Friday 21 November 2014

2004-2014 10 Tahun; Kahwin, Kerjaya & Rezeki

Alhamdulillah 2014 adalah ulang tahun ke 10 perkahwinan LY & SNI dan juga ulang tahun ke 10 perkhidmatan LY di UniKL.

Plak penghargaan 10 tahun berkhidmat



10 Tahun Rumahtangga



Pejam celik pejam celik dah 10 tahun rupanya kami hidup bersama, dari 1 Jun 2004 sehingga 1 Jun 2014. Alhamdulillah dikurniakan anak-anak yang comel, sihat dan semoga mereka semua menjadi anak yang soleh dan solehah yang sentiasa menyejukkan mata kami dan sentiasa mendoakan ibu dan bapa mereka insyaAllah

10 tahun sebagai suami dan isteri


10 Tahun Berkhidmat di UniKL

Malam tadi (20.11.2014) pihak pengurusan UniKL mengadakan majlis makan malam bagi menghargai kakitangan yang berkhidmat lebih daripada 10 tahun. Setiap staf dapat sijil penghargaan, plak penghargaan dan juga wang tunai. Alhamdulillah dan terima kasih kepada pihak pengurusan UniKL MFI
Dan bulan Disember 2014 nanti pihak UniKL Chancellary pula akan buat majlis penghargaan untuk menghargai mereka yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun di UniKL untuk semua kampus. Malam tadi untuk kampus UniKL MFI (UniKL cawangan Bangi)

Plak, sijil penghargaan, makan malam dan wang tunai....alhamdulillah

Berkahwin; Rezeki Bertambah Murah

Satu sahaja kesimpulan yang boleh diambil dari kisah ini adalah; berkahwin akan lebih memurah dan menambahkan rezeki kita insyaAllah. Banyak contoh yang boleh kita ambil untuk dijadikan teladan, dan setiap anak yang lahir juga ada rezeki mereka masing-masing yang telah ditetapkan Allah.

Jadi buat mereka yang belum berkahwin, ataupun masih berkira-kira untuk berkahwin.......berkahwinlah, insyaAllah rezekimu akan bertambah murah :)

Salam sayang dan jumpa lagi insyaAllah
Lukeman Yusoff (LY) dan Siti Norliza Ibrahim (SNI)
Bandar Baru Bangi
21 Oktober 2014
Read more ...

Thursday 13 November 2014

MyTaha Tabung Haji

Mungkin ada di antara kita yang belum tahu bahawa Tabung Haji telahpun ada sistem perkhidmatan berinternet yang dikenali sebahagi myTaha. Dengan MyTaha kita boleh buat semakan baki terkini wang dalam tabung haji, boleh pindah wang dari tabung haji kita ke akaun tabung haji lain, boleh buat pendaftaran haji dan juga semak status pendaftaran haji

Bagi yang ada banyak akaun Tabung Haji memang kemudahan internet ini amat membantu. Contohnya bagi yang ada 5 anak macam kami. Setiap anak ada akaun Tabung Haji masing-masing. Jadi dengan ada myTaHa ini memudahkan urusan kita nak monitor akaun tabung haji mereka, dan alhamdulillah kelima-lima mereka telahpun didaftarkan haji, ikut gilirannya sewaktu mereka berumur dalam 40 tahun lebih nanti

Paparan MyTaha sekiranya ada banyak akaun Tabung Haji (termasuk anak-anak)

Cara untuk aktifkan perkhidmatan ini adalah:
1. Pergi ke kaunter Tabung Haji di mana-mana cawangan seluruh Malaysia
2. Mintakan no pin untuk aktifkan MyTaha. Nanti dia akan minta buku Tabung Haji. Jadi jangan lupa bawakan buku Tabung Haji dan juga IC
3. Kena datang sendiri, sebab kena scan ibu jari pemilik buku akaun
4. Dah dapat pin boleh buka MyTaha dan log masuk:
5. Dah siap. Kalau nak add akaun anak-anak, klik pada menu 'deposit' - 'kemaskini akaun' - 'tambah akaun' :)
6. Siap. Boleh sentiasa undate dan semak status terkini akaun Tabung Haji kita dan juga anak-anak terutamanya bagi yang buat potongan gaji untuk simpanan bagi menunaikan ibadah haji insyaAllah

Harap ianya membantu. Sampai jumpa lagi insyaAllah

Lukeman / Siti Norliza
Bandar Baru Bangi
13/11/2014

Artikel berkaitan:
2. MyTaha




Read more ...

Wednesday 12 November 2014

Yuran Sekolah Rendah Sri Al Amin Bangi 2015

Senarai yuran sekolah rendah bagi Sekolah Rendah Sri Al Amin Bangi bagi tahun 2015 adalah seperti jadual di bawah (klik pada link yang disertakan pada text di atas untuk sumber rujukan)


Senarai yuran Al Amin Bangi 2015 (klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas)


Laporan kemajuan anak-anak juga dapat diperolehi di atas talian untuk memudahkan rujukan. Laporan dan perkembangan akademik, sahsiah, hafazan dan akhlak juga dapat diperolehi daripada guru kelas mereka dari semasa ke semasa.

Hujung tahun biasa akan diadakan hari Takrim, hari anugerah bagi meraikan anak-anak yang memperoleh keputusan yang cemerlang dalam pelbagai kategori

Contoh laporan kemajuan akademik bagi tahun 2014 (klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas)



Rekod pembayaran yuran 2014 untuk rujukan ibu bapa (klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas)


Artikel berkaitan:

2. Laman web Al Amin Bangi
3. Senarai yuran
4. SRAI
5. Daftar Sekolah Darjah 1 Selangor
Read more ...

Wednesday 15 October 2014

Haji 1436H / 2015M

Selamat kembali ke tanah air buat semua jemaah haji dari Malaysia. Moga mendapat haji yang mabrur dan umrah yang makbul insyaAllah....amiinn....

RAYUAN HAJI 2015

Perkembangan untuk rayuan haji bagi tahun 2015M / 1436H boleh mula dimohon bermula 18 Disember 2014 nanti. Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh pihat Tabung Haji.

Sebarang info terkini akan saya kemaskinikan di sini untuk makluman semua. Info lanjut berkenaan Haji 2014 boleh dapatkan di link ini

Bagi sahabat yang ingin dapatkan contoh surat rayuan haji boleh emailkan kepada kami di jombahagia@gmail.com InsyaAllah kami akan lampirkan contoh surat rayuan hajinya.

2014 kali pertama kami mohon rayuan haji namun belum berjaya dan insyaAllah tahun 2015 nanti kami akan membuat rayuan haji lagi.

Ikutkan giliran haji kami adalah pada tahun 2027 pada umur 48 dan 46 tahun, dan giliran haji anak-anak kami pada umur mereka di antara 45 hingga 47 tahun. 

Bagi yang ingin dapatkan sedikit sebanyak mengenai persiapan haji dan umrah boleh rujuk perkongsian kami di link ini dan juga di link sebelah kanan blog ini untuk perkongsian lanjut lain berkenaan haji dan umrah. 

Semoga bermanfaat dan semoga kita semua diberikan kesempatan dan rezeki untuk menjadi tetamuNya insyaAllah

Bagi yang berkira-kira untuk melakukan umrah....pasang niat dari sekarang, insyaAllah moga Allah permudahkan urusan tuan dan puan

Wallahua'lam
Lukeman dan Siti Norliza
Bandar Baru Bangi Selangor
15.Oktober 2014 / 20 Zulhijjah 1435

Bersama sepupu di rumahnya dengan berlatar belakangkan menara jam di Masjidil Haram

Read more ...

Wednesday 8 October 2014

Keperluan Vitamin Dalam Kehidupan

Makanan dan minuman adalah keperluan asas manusia. Kita perlukan makanan dan minuman yang berkhasiat bagi membantu kesinambungan kehidupan seharian kita.

Sebagai contoh kanak-kanak lelaki dan wanita yang berumur 9 hingga 13 tahun memerlukan 45mg sehari vitamin C. Lelaki dan wanita dewasa pula masing-masing memerlukannya sebanyak 90mg dan 75mg sehari. Bagi wanita mengandung jumlah meningkat sehingga 85mg, begitu juga bagi wanita menyusu yang meningkat sehingga 120mg sehari.




Pelbagai sumber makanan boleh kita ambil untuk menampung keperluan nutrisi ini. Gizi makanan yang seimbang membantu tubuh untuk kekal sihat dan bertenaga.

Selain daripada itu Shaklee juga ada menyediakan makanan tambahan bagi membantu menampung keperluan vitamin dalam pemakanan seharian ini.

Sebagai contoh setiap 34g Mealshakes membekalkan 18mg vitamin C yang diperlukan oleh badan mereka, dan sebiji chewable Vita C mengandungi 117.9mg vitamin C.

Jadi setiap item makanan tambahan ini ada kandungan gizi tertentu yang diperlukan oleh badan kita. Tinggal lagi perlu kita pilih yang mana sesuai dengan keperluan dan bajet harian kita.

Lebih istimewa lagi bulan Oktober 2014 ini Shaklee bagi tawaran istimewa untuk 2 produknya iaitu ESP dan juga mealshakes





Artikel berkaitan:
ESP
Mealshakes
Chewable Vita C
Keperluan Vitamin Harian
Ebook 5 Minit Review Tentang Kesihatan dan Kebahagiaan

Wallahua'lam
Lukeman 0132299319
Siti Norliza 0196515717
Bandar Baru Bangi Selangor
8.10.2014

Read more ...

Tuesday 23 September 2014

Collagen Powder Yang Istimewa

Alhamdulillah bulan ini, September 2014 Shaklee menawarkan 2 produk pada harga promosi; Collagen Powder; beli 6 percuma 1 dan Meal Shakes; beli 3 percuma 1.

Sebelum balik cuti raya lepas, seorang kawan pejabat Luke (sama level pejabat dan sama-sama study leave kat UKM, sama-sama struggle siapkan tesis) nak cuba Collagen Powder Shaklee. Katanya sebelum ini dia ada ambil collagen brand lain tapi kurang kesan. Jadi kali ini dia nak cuba collagen Shaklee pula.

Katanya kalau dibandingkan harga memang Collagen Shaklee lebih mahal, tapi katanya dia nak cuba juga, mana tahu hasilnya seperti yang diharapkan. Ada kami ceritakan kisahnya dan kesudahannya di sini.

Alhamdulillah, selain untuk dirinya, dia juga tolong orderkan untuk kawan-kawannya dan melayakkan dia untuk dapat FREEMEMBERSHIP dan juga BONUS dalam RM90 2 bulan lepas.

Sekarang dia adalah pengguna setia collagen powder. Selain mengguna dan dapat khasiatnya, dia juga dapat bantu kawannya untuk dapat khasiat yang sama dan dapat bonus.

Sekarang ini dia sedang dalam proses untuk daftarkan FREEMEMBERSHIP untuk kawannya yang sebelum ini order dengan ini. Inilah yang dikatakan kesan Shaklee #shakleeeffect.

Bulan September 2014 ini pihak Shaklee Malaysia bermurah hati berikan promosi bagi sesiapa yang beli 6 akan dapat percuma 1. Boleh kongsi-kongsi beli; kakak, abang, ibu, mertua, jiran.

1 paket ini ada 15 stik. Jadi kalau beli banyak-banyak untuk kegunaan sendiripun memabng berbaloi. Jimat, murah, berkesan, halal dan semulajadi. Jom sama-sama kita memanfaatkannya










CARA MAKAN COLLAGEN POWDER





Moga bermanfaat dan kami boleh dihubungi di talian di bawah. Sampai jumpa lagi insyaAllah

Artikel berkaitan:


Read more ...

Saturday 6 September 2014

Ada Ke Lelaki Buat Bisnes Shaklee?

Produk kesihatan dan kecantikan sinonim dengan wanita. Namun kini lelaki juga semakin ramai yang prihatin dengan kesihatan dan kecantikan.

Selain cantik dan sihat, Shaklee juga menawarkan peluang bisnes dan peluang jana pendapatan tambahan. Bagi mereka yang suka cari dan ambil peluang, inilah yang mereka nantikan daripada produk yang mereka gunakan selalu.

Disamping guna dan dapat manfaat sihat dan cantik, kita juga boleh jana pendapatan tambahan. Menarik bukan.

Selalu kami dengar soalan begini:

Soalan (S): Ada ke orang lelaki buat bisnes Shaklee?
Jawapan (J): Ada je

S: Macam pelik je, lelaki buat bisnes vitamin dan produk kecantikan
J: Apa yang peliknya. Lelaki sekarang dah moden dan lebih terbuka berbanding dulu. Buka setakat sihat dan cantik, tapi juga Shaklee ni dapat bagi income tambahan. Sebab itulah ramai lelaki yang dah join Shaklee

S: Tak kekok ke lelaki nak study dan explain produk-produk ini?
J: Apa yang kekoknya? Produk Shaklee bukan untuk wanita je. Malah untuk lelaki, bapa, dan seluruh isi keluarga dari atuk, nenek, mak, ayah, anak-anak dan juga cucu cicit. Pendek kata produk Shaklee ni untuk kegunaan seisi keluarga. Bukan sahaja untuk makan dan minum, ada juga untuk kegunaan rumahtangga seperti sabun baju, sabun rumah, ubat sapu, penapis air dan sebagainya

S: Jadi, bolehlah lelaki jadi ahli ya?
J: Boleh. Dan yang lebih menariknya keahlian Shaklee ni untuk pasangan suami-isteri. Maksudnya jika kita telah berkahwin, keahlian ini boleh digunakan oleh kedua-dua pasangan suami isteri. Tak perlu ada 2 keahlian.

S: Apa manfaat lain apabila kita jadi ahli Shaklee?
J: Manfaat lain boleh rujuk di entri ini

S: Dalam group JBC ada tak lelaki yang buat bisnes Shaklee ni?
J: Ada, bukan setakat pasangan suami dan isteri, malahan ada juga lelaki yang masih bujang yang jadi ahli di bawah rangkaian kami.

S: Setakat ini pelopornya adalah wanita. Jadi apa cabaran untuk kami yang lelaki ini?
J: Bagi saya, ini bukan cabaran tetapi adalah PELUANG untuk kita mangkin dan meluaskan empayar bisnes ni. Jom sama-sama kami untuk sama-sama pelopori dan jana pendapatan dengan bisnes ini. Di sini kami ada Lukeman yang boleh membantu dan juga Siti Norliza yang bersedia untuk memberikan bimbingan dan tunjuk ajarnya kepada kita semua.

Bukan itu sahaja, dalam rangkaian kami juga ada beberapa orang Master yang akan bantu kita dalam pendakian menuju ke Master Coordinator, insyaAllah


Produk Shaklee; vitamin, berat badan, kecantikan dan kegunaan rumahtangga

Read more ...

Thursday 4 September 2014

Perjalanan Kehidupan; Penawar dan Terapi Jiwa

Hidup kita ada turun naik. Terkadang kita di atas, terkadang kita di bawah. Terkadang kita rasa perjalanan kita lancar, terkadang kita rasa banyak cabaran dan dugaan. Ada masa kita tawa gembira, ada masa kita sedih berduka

Segalanya datang silih berganti untuk menguji keimanan kita kepadanya. Sama ada kita benar-benar beriman kepadaNya (insyaAllah) ataupun sebaliknya (nauzubillah).

Sentiasalah kita bersangka baik dengan Allah. Selalulah panjatkan doa, kesyukuran dan sujud kepadaNya, moga segala urusan kita di dunia mahupun di akhirat dipermudahkanNya insyaAllah

Perjalanan kita masih jauh, untuk menuju kehidupan akhirat yang kekal abadi. Persiapkan bekalan sebaiknya. Sebaik-baik bekal adalah takwa. 3 yang bermanfaat selepas kematian kita; sedekah jariah, ilmu bermanfaat dan doa daripada anak yang soleh

Dan Allah sangat dekat dengan kita dan akan sentiasa perkenankan doa kita, cuma masanya sama ada dipercepatkan di dunia, ditangguhkan di akhirat, ataupun digantikan dengan sesuatu yang lebih bernilai di akhirat kelak.

Semoga kita sentiasa beroleh rahmatNya insyaAllah. Dibawah ini sedikit petikan ayat Quran berserta maknanya bagi penawar jiwa kita agar sentiasa berpegang teguh dengan janji Allah

"Ya Allah, jadikanlah kami orang yang sentiasa baca, faham, hafal, amal dan sebarkan qalam Mu (Al Quran) ini ya Allah. Pandanglah kami dengan pandangan rahmat an kasih sayangMu ya Allah"

Sesungguhnya Allah sentiasa dekat dengan kita


Ujian akan sentiasa datang silih berganti



Mahalnya nilai syurga


Allah tidak memberati melainkan sesuai dengan kesanggupan kita



Tiap kesukaran disertai kemudahan


Ditegaskan lagi sekali, tiap kesukaran disertai kemudahan




Sabar, solat, khusuk dan doa adalah peneman dan senjata terbaik

Artikel berkaitan:







Read more ...

Wednesday 3 September 2014

Dividen Bank Persatuan 2013 dan Jemputan Shaklee

Alhamdulillah dividen Bank Persatuan bagi tahun 2013 adalah sebanyak 6% (selepas ditolak zakat 2.5%). Jadi dividen totalnya adalah 8.5%. Alhamdulillah pihak bank koperasi ini telah siap-siap tolak zakat bagi memudahkan urusan kita, para pencarumnya.

Ini adalah alternatif bagi pihak yang tidak mahu melaburkan duit mereka di Amanah Saham Nasional (ASB, ASN, ASD dan sebagainya). Pilihan lain kita ada Tabung Haji, Koperasi Felda, Koperasi Tentera dan juga Senarai Sekuriti Patuh Syariah

Kami juga dapat jemputan ke "Majlis Pengiktirafan dan Motivasi Shaklee (Shaklee Motivation & Recognation)" di Shah Alam Convention Center (SACC) pada 28 September 2014 ini. Jemputan ini kira mini award untuk SID yang bercita-cita untuk dapatkan tiket percuma ke Itali mahupun ke Umrah untuk cycle tahun ini.

Semua dijemput oleh Shaklee untuk sama-sama memeriahkan majlis ini sama ada yang dah jadi ahli Shaklee ataupun belum. Di majlis ini kita akan jumpa ramai kenalan baru bagi bertukar-tukar ilmu tentang bisnes, marketing dan sebagainya

Ini adalah antara 3 kelebihan utama ahli Shaklee dengan modal serendah RM65 iaitu 3C; cash, car & convention.


Surat Bank Persatuan dan Shaklee

Dividen Bank Persatuan 2013 6%



Jemputan Shaklee



Read more ...

Tuesday 2 September 2014

Hadiah Kepada Pemenang Cabaran Shaklee Grup JBC

Assalamualaikum
Alhamdulillah hadiah kepada pemenang cabaran JBC untuk 3 hari terakhir bulan Ogos 2014 telah selamat diposkan pagi tadi. Walaupun cabaran ini agak ad-hoc, kerana 3 hari tempohnya, namun alhamdulillah ada juga yang berjaya memenanginya.

Untuk bulan September 2014, promonya adalah Collagen Powder dan MealShakes. Dan untuk group kami, ada hadiah yang menanti pemenang jika mereka dapat capai target tertentu. Target dan hadiahnya ada kami ceritakan dalam group FB & Whatsapp kami.

Jom sama-sama sertai kami di JBC untuk menjana income dengan bisnes Shaklee dan juga berpeluang memperolehi hadiah yang dianjurkan oleh pihak penganjur. Sampai jumpa lagi insyaAllah


Hadiah kepada pemenang Cabaran 3 hari Ogos 2014. Jom dapatkan 6 hadiah untuk Cabaran 1 bulan September 2014 di JBC


Artikel berkaitan:


Read more ...

Monday 1 September 2014

September 2014 Bulan Istimewa Untuk Penggemar Collagen Powder dan Meal Shakes

Assalamualaikum

Alhamdulillah bulan ini bulan istimewa untuk penggemar produk kesihatan semulajdi Shaklee sebab bulan ini Shaklee menawarkan promosi istimewa untuk 2 produk sekaligus iaitu COLLAGEN POWDER dan MEAL SHAKES.

Rujuk 2 SMS yang dihantar Shaklee kepada kami di bawah

"RM0.00 Shaklee: Sept'14 Buy 6 Free 1 Promotion - Collagen Powder(00P210) DN1428, 444UV. Place your order now! TQ"

"RM0.00 Shaklee: Meal Shakes - Buy 3 Free 1(00P217) @DN273, 93UV promotion from Sept till Oct'14. Place your order now! TQ"

Bagi sahabat yang nak sama-sama order pada bulan promosi ini boleh PM kami 0132299319 Lukeman ataupun 0196515717 Liza. Kita boleh order sama-sama. Kalau beli sendiri-sendiri kita hanya dapat beli pada harga biasa.

Kalau beli pada harga promosi ini, kita boleh dapat harga istimewa. Syaratnya kena cukup beli 1 set ini. Jom kita kongsi-kongsi beli.

Di bawah ni antara khasiat dan testimoni COLLAGEN POWDER SHAKLEE. Juga boleh lihat di sini











Read more ...

Sunday 31 August 2014

Contoh Soalan Sekolah Integrasi Selangor

Assalamualaikum, alhamdulillah ramai rupanya yang cari info pasal sekolah Integrasi dan juga sekolah Al Amin Bangi ya. Kalau tengok pada hits kunjungan ke entri Al Amin vs SRAI vs SKJalan3 boleh tahan ramai juga yang cari info berkenaan dengan sekolah pilihan di sekitar Bangi ni ya.

Kali ini kami ingin kongsikan lebih lanjut tentang proses dan panduan kemasukan ke Sekolah Integrasi (SRAI) beserta contoh soalan yang biasanya di tanya kepada anak-anak yang memohon untuk masuk ke sini

1. Panduan Kemasukan SRAI

SRAI terletak di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang menggabungkan 2 kurikulum iaitu kurikulum sekolah agama dan kurikulum KBSR Kementerian Pendidikan Malaysia. Kiranya 2 sesi digabungkan terus menjadi 1 sesi pengajian sekolah agama dan sekolah rendah kebangsaan

Sesi pembelajarannya ada 2 sesi sama ada 7.30 pagi - 2.30 pagi ataupun 7.30 pagi - 4.00 petang (bergantung kepada lokasi sekolah) (rujuk gambar di bawah). Bermula tahun 2014 ini sesi sekolahnya dipendekkan menjadi 7.30 pagi - 3.30 petang (Sesi sekolah Al Amin Bangi pula adalah 8 pagi - 3.30 petang).
Buku Panduan Kemasukan ke SRAI dan Contoh Soalan Latihan


Isi Kandungan

Pengenalan dan sesi persekolahan


Syarat kemasukan murid


Yuran dan pendaftaran



Proses pendaftaran dan ujian

Alamat SRAI di seluruh Selangor. Setakat ini ada 11 cawangan



2. Contoh Soalan

Bahasa Malaysia


Bahasa Inggeris

Sains




Matematik


Jawi dan Bahasa Arab


Kepada Tuan / Puan yang mahukan contoh soalan latihan bagi kemasukan anak-anak ke darjah 1 boleh terus emailkan kepada kami di jombahagia@gmail.com bagi memudahkan kami reply dan hantarkan link.

Harap membantu Tuan / Puan dan anak-anak kita semua insyaAllah

Lukeman & Siti Norliza
Bandar Baru Bangi
Selangor


Artikel berkaitan:

1. http://jombahagia.blogspot.com/2013/12/sek-sri-alamin-bangi-vs-integrasi-vs-skjalan3-bangi.html

2. http://jombahagia.blogspot.com/2014/02/sayangi-anak-dan-isteri-didikan-agama-makanan-halal-khasiat.html
Read more ...

Selamat Kembali Berjuang (BEng, MEng, PhD)

Alhamdulillah selamat kembali berdaftar sebagai pelajar siswazah di UKM untuk kesekian kalinya. Ikutkan ini dah semester ke 9 Luke mendaftar sebagai pelajar di sini, tapi disebabkan semester lepas (Jan-Julai 2014) Luke tangguhkan pengajian, jadi semester ini (Ogos-Dis 2014) kira semester ke 8 Luke di UKM.

Luke mula jadi pelajar siswazah semester 1 pada Ogos-Dis 2009. UKM mewajibkan pelajar siswazahnya ambil 1 subjek "Research Methodology". Kebetulan semester tersebut UKM offer subjek ini, jadi Luke dan kawan-kawan seperjuangan terus daftar dan ambil. Subjek ini "Wajib Hadir" sahaja, dan di akhir semester setiap pelajar diwajibkan untuk bentangkan "Proposal Kajian Penyelidikan" kepada panel yang dilantik FKAB UKM.

Alhamdulillah tamat semester 1, kami mendaftar semester 2 pada Jan-Julai 2010. Semester ini subjek dah tiada. Jadi fokus sepenuhnya pada penyelidikan. Masa ni banyak buat "simulation" dan kutip data untuk bentang di seminar. Sem 3 pada Ogos-Dis 2011, 4 (Jan-Jul 2012), 5 (Ogos-Dis 2012), 6 (Jan-Jul 2013)

UKM mewajibkan pelajar PhDnya untuk hantar 2 proceeding/conference dan 2 ISI/Scopus jurnal. Alhamdulillah conference proceeding Luke dah submit & bentangkan 3. 2 jurnal ISI/Scopus masih dalah proses. Diwajibkan hantar dan diterima sebelum kita boleh viva.

Mula Julai 2013, Luke lapor diri balik di UniKL untuk kembali mengajar, selepas tamat cuti belajar sepenuh masa 3 tahun (6 semester) untuk buat PhD. 

Sepatutnya kita boleh minta untuk tambah 6 bulan + 6 bulan daripada Universiti untuk tambah tempoh pengajian. Tapi lepas Luke fikir baik-buruk rasanya lebih baik terus lapor diri di UniKL dan pada masa yang sama boleh teruskan pengajian seperti biasa. 

Cumanya kita perlu lebih teliti membahagikan masa, dan memanfaatkannya sebaik mungkin. Julai 2013 Luke terus mula mengajar di UniKL seperti biasa. Disember 2013 Luke dan Liza mula ambil supplemet Shaklee untuk bantu kesihatan badan kami hingga sekarang

Sem 7 pada Julai-Dis 2013 Luke daftar di UKM macam biasa guna duit sendiri (sebab MARA mahupun MyBrain KPT hanya akan sponsor sehingga 6 semester sahaja). Sem 8 (Jan-Julai 2014) Luke tangguh pengajian untuk strukturkan balik pengajaran di UniKL dan untuk tune balik PhD.

Alhamdulillah sem ini (Ogos-Dis 2014) kembali mendaftar sebagai pelajar di UKM untuk semester ke 8. Harapnya moga segala urusan pengajian ini dipermudahkan Allah SWT insyaAllah




Pengalaman Buat BEng dan MEng

Setiap kita ada pengalaman belajar sama ada secara formal ataupun tidak. Banyak liku, onak, duri dan ranjau yang perlu kita lalui sebelum berjaya menamatkan pengajian. Kalau nak buat buku dan cerita cabarannya memang tak akan habis.

Cumanya setiap orang ada cabaran dan dugaan yang tersediri. Apa yang penting kita perlu sentiasa berusaha, sentiasa bersangka baik dengan Allah.

Setiap apa yang Allah kurniakan pada kita itu adalah yang terbaik, dan untuk akan datang sama-sama kita usaha dan doa agar ianya juga yang terbaik untuk kita insyaAllah

"Apa yang kita fikirkan baik untuk kita, belum tentu baik pada pandangan Allah, dan boleh jadi kita tidak suka sesuatu tetapi itulah yang terbaik untuk kita" dan "selepas kesukaran insyaAllah adanya kesenangan"

Sampai jumpa lagi insya'Allah. Salam kemerdekaan yang ke 57 untuk semua warganegara Malaysia. Moga negara kita sentiasa berada di bawah rahmat dan lindungan Allah sentiasa insyaAllah

-Lukeman dan Siti Norliza-
0132299319 | 0196515717
Bandar Baru Bangi
31 Ogos 2014



Read more ...