Wednesday 14 May 2014

Bonus Shaklee Bulan kelima (April 2014) (terakhir update bonus)

Bismillah
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar
Lailahaillah
Allahummasollialamuhammad waalaalimuhammad

Assalamualaikum

Harap ini entri terakhir kami update dan ceritakan berkenaan dengan bonus perniagaan online kami. Selepas ini insyaAllah tiada lagi update berkenaan wang ringgit dan bonus ini secara terbuka di blog
Bonus Shaklee biasanya dibayar setiap 15hb setiap bulan berikutnya. Contohnya bonus bulan 3 akan dibayar pada 15hb April, tetapi bulan ini (Mei 2014), bonus bulan lepas (April 2014) di bayar hari ini (14 Mei 2014). Mungkin sistem pengiraan bonus Shaklee telah dipertingkatkan, sehingga membolehkan pembayarannya diawalkan sehari

Alhamdulillah setakat hari ni, perniagaan online kami amat memberangsangkan, dengan peningkatan jualan dan peningkatan jumlah rakan bisnes yang meyakinkan. Bermula pada Disember 2014 dengan hanya kami berdua (suami isteri), sekarang jumlah keseluruhan ahli bisnes dalam kumpulan kami di JBC telah meningkat ke angka yang boleh dibanggakan alhamdulillah. Moga lebih ramai rakan dapat turut serta dalam sama-sama meningkatkan ekonomi keluarga ini insyaAllah

Seperti telah dijelaskan sebelum ini di entri ini, ada 7 kelebihan apabila jadi ahli Shaklee iaitu:
1. Dapat beli produk Shaklee pada harga ahli
2. Dapat beli set promosi Shaklee (Jangan lupa promosi bulan ini adalah Mealshakes untuk ahli Shaklee)
3. Dapat untung jualan runcit
4. Dapat bonus peribadi
5. Dapat bonus kepimpinan
6. Dapat bonus kereta dan
7. Dapat peluang melancong ke dalam dan luar negeri dengan mata yangkita kumpulkan

Modalnya pula adalah sebanyak RM65 seumur hidup untuk jadi ahli Shaklee, juga boleh rujuk entri ini untuk kos dan kelebihan jadi ahli Shaklee


7 ganjaran bagi ahli Shaklee dengan bermodal RM65 sekali seumur hidup

Bonus wang tunai; untung runcit, bonus peribadi dan bonus kepimpinan


Bonus kereta yang dibayar dalam bentuk wang ringgit bagi yang layak


Bonus / peluang melancong dalam dan luar negeri

Bonus Liza dan Luke bulan April 2014, dibayar hari ini; 14 Mei 2014, alhamdulillah RM2xxx.44. Bulan kelima berbisnes Shaklee secara separuh masa


Namun semua ini bukan mudah untuk kita perolehi dan bukan juga sukar untuk perolehi (Sedang-sedang orang kata, tidak sukar sangat, dan tidak mudah sangat. Banyak bergantung pada usaha kita, doa dan juga tunjuk ajar). Sistem, jalan dan cara telah dirintis oleh mereka yang terdahulu. Tinggal lagi kita bersedia dan nak ikut ataupun tidak, itu je.

Ada yang bermula dengan bonus 2 angka, kemudian naik ke 3 angka, kemudian ke 4 dan 5 angka, bergantung kepada masa dan usaha yang kita peruntukkan untuk perkenalkan produk dan peluang bisnes ini kepada orang ramai

Macam kami, medium kami adalah FB, blog, whatsapp dan ada juga secara offline kepada rakan pejabat, jiran dan saudara. Banyaknya adalah secara online, untuk pengukuhan baru kami jumpa secara bertemu mata / offline. Semuanya perlukan sedikit pengorbanan dan sediakit susah payah pada awal-awalnya (mana ada bisnes yang goyang kaki, tiba-tiba dapat duit kan). Lama-lama kita akan biasa dan fasih dengan selok belok perjalanan bisnes ini insyaAllah

Apapun kami bersyukur kerana dipertemukan dengan rakan-rakan Shaklee yang lain, sama ada dalam group JBC mahupun group lain, semuanya memberikan kami inspirasi dan semangat untuk terus berkongsi ilmu tentang kesihatan, vitamin, kewangan dan juga bisnes untuk sama-sama memajukan diri kita insyaAllah.

Harap perkongsian ini memberikan manfaat kepada kami yang menulis dan juga kepada pembaca semua. Apa yang baik adalah daripada Allah, yang lemah dan kurang adalah atas asbab kelemahan diri kami. Kepada Allah kami memohon keampunan dan kepada tuan puan kami mohon maaf.

Wallahua'lam
Lukeman Yusoff 0132299319
Siti Norliza Ibrahim 0196515717
Bandar Baru Bangi Selangor

1 comment:

Komen Sahabat