Tuesday 18 March 2014

Quran, Hafalan dan Cuti Sekolah

1. Anak-Anak dan Cuti Sekolah

Assalamualaikum,
Alhamdulillah cuti sekolah bakal tiba lagi minggu depan; bermula Sabtu ini (22.3.2014 ) hingga Ahad (30.3.2014). Antara aktiviti bersama anak-anak yang boleh kita jalankan sempena cuti sekolah ini adalah:

a. Hafalan Quran Anak-Anak

Anak-anak kuat memori dan hafalannya umpama span yang mudah menyerap air. Antara amalan yang boleh kita lakukan di rumah terutamanya sempena cuti sekolah ini adalah dengan menyemak bacaan Quran dan hafalan mereka. Gambar dibawah adalah contoh kertas semakan yang boleh kita gunakan untuk semak bacaan anak-anak. Bukan setakat anak-anak; suami dan isteri juga boleh masing-masing semak bacaan antara satu sama lain. Sebagai penambah semangat, bolehlah kita bagikan hadiah pada anak-anak sekiranya mereka dapat hafal beberapa surah; contohnya "jika dapat hafal 10 surah untuk cuti sekolah ini abah akan bagi ..............."

Contoh kertas semakan yang boleh kita gunakan untuk anak-anak


Anak-anak biasanya mereka dah mula menghafal seawal dari bayi. Sebab itu ibu bapa kena selalu perdengarkan bacaan al Quran kepada anak-anak. Apabila umur 2-3 tahun, kita dah boleh guna flash card untuk kenalkan mereka dengan huruf-huruf hijaiyah, diikuti dengan Iqra'

Masuk tadika jika mereka dah kenal huruf, insyaAllah pelajaran Quran dan hafalan mereka akan jadi leih mudah dengan pantauan guru di sekolah dan kita di rumah. Jadi cuti sekolah ini waktu untuk mereka buat ulangkaji. Kalau ikutkan mereka dah hafal surah-surah lazim dengan cikgu; tapi untuk lebih memberikan galakan dan semangat kita buat lagi hafalan dirumah dengan kita sendiri yang semak dan bagi hadiah.



b. Buku tulis, pen, pensil, pemadam dan pembaris.

Anak-anak banyak tenaga dan idea. Jadi bagikan mereka set alat tulis ini. Nanti akan ada coretan dan idea mereka yang bakal menjelma. Buku ini juga boleh kita gunakan untuk bagi mereka buat latihan bersesuaian dengan umur mereka.

Contohnya untuk anak-anak 5-6 tahun adalah "Gariskan gambar dan perkataan di bawah". Boleh diselang selikan antara Bahasa Melayu, Arab, Inggeris, Jawi, Matematik dan juga Sains. Bagi yang dah masuk sekolah; 7 tahun ke atas kita boleh bagikan yang lebih mencabar, contohnya ejaan, isikan tempat kosong (insyaAllah nanti saya letakkan gambar buku aktiviti Muhammad, Aisyah dan Athirah di rumah waktu cuti sekolah)


2. Quran




"Sebaik-baik amalan adalah orang yang belajar dan mengajarkan al-Quran"

“Sebaik-baik manusia di antara kamu adalah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain” HR Bukhari dan Muslim

Quran adalah sebaik-baik bacaan dan Qalammullah. Umpama surat cinta dari Allah kepada kita hambaNya. Kelebihan Quran boleh rujuk di artikel ini "Kelebihan Belajar, Baca, Hafal dan Amalkan al Quran"

Bagi kita yang telah dewasa dan ingin membaiki bacaan Quran, ada tempat khusus untuk orang dewasa belajar terutamanya di sekitar Lembah Klang ini adalah;

a. Masjid UKM

Di masjid UKM biasanya akan ada graduan dengan bantuan pensyarah akan buat kelas pengajian al Quran dewasa bagi membantu orang dewasa untuk membetulkan bacaan Quran. Boleh rujuk laman web UKM, pihak pengurusan masjid UKM dan juga papan notis di masjid UKM


b. Masjid Negara

Di Masjid Negara ada kelas pengajian dewasa dianjurkan di sana. Boleh rujuk link di bawah:






Untuk maklumat terkini boleh telefon masjid negara terus, sebab mungkin laman web mereka lambat dikemaskini

Tel: 03-2693 7784
Fax: 03-2691 3696
Email: pro@masjidnegara.gov.my, aduan@masjidnegara.gov.my

Butiran pengajian KELAS QURAN DEWASA ini adalah seperti berikut:

Masa           : Isnin dan Rabu / Selasa dan Khamis
Waktu         : 5-7 petang / 8-10 malam. boleh pilih ikut kesesuaian kita
Yuran          : RM300 (kelas Quran Asas) dan RM400 (kelas Quran Lanjutan) untuk pengajian selama 2 tahun
Cikgu          : Guru berijazah, mahir dan perpengalaman
Sijil             : Sijil akan diberikan oleh Masjid Negara kepada pelajar yang tamat pengajian dan lulus ujian
Cuti            : Cuti pada cuti sekolah, cuti umum dan juga Ramadhan


Pengajian di Masjid Negara memang amat bagus. Ada yang sejauh Semenyih dan Beranang pun ada yang datang belajar Quran di masjid negara. Bagi yang bercita-cita untuk memperbetulkan bacaan Quran, mahupun ada niat untuk jadi guru Quran bila dewasa nanti, untuk didik anak cucu, dan anak bangsa dan sebagai bekalan dan saham akhirat inilah permulaannya.

c. Darus syifa' Bangi

Boleh rujuk link di bawah untuk ke Darus Syifa Bangi



Bagi yang berminat untuk belajar rawatan alternatif dengan menggunakan ayat-ayat syifa bersumberkan Al Quran dan Hadis, darus syifa' Bangi adalah tempatnya. Tempoh pengajian adalah selama 2 tahun dengan sedikit yuran pengajian dikenakan. Kelas pengajian adalah setiap hari Isnin malam Selasa dari magrib hingga jam 10 malam.

Boleh hubungi alamat dan nombor telefon di bawah untuk maklumat lanjut.
03-89250443
012-3292792 (Ustaz Hisham)
019-3634124 (Ustaz Jufry)
Email: darussyifa.malaysia@gmail.com

Selain belajar perubatan Islam, darussyifa' juga akan menyediakan kelas bagi membetulkan bacaan Quran dan tajwid bagi para pelajarnya yang belum berkemahiran. Jika dah betul bacaan dan tajwid tak perlu masuk kelas tajwid, boleh terus masuk kelas perubatan. Kelas berjalan secara serentak, cuma berbeza harinya


Harap perkongsian ini memberikan manfaat untuk kita menjadi hambaNya yang sentiasa cintakan Quran, sentiasa belajar untuk membetulkan bacaan, memahami maknanya dan insyaAllah amalkan dalam kehidupan seharian kita insyaAllah


Doa agar diri, anak dan keturanan kita sentiasa mendirikan solat. QS14 Ibrahim ayat 40


Wallahhua'lam

Lukeman Yusoff dan Siti Norliza Ibrahim
0132299319 dan 0196515717
www.jombahagia.blogspot.com
BBBangi
18.3.2014

Artikel berkaitan

1. Kelebihan Belajar, Baca, Hafal dan Amalkan al Quran
4. Jom Bahagia (5) Kompilasi 2 Minggu Nota Kuliah Agama
5. Saat Kematian makin menghampiri