Thursday 2 March 2017

Nota Kelas Bahasa Arab Al Quran (Minggu 54) 2 Mac 2017

Kelas Bahasa Arab Al Quran (Minggu 54)
2 Mac 2017 9.35pm
Dewan 3F-201 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi
Ustaz Dr Shafie Md Amin &
Ustaz Aiman Shafie

###################
Ustaz Aiman Shafie
9.35pm

Sambungan

Al Baqarah 2: 30

قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ

Buku Kaedah Harfiyah ms 45

قَالُوا = telah berkata mereka

 أَ = adakah / apakah

1. تَجْعَلُ = Engkau jadikan
تَجْعَلُوا = kamu jadikan

فِي = di

هَا = nya / dia (bumi)

مَنْ = siapa / orang yang

2. يُفْسِدُ = ia buat kerosakan

فِي = di / pada

هَا = nya / ia (bumi)

وَ = dan

3. يَسْفِكُ = ia menumpahkan

4. الدِّمَاءَ = darah-darah

وَ = dan / walhal / padahal / sedangkan* (tengok konteks ayat)*

نَحْنُ = kami

5. نُسَبِّحُ = kami bertasbih

بِ = dengan

6. حَمْدِكَ  = memuji Engkau

وَ = dan* / sedangkan*

7. نُقَدِّسُ = kami mensucikan

8. لَكَ = bagi Engkau

8 mufradat baru


نَحْنُ = kami

5. نُسَبِّحُ = kami bertasbih

2 kali kami = kami-kami = penegasan kami (malaikat) bertasbih



*LATIHAN*

1. Inikah dia/ia muzium negara (yang) baru itu?

أَ هَذَا هُوَ المَتْحَفُ الوَطَنِيُّ الجَدِيدُ

2. Ya, ini(lah) dia muzium negara yang baru itu

نَعَمْ، هَذَا هُوَ المَتْحَفُ الوَطَنِيُّ الجَدِيدُ


3. Dimanakah muzium negara yang lama itu?
أَينَ المَتْحَفُ الوَطَنِيُّ القَدِيمُ ؟

4. Muzium negara (yang) lama itu bangunan / binaan (yang) jauh dari sini
المَتْحَفُ الوَطَنِيُّ القَدِيمُ بِنَاءٌ بَعِيدٌ مِن هُنَا


*TADABBUR*

Sambungan
2:10
بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ

بِمَا = dengan sebab

كَانُوا = adalah mereka

 يَكْذِبُونَ = mereka berdusta

Tengok semula ayat 9

يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَمَا يَخْدَعُونَ إِلَّا أَنْفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ
Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.

فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ فَزَادَهُمُ اللَّهُ مَرَضًا ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ
Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).


3 kumpulan manusia:
1. Islam = syurga
2. Kafir = neraka = عَذَابٌ عَظِيمٌ
3. Munafik = neraka = عَذَابٌ أَلِيمٌ
 = sebab mereka berdusta

Apa yang mereka dusta / tipu? = ayat 9 = Allah & orang beriman tetapi sebenarnya mereka tipu diri mereka sendiri

Contoh tipu diri sendiri:
1. Jom mengaji = busy / tiada masa = betul ke tiada masa?
2. Hafal Quran = dah tua = betul ke orang tua tidak boleh hafal Al Quran?
3. Bahasa Arab Al Quran = susah = Betul ke belajar Bahasa Arab Al Quran susah?

Nabi SAW mula belajar & hafal Al Quran pada umur 40

Jawapan Allah ada di:
Fatir 35:37
Al Qamar 54: 17, 22, 32, 40


Fatir 35:37

وَهُمْ يَصْطَرِخُونَ فِيهَا رَبَّنَا أَخْرِجْنَا نَعْمَلْ صَالِحًا غَيْرَ الَّذِي كُنَّا نَعْمَلُ ۚ أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيرُ ۖ فَذُوقُوا فَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ نَصِيرٍ

Dan mereka menjerit-jerit di dalam neraka itu (sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari azab ini); kami akan mengerjakan amal-amal yang soleh, yang lain dari apa yang kami pernah kerjakan. (lalu Allah menempelak mereka): "Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul (Kami) yang memberi amaran oleh itu, rasalah (azab seksa), kerana orang-orang yang zalim tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan".


Al Qamar 54: 17, 22, 32, 40

54: 17
وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِنْ مُدَّكِرٍ
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?


54: 22
وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِنْ مُدَّكِرٍ
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?


54: 32
وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِنْ مُدَّكِرٍ
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?


54: 40
وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِنْ مُدَّكِرٍ
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?


********************
Ustaz Dr Shafie Md Amin


"Wahai manusia, perbaiki diri. Allah sangat menyukai orang yang memperbaiki diri"

2: 195

وَأَنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ ۛ وَأَحْسِنُوا ۛ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.


إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
*sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya*


Objektif = taat pada Allah = belajar & faham peraturan Allah = belajar Bahasa Arab Al Quran

Yusuf: 12: 2

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ
Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.

Seminar Solat "Ya Allah, terimalah solat saya"
Ahad minggu pertama Mei 2017

10.38pm ditangguhkan




No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat