Sunday 11 May 2014

Morib Gold Coast: Hari Keluarga dan Sambutan Hari Lahir (Bahagian 1)

Bismillah
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahhuakbar
Lailahaillah
Allahhummasollialamuhammad waalaalimuhammad

Assalamualaikum

Coretan percutian di Morib Gold Coast untuk kenang-kenangan dan juga rujukan bagi yang bercadang untuk berkunjung ke sana

bahagian 1 (Sambutan Hari Lahir)
bahagian 2 (Sambutan Hari Keluarga Pejabat)


Alhamdulillah, 2 kali kami berkesempatan berkunjung ke sini. Kali pertama pada cuti sekolah tahun lepas 26-27 Dis 2013, dan kali kedua adalah semasa sambutan hari keluarga pejabat 10-11 Mei 2014. Entri ini akan berdasarkan gambar, bagi memudahkan penceritaan ;)

Selamat menonton gambar dan mendengar cerita kami ;)

Gambar seisi keluarga kami; Lukeman, Siti Norliza dan anak-anak


Gambar perkenalan; suami isteri Lukeman dan Liza, dan anak pertama hingga anak ke lima, alhamdulillah nikmat rezeki dikurniakan anak yang sihat, dan membesar dengan cerdas. Moga mereka dan anak kita semua menjadi anak yang soleh dan solehah insyaAllah



Cuti Sekolah 26-27 Dis 2013


Hujung tahun lepas, kami bercadang untuk bawa anak-anak bercuti semsaa cuti sekolah. Jadi pilih punya pilih akhirnya buat keputusan untuk ke Morib Gold Coast (MGC). Kebetulan di sini ada sambutan hari lahir. 

Anak kami yang ketiga lahir 27 Disember, jadi kami book hotel pada 26 dan 27 dengan pakej hari lahir di MGC, dapat harga murah sedikit daripada harga biasa, dengan pakej kek, hadiah dan sijil hari lahir. Suka sangat Athirah sebab birthday dia di sambut di hotel ;)




Birthday Girl

Birthday girl; ulang tahun kelahiran yang ke 6. Tahun 2014 dah darjah 1. Athirah ni lahir awal daripada jangkaan. Ikutkan due nya awal bulan 1, tapi rezekinya lahir pada hujung bulan 12. Untung 1 tahun. Orang lain 7 tahun baru masuk darjah 1, dia 6 tahun 1 minggu dah darjah 1 ;)

Kakaknya yang umur 1 tahun lebih tua pun dapat hadiah yang sama daripada pihak MGC. Terima kasih pihak MGC, moga makin murah rezeki dan makin ramai pengunjung datang ke resort tuan dan puan

Kisahnya begini; bila Athirah dapat hadiah dan kek, Aisyah pun nak hadiah yang sama. Muhammad si sulong dan matang, jadi dia cool aja dan tak minta-minta hadiah. Aisyah dan Athirah agak rapat, jadi biasanya mereka berdua akan nak benda yang sama / hampir sama.

Jadi untuk tenteramkan suasana Lukeman minta dengan pihak MGC untuk beli lagi 1 tambahan hadiah untuk Aisyah. Dengan murah hati pihak MGC bagi 1 hadiah percuma untuk Aisyah. Suka sangatlah mereka berdua malam itu sebab dapat hadiah 1 seorang daripada hotel masa dinner.



Hadiah yang mereka berdua dapat


Inilah hadiah yang mereka berdua dapat; bear yang boleh menyanyi lagu "Happy Birthday", sambil menari, keluarkan muzik dan warna-warni. Indah sekali ;). Memang tidur dengan hadiahlah mereka berdua malam tu. Balik Bangi, siap dipakaikan tudung dan bagi nama lagi pada anak-anak baru mereka.

1 nama Siti Sarah, 1 lagi nama Siti Norlina. Esoknya tukar jadi nama lain pula, haha. Macam-macam idea Aisyah dan Athirah ni. Bear besar yang warna biru tu kononnya ibu bear pink yang baru ini, ;)


Hari Pertama


Pandangan dari bilik penginapan



Hari pertama sampai; solat Asar, makan alas perut sebelum dinner malam nanti, dan terus tukar baju renang. Masing-masing dah ada baju renang seorang 1; dari yang besar sampailah ke yang paling kecil. Pelampung pun seorang 1 untuk yang kecil, yang dah besar tak payah guna pelampung dah, boleh berenang sendiri dengan bantuan kami berdua. Kecil dulu dah guna pelampun, sekarang bagi adik-adik pula



Hari pertama


Petang hari pertama, masih dalam proses menyesuaikan diri dengan kolam dan gelongsornya. Masih dengan gaya-gaya konventional hehe. Gambar ini diambil dari permandangan di lokasi taman tema air MGC




Gambar dari lokasi bilik penginapan


Alhamdulillah kami dapat bilik menghadap pool, jadi agak senanglah nak pantau anak-anak dari atas. Gambar inipun diambil dari balkoni bilik. Bilik di tingkat 2, memang betul-betul menghadap pool. Di family day semalam pun kami dapat bilik menghadap pool juga cuma tingkatnya lebih rendah, aras 1, alhamdulillah



Antara aksi-aksi yang dapat ditangkap lensa kamera


Antara aksi yang dapat diambil dengan kamera pada hari pertama. Boleh tahan juga taman tema air di MGC ini, sesuai untuk anak-anak mandi manda melepaskan penat lelah dan menyalurkan tenaga mereka ;)



Dinner, Sambutan Hari Lahir dan Hadiah


Di bawah adalah antara gambar yang sempat kami rakamkan untuk kenangan semasa malam 27 Dis 2014. Malam ulang tahun kelahiran anak ketiga kami; Athirah. Dapat kek, hadiah dan sijil daripada pihak MGC, bukan 1 hadiah, tapi 2 hadiah. Lagi 1 untuk kakaknya sama.


Malam 27 Disember 2013


Yusuf sampai tersenguk-senguk di meja makan, haha, penat main kolam petang sebelumnya. Jadi kami makan pun cepat-cepat, kesian kat anak keempat kami ini. Si bongsu tak bawa masa dinner, tinggal kat bilik dengan pengasuhnya. Selamat menyambut ulang tahun ke 6 buat Athirah, moga membesar menjadi anak yang solehah

Antara tagline Athirah masa awal-awal pandai bercakap dulu adalah 

"mama comel, abah comel, kakak comel, abang comel.......semua orang comel....."

Tanya je siapa yang comel, semua orang yang ada dingatannya akan disebut.  Kalau kebetulan sedara-mara datang pun dia akan bilang sorang-sorang, dan ayat akhirnya adalah

"semua orang comel"

Semua anak ada tagline masing-masing semasa kecil mereka ;)



Hari Kedua


Hari kedua


Hari kedua, lepas breakfast terus anak-anak turun ke pool, sambung mandi. Hari ini baru keluar aksi-aksi berani mereka setelah tempoh menyesuaikan diri semalam berakhir hehe. Hari ini mula keluar gaya akrobatik, berpusing-pusing, turun kepada dahulu. Gambar di atas sebagai bukti kenangan untuk mereka ;)

Kami ada berdekatan, itu yang mereka berani cuba. Airpun agak cetek. Boleh dilakukan aksi diatas dengan pemantauan orang dewasa. Mereka ini pun buat selepas tengok orang lain buat. Jadi timbul keinginan untuk cuba gaya baru. Cuba sajalah, kita kan sedang bercuti. Apa gaya nak buat, silakan buat, jangan malu-malu. Jangan gaya yang extreme / membahayakan diri sudah



Tengah hari sebelum check out


Selepas berpenat lelah mandi manda (sampai minta nak sambung main lagi). akhirnya tiba masa untuk berangkat pulang. Hadiah dah dapat, kek pun dah habis, sijil pun dah dapat. Sijil sambutan kelahiran di MGC. Terima kasih lagi sekali untuk pihak pengurusan MGC



Penutup


Biasanya semasa bercuti, kita akan bawa ubat-ubatan sebagai persediaan jika ada perkara luar jangka yang berlaku. Kami pun sama, sebelum berangat kami akan bagi anak-anak makan nutriferon 1/2 paket seorang untuk persediaan sistem imunisasi badan mereka.

Biasanya anak-anak bila bergaul dengan ramai orang, bila sistem imun mereka rendah, mereka akan mudah dijangkiti penyakit. Anak kami pun sama, bila sesekali ke tempat orang ramai, akan ada seorang dua yang apabila balik nanti badan akan mula panas.

Jadi nutriferon ini dapat membantu meningkatkan sistem imun mereka agar sentiasa kuat dan mampu untuk melawan penyakit. Kalau tak sempat bagi sebelum berangkat ke percutian mana-mana, masa pulang nanti boleh terus bagi 1/2 paket seorang. Dewasa macam kami berdua; kami ambil 1 paket seorang. Campur dalam air minum pun boleh, nak terus makan macam tu pun boleh, kemudian bilaskan dengan air masak ataupun air tapis.


Nutriferon untuk makan sebelum berangkat / selepas pulang dari bercuti. B complex, vitalea, ostematrik dan omegaguard (tiada dalam gambar) Liza masukkan dalam paket kecil untuk kegunaan sehari di sana


Nutriferon untuk makan sebelum berangkat / selepas pulang dari bercuti. B complex, vitalea, ostematrik dan omegaguard (tiada dalam gambar) Liza masukkan dalam paket kecil untuk kegunaan sehari di sana

Secara keseluruhannya alhamdulillah percutian ini boleh dikategorikan sebagai memuaskan untuk anak-anak cuma ada 2-3 perkara yang boleh pihak MGC pertingkatkan demi untuk menjaga mutu dan meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan mereka. Antara yang boleh dipertingkatkan itu insyaAllah akan kami kongsikan di entri akan datang tajuknya Morib Gold Coast: Hari Keluarga dan Sambutan Hari Lahir (Bahagian 2)

Bahagian 1 ini khusus untuk sambutan hari lahir tahun lepas, bahagian 2 insyaAllah tentang sambutan hari keluarga yang baru tamat semalam

Moga ada manfaatnya insyaAllah

Lukeman Yusoff 0132299319
Siti Norliza Ibrahim 0196515717
Bandar Baru Bangi Selangor
11 Mei 2014

6 comments:

  1. cantik juga tempat ini ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, tempat mandinya boleh tahan menarik untuk anak-anak, kolam dewasa pun ada juga

      Delete
  2. Semua orang cantik..<3<3

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua orang cantik, semua orang comel ;) trademark Athirah

      Delete
  3. semua orang comel..so sweet ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) nanti kalau jumpa gambarnya masa awal-awal boleh bercakap dulu saya letakkan di entri ini insyaAllah

      Delete

Komen Sahabat