Thursday 26 January 2017

Nota Kuliah Kelas Bahasa Arab Al Quran (Minggu 49) 26 Januari 2017

Kelas Bahasa Arab Al Quran (Minggu 49)
26 Januari 2017 9.27pm
Dewan 3F-201 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi
Ustaz Dr Shafie Md Amin &
Ustaz Aiman Shafie

###################
Ustaz Dr Shafie Md Amin
9.27pm

MUFRADAT AL QURAN

Sambungan

Al Baqarah 2: 28

كَيْفَ تَكْفُرُونَ بِاللَّهِ وَكُنْتُمْ أَمْوَاتًا فَأَحْيَاكُمْ

فتحت = atas, buka mulut
kasrah = bawah
ضمة = depan, muncung mulut
اتمامُ الحراكات = menyempurnakan harakat

1. كَيْفَ = bagaimana (kah)

2. تَكْفُرُونَ = kamu ingkar

بِ = dengan / akan

اللَّه = Allah

وَ = padahal / walhal / dan
/ sedangkan

كُنْتُمْ = telah adalah kamu / dahulunya kamu

3. أَمْوَاتًا = orang2 yang mati
 مَوت = maut
مَاتَ =  mati
مَيِّت = mayat

فَ = maka / lalu

4. أَحْياَ = telah menghidupkan (ia)

كُمْ = kamu

4 mufradat baru

1 mufradat tambahan

1. المَتحَفُ الوَطَنِيّ = muzium negara


TADABBUR

2:10

فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ فَزَادَهُمُ اللَّهُ مَرَضًا

فِي = dalam
قُلُوبِهِمْ = hati2 mereka
مَرَضٌ = ada penyakit
 فَزَادَهُمُ اللَّهُ = lalu Allah tambahkan mereka
مَرَضًا ۖ  = penyakit

Mereka = orang2 munafik

PUNCA penyakit dari HATI

Allah akan tambah penyakit pada mereka = PADA SELURUH BADAN

"Manusia ibarat 1 kerajaan yang sempurna (ada raja, menteri & rakyat). Rajanya adalah hati, menterinya adalah lidah/lisan & rakyat/pelaksananya adalah seluruh anggota badan. Jika hatinya baik, lidahnya akan baik & seluruh anggota badannya baik. Jika rosak hatinya, maka akan rosak lidahnya & rosak seluruh anggota badannya"

Apakah penyakit?
رَيبَ = شَكّ = syak / ragu2

LATIHAN
1. Adakah Muhammad di rumah?
2. Tidak, Muhammad bukan/tiada di rumah.
3. Dia di pejabat

10.15pm ditangguhkan

*****************
Ustaz Dr Shafie Md Amin
10.16pm

قلب = hati

As Shu'ara 26:88-89

يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ

"Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun,

إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

"Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik);

8 nama قلب :
1. عَقْلٌ = akal
Dalilnya surah Al Hajj 22:46

أَفَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَتَكُونَ لَهُمْ قُلُوبٌ يَعْقِلُونَ بِهَا أَوْ آذَانٌ يَسْمَعُونَ بِهَا ۖ فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصَارُ وَلَٰكِنْ تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ

Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.


Pemurahnya Allah bukan kerana hanya bagi kita mata, hidung, mulut, rezeki, harta, kereta dll kerana semua ini akan binasa. Pemurahnya Allah kerana bagi kita Al Quran, dalilnya 55:1-2

Ar Rahman = Maha Pemurah

الرَّحْمَٰنُ

(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.

عَلَّمَ الْقُرْآنَ

Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.

قُلُوبٌ يَعْقِلُونَ بِهَا = hati untuk berfikir/memahami

7 lagi nama قلب, akan disambung




No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat