Saturday 19 April 2014

Quran; Hafal, Faham, Belajar, Amal dan Sampaikan




Jom Bahagia [Kuliah Subuh 19.4.14 / 19.6.1435 Surau An Nur BBBangi]
Dr Mohd Shafie Md Amin (Pengasas Hafazan Kaedah Al Huffaz)

1. Tukar nikmat jadi amal soleh dengan selalu baca "bismillah"

2. Lakukan sesuatu dengan hati; niat iaitu keazaman yang sungguh-sungguh

3. Berlindung dengan Allah daripada syaitan, rendah diri dengan Allah "auzubillahhiminassyaitonirrajim"

4. Surah Al Baqarah ayat 32 "siapa hendakkan kemuliaan, kemuliaan adalah milik Allah"

5. Kita belajar dalam semua peristiwa yang berlaku pada kita dengan syarat kita merendah diri padaNya

6. "Dalam setiap penciptaan langit dan bumi ada pelajaran daripada Allah"


Ms 16 buku "you are the best"

7. Manusia ada jasad dan roh (akhlak). Kedua-duanya dikawal oleh hati. Jika hati rosak, kedua-duanya akan rosak. Stress is a silent killer.

8. Al A'raf ayat 200 "sekiranya kamu diganggu syaitan, berlindunglah dengan Allah"

9. "Alhamdulillah" dalam semua keadaan yang berlaku pada kita. Ketenangan boleh datang dengan
hati dan bahasa yang kita gunakan

10. Hidayah datang dari Allah, was-was datang daripada syaitan

11. Kita pengamal undang-undang Allah, dengan hafal, faham dan amalkan Quran. Azzhukruf 43 ayat 36-37 "sesiapa yang berpaling dari ingat Allah (zikir @ Quran)........"
Zikir Alhij 15 ayat 9 "kamilah yang turunkan azzikra (zikir @ Quran)......"

12. Jika berselisih pada sesuatu perkara balik kepada Al Quran dan Sunnah

13. Balik pada Quran dan Sunnah untuk tengok dalilnya, kerana setiap kita sentiasa terdedah pada kesilapan

14. Dalil penting, Quran mesti sentiasa ada bersama. Lebih baik jika kita hafal. Pernyataan mesti ada dalilnya daripada Quran mahupun Sunnah (hadis)

15. Kerja hati adalah niat. Niat adalah "strong decision"

16. Kebenaran itu ikut Quran, akal perlu mengikutinya

17. Kita perlu hafal Quran, faham dan laksanakannya. Allah adalah sebaik-baik Penyembuh

18. Stress datang daripada syaitan. Lindunginya dengan "auzubillahhiminassyaitonirrajim". Jadi kawan Allah; dengan bertakwa; belajar, faham dan amalkan Quran

19. Penyakit rohani punca penyakit fizikal.

20. Jika ada penyakit, istigfar banyak-banyak. "Astagfirullahhalazim, ya Allah saya mohon ampun pada Kamu atas segala dosa saya. Saya janji akan baiki diri saya dengan belajar, faham dan amalkan Quran"

21. Al Mukminun "Kad Aflahal mukminun" definasi berjaya Alhujurat " Seeungguhnyaorang yang berjaya di sisinAllah afalah orang yang bertakwa; patut segala suruhan dan jauhinsegala laranganNya"


Bab 5 Makanan Bagi Hati

22. Sesuatu perbuatan itu akan diterima Allah jika penuhi 3 syarat; (a) ikhlas, (b) ikut Quran dan Sunnah, (c) lakukan sungguh-sungguh.

23. Ikhlas: AlBayyinah ayat 5 "tidak kamu disuruh melainkan mengabdikan kepada Allah". "Muhklisin" orang yang melakukan aktiviti ikut peraturan Allah. Mukhlisin=takwa



24. Pengabdiaan: berkerja mengikut peraturan tuannya

25. Jika tak penuhi 3 syarat ini akan berdosa. Dosa akan menyebabkan titik hitam pada hati.

26. Baca Quran sebab kita nak faham dan amakkan dalam kehidupan kita. Baca-faham-dan amalkan Quran

27. Baca-faham-amalkan dengan ikhlas baru kita akan dapat belas kasihan Allah.

28. Dosa akan melemahkan hati; tandanya adalah akan malas solat, kedekut, suka termenung, khayal, banyak berangan, susah khusuk dalam solat. Banyakkan istigfar dan solat taubat

29. Hati boleh dijaga dengan bersungguh-sungguh dengan Quran. Selalu hafal, dekat, ulang, faham dan amal.

30. Quran adalah mukjizat, sesuatu yang istimewa. Mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW adalah Quran

31. Adil=mengikut peraturan Allah

32. Paling penting belajar-belajar-belajar Quran

33. Doa "Minta supaya kita mahir dengan Quran, boleh amalkan dengan bersungguh-sungguh"

34. Kurniaan sangat besar bila kita berlumba-lumba untuk menguasai Quran


Tauhid anak-anak.

1. Akidah, pergantungan hanya pada Allah

2. Ilmu Quran adalah ilmu kepimpinan.

3. Mula sejak anak lahir. Azan. "Lailahaillalah". Cita-cita kamu adalah untuk taat pada Allah.

4. Azan adalah untuk menguatkan azam, dan matlamat kita.

5. Doktor, penyarah, peguam, hanya keperluan

6. "Innalillah" jika ditimpa musibah

7. Bangkit sahur sebab Allah suruh kerana pada sahur ada barokah, bukan sebab makannh

8. Qada dan qadar; Sistem dan sebab musabah, contoh qada=api, qadar=membakar. Allah yang mengizinkannya terbakar. Qada=ketetapan Allah, Qadar=ukuran, sistemnya

9. Kekuatan datang dari Allah, perang badar berlaku masa bulan Ramadhan

10. Tauhid dalam setiap aktiviti.

11. Baca "bismillah" sebelum makan, Allah yang suruh, makan tangan kanan juga Allah yang suruh.

12. ALLAH YANG SURUH. Jika ada kawan tak kongsi makanan di sekolah, esoknya bawa makanan lebih, minta anak bagi pada kawannya. Jika anak tanya, cakap "ALLAH YANG SURUH"

13. "Lailahaillalah" biar lekat dalam hati anak-anak

14. "Makanan untuk 2 orang cukup untuk 4 orang"

15. Jangan takut selain Allah

16. Al Quran datang untuk jaga pergantungan kita pada Allah. QS Al Jumaah 62:2 "Dialah yang mengutuskan seorang Rasul yang membacakan Quran untuk membersihkan hati manusia daripada perhambaan kepada manusia kepada perhambaan kepada Allah"

Lukeman Yusoff
www.jombahagia.blogspot.com