Monday 17 February 2014

Anak-Anak Sihat dan Cerdas



Anak adalah anugerah dan amanah Allah buat kita, ibubapa. Mereka juga adalah asset penting semasa kita hidup mahupun apabila telah meninggal dunia. Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, (1) sedekah jariah, (2) ilmu yang dimanfaatkan dan (3) anak yang soleh mendoakan untuknya" HR Muslim.

Di sini kami ingin kongsikan antara makanan tambahan yang kami berikan pada anak-anak kami yang 5 orang ini, di samping makanan seharian mereka bagi membantu tumbesaran, meningkatkan system imun mereka dan membantu mereka dalam pembelajaran dengan menguatkan fizikal, mental dan kesihatan minda, insyaAllah. Antaranya adalah:

Muhammad, Aisyah, Athirah dan Yusuf (2 hingga 9 tahun)

(1) Madu lebah; biasanya di ambil pada pagi Sabtu / Ahad / masa cuti sekolah

(2) Mealshakes: Minum pagi / minum petang

(3) Omega guard: Selepas makan malam

(4) Kacang badam + kurma + air zam-zam + kismis: Bila perlu, stok di rumah biasanya ada je dalam bekas untuk diaorang ambil dan makan. Biasanya sebelah petang bila balik sekolah atau hujung minggu


Atiqah (1 tahun lebih)

Setakat ini Atiqah tidak mengambil apa-apa makanan tambahan. Hanya makan makanan pejal; nasi ataupun nestum dan susu mamanya. InsyaAllah khasiat makanan yang dimakan mamanya dapat juga kepadanya melalui susu ibu.

Makanan utama harian masih sama macam orang lain. Pagi makan nasi goreng / mihun / sesekali nasi lemak / mee goreng di rumah sebelum ke sekolah. Tengah hari mereka akan makan di sekolah dan makan malam juga sama macam biasa.


Pengalaman Kami

Setakat pengalaman kami sendiri, madu lebah dan kismis memang kami sendiri mula makan dari kecil. Kemudian bila kami berkahwin dan ada anak kami teruskan tradisi makan madu lebah dan kismis. Waktunya kadang-kadang setiap hari, kadang-kadang selang seli; tengok waktu dan keadaan, tapi stok biasanya insyaAllah ada saja di rumah untuk anak-anak dan kami sendiri makan.

Sehingga sekarang apabila kami berkenalan dengan Shaklee; kami tambahkan didalam menu harian mereka Omega Guard dan juga Mealshakes, dan sesekali kami bagi mereka nutriferon. Perkembangan fizikal Alhamdulillah semuanya menggalakkan. Waktu umur mereka 5 hingga 6 tahun dah boleh naik basikal 2 roda. Petang-petang memang main basikal, tak pun main bola ataupun badminton ataupun ke taman permainan berhampiran rumah.

Penyakit sekarang Alhamdulillah masih kena tapi agak berkurangan jika dibandingkan dengan sebelum ini. Yusuf dan Aisyah yang sebelum ni ada eszema, sekarang dah tak perlu bergaru-garu lagi bila nak tidur.

Perkembangan akademik; Alhamdulillah agak menggalakkan. Muhammad di Al Amin, Aisyah dan Athirah di Integrasi. Mereka bertiga dah habis baca Iqra' dan sekarang baca Quran besar. Muqaddam ada yang mereka hafal dari semenjak tadika. Masa mereka tadika; umur 5 dan 6 tahun mereka telah diajar dan dididik dengan Iqra' dan Muqaddam, dan juga hafazan. Kami, cikgu-cikgu tadika, pendengaran ayat-ayat lazim dan ayat hafazan daripada radio dan kaset banyak membantu kami dalam mendidik mereka.

Azam kami ingin menjadikan mereka hafiz dan hafizah Quran insyaAllah suatu hari nanti. Solat sekarang Alhamdulillah tiga-tiga dah solat 5 waktu. Cuma, biasalahkan anak-anak, kita kena tegur, semak dan peringatkan selalu. Puasa; Muhammad dari umur 6 tahun dah puasa penuh Ramadhan. Muhammad kira contoh untuk adik-adiknya dan dah pandai berdikari, Aisyah dan Athirah mengikut dari belakang.

Athirah ikutnya dia nak sekolah di Al Amin Bangi, sama macam Muhammad tapi kami fikirkan Aisyah nanti dia tak ada kawan / peneman di Intergasi. Alhamdulillah dua-dua sekolah ini adalah antara sekolah yang terbaik untuk pendidikan sekolah rendah anak-anak di Bangi ini khususnya. Moga mereka membesar menjadi insan yang soleh dan solehah dan menjadi penyejuk mata kami, insyaAllah


Doa agar diri, anak dan keturanan kita sentiasa mendirikan solat. QS14 Ibrahim ayat 40

“Wahai Tuhanku! Jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku” QS 14 Ibrahim ayat 40

Wallahhua’lam

Liza & Lukeman
Bangi Selangor
18.2.2014
Shaklee Independent Distributor ID: 1089476
Tel/sms/whatsapp: 013-2299319
Blog: www. jombahagia.blogspot.com
Email: jombahagia@gmail.com