Saturday 10 October 2020

*Kuliah Maghrib* *Sabtu 10 October 2020*

 *Kuliah Maghrib*

*Sabtu 10 October 2020*

*Surau An Najah TUJP*

*Ustaz Yuseri Ahmad*

*40 Hadis Akhlak Mulia*


Alhamdulillah dengan limpah kurnia dari Allah SWT dapat kita tunaikan solat maghrib secara berjamaah & dapat duduk dalam majlis ilmu sementara menunggu waktu isya


Moga Allah memelihara kita & menjauhkan kita daripada sebarang wabak & penyakit. 


Ramai orang tak dapat datang surau, bukan sebab sakit / wabak. Nikmat besar dapat solat berjamaah, dapat rezeki datang ke surau & berada di taman-taman syurga = majlis ilmu


*Hadis 30: Menziarai Orang Sakit*


"Barang siapa mengunjungi orang sakit atau menziarahi saudaranya yang seagama, maka malaikat akan memanggil "*baik engkau, baik perjalanan engkau dan sesungguhnya engkau telah mendapat tempat yang baik di dalam syurga*""

HR Tirmizi


Kita hidup 40-50 tahun dah ini; banyak nikmat sihat kita perolehi & sesekali ditimpa sakit. Orang sakit mengharap kunjungan sahabat-sahabatnya


Adab ziarah orang sakit; tanya khabar, jangan berlama-lama & *doakan kesembuhan untuknya ie shafakallah ya akhi / ukti = moga Allah sembuhkanmu sahabat*


*Hadis 31: Menunaikan Hajat Orang Lain*


"Barang siapa melapangkan orang mukmin daripada suatu kesusahan dunia, nescaya Allah SWT akan melapangkannya kesusahan di akhirat. Barang siapa memudahkan kesusahan orang, Allah SWT akan memudahkan kesusahannya di dunia dan akhirat"

HR Muslim


Akhirat = kehidupan kita tidak sama di sana; panas? tiada pakaian? minuman? makanan? Panas di dunia, kita buka aircond. Panas akhirat?


*7 golongan yang dapat naugan diakhirat kelak, salah satunya adalah orang yang hatinya terpaut dengan masjid*


Cara agar dimudahkan di akhirat kelak = mudahkan urusan sahabat kita / orang lain di dunia ini ie projek telaga di afrika / urusan-urusan kehidupan seharian


Kalau boleh banyakkan urusan untuk mempermudahkan urusan orang lain = insyaAllah urusan kita di akhirat akan dipermudahkan oleh Allah SWT


Susah dunia --> susah akhirat lebih-lebih lagi susah


Sakit dunia --> sakit akhirat lebih-lebih lagi sakit


Jadi permudahkan urusan orang lain sebanyaknya di dunia ini = Jika tidak dapat permudahkan, jangan dipersulitkan = *hidup ini biar kita akhirat minded* = mencari ganjaran akhirat


Akhirat = bahagia, nikmat sesungguh-sungguhnya


Dunia ini nikmat yang memperdaya = bukan sebenar


Akhirat kehidupan / kenikmatan yang sebenar


Jika di dunia ini diuji...berdoa agar diberikan ganti yang lebih baik


Mudah-mudahan ada manfaat untuk kita bersama. Moga kita diberi kekuatan untuk berbuat baik dan berbakti kepada orang lain insyaAllah


8.15pm ditangguhkan


Tambahan


Jika ada terlintas untuk ziarah sahabat, terus ziarah / jangan tangguh, kerana itu mungkin ziarah / pertemuan yang terakhir


“Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah SWT pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya

(1) Pemimpin yang adil, 

(2) Seorang pemuda yang menyibukkan dirinya dengan ibadah kepada Allah SWT

*(3) Seorang yang hatinya selalu terikat pada masjid*

(4) Dua orang yang saling mencintai kerana Allah SWT, berkumpul dan berpisah kerana Allah

(5) Seorang lelaki yang di ajak zina oleh wanita yang kaya dan cantik tapi ia menolaknya sambil berkata ‘Aku takut kepada Allah’

(6) Seseorang yang bersedekah dengan menyembuyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya

*(7) Seorang yang berzikir kepada Allah di kala sendiri hingga menitis air matanya kerana menangis* .” 

HR Sahih Bukhari, Hadis no 620














Read more ...

Saturday 3 October 2020

*Kuliah Subuh* *Sabtu 3 October 2020* *Surau An Najah TUJP* *Ustaz Dr Zulfirdaus Zakaria* *Kewajipan Mencintai dan Memuliakan Rasulullah SAW*

 *Kuliah Subuh*

*Sabtu 3 October 2020*

*Surau An Najah TUJP*

*Ustaz Dr Zulfirdaus Zakaria*

*Kewajipan Mencintai dan Memuliakan Rasulullah SAW*


Alhamdulillah atas segala nikmat kurniaan Allah SWT kepada kita; terutamanya nikmat iman, Islam & nikmat kehidupan ini. Sama-sama kita perbanyakkan amal untuk kehidupan akhirat


Sahabat merindui kematian kerana dapat bertemu dengan kekasih hati Rasulullah SAW. Sama-sama kita perbanyakkan salawat dan salam pada baginda Nabi SAW, moga kita direzekikan untuk bertemu & mendapat syafaat Baginda SAW


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد


Perkongsian Hadis Nabi SAW

*4 Golongan Yang Tidak Disentuh Api Neraka*


Rasulullah SAW bersabda :


”Mahukah kalian aku tunjukkan orang yang haram baginya tersentuh api neraka?”


Para sahabat berkata: ”Mahu, wahai Rasulullah!”


Baginda menjawab : *”Yang haram tersentuh api neraka adalah orang yang Hayyin, Layyin, Qorib, Sahl.”*

(HR. At-Tirmidzi dan Ibnu Hiban).


1. *Hayyin*

Orang yang memiliki *ketenangan dan keteduhan lahir mahu pun batin*.Tidak mudah memaki, melaknat serta tenang jiwanya.


2. *Layyin*

Orang yang *lembut dan santun, baik* dalam bertutur-kata atau bersikap. Tidak kasar, tidak ikut hawa nafsu sendiri. Lemah lembut dan selalu menginginkan kebaikan untuk sesama manusia.


3. *Qorib*

*Akrab, ramah diajak bicara, menyenangkan* bagi orang yang diajak bicara. Dan murah senyum jika bertemu.


4. *Sahl*

Orang yang *tidak mempersulit dan mempermudahkan* segala sesuatu. Selalu ada cara untuk selesaikan setiap permasalahan.


Mudah-Mudahan kita semua tergolong di dalam golongan orang-orang yang diberkati dan dirahmati serta dikasihi Allah SWT

Read more ...