Thursday 30 March 2017

Kelas Bahasa Arab Al Quran (Minggu 58) 30 Mac 2017

Kelas Bahasa Arab Al Quran (Minggu 58)
30 Mac 2017 9.30pm
Dewan 3F-201 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi
Ustaz Dr Shafie Md Amin &
Ustaz Aiman Shafie

###################
Ustaz Dr Shafie Md Amin
9.30pm

Sambungan
Al Baqarah 2: 32

قَالُوا سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا ۖ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ

Tajwid:
ق = makhraj di pangkal lidah
س =
ح =  makhraj di tengah halkum
ك = ada keluar angin sedikit

أَنْتَ   : اخفاء = sembunyi
Sembunyikan sebutan ن

الْحَكِيمُ = mad arid lissukun
= 2 / 4 / 6 harakat


Buku Kaedah Harfiah ms 45*

قَالُوا = telah berkata oleh mereka

1. سُبْحَانَ = Maha Suci

كَ = Engkau

لَا = tiada / tidak

2. عِلْمَ = ilmu

لَ = bagi / untuk / milik

َنَا = kami

إِلَّا = kecuali

مَا = apa yang

3. عَلَّمْت = telah mengajar oleh Engkau

َنَا = kami

إِنَّ = sesungguhnya

كَ = Kau

أَنْتَ = Engkau

4. الْعَلِيمُ = Yang Maha Mengetahui

5. الْحَكِيمُ = Yang Maha Bijaksana


5 mufradat baru

Alhidayah = betul fikiran & perbuatan


Buku "You Are The Best"

Doa = ketaatan

Rapat dengan Allah = keluarga Allah = mahir & belajar Al Quran




Read more ...

Thursday 23 March 2017

Kelas Bahasa Arab Al Quran (Minggu 57) 23 Mac 2017

Kelas Bahasa Arab Al Quran (Minggu 57)
23 Mac 2017 9.30pm
Dewan 3F-201 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi
Ustaz Dr Shafie Md Amin &
Ustaz Aiman Shafie

###################
Ustaz Aiman Shafie
9.30pm

Sambungan
Al Baqarah 2: 31

فَقَالَ أَنْبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَٰؤُلَاءِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ

Beberapa perkataan panjangnya lebih 2 harakat = 3 tempat panjangnya 4 harakat

بِأَسْمَآءِ
هَٰؤُلآءِ
Ada ء panjang bacaan jadi 4-5 harakat. Tanpa ء panjang 2 harakat

المد الواجب المتصل =
panjang 4-5 harakat & wajib dibaca panjang, kerana bersambung dengan ء (pihak ketiga orang dalam)

المد الجأئز المنفصل =
panjang 4-5 harakat & harus dibaca panjang, kerana terpisah dengan ء  (pihak ketiga orang luar)


*MUFRADAT AL QURAN*
Buku Kaedah Harfiyah Ms 45

فَقَالَ = telah berkata ia

1. أَنْبِئُو = khabarkanlah olehmu
خبر  = beritahu
النبا = berita / cerita

2. نِي = akan) daku)

بِ = dengan / akan

3. أَسْمَاءِ = nama-nama

هَٰؤُلَاءِ = orang-orang ini /
benda-benda ini
أولاء = orang-orang
هَٰؤُلَاءِ = orang-orang ini
أولاءك = orang-orang itu

إِنْ = jika

كُنْتُمْ = telah adalah kamu

صَادِقِينَ = orang-orang yang benar

3 mufradat baru. 60 kali 1 mufradat baru setiap hari.

Mufradat lama, baca mana-mana ayat Al Quran setiap hari & terjemahkan ikut mufradat yang kita dah belajar



Rumah = 1 = tunggal
Rumah-rumah = 2 atau lebih

House = 1 = singular
Houses = 2 atau lebih = plural

بَيتٌ = 1
بُيُوتٌ =
3 atau lebih = jamak = الجمع

المُثَنَّى = 2 = bilangan 2

بَيتَانِ =
2 biji rumah

فَاْرٌ = 1 tikus
فِرَّان = banyak tikus
فَاْرَان = 2 tikus

Buku Bahasa Al Quran ms 4


**************************
Ustaz Dr Shafie Md Amin
10.17pm

Seminar "Ya Allah Terimalah Solatku" = Roh solat = Tauhid dalam solat = praktikal nilai kedudukan solat kita

Dimanakah kedudukan solat kita. Ada set soalan daripada Al Quran yang perlu kita jawab

Kita jawab sekarang agar kita dapat perbaikinya di dunia, sebelum Allah tanya kita di akhirat

Perbaiki solat dengan ilmu

Apakah ibadat yang paling susah nak istiqamah?

Solat = kehidupan

Apa doa yang no 1 penting?
Apa tanda- tanda solat kita diterima? = ada dalil dalam Al Quran

Bacaan solat memberi motivasi & semangat kepada kita

Kenapa orang dewasa kurang fokus berbanding kanak-kanak? = orang dewasa sering diganggu syaitan = kanak-kanak tiada dosa

Kefahaman terletak pada niat kita

Apa maksud khusyuk? & macam mana cara nak dapatkan khusyuk? = faham makna & Bahasa Arab Al Quran

500 orang maksimum peserta








Read more ...

Thursday 16 March 2017

Kelas Bahasa Arab Al Quran (Minggu 56) 16 Mac 2017

Kelas Bahasa Arab Al Quran (Minggu 56)
16 Mac 2017 9.30pm
Dewan 3F-201 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi
Ustaz Dr Shafie Md Amin &
Ustaz Aiman Shafie

###################
Ustaz Aiman Shafie
9.30pm

Al Baqarah 2: 31

وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ

Beri perhatian pada sebutan ثُمَّ

ثُمَّ = kemudian
ث = sh
س = s

سُمَّ = racun


*MUFRADAT AL QURAN*
وَ = dan

1. عَلَّمَ =   memberitahu / mengajarkan / telah mengajar ia

عَلِمَ = tahu / berilmu / mengetahui

آدَمَ = Adam

2. الْأَسْمَاءَ =
(akan) nama-nama
اِسْمٌ = nama

3. كُلَّهَا = semuanya

ثُمَّ = kemudian

4. عَرَضَ = telah menghadapkan (ia)
/ telah menayangkan / menunjukkan / mempamerkan

َهُمْ = mereka

5. عَلَى = atas / ke / kepada

الْمَلَائِكَةِ = malaikat-malaikat


5 mufradat baru. Hafal 1 mufradat baru 60 kali sehari.

*Latihan*
*Cuba terjemahkan ayat di bawah*

Al Imran 3:138

هَٰذَا بَيَانٌ لِلنَّاسِ وَهُدًى وَمَوْعِظَةٌ لِلْمُتَّقِينَ

هَٰذَا = ini

بَيَانٌ = penjelasan / penerangan

لِلنَّاسِ = kepada / bagi / untuk manusia

وَهُدًى = dan petunjuk

وَمَوْعِظَةٌ = dan peringatan / pengajaran

لِلْمُتَّقِينَ = bagi / untuk orang-orang yang bertakwa


Jaga mufradat sedia ada; yang dah belajar; Al Fatihah & Al Baqarah sehingga ayat 31, insyaAllah ayat-ayat lain kita boleh faham / terjemah berdasarkan mufradat yang kita dah belajar


*TADABBUR*

2:11

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ قَالُوا إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ

وَإِذَا = dan apabila

قِيلَ لَهُمْ = dikatakan kepada mereka

لَا تُفْسِدُوا = jangan membuat kerosakan

= tidak dimaklumkan jenis kerosakan = kerosakan apabila tidak belajar Al Quran

فِي الْأَرْضِ = di bumi

Kenapa perlu dibagitahu "di bumi"?
Kenapa tidak dicakap "di Madinah" ataupun cukup sampai "jangan membuat kerosakan" sahaja


Tengok balik ayat 10

فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ فَزَادَهُمُ اللَّهُ مَرَضًا ۖ
Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka

Di dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah tambahkan penyakit kepada (mereka=badan mereka keseluruhannya)

Berbalik ke ayat 2:11
Asal orang munafik di Madinah, tetapi jika tidak dibendung kerosakannya akan merebak ke seluruh bumi


Apa kaitan manusia dan bumi?

Taha 20:55

مِنْهَا خَلَقْنَاكُمْ وَفِيهَا نُعِيدُكُمْ وَمِنْهَا نُخْرِجُكُمْ تَارَةً أُخْرَىٰ

Dari bumilah Kami ciptakan kamu, dan ke dalamnya Kami akan mengembalikan kamu, dan daripadanya pula Kami akan mengeluarkan kamu sekali lagi.



مِنْهَا خَلَقْنَاكُمْ = untuk pilih jalan hidup syurga / neraka

وَفِيهَا نُعِيدُكُمْ = ke taman syurga / lubang neraka

وَمِنْهَا نُخْرِجُكُمْ = menuju syurga abadi / neraka

تَارَةً أُخْرَىٰ

**************************
Ustaz Dr Shafie Md Amin
10.20pm

Doa = ketaatan
Ketaatan = Apa yang Allah suka

2: 216

كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

Apa yang berlaku pada kita, kita tak tahu baik ataupun tidak, yang penting kita hadapinya dengan KETAATAN KEPADA ALLAH

Hidup adalah ujian
Ujian = soalan. Apa soalan?
Soalan = apa yang berlaku kepada kita setiap hari

Apa jawapan kepada soalan Allah kepada kita?
Jawapan = SAYA NAK TAAT =
إِيَّاكَ نَعْبُدُ

Al Anbiya 21:35

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً ۖ وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ

Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.


كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْت = tiap-tiap jiwa akan merasai mati

ِ ۗ وَنَبْلُوكُمْ = dan Kami uji

بِالشَّرِّ = dengan yang kita tidak suka

وَالْخَيْرِ = dan yang kita suka

فِتْنَةً ۖ  = ujian

وَإِلَيْنَا تُرْج

Sabar = taat
Sakit pada badan bermula dari HATI

*Perkara pertama kena buat ketika sakit adalah ISTIGFAR*

Allah yang bagi kita sakit & Allah yang bagi kita sembuh

Kebanyakkan sakit berpunca daripada kelalaian / ketidaktaatan kita kepada Allah, agar kita kembali kepadaNya

Siapa itu Allah? = Allah adalah Doktor Terbaik = Asyafi = Asyifa

Perbanyakkan istigfar
Minta pada Allah dahulu, kemudian baru buat keputusan

Ujian macam-macam. Jawapannya adalah SAYA NAK TAAT = إِيَّاكَ نَعْبُدُ

7 Mei di UTM KL kursus "Memahami Solat = Adakah Solat Kita Diterima Allah?". Maksimum 500 orang sahaja




Read more ...

Friday 10 March 2017

Kelas Bahasa Arab Al Quran (Minggu 55) 9 Mac 2017

Kelas Bahasa Arab Al Quran (Minggu 55)
9 Mac 2017 9.35pm
Dewan 3F-201 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi
Ustaz Dr Shafie Md Amin &
Ustaz Aiman Shafie

###################
Ustaz Aiman Shafie
9.35pm

*MUFRADAT AL QURAN*
Sambungan

Al Baqarah 2: 30

قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ


تَعْلَمُونَ
= ngunnah = dengung
= 2/4/6 harakat = dengung pada ن

م & ن
sahaja yang ada ngunnah. Selain dari 2 huruf ini tiada ngunnah


قَالَ = telah berkata (ia)

إِنِّي = إِنَّ + يْ = sesungguhnya Aku

1. أَعْلَمُ = Aku mengetahui

مَا = apa yang

لَا = tidak

تَعْلَمُونَ = kamu mengetahui

Sesungguhnya Aku Aku mengetahui = Aku Aku = penegasan Allah kepada malaikat


*MUFRADAT TAMBAHAN*

1. أَنَا شَبْعَان =  saya kenyang (makanan)

2. أَنَا رَيَّان = saya kenyang (air)


*ياء المتكلم =Huruf (ي) Aku*

إِنَّ + يْ = إِنِّي = sesungguhnya aku

بيت + ي = بيتي = rumahku

جنة + ي = جنتي = syurgaku

رجل + ي = رجلي = laki aku


*TADABBUR*

2:11

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لَا تُفْسِدُوا

وَإِذَا = dan apabila

قِيلَ = dikatakan

لَهُمْ = kepada mereka

لَا = jangan

تُفْسِدُوا = buat kerosakan



لَهُمْ = kepada mereka (munafik)


Yusuf 12:73

قَالُوا تَاللَّهِ لَقَدْ عَلِمْتُمْ مَا جِئْنَا لِنُفْسِدَ فِي الْأَرْضِ وَمَا كُنَّا سَارِقِينَ
Mereka berkata: "Demi Allah! Sesungguhnya kamu sedia mengetahui bahawa kedatangan kami bukanlah untuk berbuat kerosakan di bumi (Mesir ini), dan kami pula bukanlah pencuri".

Yusuf 12:73 kerosakan = mencuri

Yunus 10:81

فَلَمَّا أَلْقَوْا قَالَ مُوسَىٰ مَا جِئْتُمْ بِهِ السِّحْرُ ۖ إِنَّ اللَّهَ سَيُبْطِلُهُ ۖ إِنَّ اللَّهَ لَا يُصْلِحُ عَمَلَ الْمُفْسِدِينَ

Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata:" Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan.

Yunus 10:81 kerosakan = sihir

Al Mukminin 23:71

وَلَوِ اتَّبَعَ الْحَقُّ أَهْوَاءَهُمْ لَفَسَدَتِ السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ ۚ بَلْ أَتَيْنَاهُمْ بِذِكْرِهِمْ فَهُمْ عَنْ ذِكْرِهِمْ مُعْرِضُونَ

Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang adanya. (Bukan sahaja Kami memberikan ugama yang tetap benar) bahkan Kami memberi kepada mereka Al-Quran yang menjadi sebutan baik dan mendatangkan kemuliaan kepada mereka; maka Al-Quran yang demikian keadaannya, mereka tidak juga mahu menerimanya;

Al Mukminin 23:71 kerosakan = ikut perasaan = ikut hawa nafsu

أَهْوَا = هْوَى نفس
هْوَى = keinginan
نفس = diri


تُفْسِدُوا = buat kerosakan

Kerosakan mesti berdasarkan Al Quran

*Kerosakan = tidak belajar Al Quran*

********************
Ustaz Dr Shafie Md Amin
10.20

Buku YATB ms 2

Doa = ketaatan

Dalil
2:186

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

Allah = penjaga kita = Al Ghani

At Taubah 9: 40

إِلَّا تَنْصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللَّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُوا ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا ۖ فَأَنْزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِينَ كَفَرُوا السُّفْلَىٰ ۗ وَكَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا ۗ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

ِ لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا =
"Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita"

Cara hilangkan sedih = ubah perkataan / pemikiran dalam hati kita

Allah mempunyai 99 nama = Yang Maha Kaya, Yang Maha Pemurah ada bersama kita

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ =
Dari Allah kita datang dan kepadaNya kita kembali

Ucapkan dengan hati kita, Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik

Istiqamah belajar Al Quran

Selalu bersedekah = bersedekah membersihkan hati kita





Read more ...

Saturday 4 March 2017

Syahid, Alim, Qari & Dermawan Yang Akan Masuk Neraka

Kuliah Magrib
Ustaz Yuseri Ahmad
4 Mac 2017 Sabtu
40 Hadis Penawar Hati

Alhamdulillah dapat kita memanfaatkan masa selepas solat magrib, moga kita sentiasa mendapat keberkatan oleh Allah

*Hadis 18*
*Syahid, Alim, Qari & Dermawan Yang Akan Masuk Neraka*

1. Orang yang mati syahid, yang berperang dengan *tujuan agar disebut sebagai orang yang berani*

Orang yang mati syahid sepatutnya masuk syurga tanpa di hisab. Jika dihisap maka ada sesuatu yang tidak kena dengannya

كَذَبْتَ = kamu bohong

Kamu sebenarnya adalah riak dalam melakukan amalan tersebut

Riak = buat sesuatu bukan kerana Allah, kerana sebab duniawi, ingin disebut-sebut, disanjung, dipuji

Jihad fisabilillah = kemuncak amalan kita kepada Allah

Buat sesuatu ibadah biar dengan ilmu

Dia akan diseret atas mukanya & dicampakkan kedalam neraka. Nauzubillah

Betulkan niat kita apabila melakukan sesuatu amalan, biar kerana Allah

2. Seorang alim & qari yang belajar ilmu, mengajarkannya & banyak baca Quran tetapi bukan kerana Allah

Menuntut ilmu fardu ain.

*"Sesungguhnya setiap amalan itu dinilaikan berdasarkan niatnya"*

Amalan mesti betul & niat mesti betul ☑

Jika salah satunya tak betul, maka dua-dua tak betul

Niat mesti kerana Allah

Alim & Qari niat untuk dapatkan pujian

Amalan buruk yang kita buat di dunia akan berterusan di akhirat = cuba berbohong dengan Allah

Amalan baik, redha dengan Allah juga akan berkekalan hingga akhirat

Ciri-ciri ahli syurga adalah tenang dan redha dengan setiap ujian, takdir & ketetapan Allah

89: 27-30
Wahai jiwa yang tenang

يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ
(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -

ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَرْضِيَّةً
"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -

فَادْخُلِي فِي عِبَادِي
"Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -

وَادْخُلِي جَنَّتِي
"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! "

*Akhlak dengan Allah = tenang & redha dengan takdir & ketetapan Allah kepada kita*

Usahakan agar jiwa kita tenang di dunia & insyaAllah akan berterusan hingga akhirat

Sifat ahli syurga = TENANG

Baca ayat 89: 27-30 & letakkan tangan pada tempat yang sakit, baca banyak kali. InsyaAllah @  dengan izin Allah akan sembuh

3. Dermawan yang menderma dengan niat agar dipuji & digelar dermawan, bukan kerana Allah

*JANGAN CARI NAMA*

Buat sesuatu biar kerana Allah walau tidak dikenali oleh ahli bumi

Kuncinya adalah IKHLAS dalam setiap amalan yang kita lakukan

Ikhlas kena minta, kena mohon pada Allah

Rugi jika kita buat sesuatu bukan kerana Allah. Dunia hanya sementara & akhirat kekal selamanya. Moga kita diberikan kekuatan untuk melakukan sesuatu dengan ikhlas kepada Allah, insyaAllah






Read more ...

Thursday 2 March 2017

Nota Kelas Bahasa Arab Al Quran (Minggu 54) 2 Mac 2017

Kelas Bahasa Arab Al Quran (Minggu 54)
2 Mac 2017 9.35pm
Dewan 3F-201 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi
Ustaz Dr Shafie Md Amin &
Ustaz Aiman Shafie

###################
Ustaz Aiman Shafie
9.35pm

Sambungan

Al Baqarah 2: 30

قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ

Buku Kaedah Harfiyah ms 45

قَالُوا = telah berkata mereka

 أَ = adakah / apakah

1. تَجْعَلُ = Engkau jadikan
تَجْعَلُوا = kamu jadikan

فِي = di

هَا = nya / dia (bumi)

مَنْ = siapa / orang yang

2. يُفْسِدُ = ia buat kerosakan

فِي = di / pada

هَا = nya / ia (bumi)

وَ = dan

3. يَسْفِكُ = ia menumpahkan

4. الدِّمَاءَ = darah-darah

وَ = dan / walhal / padahal / sedangkan* (tengok konteks ayat)*

نَحْنُ = kami

5. نُسَبِّحُ = kami bertasbih

بِ = dengan

6. حَمْدِكَ  = memuji Engkau

وَ = dan* / sedangkan*

7. نُقَدِّسُ = kami mensucikan

8. لَكَ = bagi Engkau

8 mufradat baru


نَحْنُ = kami

5. نُسَبِّحُ = kami bertasbih

2 kali kami = kami-kami = penegasan kami (malaikat) bertasbih



*LATIHAN*

1. Inikah dia/ia muzium negara (yang) baru itu?

أَ هَذَا هُوَ المَتْحَفُ الوَطَنِيُّ الجَدِيدُ

2. Ya, ini(lah) dia muzium negara yang baru itu

نَعَمْ، هَذَا هُوَ المَتْحَفُ الوَطَنِيُّ الجَدِيدُ


3. Dimanakah muzium negara yang lama itu?
أَينَ المَتْحَفُ الوَطَنِيُّ القَدِيمُ ؟

4. Muzium negara (yang) lama itu bangunan / binaan (yang) jauh dari sini
المَتْحَفُ الوَطَنِيُّ القَدِيمُ بِنَاءٌ بَعِيدٌ مِن هُنَا


*TADABBUR*

Sambungan
2:10
بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ

بِمَا = dengan sebab

كَانُوا = adalah mereka

 يَكْذِبُونَ = mereka berdusta

Tengok semula ayat 9

يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَمَا يَخْدَعُونَ إِلَّا أَنْفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ
Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.

فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ فَزَادَهُمُ اللَّهُ مَرَضًا ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ
Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).


3 kumpulan manusia:
1. Islam = syurga
2. Kafir = neraka = عَذَابٌ عَظِيمٌ
3. Munafik = neraka = عَذَابٌ أَلِيمٌ
 = sebab mereka berdusta

Apa yang mereka dusta / tipu? = ayat 9 = Allah & orang beriman tetapi sebenarnya mereka tipu diri mereka sendiri

Contoh tipu diri sendiri:
1. Jom mengaji = busy / tiada masa = betul ke tiada masa?
2. Hafal Quran = dah tua = betul ke orang tua tidak boleh hafal Al Quran?
3. Bahasa Arab Al Quran = susah = Betul ke belajar Bahasa Arab Al Quran susah?

Nabi SAW mula belajar & hafal Al Quran pada umur 40

Jawapan Allah ada di:
Fatir 35:37
Al Qamar 54: 17, 22, 32, 40


Fatir 35:37

وَهُمْ يَصْطَرِخُونَ فِيهَا رَبَّنَا أَخْرِجْنَا نَعْمَلْ صَالِحًا غَيْرَ الَّذِي كُنَّا نَعْمَلُ ۚ أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيرُ ۖ فَذُوقُوا فَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ نَصِيرٍ

Dan mereka menjerit-jerit di dalam neraka itu (sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari azab ini); kami akan mengerjakan amal-amal yang soleh, yang lain dari apa yang kami pernah kerjakan. (lalu Allah menempelak mereka): "Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul (Kami) yang memberi amaran oleh itu, rasalah (azab seksa), kerana orang-orang yang zalim tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan".


Al Qamar 54: 17, 22, 32, 40

54: 17
وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِنْ مُدَّكِرٍ
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?


54: 22
وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِنْ مُدَّكِرٍ
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?


54: 32
وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِنْ مُدَّكِرٍ
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?


54: 40
وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِنْ مُدَّكِرٍ
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?


********************
Ustaz Dr Shafie Md Amin


"Wahai manusia, perbaiki diri. Allah sangat menyukai orang yang memperbaiki diri"

2: 195

وَأَنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ ۛ وَأَحْسِنُوا ۛ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.


إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
*sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya*


Objektif = taat pada Allah = belajar & faham peraturan Allah = belajar Bahasa Arab Al Quran

Yusuf: 12: 2

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ
Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.

Seminar Solat "Ya Allah, terimalah solat saya"
Ahad minggu pertama Mei 2017

10.38pm ditangguhkan




Read more ...