Saturday 22 January 2022

*Kuliah Subuh* *22Jan2022*

 

*Kuliah Subuh*
*22Jan2022*
*Ustaz Dr Khairul Anuar*
*Surau An Najah Taman Universiti Jalan Pintar*

Alhamdulillah kita dipilih oleh Allah SWT untuk masih dikurniakan nikmat kehidupan

Alhamdulillah kita memulakan hari dengan amalan yang baik; solat subuh secara berjemaah dan duduk dalam majlis ilmu

Moga permulaan yang baik akan memberikan kita pengakhiran yang baik husnulkhatimah insyaAllah

*Tanda-Tanda Kiamat*

Kiamat sangat hampir, walaupun kita rasa masih jauh

Anbiya' 21: ayat 1
ٱقۡتَرَبَ لِلنَّاسِ حِسَابُهُمۡ وَهُمۡ فِي غَفۡلَةٖ مُّعۡرِضُونَ
*Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya.*
(Surah Al-Anbiya' 21, Ayat 1)

Hadis Riwayat Ahmad
"Umur kamu seperti saki baki siang" = seperti Asar hingga maghrib = pada zaman Nabi SAW. Kini lagi hampir

Sama-sama kita perbanyakkan persiapan sebelum datangnya kiamat

Kiamat = Assaah
Yaumul kiamat = dari hari kehancuran hingga syurga / neraka

Assaah = hari kiamat = satu waktu dalam sehari = satu detik dalam tempuh sehari

Kenapa guna "Assaah" = kerana kiamat berlaku sangat pantas = makan tak sempat nak suap apabila datangnya kiamat, nak jumpa keluarga tak sempat

Tiupan sangkakala kedua sangat pantas

Tiada lagi orang beriman pada waktu itu = berlaku kiamat = tiada orang sebut Allah

"Assaah" = satu detik masa

*Tanda-Tanda Kiamat*

Terbahagi 2; kecil dan besar
Tanda kecil ada banyak bergantung kepada perbahasan ulama

*Tanda besar 10 (tidak ikut turutan)*
1. Mahdi
2. Dajjal
3. Nabi Isa AS
4. Yakjuj Makjuj
5. Terbit matahari sebelah barat
6. Dukhan
7-9. Bumi terbenam secara besar-besaran; Barat, Timur dan Semenanjung Arab
10. Keluarnya api besar dari Yaman

Dajjal = muncul ketika manusia sengsara

Mahdi diangkat jadi khalifah = yang lain akan berterusan/berturutan = seperti mutiara jatuh daripada kalungan

Ilmu asketologi = ilmu akhir zaman

*Tanda kecil*
1. Yang dah berlaku tidak akan berulang
2. Akan terus berlaku
3. Belum berlaku

57 tanda kecil disenaraikan dalam kitab ini

*Tanda kecil kiamat 1:* Nabi SAW diangkat nabi dan rasul pada usia 40 tahun, Isnin 21Ramadan = 10Ogos

"Aku diutuskan dengan aku dan kiamat sebegini (jari telunjuk dan jari tengah)" = 2 tafsiran
1. Nabi terakhir = tiada lagi nabi hingga kiamat
2. Beza panjang jari = masa kiamat

"Aku diangkat menjadi rasul ketika bayu (angin) kiamat sudah mula terasa"

*Tanda kecil kiamat 2:* Kewafatan Nabi SAW

Berdasarkan sabda Nabi SAW
"Kirakan 6 perkara sebelum kiamat (tanda kecil), pertama kewafatanku"

Wafat pada Isnin 12Rabiulawwal 11Hijrah = lahir Isnin & diangkat jadi nabi Isnin.

Nabi SAW berpuasa pada hari kelahirannya Isnin = dalil boleh meraikan / mengingati kelahiran Nabi SAW dengan ibadah

*Sayang Nabi SAW dengan*
1. Belajar sirah, jarak sejauh ini dari tempat turun wahyu kita dapat Islam = pengorbanan Nabi SAW dan sahabat

2. Syamail Muhammadiyah = karangan Imam Tarmizi

3. Banyakkan berselawat kepada Nabi SAW
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد
Selawat = ada dua-dua ingat kepada Allah SWT dan ingat Nabi SAW

4. Ada cita-cita yang bersungguh-sungguh untuk jumpa Nabi SAW sebelum berakhirnya kehidupan ini = dalam mimpi, apatah lagi di akhirat kelak insyaAllah

Kita perlukan bersungguh-sungguh = insyaAllah akan dapat, contohnya seseorang yang dijamu makanan tapi tiada air = air itu akan jadi kesungguhan kemahuannya

Saiyidina Umar RA "jangan kamu kata Muhammad SAW itu wafat" = kerana kecintaannya kepada Nabi SAW

Saiyidina Abu Bakar "tidaklah Muhammad SAW itu melainkan pesuruh Allah SWT, dan telah ada rasul-rasul yang lain...."

وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٞ قَدۡ خَلَتۡ مِن قَبۡلِهِ ٱلرُّسُلُۚ أَفَإِيْن مَّاتَ أَوۡ قُتِلَ ٱنقَلَبۡتُمۡ عَلَىٰٓ أَعۡقَٰبِكُمۡۚ وَمَن يَنقَلِبۡ عَلَىٰ عَقِبَيۡهِ فَلَن يَضُرَّ ٱللَّهَ شَيۡـٔٗاۚ وَسَيَجۡزِي ٱللَّهُ ٱلشَّٰكِرِينَ

Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu).
(Surah 3 Aal-E-Imran, Ayat 144)

Saiyidina Umar RA "seolah-olah aku tidak pernah dengar ayat itu" = kecintaannya kepada Nabi SAW

*Tanda kecil kiamat 3:* Pembukaan Kota Baitul Maqdis pada zaman Sayyidina Umar insyaAllah kita sambung pada kuliah akan datang

7.39am ditangguhkan

Semoga bermanfaat, dapat amal dan sebarkan insyaAllah
جَزَاك اللَّهُ خَيْرًا كَثِيرا

1 Hari 1 Tazkirah di Telegram
https://t.me/TazkirahHarianChannel

1 Hari 1 Tazkirah di WhatsApp
https://chat.whatsapp.com/JZ7tyhphXaIAMdn9g53kCX (group pertama)

https://chat.whatsapp.com/EyE3RQjvdnXBQPxLKkygN4 (group kedua)

Read more ...