Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

Wednesday, 28 May 2014

Anak, Cerita dan Tasbih, Sukan dan Silat

Cerita 1: Di meja makan (26.5.2014)

Athirah: Abah baru potong rambut ke?
Lukeman: Tak lah, kenapa?
Athirah: Nampak hensem je, hahaha (kakaknya Aisyah pun tumpang ketawa sama)

Muhammad: Abah sikat rambut macam kita, sebab tu lah nampak hemsen, kan bah?
Lukeman: A'ah abah sikat rambut macam abang Muhammad, jadi nampak hensem macam abang Muhammad lah juga ;)


Cerita 2: Haji

Lukeman: Jom, siapa nak dengar cerita
"Nak, nak" jawab mereka serentak

Mula-mula baca buku cerita tentang anak yang rindukan mama dan abahnya sebab pergi ke Mekah buat Haji. Anak itu tinggal dengan neneknya.

Lukeman: Nanti kalau abah dengan mama pergi buat Haji; Muhammad, Aisyah, Athirah duduk dengan mok ya (mok panggilan untuk nenek)
Aisyah: Hari tu kan abah dah pergi
Muhammad: A'ah kan haritu abah dan mama dah pergi. Bawalah kami pergi sama pula kali ini
Lukeman: Hari tu abah pergi buat umrah. Kali ini abah dengan mama nak pergi buat haji, insyaAllah
Muhammad: Kami pun nak ikut

Lukeman: Nanti semua dah besar sikit abah bawakan ya insyaAllah. Sekarang kena belajar dulu dan kumpul duit dulu

Ok sambung cerita



Cerita 3: Zikir


Lukeman ambil buku "Fadhilat Amal" dan bacakan untuk mereka. Antaranya adalah seperti dibawah:

--------------------------------------------------------------------
Al Anaam 6:160

مَنْ جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا ۖ وَمَنْ جَاءَ بِالسَّيِّئَةِ فَلَا يُجْزَىٰ إِلَّا مِثْلَهَا وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ

Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun).

Contohnya

Selepas solat 5 waktu: 
Subhanallah 10x, alhamdulillah 10x, allahhuakbar 10x = 30 x 5 kali solat sehari semalam = 150 x 10 gandaan kebaikan = 1500 pahala sehari semalam

Sebelum tidur: 
Subhanallah 33x, alhamdulillah 33x, allahhuakbar 34x = 100 x 10 gandaan kebaikan = 1000 pahala sehari semalam

1500 + 1000 = 2500 pahala sehari semalam
------------------------------------------------------------------------

Aisyah: Kalau buat baik 1 dapat 10 pahala. Kalau buat jahat 1 dapat 1 dosa
Lukeman: Ya, buat baik 1 Allah bagi 10, buat jahat 1 Allah bagi dosa 1
Athirah: Kita nak baca "subhanallah"
Muhammad: Aah kita pun
Aisyah: Jom

Bermulalah mereka membaca tasbih malam tadi dari lepas makan, sehingga tertidur; dengan pegang tasbih digital.

Contoh tasbih yang mereka gunakan. Sambil baring sambil pegang tasbih digital
Di Mekah dan Madinah harganta sekitar RM2 / SR2
Di Malaysia kami tengok ada yang jual sehingga RM15
Di Mydin pun ada jual
Elok jika mahu beli untuk dijadikan hadiah kepada saudara mara, sahabat dan jiran


Selingan 1: Athirah di hari sukan sekolah Sabtu lepas (24 Mei 2014)


Selingan 2: Aisyah di hari sukan sekolah Sabtu lepas (24 Mei 2014)




Selingan 3: Muhammad dan Yusuf di ujian naik bengkong silat Muhammad Ahad lepas (25 Mei 2014)


  

Cerita 4: Bersiap ke Sekolah


Athirah: Muhammad, berapa baca "subhanallah" malam tadi? Kita 1 x x x (seribu lebih)
Muhammad: Kita 2 x x x (2 ribu lebih)
Lukeman: Abah simpan dulu tasbih tu, nanti balik sekolah boleh guna lagi

Athirah: Abah jangan bagi Yusuf guna tau. Abah simpan dalam almari kita. Nanti kita nak sambung baca.


------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kesimpulan


Agak lama juga kami sekeluarga (Lukeman dan Liza) tak bacakan buku cerita untuk anak-anak. Masa mereka kecil, ketika mereka masih bertiga agak kerap kami bacakan buku sirah Nabi dan buku cerita untuk mereka.

Apabila adik mereka lahir, tumpuan lebih diberikan pada adik-adik mereka. Tambahan pula mereka bertiga sudah bersekolah, dan sudah boleh baca buku sendiri. Jadi kami hanya bagikan buku untuk mereka baca.

Sesekali bila berkesempatan itulah kami bacakan untuk mereka. Seronok bila semuanya seronok nak dengar cerita lagi.

Kesimpulan yang boleh diambil adalah, walaupun anak-anak dah boleh membaca sendiri, tetapi sesekali mereka tetap juga mahu kita (ibu dan bapanya) bacakan buku cerita dan bercerita untuk mereka.

Dan semasa bercerita akan banyak soalan yang akan mereka tanyakan. Itu perkara biasa, kerana otak mereka sedang berkembang dan sedang menerima input baru untuk di proses

Mungkin makanan tambahan di bawah ini dapat membantu mereka untuk hidup dengan lebih sihat, aktif dan cerdas insyaAllah


Selingan 4: Makanan tambahan untuk anak-anak; meal shakes, omega guard, chewable vita C dan nutriferon)
Herbal blend dan H2 untuk kegunaan luar




Selingan 5: Madu lebah, kismis dan badam juga untuk mereka dan seisi keluarga





Lagi Tambahan Gambar Sukan Sekolah (Sabtu 24 Mei 2014)

5 pasukan; merah, biru, kuning, hijau dan ungu

Ujian, temuduga dan pengalaman untuk masuk ke SRAI Bangi dan Al Amin Bangi boleh rujuk entri ini  http://jombahagia.blogspot.com/2013/12/sek-sri-alamin-bangi-vs-integrasi-vs-skjalan3-bangi.html


kuning, merah, ungu hijau dan biru


Tambahan Gambar Ujian Silat (Ahad 25 Mei 2014)



3 jenis ujian untuk peringkat pertama (bengkong / tali pinggang hitam ke putih);
1. Langkah silat
2. Berguling (berpusing 5-6 kali)
3. Melompat sambil berpusing

Bermula dan berakhir dengan tafakkur, Al Fatihah dan doa

Pengiring setia ;)
Abang dan masuk silat
2 orang lagi ini nak masuk taekwando dan juga karate do ;)
Tunggu besar sikit lagi ya insyaAllah


Penutup


Tamat kisah hujung minggu dan juga cerita di meja makan. Moga ada pengajaran tersirat yang boleh kita ambil daripada perkongsian ini insyaAllah. Apa yang baik datangnya daripada Allah, yang lemah dan kurang adalah asbab kelemahan diri kami.

Moga ketemu lagi insyaAllah

Wallahhua'lam
Lukeman Yusoff 0132299319
Siti Norliza Ibrahim 0196515717
Bandar Baru Bangi
28 Mei 2014 | 28 Rejab 1435
Read more ...

Sunday, 25 May 2014

Kad Kredit Islamik Dan Cara Memanfaatkannya

Assalamualaikum

Kali ini ini kami ingin kongsikan cara untuk memanfaatkan kad kredit bagi memudahkan urusan seharian kita insyaAllah, berdasarkan pengalaman kami sendiri.

Kami mula menggunakan kad kredit bila keadaan memerlukan, apabila anak dah 3. Ketika ini kami perlu beli banyak keperluan dapur dan juga keperluan anak-anak seperti lampin pakai buang dan susu. Jadi untuk elakkan bawa banyak wang tunai, kami buat 1 kad kredit yang tiada yuran bulanan mahupun tahunan ataupun istilahnya "free for life"

Ada juga kad kredit percuma yang kami dapat masa awal-awal tamat belajar dahulu. Itupun "free for life" juga tapi kami tak gunakan, sebab belum ada keperluan masa itu.

Contoh perbelanjaan yang kami gunakan kad kredit ini adalah:
1. Pembelian di Petronas
2. Pasaraya
3. Pembelian online
4. Bil-bil utiliti seperti TNB, SYABAS, IndahWater, Celcom, Takaful, cukai pintu, cukai tanah, cukai jalan, takaful kereta dan segala macam bil utiliti lain. Biasanya kami terus buat autodebit bil ini ke akaun kadbkredit.


Autodebit

Autodebit ni maksudnya kita terus debitkan pembayaran bil-bil utiliti kita kepada kad kredit. Sampai je tarikh yang ditetapkan bayaran akan terus dibuat kepada syarikat utiliti tersebut secara automatik.

Caranya kita perlu ke syarikat utiliti terbabit, maklumakan yang kita nak buat autodebit dengan kad kredit. Nanti ada kena isi borang. Dah isi, hantar, siap. Sampai bil je kat rumah, kad kredit terus bayarkan bagi pihak kita

Jadinya setiap bulan kami hanya perlu monitor bil kad kredit sahaja dan cukup bulan hanya bayar bil kad kredit sahaja.

Dahulu banyak bank yang bagi kad kredit "free for life" tapi sekarang dengan rules BNM semua kad kredit sertakan caj perkhidmatan RM50 setahun.



Memilih Kad Kredit dan Cara Penggunaannya

Antara tip untuk memilih kad kredit adalah:
1. Pilih yang Islamik
2. Jika ada link dengan mana-mana perkhidmatan lain itu lebih baik
3. Biasanya akan ada rebet atau point akan diberikan atas penggunaan kita. Alhamdulillah semenjak kami guna, caj tahunan RM50 tu di cover oleh rebet daripada pembelian, kadang-kadang lebih rebet daripada caj yang bank kenakan.

Tip penggunaan kad kredit yang boleh kami kongsikan adalah:
1. Pastikan kita tahu limit poket kita banyak mana.
2. Kad kredit bukannya untuk berhutang. Kita guna kad kredit hanya kerana kita tidak mahu berurusan secara tunai. Minta bank bayarkan terlebih dahulu dengan caj kepada kad kredit. Kemudiam cukup bulan kita bayarkan terus kepada bank tersebut dengan bayaran penuh tanpa ada tunggakan.
3. Jika gaji kurang cukup untuk keperluan harian seeloknya berbelanja secara tunai. Itu lebih selamat. Memulakan bisnes juga antara pilihan yamg boleh kita lakulan untuk tambahkan pendapatan keluarga

CIMB Islamic dan MasterCard CIMB Islamic


Contoh rebat atas pembelian bulan Mei 2014


InsyaAllah moga dengan bisnes hidup dan rezeki kita sekeluarga lebih lapang, lebih murah rezeki, dapat lebih banyak ilmu dan juga kawan baru.

Moga perkongsian berkenaan kad kredit, autodebit dan cara penggunaannya ini bermanfaat untuk kita semua bagi memudahkan urusan seharian insyaAllah


Kesimpulan


Kad kredit kalau tahu guna dan mengawalnya insyaAllah akan memudahkan banyak urusan kita. 3 syarat utamanya; islamic, bayar ontime dan berbelanja dibawah kemampuan sebenar (jika mampu beli barangan yang berharga RM50, tetapi jika yang RM30 sudah memenuhi keperluan, maka pilih yang RM30. Baki RM20 boleh disimpan)


Wallahhua'lam
Lukeman Yusoff 0132299319
Siti Norliza Ibrahim 0196515717
BBBangi Selangor
25 Mei 2014

Read more ...

Thursday, 22 May 2014

Vitamin Anak-Anak; Ikut Keutamaan dan Pengalaman

Bismillah
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar
Allahhummasollialamuhammad waalaalimuhamad


Assalamualaikum

Kali ini kami ingin simpulkan berkaitan dengan vitamin dan makanan tambahan anak-anak untuk rujukan bersama mengikut keutamaan. Sebelum ini ada kami kongsikan info berkenaan vitamin untuk anak-anak ini di entri ini, ini, iniini, dan ini.

Kesimpulan yang boleh kami kongsikan hasil pembacaan, pengamatan dan pengalaman kami sendiri dengan anak-anak, vitamin dan makanan tambahan yang diperlukan oleh mereka mengikut keutamaannya adalah seperti berikut:




1. Meal Shakes
Meal Shakes mengandungi 19 jenis vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh anak-anak kita untuk membantu tumbesaran fizikal dan mental mereka insyaAllah, iaitu (seperti gambar di bawah).

1 bekas ini seberat 544g, dan setiap sajian 34g mengandungi vitamin seperti dalam rajah dibawah. Kandungan vitamin yang disaran untuk diambil oleh anak-anak kita boleh rujuk di ebook percuma ini

Kandungan vitamin dan mineral yang terdapat di dalam setiap sajian (34g)








2. Omega Guard


Omega guard membekalkan minyak ikan yang mengandungi DHA dan EPA yang membantu perkembangan mental anak-anak, juga membantu menyokong sistem penglihatan, sendi, saraf, sistem kardiovaskular / jantung dan tekanan darah.

1 botol ini mengandungi 90 kapsul, dan setiap kapsul omegaguard mengandungi 330mg fatty asid, 180mg EPA dan 120mg HDA.


3. Chewable Vita C Plus


3. Chewable Vita C Plus

Chewable vita C membantu bekalkan vitamin C kepada anak-anak. Dalam bentuk tablet untuk dihisap. Setiap botol ada 90 tablet, dan 1 tablet mengandungi vitamin C yang menyamai kandungan vitamin C yang terdapat di dalam sebiji buah oren.

Hanya ambil 1 tablet sehari. Setiap tablet mengandungi 117.9mg vitmin C. Kegunaan 3 bulan jika seorang yang makan. Jika 3 orang, dengan sebiji seorang sebulan dah habis


4. Nutriferon

4. Nutriferon
Nutriferon ni membantu menguatkan sistem imun kita dan anak-anak. Dalam 1 kotak ini ada 30 paket kecil. Biasanya kita dewasa ambil 1 paket apabila perlu, contohnya bila badan rasa kurang bermaya, panas ataupun tekak rasa perit (tanda-tanda normal awalan demam)

Untuk anak-anak 1/2 paket cukup. Cara minum boleh campurkan dalam air, ataupun telan begitupun boleh juga. Rasanya macam gula perang. Dah telan, bilaskan semula dengan air


5. Herbal Blend



5. Herbal Blend


Herbal blend (HB) dan basic H2 (di bawah) ini untuk keguaan luar. HB untuk disapu pada kulit yang kurang sihat; contohnya jika ada eszema, gatal, ruam, merah ataupun digigit nyamuk. Rasanya sedikit "beragin". Jadi sapu dengan nipis untuk anak kecil

Untuk dewasa, HB juga sesuai untuk kulit kaki / tumit yang pecah, kegatalan dan segala macam yang berkaitan dengan kulit

HB ini antara hot product Shaklee. Sekarang out of stock. Ramai yang tertunggu-tunggukkan HB ini, dan dah ada 3-4 orang yang dah book dengan kami untuk beli produk ini. InysaAllah bila ada nanti kami akan belikan untuk semua rakan terutamanya ahli JBC



6. Basic H2

6. Basic H2

Basic H2 inipun untuk keguaan luar. Lebihnya untuk kegunaan pembersihan perkakasan rumah. Hanya masukkan 1-2 titik untuk 1 baldi air untuk mencuci rumah. Tetapi BH2 ini juga boleh digunakan untuk mandian anak yang mengalami eszema yang teruk

Masukkan 1-2 titik BH2 dalam sebaldi air dan mandikan anak tadi dengan air campuran ini. Usah risau, bahan Shaklee semuanya semulajadi dan selamat.

BH2 ini diperbuat daripada ekstrak jagung dan kelapa. Jadi selamat dan semulajadi untuk kegunaan luaran, terutamanya untuk perkakasan rumah. Sesekali boleh juga digunakan untuk membantu merawat anak yang ada eszeme. 



Kesimpulan

Kesimpulannanya adalah 1. mealshakes, 2. omegaguard, 3. chewable vita C, 4. nutriferon, 5. herbal blend dan 6. basic H2. Item 5 dan 6 untuk kegunaan luar sahaja

Makanan tambahan untuk anak-anak ikut keutamaan dari kanan ke kiri. 2 yang terakhir disebelah kiri untuk kegunaan luar sahaja. Artikel berkaitan juga boleh rujuk di sini, sini dan sini


Wallahhua'lam
Lukeman Yusoff 0132299319
Siti Norliza Ibrahim 0196515717
Bandar Baru Bangi
22 Mei 2014
Read more ...

Monday, 19 May 2014

Morib Gold Coast: Hari Keluarga dan Sambutan Hari Lahir (Bahagian 2)


Bismillah
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahhuakbar
Lailahaillah muhammadurasullullah
Allahhummasollialamuhammad waalaalimuhammad



Assalamualaikum


Kali ini lagi banyak gambar berbanding entri pertama dahulu ;)


Hari Keluarga 10-11 Mei 2014


Hari keluarga UniKL MFI diadakan 2 tahun sekali, selang seli dengan dinner. Kalau tahun ni dah hari keluarga, tahun depan dinner, begitulah sebaliknya.

Antara tempat yang pernah kami pergi untuk familyday adalah Sunway Lagoon PJ (balik hari), Tiara Beach Resort (TBR), PD (bermalam), Colmar Tropicale, Bukit Tinggi (bermalam), Desaru Johor (bermalam) dan juga Suria Beach Resort Cherating Pahang (juga bermalam).

Antara tempat tersebut, TBR yang paling banyak pergi, mungkin 2 ataupun 3 kali, termasuk pergi untuk berkursus, review curriculum dan juga retreat. PD jadi pilihan utama sebab dekat, ada pantai dan juga taman tema air yang boleh tahan besar dan menarik untuk anak-anak.

Kali ini 10-11 Mei lepas, pihak pengurusan dengan AJK Karisma (AJK Kebajikan Staff) yang dilantik telah memilih untuk buat familyday di Morib Goald Coast (MGC), alhamdulillah. Oleh sebab kami pernah pergi hujung tahun lepas, jadi lokasi, jalan, kedai makan, masjid alhamdulillah kami dah familiar. Mudah perjalanan bila kita dah tahu jalan terutamanya apabila travel dengan anak kecil dan penuh muatan kereta.

Biasanya setiap tahun kami akan usahakan untuk bawa anak-anak bercuti terutamanya musim cuti sekolah. Paling kurang kami akan bawa mereka mandi kolam di kolam renang UKM. Kalau UniKL mahupun UKM tiada familyday kami akan carikan masa sendiri untuk bawa anak-anak berjalan. Setakat ini semua destinasi adalah tempatan, termasuklah ke Langkawi 2 tahun lepas.



View MGC dari bilik penginapan




Hari Pertama


Hari pertama sampai

Kami bertolak dari Bangi selepas solat zohor. Kebetulan Luke ada kerja yang perlu disiapkan dipejabat, jadi pagi Sabtu tu masuk pejabat dahulu. Sebelum zohor balik rumah, makan tengahari, solat sama-sama dan berangkat. Liza yang tolong packing barang anak-anak semua

Hari pertama sampai. Selepas ambil kunci, ada minum petang disediakan. Minum petang dipinggir pantai, boleh lihat suasana pantai. Lepas makan, ambil barang dalam kereta dan masuk bilik. Lepas solat asar, tukar pakaian, turun bawa anak-anak mandi


Makan Malam




Dinner, tema "Arabic Night"

Teman makan malam kali ini adalah "Arabic Night". Jadi Liza bawakan jubah yang dibeli di Mekah dan Madinah semasa kami ke umrah dulu untuk dipakai masa makan malam tempoh hari. Semua pakai jubah, lelaki jubah putih, perempuan jubah hitam. Antara gambar yang sempat kami ambil semasa dalam perjalanan ke lokasi dinner.

Masa dinner langsung tak ambil gambar, kusyuk makan hehe.

Malam tu Luke dapat kipas angin untuk cabutan bertuah, alhamdulillah, kira antara kategori sederhana besar juga tu. Grand prize malam tu adalah TV LCD 42", tablet x 2 dan cash RM1000 x 2. Tahniah kepada semua pemenang

Hadiah yang kami dapat. Ambil di pejabat selepas tamat hari keluarga



Hari Kedua; Sukaneka



Hari kedua adalah hari sukan. Lepas solat subuh, terus kami turun makan. nasib baik anak-anak tidur awal, jadi senang bangun pagi, mandi dan solat subuh. Dalam pukul 7 kami turun minum pagi. Lepas minum pagi terus kami ke tepi pantai; lokasi sukaneka. Kami antara orang terawal yang sampai hehe. Orang lain masih makan.

Jadi sementara tunggu yang lain sampai, banyaklah sempat kami ambil gambar sebelum sukan mula. Antaranya adalah seperti di bawah.




Menunggu rakan lain datang. Berehat di tepi pantai, menikmati keindahan alam



Bawa anak-anak main pasir di tepi pantai, dan bergambar keluarga sebelum acara sukan mula





Liza dan anak-anak di tepi pantai, dan juga gambar semasa hari ketibaan

Kolam, pagi sebelum sukaneka, bunga Muhammad hadiahkan pada mamanya dan gambar sebelum dinner


Liza dan Muhammad main bowling kelapa

Muhammad main bowling kelapa. Muhammad, Aisyah dan Athirah main lumba bawa bola pinpong dalam sudu



Sebelum acara bawa bola pinpong dalam sudu, sempat lagi mesyuarat merangka strategi. Liza yang ambil gambar ini. Luke tengah deal dengan Yusuf hehe


Acara berebut gula-gula terbuka untuk kanak-kanak. Yusuf malu-malu. Nasib baik kakak dan abangnya tolong rebutkan untuk dia



Aisyah dan Athirah semasa sukaneka yang sempat Luke snap gambar


Yusuf tolong angkut hadiah, haha rajin dia. Bukan suruh dia pun, dia yang rajin, biasalah anak mama



Suprise Muhammad Kepada Ibunya

Muhammad dan adik-adiknya berpakat dari rumah di Bangi lagi mereka dah bawakan hadiah untuk mamanya untuk dibagikan semasa berada di sini. Dia beli sejambak bunga dari sekolahnya petang Jumaat, hari Sabtu kami berangkat dan pagi sebelum sukaneka tu Muhammad bagi bunga itu pada mamanya ;)

Terkejut Liza dapat bunga sempena hari ibu kan 11 Mei 2014

Liza terkejut dan kegembiraan dapat bunga, gambar tiket ke kolam mandi, dan gambar gula-gula semasa sukaneka anak-anak


Atas-kanan; Bunga yang Muhammad dan adiknya bagi pada Liza


Berangkat Pulang

Lepas sukaneka, dapat hadiah, terus anak-anak nak mandi kolam. Naik ke bilik, tukar baju kolam dan mandi. Sampai pukul 12.30 tengah hari kami naik, tukar pakaian, dan check out.

Singgah solat zohor di Masjid di pantai Morib. Kemudian singgah ke pantai, makan aiskream, dan anak-anak nak main taman permainan. Jam sekitar 2 petang tu. Nasib baik taman permainan ni dekat dengan pokok besar, kira redup juga untuk anak-anak main.

Lepas makan dan minum semua kamipun berangkat pulang ke Bangi. Dah kena aircond, tidurlah mereka semua sepanjang perjalanan. Tinggal driver dengan co driver je lah yang jaga. Semua dah penat kan.


Di Pantai Morib

Atiqah main jongkang jongkit dengan kakaknya



Persiapan dan Cadangan Penambahbaikan


Alhamdulillah kami selamat sampai Bangi sebelum waktu asar. Gambar dibawah adalah persiapan sebelum ke MGC.

1. Pelampung renang untuk anak-anak

2. Tiket mandi untuk masuk ke kolam renang

3. Charge bateri kamera. Jarang gunapun sebab banyak guna kamera HP

4. Nutriferon; Luke dan Liza ambil 1 paket kecil untuk bantu tingkatkan sistem imun. Anak-anak ambil 1/2 paket seorang. Ada yang tak sempat ambil masa pergi. Jadi kami bagi selepas pulang dari bercuti





Sebelum entri ini diakhiri, kami ingin mengucapkan berbanyak teriam kasih kepada pihak ppengurusan hari keluarga UniKL MFI yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Terima kasih juga kepada pihak MGC yang menyediakan lokasi yang baik untuk anak-anak mandi terutamanya. Dan terima kasih juga sebab bagi 2 hadiah untuk anak kami hujung tahun lepas

Cumanya ada beberapa perkara yang pihak pengurusan MGC boleh ambil untuk tingkatkan lagi mutu perkhidmatan mereka antaranya adalah:

1. Kunci bilik selalu rosak. Kad touch yang diberikan tidak boleh di baca. Alhamdulillah semasa familyday ini kami tak kena, tapi semasa datang hujung tahun lepas, 4-5 kali kami kena. Bayangkan tengah basah, anak kesejukan, nak masuk bilik tak boleh. terpaksa turun ke lobi untuk inform pengurusan. Dah reset, naik nak cuba tak boleh lagi. Memang masa ni Luke panas sangat. Nak bisnes ke apa macam ni?

Memang masa pihak pengurusan cadangkan untuk ke sini Luke dah bagi info dengan perkara remeh temeh begini boleh merencatkan perjalanan percutian. Alhamdulillah kami ini kami sekeluarga tak kena, tapi kawan di depan bilik kami kena. Mungkin sesetengah sistem locking dah rosak. Jadi harapnya pihak MGC ambil tindakan sewajarnya untuk baikpulih

2. Bau, masa datang hujung tahun lepas, bau kawasan sini memang sangat-sangat tidak menyenangkan. Petang saja bila angin bertiup bau akan menerpa hidung. Dekat nak magrib masa tengah rehat kat bilik, lagi kuat baunya. Kena tutup pintu sliding baru bau tak masuk.

Rupanya bau ini datang dari ladang ternakan yang ada tidak jauh dari MGC ini. Kira ini luar kawalan MGC. Cuma jika ada sistem untuk kurangkan bau dan kurangkan lalat itu lebaih baik untuk menggamit pengunjung datang



Kesimpulan


Keseluruhannya alhamdulillah percutian ini memuaskan. 2 kali datang, dua-dua memuaskan. Dua-dua kami dapat bilik pool view. Bezanya datang kali kedua ini, kunci bilik tak meragam dan bau dan lalat pun agak kurang berbanding kedatangan tempoh hari

Lagi satu yang menarik, tab bilik air nya agak besar dan best untuk mandi. Boleh 2-3 orang masuk sama-sama. Anak kecil kami berendam sama-sama 4 orang dengan pemantaun.

Ok sampai jumpa lagi, dan moga ada sesuatu yang boleh diambil daripada perkongsian percutian hari keluarga dan sambutan hari lahir ini harapnya insyaAllah


Wallahhua'lam
Lukeman Yusoff 0132299319
Siti Norliza Ibrahim 0196515717
Bandar Baru Bangi Selangor
19 Mei 2014
Read more ...

Sunday, 18 May 2014

Kita Umat Terbaik, Tazkiyyahtu Nafs dan Tafsir Al Munir

Bismillah
Subhanallah Alhamdulillah Allahhuakbar
Allahhummasollialamuhammad waalaalimuhammad

Assalamualaikum


Kompilasi Nota Kuliah Subuh, Kuliah Magrib dan Kuliah Kitab Talaqqi di Surau Annur, Masjid Hasanah dan Masjid Al Amin Alam Sari untuk rujukan dan perkongsian semua. Moga bermanfaat insyaAllah

Lukeman Yusoff
Bandar Baru Bangi
19 Mei 2014




----------------------------------------------------------------
Kuliah Subuh
Surau An Nur
Bandar Baru Bangi
Dr Mohd Shafie Md Amin
(Akauntan Hafal Quran)
17.5.2014 / 17.7.1435
Tajuk: Kamu Umat Terbaik


1. Apa saja situasi keadaan kita, kita kena taat perintah Allah. Keadaan itu adalah ujian daripada Allah






2. m/s 22 QS 13 Ar Ra'd ayat 1

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ المر ۚ تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ ۗ وَالَّذِي أُنْزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ الْحَقُّ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يُؤْمِنُونَ

Alif, Laam, Miim, Raa'. Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran); dan apa yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad) dari Tuhanmu adalah benar; tetapi kebanyakan manusia tidak (mahu) beriman.

3. Doa mesti dari hati, dengan sungguh-sungguh dan penuh keazaman

4. Doa praktikal, nak rahmat dan barokah Allah, minta bagi  faham dan hafal Quran

5. QS 35 Fatir ayat 32 "Quran kurniaan paling besar"

ثُمَّ أَوْرَثْنَا الْكِتَابَ الَّذِينَ اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا ۖ فَمِنْهُمْ ظَالِمٌ لِنَفْسِهِ وَمِنْهُمْ مُقْتَصِدٌ وَمِنْهُمْ سَابِقٌ بِالْخَيْرَاتِ بِإِذْنِ اللَّهِ ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الْفَضْلُ الْكَبِيرُ

"Kemudian Kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran), dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata)."


6. Sepanjang bulan Rejab ini doa dengan sungguh-sungguh "Bagi saya dapat hafal Quran, faham maknanya dan dapat amalkan dalam kehidupan.

7. Quran mesti kena sentiasa berdamping dengannya, belajar dengan sungguh-sungguh

8. Kita kerja 8 jam sehari. Jika kita tidak mengaji Quran, siapa tuhan kita? Adakah kerja itu tuhan kita? Pastikan kita belajar Quran

9. Hukum belajar MBA, PhD adalah fardu kifayah. Hukum belajar Quran adalah fardu ain, wajib

10. "Kebanyakkan manusia tidak beriman" QS13 Ar Ra'd: 1

11. Ciri-ciri manusia syirik "ambil Quran sambil lewa" QS25 Al Furqan:30

وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَٰذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا

Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai".


12. Jangan salahkan orang, jangan salahkan sistem kerana esok kat akhirat syaitan pun akan kena marah sebab menyesatkan manusia

13. QS 14 Ibrahim:22 "Sesungguhnya janji Allah benar, tetapi aku (syaitan) berjanji dengan kamu, tetapi aku mungkiri. Aku (syaitan) tiada kekuasaan atas kamu...."

وَقَالَ الشَّيْطَانُ لَمَّا قُضِيَ الْأَمْرُ إِنَّ اللَّهَ وَعَدَكُمْ وَعْدَ الْحَقِّ وَوَعَدْتُكُمْ فَأَخْلَفْتُكُمْ ۖ وَمَا كَانَ لِيَ عَلَيْكُمْ مِنْ سُلْطَانٍ إِلَّا أَنْ دَعَوْتُكُمْ فَاسْتَجَبْتُمْ لِي ۖ فَلَا تَلُومُونِي وَلُومُوا أَنْفُسَكُمْ ۖ مَا أَنَا بِمُصْرِخِكُمْ وَمَا أَنْتُمْ بِمُصْرِخِيَّ ۖ إِنِّي كَفَرْتُ بِمَا أَشْرَكْتُمُونِ مِنْ قَبْلُ ۗ إِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu; dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya". Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.


14. Tak salah belajar MBA, PhD, tapi keutamaan kita hidup akhirat. Akhirat selama-lamanya, dunia sementara

15. Tanya kita hidup dah lama ni; dah pandai baca quran tak? dah hafal quran tak? dah amalkan quran tak?

Umur 64 Ustad = usia subsidi tunggu ajal datang

17. Selagi manusia hidup, rezeki kita dijamin oleh Allah. Yang Allah tidak jamin adalah "jika kita meninggal Allah tak jamin kita masuk syurga". Jadi usaha untuk letakkan diri kita sebagai calon ahli syurga

18. QS 8 AlAnfal:2

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.






19. Paksa diri untuk belajar Quran sungguh-sungguh

20. Sebaik-baik amal adalah sedikit tapi berterusan

21. Hafal 1 hari 1ayat. Kalau rasa berat hafal 1 minggu 1 ayat

22. Biar sedikit tetapi istiqamah dan berkualiti. Mula daripada sekarang

23. "Jika hari ini jika kita didik anak dengan ilmu dunia tanpa ilmu Quran, kita sedang didik mereka untuk berpotensi jadi pencuri profesional" pengarang buku "Baiti Jannati"

24. Yang dahulu mesti didahulukan. Pengurus terbaik dahulukan yang penting. Quran lebih penting dan utama daripada perkara lain.

Lukeman Yusoff
Surau An Nur
Bandar Baru Bangi


-------------------------------------------------------------------------------------------------


Kuliah Magrib
Surau An Nur
Seksyen 1
Bandar Baru Bangi
17.5.2014 / 17.7.1435






Ustaz Abu Darda bin Muhammad
Pensyarah UKM

Tajuk: Tazkiyyahtu Nafs
Memperelokkan Hubungan Dengan Allah

1. Tepati janji dengan Allah "ashadu allailaha illallah wa ashaduanna muhammadar rasullullah"

"Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad SAW itu pesuruh Allah"

2. Setiap suruhan Allah kena buat, setiap larangan kena tinggal dengan ikut cara Rasulullah SAW

3. Mesti melalui jalan ilmu. Cari ilmu untuk tahu mana yang perlu diutamakan

4. Contoh, masa tahayat akhir duduk dengan tawarok / menyenggeng ke kiri itu sunat, tapi jika sampai menyakiti/tertindih orang disebelah, maka menyakitinya itu haram. Jangan buat yang sunat jika sampai terbuat yang haram








5. Banyak dorongan dan ancaman Allah dalam Al Quran

6. Orang beriman (percaya), dia akan sangat percaya dengan janji Allah; janji balasan baik dan janji ancaman

7. Abu Dahda, ada 600 pokok kurma, ada banglo dan kolam tukarkan kebunnya tadi dengan 1 pokok tamar kerana janji Rasulullah akan dapat 1 pokok kurma di syurga. Kata Rasulullah SAW "kamu akan dapat 1 pokok dengan 1 pokok tamar di syurga"

8. Pengajaran, Abu Dahda faham jika dapat pokok kurma di syurga maknanya dia akan dapat masuk syurga. Dapat masuk syurga yang lebih utama baginya.

9. Abu Dahda sahabat Nabi SAW, lain dengan Abu Darda'

10. Orang mukmin / ulul albab, syukur apabila dapat nikmat dan kesenangan, dan sabar apabila ditimpa ujian

11. "Allah ilhamkan sifat baik dan jahat, beruntunglah orang yang menyucikan dirinya"

12. "Kamu semua amat cintakan harta dengan teramat sangat"

13."Sesungguhnya syaitan menakutkan kamu dengan kefakiran dan menyuruh kamu kearah kejahatan"

14. "Sesungguhnya kami jadikan di atas dunia itu perhiasan, agar dapat uji siapa yang lebih baik amalannya"

15. "Sepertimana kamu bermula, kamu akan kembali". Kita mula dari tiada kepada ada, dan kemudian akan kembali kepada Allah

16. Hak kita ada 3. Hak dengan Allah, hak sesama manusia dan hak dengan makhluk lain.

17. Jangan takut kepada selain Allah

18. Penuhi hak-hak dengan kaum kerabat, orang miskin dan ibnu sabil

19. Tabiat kehidupan kita "sesungguhnya Allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum kecuali dia mengubahnya sendiri". Ubah hati dan tabiat kehidupan kita

20. Kenapa manusia kafir. Dah datang petunjuk tapi tidak mahu ikut petunjuk Allah.

21. Hendaklah kita lihat bagaimana akibat orang yang mendustakan janji Allah. Hendaklah kita semua bersabar kerana janji Allah itu benar. Dan janganlah kita resah gelisah dengan orang yang tidak yakin itu.

Lukeman Yusoff
Siti Norliza Ibrahim
dan anak-anak
Surau An Nur
Bandar Baru Bangi Selangor


-------------------------------------------------------------------------


Tafsir Al Munir
Dr Wahbah Zuhaily
Masjid Hasanah S9
Bandar Baru Bangi Selangor
18.5.2014 / 18.7.1435
10.45pagi-12.15 tengahari
Ustaz Rashidy Jamil AlRashid





1. An Nisa 4:145

إِنَّ الْمُنَافِقِينَ فِي الدَّرْكِ الْأَسْفَلِ مِنَ النَّارِ وَلَنْ تَجِدَ لَهُمْ نَصِيرًا

Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka.

2. Walaupun munafik Allah tahan azabnya di dunia, diakhirat balasannya

3. Sebesar-besar penyakit adalah apabila ditutup pintu hati oleh Allah, nauzubillah

4. Mukallaf (baligh dan berakal)

5. Dua jalan; baik dan buruk untuk kita pilih dan ikuti

6. 20 ayat pertama Al Baqarah; 4 sifat orang mukmin, 2 ayat tentang orang kafir, selebihnya sifat orang munafik

7. Saidina Ali RA "Antara tanda kecerdikan seseorang adalah berkata "wallahhua'lam""




8. Al Baqarah 2:21

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اعْبُدُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ وَالَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.


9. Al Baqarah 2:13

الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ فِرَاشًا وَالسَّمَاءَ بِنَاءً وَأَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجَ بِهِ مِنَ الثَّمَرَاتِ رِزْقًا لَكُمْ ۖ فَلَا تَجْعَلُوا لِلَّهِ أَنْدَادًا وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ

Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).

10. Ibadah = abdu = abdi = hamba



Soalan

1. Jihad adalah wajib cuma kaedahnya berbeza mengikut individu

2. Kitab Samawi ada 4; taurat, zabur, injil dan quran. Al Quran membenarkan kitab terdahulu, selagimana ianya tidak bercanggah dengan Al Quran

3. Hukum qodho solat wajib adalah wajib, dan hukum qodho solat sunat adalah sunat.

4. Golongan alabbasy suka melabel dan mengkafirkan orang lain terutamanya golongan wahabi. Berlaku adillah walaupun dengan musuh. Banyakkan mengkaji dan belajarlah dengan ramai orang untuk lebih kefahaman.

Siapa mengkafirkan orang yang tidak kafir maka dia kafir.

5. Ikut guru selagi dia buat baik dan tinggalkan dia apabila dia ingkari Allah dan Nabi SAW

6. Sifat munafik ada 4 cirinya

7. Apa saja yang menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal adalah dari syaitan

Lukeman Yusoff
Masjid Hasanah
Seksyen 9
Bandar Baru Bangi


------------------------------------------------------------------------

Kuliah Magrib
Surau Al Amin
Alam Sari
Bandar Baru Bangi
18 Mei 2014
Ustaz Dr Shafie Mohd Amin



Kali pertama solat berjamaah di Surau Al Amin Alam Sari




1. Jadi hamba Allah yang kusyuk. Kusyuk = fokus = hadir dalam hati. Pemikiran kita

2. Jadilah hati itu berfikir

3. Mindset = word.

4. An Nas

الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ

"Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, -

5. Hati tempat masuknya bisikan

6. Zukhruf = bunga. Syaitan membisikan bunga-bunga kearah kemaksiatan

7. "Siapa beriman pada Allah, Allah pandu hatinya"

8. "Manusia paling berjaya adalah yang paling takwa

9. Kusyuk=fokus=bisikan pada hati=fokus dengan maksud kehidupan kita

10. "Tidak kami jadikan manusia dan jin melainkan untuk mengabdikan padaKu"

11. "Kitab yang tidak ada keraguan padanya"

12. Bangkit sahur sebab Allah yang suruh bukan sebab takut lapar.

13. Qadar=peraturan. Nakkan tenaga kena makan. Tapi bila makan jangan cakap makanan yang kenyangkan. Allah yang kenyangkan.

14. Kerana Allah. Makan kerana Allah. Duduk dalam majlis ilmu kerana Allah.

15. Objektif kita untuk taat perintah Allah
12. Ilmu pengurus. Mengurus aktiviti mengikut panduan Quran. First thing first.

13. Belajar Bahasa Arab / Bahasa Quran dahulu

14. "Innalillahhiwainailaihitojiun" sesungguhnya kami ini kepunyaan Allah

15. Kita mesti sentiasa bersedia dengan ujian

16. "Yang Allah jika uji kami, jangan uji kami sesuatu yang kami tak mampu hadapinya"

17. Fokus: pemikiran dan perkataan

18. 2 perkataan untuk fokus

"Auzubillahhiminassyaitonirrajim"
"Bismillahhirrahmanirrahim" "Dengan Nama Allah"

19. Al Baqarah 2:121

الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَتْلُونَهُ حَقَّ تِلَاوَتِهِ أُولَٰئِكَ يُؤْمِنُونَ بِهِ ۗ وَمَنْ يَكْفُرْ بِهِ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ

Orang-orang yang Kami berikan Kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutarkan maksudnya), mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya; dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang-orang yang rugi.

20. Quran diturunkan sebagai panduan, ikutan dan amalan, bukan sekadar bacaan
Al Anam 6:155


وَهَٰذَا كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ مُبَارَكٌ فَاتَّبِعُوهُ وَاتَّقُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Dan ini sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan, yang ada berkatnya (banyak manfaatnya). Oleh itu, hendaklah kamu menurutnya; dan bertaqwalah (kepada Allah), mudah-mudahan kamu beroleh rahmat.

21. Bismillah
Saya nak memulakan aktiviti ini kerana Allah = mengikut peraturan Allah. Mesti keluar dari hati. Makan kerana nak taat kepada Allah. Bukan kerana nafsu kita.

22. Allah larang kita makan banyak. Makan dan minum tetapi jangan melampaui batas

23. Halal, ikut cara Rasulullah dan makan secara sederhana

24. Fokus mesti kepada Allah terlebih dahulu. Nafsu perlu dilatih untuk ikut kehendak Allah. Latih nafsu untuk ikut kita untuk taat petintah Allah. Bukannya kita ikut nafsu.

25. Pergi mana-mana kedai, tengok tukang masaknya pakaian menutup aurat ataupun tidak

26. Mee jangan makan.

27. Tujuan bisnes untuk taat pada perintah Allah. Pastikan halal, berkualiti dan taat perintah Allah

28. Jaga diri dengan belajar Quran cara betul

29. Kusyuk dengan baca dan hayati "auzubillahhiminasyaitonirrajim, bismillahhirrahmanirrahim"

30. Ayat Quran penuh barokah. Barokah=ziyadul khair=bertambah kebaikan

31. Berniaga barokah apabila kita makin bertambah taat pada Allah, walau untung, walau rugi, kita tetap untung kerana taat pada Allah.

31. Allahhummabariklana firajab, wabaligna ramadhan
Ya Allah
Ya Allah, bagi kami bersungguh-sungguh dengan Quran

32. Barokah=bertambah-tambah kebaikan

33. Baik=albigru 2:189

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْأَهِلَّةِ ۖ قُلْ هِيَ مَوَاقِيتُ لِلنَّاسِ وَالْحَجِّ ۗ وَلَيْسَ الْبِرُّ بِأَنْ تَأْتُوا الْبُيُوتَ مِنْ ظُهُورِهَا وَلَٰكِنَّ الْبِرَّ مَنِ اتَّقَىٰ ۗ وَأْتُوا الْبُيُوتَ مِنْ أَبْوَابِهَا ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah: "(peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat Haji. Dan bukanlah perkara kebajikan: kamu memasuki rumah dari bahagian belakangnya (ketika kamu berihram) akan tetapi kebajikan itu ialah perbuatan orang yang bertaqwa; dan masuklah ke rumah (Kamu) itu melalui pintunya, serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya."

34. Baik=bertakwa=taat pada segala perintah Allah, dan jauhi segala laranganNya. Apa sahaja keadaan kita taat perintah Allah=baik

35. Rezeki kita datang pada Allah.

36. Nak bahagia kita buat amal soleh sepanjang masa walau apa keadaan sekalipun

36. Beriman dan bertakwa 7:97-98

أَفَأَمِنَ أَهْلُ الْقُرَىٰ أَنْ يَأْتِيَهُمْ بَأْسُنَا بَيَاتًا وَهُمْ نَائِمُونَ

Patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur?

أَوَأَمِنَ أَهْلُ الْقُرَىٰ أَنْ يَأْتِيَهُمْ بَأْسُنَا ضُحًى وَهُمْ يَلْعَبُونَ

Atau patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada siang hari, semasa mereka sedang leka bermain-main?

37. Auzubillahhiminassyaitonirrajim, bismillahhirrahmanirrahim


Jemaah dan kuliah di Surau Alam Sari

Read more ...