Thursday 6 February 2014

Travelog Umrah dan Ziarah (1) Bangi menuju Madinah

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga Lukeman dan Liza menjejakkan kaki ke bumi anbiya’ dan tanah haram yang penuh barokah; bumi Madinah dan Mekah al Mukaromah. Perjalanan bermula pada petang hari Isnin 20.1.2014 dari KLIA, Malaysia menuju ke Jeddah dengan transit di Dakar, Bangladesh. Solat zohor dan sunat safar (musafir) di rumah di Bangi sebelum berangkat ke KLIA. Adik; Lie tolong hantarkan. Anak-anak, Ma, Adibah dan pembantu rumah turut sama hantar di KLIA. Solat Asar qasar di surau KLIA selepas check in. Sedikit gambar di KLIA sebelum berangkat.


Sebelum bertolak dari Bangi ke KLIA. Muhammad dan Yusuf macam biasa, duduk di kerusi belakang. Aisyah dan Athirah di kerusi tengah bersama Ma, Adibah dan pembantu.


Yusuf berdoa untuk abah dan mamanya. Muhammad menemani dan memerhatikan pergerakanYusuf.


Lukeman, Liza, Ma, Muhammad, Yusuf, Atiqah dan pembantu. Aisyah dan Athirah rasanya dengan Adibah


Aisyah, Athirah dan Yusuf semasa menunggu untuk check in barang


Sini ada semua, 5 orang anak; Muhammad, Aisyah, Athirah, Yusuf dan Atiqah sambil ditemani MokBah @ Adibah


Adibah, Yusuf, pembantu, Atiqah dan Ma. Ma pegang baby Jemaah umrah yang akan turut serta bersama kami.



Poksuli @ Lie dengan Muhammad



Yusuf dan Athirah


Sementara tunggu Liza siap solat Asar, selepas check in, snap gambar tiket flight United Airways Bangladesh Ltd


Bertolak dari KLIA kira-kira jam 6 petang waktu Malaysia. Perjalanan hampir 4 jam menuju Dakar, Bangladesh dengan United Emirates Dakar, kapalterbang 2 + 3 tempat duduk sebaris.  Tiba di Dakar pada jam 10 malam waktu Malaysia. Kemudian jam 10.30 malam terus naik kapal terbang menuju Jeddad dengan flight yang lebih besar; 2-3-2 tempat duduk sebaris. Dakar ke Jeddah mengambil masa kira-kira 8 jam. Tiba di Jeddah pada jam 1.30 pagi. Solat magrib dan Isya’ jama’ takdim di airport Jeddah.

Sambil menunggu kaunter imigrasi di buka untuk jemaah Malaysia, ada pekerja Bangladesh dan Indonesia di sini datang untuk menjual kad prepaid berharga SR40 dengan nilai kredit di dalamnya SR40. Sebelum beli pastikan harga yang mereka jual sama dengan nilai kredit yang ada. SR40 harga jual = SR40 nilaian kredit. Selepas beli, pastikan terus masukkan ke dalam HP, untuk pastikan simcard berfungsi dan nilaian kredit sama dengan nilai yang dijual.

Insya’Allah SR40 cukup untuk 1-2 minggu penggunaan kita di sana. Jika kerap digunakan mungkin kena beli topup tambahan. Alhamdulillah, selama 12 hari di sana, SR40 Lukeman dan SR40 Liza dapat bertahan hingga ke hari akhir. Baki Lukeman ada dalam SR4 dan Liza dalam SR6.

Kad sim yang pekerja Bangladesh dan Indonesia jual di terminal ketibaan Jeddah. Sambil tunggu kaunter buka dan dipanggil imigrasi, diaorang akan dating jual. SR40 satu sim dengan nilai kredit SR40. Alhamdulillah cukup untuk kegunaan 12 hari di Madinah dan Mekah. Guna untuk telefon keluarga di kampong, telefon pasangan bila nak bergerak ke mana-mana ataupun bila tak jumpa cari di masjid, dan untuk telefon rakan sebilik @ rakan seumrah.
 
Liza dan Jemaah wanita solat Magrib dan Isya' sambil menunggu imigrasi Jeddah panggil sebelum keluar daripada terminal, ambil bagasi dan bas ke Madinah


Jemaah lelaki solat Magrib dan Isya' di airport Jeddah. Sementara tunggu kaunter buka, ada yang solat sunat, berzikir dan baca Quran. Jemaah dari negara lain pun ada sama di kaunter menunggu ni.


Sampai airport Jeddah jam 1.30 pagi waktu Mekah @ 5.30 pagi waktu Malaysia, perjalanan menghampiri 12 jam. Hampir jam 5.30 pagi baru Jemaah Malaysia dipanggil untuk check out. 5.45 pagi waktu subuh masuk. Kami bergilir-gilir solat subuh di surau dan bergilir-gilir beratur memandangkan kaunter imigrasi yang panjang. Kalau nak tunggu semua siap check out jangkaannya memang tak sempat. Memang tak sempat.

Jemaah wanita diberi keutamaan untuk check out terlebih dahulu, disusuli dengan jemah lelaki. Kaunter dibuka mengikut Negara. Selepas habis 1 Negara, Negara lain pula akan dipanggil.  Siap check out dalam pukul 7.30 pagi. Dalam pukul 8.00 pagi, lepas angkut semua barang dari terminal ke dalam bas baru kami bertolak ke Madinah.

 
Dalam bas ketika dalam perjalaan dari Jeddah ke Madinah. Kami tiba diterminal Haji Jeddah. Orang luar / penduduk luar tak boleh masuk ke kawasan ini. Kebetulan masa kami sampai, ada barang-barang yang makcik kirimkan dari Malaysia untuk di bawa ke Mekah untuk kegunaan di sana. Jadi pakcik / bapa saudara / ayahngoh dan anaknya Marzuki terpaksa tunggu diluar kawasan terminal untuk ambil barang yang dipesan. Mereka sampai dari jam 1 pagi dan dapat jumpa kami dalam jam 8.30 pagi; 7 jam lebih menunggu. Sampai di pintu keluar, kami turun dan serahkan amanah / barangan yang dikirim.


Jam 9.43 pagi waktu Mekah, berhenti untuk makan, rehat dan ke tandas.



Masih dalam bas. Perjalanan mengambil masa hampir 5-6 jam. Berhenti makan dan rehat sekali.

Gambar sekitar perjalanan dari Jeddah ke Madinah. Jeddah sebenarnya dah dekat dengan Mekah, dalam 1-1 1/2 jam perjalanan, tapi oleh sebab jadual kami untuk ke Madinah dahulu, maka kami ke Madinah terlebih dahulu, yang jaraknya mengambil masa sekitar 5-6 jam dari Jeddah.


Tiba di hotel Madinah selepas waktu zohor, dalam 2.30 petang. 6 jam perjalanan dengan bas. Check in hotel, makan dan bergerak ke masjid nabawi kali pertama untuk solat zohor dan Asar di sana. Alhamdulillah sampai juga ke Madinah yang didalamnya tertegak masjid Nabawi, didalamnya juga ada jasad Baginda Nabi Muhammad SAW



Mencari raudah dan makam Nabi Muhammad, selepas solat Asar.


Suasana di dalam Raudah ketika kali pertama menjejakkan kaki ke Masjid Nabawi. Sebelah kanan ada mimbar muazzin, depan mimbar muazzin ada mimbar Nabi Muhammad SAW. Bahagian depan-tengah ada mihrab Nabi SAW, dan bahagian kiri raudah ada makam Nabi SAW, makam Saidina Abu Bakar RA dan makam Saidina Abu Bakar RA.


 Di Raudah, Masjid Nabawi, Madinah


Pandangan dari belakang menuju ke Raudhah. Tiang yang bergaris warna emas itulah kawasan Raudah


Pandagan dari sisi kanan Raudah, ditutup dengan kain kanvas. Hanya boleh masuk dari arah belakang Raudah



Didalam Raudah, tiangnya bertanda emas dan karpetnya berwarna hijau, berbanding di tempat lain
karpetnya berwarna merah dan tiangnya putih

Beristigfar dan berfikir bila waktu yang sesuai untuk dapat menjadi salah seorang penghuni taman-taman syurga ini.


Mimbar Nabi SAW yang ditutup. Dibuka pada hari Jumaat untuk khutbah Jumaat. Sebelah kiri mimbar (tempat pengawal jaga) ada mihrab Nabi SAW. Mihrab untuk imam sekarang dipanggil mihrab Saidina Usman, kira-kira 6-9 saf didepan mihrab Nabi SAW ini.



Bergerak keluar dari Masjidil Nabawi untuk balik ke hotel untuk mandi dan bersiap untuk solat Magrib dan Isya' sambil berfikir dan beristigfar dan memohon kepadaNya agar dapat menjadi salah seorang penghuni taman syurgaNya.

Sama-sama kita beristigfar sebanyak mungkin setiap masa agar dosa-dosa kita diampunkanNya. Moga kita semua diizinkanNya untuk berada di dalam taman syurgaNya di dunia ini dan moga kita mendapat rahmat dan kasih sayangNya untuk menghuni syurgaNya di akhirat kelak, insyaAllah.

"Di antara rumah dan mimbarku adalah salah satu taman syurga, dan mimbarku ini ada di atas telagaku" HR Bukhari no. 1888 dan Muslim no. 1391


Wallahhua’lam
Liza & Lukeman
Bangi Selangor
6.2.2014
Shaklee Independent Distributor ID: 1089476
Tel/sms/whatsapp: 0196515717 / 0132299319
Blog: www. jombahagia.blogspot.com
Email: jombahagia@gmail.com

Artikel berkaitan:

1. Travelog Umrah dan Ziarah (3) Kekal Sihat dan Cergas di Madinah dan Mekah
2. Travelog Umrah dan Ziarah (2) Keutamaan Mekah
3. Travelog Umrah dan Ziarah (4) Keutamaan Madinah dan Masjid Nabawi