Saturday 15 February 2014

Rayuan Haji 1435H / 2014M

Jom buat rayuan bagi menunaikan haji pada tahun ini bagi yang telah bersedia dan mampu. Permohonan melalui surat rasmi boleh dihantar melalui email ataupun fax sebelum 1 Rejab 1435H, bersamaan 1 Mei 2014 kepada:

Bahagian Operasi Domestik
Lembaga Tabung Haji,
Lantai 30, Bangunan Ibu Pejabat TH
201, Jalan Tun Razak,
50732 Kuala Lumpur.
No tel: 03-6207 1919
No fax: 03-7728 4959
email: th-info@lth.gov.my

Nyatakan bersama sebab-sebab memohon rayuan.

Konsepnya mudah, (1) sesiapa yang mohon, belum tentu dapat kerana faktor keutamaan dan kuota, dan (2) sesiapa yang tidak mohon, macam mana mahu dapat?

Jika belum diizinkan olehNya untuk pergi tahun ini, insyaAllah boleh mohon lagi tahun depan. Jika tahun depan juga belum berkeizinan, boleh mohon lagi tahun seterusnya, sehinggalah kita diberikan keizinan olehNya untuk menjadi tetamuNya ataupun kita terus menjadi tetamuNya di alam sana. Indahnya Islam, bak berada di medan perang; sama ada menang ataupun syahid


Gambar buku Tabung Haji kami; Lukeman, Liza, Muhammad, Aisyah, Athirah, Yusuf dan Atiqah. Alhamdulillah semua dah didaftarkan Haji. Lukeman sama tahun dengan Liza; Muhammad, Aisyah dan Athirah sama tahun, dan Yusuf sama tahun dengan Atiqah.


Kemaskini (Kursus Asas Haji 1435H / 2014M)




Makluman untuk bakal Haji / Hajjah ataupun yang dah / ingin buat rayuan Haji tahun ini, kursus Haji asas sedang berjalan sekarang, boleh datang mana-mana lokasi berhampiran Tuan / Puan. Boleh rujuk jadual bagi negeri / tempat masing-masing di http://www.tabunghaji.gov.my/web/guest/soalan-4. Untuk penduduk negeri Selangor boleh terus rujuk di http://www.tabunghaji.gov.my/documents/10180/1580898/07022014update_Selangor.pdf/fe74d430-db5b-4e70-8434-2bd6145960b0.

Jadual terkini Sabtu ini, 8.3.2014, 9-11 pagi di Masjid UKM Bangi. Kursus ini adalah kursus asas untuk persediaan haji dan penambahan ilmu. Jika rayuan haji diterima (insyaAllah), insyaAllah tabung haji akan buat lagi sekali kursus perdana untuk semua bakal haji.

Makluman lanjut boleh hubungi tabung haji berhampiran. TH Bangi 03-82100804 ataupun terus ke HQ TH di talian 03-6207 1919



Kos Haji 1435H / 2014M

Makluman, kos menunaikan ibadah haji tahun ini 1435H / 2014M dengan tabung haji adalah RM9980