Saturday 11 August 2018

*Kuliah Magrib* *Sabtu 11 Ogos 2018* *Surau An Najah TUJP* *Ustaz Yuseri Ahmad*

*Kuliah Magrib*
*Sabtu 11 Ogos 2018*
*Surau An Najah TUJP*
*Ustaz Yuseri Ahmad*
*40 Hadis Penawar Hati*

Alhamdulillah dapat bersama lagi pada malam ini

Malam ini malam 1 Zulhijjah

"Tidak ada suatu hari yang lebih besar, selain daripada hari-hari yang sepuluh"

Ulama menyatakan 10 hari awal Zulhijjah

وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّهِ ۚ فَإِنْ أُحْصِرْتُمْ فَمَا اسْتَيْسَرَ مِنَ الْهَدْيِ ۖ وَلَا تَحْلِقُوا رُءُوسَكُمْ حَتَّىٰ يَبْلُغَ الْهَدْيُ مَحِلَّهُ ۚ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ بِهِ أَذًى مِنْ رَأْسِهِ فَفِدْيَةٌ مِنْ صِيَامٍ أَوْ صَدَقَةٍ أَوْ نُسُكٍ ۚ فَإِذَا أَمِنْتُمْ فَمَنْ تَمَتَّعَ بِالْعُمْرَةِ إِلَى الْحَجِّ فَمَا اسْتَيْسَرَ مِنَ الْهَدْيِ ۚ فَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ فِي الْحَجِّ وَسَبْعَةٍ إِذَا رَجَعْتُمْ ۗ تِلْكَ عَشَرَةٌ كَامِلَةٌ ۗ ذَٰلِكَ لِمَنْ لَمْ يَكُنْ أَهْلُهُ حَاضِرِي الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah; maka sekiranya kamu dikepong (dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, maka kamu bolehlah bertahallul serta) sembelihlah Dam yang mudah didapati; dan janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk bertahallul), sebelum binatang Dam itu sampai (dan disembelih) di tempatnya. Maka sesiapa di antara kamu sakit atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu ia mencukur rambutnya), hendaklah ia membayar fidyah. Iaitu berpuasa, atau bersedekah, atau menyembelih Dam. Kemudian apabila kamu berada kembali dalam keadaan aman, maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah, (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji, (bolehlah ia melakukannya kemudian wajiblah ia) menyembelih Dam yang mudah didapati. Kalau ia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing); semuanya itu sepuluh (hari) cukup sempurna. Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap (di sekitar) masjid Al-Haraam (Makkah). Dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha berat balasan seksaNya (terhadap orang-orang yang melanggar perintahNya).
-Sura Al-Baqarah, Ayah 196


Perbanyakkab tahlil, tasbih & tahmid

"Setiap tasbih akan diganjari dengan sebatang pokok di syurga"

"Apabila nampak anak bulan Zulhijjah, berniat untuk korban, jangan potong kuku, rambut"

= larangan sunat / seboleh-bolehnya jangan potong kuku dan rambut. Potong juga makruh hukumnya

= sempena meraikan orang yang mengerjakan ibadah haji

= mengambil roh / menjiwai ibadah haji


*Hadis 39: Sumber Pahala Itu Banyak*

HR Bukhari & Muslim

Setiap sendi manusia hendaklah beri sedekah setiap hari:
1. Berlaku adil pada 2 orang yang bertelingkah
2. Tolong orang lain pada binatangnya (kenderaannya)
3. Perkataan yang baik
4. Setiap langkah untuk solat berjamaah
5. Buang halangan di jalan

Setiap sendi = bersyukur atas segala nikmat kurniaan Allah kepada kita

*Setiap hari bagi sedekah*

Sedekah = bagi / buat sesuatu yang bermanfaat kepada orang lain

1. Berlaku adil pada 2 orang yang bertelingkah
= meleraikan pertelingkahan dengan adil
= hakim hendaklah berlaku adil

2. Tolong orang lain pada binatangnya (kenderaannya)
= tolong dia naik kenderaannya
= tolong dia angkat barang atas kenderaannya
= memudahkan urusan kenderaan;

3. Perkataan / kalimah yang baik
= bercakap benar & tidak bercakap bohong
= mengajak kearah kebenaran & kebaikan dan membenci kesesatan
= lemah lembut
= jangan mencaci, mencarut
= menegur dan menyapa sahabat

"Di antara tanda baiknya keislaman seseorang itu adalah dia meninggalkan sesuatu yang tidak berkenaan dengannya (meninggalkan percakapan yang tidak baik dan sia-sia)"

4. Setiap langkah untuk solat berjamaah
= setiap langkah adalah sedekah
= maka perbanyakkanlah langkah kita mendatangi masjid
= kerap datang ke masjid

Lebih-lebih lagi pada 10 awal Zulhijjah ini, tingkatkan kualiti diri kita

5. Buang halangan dijalanan juga sedekah
= halangan = duri, batu, tampal jalan

Kebaikan yang kita buat itu untuk orang lain = sedekah = beri tenaga untuk manfaat orang lain

Senyum itu juga sedekah

Banyak amalan yang boleh dilakukan tanpa modal untuk sedekah


"Setiap badan anak Adam ada 360 sendi. Sesiapa yang bertakbir, memuji Allah, bertahlil, bertasbih, meminta ampun, menyisihkan batu yang menggangu dijalanan, atau membuang duri duri atau tulang dijalanan, atau menyuruh berbuat baik, atau mencegah perbuatan mungkar, sehingga apa yang dilakukannya mencukupi bilangan 360 kali, maka orang tersebut pada hari itu telah menjauhkan dirinya daripada api neraka"

= contoh setiap kali lepas solat 33 + 33 + 34 tahlil, tasbih, tahmid = 100 kali x 5 waktu solat = 500 kali sehari

= setiap hari buat kebaikan agar lebih 360 kali

= bersyukur atas setiap nikmat kurniaan Allah

= manusia / insan sebaik-baik kejadian
= Al Quran suatu kitab yang sangat sempurna
= syaitan juga sangat sempurna tetapi dalam melakukan kejahatan

= syukuri nikmat kesempurnaan diri kita dengan melakukan kebaikan / bersedekah bagi manfaat orang lain

Mudah-mudahan kita semakin kuat untuk berkorban; mengorbankan hawa nafsu kita bagi mentaati segala perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Semoga kita menjadi hamba Allah yang sentiasa mendapat barakah daripadaNya insyaAllah

8.45pm ditangguhkan

No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat