Tuesday 13 May 2014

Kuliah Undang-Undang Islam

Kuliah Subuh Surau An Najah
13 Mei 2014
Fiqh Jenayah
Ustaz Mohd Rafizal Zulkifli



1. Syukur pada Allah kerana masih boleh beribadah dan belum dijemput Izrail

2. Sama-sama bersyukur kerana diberikan nikmat kesihatan

3. Kita tiada hak untuk bantah ketentuan Allah. Kerja kita adalah untuk ibadah kepadaNya

4. Kita tahu untuk isthikarah untuk pilih pasangan antara 2-3 pilihan, tetapi kenapa hukum Allah kita tidak mahu digunakan

Buku ms 19 Fiqh Jenayah

5. Hukum Allah; hukum syariah tiada bandingan. Tidak perlu dibandingkan dengan hukum buatan manusia

6. "Jenayah" segala perbuatan yang diharamkan

7. Jaga 6; agama, nyawa, akal, keturunan, harta dan maruah.

8. "Saksi" nampak secara tiba-tiba, bukannya "mengintip"

9. Tuduhan perlu ada salah satu daripada 2; saksi ataupun bukti

10. Jika tiada saksi, maka bukti diperlukan

11. Pendapat lain "jenayah" ada juga yang tafsirkan sebagai apabila tinggalkan suruhan dan buat larangan Allah

12. 3 peruntukan jenayah; hudud, qisas dan diat, takzir

13. "Hudud" jamak kepada "had" iaitu pemisah antara dua perkara, contohnya antara pahala dan dosa ada "had"

14. "Hudud" pencegah / penghalang

15. Undang-undang manusia tidak mampu halang jenayah. Hanya undang-undang Allah yang mampu atasi permasalahan manusia.

16. Hudud untuk mencegah jenayah daripada berlaku

17. Siapa yang kena hudud, hukum itu jadi kafarah dosanya pada Allah



Wallahhua'lam
Daripada tukang catit ;)
Lukeman Yusoff

No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat