Friday 14 February 2014

Jom Bahagia (3) Memandang Wajah Ibu

Menghimpunkan petikan daripada FB Lukeman Yusoff dari 7.2.2014 hingga 14.2.2014

(1) Tekanan yang terkawal mampu memangkin kejayaan, umpama tekanan pada pedal minyak yang memacu kereta kehadapan. Tekanan tanpa kawalan ibarat menekan pedal minyak kereta tanpa kawalan, dan kehidupan tanpa tekanan ibarat kereta mewah yang tidak bergerak kerana tidak ditekan pedal minyaknya. Sama-sama kita bergerak memajukan diri dengan tekanan yang terkawal, insyaAllah kejayaan menanti dipuncaknya.

(2) Kebaikan ada bersamanya ketenangan, kejahatan ada bersamanya kegelisahan. Jadi jika sesekali kita dilanda kegelisahan tanpa sebab, sama-sama perbanyakkan istigfar, mungkin ada kesalahan yang dilakukan tanpa sedar

(3) Sama-sama perbanyakkan doa agar hati kita sentiasa hidup; sensitif dengan dosa dan maksiat dan sentiasa berusaha untuk menjauhinya walaupun kecil.

(4) Dunia adalah sesuatu yang dekat dan manfaatnya sekarang dan akhirat adalah sesuatu yang jauh dan manfaatnya berkekalan. Umpamanya 'makan', manfaatnya dunia, tapi bila diniatkan untuk melakukan ibadah dengannya, makanan halal, tidak mengabaikan ibadah khusus, akan menjadi akhirat. 'Solat' sifatnya akhirat, tapi jika riak, menunjuk-nunjuk akan berubah menjadi 'dunia'.


(5) Antara pandangan yang berpahala; (1) memandang kaabah, (2) memandang al Quran, (3) memandang orang alim / ulama, & (4) memandang wajah ibu

 
(6) Perbuatlah sesuka hati, tapi ingat kita akan mati dan setiap amalan kita akan dihisap

(7) Jika kita penat melakukan kebaikan, ingatlah penat itu akan hilang, dan pahala kebaikan akan berkekalan

(8) jika kita seronok melakukan kejahatan dan kemungkaran, ingatlah keseronokan itu akan hilang dan dosanya akan berkekalan (jika tidak bertaubat)

(9) antara ciri-ciri orang yang beruntung adalah apabila dia dapat menjauhi perkara yang sia-sia dan yang tidak bermanfaat.

(10) Cara pandangan kita terhadap sesuatu perkara menentukan hala tuju kehidupan kita, contohnya (1) "Allah menghantar nyamuk pada kita pada jam 5 pagi untuk menjadi asbab mengejutkan kita untuk solat tahajjud dan (2) Allah bagi kita rasa nak buang air kecil pada jam 3 pagi adalah asbab untuk kita bangun bermunajat padanya. Berbeza dengan orang yang merungut dan mengatakan "Nyamuk banyak sangat sebab lupa tutup tingkap" ataupun orang yang hanya bangun buang air kecil tanpa mengambil wuduk dan bersunyi-sunyian dengannya.

Manfaatkan peluang terjaga / terbangun pada awal pagi sebaiknya, kerana itu adalah tanda kasih sayangnya. Berapa ramai orang yang kunci jam loceng pukul 5 pagi tetapi tidak terjaga kerana yang mengejutkan kita bukan jam loceng tetapi Allah. Sentiasa berfikiran positif dan ubah cara memandang sesuatu dengan melihat rahmat dan kebaikan disebalik sesuatu yang berlaku, insyaAllah hidup akan lebih tenang dan bahagia

(11) Manusia ada 2 unsur (1) fizikal dan (2) Roh (a) akal, (b) hati, (b) nafsu. Fizikal akhirnya akan dimakan ulat dan roh akan mengadap/bertemu Allah Taala
Makanan akal (1) Ilmu pengetahuan (a) dari Allah dan Rasul SAW, (b) Hasil pemikiran manusia (2) berfikir (3) merenung/muhasabah diri (4) Muzakarah/perbincangan 5.vitamin-vitamin otak seperti kismis, kurma 6.jauhkan perkara yang menumpulkan fikiran... seperti makanan haram, syubahat, makanan masam, banyak makan, maklumat yang kotor dan tidak benar seperti porno, kartun yang berlebihan.

Muhasabah diri berapa banyak kita baca Quran dan fahami maknanya sebagai makanan akal yang utama, kuliah motivasi dan buku-buku ilmiah

Ikim.fm, motiasi pagi 7.30 pagi jumaat 14.2.2014
(12) “Air yang paling baik dipermukaan bumi adalah air zam-zam. Ia mengandungi makanan bergizi dan menyembuhkan penyakit” HR At Tabarani
“Air zam-zam sesuai dengan tujuan orang yang meminumnya” HR Ibnu Majah; 3062
“Demam adalah merupakan angin p...anas daripada neraka Jahannam, maka dinginkanlah ia dengan air zam-zam"


(13) "Hutang (memberi/menerima) dibenarkan syariat tetapi biarlah bertulis, ada hitam-putihnya, seperti bila mahu bayar dan sebagainya

QS Al Baqarah ayat 282 1.surat perjanjian, 2. benar, 3.bila mahu bayar 4.Jangan kurang 5.Takut pada Allah 6. 2 orang saksi 7.walinya 8.saksi jangan tolok persaksian 9.jangan susah-susahkan 10.takutlah pada Allah.

Dalam syariat biar bertegas dahulu dan sejahtera kemudian, insyaAllah " motivasi pagi ikim.fm, 12.2.14, Rabu, 7.30 pagi


Doa agar diberi ampun untuk diri, ibubapa dan orang beriman, QS 14 Ibrahim ayat 41


Wallahhua’lam
Liza & Lukeman
Bangi Selangor
14.2.2014
Shaklee Independent Distributor ID: 1089476
Tel/sms/whatsapp: 013-2299319
Blog: www. jombahagia.blogspot.com
Email:
jombahagia@gmail.com

Artikel Berkaitan

(1) Jom Bahagia (4) Kuliah Subuh dan Magrib 15-16 Feb 2014 dan Motivasi Pagi
(2) Jom Bahagia (3) Memandang Wajah Ibu
(3) Jom Bahagia (2) Bahaya dan Kesan Riba' Dalam Kehidupan
(4) Jom Bahagia (1) Berbagi Kasih Sayang Dari Gaji Pertama