Sunday 16 February 2014

Nutriferon; Kuatkan Imun Badan


Nutriferon adalah campuran ekstrak tumbuhan yang terbukti secara klinikal dapat menguatkan system imun badan kita, insyaAllah. Produk ini diciptakan oleh oleh pakar imun iaitu Dr. Yasuhiko Kojima selepas melakukan lebih daripada 40 tahun penyelidikan. Beliau berjaya menghasilkan Nutriferon selepas beberapa kali melakukan ujian dan penilaian terhadap beribu sebatian dan lebih daripada 200 herba. Nutriferon adalah satu-satunya suplemen yang dicipta olehnya.

Nutriferon mengandungi satu campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower yang terbukti secara klinikal dapat menyokong dan merangsang proses gerak balas imun secara semulajadi. Produk-produk keluaran Shaklee Alhamdulillah disahkan halal oleh Islamic Services of America, iaitu sebuah badan yang diakui oleh JAKIM Malaysia

Alhamdulillah kami sekeluarga menggunakan produk ini dari awal kami ambil produk kesihatan Shaklee. Pengambilannya hanya ketika perlu, contohnya masa anak-anak kena eszema ataupun masa badan mereka agak panas. Bagi orang dewasa boleh ambil 1 paket setiap hari, ataupun selang 2 hari ataupun seminggu sekali. Jika mahukan kesan yang maksimum, disarankan ambil 1 paket sehari. Bagi kanak-kanak boleh ambil setengah paket bila perlu.

Nutriferon dan air zam-zam di Madinah. Sepanjang 12 hari di Mekah dan Madinah, Lukeman ambil 2 paket nutriferon bersama dengan air zam-zam. Baca "bismillah" dan selawat pada junjungan Nabi Muhammad SAW, mengadap kiblat, masukkan nutriferon dalam mulut dan minum bersama air zam-zam sehingga kenyang. Niatkan untuk kesihatan dan kesembuhan, insyaAllah semoga kita dipermudahkan segala urusan.

 Ini pula kami bagi pada anak kami, Muhammad pada malam hari Khamis (13.2.2014). Badannya terasa panas, tapi Muhammad kata badanya sejuk. Tengah bersiap-siap untuk solat magrib sama-sama, dia minta OFF kan kipas dan aircond, walhal orang lain semua panas. Lepas makan malam, kami bagi Muhammad minum air zam-zam setengah cawan dan nutriferon setengah paket. Lagi setengah paket Lukeman habiskan :). Pagi esoknya alhamdulillah Muhammad dah sihat dan selamat pergi ke sekolah. Alhamdullillah @ segala puji bagi Allah.



Anak kami yang keempat, Yusuf juga kami bagi nutriferon bila dia kena eszema yang teruk dilipatan lututnya. Entri ada di sini. Alhamdulillah sekarang eszemanya sudah hilang dan tidak kelihatan lagi. Tambah ceria dan aktif Yusuf. Kita berdoa, merancang dan berusaha, selebihnya adalah kerana kuasa, izin dan perkenanNya jua. Moga bermanfaat dan selamat berusaha.


Nutriferon di website Shaklee Malaysia


Wallahhua’lam
Liza & Lukeman
Bangi Selangor
12.2.2014
Shaklee Independent Distributor ID: 1089476
Tel/sms/whatsapp: 013-2299319
Blog: www. jombahagia.blogspot.com