Friday 9 May 2014

Ibu Di Hati Syurga Menanti

Khutbah Jumaat Surau An Najah GMI
9 Mei 2014

1. Alhamdulillah, Syahadah, Selawat
2. Sama-sama tingkatkan ketakwaan, dengan lakukan segala suruhan dan jauhi segala laranganNya

Tajuk Khutbah: Ibu Dihati Syurga Menanti
3. Hormati dan buat baik pada ibubapa
4. Anak soleh dan solehah akan bahagia dunia dan akhirat
5. Al Isra ayat 23-24

"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ah", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."


6. Bila kali terakhir kita jumpa ibu?
7. Luqman ayat 14

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)."



8. "Ibumu, ibumu, ibumu, kemudian bapamu"

9. Al Isra ayat 31

"Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar"

10. Setiap anak perlu patuh dan taat kepada ibubapanya

11. "Apabila mati anak adam putus amalannya kecuali 3 perkara sedekah jariah, ilmu bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannnya"

12. Tidak akan masuk syurga orang yang suka menunjukkan pemberiannya, derhaka pada ibubapa dan minum arak"

13. Tabiat semulajadi manusia suka dan lasih pada anak-anaknya

14. Sebagai anak kita gembirakan hati ibubapa sebelum kita atau mereka dijemput Allah

15. Al Isra 24
"Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil"

16. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, allahhummasollialamuhammad waalaalimuhammad

2 comments:

  1. rindu ma... :(

    (yeay! first comment. nk hadiah dr penaja. hihi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) boleh, insyaAllah hadiah akan diposkan pada alamat seperti yang didaftarkan pada borang pesanan disebelah. Borang pesanan dah diterima. Tunggu cukup 5 semuanya akan diposkan sekali, sekarang dah ada 2 yang isi, cepat minta kawan-kawan isi sama ;)

      Delete

Komen Sahabat