Thursday 26 January 2017

Nota Kuliah Kelas Bahasa Arab Al Quran (Minggu 49) 26 Januari 2017

Kelas Bahasa Arab Al Quran (Minggu 49)
26 Januari 2017 9.27pm
Dewan 3F-201 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi
Ustaz Dr Shafie Md Amin &
Ustaz Aiman Shafie

###################
Ustaz Dr Shafie Md Amin
9.27pm

MUFRADAT AL QURAN

Sambungan

Al Baqarah 2: 28

كَيْفَ تَكْفُرُونَ بِاللَّهِ وَكُنْتُمْ أَمْوَاتًا فَأَحْيَاكُمْ

فتحت = atas, buka mulut
kasrah = bawah
ضمة = depan, muncung mulut
اتمامُ الحراكات = menyempurnakan harakat

1. كَيْفَ = bagaimana (kah)

2. تَكْفُرُونَ = kamu ingkar

بِ = dengan / akan

اللَّه = Allah

وَ = padahal / walhal / dan
/ sedangkan

كُنْتُمْ = telah adalah kamu / dahulunya kamu

3. أَمْوَاتًا = orang2 yang mati
 مَوت = maut
مَاتَ =  mati
مَيِّت = mayat

فَ = maka / lalu

4. أَحْياَ = telah menghidupkan (ia)

كُمْ = kamu

4 mufradat baru

1 mufradat tambahan

1. المَتحَفُ الوَطَنِيّ = muzium negara


TADABBUR

2:10

فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ فَزَادَهُمُ اللَّهُ مَرَضًا

فِي = dalam
قُلُوبِهِمْ = hati2 mereka
مَرَضٌ = ada penyakit
 فَزَادَهُمُ اللَّهُ = lalu Allah tambahkan mereka
مَرَضًا ۖ  = penyakit

Mereka = orang2 munafik

PUNCA penyakit dari HATI

Allah akan tambah penyakit pada mereka = PADA SELURUH BADAN

"Manusia ibarat 1 kerajaan yang sempurna (ada raja, menteri & rakyat). Rajanya adalah hati, menterinya adalah lidah/lisan & rakyat/pelaksananya adalah seluruh anggota badan. Jika hatinya baik, lidahnya akan baik & seluruh anggota badannya baik. Jika rosak hatinya, maka akan rosak lidahnya & rosak seluruh anggota badannya"

Apakah penyakit?
رَيبَ = شَكّ = syak / ragu2

LATIHAN
1. Adakah Muhammad di rumah?
2. Tidak, Muhammad bukan/tiada di rumah.
3. Dia di pejabat

10.15pm ditangguhkan

*****************
Ustaz Dr Shafie Md Amin
10.16pm

قلب = hati

As Shu'ara 26:88-89

يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ

"Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun,

إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

"Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik);

8 nama قلب :
1. عَقْلٌ = akal
Dalilnya surah Al Hajj 22:46

أَفَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَتَكُونَ لَهُمْ قُلُوبٌ يَعْقِلُونَ بِهَا أَوْ آذَانٌ يَسْمَعُونَ بِهَا ۖ فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصَارُ وَلَٰكِنْ تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ

Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.


Pemurahnya Allah bukan kerana hanya bagi kita mata, hidung, mulut, rezeki, harta, kereta dll kerana semua ini akan binasa. Pemurahnya Allah kerana bagi kita Al Quran, dalilnya 55:1-2

Ar Rahman = Maha Pemurah

الرَّحْمَٰنُ

(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.

عَلَّمَ الْقُرْآنَ

Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.

قُلُوبٌ يَعْقِلُونَ بِهَا = hati untuk berfikir/memahami

7 lagi nama قلب, akan disambung




Read more ...

Saturday 21 January 2017

Kuliah Subuh Surau An Najah TUJP 21 Jan 2017 Sabtu Ustaz Zainal Arifin

Kuliah Subuh
Surau An Najah TUJP
21 Jan 2017 Sabtu
Ustaz Zainal Arifin

Alhamdulillah sama2 kita syukuri nikmat & rahmat Allah di dunia & akhirat

Alhamdulillah kita masih diberikan kekuatan oleh Allah, bukan kekuatan fizikal sebenarnya, tetapi kekuatan hati / rohani

Mohon kepada Allah agar kurniakan kita kekuatan hati & istiqamah

"Balasan nikmat diakhirat nanti, tidak pernah terlihat oleh mata, tidak pernah terdengar oleh telinga & tidak pernah terlintas oleh hati"

63:9
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ ۚ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.

"Setiap orang itu kata2nya boleh diambil / boleh ditolak kecuali kata2 (hadis) Rasulullah SAW" Hasan Al Bana

Sentiasa kita berusaha & berdoa agar apa yang kita lakukan diperkenankan oleh Allah.

Hidayah itu ditangan Allah

"engkau tidak boleh beri hidayah"

"mereka yang bersungguh2 djalan Allah, pasti akan Kami tunjukkan jalannya"

Serahkan urusan Allah secara total kepadaNya. Kerja kita usaha, yang bagi hidayah & bagi keputusan Allah


*********
Sambungan cerita Nabi Yusuf & ayahnya

Yusuf 12: 65 66

وَلَمَّا فَتَحُوا مَتَاعَهُمْ وَجَدُوا بِضَاعَتَهُمْ رُدَّتْ إِلَيْهِمْ ۖ قَالُوا يَا أَبَانَا مَا نَبْغِي ۖ هَٰذِهِ بِضَاعَتُنَا رُدَّتْ إِلَيْنَا ۖ وَنَمِيرُ أَهْلَنَا وَنَحْفَظُ أَخَانَا وَنَزْدَادُ كَيْلَ بَعِيرٍ ۖ ذَٰلِكَ كَيْلٌ يَسِيرٌ
Dan semasa mereka membuka barang-barang mereka, mereka dapati barang-barang dagangan mereka telah dikembalikan kepada mereka. Mereka berkata dengan gembiranya: "Wahai ayah kami! Apa yang kita kehendaki lagi? Ini dia barang-barang dagangan yang kita jadikan tukaran (bagi mendapat gandum) itu telah dikembalikan kepada kita. Dan (dengan kemurahan hati menteri yang berbudi itu) akan dapatlah kami membawa lagi bekalan makanan kepada keluarga kami, dan kami pula akan dapat menjaga saudara kami, serta akan dapat tambahan benda-benda makanan sebanyak muatan seekor unta lagi. Pemberian tambahan yang sebanyak itu mudah sekali ditunaikannya".


قَالَ لَنْ أُرْسِلَهُ مَعَكُمْ حَتَّىٰ تُؤْتُونِ مَوْثِقًا مِنَ اللَّهِ لَتَأْتُنَّنِي بِهِ إِلَّا أَنْ يُحَاطَ بِكُمْ ۖ فَلَمَّا آتَوْهُ مَوْثِقَهُمْ قَالَ اللَّهُ عَلَىٰ مَا نَقُولُ وَكِيلٌ
Bapa mereka berkata:" Aku tidak sekali-kali akan melepaskan dia (Bunyamin) pergi bersama-sama kamu, sehingga kamu memberi kepadaku satu perjanjian yang teguh (bersumpah) dengan nama Allah, bahawa kamu akan membawanya kembali kepadaku dengan selamat, kecuali jika kamu semua dikepong dan dikalahkan oleh musuh". Maka ketika mereka memberikan perjanjian yang teguh (bersumpah) kepadanya, berkatalah ia: "Allah jualah yang menjadi Saksi dan Pengawas atas apa yang kita semua katakan itu."


Bacaan yang betul dengan wakaf yang betul memberikan makna yang betul. Wakaf yang berbeza memberikan makna yang berbeza

***********
Pengajaran

1. Sepandai2 orang menipu, pastinya kelak akan diketahui. Jangan sesekali menipu. Di akhirat tiada peluang untuk kita perbetulkan diri. Sekarang di dunia ini kita perbetulkan diri

Taubat; menyesal (hati), istigfar (lisan), tidak ulang (perbuatan) & mohon maaf (perbuatan) daripada orang yang dianiaya

2. Jangan ada rasa dengki kepada orang lain.

Kesenangan dunia ini sangat sedikit dibandingkan dengan akhirat

"Jika nilai dunia ini seberat sebelah sayap nyamuk, nescaya Allah tidak akan beri minum pada orang kafir walau seteguk air"

Usaha = ibadah
Tawakkal = ibadah

Ayat 66
تُؤْتُونِ = memberi kepadaku
تُؤْتُونَ = memberikan

3. Setiap cerita dalam Al Quran ada pengajarannya sama ada untuk IKUTAN ataupun SEMPADAN

4. Tiada siapa yang tahu perkara yang akan berlaku kecuali Allah

Nabi & Rasul = mukjizat
Para Wali = karamah

Bergantung kepada selain Allah, gugur keimanannya (syirik)

Firasat orang yang beriman

2 makna ayat: 1.Yang kita baca & 2.cerita2 pengajaran disebaliknya

5. Apabila sudah ada pengalaman perjanjian pertama diingkari, jangan mudah buat perjanjian kedua

6. Apa yang kita katakan / lakukan, Allah adalah saksi kita

***********
7.40am ditangguhkan

Sambungan ayat 67-68

Moga kita sentiasa mendapat kebaikan2 yang banyak yakni pahala yang akan kita bawa ke akhirat. Kita semua akan kembali kepada Allah

An Naba ayat akhir 78:40 seseorang itu akan melihat hasilnya di akhirat

إِنَّا أَنْذَرْنَاكُمْ عَذَابًا قَرِيبًا يَوْمَ يَنْظُرُ الْمَرْءُ مَا قَدَّمَتْ يَدَاهُ وَيَقُولُ الْكَافِرُ يَا لَيْتَنِي كُنْتُ تُرَابًا

Sesungguhnya (dengan keterangan-keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa datangnya), - iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya; dan orang yang kafir akan berkata (pada hari itu): "Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)".

7.53am ditangguhkan dengan tasbih kafarah & surah Al Asr
Read more ...

Thursday 19 January 2017

Nota Kuliah Kelas Bahasa Arab Al Quran (Minggu 48) 19 Januari 2017

Kelas Bahasa Arab Al Quran (Minggu 48)
19 Januari 2017 9.27pm
Dewan 3F-201 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi
Ustaz Dr Shafie Md Amin &
Ustaz Aiman Shafie

###################
Ustaz Dr Shafie Md Amin
9.27pm

MUFRADAT AL QURAN

Sambungan

Al Baqarah 2: 27

وَيَقْطَعُونَ مَا أَمَرَ اللَّهُ بِهِ أَنْ يُوصَلَ وَيُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ

فِي الْأَرْض

Al madul munfasir = 4 harakat

Ada beberapa tempat dalam ayat Al Quran yang 4 harakat boleh dipendekkan jadi 2 harakat (sebabnya....akan dibincangkan kemudian)

Ms 44 Buku Kaedah Harfiyah

و = dan

1. َيَقْطَعُونَ = mereka memutuskan

مَا = apa yang

2. أَمَرَ = telah memerintahkan (ia)

اللَّهُ = Allah

بِ =
1. Dengan / 2. Akan
(Tengok konteks ayat)

هِ = nya / ia

3. أَنْ = Bahawa / untuk / agar

4. يُوصَلَ = ia dihibungkan

وَ = dan

يُفْسِدُونَ =
 mereka membuat kerosakan

فِي = di / dalam / di dalam /
ke dalam (tengok konteks ayat)

الْأَرْضِ ۚ = bumi

 أُولَٰئِكَ = orang-orang itu

هُمُ = mereka

5. الْخَاسِرُونَ = orang-orang yang rugi


5 mufradat baru. Hafal, ulang & ingat. 60 kali ulang mufradat baru. 10 kali ulang mufradat lama


TADABBUR

Sambungan ayat 2:10

فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ فَزَادَهُمُ اللَّهُ مَرَضًا ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ

فِي = di dalam

قُلُوبِهِمْ = hati-hati mereka

مَرَضٌ =
(ada) penyakit


Siapa "mereka"? = orang munafik

Secara logik akal, manusia tidak boleh tipu Tuhan, tetapi orang munafik nak juga buat kerana dalam hati mereka ada penyakit

Ayat 1-5 = Al Muttaqin = هُدًى لِلْمُتَّقِينَ
= orang-orang yang bertakwa = berkaitan dengan hati = JAGA HATI


Ayat 6-7= الَّذِينَ كَفَرُوا = orang kafir = tutup hati mereka


Ayat 7- = orang munafik ada penyakit di hati

قُلُوبِهِمْ = hati-hati

قَلْبٌ = hati

قَلْبٌ = asal maksudnya "berbolak-balik"

AnNur 24: 44

يُقَلِّبُ اللَّهُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَعِبْرَةً لِأُولِي الْأَبْصَارِ

Allah menukarkan malam dan siang silih berganti; sesungguhnya yang demikian mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang celik mata hatinya berfikir.

يُ = Dia

قَلِّبُ = membolak-balik / bertukar-tukar / berganti-ganti


HATI = BERBOLAK BALIK = PERLU DI JAGA SELALU = boleh berubah-ubah dari orang bertakwa , kafir @ munafik

Macam mana nak jadi HATI YANG TENANG?
Surah 13: ayat 28

الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.


Zikir = Al Quran
15:9

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.


Ubat bagi penyakit hati = Al Quran, dalil Al-Isra 17:82

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا

Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.


10.20 ditangguhkan

##########
Ustaz Dr Shafie Md Amin
10.20pm

Pengumuman:
5 Feb 2017 Ahad 11pagi-3petang dijemput ke Majlis Perkahwinan Ustaz Aiman & pasangan & Ustazah Hafizah & pasangan di Maahad Tahfiz Al Itqaan, Taman Nirwana, Ampang

Ingkar

Taat
1. Ikhlas (hati)
2. Ikut Al Quran & Sunnah (fizikal)
3. Bersungguh-sungguh

Al Asr 103:3

إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Al Bayinah 98: 5 = ikhlas = ikut peraturan Allah

وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ ۚ وَذَٰلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ

Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Ugama yang benar.


Ikhlas yang kita faham sebelum ini adalah "buat sesuatu tanpa harap balasan" = SALAH

Ikhlas = buat sesuatu ikut peraturan Allah = BETUL

Kita berkerja boleh minta gaji tak? = boleh

Kita mengajar boleh minta gaji tak? = boleh


Al Maidah 44, 45, 47

44 Ingkar / kafir = Buat sesuatu tidak ikut peraturan Allah

إِنَّا أَنْزَلْنَا التَّوْرَاةَ فِيهَا هُدًى وَنُورٌ ۚ يَحْكُمُ بِهَا النَّبِيُّونَ الَّذِينَ أَسْلَمُوا لِلَّذِينَ هَادُوا وَالرَّبَّانِيُّونَ وَالْأَحْبَارُ بِمَا اسْتُحْفِظُوا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ وَكَانُوا عَلَيْهِ شُهَدَاءَ ۚ فَلَا تَخْشَوُا النَّاسَ وَاخْشَوْنِ وَلَا تَشْتَرُوا بِآيَاتِي ثَمَنًا قَلِيلًا ۚ وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.

45 Zalim =

وَكَتَبْنَا عَلَيْهِمْ فِيهَا أَنَّ النَّفْسَ بِالنَّفْسِ وَالْعَيْنَ بِالْعَيْنِ وَالْأَنْفَ بِالْأَنْفِ وَالْأُذُنَ بِالْأُذُنِ وَالسِّنَّ بِالسِّنِّ وَالْجُرُوحَ قِصَاصٌ ۚ فَمَنْ تَصَدَّقَ بِهِ فَهُوَ كَفَّارَةٌ لَهُ ۚ وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

47 Fasik =

وَلْيَحْكُمْ أَهْلُ الْإِنْجِيلِ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فِيهِ ۚ وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Dan hendaklah Ahli Kitab Injil menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah di dalamnya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.

Sambungan
Qalbun = ada 7 makna

10.37 ditangguhkan




Read more ...

Thursday 5 January 2017

Nota Kuliah Kelas Bahasa Arab Al Quran (Minggu 45) 29 December 2016

Kelas Bahasa Arab Al Quran (Minggu 45)
29 December 2016 9.30pm
Dewan 3F-201 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi
Ustaz Dr Shafie Md Amin &
Ustaz Aiman Shafie

###################
Ustaz Aiman Shafie
9.30pm

MUFRADAT AL QURAN

Sambungan

Al Baqarah 2: 26

وَأَمَّا الَّذِينَ كَفَرُوا فَيَقُولُونَ مَاذَا أَرَادَ اللَّهُ بِهَٰذَا مَثَلًا

Beri perhatian pada tajwid
أَرَادَ اللَّهُ

د = nipis
ل = tebal

Buku "Kaedah Harfiyah" ms 40

وَ = dan

َأَمَّا = adapun

الَّذِينَ = orang2 yang
الَّذِي = orang yang

كَفَرُوا = telah ingkar mereka

فَ = maka

1. يَقُولُونَ = mereka berkata

2. مَاذَا = apakah yang

3. أَرَادَ = telah berkehendak (ia)

اللَّهُ = Allah

بِ = dengan

هَٰذَا = ini

مَثَلًا = perumpamaan / contoh

3 mufradat baru. Ulang hafal 60kali setiap hari 1 mufradat baru. Mufradat lama ulang 10kali setiap hari. Ulang 1 mufradat baru setiap hari


Mufradat tambahan
1. لَيْسَ =(L) bukan / dia bukan

2. لَيٍسَتْ = bukan / dia bukan (P)


Muhammad dari Mekah
محمد مِن مكة


Muhammad bukan dari Mekah
محمد لي مِن مكة

Aminah dari Jeddah
أمينة من جُدَّة


Aminah bukan / dia bukan dari Jeddah
أمينة ليست من جُدَّة

TADABBUR

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ آمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالْيَوْمِ الْآخِرِ وَمَا هُمْ بِمُؤْمِنِينَ

وَ = dan

مِنَ = sebahagian

النَّاسِ = orang yang

 مَن

ْ يَقُولُ آمَنَّا

 بِاللَّهِ =

 وَبِالْيَوْمِ الْآخِرِ وَمَا هُم

ْ بِمُؤْمِنِينَ = orang2 beriman


Al Baqarah, ayat 1-5 cerita tentang calon2 ahli syurga = almuttaqin / muslimin = beriman dalaman & luaran

Ayat 6-7 cerita tentang calon2 ahli neraka = kafir = tidak beriman dalaman & luaran

Ayat 8-20 cerita tentang orang munafiq = beriman luaran tanpa dalaman = neraka paling dalam

4 ciri orang munafik:
1. Bercakap bohong
2. Mungkir janji
3. Khianat amanah
4. Melampau dalam bergaduh

Lakukan 1-5, jauhi & elakkan 6-7 & 8-20

Jauhi 4 sifat2 munafik

10.18 ditangguhkan

#############

Dr Shafie Md Amin
10.19pm

Alhamdulillah kita semua sihat, kerana dapat datang Kelas Bahasa Arab Al Quran


Imran:133

وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;

وَسَارِعُوا = segera = Emergency= cepat

Tanda taubat kita diterima?
Al Baqarah 2: 160

إِلَّا الَّذِينَ تَابُوا وَأَصْلَحُوا وَبَيَّنُوا فَأُولَٰئِكَ أَتُوبُ عَلَيْهِمْ ۚ وَأَنَا التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.


35:32

ثُمَّ أَوْرَثْنَا الْكِتَابَ الَّذِينَ اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا ۖ فَمِنْهُمْ ظَالِمٌ لِنَفْسِهِ وَمِنْهُمْ مُقْتَصِدٌ وَمِنْهُمْ سَابِقٌ بِالْخَيْرَاتِ بِإِذْنِ اللَّهِ ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الْفَضْلُ الْكَبِيرُ

Kemudian Kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran), dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata).


Mukjizat kitab sebelum ini diberikan pada Nabi & Rasul, tapi untuk umat Nabi Muhammad SAW, kitab Al Quran diberikan pada seluruh umat

Zalim = meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya

Kasut tempatnya di kaki, cuba kita letak di kepala, apa orang kata?

Al Quran tempatnya di hati, kita letaknya di mana?

An Nahli 16: 51

وَقَالَ اللَّهُ لَا تَتَّخِذُوا إِلَٰهَيْنِ اثْنَيْنِ ۖ إِنَّمَا هُوَ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۖ فَإِيَّايَ فَارْهَبُونِ

Dan Allah berfirman: "Janganlah kamu bertuhankan dua tuhan, kerana sesungguhnya Tuhan itu hanyalah Tuhan yang satu; maka kepada Akulah sahaja hendaknya kamu gerun gementar.

8:29

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تَتَّقُوا اللَّهَ يَجْعَلْ لَكُمْ فُرْقَانًا وَيُكَفِّرْ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ۗ وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar.

Jika kita tidak belajar Al Quran, kita tidak sihat, mungkin boleh jatuh pada syirik

Moga kita kekal istiqamah belajar Al Quran

Kita berada ditepi jurang2 neraka. Sama2 kita selamatkan diri kita & orang2 sekeliling kita. Kematian kita bila2 masa







Read more ...