Saturday 3 May 2014

Penawar Bagi Hati; Kuliah Magrib Surau An Nur

Penawar Bagi Hati ms 52
Ustaz Abdul Rahman Awang Soh
Surau An Nur Bangi 3 Mei 2014 / 3 Rejab 1435
Ustaz Abdul Rahman Awang Soh

1. "Tidak akan masuk syurga orang yang ada rasa sombong dan takkabur dalam dirinya yang tanpa sempat bertaubat"
2. Cepat-cepat istigfar dan taubat jika ada rasa sombong dan takabbur
3. Boleh sesekali sombong dengan orang yang sombong untuk bagi pengajaran kepadanya.
4. "Allah akan tambahkan kemuliaan bagi hambaNya yang selalu meminta maaf" contohnya selalu minta maaf
5. Umar Al Khattab, setiap kali lepas solat subuh memaafkan setiap orang yang mengumpat dan mengata pada malam hari sebelumnya setiap hari
6. Seberat mana untuk kita memaafkan orang lain, seberat itulah pahala yang akan kita dapat daripada Allah bahkan lebih berat daripadanya insyaAllah
7. Untuk ke syurga umpama naik bukit, kena tekan pedal sekuat mungkin. Dalam mengharungi dunia umpama menuruni bukit, kena banyak gunakan brek
8. "Sesiapa yang mampu pakai pakaian hebat, tetapi tidak memakainya kerana merendah diri kepada Allah akan diberikan hillah=2 helai kain syurga diakhirat kelak" simbolik akan diberikan kemuliaan dan kemasyuran diakhirat kelak didepan orang ramai. Dari sudut tasawuf
9. Merendah diri dengan Allah akan diberikan kemuliaan oleh Allah
10. " Segala nikmat yang Allah beri hendaklah ditunjukkan" dari sudut pandangan berbeza
11. Ada tokguru yang tidak dapat naik kereta baru yang dihadiahkan oleh anak muridnya kerana merasa tidak selesa
12. Membesarkan diri itu sangat besar dosanya dan akan masuk neraka
13. 3 kekejian sifat sombong (a) merebut dan memakai sifat Allah, (b) mengingkarkan kebenaran dari Allah dan menghinakan manusia lain, (c) sombong akan meninggalkan sifat kepujian yang lain.
14. Sombong akan memusnahkan sifat mulia yang lain
15. "Tidak akan beriman sesorang itu sehingga dia kasih kepada saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri"
16. Sombong biasanya akan ada bersamanya riak. Bila ada sombong sifat mazmumah lain akan ada bersama.
17. Sama-sama periksa diri agar kita tiada sifat sombong. Musnahkan dia sekarang. Istigfar, berdoa dan bertaubat kepada Allah Taala. Astagfirullahhalazim
18. Umpama pepatah melayu "ular menyusur akar tidak hilang bisanya" dan "padi makin berisi makin tunduk"
19. Ubat bagi sombong adalah "sedar diri"; siapa kita, dari mana dan hendak kemana.  QS Al Mukminum ayat 1-15
20. Asal kita daripada air mani dan kesudahannya adalah bangkai dan ada menanggung najis di dalam badan kita.

Al Mukminun ayat 12-14


21. Di dalam syurga tiada najis, bangkai, bau busuk. Itulah destinasi kita. Jadi jangan sombong
22. Doa pada Allah agar kita sejahtera hingga akhir hayat, dunia dan akhirat
23. "Sayangilah orang yang kita sayang berpada-pada kerana mungkin suatu hari nanti kita akan membencinya dan bencilah orang yang kita benci itu berpada-pada kerana mungkin suatu hari nanti kita akan menyayanginya"
24. Sedar diri bahawa kita ini hamba Allah

Wallahhua'lam
Lukeman dan keluarga
Surau An Nur Bandar Baru Bangi
3 Mei 2014 / 3 Rejab 1435


Gelagat si ikal yang sempat ditangkap di surau. Nasib baik abangnya pandai teman dan pujuk dia


Balik kuliah magrib, anak-anak nak makan roti canai