Thursday 6 March 2014

Jom Bahagia (5) Kompilasi 2 Minggu Nota Kuliah Agama

Assalamualaikum, di sini kami nukilkan kompilasi nota, catatan dari bacaan dan juga kuliah agama untuk tatapan, rujukan dan panduan bersama, insyaAllah

7.3.2014 JUMAAT

Rumah tangga gambaran syurga, rumah tangga sakinah dan penuh suasana iman adalah gambaran syurga yang disegerakan di dunia.

Panel ceritakan seorang wanita yang sebatang kara, ditinggalkan 2 orang adiknya sebab hutang. Hutang yang tidak ditulis, tidak ikut syariat Allah. Sebab hutang ramai adik beradik putus saudara, banyak keluarga berpecah.

QS Al Baqarah 282, "10 perkara yang perlu ada jika berhutang 1. Surat perjanjian (hitam, putih), 2. Tulis dengan benar dan adil, 3. Rencana dengan betul (isi surat hutang, bila dan bagaimana mahu bayar), 4. Bertakwa kepada Allah, 5. Jangan kurangkan sesuatu daripada hutang itu, 6. Datangkan walinya jika orang yang berhutang itu lemah, 7.Saksi, 2 orang lelaki atau 1 lelaki dan 1 perempuan 8. Saksi jangan tolak persaksian bila dipanggin, 9. Jangan disusah-susahkan 10.takutlah pada Allah"

Dalam syariat biar bertegas dan bermasam muka terlebih dahulu, tetapi dihujungnya damai dan bahagia insyaAllah

ikim.fm 7.3.14 7.30 pagi




6.3.2014 KHAMIS


"Kepada mereka dikatakan" "salam" sebagai ucapan selamat dari Tuhan Yang Maha Penyayang" QS 36 Yasin 58

Jom sama-sama kita amalkan amalan ahli syurga dengan menyebarkan "salam" sesama kita


5.3.2014 RABU


Kursus Asas Haji 1435H / 2014M

Makluman untuk bakal Haji / Hajjah ataupun yang dah / ingin buat rayuan Haji tahun ini, kursus Haji asas sedang berjalan sekarang, boleh datang mana-mana lokasi berhampiran Tuan / Puan. Boleh rujuk jadual bagi negeri / tempat masing-masing dihttp://www.tabunghaji.gov.my/web/guest/soalan-4. Untuk penduduk negeri Selangor boleh terus rujuk dihttp://www.tabunghaji.gov.my/documents/10180/1580898/07022014update_Selangor.pdf/fe74d430-db5b-4e70-8434-2bd6145960b0.

Jadual terkini Sabtu ini, 8.3.2014, 9-11 pagi di Masjid UKM Bangi. Kursus ini adalah kursus asas untuk persediaan haji dan penambahan ilmu. Jika rayuan haji diterima (insyaAllah), insyaAllah tabung haji akan buat lagi sekali kursus perdana untuk semua bakal haji.

Makluman lanjut boleh hubungi tabung haji berhampiran. TH Bangi 03-82100804 ataupun terus ke HQ TH di talian 03-6207 1919




Detox fizikal, hati dan fikiran agar yang keluar dari diri kita semua yang baik-baik sahaja ikim.fm 5.3.14 7.30 pagi


Nota 1: Detox hati dan fikiran dengan selalu baca Quran, hayati makna dan amalkan dalan kehidupan insyaAllah

Nota 2: Detok fizikal boleh cuba set alfalfa+herb-lax+DTX+garlic


Nota 3: Moga fizikal, mental dan fikiran kita sentiasa bersih dan membersih / memberikan manfaat kepada orang lain juga insyaAllah


3.3.2014 ISNIN



Tanda-tanda orang berakal dan bijaksana

1. Berpagi-pagi sebelum subuh
2. Ada masa untuk bemunajat pada Allah SWT
3. Sentiasa menghisab diri
4. Beri hadiah (reward) atau galakan pada diri apabila dapat lakukan sesuatu kebaikan ikim.fm 3.3.14 7.30 pagi


Nota 1: Ketika muda, lidah lebih mudah menyebut "Alhamdulillah"bila dikurniakan nikmat dan rezeki.

Nota 2: Semakin meningkat usia, "Alhamdulillah" dan "Astagfirullah" dirasa lebih bererti
Nota 3: Rezeki dan nikmat bukan hanya pada wang dan harta, tetapi
juga pada kesihatan, keluarga yang harmoni, jiran yang baik, sahabat yang berakhlak, hidup yang tenang.

Nota 4: Semoga kita semua beroleh bahagia dan syurga dunia dan juga bahagia dan syurga akhirat insyaAllah


2.3.2014 AHAD

 Makluman, kos menunaikan ibadah haji tahun ini 1435H / 2014M dengan tabung haji adalah RM9980



1.3.2014 SABTU




Ustaz Abdul Rahman Awang Soh, Kuliah Maghrib, Surau An-Nur, BBB, 1.3.2014 @ 29.4.1435


1. Ubat harta adalah ilmu dan amal (a) kita dan harta akan binasa dan tidak kekal; jangan ambil air 1 titik pun kalau haram, jangan ambil 1 sen pun kalau haram. Pastikan semua harta kita halal, (b) hati susah hati bila ada harta yang tidak halal, (c) setiap punca kekayaan dan harta akan dihitung bermula di kubur, dan neraka tempatnya jika salah/haram.

2. Kaya dunia dan kaya akhirat dibolehkan.

3. Allah menilai apa ada dalam hati kita. Buat kerana Allah Taala untuk mencari redhaNya. 



Kuliah mingguan, Dataran Ilmu @ Dataran Taman Syurga, Bangi, Ustaz Don Danial Don Biyajid 8.30 pagi. Tafsir Nurul Iman.



"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan takwa"

Hidayatul Salikin jawi ms 30, melayu moden ms31, melayu lama ms35. Karangan Sheikh Abdul Samad AlBalingi. 


1. Sejarah akan berulang. Kayakan diri dengan ilmu. Cungkil bakat orang muda. Khalid Al Walid dilantik jadi tentera perang. Setiap orang ada kelebihan, cungkil dan tonjolkan bakat yang mereka ada.

2. Pakar kulit masuk Islam kerana faham tentang kulit dan deria rasa yang telahpun ditulis dalam Quran. Semua orang bukan boleh jadi ulama, tapi semua orang ada peranan dalam Islam. Cungkil bakat setiap anak dan orang muda. Setiap kita ada kebolehan dan kelebihan. Ibubapa kena sokong. Menandakan kekuasaan Allah yang buat manusia pelbagai.

3. "Takutlah kamu kepada air kencing, ramai yang masuk neraka kerananya"

4. Imam Ahmad Hambal anak murid Imam Syafie. Imam Syafie ziarah anak muridnya Imam Ahmad. Imam Syafie (a) makan lebih, (b) tidur, (c) tak ambil wuduk. Jawab Imam Shafie, "aku makan banyak sebab ayah kamu warak dan alim, aku makan sungguh-sungguh sebab makanan ini halal dan berkat. Mataku pejam tapi aku berjaya selesaikan hampir 40 masalah agama, dan aku tidak tidur, jadi tak perlu ambil wuduk

5. HR "Siapa basuh anggota wuduk 1 kali dapat 1 pahala, 2 kali dapat 2 pahala dan siapa yang basuh 3 kali dapat pahala wuduk Nabi-nabi terdahulu"



"Ingat Allah waktu senang, nescaya Allah akan ingat/tolong kita waktu susah"

1.3.2014 / 29.4.1435 Sabtu, kuliah subuh, Surau An Nur S1 BBBangi, Ustaz Hashim Hanafiah, tafsir Quran. Hari ini genap 27 tahun kuliah tafsir Quran di surau, mula dari 1.3.1987 & lepas kuliah ada jamuan sempena Khatam Quran ahli kariah.

Kisah Nabi Ibrahim, Nuh, Musa, Harun, Ilyas dah tamat. Hari ini kisah Nabi Lut dan Nabi Yunus, surah Assafat.

"dan sesungguhnya nabi Lut adalah daripada utusan Allah (Lut bin Haron; Haron 2 beradik dengan Nabi Ibrahim. Lut beriman kepada Nabi Ibrahim. Lut ikut hijrah Nabi Ibrahim dari Iraq ke Palestin. Nabi Ibrahim ke Syam/Syria, Lut ke Jordan yang ada laut mati, dari bani Israil. Kaum saadom sembah berhala dan berhubungan jenis. Maka Allah musnahkan mereka dengan gempa bumi, ribut batu dan petir. Jadilah tempat mereka terbalik (laut mati sekarang) Mereka yang beriman berjaya kecuali isterinya dan mereka yang ingkar" ayat 133

Ayat 134 & 135 "sesungguhnya kami (Allah) telah selamatkan dia (Lut) dan pengikutnya yang beriman semua sekali, kecuali orang tua (isterinya) didalam keadaan azab/seksa Allah sepanjangnya (isterinya sokong kaum Saadom. Isterinya bagitahu kaum Saadom bahawa malaikat yang menyerupai lelaki datang kerumahnya), dia restui dan kerjasama/sepakat dengan.kaumnya"

Ayat 136 "kemudian kami (Allah) binasakan yang lain (yang mengingkari Nabi Lut, dan buat kemungkaran)

Ayat 137 " (Musafir Mekah ke Syam/Syria melalui kawasan Saadom/laut mati) dan sesungguhnya kamu (ahli Mekah) melalui/melintasi ke atas mereka (laut mati)

(selalunya mereka berjalan waktu malam, sampai pagi. Tengahari berehat, petang sambung balik perjalanan) di waktu pagi."

"(Balik dari Syam sampai di situ pagi) Adakah kamu berfikir"

Iktibar:
1. Ambil pelajaran dari setiap yang berlaku.

Kisah Nabi Yunus.
Allah utuskan di Iraq, di newnawi, berdekatan sungai dajlah "dan sesungguhnya Yunus adalah dari orang yang diutuskan (rasul) (yunus bin matta), sesungguhnya "apqa" dia lari dari tempat dia diutuskan tanpa diperintah oleh Allah (Nabi Yunus dukacita apabila kaumnya tidak mahu beriman kepada Allah. Nabi-nabi hijrah dengan perintah Allah seperti Nabi Ibrahim hijrah dari Syam ke Mekah, Nabi Muhammad dari Mekah ke Madinah). Sesungguhnya dia telah keluar dari tempatnya dengan naik kapal yang sarat (bila kapal belayar, angin datang, kapal hampir masuk air, seorang perlu dibuang ke laut, diundi pertama kena Nabi Yunus, diulang kali kedua kena Nabi Yunus juga, kali ketiga pun kena Nabi Yunus), maka dibuat undi, kena pada dia (Yunus), maka dicampakkan dia (Yunus) kelaut

142 "maka dia ditelan ikan besar "alhudu", dan dia (Yunus) tahu dia bersalah (kerana lari dari kaumnya tanpa perintah Allah, sepatutnya sabar dengan ujian dan cabaran)."

Diceritakan oleh ahli tafsir: di dalam perut ikan selama 3hari-3malam, ikan ikut kapal, tidak menghadamkan Yunus)

143 "sekiranya dia (Yunus) tidak selalu mengingati Allah (tasbih, tahmid, zikir), nescaya dia akan kekal dalam perut ikan hingga hari kiamat"

HR Ibnu Abbas "Kita kena sentiasa ingat Allah waktu senang, nescaya Allah akan ingat/bantu kita waktu kita susah"

"jika Allah bagi rezeki tanpa batas nescaya manusia akan melampai batasan" QS.

"Maka dia menyeru dalam kegelapan "lailahaillaanta subhanaka inni kontuminazzalimin" tiada tuhan selain Allah, aku adalah orang yang zalim"

QR "Buatlah amal soleh/kebaikan seboleh mungkin, amal itu akan angkat&selamatkan kamu ketika kesusahan, sepertimana yang dilakukan oleh Nabi Yunus"

145 "Kami (Allah) telah jadikan ikan hud itu muntahkan/keluarkan dia (Yunus) di tempat tandus. Badannya lemah (seperti bayi baru lahir). Allah tumbuhkan pokok (daunnya besar untuk meneduhi Yunus, binatang lain tak boleh dekatinya)"

HR Abu Hurairah "Badan Yunus lemah, Allah tumbuhkan pokok dan datang kambing untuk susukan Yunus"

Nabi Yunus berkeadaan demikian sehingga keadaannya kembali seperti sediakala

147-148 "Allah hantarkan kembali dia kepada kaumnya, sehingga kaumnya beriman sehingga beberapa ketika"

Huraian oleh Tuan Haji Ghazali.

QS As Safat ayat 133-148, 15 ikut tafsif Al Azhar. Kaum Lut penyakit/kaum Saadom, dicungkil balik bumi.

Nabi Muhammad SAW dakwah di Taif, baginda diejek dan diingkari. Baginda bernaung kepanasan di bawah pokok, didatangi budak Nasrani. Nabi ceritakan tentang Newnawi dan Yunus; budak Nasrani peluk Islam.

Pokok kundur; labu apabila masaknya seumpama bubur ditumpuhkan di pulau itu untuk Nabi Yunus. Lebih 100 000 orang kaumnya beriman selepas peristiwa itu.

Malam nanti kuliah magrib oleh Ustaz Abdul Rahman Awang Soh


25.2.14 SELASA

Tanda kejayaan seseorang individu itu apabila dia dapat berbakti kepada orang yang berbakti kepadanya iaitu ayah dan ibunya. Panel ceritakan arwah ayahnya yang sempat dimandi, dikafan, diimami solat jenazah, diiringi dan dikebumikannya dikubur. Sama-sama kita berbakti dan sayangi mereka walaupun mungkin mereka telah tiada. Ikim.fm 25.2.14 7.30am

24.2.2014 ISNIN


"Celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela (orang yang tamak, hasad). Yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitungnya (mengejar harta, meninggalkan banyak prioriti dalam hidupnya terutamanya pelajaran agama). 

Disangkakannya bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (tiba-tiba kematian menjemputnya, baru dia sedar bahawa harta tidak dapat membantunya, bahawa disebabkan kesibukan mencari harta, banyak perkata penting dia tertinggal dan baru dia memikirkan keutamaan serta objektif hidupnya). Tidak sekali-kali, sesungguhnya dia sememangnya akan dilemparkan ke dalam neraka Hutamah (menyesal, menanggung sakit yang tidak terperi dan ingin kembali kedunia)" QS 104 Al Humazah ayat 1-4.

"Ya Allah ampunilah kami dan jadikanlah dunia dan harta kami sebagai asbab untuk kami lebih dekat kepadaMu dan jauhkanlah kami dari azab api neraka"

Jom solat taubat sebelum tidur


23.2.2014 AHAD




Doa agar dikurniakan kesihatan dan kekuatan yang baik dan berkekalan insyaAllah, QS 11 Hud ayat 52 "dan Dia akan tambahkan kekuatan keatas kekuatanmu (harta dan anak) dan janganlah kamu berpaling menjadi orang yang berbuat dosa"



Doa agar diri, anak dan keturunan tetap dan mudah melakukan solat QS 14 Ibrahim ayat 40 "Wahai Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang yang tetap melaksanakan solat. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku"
Lukeman


22.2.2014 SABTU

Banyak nikmat yang Allah kurniakan di dunia pada kita kadang-kadang buatkan kita terfikir "adakah lagi bahagian kita di akhirat kelak? Ya Allah ampunilah dosa kami semua dan berilah kami kebaikan didunia dan kebaikan diakhirat dan jauhkanlah kami dari azab api nerakaMu"


21.2.2014 JUMAAT

Kutbah Jumaat 21.2.14 Masjid An Najah GMI Bangi.

1. Tingkatkan ketakwaan dengan laksanakan segala perintah dan jauhi segala laranganNya. Moga kita berbahagia dunia dan akhirat.

2. Kutbah bertajuk Hadis Nabi SAW. 4 sumber hukum 1.quran 2.sunnah 3.ijma' dan 4.qias. HR Muaz ibnu Jabal "Kitab Allah, Sunnah Rasul SAW, Ijtihad"

3. "Dan nabi tidak perkatakan sesuatu mengikut nafsunya melainkan ia adalah wahyu yang diwahyukan kepadanya".

4.Hadis 1.Perbuatan, perkataan dan persetujuan Baginda, 2.perincikan Quran, 3.membatas/perincikan Quran, 
4.Perincikan Hukum hakam

5.Selamat dari sesat "aku tinggalkan kamu 2 perkara selama mana kamu pegang padanya kamu tidak akan sesat selamanya, iaitu kitab Allah (Quran) dan Sunnahku (hadis Nabi SAW)" HR Imam Malik

6. Wajib taati Allah dan taati Rasulullah SAW "jika kasih pada Allah, ikutilah Aku (Rasulullah SAW)" QS Imran 31.

7. "Sesiapa yang cari selain Islam, tidak akan diterima dan diakhirat kelak dia orang yang rugi". Quran dan Hadis sumber rujukan utama Islam

8. Allahhummasallialamuhammadwaalaalimuhammad.

Nota 1: Bagus juga ambil nota masa khutbah 1.otak ligat ingat fakta imam 2.tangan tangkas tulis nota & 3.minda lebih fokus dan mata lebih segar

Nota 2: Nak lagi segar, ambil 1 biji Vitamin B complex ataupun vitalea lepas makan tengah hari tadi sebelum solat jumaat. Marvellous.


Wallahhua’lam
Liza & Lukeman
Bangi Selangor
7.3.2014 
Shaklee Independent Distributor ID: 1089476 
Tel/sms/whatsapp: 013-2299319 / 019-6515717 
Blog: www.jombahagia.blogspot.com 
Email: jombahagia@gmail.com