Wednesday 5 March 2014

Bonus Bulan Ketiga Shaklee = Separuh Gaji Jurutera

Assalamualaikum, alhamdulillah, sudah masuk bulan ke empat kami bershaklee; bermula dengan mencari produk kesihatan untuk kegunaan sendiri; suami, isteri dan anak-anak. Kemudian kami kongsikan dengan rakan-rakan pejabat, jiran-jiran, saudara mara, pembaca blog dan juga kawan-kawan di facebook.

Alhamdulillah semakin hari semakin ramai yang mulai sedar tentang kepentingan kesihatan dalam kehidupan. Dua nikmat yang sering kita lupa dan abaikan adalah nikmat sihat dan nikmat masa lapang. Bila hilang baru kita sedar dan hargainya.

Pendapat peribadi kami, apa saja produk yang kita percaya dapat membantu keluarga kita sihat, kita yakini keberkesanan, tiada kesan sampingan, diakui halal, ada pengesahan KKM, semulajadi, tiada bahan tambahan / bahan sintetik, terbukti dipasaran patut kita cuba dan ambil. Antara yang kami ambil setakat hari ini adalah madu lebah, kismis, kacang badam, kurma, dan juga produk kesihatan Shaklee.

Disamping guna sendiri untuk bantu tingkatkan kesihatan, dengan izin Allah jua, alhamdulillah produk ini juga bantu kami untuk dapatkan pendapatan tambahan. Bonus Shaklee biasanya di bayar setiap 15 haribulan setiap bulan. Kami mula bulan 12, jadi bulan ini insyaAllah kami akan dapat merasa bonus ke 3 kami.

Tak banyak pun, bermula untuk guna sendiri bulan 12, 2013, kongsikan manfaatnya sedikit demi sedikit. Bulan lepas, Februari 2014 alhamdulillah bonus bulan ketiga Shaklee kami hampir menyamai separuh gaji pertama Lukeman kerja sebagai jurutera; kerja pertama selepas tamat ijazah dulu, tahun 2001. Fresh graduate kan, mana dapat gaji tinggi-tinggi lagi :)



Kad bisnes kenangan; 1 selepas tamat Ijazah tahun 2001, lagi 1 lepas tamat Master tahun 2004, bersama cop "AMAT BAIK" Athirah ;). Rasa nak kongsi pengalaman kerja di industri sebelum masuk jadi tenaga pengajar, insyaAllah jika berkesempatan dan di lain entri.


Apapun, bonus perniagaan ini hanya sampingan, matlamat utama adalah untuk bantu lebih ramai orang, agar bertambah sihat, dapat melakukan ibadah dan kerja dengan lebih bertenaga, dapat dukung dan kendong anak-anak tanpa perlu lagi rasa sakit pinggang, dapat jadi asbab untuk dapatkan zuriat, dapat pulihkan semula hubungan suami isteri dan macam-macam lagi asbab kegunaan dan khasiat vitamin semulajadi ini.

Sambil sihat, sambil bantu tambah pendapatan. Bagi yang berminat untuk lebih sihat, mahupun untuk jana pendapatan tambahan, boleh hubungi kami di nombor di bawah untuk sms/call/whatsapp. Boleh juga add FB kami, jika ada sebarang kemuskilan ataupun pertanyaan, insyaAllah akan kami kongsikan. Syaratnya mudah, ada semangat untuk berkongsi, ada kemudahan internet, dan jika ada telefon pintar itu suatu bonus. Sekarang semua dihujung jari.

Moga bermanfaat dan sampai jumpa lagi insyaAllah

Wallahhua’lam