بِسْمِ اللَّهِ
الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ
عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى
آلِ مُحَمَّدٍ
السلام علبكم
ورحمة الله
Saya jumpa dan baca kisah ini di FB Dato Roslan Abd Hamid. Sama-sama kita ambil
pedoman dan iktibar, bagaimana kehidupan
di usia emas yang kita mahukan. Hidup ini adalah
pilihan. Jom sama-sama kita pilih untuk berjaya, kaya dan
bahagia dunia dan akhirat insyaAllah.
Kekayaan yang sebenar bukannya letak pada harta
tetapi pada jiwa (budi dan akhlak).
"Dunia ini tidak lebih dari sayap nyamuk sahaja. Usah letak dunia di hati. Tetapi berusahalah supaya dunia dalam genggaman tangan kita" -pakcik kaya
Kejar akhirat insyaAllah dunia akan mengejar kita.
Kami highlight kan untuk memudahkan rujukan semua.
Moga bermanfaat dan terima kasih atas perkongsian dato Roslan Abdul Hamid.
InsyaAllah ada rezeki kita jumpa lagi di Hot Seat DAO ;)
Jom layan
Lukeman Yusoff dan Siti Norliza Ibrahim
0132299319 / 0196515717
Bandar Baru Bangi Selangor
_________________________________________
LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT SIRI SATU.
Saya jumpa lelaki tua ini.
Selalu lepas Asar dia iktikaf di Masjid. Baca al Quran. Umur 70an. Duduk rumah
dekat masjid. Rumah agam besar dan menarik.
Hartanya disana sini, bangunan
komesil tengah bandar. Milikan rm35 juta.
Pendapatan
pasif kutip sewa rm70k sebulan. Belanja rm20k. rm50k sedekah dan infaq.
Dia tenang bersendirian
meladeni anak cucu. Saya mahu ambil gambar. Dia menolak. katanya malu. Saya
minta formula. Dia berikan 15. Saya catat dan mahu kongsikan.
Bolehkah saya kongsikan?
1. Pertama, dia kata muliakan ibu
bapa. Doa ibubapa adalah segala galanya. Ia tiada hijab terus termakbul. Raikan ibubapa.
jaga mereka sepanjang usia. Doakan mereka apabila telah tiada.
2. Jaga masa. Ia datang dan
berakhir. Urus
masa antara 5 waktu solat. Atur kerja
dengan sebaik cara. Pada setiap waktu ada perkara yang kita mulakan. Ada di masjid
sebelum azan. masuk waktu terus solat. Selepas solat
bertebaran berusaha cari rezeki.
3. Berdoa dengan
khusyuk. Serah pada Allah. Tawakal. Allah
tahu apa yang terbaik untuk kita.
4. Namun begitu kena
usaha. Usaha pagi petang siang malam. Usaha sungguh sungguh. Usaha bermula dengan
pasang niat. Lepas itu buat buat buat. Sampai dapat. Tidak dapat, usaha lain
pula. Masa buat baca al Quran.
Maka dia pun nasihatkan saya,
“Orang yang membaca surah
Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca
sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat
ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.
Rasulullah SAW pernah bertanya
“Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga
minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah UmarAl Khattab r.a
telah mengatakan adalah mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.
Ali Abi Talib r.a pun membaca
surah Al-Ikhlas tiga kali.Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa
Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali
ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Apabila membaca surah
Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca
30 juzuk Al-Quran.
Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca
‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala
orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”
Lelaki tua itu berkata, mulut dia
tidak berhenti baca surah al Ikhlas. Kadang kadang sampai 1000 kali
sehari. Dan tiap lepas asar masa dia iktikaf dan baca Al Quran.
5. Jaga Kesihatan.
Jaga kesihatan. jaga kesihatan. Banyak berjalan kaki. Banyak. minum
air masak atau air mineral. Jaga makanan.
LELAKI TUA BERKAIN
PELIKAT SIRI DUA.
Kata
leaki tua ini lagi:
6.
Hidup kena buat
target. Ada wawasan. Ikat perut. Usah membazir.
Mula dengan makanan. Makanan dan minuman mesti habiskan. Usah lagak orang kaya,
padahal kita teman pada syaitan. Sentiasa belanja orang. Makan dikedai kecil.
Perhatikan kebersihan kedai. Apabila bersih masuk. Disitu kita temui ramai
orang susah. Belanja mereka..
7.
Waktu maghrib
usah ada atas jalan. Apabila dalam perjalanan
berhenti. Cari masjid. Apabila dirumah, tutup pintu rapat rapat. Malam buang
sampah sarap. Basuh pinggan mangkuk. Pastikan semua teratur sebelum tidur. Gunakan waktu
antara maghrib dan isyak untuk tuntut ilmu agama.
Boleh dengar orang mengajar. Boleh juga baca kitab. Lepas Isyak buat kira kira
untung rugi. Siapkan bahan dan pakaian untuk kerja esok hari.
8.
Usah takut jumpa
orang. Walaupun 5 minit mahu berjumpa. Pergi sendiri.
Usah pakai posmen apabila depani soal penting. Kita rangkak panjat bangunan.
Tunggu. Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan. yang penting sampaikan
dengan tangan sendiri. Tenung mata dan baca "ayat ayat pengasih".
Hehehe.
9.
Balik malam, usah cakap penat. Usah cakap letih. Usah cakap sakit. Apabila sakit
senyum.Allah sedang luruhkan dosa. Lepas sakit kita lagi bertenaga. Siapakah dalam dunia yang tidak pernah rasa sakit.
Jatuh. dihina. Semua termasuk Rasulullah SAW. Namun, baginda ajar kita maafkan
semua orang.
10.
Niat mahu kaya.
Niat mahu bantu ramai orang. Niat mahu jadi manusia berguna. Niat itu macam
tulis surat. Dulu tiada internet, Macam
tulis surat la. Salah tulis alamat akan sampai salah tempatlah surat itu. Maka
tulis alamat betul betul. Niat mahu kaya, supaya kita dapat bantu ramai lagi
orang. Mahu membahagiakan ramai orang.
LELAKI TUA DENGAN
KAIN PELIKAT SIRI TIGA.
11.
Mula berniaga,
usah buat pinjaman. Cukup dengan apa yang ada ditangan.
Itu masa kita belajar. Berniaga ini seni. Kita sahaja tahu maksud lakaran. Terbakar tangan biasa. Namun, dengan duit sedikit
kita tak rasa sangat panasnya. Usah samakan orang dengan kita. Mereka lain tak
serupa.
(Kedai mula mula di mulut sahaja.)
Senyum mesra, mulut manis. Usah sombong. sentiasa tegur dan sapa manusia. Kita berniaga dengan manusia.Berniaga dengan siapa
sahaja. Andai kata kita kaki surau. Berniaga dengan orang surau tidak jadikan
kita kaya. Berniaga dengan semua orang walaupun dia haprak keparat. Yang penting
tunai. Ada duit kita cerita. Ada barang kita jual.
12. Modal kita
adalah daya penarik yang pada diri kita.
Daya penarik adalah ciri yang ada dalam diri ang buat orang lain rasa senang
dengan kita. Cari
ilmu tentang produk. Apabila orang tanya jawab dengan lancar dan petah. Jelas.
sebut satu demi satu. Usah ragu ragu dan termanggu. Kongsi bukan jual. Ingat
sentiasa kongsi dengan semangat membara. Orang jatuh cinta dengan semangat
kita.
13.
Apa lagi..ahaaa..masa
mula niaga biar mendalam dulu. Usah cepat mahu
melebar. Fahamkah apa pakcik cakap. Maksudnya biar berjaya satu demi
satu.Apabila mula guna modal sendiri, kemudian buat sungguh sungguh sampai
berjaya.
Lepas dah nampak hasil, mula lebarkan. Masa itu boleh
la mahu buat pinjaman. Kita sudah ada ilmu bisnes.
(Cukuplah
tu. Masa ni Lelaki Tua Berkain Pelikat sudah mahu berhenti. Saya senyum peluk
dia dan kata, "baharu ada 13 anak sungai di syurga. Tambah sampai
20". Saya buat contengan kata dia dalam kepala)
14.
Kita kena buat
promosi apa jua yang kita bisnes. Produk tak boleh
bercakap. Sejak bila pula lah produk boleh bercakap. Orang kena tahu apa yang
kita buat. Caranya buka bank emosi dengan setiap pelanggan kita. Pelanggan yang
puas hati datang lagi. Datang lagi. Sekarang pun Pak
Cik masih buat bisnes sikit sikit. Perumahan. Pak Cik buat lima rumah sekali
siap. Siap baharu jual. Pak Cik buat cantik. Jual mahal. Orang beratur mahu
beli. Jual
barang siap. Usah jual barang dalam laut
yang tidak tahu tersangkut pada pukat atau tidak. Tidak berkat begitu.
15.
Apabila bisnes sudah maju, usah berlagak. Dahulu Pak Cik suka gunting rambut
kedai Nawi. Dia tanya "Bagaimana Pak Cik mahu gunting rambut? Pak Cik
jawab , "Dengan
senyap senyap tapi cantik". Anak fahamkah apa
Pak Cik cakap ni? Jawab saya, "Faham Pak Cik, saya juga gunting rambut
disitu sejak umur 15 tahun". Hehehe. Maksudnya usah gosip sana gosip sini,
balun orang sana balun orang sini. Usah peduli rambut atas kepala orang lain.
Apa yang utama rambut kita tersisir rapi.
Bijak
anak ni. Apa nama? Yesss. Dia sudah tanya nama saya. Maknanya saya sudah dapat
Mentor Lelaki Tua Berkain Pelikat.
(Bersambung. Saya mahu solat asar dahulu)
LELAKI TUA DENGAN
KAIN PELIKAT SIRI EMPAT.
16.
Anak..ingat kita hidup
sungguh sebentar, macam main bola sahaja. 90
minit tamatlah permainan. Itulah lebih kurang bandingan hidup didunia ini. Kita
kejar bola. Cuba jaringkan gol. Apabila sampai tiupan wisel, tahulah keputusan.
Apabila malaikat maut datang jemput kita, habislah kita. Ada dunia kekal abadi
di sana. Usahlah
kita berlagak sombong masa berjalan atas bumi Tuhan ini.
Paku
yang nampak tidak rapat ke papan, akan diketuk oleh Tuan Rumah. Itulah
perumpamaan hidupan. Rapat ke bumi. Sujud pada Tuhan.
Bacalah
surah ar Rahman ayat 46, "Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di
mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua syurga"
17.
Pak Cik bersyukur sampai ke tahap ini. Pak cik bersyukur. Syukur itu
tandanya apabila Pak Cik rasa tak layak terima, namun Allah berikan juga. Pak Cik habiskan masa dalam waktu kecemasan ini
dengan memandang yang memberi nikmat bukan pada nikmatnya. Anakku
bersyukurlah. Masih punya masa mengatur
tapak menjejaki orang hebat dalam agama.
Dunia ini tidak lebih dari sayap nyamuk sahaja.
Usah letak dunia di hati. Tetapi berusahalah supaya dunia dalam genggaman
tangan kita. Pak Cik pakai kereta besar,
bukan untuk apa namun Pak Cik mahu menikmati apa rasa sayap nyamuk itu. Kalau
sayap nyamuk itu sudah rasa nikmatnya, bayangkan nikmat di syurga.
18.
Anak..Apabila mahu makan nasi, dapatkan beras. Cakap cakap dan sembang sembang
tidak hasilkan beras. Rajin usaha. sampai waktu solat. Solat itu tiang
agama. Usah terjerat dengan penyakit umat akhir zaman.
Mereka cintakan dunia. Takutkan mati. Hakikatnya mati itu pasti. Namun, jangan
kerana takutkan mati duduk atas masjid semata mata dan harapkan hidangan turun
dari langit.
Tidak
boleh begitu. Cuba beri masa untuk semua perkara. Umur macam Pak Cik sekarang,
hari hari biasa, 6 jam tidur. 6 jam bekerja. 6 jam duduk atas masjid. 6 jam
bersama anak cucu cicit. Anak, ada Pak Cik ingat, Nabi SAW sebut, "Peliharalah
lidahmu, luaskan rumahmu dan tangislah dosamu".
Cuba anak check siapa perawinya.
(nota:
Hadis riwayat at Tirmizi)
19.
Anakku kita bukan orang sufi. Mereka lain. Kita orang biasa,
"Apabila kemiskinan datang bertandang mengetuk
di pintu, kasih sayang segera terbang keluar ikut jendela. Saat itu sahabat dekat mula menjauh, kesusahan
bagaikan banjir besar menghanyutkan segalanya pergi dan ianya hanya kembali
apabila kita kaya semula"
Rajinlah berusaha. Wang bukan segala galanya. Namun
banyak perkara dalam dunia sekarang perlukan wang anakku. Wang bukan raja. Wang adalah hamba perkasa yang memudahkan banyak
perkara. ramai orang sedikit sedikit
sebut Tuhan, pada hal hati mereka bersimpang simpang.
20.
Cuba sedaya
upaya supaya ada wuduk pada tubuh kita. Ianya adalah cara terbaik cucikan diri. Cuba mandi setiap kali sebelum masuk waktu. Tidak
dapat kerana banyak masa di pejabat, mandi 3 kali sehari. Sebelum subuh,
sebelum maghrib dan sebelum isya'. InsyaAllah kita rasa bersih dan tenang dari
segi luaran. Sewaktu
berdiri mahu solat, rasakan ketakutan luar biasa. Kita sedang menghadap Allah
Raja dan Tuan kepada segala Raja.
(saya
sambung minggu depan apabila dapat bersama dengan Lelaki Tua berkain pelikat
ini lagi).
PESAN LELAKI TUA
BERKAIN PELIKAT PADA SUBUH HARI.
21. Untuk mendapat
sesuatu yang belum pernah kita perolehi, kita mesti melakukan sesuatu yang
belum pernah kita lakukan. Goyang kaki dan
sembang mulut tidak membawa kita ke mana mana.
20% dari usaha menghasilkan 80% hasil. PerHATI apakah yang 20% itu. Lakukan berulang
kali supaya ianya dapat memberikan banyak lagi pulangan berganda dalam
kehidupan. Buat
perkara bermanfaat. Ulang tindakan hebat. Buat cepat.
Usah tunggu sampai berkarat.
PerHATI apa yang kita buat antara masa ini:
1.
Antara jam
4.30 pagi hingga 7.30 pagi (3 jam)
2.
Antara jam 9.00
malam hingga 11.00 malam (2 jam)
3.
Antara jam 5.30
petang hingga 6.30 petang (1 jam)
Jumlah
6 jam ini amat
menentukan siapa kita pada masa depan.
22.
Pagi pagi
seperti ini apabila sudah selesai solat suboh dan mahu berjalan pulang, baca al
Fatihah. Ingat ibu ayah. Ingat sanak
saudara yang telah tiada. Rindukan mereka yang dalam perjalanan ke kampong
halaman. Kita juga bakal kembali ke sana. Letak tangan di dada. Rasakan
panasnya kasih sayang semasa kita tiada siapa siapa. Ajari dan kongsi pada anak
cucu. Satu ketika kita semua pasti berkumpul di kampong halaman asal, di syurga
nanti.
23.
Apa yang orang
tidak boleh ambil sampai bila pun dari kita adalah ilmu dan pengetahuan kita.
Sedut ilmu dimana dan dari siapa sekalipun.
Setiap orang ada sesuatu yang dapat diberitahu kepada kita. Mungkin pengalaman.
Mungkin dapatan dalam hidup. Berikan salam. Apabila kita senyum dan tebarkan
salam, kita terlepas dari sikap sombong dan takabbur. Takabbur
itu umpama lubang besar yang kita gali untuk memerangkap kita supaya jatuh dan
mati berkubur di situ.
Demikianlah
pesan Lelaki Tua Berkain Pelikat seusai subuh pagi ini.
MashaAllah. Terima kasih atas perkongsian. Sangat2 membuka minda.
ReplyDelete