Thursday 13 February 2014

Travelog Umrah dan Ziarah (3) Kekal Sihat dan Cergas di Madinah dan Mekah

Kita datang ke Madinah dan Mekah untuk beribadah pada Allah. Ibadah di sini banyak melibatkan pergerakkan fizikal, antaranya tawaf yang memerlukan kita pusing kaabah dalam arah lawan jam sebanyak 7 pusingan; mula dan tamat di penjuru Hajar Aswad. Saie pula kita perlu berjalan / berlari-lari anak dari bukit Safa ke bukit Marwah sebagai memperingati perjuangan dan pengorbanan nenek kita Siti Hajar yang berlari-lari anak mencari air untuk anaknya Nabi Ismail.

Antara makanan tambahan yang boleh di bawa ke sana bagi membantu menyihatkan badan adalah:

(1) Vitamin B Complex dan Vitalea: Diambil sebiji pada waktu pagi dan petang, bagi membantu memberikan tenaga dan meningkatkan kecergasan fizikal

(2) Omega guard: Memberi perlindungan pada fungsi jantung

(3) Ostematrik: Diambil sebelum tidur untuk keperluan kalsium tulang dan gigi. Kita banyak berjalan di Mekah dan Madinah. Jadi keperluan tulang perlu di jaga

(4) Alfalfa: Untuk membantu penghadaman dan membuang toksin dalam badan.

(5) Vitamin C: membantu sistem imunisasi dan kesihatan kulit. Cuaca di sana agak panas dan kering. Jadi vitamin C boleh membantu

(6) Nutfireron: Hanya di ambil bila perlu. Membantu sistem imun bagi mengegah penyakit

(7) Ubat-ubatan dari klinik juga boleh di bawa bersama antaranya, panadol / paracetamol, ubat batuk, ubat sakit tekak, actifast dan ubat selsema. Berdasarkan pengalaman kami, alhamdulillah ubat-ubat ini tidak perlu digunakan. Namun sebagai persediaan elok kita bawa bersama. Jika kita tak guna, boleh hadiahkan pada sahabat-sahabat yang kita yang lain yang memerlukan.

Di Masjidil Nabawi dan Masjidil Haram, ada banyak disediakan tong air zam-zam. Hanya perlu bawa botol untuk isi air. Gelas plastik juga disediakan di sana. Boleh terus ambil air dan minum di sana. Jangan lupa baca “Bismillah” dan selawat, dan minum dengan mengadap arah kiblat / Kaabah. Makanan tambahan di atas juga boleh diambil bersama air zam-zam. Minum air zam-zam sehingga kenyang dan niatkan untuk kesihatan badan agar dapat beribadah padanya dengan sempurna, insyaAllah.

Antara hadis yang menyatakan tentang khasiat dan manfaat air zam-zam adalah:

“Air yang paling baik dipermukaan bumi adalah air zam-zam. Ia mengandungi makanan bergizi dan menyembuhkan penyakit” HR At Tabarani

“Tanda yang membezakan antara kita dengan orang-orang munafik adalah mereka tidak minum air zam-zam sampai kenyang” HR Albaihaqi

“Air zam-zam sesuai dengan tujuan orang yang meminumnya” HR Ibnu Majah; 3062

“Demam adalah merupakan angin panas daripada neraka Jahannam, maka dinginkanlah ia dengan air zam-zam

Tong-tong yang disediakan di Masjid Nabawi dan juga Masjidil Haram untuk para Jemaah. Ada air zam-zam sejuk dan ada yang tidak.

Ni Lukeman ambil gambar sebelum makan nutriferon dengan air zam-zam. Lukeman ambil 2 paket nutriferon sepajang 12 hari di Madinah dan Mekah


Ini pula adalah gambar sebelum berangkat ke sana. Nutriferon, Vitamin C, Vitalea, B Complex dan Ostematrik yang dipaketkan kecil-kecil dan di bawa bersama ke sana. Tak habis pun, ambil ketika perlu sahaja. Biasanya kami akan ambil B complex sebelum berangkat ke masjid waktu pagi, dan vitalea dan vitamin C pada waktu petang, ostematrik sebelum tidur, dan nutriferon bila perlu. Liza 1 set dan Lukeman 1 set sebab kami tinggal di bilik berasingan.


Ubat-ubat klinik juga dibawa. Namun jumlah yang dibawa sama dengan jumlah yang dibawa pulang ke Malaysia


Allah Maha Kuasa, dan Allah yang Menyembuh, Yang Menyihat dan Yang Memberi Manfaat dan Yang Memberikan Mudharat. Vitamin dan ubat hanyalah asbab dan ikhtiar kita kepadaNya. Jangan lupa banyakkan berdoa agar diberikan kesihatan dan agar perjalanan umrah, ziarah mahupun haji kita berjalan lancer dan diterimaNya insyaAllah

Wallahhua’lam

Liza & Lukeman
Bangi Selangor
13.2.2014
Shaklee Independent Distributor ID: 1089476
Tel/sms/whatsapp: 013-2299319
Blog: www. jombahagia.blogspot.com
Email: jombahagia@gmail.com

Artikel berkaitan:

1. Travelog Umrah dan Ziarah (4) Keutamaan Madinah dan Masjid Nabawi
2. Travelog Umrah dan Ziarah (2) Keutamaan Mekah
3. Travelog Umrah dan Ziarah (1) Bangi menuju Madinah