ بَعَثْنَا مِنْ بَعْدِهِمْ مُوسَىٰ وَهَارُونَ إِلَىٰ فِرْعَوْنَ وَمَلَئِهِ بِآيَاتِنَا فَاسْتَكْبَرُوا وَكَانُوا قَوْمًا مُجْرِمِينَ
Kemudian Kami utuskan sesudah Rasul-rasul itu, Nabi Musa dan Nabi Harun, kepada Firaun dan kaumnya dengan membawa ayat-ayat Kami; lalu mereka (Firaun dan kaumnya) berlaku sombong takbur (enggan menerimanya), dan mereka adalah kaum yang biasa melakukan dosa.
-Sura Yunus, Ayah 75

فَلَمَّا جَاءَهُمُ الْحَقُّ مِنْ عِنْدِنَا قَالُوا إِنَّ هَٰذَا لَسِحْرٌ مُبِينٌ
Oleh sebab itu ketika datang kepada mereka kebenaran dari sisi Kami, berkatalah mereka: "Sesungguhnya ini ialah sihir yang nyata"
-Sura Yunus, Ayah 76

قَالَ مُوسَىٰ أَتَقُولُونَ لِلْحَقِّ لَمَّا جَاءَكُمْ ۖ أَسِحْرٌ هَٰذَا وَلَا يُفْلِحُ السَّاحِرُونَ
(Mendengarkan yang demikian), Nabi Musa bertanya: Patutkah kamu berkata demikian terhadap sesuatu kebenaran ketika datangnya kepada kamu? Adakah bawaanku ini sihir? Sedang ahli-ahli sihir itu sudah tetap tidak akan berjaya".
-Sura Yunus, Ayah 77

قَالُوا أَجِئْتَنَا لِتَلْفِتَنَا عَمَّا وَجَدْنَا عَلَيْهِ آبَاءَنَا وَتَكُونَ لَكُمَا الْكِبْرِيَاءُ فِي الْأَرْضِ وَمَا نَحْنُ لَكُمَا بِمُؤْمِنِينَ
Mereka pula berkata: "Adakah engkau datang (wahai Musa) untuk memesongkan kami dari penyembahan berhala yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya, dan untuk membolehkan kamu berdua membolot kekuasaan di bumi (Mesir)? Dan (ketahuilah) sebenarnya kami tidak akan beriman kepada kamu berdua".
-Sura Yunus, Ayah 78

Beberapa point penting; Nabi Musa dituduh:
1. Tukang sihir
2. Ingin kuasai tahta Mesir

Jangan terpedaya dengan kehidupan dunia; harta kekayaan, syaitan, pangkat kuasa, pengikut, ilmu (kerana inginkan gelaran/penghormatan & sukakan perbebatan) =

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمْ وَاخْشَوْا يَوْمًا لَا يَجْزِي وَالِدٌ عَنْ وَلَدِهِ وَلَا مَوْلُودٌ هُوَ جَازٍ عَنْ وَالِدِهِ شَيْئًا ۚ إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ ۖ فَلَا تَغُرَّنَّكُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَلَا يَغُرَّنَّكُمْ بِاللَّهِ الْغَرُورُ
Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka *janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan* yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah.
-Sura Luqman, Ayah 33

"Ya Allah, jangan jadikan dunia ini cita-cita kami" = dunia tempat menanam benih bagi hasil kehidupan akhirat

Setiap kita adalah penjaga / ketua / imam = suami, imam kepada isteri & anak-anak

Akidah, mesti ada 3 ciri:
1. Putus / tuntas / jelas
2. Tiada keraguan / syak / wasangka
3. Ada dalil

*Tuduhan kedua: Nabi Musa Ingin Kuasai Tahta*

As Syuara : 32 35

فَأَلْقَىٰ عَصَاهُ فَإِذَا هِيَ ثُعْبَانٌ مُبِينٌ
Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang jelas nyata.
-Sura Ash-Shu'ara, Ayah 32

وَنَزَعَ يَدَهُ فَإِذَا هِيَ بَيْضَاءُ لِلنَّاظِرِينَ
Dan ia mengeluarkan tangannya, maka tiba-tiba tangannya menjadi putih (bersinar-sinar) bagi orang-orang yang melihatnya.
-Sura Ash-Shu'ara, Ayah 33

قَالَ لِلْمَلَإِ حَوْلَهُ إِنَّ هَٰذَا لَسَاحِرٌ عَلِيمٌ
Firaun berkata kepada ketua-ketua kaum yang ada dikelilingnya: "Sesungguhnya orang ini (Musa) ialah seorang ahli sihir yang mahir.
-Sura Ash-Shu'ara, Ayah 34

يُرِيدُ أَنْ يُخْرِجَكُمْ مِنْ أَرْضِكُمْ بِسِحْرِهِ فَمَاذَا تَأْمُرُونَ
*"Ia bertujuan hendak mengeluarkan kamu dari negeri kamu dengan sihirnya,* maka apa yang kamu syorkan?"
-Sura Ash-Shu'ara, Ayah 35

mencampakkan tongkatnya = arahan Allah, campakkan tongkatmu = *kita juga perlu sama; taat perintah Allah tanpa soal = seruan solat & kejayaan = terus datang ke surau / masjid untuk menunaikan solat berjamaah*

Patuh pada Allah, ingat pada Allah, hati akan tenang =
الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". *Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.*
-Sura Ar-Ra'd, Ayah 28

maka apa yang kamu syorkan? = Firaun yang mengaku tuhan, minta pandangan rakyat/hambanya = Allah boleh jatuh / naikkan darjat sesiapa sahaja

وَهُوَ الَّذِي جَعَلَكُمْ خَلَائِفَ الْأَرْضِ وَرَفَعَ بَعْضَكُمْ فَوْقَ بَعْضٍ دَرَجَاتٍ لِيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آتَاكُمْ ۗ إِنَّ رَبَّكَ سَرِيعُ الْعِقَابِ وَإِنَّهُ لَغَفُورٌ رَحِيمٌ
Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana *Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu.* Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
-Sura Al-An'am, Ayah 165

*Kesimpulan*

1. Kita semua lemah, ingat Allah. Semua yang kita ada adalah kurniaan dan amanah Allah. Kongsikan / sebarkan kepada orang lain = "pelihara & jaga Allah, Allah akan pelihara & jaga kita"

2. Jangan terpedaya dengan kehidupan dunia; kekayaan / banyaknya harta & ramainya pengikut, kerana ianya pinjaman & amanah Allah & bila-bila sahaja boleh ditarik & diambil semula

3. Kita tiada kekuatan. Semuanya dari kuasa & kekuatan Allah. Sama-sama kita manfaatkan masa muda, masa lapang, tahun baru, masa sihat & kehidupan ini untuk mencari sebanyak-banyak bekal untuk kehidupan akhirat kita yang kekal abadi

7.22am ditangguhkan


Read more ...

Monday 10 September 2018

*Kuliah Kitab Minhajul Abidin* *Isnin 10 September 2018 9.00pm* *Surau An Najah TUJP* *Ustaz Dr Abdull Rahman Mahmood*

*Kuliah Kitab Minhajul Abidin*
*Isnin 10 September 2018 9.00pm*
*Surau An Najah TUJP*
*Ustaz Dr Abdull Rahman Mahmood*
*ms 156*

Alhamdulillah surau kita dah hampir lengkap jadual kuliah, ada ketiga ilmu:
1. Tauhid / akidah
2. Fekah / syariat &
3. Tasawuf / akhlak
Sama-sama kita manfaatkannya

Ulangkaji:
Penghalang ibadah ada 4:
1. Sibuk dunia ---> zuhud, qanaah
2. Manusia ---> uzlah, masa berkualiti
3. Syaitan ---> zikir, doa
4. Hawa nafsu ---> ibadat, puasa, doa

*Sambungan: Takwa*

Takwa= hati-hati / cermat terhadap dosa yang belum dibuat = cermat dalam perbuatan, perlakuan, percakapan, amalan

Taubat = jauhi / tinggal dosa yang pernah di buat & menyesali

Takwa = jaminan kebahagiaan dunia & akhirat = kemuncak takwa nafsu mutmainnah

يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ
(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -
-Sura Al-Fajr, Ayah 27

ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَرْضِيَّةً
"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -
-Sura Al-Fajr, Ayah 28

فَادْخُلِي فِي عِبَادِي
"Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -
-Sura Al-Fajr, Ayah 29

وَادْخُلِي جَنَّتِي
"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! "
-Sura Al-Fajr, Ayah 30

5 anggota badan perlu dijaga:
1. lidah
2. mata
3. telinga
4. perut
5. hati

Takwa itu letaknya di hati

1. Sabar, takwa, sanjungan & pujian =

لَتُبْلَوُنَّ فِي أَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ وَلَتَسْمَعُنَّ مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِكُمْ وَمِنَ الَّذِينَ أَشْرَكُوا أَذًى كَثِيرًا ۚ وَإِنْ تَصْبِرُوا وَتَتَّقُوا فَإِنَّ ذَٰلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ
Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu. Dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang-orang yang telah diberikan Kitab dahulu daripada kamu dan orang-orang yang musyrik: banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu, *jika kamu bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat* (melakukannya).
-Sura Aal-E-Imran, Ayah 186

2. Sabar, takwa & pemeliharaan Allah =

إِنْ تَمْسَسْكُمْ حَسَنَةٌ تَسُؤْهُمْ وَإِنْ تُصِبْكُمْ سَيِّئَةٌ يَفْرَحُوا بِهَا ۖ وَإِنْ تَصْبِرُوا وَتَتَّقُوا لَا يَضُرُّكُمْ كَيْدُهُمْ شَيْئًا ۗ إِنَّ اللَّهَ بِمَا يَعْمَلُونَ مُحِيطٌ
Kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakitkan hati mereka; dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Dan *kalau kamu sabar dan bertaqwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan.*
-Sura Aal-E-Imran, Ayah 120

3. Allah berserta orang yang bertaqwa = Sokongan & pertolongan Allah bersama orang bertaqwa =

إِنَّ اللَّهَ مَعَ الَّذِينَ اتَّقَوْا وَالَّذِينَ هُمْ مُحْسِنُونَ
*Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa, dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.*
-Sura An-Nahl, Ayah 128

مَعَ = berserta = bersama
= sokongan & pertolongan

إِنَّهُمْ لَنْ يُغْنُوا عَنْكَ مِنَ اللَّهِ شَيْئًا ۚ وَإِنَّ الظَّالِمِينَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۖ وَاللَّهُ وَلِيُّ الْمُتَّقِينَ
Sesungguhnya mereka tidak sekali-kali akan dapat menyelamatkanmu sedikitpun dari (azab) Allah (kalau engkau menurut mereka); dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu setengahnya menjadi penolong dan penyokong bagi setengahnya yang lain (dalam perkara yang salah); dan (sebaliknya) *Allah menjadi penolong dan pelindung bagi orang-orang yang bertaqwa* (yang engkaulah pemimpinnya).
-Sura Al-Jathiya, Ayah 19

4. Taqwa & rezeki

فَإِذَا بَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَأَمْسِكُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ أَوْ فَارِقُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ وَأَشْهِدُوا ذَوَيْ عَدْلٍ مِنْكُمْ وَأَقِيمُوا الشَّهَادَةَ لِلَّهِ ۚ ذَٰلِكُمْ يُوعَظُ بِهِ مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۚ وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا
Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik, atau lepaskan mereka dengan cara yang baik; dan adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu (semasa kamu merujukkan atau melepaskannya); dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata. Dengan hukum-hukum yang tersebut diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan *sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),*
-Sura At-Talaq, Ayah 2


وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ ۚ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ ۚ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا
*Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.*
-Sura At-Talaq, Ayah 3

Sambungan ms 158
9.50pm ditangguhkan
Read more ...

Sunday 9 September 2018

*Kuliah Subuh* *Ahad 9 September 2018* *Surau An Najah TUJP* *Ustaz Haji Zainal Arifin*

*Kuliah Subuh*
*Ahad 9 September 2018*
*Surau An Najah TUJP*
*Ustaz Haji Zainal Arifin*
*Kisah Pengajaran Dalam Al Quran*

Syukur atas segala nikmat kurniaan Allah, syukur dengan sebenar-benar syukur, alhamdulillah

Alhamdulillah, arrahman, arrahim

Rahmat Allah 2; umum & khusus

Umum = diberikan kepada semua sekali, termasuk binatang, tumbuhan

Khusus = kepada orang yang beriman di dunia dan akhirat

Orang beriman = nikmat dunia = ketenangan = penawar

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا
Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.
-Sura Al-Isra', Ayah 82

يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُمْ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ
Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.
-Sura Yunus, Ayah 57

"Ya Allah kurniakan kami redhaMu dan syurgaMu"

Bumi yang kering, Allah suburkan = tamsilan kehidupan akhirat =

أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّا نَسُوقُ الْمَاءَ إِلَى الْأَرْضِ الْجُرُزِ فَنُخْرِجُ بِهِ زَرْعًا تَأْكُلُ مِنْهُ أَنْعَامُهُمْ وَأَنْفُسُهُمْ ۖ أَفَلَا يُبْصِرُونَ
Dan tidakkah mereka (yang tidak mahu taat dan bersyukur) itu melihat bahawasanya Kami mengarahkan turunnya hujan ke bumi yang kering kontang, lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanaman-tanaman, yang daripadanya dimakan oleh binatang-binatang ternak mereka dan mereka sendiri? Maka mengapa mereka tidak mahu memerhati (semuanya itu supaya taat dan bersyukur)?
-Sura As-Sajdah, Ayah 27

وَآيَةٌ لَهُمُ الْأَرْضُ الْمَيْتَةُ أَحْيَيْنَاهَا وَأَخْرَجْنَا مِنْهَا حَبًّا فَمِنْهُ يَأْكُلُونَ
Dan dalil yang terang untuk mereka (memahami kekuasaan dan kemurahan kami), ialah bumi yang mati; kami hidupkan dia serta kami keluarkan daripadanya biji-bijian, maka daripada biji-bijian itu mereka makan.
-Sura Ya-Seen, Ayah 33

Sayangnya Allah kepada kita. Moga kita dapat redha Allah

Untuk dapat redha Allah, kita perlu lebih dahulu redha kepada Allah

Sudah & senang semuanya ujian daripada Allah & Allah uji sekadar ikut kemampuan kita

Moga Allah redha kepada kita dan kita redha kepada Allah =

جَزَاؤُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ جَنَّاتُ عَدْنٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۖ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ۚ ذَٰلِكَ لِمَنْ خَشِيَ رَبَّهُ
Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekalah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya.
-Sura Al-Bayyinah, Ayah 8

"Sesungguhnya apabila Allah suka kepada sesuatu kaum, Allah akan uji mereka. Jika mereka redha kepada Allah, Allah akan redha kepada mereka. Jika mereka benci, Allah akan benci kepada mereka"

"Ya Allah, kurniakan kepada kami redhaMu dan syurgaMu" = minta kepada Allah apa yang kita nak, apa yang kita faham

Buang dunia dari hati, agar kesungguhan dan pergantungan kita kepada Allah total

Ada orang minta senang di dunia sahaja. Ada orang minta senang di dunia dan akhirat =

فَإِذَا قَضَيْتُمْ مَنَاسِكَكُمْ فَاذْكُرُوا اللَّهَ كَذِكْرِكُمْ آبَاءَكُمْ أَوْ أَشَدَّ ذِكْرًا ۗ فَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِنْ خَلَاقٍ
Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan sebutan yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan) di dunia". (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 200

وَمِنْهُمْ مَنْ يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka".
-Sura Al-Baqarah, Ayah 201

أُولَٰئِكَ لَهُمْ نَصِيبٌ مِمَّا كَسَبُوا ۚ وَاللَّهُ سَرِيعُ الْحِسَابِ
Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan; dan Allah amat cepat hitunganNya.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 202

Orang yang beriman dan beramal soleh akan dapat kehidupan yang baik dunia dan akhirat =

مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَىٰ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً ۖ وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
Sesiapa yang *beramal soleh*, dari lelaki atau perempuan, sedang ia *beriman*, maka sesungguhnya *Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik*; dan sesungguhnya *kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih* dari apa yang mereka telah kerjakan.
-Sura An-Nahl, Ayah 97

Bersunguh-sungguh dalam setiap amalan dan kerja buat kita =

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya *Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami* (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.
-Sura Al-Ankabut, Ayah 69

Berlumba buat kebaikan =

وَلِكُلٍّ وِجْهَةٌ هُوَ مُوَلِّيهَا ۖ فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ ۚ أَيْنَ مَا تَكُونُوا يَأْتِ بِكُمُ اللَّهُ جَمِيعًا ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu *berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan*; kerana di mana sahaja kamu berada maka *Allah tetap akan membawa kamu semua* (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 148

Sentiasa ingat kepada Allah =

فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلَا تَكْفُرُونِ
Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).
-Sura Al-Baqarah, Ayah 152

Minta tolong dengan Allah dengan sabar dan solat =

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ ۚ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar
-Sura Al-Baqarah, Ayah 153

Moga Allah redha kepada kita & kita redha kepada Allah & moga kita semua dikurniakan syurga Allah, amin

Moga majlis Ustaz Mahir hari ini diberkati dan dirahmati Allah. Sama-sama kita doakan

Read more ...

Wednesday 5 September 2018

*Kuliah Magrib* *Rabu 5 September 2018* *Surau An Najah TUJP* *Ustaz Saiful Syahrul*

*Kuliah Magrib*
*Rabu 5 September 2018*
*Surau An Najah TUJP*
*Ustaz Saiful Syahrul*
*Tajuk: Penawar Bagi Hati*
ms 53 Kitab Kedua: Qalbu

Kitab yang kedua: Kalbu = Jantung
Ada 10 bab

"Di dalam diri ada seketul daging, jika baik daging itu maka baik keseluruhannya, jika buruk daging itu maka buruk keseluruhannya, itulah qalbu = jantung"

Qalbu:

1. Jasmani = jantung = di dalam dada sebelah kiri = daging tertentu yang ada lubang (keluar & masuk), di dalam lubang ada darah

2. Rohani = hakikat diri manusia, perasaan = hati

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ ۖ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُمْ مِنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا
Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".
-Sura Al-Isra', Ayah 85

Qalbu = roh = nafas

Jaga qalbu daripada sifat buruk seperti takbur dan riak

تُرْجِي مَنْ تَشَاءُ مِنْهُنَّ وَتُؤْوِي إِلَيْكَ مَنْ تَشَاءُ ۖ وَمَنِ ابْتَغَيْتَ مِمَّنْ عَزَلْتَ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكَ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَنْ تَقَرَّ أَعْيُنُهُنَّ وَلَا يَحْزَنَّ وَيَرْضَيْنَ بِمَا آتَيْتَهُنَّ كُلُّهُنَّ ۚ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا فِي قُلُوبِكُمْ ۚ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَلِيمًا
Engkau boleh menangguhkan sesiapa yang engkau kehendaki dari mereka dan engkau boleh mendamping: sesiapa yang engkau kehendaki; dan sesiapa yang engkau hendak mendampinginya kembali dari mereka yang telah engkau jauhi itu maka tidaklah menjadi salah bagimu melakukannya; kebebasan yang diberikan kepadamu itu (bila diketahui oleh mereka) adalah lebih dekat untuk mententeramkan hati mereka, dan menjadikan mereka tidak berdukacita, serta menjadikan mereka pula reda akan apa yang engkau lakukan kepada mereka semuanya. Dan (ingatlah) Allah sedia mengetahui apa yang ada dalam hati kamu; dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar.
-Sura Al-Ahzab, Ayah 51

*Dan (ingatlah) Allah sedia mengetahui apa yang ada dalam hati kamu*

"Allah tidak lihat pada rupa paras dan fizikal, tetapi lihat kepada qalbu (hati)"

Jantung / hati adalah raja bagi segala anggota badan

"Di dalam tubuh ada seketul daging, apabila baik maka baik keseluruhannya, apabila binasa maka binasa keseluruhannya, itulah jantung (hati)"

Jantung (hati) itu tempat ilham daripada malaikat dan syaitan, tempat berperang akal dan nafsu

Sama-sama kita bersihkan hati kita agar jadi baik dan bersih jasmani dan rohani, dan dihiasi dengan sifat terpuji insyaAllah









Read more ...

Monday 3 September 2018

*Kuliah Magrib* *Isnin 3 September 2018* *Surau An Najah TUJP* *Ustaz Sabir Jamaluddin*

*Kuliah Magrib*
*Isnin 3 September 2018*
*Surau An Najah TUJP*
*Ustaz Sabir Jamaluddin*
*Iman dan Kehidupan*

Buku "Iman dan Kehidupan" RM22 karangan Dr Yusuf Al Qaradawi, terbitan "Dewan Pustaka Fajar"

Bab 1 ms 23. Kata pengantar sebelum tu boleh baca sendiri

Ustaz Sabir
Berkerja sendiri
Pensyarah separuh masa di UPM
Tengah buat PhD di UM
Penulis siri cabaran dakwah & tazkirah jiwa

1. Iman = kepercayaan yang meresap dalam hati / jiwa dengan penuh yakin, tidak bercampur dengan syak dan ragu-ragu, serta memberi pengaruh kepada kehidupan, tingkah laku dan perbuatan

Orang beriman lain cara hidup dengan orang yang tidak beriman = tingkah laku & pergaulan tidak sama kerana ada panduan

2. Iman bukan semata-mata pengakuan lidah

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ آمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالْيَوْمِ الْآخِرِ وَمَا هُمْ بِمُؤْمِنِينَ
Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 8

يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَمَا يَخْدَعُونَ إِلَّا أَنْفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ
Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 9

Ciri orang munafik:
Bercakap bohong
Amanah dikhianat
Janji dimungkiri

Jangan mudah-mudah panggil / gelar orang munafik

3. Iman itu bukan semata perlakuan syiar-syiar. Ia mesti disertai dengan keikhlasan

إِنَّ الْمُنَافِقِينَ يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْ وَإِذَا قَامُوا إِلَى الصَّلَاةِ قَامُوا كُسَالَىٰ يُرَاءُونَ النَّاسَ وَلَا يَذْكُرُونَ اللَّهَ إِلَّا قَلِيلًا
Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap ugama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).
-Sura An-Nisa', Ayah 142

Ikhlas = hubungan hati kita dengan Allah = urusan manusia dengan Allah, bukan urusan manusia dengan manusia / makhluk

Solat berjamaah, rebut dapatkan saf pertama

Sifat orang munafik:
a) melakukan tipu daya (terhadap ugama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya)

b) apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas

c) mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang)

4. Bukan pula iman itu semata-mata mengetahui erti dan hakikat iman, kerana orang yang mengerti / mengetahui, tetapi tidak beriman

وَجَحَدُوا بِهَا وَاسْتَيْقَنَتْهَا أَنْفُسُهُمْ ظُلْمًا وَعُلُوًّا ۚ فَانْظُرْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُفْسِدِينَ
Dan mereka mengingkarinya secara zalim dan sombong angkuh sedang hati mereka meyakini kebenarannya. Oleh itu, lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang melakukan kerosakan.
-Sura An-Naml, Ayah 14

الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرِفُونَهُ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَاءَهُمْ ۖ وَإِنَّ فَرِيقًا مِنْهُمْ لَيَكْتُمُونَ الْحَقَّ وَهُمْ يَعْلَمُونَ
Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian).
-Sura Al-Baqarah, Ayah 146

Kesimpulan
Iman itu =
1. lafaz dengan lidah
2. bukti dengan amal
3. tahu batas iman & kufur

Siri Tazkirah Jiwa (dah 660 siri)
019-2863185 Ustaz Sabir FB
Boleh whatsapp Ustaz jika berhasrat untuk dapatkan tazkirah jiwa secara harian, maklumkan nama & dari jemaah surau mana






Read more ...