Saturday 22 February 2020

*Kuliah Subuh* *Sabtu 22 Feb 2020* *Surau An Najah TUJP* *Ustaz Dr Khairul Anuar* *Asmaul Husna*

*Kuliah Subuh*
*Sabtu 22 Feb  2020*
*Surau An Najah TUJP*
*Ustaz Dr Khairul Anuar*
*Asmaul  Husna*

Alhamdulillah setinggi kesyukuran kepada Allah yang masih bagi kita peluang untuk bernafas di hari baru ini. *Moga peluang ini dapat kita manfaatkan sebaik mungkin, bukan sahaja untuk kejar kebahagiaan dunia, malahan yang lebih penting untuk kejar kebahagian yang abadi di akhirat*

*Moga permulaan yang baik; solat subuh berjamaah & duduk dalam majlis ilmu, akan memberikan kita pengakhiran yang baik; husnul khatimah*. Sama-sama kita doa & usahakan insyaAllah

*91 & 92: Al Dharu &  An Nafiu*

Al Dharu = Yang Memberi Mudharat / Kesusahan / Kemusnahan

An Nafiu = Yang Memberi Manfaat / Kesenangan / Kebaikan

Al Anbiya 21: 35
كُلُّ نَفۡسٖ ذَآئِقَةُ ٱلۡمَوۡتِۗ وَنَبۡلُوكُم بِٱلشَّرِّ وَٱلۡخَيۡرِ فِتۡنَةٗۖ وَإِلَيۡنَا تُرۡجَعُونَ
Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan *Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan*; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.
-Sura Al-Anbiya', Ayah 35

*Kembali kepada Allah ketika hidup lebih utama* daripada kembali kepada Allah kerana kematian = *kembali ketika hidup pilihan kita* & kembali kerana kematian kita tiada pilihan

وَلَنَبۡلُوَنَّكُم بِشَيۡءٖ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصٖ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَٰلِ وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٰتِۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّٰبِرِينَ
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan *berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar*:
-Sura Al-Baqarah, Ayah 155

ٱلَّذِينَ إِذَآ أَصَٰبَتۡهُم مُّصِيبَةٞ قَالُوٓاْ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٰجِعُونَ
*(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali*."
-Sura Al-Baqarah, Ayah 156

وَإِن يَمۡسَسۡكَ ٱللَّهُ بِضُرّٖ فَلَا كَاشِفَ لَهُۥٓ إِلَّا هُوَۖ وَإِن يَمۡسَسۡكَ بِخَيۡرٖ فَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٞ
Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri; dan jika Ia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka Ia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
-Sura Al-An'am, Ayah 17

Beberapa kalimah:
1. Jaga Allah (buat perintah & tinggalkan larangan), Allah akan jaga kita
2. Jaga Allah, Allah akan sentiasa ada bersama
3. Jika nak minta sesuatu, minta pada Allah
4. Jika mohon bantuan, mohon bantuan Allah
5. Sekiranya umat ini berkumpul untuk memberi manfaat kepada kamu, nescaya mereka tidak akan dapat memberikan manfaat kecuali dengan izin Allah
6. Sekiranya umat ini berkumpul semuanya untuk memberi mudharat kepada kamu, nescaya mereka tidak akan dapat memberikan mudharat melainkan sesuatu yang telah ditakdirkan oleh Allah

Waktu senang kita ingat Allah, waktu sukar kita ingat Allah = setiap masa ingat Allah

Ajaib / pelik orang beriman ini, sekiranya dia memperolehi kesenangan dia bersyukur & itu baik untuknya, sekiranya ia memperoleh ujian / kesukaran, ia bersabar & itu juga baik untuknya

Yasin 23
ءَأَتَّخِذُ مِن دُونِهِۦٓ ءَالِهَةً إِن يُرِدۡنِ ٱلرَّحۡمَٰنُ بِضُرّٖ لَّا تُغۡنِ عَنِّي شَفَٰعَتُهُمۡ شَيۡـٔٗا وَلَا يُنقِذُونِ
"Patutkah aku menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah? (Sudah tentu tidak patut, kerana) jika Allah yang Maha Pemurah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, mereka tidak dapat memberikan sebarang syafaat kepadaku, dan mereka juga tidak dapat menyelamatkan daku.
-Sura Ya-Seen, Ayah 23

Kehidupan ini adalah ujian, sentiasa ingat Allah walau dalam apa keadaan

*Dalam bahasa akidah, tiada "tiba-tiba" = semua berlaku dalam pengetahuan, perancangan & izin Allah*

Ya Dharu Ya Nafiu = Ya Allah Yang Maha Memberikan Kesusahan & Yang Memberikan Kesenangan = agar dilepaskan daripada kesukaran & diberikan kesenangan insyaAllah

*93. An Nur* = Yang Maha Bercahaya = Yang Memberikan Petunjuk dan Hidayah kepada makhluk ini (di langit & di bumi)

Cahaya:
1. Cahaya = Matahari / bulan / terang
2. petunjuk / hidayah = Al Quran & Rasulullah SAW

Kita dalam perjalanan pulang ke akhirat; destinasi = syurga / neraka. Transit = neraka (bagi yang ingkar)

Petunjuk jalan = Allah, melalui suruhan & tegahanNya = Al Quran & Rasulullah SAW / hadis

۞ٱللَّهُ نُورُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۚ مَثَلُ نُورِهِۦ كَمِشۡكَوٰةٖ فِيهَا مِصۡبَاحٌۖ ٱلۡمِصۡبَاحُ فِي زُجَاجَةٍۖ ٱلزُّجَاجَةُ كَأَنَّهَا كَوۡكَبٞ دُرِّيّٞ يُوقَدُ مِن شَجَرَةٖ مُّبَٰرَكَةٖ زَيۡتُونَةٖ لَّا شَرۡقِيَّةٖ وَلَا غَرۡبِيَّةٖ يَكَادُ زَيۡتُهَا يُضِيٓءُ وَلَوۡ لَمۡ تَمۡسَسۡهُ نَارٞۚ نُّورٌ عَلَىٰ نُورٖۚ يَهۡدِي ٱللَّهُ لِنُورِهِۦ مَن يَشَآءُۚ وَيَضۡرِبُ ٱللَّهُ ٱلۡأَمۡثَٰلَ لِلنَّاسِۗ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَيۡءٍ عَلِيمٞ
Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
-Sura An-Nur, Ayah 35

An Nisa 174
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ قَدۡ جَآءَكُم بُرۡهَٰنٞ مِّن رَّبِّكُمۡ وَأَنزَلۡنَآ إِلَيۡكُمۡ نُورٗا مُّبِينٗا
Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak).
-Sura An-Nisa', Ayah 174

ٱلَّذِينَ يَتَّبِعُونَ ٱلرَّسُولَ ٱلنَّبِيَّ ٱلۡأُمِّيَّ ٱلَّذِي يَجِدُونَهُۥ مَكۡتُوبًا عِندَهُمۡ فِي ٱلتَّوۡرَىٰةِ وَٱلۡإِنجِيلِ يَأۡمُرُهُم بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَىٰهُمۡ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَيُحِلُّ لَهُمُ ٱلطَّيِّبَٰتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيۡهِمُ ٱلۡخَبَٰٓئِثَ وَيَضَعُ عَنۡهُمۡ إِصۡرَهُمۡ وَٱلۡأَغۡلَٰلَ ٱلَّتِي كَانَتۡ عَلَيۡهِمۡۚ فَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ بِهِۦ وَعَزَّرُوهُ وَنَصَرُوهُ وَٱتَّبَعُواْ ٱلنُّورَ ٱلَّذِيٓ أُنزِلَ مَعَهُۥٓ أُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ
"Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya.
-Sura Al-A'raf, Ayah 157

يَٰٓأَهۡلَ ٱلۡكِتَٰبِ قَدۡ جَآءَكُمۡ رَسُولُنَا يُبَيِّنُ لَكُمۡ كَثِيرٗا مِّمَّا كُنتُمۡ تُخۡفُونَ مِنَ ٱلۡكِتَٰبِ وَيَعۡفُواْ عَن كَثِيرٖۚ قَدۡ جَآءَكُم مِّنَ ٱللَّهِ نُورٞ وَكِتَٰبٞ مُّبِينٞ
Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) yang telah kamu sembunyikan dari Kitab Suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya.
-Sura Al-Ma'idah, Ayah 15

Orang yang jauh dari Allah = jauh dari cahaya = jauh dari petunjuk & hidayah

Ya Nur = Ya Allah Yang Maha Memberi Cahaya / Petunjuk / Hidayah = Moga berikan cahaya / petunjuk & hidayah kepada kami

Moga kita semakin kenal & dekat dengan Allah yang akan memandu kita untuk kembali kepadaNya, insyaAllah

Moga ada manfaat untuk kita semua. Yang baik dan sempurna adalah dari Allah SWT,  yang lemah & kurang adalah dari diri kita & semoga Allah ampunkan kita semua
Read more ...

Thursday 20 February 2020

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 197)* *Khamis 20 Feb 2020 9.40pm*

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 197)*
*Khamis 20 Feb 2020 9.40pm*
*Dewan 3F-201, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi*
*Ustaz Aiman Shafie*
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*

*********************
*Ustaz Aiman Shafie*
*9.40pm*

Sambungan
Al Baqarah 2: 109

وَدَّ كَثِيرٞ مِّنۡ أَهۡلِ ٱلۡكِتَٰبِ لَوۡ يَرُدُّونَكُم مِّنۢ بَعۡدِ إِيمَٰنِكُمۡ كُفَّارًا حَسَدٗا مِّنۡ عِندِ أَنفُسِهِم مِّنۢ بَعۡدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ ٱلۡحَقُّۖ فَٱعۡفُواْ وَٱصۡفَحُواْ حَتَّىٰ يَأۡتِيَ ٱللَّهُ بِأَمۡرِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٞ
Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 109


*****

وَدَّ كَثِيرٞ مِّنۡ أَهۡلِ ٱلۡكِتَٰبِ لَوۡ يَرُدُّونَكُم مِّنۢ بَعۡدِ إِيمَٰنِكُمۡ كُفَّارًا حَسَدٗا مِّنۡ عِندِ أَنفُسِهِم مِّنۢ بَعۡدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ ٱلۡحَقُّۖ

*MUFRADAT AL QURAN*

وَدَّ = suka = مَوَدَّة

كَثِيرٞ = ramai

مِّنۡ = daripada / dari kalangan

أَهۡلِ = ahli / pakar / mahir

ٱلۡكِتَٰبِ = kitab

لَوۡ = jikalau

يَرُدُّونَ =
mereka (dapat) mengembalikan / memurtadkan = مُرتَد

كُم = kamu

مِّنۢ = dari / daripada

بَعۡدِ = selepas / sesudah

إِيمَٰنِ = keimanan

كُمۡ = kamu (orang Islam)

كُفَّارًا = kekufuran
/ (menjadi) orang-orang yang kufur

حَسَدٗا =
kerana / disebabkan hasad / dengki

مِّنۡ = daripada

عِندِ = sisi

أَنفُسِ = diri-diri

هِم = mereka

مِّنۢ = dari

بَعۡدِ = sesudah

مَا = apa yang

تَبَيَّنَ = jelas / telah menjadi jelas

لَ = kepada / bagi

هُمُ = mereka

ٱلۡحَقُّۖ = kebenaran itu
= satu kebenaran yang jelas = Al Quran = selain Al Quran adalah kebatilan / bukan kebenaran

2 Al Baqarah, ayat:
30-39: Adam & Iblis
40-123: Islam & bani Israel
= Iblis dengki kepada Nabi Adam & bani Israel dengki kepada orang Islam
= iblis & bani Israel dengki & ingin ajak orang Islam bersamanya dalam neraka
= dengki menyebabkan hilang kewarasan / masuk neraka sedangkan dia sendiri juga dalam neraka / tidak dapat keluar daripada neraka

*********
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*
*10.20pm*
*Buku You Are The Best*

16:51

۞وَقَالَ ٱللَّهُ لَا تَتَّخِذُوٓاْ إِلَٰهَيۡنِ ٱثۡنَيۡنِۖ إِنَّمَا هُوَ إِلَٰهٞ وَٰحِدٞ فَإِيَّٰيَ فَٱرۡهَبُونِ
Dan Allah berfirman: "Janganlah kamu bertuhankan dua tuhan, kerana sesungguhnya Tuhan itu hanyalah Tuhan yang satu; maka kepada Akulah sahaja hendaknya kamu gerun gementar.
-Sura An-Nahl, Ayah 51

45:23

أَفَرَءَيۡتَ مَنِ ٱتَّخَذَ إِلَٰهَهُۥ هَوَىٰهُ وَأَضَلَّهُ ٱللَّهُ عَلَىٰ عِلۡمٖ وَخَتَمَ عَلَىٰ سَمۡعِهِۦ وَقَلۡبِهِۦ وَجَعَلَ عَلَىٰ بَصَرِهِۦ غِشَٰوَةٗ فَمَن يَهۡدِيهِ مِنۢ بَعۡدِ ٱللَّهِۚ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ
Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?
-Sura Al-Jathiya, Ayah 23

إِلَٰهٞ = مَعبُودٌ = tuhan / yang disembah
/ pengabdian / ikut peraturan Allah

49:6

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن جَآءَكُمۡ فَاسِقُۢ بِنَبَإٖ *فَتَبَيَّنُوٓاْ* أَن تُصِيبُواْ قَوۡمَۢا بِجَهَٰلَةٖ فَتُصۡبِحُواْ عَلَىٰ مَا فَعَلۡتُمۡ نَٰدِمِينَ
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, *maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya*, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
-Sura Al-Hujurat, Ayah 6

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ ٱلشَّهَوَٰتِ مِنَ ٱلنِّسَآءِ وَٱلۡبَنِينَ وَٱلۡقَنَٰطِيرِ ٱلۡمُقَنطَرَةِ مِنَ ٱلذَّهَبِ وَٱلۡفِضَّةِ وَٱلۡخَيۡلِ ٱلۡمُسَوَّمَةِ وَٱلۡأَنۡعَٰمِ وَٱلۡحَرۡثِۗ ذَٰلِكَ مَتَٰعُ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَاۖ وَٱللَّهُ عِندَهُۥ حُسۡنُ ٱلۡمَـَٔابِ
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
-Sura Aal-E-Imran, Ayah 14

10.40pm ditangguhkan


Read more ...

Friday 14 February 2020

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 196)* *Khamis 13 Feb 2020 9.40pm*

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 196)*
*Khamis 13 Feb 2020 9.40pm*
*Dewan 3F-201, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi*
*Ustaz Aiman Shafie*
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*

*********************
*Ustaz Aiman Shafie*
*9.40pm*

Sambungan
Al Baqarah 2: 108

أَمۡ تُرِيدُونَ أَن تَسۡـَٔلُواْ رَسُولَكُمۡ كَمَا سُئِلَ مُوسَىٰ مِن قَبۡلُۗ وَمَن يَتَبَدَّلِ ٱلۡكُفۡرَ بِٱلۡإِيمَٰنِ فَقَدۡ ضَلَّ سَوَآءَ ٱلسَّبِيلِ

Adakah kamu pula hendak meminta dari Rasul kamu sebagaimana diminta dari Nabi Musa (oleh kaumnya) dahulu? Dan sesiapa yang menukar iman dengan mengambil kekufuran, maka sesungguhnya ia telah sesat dari jalan yang lurus.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 108

*******

وَمَن يَتَبَدَّلِ ٱلۡكُفۡرَ بِٱلۡإِيمَٰنِ فَقَدۡ ضَلَّ سَوَآءَ ٱلسَّبِيلِ

*TAJWID*

Beri perhatian pada 2 sebutan

ٱلۡكُفۡرَ = بِٱلۡإِيمَٰنِ
= sebutan ل dikekalkan nipis


*TERJEMAHAN HARFIYAH*

وَ = dan

مَن = barangsiapa

يَتَبَدَّلِ = ia ganti / tukar

ٱلۡكُفۡرَ = kekufuran itu

بِ = dengan

ٱلۡإِيمَٰنِ = keimanan itu

فَ = maka

قَدۡ = إِنًّ = sesungguhnya
قَدۡ = selepasnya فعل
إِنًّ = selepasnya اسم

ضَلَّ = telah sesat dia

سَوَآءَ = tengah
beza makna dengan سَوَآءٌ = sama
ء tanpa tanwin
= tengah
ء dengan tanwin
= sama

ٱلسَّبِيلِ = jalan

سَوَآءَ ٱلسَّبِيلِ= jalan tengah
= jalan yang selamat = jalan yang lurus

2:6
إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ *سَوَآءٌ* عَلَيۡهِمۡ ءَأَنذَرۡتَهُمۡ أَمۡ لَمۡ تُنذِرۡهُمۡ لَا يُؤۡمِنُونَ
Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), *sama sahaja* kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 6

52:16
ٱصۡلَوۡهَا فَٱصۡبِرُوٓاْ أَوۡ لَا تَصۡبِرُواْ *سَوَآءٌ* عَلَيۡكُمۡۖ إِنَّمَا تُجۡزَوۡنَ مَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ
"Rasalah bakarannya; kemudian sama ada kamu bersabar (menderita azabnya) atau tidak bersabar, *sama sahaja* (tidak ada faedahnya) kepada kamu, kerana kamu tidak dibalas melainkan dengan apa yang kamu telah kerjakan".
-Sura At-Tur, Ayah 16

37:55
فَٱطَّلَعَ فَرَءَاهُ فِي *سَوَآءِ* ٱلۡجَحِيمِ
Maka ia pun memandang (ke arah neraka), lalu dilihatnya rakannya itu berada *ditengah-tengah* neraka yang menjulang-julang.
-Sura As-Saaffat, Ayah 55

Sad: 22
إِذۡ دَخَلُواْ عَلَىٰ دَاوُۥدَ فَفَزِعَ مِنۡهُمۡۖ قَالُواْ لَا تَخَفۡۖ خَصۡمَانِ بَغَىٰ بَعۡضُنَا عَلَىٰ بَعۡضٖ فَٱحۡكُم بَيۡنَنَا بِٱلۡحَقِّ وَلَا تُشۡطِطۡ وَٱهۡدِنَآ إِلَىٰ *سَوَآءِ* ٱلصِّرَٰطِ
Iaitu ketika mereka masuk kepada Nabi Daud, lalu ia terkejut melihat mereka; mereka berkata kepadanya: " Janganlah takut, (kami ini) adalah dua orang yang berselisihan, salah seorang dari kami telah berlaku zalim kepada yang lain; oleh itu hukumkanlah di antara kami dengan adil, dan janganlah melampaui (batas keadilan), serta pimpinlah kami ke *jalan yang lurus*.
-Sura Sad, Ayah 22


**********
*TADABBUR*

Sambungan Al Baqarah 2:34

إِلَّآ إِبۡلِيسَ أَبَىٰ وَٱسۡتَكۡبَرَ وَكَانَ مِنَ ٱلۡكَٰفِرِينَ
melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 34

إِلَّآ إِبۡلِيسَ = kecuali iblis

أَبَىٰ وَٱسۡتَكۡبَرَ = dia enggan dan dia sombong

7:12-13

قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسۡجُدَ إِذۡ أَمَرۡتُكَۖ قَالَ *أَنَا۠ خَيۡرٞ مِّنۡهُ* خَلَقۡتَنِي مِن نَّارٖ وَخَلَقۡتَهُۥ مِن طِينٖ
Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "*Aku lebih baik daripada Adam*, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah."
-Sura Al-A'raf, Ayah 12

قَالَ فَٱهۡبِطۡ مِنۡهَا فَمَا يَكُونُ لَكَ أَن *تَتَكَبَّرَ* فِيهَا فَٱخۡرُجۡ إِنَّكَ مِنَ ٱلصَّٰغِرِينَ
Allah berfirman: "Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina".
-Sura Al-A'raf, Ayah 13

ٱسۡتَكۡبَرَ = bunyi lebih ringan / halus
= sombong yang masih tersembunyi dalam hati

تَتَكَبَّرَ = bunyi lebih berat / jelas
= *sombong yang telah dizahirkan*

7: 12
قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسۡجُدَ إِذۡ أَمَرۡتُكَۖ قَالَ *أَنَا۠ خَيۡرٞ مِّنۡهُ* خَلَقۡتَنِي مِن نَّارٖ وَخَلَقۡتَهُۥ مِن طِينٖ
Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: *"Aku lebih baik daripada Adam*, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah."
-Sura Al-A'raf, Ayah 12

*********
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*
*10.17pm*
*Buku You Are The Best*
*Bab 35 m/s 211*

Homework kelas minggu lepas
Apa definasi "keperluan" dalam BM dan BA?

Keperluan = apa yang kita hendak = (salah)

Keperluan = apa yang kita perlu
Kehendak = hawa

2:118
وَقَالَ ٱلَّذِينَ لَا يَعۡلَمُونَ لَوۡلَا يُكَلِّمُنَا ٱللَّهُ أَوۡ تَأۡتِينَآ ءَايَةٞۗ كَذَٰلِكَ قَالَ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِم مِّثۡلَ قَوۡلِهِمۡۘ تَشَٰبَهَتۡ قُلُوبُهُمۡۗ *قَدۡ بَيَّنَّا ٱلۡأٓيَٰتِ لِقَوۡمٖ يُوقِنُونَ*
Dan (orang-orang musyrik) yang tidak berilmu pengetahuan, berkata: "Alangkah eloknya kalau Allah berkata-kata dengan kami (mengenai kebenaran Muhammad) atau datang kepada kami sesuatu keterangan (mukjizat)?" Demikian pula orang-orang (kafir) yang terdahulu dari mereka pernah berkata seperti yang dikatakan oleh mereka; hati mereka (sekaliannya) adalah bersamaan (degil dan kufur). *Sesungguhnya Kami telah pun menerangkan ayat-ayat keterangan (yang menjadi dalil dan bukti) kepada kaum yang mahu percaya dengan yakin*.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 118

*Yakin = kepercayaan dalam hati & tercerna dengan perbuatan & akhlak*

Orang yang yakin = orang yang belajar Al Quran dalam susah & senang = *Al Quran sentiasa di hati*

Al Haj 22:11
وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَعۡبُدُ ٱللَّهَ عَلَىٰ حَرۡفٖۖ فَإِنۡ أَصَابَهُۥ خَيۡرٌ ٱطۡمَأَنَّ بِهِۦۖ وَإِنۡ أَصَابَتۡهُ فِتۡنَةٌ ٱنقَلَبَ عَلَىٰ وَجۡهِهِۦ خَسِرَ ٱلدُّنۡيَا وَٱلۡأٓخِرَةَۚ ذَٰلِكَ هُوَ ٱلۡخُسۡرَانُ ٱلۡمُبِينُ
Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata.
-Sura Al-Hajj, Ayah 11

29:69
*وَٱلَّذِينَ جَٰهَدُواْ فِينَا لَنَهۡدِيَنَّهُمۡ سُبُلَنَاۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ*
*Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya*.
-Sura Al-Ankabut, Ayah 69

45: 21
أَمۡ حَسِبَ ٱلَّذِينَ ٱجۡتَرَحُواْ ٱلسَّيِّـَٔاتِ أَن نَّجۡعَلَهُمۡ كَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ سَوَآءٗ مَّحۡيَاهُمۡ وَمَمَاتُهُمۡۚ سَآءَ مَا يَحۡكُمُونَ
Patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa Kami akan menjadikan mereka seperti orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dengan menyamakan keadaan (mereka semua) semasa mereka hidup dan semasa mereka mati? Buruk sungguh apa yang mereka hukumkan itu.
-Sura Al-Jathiya, Ayah 21

10.45pm ditangguhkan



Read more ...

Sunday 9 February 2020

*Kuliah Subuh* *Isnin 9 Feb 2020* *Surau An Najah TUJP*

*Kuliah Subuh*
*Isnin 9 Feb 2020*
*Surau An Najah TUJP*
*Ustaz Dr Zulfirdaus*
*Adab dan Doa Penuntut Ilmu*

Alhamdulillah atas nikmat iman & islam & alhamdulillah atas nikmat dapat duduk dalam majlis ilmu. Moga nikmat ini menjadi asbab kita semakin dekat dengan Allah & husnul khatimah insyaAllah

Barangsiapa menempuh jalan menuntut ilmu, Allah akan memudahkan jalannya menuju syurga

Ibadah perlukan ilmu

Ilmu warisan para Nabi

Para ulama pewaris para Nabi

Antara yang tengok dapat pahala:
1. Ibu
2. Al Quran
3. Kaabah
4. Ulama

Ilmu beri manfaat kepada pemiliknya walaupun setelah meninggal

Apabila meninggal anak Adam, terputus amalnya melainkan 3 perkara;
1. Sedekah jariah
2. Ilmu yang bermanfaat
3. Anak soleh yang mendoakannya

Ulang 100kali untuk dapatkan hafalan Al Quran / sesuatu ilmu. Pemahaman & hafalan sesuatu ilmu akan memudahkan amalan / praktikal dalam kehidupan

Letakkan target bila nak hafal Al Quran. Mula dari sekarang. Didik anak dengan hafal Al Quran. Hafal Al Quran = proses berterusan / istiqamah dalam kehidupan

Para ulama akan solat sunat dahulu sebelum tulis 1 bab dalam kitab = mohon perlindungan & naugan Allah dalam tulis & sebarkan ilmu

Istiqarah dalam menuntut ilmu, mencari / memilih guru, menulis kitab / sebarkan ilmu

Ulama wakafkan diri kepada ilmu, bagaimana kita dalam mengikuti sunnah Nabi & para ulama ini, khususnya dalam mendidik dan membimbing anak-anak kita? = Moga kita & generasi kita terpimpin dengan ilmu & menjadi golongan yang berilmu, beriman & beramal soleh insyaAllah

Read more ...

Friday 7 February 2020

*Ceramah Perdana Khas* *Jumaat 7 Feb 2020* *Selepas Solat Maghrib*

*Ceramah Perdana Khas*
*Jumaat 7 Feb 2020*
*Selepas Solat Maghrib*
*Surau Al Hidayah Kg Sg Tangkas*
*Prof Dr Mohd Kamil Ibrahim* *(Prof UniKL)* mantan Prof UiTM & mantan Prof U Taibah Madinah

Syarat untuk panggil ceramah:
1. Tiada bayaran = bayaran akan dihadiahkan kembali kepada surau
2. Kecing manis, lemah jantung & darah tinggi = cepat haus = sediakan air minuman
3. Meninggal dikebumikan di tempat meninggal

Jaga solat berjamaah, terutamanya solat subuh & solat isya

Apabila kita meninggal, 3 yang bermanfaat; sedekah jariah, ilmu bermanfaat & anak soleh yang mendoakan = perbanyakkan amal, sebarkan ilmu & didik anak lelaki terutamanya solat berjamaah

Staf UniKL, bawa nama UniKL & galakkan masuk UniKL. Semoga amal jariah pahala dakwah ini juga mengalir kepada semua staf UniKL

*Bersyukur Saat Diuji*
*Meniti Masa Berbaki*

Ujian = tidur & tidak bangun solat, sedangkan solat yang mula-mula akan dihisab di akhirat

"Allah turun ke langit dunia pada 1/3 malam yang tersisa.........."

"Tuhan yang Maha Berkat dan Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia sewaktu masa berbaki sepertiga malam terakhir dan berfirman: Barangsiapa yang berdoa kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan baginya. Baransiapa yang meminta kepada-Ku nescaya aku akan memberikan (apa yang dipinta) kepadanya. Barangsiapa yang meminta pengampunan daripada-Ku, nescaya Aku akan mengampuninya."
HR Bukhari

Seluruh kehidupan ini adalah ujian

وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ
*Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.*
-Sura Adh-Dhariyat, Ayah 56

Berdakwah = tanggungjawab, bukan kerjaya & bukan perlu bayaran

Bayaran & kerjaya = kerja seharian kita

Basic / fundamental:

1. Mukminun: 114

قَٰلَ إِن لَّبِثۡتُمۡ إِلَّا قَلِيلٗاۖ لَّوۡ أَنَّكُمۡ كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ
Allah berfirman: *"Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja*, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia).
-Sura Al-Mu'minun, Ayah 114

Yunus: 45

وَيَوۡمَ يَحۡشُرُهُمۡ كَأَن لَّمۡ يَلۡبَثُوٓاْ إِلَّا سَاعَةٗ مِّنَ ٱلنَّهَارِ يَتَعَارَفُونَ بَيۡنَهُمۡۚ قَدۡ خَسِرَ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِلِقَآءِ ٱللَّهِ وَمَا كَانُواْ مُهۡتَدِينَ
Dan (ingatlah) masa Tuhan himpunkan mereka (pada hari kiamat kelak), *dengan keadaan mereka merasai seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari*. Mereka akan berkenal-kenalan sesama sendiri. Sesungguhnya rugilah orang-orang yang telah mendustakan hari menemui Allah untuk menerima balasan, dan yang tidak mendapat petunjuk (ke jalan mencari untung semasa hidup di dunia).
-Sura Yunus, Ayah 45

Masa kita sangat terhad & suntuk = perbanyakkan ibadah & dakwah

Bila tarikh kematian kita? Boleh dikira

Sejarah Prof:
19.5.64 = lahir = umur 55 tahun
2006
7.2.2020 = hari ini
Kematian?

Umur kewafatan Nabi Muhammad SAW:
63H
60M

Purata umur rakyat Malaysia:
74 purata
72 lelaki
76 perempuan

Masa kita sangat singkat = perbanyakkan amal

Umur Prof
ikut genetik/ayah = lagi 3 tahun
Nabi SAW = lagi 5 tahun
Ikut orang ramai = lagi 17 tahun

Ikut yang paling dekat lagi 3 tahun

Orang yang ingat kematian orang yang bijaksana = banyakkan ibadah = jangan tinggal solat berjamaah

Hadiah buku; beli 3 percuma 1 buku bersamamu di syurga & boleh transfer online & jika meninggal sebelum sempat bayar dihalalkan


Read more ...

Thursday 6 February 2020

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 195)* *Khamis 6 Feb 2020 9.40pm*

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 195)*
*Khamis 6 Feb 2020 9.40pm*
*Dewan 3F-201, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi*
*Ustaz Aiman Shafie*
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*

*********************
*Ustaz Aiman Shafie*
*9.40pm*

Sambungan
Al Baqarah 2: 108

أَمۡ تُرِيدُونَ أَن تَسۡـَٔلُواْ رَسُولَكُمۡ كَمَا سُئِلَ مُوسَىٰ مِن قَبۡلُۗ وَمَن يَتَبَدَّلِ ٱلۡكُفۡرَ بِٱلۡإِيمَٰنِ فَقَدۡ ضَلَّ سَوَآءَ ٱلسَّبِيلِ

Adakah kamu pula hendak meminta dari Rasul kamu sebagaimana diminta dari Nabi Musa (oleh kaumnya) dahulu? Dan sesiapa yang menukar iman dengan mengambil kekufuran, maka sesungguhnya ia telah sesat dari jalan yang lurus.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 108

*******

أَمۡ تُرِيدُونَ أَن تَسۡـَٔلُواْ رَسُولَكُمۡ كَمَا سُئِلَ مُوسَىٰ مِن قَبۡلُۗ

*TAJWID*

Beri perhatian pada 2 perkara

مِن قَبۡلُۗ = dengung tebal = غُنَّة tebal

قَبۡلُۗ = sebutan ل jelas


*TERJEMAHAN HARFIYAH*

1. أَمۡ = atau apakah / ataukah

2. تُرِيدُونَ = kamu hendak
= مُرِيد = murid
ريد = hendak
مُرِيد = orang yang berkehendak
/ orang yang hendak menuntut ilmu / pelajar / murid

3. أَن = (to) = (penyambung ayat)

4. تَسۡـَٔلُواْ = kamu minta
= سؤال = soal / tanya / minta

رَسُولَ = Rasul

كُمۡ = kamu (umat Nabi)

5. كَمَا = sebagaimana

6. سُئِلَ = telah diminta

مُوسَىٰ = Musa

مِن = dari / daripada

قَبۡلُۗ = sebelum ini

Al-Isra' 17: Ayah 90

وَقَالُواْ لَن نُّؤۡمِنَ لَكَ حَتَّىٰ تَفۡجُرَ لَنَا مِنَ ٱلۡأَرۡضِ يَنۢبُوعًا
Dan mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali akan beriman kepadamu (wahai Muhammad), sehingga engkau memancarkan matair dari bumi, bagi Kami.
-Sura Al-Isra', Ayah 90

أَوۡ تَكُونَ لَكَ جَنَّةٞ مِّن نَّخِيلٖ وَعِنَبٖ فَتُفَجِّرَ ٱلۡأَنۡهَٰرَ خِلَٰلَهَا تَفۡجِيرًا
Atau (sehingga) engkau mempunyai kebun dari pohon-pohon tamar dan anggur, kemudian engkau mengalirkan sungai-sungai dari celah-celahnya dengan aliran yang terpancar terus-menerus.
-Sura Al-Isra', Ayah 91

أَوۡ تُسۡقِطَ ٱلسَّمَآءَ كَمَا زَعَمۡتَ عَلَيۡنَا كِسَفًا أَوۡ تَأۡتِيَ بِٱللَّهِ وَٱلۡمَلَٰٓئِكَةِ قَبِيلًا
Atau (sehingga) engkau gugurkan langit berkeping-keping atas kami, sebagaimana yang engkau katakan (akan berlaku); atau (sehingga) engkau bawakan Allah dan malaikat untuk kami menyaksikannya.
-Sura Al-Isra', Ayah 92

أَوۡ يَكُونَ لَكَ بَيۡتٞ مِّن زُخۡرُفٍ أَوۡ تَرۡقَىٰ فِي ٱلسَّمَآءِ وَلَن نُّؤۡمِنَ لِرُقِيِّكَ حَتَّىٰ تُنَزِّلَ عَلَيۡنَا كِتَٰبٗا نَّقۡرَؤُهُۥۗ قُلۡ سُبۡحَانَ رَبِّي هَلۡ كُنتُ إِلَّا بَشَرٗا رَّسُولٗا
Atau (sehingga) engkau mempunyai sebuah rumah terhias dari emas; atau (sehingga) engkau naik ke langit; dan kami tidak sekali-kali akan percaya tentang kenaikanmu ke langit sebelum engkau turunkan kepada kami sebuah kitab yang dapat kami membacanya". Katakanlah (wahai Muhammad):" Maha Suci Tuhanku! Bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi Rasul?
-Sura Al-Isra', Ayah 93

يَسۡـَٔلُكَ أَهۡلُ ٱلۡكِتَٰبِ أَن تُنَزِّلَ عَلَيۡهِمۡ كِتَٰبٗا مِّنَ ٱلسَّمَآءِۚ فَقَدۡ سَأَلُواْ مُوسَىٰٓ أَكۡبَرَ مِن ذَٰلِكَ فَقَالُوٓاْ أَرِنَا ٱللَّهَ جَهۡرَةٗ فَأَخَذَتۡهُمُ ٱلصَّٰعِقَةُ بِظُلۡمِهِمۡۚ ثُمَّ ٱتَّخَذُواْ ٱلۡعِجۡلَ مِنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَتۡهُمُ ٱلۡبَيِّنَٰتُ فَعَفَوۡنَا عَن ذَٰلِكَۚ وَءَاتَيۡنَا مُوسَىٰ سُلۡطَٰنٗا مُّبِينٗا
Ahli Kitab (kaum Yahudi) meminta kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menurunkan kepada mereka sebuah Kitab dari langit. (Janganlah engkau merasa pelik), kerana sesungguhnya mereka telah meminta kepada Nabi Musa lebih besar dari itu. Mereka berkata: "(Wahai Musa) perlihatkanlah Allah kepada kami dengan nyata (supaya kami dapat melihatNya dan percaya kepadaNya)". Lalu mereka disambar oleh petir dengan sebab kezaliman mereka (menderhaka kepada Allah); kemudian mereka pula menyembah (patung) anak lembu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan (mukjizat), lalu Kami maafkan mereka dari perbuatan yang sedemikian itu (ketika mereka bertaubat). Dan Kami telah memberi kepada Nabi Musa kekuasaan yang nyata (untuk mengalahkan kaum yang kafir itu).
-Sura An-Nisa', Ayah 153


*********
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*
*10.10pm*
*Buku You Are The Best*
*Bab 35 m/s 211*

وَمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا لَعِبٞ وَلَهۡوٞۖ وَلَلدَّارُ ٱلۡأٓخِرَةُ خَيۡرٞ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَۚ أَفَلَا تَعۡقِلُونَ
Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan *demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa*. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?
-Sura Al-An'am, Ayah 32

أَلۡهَىٰكُمُ ٱلتَّكَاثُرُ
Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), -
-Sura At-Takathur, Ayah 1

۞إِنَّ ٱللَّهَ ٱشۡتَرَىٰ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ أَنفُسَهُمۡ وَأَمۡوَٰلَهُم بِأَنَّ لَهُمُ ٱلۡجَنَّةَۚ يُقَٰتِلُونَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ فَيَقۡتُلُونَ وَيُقۡتَلُونَۖ وَعۡدًا عَلَيۡهِ حَقّٗا فِي ٱلتَّوۡرَىٰةِ وَٱلۡإِنجِيلِ وَٱلۡقُرۡءَانِۚ وَمَنۡ أَوۡفَىٰ بِعَهۡدِهِۦ مِنَ ٱللَّهِۚ فَٱسۡتَبۡشِرُواْ بِبَيۡعِكُمُ ٱلَّذِي بَايَعۡتُم بِهِۦۚ وَذَٰلِكَ هُوَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ
Sesungguhnya *Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga*, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
-Sura At-Tawbah, Ayah 111

وَإِن يَمۡسَسۡكَ ٱللَّهُ بِضُرّٖ فَلَا كَاشِفَ لَهُۥٓ إِلَّا هُوَۖ وَإِن يَمۡسَسۡكَ بِخَيۡرٖ فَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٞ
Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri; dan jika Ia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka Ia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
-Sura Al-An'am, Ayah 17

وَلَنُذِيقَنَّهُم مِّنَ ٱلۡعَذَابِ ٱلۡأَدۡنَىٰ دُونَ ٱلۡعَذَابِ ٱلۡأَكۡبَرِ لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ
*Dan demi sesungguhnya, Kami akan merasakan mereka sedikit dari azab dunia sebelum azab yang besar (di akhirat kelak), supaya mereka rujuk kembali bertaubat.*
-Sura As-Sajdah, Ayah 21

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌۖ أُجِيبُ دَعۡوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِۖ فَلۡيَسۡتَجِيبُواْ لِي وَلۡيُؤۡمِنُواْ بِي لَعَلَّهُمۡ يَرۡشُدُونَ
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); *Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul*.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 186

ٱلَّذِينَ قَالَ لَهُمُ ٱلنَّاسُ إِنَّ ٱلنَّاسَ قَدۡ جَمَعُواْ لَكُمۡ فَٱخۡشَوۡهُمۡ فَزَادَهُمۡ إِيمَٰنٗا وَقَالُواْ *حَسۡبُنَا ٱللَّهُ وَنِعۡمَ ٱلۡوَكِيلُ*
Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: "Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya". Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: *"Cukuplah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)".*
-Sura Aal-E-Imran, Ayah 173

وَإِن تَوَلَّوۡاْ فَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ مَوۡلَىٰكُمۡۚ *نِعۡمَ ٱلۡمَوۡلَىٰ وَنِعۡمَ ٱلنَّصِيرُ*
Dan jika mereka berpaling (enggan beriman dan tidak berhenti daripada menceroboh) maka ketahuilah bahawasanya Allah Pelindung kamu; *Dia lah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong (yang menyelamatkan dan menjayakan kamu).*
-Sura Al-Anfal, Ayah 40

Homework kelas minggu depan
Apa definasi "keperluan" dalam BM dan BA?

10.43pm ditangguhkan

Read more ...