Wednesday 15 October 2014

Haji 1436H / 2015M

Selamat kembali ke tanah air buat semua jemaah haji dari Malaysia. Moga mendapat haji yang mabrur dan umrah yang makbul insyaAllah....amiinn....

RAYUAN HAJI 2015

Perkembangan untuk rayuan haji bagi tahun 2015M / 1436H boleh mula dimohon bermula 18 Disember 2014 nanti. Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh pihat Tabung Haji.

Sebarang info terkini akan saya kemaskinikan di sini untuk makluman semua. Info lanjut berkenaan Haji 2014 boleh dapatkan di link ini

Bagi sahabat yang ingin dapatkan contoh surat rayuan haji boleh emailkan kepada kami di jombahagia@gmail.com InsyaAllah kami akan lampirkan contoh surat rayuan hajinya.

2014 kali pertama kami mohon rayuan haji namun belum berjaya dan insyaAllah tahun 2015 nanti kami akan membuat rayuan haji lagi.

Ikutkan giliran haji kami adalah pada tahun 2027 pada umur 48 dan 46 tahun, dan giliran haji anak-anak kami pada umur mereka di antara 45 hingga 47 tahun. 

Bagi yang ingin dapatkan sedikit sebanyak mengenai persiapan haji dan umrah boleh rujuk perkongsian kami di link ini dan juga di link sebelah kanan blog ini untuk perkongsian lanjut lain berkenaan haji dan umrah. 

Semoga bermanfaat dan semoga kita semua diberikan kesempatan dan rezeki untuk menjadi tetamuNya insyaAllah

Bagi yang berkira-kira untuk melakukan umrah....pasang niat dari sekarang, insyaAllah moga Allah permudahkan urusan tuan dan puan

Wallahua'lam
Lukeman dan Siti Norliza
Bandar Baru Bangi Selangor
15.Oktober 2014 / 20 Zulhijjah 1435

Bersama sepupu di rumahnya dengan berlatar belakangkan menara jam di Masjidil Haram

No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat