Thursday 30 August 2018

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 124)* *30 Aug 2018 9.40pm*


*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 124)*
*30 Aug 2018 9.40pm*
*Dewan Perdana, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi*
*Ustaz Aiman Shafie*
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*
**********************
*Ustaz Aiman Shafie*
*9.40pm*
*TERJEMAHAN HARFIYAH*
Sambungan
Al Baqarah 2: 70
قَالُوا ادْعُ لَنَا رَبَّكَ يُبَيِّنْ لَنَا مَا هِيَ إِنَّ الْبَقَرَ تَشَابَهَ عَلَيْنَا وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللَّهُ لَمُهْتَدُونَ
Mereka berkata lagi: "Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami lembu betina yang mana satu? Kerana sesungguhnya lembu yang dikehendaki itu kesamaran kepada kami (susah kami memilihnya), dan kami insya Allah akan mendapat petunjuk (untuk mencari dan menyembelih lembu itu)".
-Sura Al-Baqarah, Ayah 70
Beri perhatian pada sebutan 2 kalimah
يُبَيِّنْ =
sebutan syaddah / sabdu mudah & ringan
Al Fatihah ada 14 sabdu / syaddah
الْبَقَرَ = sebutan ق ditebalkan
Huruf ب kekal nipis
Huruf ر tebal
*MUFRADAT AL QURAN*
قَالُوا = telah berkata mereka
ادْعُ = serulah olehmu (Musa)
لَنَا = bagi kami
رَبَّكَ = Tuhan yang memeliharamu
يُبَيِّنْ = Dia jelaskan / terangkan
لَنَا = bagi kami
مَا = apakah
هِيَ = ia (P)
إِنَّ = sesungguhnya
الْبَقَرَ = lembu-lembu
الانسان = manusia-manusia
ال = (meramaikan)
البقرة = lembu betina
تَشَابَهَ = telah kesamaran ia
عَلَيْ = ke atas
نَا = kami
وَ = dan
إِنَّا = sesungguhnya kami
إِنْ = jika / sekiranya
شَاءَ = telah berkehendak
اللَّهُ = Allah
لَ = nescaya / sungguh
ل + اسم = bagi / untuk
ل + اسم / فعل = nescaya
مُهْتَدُونَ = orang-orang yang mendapat petunjuk
5 mufradat baru
*************************
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*
10.23pm
Isu semasa = merdeka
62:2
هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ
Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.
-Sura Al-Jumu'ah, Ayah 2
الْأُمِّيِّينَ = Ummiyyin
= buta huruf
2:78
وَمِنْهُمْ أُمِّيُّونَ لَا يَعْلَمُونَ الْكِتَابَ إِلَّا أَمَانِيَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَظُنُّونَ
Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi Kitab Taurat selain dari penerangan-penerangan bohong (dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 78
وَيُزَكِّيهِمْ = membersihkan mereka
زَكِّي = bersih / merdeka
= merdeka / bersih dari belenggu penjajah
= buang segala pemahaman yang salah
= belajar Al Quran
ضيق = sempit = stress

10.40pm ditangguhkan


Read more ...

Wednesday 15 August 2018

*Kuliah Magrib* *Rabu 15 Ogos 2018* *Surau An Najah TUJP* *Ustaz Saiful Syahrul*

*Kuliah Magrib*
*Rabu 15 Ogos 2018*
*Surau An Najah TUJP*
*Ustaz Saiful Syahrul*
*Tajuk: Penawar Bagi Hati*
ms 48 Fasa 6 & 7: Jaga 2 Tangan dan 2 Kaki

Syukur atas nikmat Allah, yang masih dikekalkan bagi kita hingga ke hari ini hingga kita dapat bersama dalam mentelaah kitab Penawar Bagi Hati ini

*Fasa 6 & 7: Jaga 2 Tangan dan 2 Kaki*

Tangan & kaki digandingkan bersama = perbuatan & kekuasaan

Anggota badan akan jadi saksi kepada perlakuan kita di dunia ini


وَقَالُوا لِجُلُودِهِمْ لِمَ شَهِدْتُمْ عَلَيْنَا ۖ قَالُوا أَنْطَقَنَا اللَّهُ الَّذِي أَنْطَقَ كُلَّ شَيْءٍ وَهُوَ خَلَقَكُمْ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ
Dan (setelah berlaku yang demikian), berkatalah mereka kepada kulit-kulit badan mereka: "Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?" Kulit-kulit badan mereka menjawab: "Allah yang berkuasa menjadikan tiap-tiap sesuatu pandai berkata-kata - telah menjadikan kami dapat berkata-kata; dan Dia lah yang menciptakan kamu pada mulanya, dan kepadaNyalah kamu dikembalikan (untuk menerima balasan).
-Sura Fussilat, Ayah 21


وَمَا كُنْتُمْ تَسْتَتِرُونَ أَنْ يَشْهَدَ عَلَيْكُمْ سَمْعُكُمْ وَلَا أَبْصَارُكُمْ وَلَا جُلُودُكُمْ وَلَٰكِنْ ظَنَنْتُمْ أَنَّ اللَّهَ لَا يَعْلَمُ كَثِيرًا مِمَّا تَعْمَلُونَ
"Dan semasa kamu berselindung (ketika melakukan dosa di dunia dahulu) bukanlah kerana kamu bimbangkan pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan kamu menjadi saksi terhadap perbuatan-perbuatan kamu yang berdosa itu, akan tetapi kerana kamu menyangka bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan dosa yang kamu lakukan (secara bersembunyi itu).
-Sura Fussilat, Ayah 22

Kerja kita banyak dilakukan dengan menggunakan kaki dan tangan, contoh (untuk kaki):

1. Setiap langkah ke surau untuk solat berjamaah = dihapus 1 dosa, diberi 1 pahala & diangkat 1 darjat

1 niat untuk buat kebaikan akan dapat 1 pahala, jika buat akan dapat 10 pahala

2. Langkah berjalan kaki dalam menuntut ilmu yang bermanfaat

Manfaat ilmu = apabila kita dapat beramal dengannya

Berkat ilmu apabila:
1. Kita ingat
2. Kita boleh beramal dengannya

*Ikhlas semata-mata kerana Allah SWT*

*Ikhlas perlu dididik dan dibentuk*

3. Berjalan ke tempat perang sabil

4. Berjalan ke tanah haram (Mekah dan Madinah) bagi menunaikan haji dan umrah

5. Berjalan menghubungkan silaturrahim; ziarah ibubapa, keluarga, kawan, jiran

Untuk tangan:
6. Mencegah kemungkaran
"Jika nampak kemungkaran, cegah dengan tangan (kuasa), jika tidak mampu cegah dengan mulut, jika tidak mampu cegah dengan hati & itu selemah-lemah iman"

7. Menulis & mencatatkan ilmu

8. Berjabat tangan dengan orang yang soleh

"2 orang yang berjabat tangan, jatuh berguguran dosa mereka selagimana mereka bersentuhan"

9. Ibadah dengan tangan; bagi sedekah, suap makanan kepada anak & ibubapa

10. Gunakan kedua kaki dan tangan untuk cari harta di dunia & untuk manfaat bekalan akhirat

*Kesimpulan, gunakan 2 kaki, 2 tangan & anggota badan  kita untuk lakukan kebaikan & cegah kemungkaran insyaAllah*

Sambung kuliah minggu lepas Raya Haji


*************


1. Jika kita merasa lelah buat kebaikan, ingatlah lelah itu akan hilang, dan pahala kebaikan itu akan berpanjangan

2. Jika kita merasa seronok buat kemaksiatan, ingatlah seronok itu akan hilang, dan dosa kemaksiatan itu akan kekal

3. Jika kita merasa tidak cukup dengan RM5000 sebulan di dunia, berapa banyakkah simpanan yang kita ada untuk hari akhirat yang tiada penghujungnya?

Sama-sama kita tukarkan mata wang kita sekarang kepada mata wang akhirat = pahala agar boleh digunakan untuk kehidupan kita yang kekal abadi di sana

#TazkirahMagrib


Read more ...

Monday 13 August 2018

*Kuliah Kitab Minhajul Abidin* *Isnin 13 Ogos 2018 9.15pm* *Surau An Najah TUJP* *Ustaz Dr Abdull Rahman*

*Kuliah Kitab Minhajul Abidin*
*Isnin 13 Ogos 2018 9.15pm*
*Surau An Najah TUJP*
*Ustaz Dr Abdull Rahman Mahmood*
*ms 149*

*Zulhijjah*

1. Banyakkan ibadah di 10 hari Zulhijjah

2. Hidupkan puasa pada hari Arafah = Selasa 22 August 2018

3. Hari Raya Haji Rabu 23 August 2018

*Ibadah*
1. Menuntut ilmu
2. Taubat
3. Hapus halangan ibadat
a. Sibuk dunia ---> ingat akhirat
b. Manusia ---> uzlah, menyendiri, masa berkualiti
c. Syaitan ---> banyakkan zikir
d. Hawa nafsu ---> kurangkan makan, jaga ibadah

*4 yang merosakkan amalan*
1. Angan-angan yang panjang = menangguh amalan
2. Dengki
3. Sombong / takabbur / ujub / riak
4. Gopoh gapah

Kita mahu nafsu yang patuh syariat

Nasihat = sampaikan perkara yang baik, kepada orang yang disayangi dengan cara yang baik

Hasut = perkara yang tak baik, kepada orang dibenci, dengan cara baik

Nafsu dan akal perlu buat pertimbangan yang betul dengan panduan agama

Nafsu = kawal dengan iman & akal
= kawal dengan kurangkan makan = puasa awal Zulhijjah sekarang

Sambungan ms 155

10.00pm ditangguhkan

Isnin depan cuti kuliah

Read more ...

Sunday 12 August 2018

*Kuliah Subuh* *Ahad 12 Ogos 2018* *Surau An Najah TUJP* *Ustaz Haji Zainal Arifin*

*Kuliah Subuh*
*Ahad 12 Ogos 2018*
*Surau An Najah TUJP*
*Ustaz Haji Zainal Arifin*
*Kisah Pengajaran Dalam Al Quran*


Syukur kepada Allah kerana kita masih diberikan peluang untuk tambah dan lakukan kebaikan

Fastabiqul khairat = berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan

"Ya Allah kurniakanlah kami badan yang sihat, ilmu yang bertambah, rezeki yang berkat"

"kamu tidak diberikan ilmu melainkan sedikit sahaja"

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ ۖ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُمْ مِنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا
Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan *kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja*".
-Sura Al-Isra', Ayah 85


وَأَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ الْكِتَابِ وَمُهَيْمِنًا عَلَيْهِ ۖ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ ۖ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ عَمَّا جَاءَكَ مِنَ الْحَقِّ ۚ لِكُلٍّ جَعَلْنَا مِنْكُمْ شِرْعَةً وَمِنْهَاجًا ۚ وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ لَجَعَلَكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلَٰكِنْ لِيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آتَاكُمْ ۖ فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ ۚ إِلَى اللَّهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعًا فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ
Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam ugama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu *berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh)*. Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.
-Sura Al-Ma'idah, Ayah 48


Usia kamu dimana dihabiskan?

Manfaatkan 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara:
1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati

*Sambungan Kisah Dalam Al Quran*

ms 388


وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا مُوسَىٰ بِآيَاتِنَا إِلَىٰ فِرْعَوْنَ وَمَلَئِهِ فَقَالَ إِنِّي رَسُولُ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Nabi Musa dengan membawa mukjizat-mukjizat Kami, kepada Firaun dan kaumnya, lalu ia berkata: "Sesungguhnya aku ini ialah Rasul dari Tuhan sekalian alam".
-Sura Az-Zukhruf, Ayah 46

فَلَمَّا جَاءَهُمْ بِآيَاتِنَا إِذَا هُمْ مِنْهَا يَضْحَكُونَ
Maka apabila ia datang kepada mereka dengan membawa tanda-tanda kekuasaan Kami, mereka dengan serta-merta mencemuh dan menggelakkan (apa yang dibawanya) itu.
-Sura Az-Zukhruf, Ayah 47


وَمَلَئِهِ = di baca pendek
Al malak = pemuka / pembesar

Mereka (Firaun dan pemuka) mempersendakan mukjizat Musa = mempersendakan Allah kerana mukjizat itu dari Allah

= Jangan suka mempersendakan orang lain

Segala apa yang Allah lakukan ada manfaat & bukan main-main

وَمَا خَلَقْنَا السَّمَاءَ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا لَاعِبِينَ
Dan (ingatlah) tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antaranya, secara main-main.
-Sura Al-Anbiya', Ayah 16


وَمَا خَلَقْنَا السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا لَاعِبِينَ
Dan tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, secara main-main;
-Sura Ad-Dukhan, Ayah 38


إِنَّ اللَّهَ لَا يَسْتَحْيِي أَنْ يَضْرِبَ مَثَلًا مَا بَعُوضَةً فَمَا فَوْقَهَا ۚ فَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا فَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِنْ رَبِّهِمْ ۖ وَأَمَّا الَّذِينَ كَفَرُوا فَيَقُولُونَ مَاذَا أَرَادَ اللَّهُ بِهَٰذَا مَثَلًا ۘ يُضِلُّ بِهِ كَثِيرًا وَيَهْدِي بِهِ كَثِيرًا ۚ وَمَا يُضِلُّ بِهِ إِلَّا الْفَاسِقِينَ
*Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka*; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: "Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?" (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik;
-Sura Al-Baqarah, Ayah 26

Nyamuk = nampak tak masa dia sedut darah kita dengan muncungnya?


إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَالْفُلْكِ الَّتِي تَجْرِي فِي الْبَحْرِ بِمَا يَنْفَعُ النَّاسَ وَمَا أَنْزَلَ اللَّهُ مِنَ السَّمَاءِ مِنْ مَاءٍ فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَبَثَّ فِيهَا مِنْ كُلِّ دَابَّةٍ وَتَصْرِيفِ الرِّيَاحِ وَالسَّحَابِ الْمُسَخَّرِ بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) *bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran*
-Sura Al-Baqarah, Ayah 164



وَنَادَىٰ فِرْعَوْنُ فِي قَوْمِهِ قَالَ يَا قَوْمِ أَلَيْسَ لِي مُلْكُ مِصْرَ وَهَٰذِهِ الْأَنْهَارُ تَجْرِي مِنْ تَحْتِي ۖ أَفَلَا تُبْصِرُونَ
Dan Firaun pula menyeru (dengan mengisytiharkan) kepada kaumnya, katanya: "Wahai kaumku! Bukankah kerajaan negeri Mesir ini - akulah yang menguasainya, dan sungai-sungai ini mengalir di bawah (istana) ku? Tidakkah kamu melihatnya?
-Sura Az-Zukhruf, Ayah 51


أَمْ أَنَا خَيْرٌ مِنْ هَٰذَا الَّذِي هُوَ مَهِينٌ وَلَا يَكَادُ يُبِينُ
"Bahkan bukankah aku lebih baik daripada orang yang hina keadaannya ini, dan yang hampir-hampir tidak dapat menjelaskan perkataannya?
-Sura Az-Zukhruf, Ayah 52

فَلَوْلَا أُلْقِيَ عَلَيْهِ أَسْوِرَةٌ مِنْ ذَهَبٍ أَوْ جَاءَ مَعَهُ الْمَلَائِكَةُ مُقْتَرِنِينَ
"(Kalau betul ia seorang Rasul) maka sepatutnya ia dipakaikan (oleh Tuhannya) gelang-gelang emas (yang menandakan ia seorang pemimpin), atau datang malaikat bersama-sama dengannya (sebagai saksi tentang kebenarannya)?"
-Sura Az-Zukhruf, Ayah 53

= Firauan melihat material
= Semuanya atas kurniaan Allah
= jangan terlalu kagum dengan kelebihan yang dikurniakan kerana semuanya milik Allah
= kemuliaan seseorang itu bukan dilihat pada kebendaannya

Sebahagian rahmat dan kasih sayang Allah kepada kita dalam memanfaatkan masa lapang & kesihatan
Read more ...

Saturday 11 August 2018

*Kuliah Magrib* *Sabtu 11 Ogos 2018* *Surau An Najah TUJP* *Ustaz Yuseri Ahmad*

*Kuliah Magrib*
*Sabtu 11 Ogos 2018*
*Surau An Najah TUJP*
*Ustaz Yuseri Ahmad*
*40 Hadis Penawar Hati*

Alhamdulillah dapat bersama lagi pada malam ini

Malam ini malam 1 Zulhijjah

"Tidak ada suatu hari yang lebih besar, selain daripada hari-hari yang sepuluh"

Ulama menyatakan 10 hari awal Zulhijjah

وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّهِ ۚ فَإِنْ أُحْصِرْتُمْ فَمَا اسْتَيْسَرَ مِنَ الْهَدْيِ ۖ وَلَا تَحْلِقُوا رُءُوسَكُمْ حَتَّىٰ يَبْلُغَ الْهَدْيُ مَحِلَّهُ ۚ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ بِهِ أَذًى مِنْ رَأْسِهِ فَفِدْيَةٌ مِنْ صِيَامٍ أَوْ صَدَقَةٍ أَوْ نُسُكٍ ۚ فَإِذَا أَمِنْتُمْ فَمَنْ تَمَتَّعَ بِالْعُمْرَةِ إِلَى الْحَجِّ فَمَا اسْتَيْسَرَ مِنَ الْهَدْيِ ۚ فَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ فِي الْحَجِّ وَسَبْعَةٍ إِذَا رَجَعْتُمْ ۗ تِلْكَ عَشَرَةٌ كَامِلَةٌ ۗ ذَٰلِكَ لِمَنْ لَمْ يَكُنْ أَهْلُهُ حَاضِرِي الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah; maka sekiranya kamu dikepong (dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, maka kamu bolehlah bertahallul serta) sembelihlah Dam yang mudah didapati; dan janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk bertahallul), sebelum binatang Dam itu sampai (dan disembelih) di tempatnya. Maka sesiapa di antara kamu sakit atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu ia mencukur rambutnya), hendaklah ia membayar fidyah. Iaitu berpuasa, atau bersedekah, atau menyembelih Dam. Kemudian apabila kamu berada kembali dalam keadaan aman, maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah, (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji, (bolehlah ia melakukannya kemudian wajiblah ia) menyembelih Dam yang mudah didapati. Kalau ia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing); semuanya itu sepuluh (hari) cukup sempurna. Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap (di sekitar) masjid Al-Haraam (Makkah). Dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha berat balasan seksaNya (terhadap orang-orang yang melanggar perintahNya).
-Sura Al-Baqarah, Ayah 196


Perbanyakkab tahlil, tasbih & tahmid

"Setiap tasbih akan diganjari dengan sebatang pokok di syurga"

"Apabila nampak anak bulan Zulhijjah, berniat untuk korban, jangan potong kuku, rambut"

= larangan sunat / seboleh-bolehnya jangan potong kuku dan rambut. Potong juga makruh hukumnya

= sempena meraikan orang yang mengerjakan ibadah haji

= mengambil roh / menjiwai ibadah haji


*Hadis 39: Sumber Pahala Itu Banyak*

HR Bukhari & Muslim

Setiap sendi manusia hendaklah beri sedekah setiap hari:
1. Berlaku adil pada 2 orang yang bertelingkah
2. Tolong orang lain pada binatangnya (kenderaannya)
3. Perkataan yang baik
4. Setiap langkah untuk solat berjamaah
5. Buang halangan di jalan

Setiap sendi = bersyukur atas segala nikmat kurniaan Allah kepada kita

*Setiap hari bagi sedekah*

Sedekah = bagi / buat sesuatu yang bermanfaat kepada orang lain

1. Berlaku adil pada 2 orang yang bertelingkah
= meleraikan pertelingkahan dengan adil
= hakim hendaklah berlaku adil

2. Tolong orang lain pada binatangnya (kenderaannya)
= tolong dia naik kenderaannya
= tolong dia angkat barang atas kenderaannya
= memudahkan urusan kenderaan;

3. Perkataan / kalimah yang baik
= bercakap benar & tidak bercakap bohong
= mengajak kearah kebenaran & kebaikan dan membenci kesesatan
= lemah lembut
= jangan mencaci, mencarut
= menegur dan menyapa sahabat

"Di antara tanda baiknya keislaman seseorang itu adalah dia meninggalkan sesuatu yang tidak berkenaan dengannya (meninggalkan percakapan yang tidak baik dan sia-sia)"

4. Setiap langkah untuk solat berjamaah
= setiap langkah adalah sedekah
= maka perbanyakkanlah langkah kita mendatangi masjid
= kerap datang ke masjid

Lebih-lebih lagi pada 10 awal Zulhijjah ini, tingkatkan kualiti diri kita

5. Buang halangan dijalanan juga sedekah
= halangan = duri, batu, tampal jalan

Kebaikan yang kita buat itu untuk orang lain = sedekah = beri tenaga untuk manfaat orang lain

Senyum itu juga sedekah

Banyak amalan yang boleh dilakukan tanpa modal untuk sedekah


"Setiap badan anak Adam ada 360 sendi. Sesiapa yang bertakbir, memuji Allah, bertahlil, bertasbih, meminta ampun, menyisihkan batu yang menggangu dijalanan, atau membuang duri duri atau tulang dijalanan, atau menyuruh berbuat baik, atau mencegah perbuatan mungkar, sehingga apa yang dilakukannya mencukupi bilangan 360 kali, maka orang tersebut pada hari itu telah menjauhkan dirinya daripada api neraka"

= contoh setiap kali lepas solat 33 + 33 + 34 tahlil, tasbih, tahmid = 100 kali x 5 waktu solat = 500 kali sehari

= setiap hari buat kebaikan agar lebih 360 kali

= bersyukur atas setiap nikmat kurniaan Allah

= manusia / insan sebaik-baik kejadian
= Al Quran suatu kitab yang sangat sempurna
= syaitan juga sangat sempurna tetapi dalam melakukan kejahatan

= syukuri nikmat kesempurnaan diri kita dengan melakukan kebaikan / bersedekah bagi manfaat orang lain

Mudah-mudahan kita semakin kuat untuk berkorban; mengorbankan hawa nafsu kita bagi mentaati segala perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Semoga kita menjadi hamba Allah yang sentiasa mendapat barakah daripadaNya insyaAllah

8.45pm ditangguhkan

Read more ...

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 122)* *9 Aug 2018 9.40pm*

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 122)*
*9 Aug 2018 9.40pm*
*Dewan 3F-201 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi*
*Ustaz Aiman Shafie*
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*

**********************
*Ustaz Aiman Shafie*
*9.40pm*

*TERJEMAHAN HARFIYAH*

Sambungan
Al Baqarah 2: 69

قَالُوا ادْعُ لَنَا رَبَّكَ يُبَيِّنْ لَنَا مَا لَوْنُهَا ۚ

Tajwid, beri perhatian pada sebutan

ادْعُ = kalkalah
قلقلة = صغرى & كبرى
Kalkalah ada 2:
Sugra = biasanya bukan di akhir ayat = pantulan sederhana
Kubra = tempatnya biasa di akhir = pantulan lebih jelas


*MUFRADAT AL QURAN*

قَالُوا = telah berkata mereka
(bani Israel)
قال = الماضي = berkata

ادْعُ = serulah engkau (Musa)

لَ = untuk

نَا = Kami

 رَبَّ = Tuhan yang memelihara

كَ = engkau

 يُبَيِّنْ = Dia jelaskan
بين = jelaskan / terangkan
/ nyatakan

 لَ = bagi / untuk

نَا = kami

مَا = apakah
makna lain = apa yang

1. لَوْنُ = warna

هَا ۚ = nya (البقرة / lembu)

1 mufradat baru Al Quran


*TADABBUR*

وَبَشِّرِ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ۖ كُلَّمَا رُزِقُوا مِنْهَا مِنْ ثَمَرَةٍ رِزْقًا ۙ قَالُوا هَٰذَا الَّذِي رُزِقْنَا مِنْ قَبْلُ ۖ وَأُتُوا بِهِ مُتَشَابِهًا ۖ وَلَهُمْ فِيهَا أَزْوَاجٌ مُطَهَّرَةٌ ۖ وَهُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 25

Nikmat ketiga = nikmat minuman & permandangan yang indah


Nikmat kelima

كُلَّمَا رُزِقُوا مِنْهَا مِنْ ثَمَرَةٍ رِزْقًا ۙ
 كُلَّمَا = setiap kali (dapat makan)
= setiap kali dapat makan di syurga

قَالُوا هَٰذَا الَّذِي رُزِقْنَا مِنْ قَبْلُ ۖ
قَبْلُ = sebelum ini
= sebelum ini
= dunia / hari sebelumnya
= setiap kali dapat nikmat di syurga, nikmat itu makin bertambah



وَأُتُوا بِهِ مُتَشَابِهًا ۖ
مُتَشَابِهًا = sama serupa
= sama luaran tetapi berbeza hakikat
= nikmat syurga tiada batasan = tidak akan bosan

وَلَهُمْ فِيهَا أَزْوَاجٌ مُطَهَّرَةٌ ۖ وَهُمْ فِيهَا خَالِدُونَ


*********
*Dr Shafie Md Amin*
*10.19pm*
*Ibadah Korban*

Ibadah korban mesti berpandukan Al Quran & Sunnah

Korban = قربانا

وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ابْنَيْ آدَمَ بِالْحَقِّ إِذْ قَرَّبَا قُرْبَانًا فَتُقُبِّلَ مِنْ أَحَدِهِمَا وَلَمْ يُتَقَبَّلْ مِنَ الْآخَرِ قَالَ لَأَقْتُلَنَّكَ ۖ قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ
Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):" Sesungguhnya aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa;
-Sura Al-Ma'idah, Ayah 27


لَنْ يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَٰكِنْ يَنَالُهُ التَّقْوَىٰ مِنْكُمْ ۚ كَذَٰلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ ۗ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ
Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya.
-Sura Al-Hajj, Ayah 37


قربانا = قَرُبَ = karib / dekat
قَرَّبَ = berkorban

قَرَّبَا قُرْبَانًا
= iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah)

Korban untuk mendekatkan diri kita kepada Allah = taqwa = semakin kita kuat / bersemangat belajar Al Quran

Asas ibadah ada 5; syahadah, solat, puasa, haji & zakat

Ibadah = pengabdian = semua aktiviti hidup

Ibadah = abdi
1. Dekat diri
2. Taat / ikut
3. Belajar peraturan

Kerja, semua aktiviti kehidupan kita adalah ibadah

Terus semangat belajar Al Quran hingga akhir hayat; belajar tajwid, hafal, amal & sampaikan

Tanda ibadah diterima = kita semakin dekat dengan Allah = semakin kuat belajar Al Quran; belajar, hafal, faham, amal & sampaikan





Read more ...

Monday 6 August 2018

*Kuliah Kitab Minhajul Abidin* *Isnin 6 Ogos 2018 9.15pm* *Surau An Najah TUJP* *Ustaz Dr Abdull Rahman

*Kuliah Kitab Minhajul Abidin*
*Isnin 6 Ogos 2018 9.15pm*
*Surau An Najah TUJP*
*Ustaz Dr Abdull Rahman Mahmood*
*ms 148*

Tipu daya syaitan dalam ketaatan
1. Larang buat taat
2. Tangguh buat taat
3. Buat taat dengan gopoh
4. Riak dalam buat taat
5. Ujub dalam ketaatan
6. Helah - bongkar / bagitahu ketaatan
7. Rasa dah banyak ibadah

4 penghalang ibadah:
1. Sibuk dunia ---> ingat akhirat & zuhud
2. Manusia ---> uzlah = waktu berkualiti dalam ibadah
3. Nafsu ---> jaga ibadah, jaga agama dalam muamalat
4. Syaitan ---> banyakkan zikir

"Sesiapa melazimi ayat kursi selepas solat 5 waktu, jaraknya dengan syurga hanyalah kematian"

Siapa orang yang bahagia?
Orang yang membahagiakan orang lain

Yakin dengan doa dan permohonan kita kepada Allah

*Ganguan Hawa Nafsu* ms 148
Cara kawal nafsu dengan kurangkan makan

"Pilih tempat untuk letak benih, kerana zuriat akan mengikut"
= ibubapa yang bertakwa akan lahirkan anak yang bertakwa


Banyakkan doa:

وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa*
-Sura Al-Furqan, Ayah 74


Banyakkan doa:

وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَانًا ۖ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهًا وَوَضَعَتْهُ كُرْهًا ۖ وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلَاثُونَ شَهْرًا ۚ حَتَّىٰ إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي ۖ إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)".
-Sura Al-Ahqaf, Ayah 15

Al-Ahqaf 46: Ayah 15
وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَانًا ۖ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهًا وَوَضَعَتْهُ كُرْهًا ۖ وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلَاثُونَ شَهْرًا ۚ حَتَّىٰ إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً

*قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي ۖ إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ*


10pm ditangguhkan
Read more ...

Saturday 4 August 2018

*Kuliah Magrib* *Sabtu 4 Ogos 2018* *Surau An Najah TUJP* *Ustaz Haji Zainal Arifin*

*Kuliah Magrib*
*Sabtu 4 Ogos 2018*
*Surau An Najah TUJP*
*Ustaz Haji Zainal Arifin*
*Pengajaran Daripada Kisah Dalam Al Quran*

Syukur Allah masih bagi kita peluang untuk buat kebaikan; *berlumba-lumba buat kebaikan*
فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ

"Sesiapa memudahkan orang yang berhajat, Allah akan memudahkan urusannya dunia dan akhirat" = memudahkan urusan kuliah di surau kita dan memudahkan urusan para jamaah

فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ
*Berlumba-lumba buat kebaikan*
وَلِكُلٍّ وِجْهَةٌ هُوَ مُوَلِّيهَا ۖ فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ ۚ أَيْنَ مَا تَكُونُوا يَأْتِ بِكُمُ اللَّهُ جَمِيعًا ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu *berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan*; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 148


وَأَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ الْكِتَابِ وَمُهَيْمِنًا عَلَيْهِ ۖ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ ۖ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ عَمَّا جَاءَكَ مِنَ الْحَقِّ ۚ لِكُلٍّ جَعَلْنَا مِنْكُمْ شِرْعَةً وَمِنْهَاجًا ۚ وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ لَجَعَلَكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلَٰكِنْ لِيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آتَاكُمْ ۖ فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ ۚ إِلَى اللَّهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعًا فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ
Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam ugama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu *berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh)*. Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.
-Sura Al-Ma'idah, Ayah 48


فَاسْتَجَبْنَا لَهُ وَوَهَبْنَا لَهُ يَحْيَىٰ وَأَصْلَحْنَا لَهُ زَوْجَهُ ۚ إِنَّهُمْ كَانُوا يُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ وَيَدْعُونَنَا رَغَبًا وَرَهَبًا ۖ وَكَانُوا لَنَا خَاشِعِينَ
Maka Kami perkenankan doanya, dan Kami kurniakan kepadanya (anaknya) Yahya, dan Kami perelokkan keadaan isterinya yang mandul, (untuk melahirkan anak) baginya. (Kami limpahkan berbagai ihsan kepada Rasul-rasul itu ialah kerana) *sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan, dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta gerun takut; dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami*
-Sura Al-Anbiya', Ayah 90


Biar kita rasa dan jadi orang yang sentiasa dahagakan ilmu

Makanan rohani perlu sentiasa ada seperti juga makanan fizikal kita

Moga kita sentiasa jadi orang yang cintakan ilmu

Ilmu; amalkan dan sebarkan

"Sebaik-baik kamu orang yang belajar dan mengajarkan Al Quran" = *walaupun kita hanya mampu ajar Iqra kepada anak-anak* = ajar ikut kemampuan kita

*Pengajaran Daripada Kisah Dalam Al Quran*

Contoh kisah semut

حَتَّىٰ إِذَا أَتَوْا عَلَىٰ وَادِ النَّمْلِ قَالَتْ نَمْلَةٌ يَا أَيُّهَا النَّمْلُ ادْخُلُوا مَسَاكِنَكُمْ لَا يَحْطِمَنَّكُمْ سُلَيْمَانُ وَجُنُودُهُ وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ
(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Waadin-Naml", berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari".
-Sura An-Naml, Ayah 18

= *Jaga keselamatan apabila ada bahaya datang menimpa*

Kisah Firaun mengaku dirinya sebagai tuhan

Al Qasas 38

وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَٰهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَىٰ إِلَٰهِ مُوسَىٰ وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ
Dan Firaun pula berkata: "Wahai orang-orangku, aku tidak mengetahui ada bagi kamu sebarang tuhan yang lain daripadaku; oleh itu, wahai Haman, bakarkanlah untukku batu-bata, serta binalah untukku bangunan yang tinggi, supaya aku naik melihat Tuhan Musa (yang dikatakannya itu); dan sesungguhnya aku percaya adalah Musa dari orang-orang yang berdusta".
-Sura Al-Qasas, Ayah 38

Tadabbur, tazakkur, tafakkur

لِأُولِي الْأَلْبَابِ = bagi orang yang berakal / berfikir

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَابِ
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada *tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal*;
-Sura Aal-E-Imran, Ayah 190


يُقَلِّبُ اللَّهُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَعِبْرَةً لِأُولِي الْأَبْصَارِ
Allah menukarkan malam dan siang silih berganti; *sesungguhnya yang demikian mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang celik mata hatinya berfikir*
-Sura An-Nur, Ayah 44


Beza Ilah & Rab
Rab = pencipta dan pemilik
Ilah = yang disembah

An Naziat 15-24

فَقَالَ أَنَا رَبُّكُمُ الْأَعْلَىٰ
Dengan berkata: "Akulah tuhan kamu, yang tertinggi".
-Sura An-Nazi'at, Ayah 24

Manusia biasanya angkuh sebab pangkat, harta, keturunan, ilmu = sentiasa minta perlindungan Allah = agar Allah lindungi kita = kita ini hambaNya yang lemah

Apabila terasa diri besar, angkuh, datang lintasan di hati, cepat-cepat istigfar kepada Allah

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْْقَيُّومُ وَ أَتُوبُ إِلَيْهِ
Aku memohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung, tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup dan Memelihara (kehidupan), dan aku bertaubat kepada-Nya

Sesungguhnya yang takut kepada Allah itu ulama = orang berilmu

وَمِنَ النَّاسِ وَالدَّوَابِّ وَالْأَنْعَامِ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ كَذَٰلِكَ ۗ إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ
Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? *Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu*. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.
-Sura Fatir, Ayah 28

Takut = amalan hati = terzahir melalui perbuatan

"Tidak akan lurus iman seseorang melainkan lurus hatinya
Tidak akan lurus hati seseorang melainkan lurus lidahnya"

Lurus lidah = dijaga percakapannya

Hujurat 11
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِنْ قَوْمٍ عَسَىٰ أَنْ يَكُونُوا خَيْرًا مِنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِنْ نِسَاءٍ عَسَىٰ أَنْ يَكُنَّ خَيْرًا مِنْهُنَّ ۖ وَلَا تَلْمِزُوا أَنْفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ ۖ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ ۚ وَمَنْ لَمْ يَتُبْ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
-Sura Al-Hujurat, Ayah 11

وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ
"Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya".
-Sura Al-Falaq, Ayah 5

= minta dengan Allah agar dijauhkan daripada orang yang dengki; kita tidak tahu bila akan didengki

Gunakan umur, masa lapang, rezeki kita ke arah kebaikan

Tiada satu pun yang Allah lakukan sia-sia = semuanya ada manfaat untuk kehidupan kita

Minta kepada Allah agar sentiasa dimudahkan hati kita untuk mencari dan melakukan kebaikan = fastabikul khairat
فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ
= berlumba-lumba kita lakukan kebaikan

Mohon dengan kekuatan kurniaan Allah
لَاحَوْلَ وَلَ قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
= tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah

Jangan disia-siakan masa, umur dan kehidupan kita ini kerana semuanya akan dihitung, dihisab dan diminta pertanggungjawaban

Semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah dan sentiasa dalam mencari ilmu dan melakukan kebaikan insyaAllah
Read more ...

Thursday 2 August 2018

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 121)* *2 Aug 2018*

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 121)*
*2 Aug 2018 9.40pm*
*Dewan 3F-201 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi*
*Ustaz Aiman Shafie*
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*

**********************
*Ustaz Aiman Shafie*
*9.40pm*

*TERJEMAHAN HARFIYAH*

Sambungan
Al Baqarah 2: 68

 ۚ قَالَ إِنَّهُ يَقُولُ إِنَّهَا بَقَرَةٌ لَا فَارِضٌ وَلَا بِكْرٌ عَوَانٌ بَيْنَ ذَٰلِكَ ۖ فَافْعَلُوا مَا تُؤْمَرُونَ

Beri perhatian pada 1 perkara, agar bacaan sama

Kadar tempuh dengung = ghunnah zaidah = dengung panjang sedikit pada 4 tempat
= غنة زأئدة

1. إِنَّهُ

2. إِنَّهَا

3. فَارِضٌ

4. عَوَانٌ بَيْنَ


*MUFRADAT AL QURAN*

 ۚ قَالَ = telah berkata ia (Musa)

إِنَّهُ =  sesungguhnya Dia (Allah)
إِنَّ + هُ = sesungguhnya + dia

1. يَقُولُ = Dia Berkata 
huruf mad ada 3 ا و ي

 إِنَّهَا = sesungguhnya ia
(baqarah / lembu)

بَقَرَةٌ = seekor lembu betina

لَا = (yang) tidak

2. فَارِضٌ = sangat tua

وَلَا = dan tidak

3. بِكْرٌ = muda
= anak muda / anak gadis (jika untuk manusia)

4. عَوَانٌ = pertengahan

5. بَيْنَ = di antara

ذَٰلِكَ ۖ  = yang demikian itu
(antara sangat tua dan muda)

فَ = maka

6. افْعَلُوا = buatlah olehmu
فعل = buat

مَا = apa yang

7. تُؤْمَرُونَ = kamu disuruh
أمر = suruh / arah




*******
أنيت
يَقُولُ = dia berkata
يَقُولُنَ = mereka berkata
تَقُولُ = kamu / engkau berkata
تقُولُنَ = kamu (semua) berkata
أقُولُ = aku berkata
تقُولُ = kami berkata

******
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*
*10.22pm*
*Buku You Are The Best*
*ms 40*

Kebahagiaan = ketenangan
= Al Hadid 57 : 23
لِكَيْلَا تَأْسَوْا عَلَىٰ مَا فَاتَكُمْ وَلَا تَفْرَحُوا بِمَا آتَاكُمْ ۗ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ
(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu *tidak bersedih hati akan apa yang telah luput* daripada kamu, dan *tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan* kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.
-Sura Al-Hadid, Ayah 23

Putus asa = orang yang ingkar
Dalil surah Yusuf 12 : 87
يَا بَنِيَّ اذْهَبُوا فَتَحَسَّسُوا مِنْ يُوسُفَ وَأَخِيهِ وَلَا تَيْأَسُوا مِنْ رَوْحِ اللَّهِ ۖ إِنَّهُ لَا يَيْأَسُ مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْكَافِرُونَ
Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan *janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir*".
-Sura Yusuf, Ayah 87

Jangan berputus asa & jangan terlalu bergembira kerana semua yang kita miliki akan berakhir

Setiap ujian dan cabaran adalah bersifat sementara, tugas kita adalah sentiasa taat kepada Allah dan sentiasa bersangka baik dengan Allah

10.45pm ditangguhkan





Read more ...