Thursday 21 August 2014

Jamuan Raya, Teruskan Perjuangan #PhD & Rahsia Terbongkar

Bismillah - Assalamualaikum warhmatullah - Subhanallah - Alhamdulillah -Allahuakbar

1. Jamuan Raya

Alhamdulillah, hari ini dah pun masuk minggu ke 3-4 raya. Bahang raya masih terasa dan majlis-majlis raya masih lagi banyak yang di buat. Hari ini 21.8.2014 ada 2 jamuan raya; 1 di kampus UniKL Bangi, dan 1 lagi di kampus UKM Bangi.

Liza akan ke jamuan raya UKM dan Luke akan ke jamuan raya UniKL. Jadi pagi-pagi ini kami dua-dua pakai baju raya :)

Jamuan raya sekolah anak-anak alhamdulillah dan selesai hujung minggu lepas. SRAI bangi jemput semua ibubapa datang. Oleh sebab Liza masih lagi sakit mata (engkak dan merah), jadi Luke seorang saja yang datang ke jamuan raya SRAI Bangi. Al Amin Bangi pula jamuan raya hanya untuk pelajarnya sahaja.

Alhamdulillah seronok anak-anak dapat beraya bersama kawan dan guru-guru mereka di sekolah, dan banyak juadah yang disediakan oleh para guru, anak-anak dan juga ibu bapa. teruma kasih kepada pihak SRAI Bangi dan juga Al Amin Bangi

Untuk jamuan raya UniKL, jabatan kami kena buat nasi lemak. Menu utama jamuan raya disediakan oleh pihak persatuan staf, hanya menu sampingan yang jabatan buat. Ini kiranya dah kali kedua Luke sambut raya kat UniKL selepas tamat cuti belajar

Harap jamuan raya UniKL dan UKM berjalan dengan lancar hari ini insyaAllah



2. Sambung Belajar

Mungkin ada yang dah maklum yang Luke sekarang sebenarnya masih lagi belajar. Pelajar yang belum tamat pengajian. InsyaAllah moga urusan pengajian ini akan dipermudahkan Allah SWT.

Semester lepas Luke tangguh pengajian 1 semester. Semester Ogos 2014 ini insyaAllah akan ssambung semula pengajian ke semester 8. Wow, lama tu belajar :)

Biasalahkan, buat research.....banyak faktor yang sama ada akan mempercepatkan perjalanan pengajian kita, ataupun membantut dan melambatkan perjalanan pengajian........Semuanya adalah dengan rahmat dan kasih sayang Allah SWT jua......

InsyaAllah sampai masanya akan tamat jua, harapnya insyaAllah amin......Kepada teman seperjuangan, yang masih lagi dalam proses untuk menyiapakan tesis penyelidikan, selamat berjuang diucapkan....InsyaAllah sama-sama kita siap dan selesaikan amanah yang telah digalaskan dibahu kita ini....

Jadual pendaftaran boleh rujuk PPS UKM


Pendaftaran semester ini bermula semalam 20 Ogos hingga 30 Ogos 2014. InsyaAllah Luke akan uruskan urusan pendaftaran ini secepat mungkin

Rekod pendaftaran Luke semester lepas. Tangguh pengajian 1 semester

InsyaAllah harapnya tahun ini 2014 dan juga tahun depan 2015 tesis in dapat disiapkan insyaAllah. Secara umumnya, progres nya adalah:

  • subjek research methodology & pembentangan tajuk penyelidikan dan selesai
  • paper conference alhamdulillah dah 3 selesai
  • jurnal masih dalam proses, perlu 2
  • tesis masih dalam proses dan
  • last but not least adalah viva.........

InsyaAllah moga segala urusan dipermudahkan Allah


3. Rahsia Terbongkar :)

Alhamdulillah sebelum balik  raya hari tu ada kawan se pejabat ambil Collagen Powder Shaklee, dan semasa balik kampung beraya katanya ramai kawan yang tegur tentang perubahan dirinya....tapi katanya mungkin sebab lama tak jumpa, jadi dia pun tak ambil kisah sangat.....

Tapi selepas masuk semula ke pejabat dan ada kursus jabatan, katanya ramai rakan sepejebat pula yang tanya apa produk yang dia ambil...sebab ada nampak perubahan pada wajah & dirinya.....

Mula-mula katanya dia tak nak bagi tahu ambil Collagen Shaklee.......atas sebab-sebab tertentu, tapi akhirnya kawan dia yang lain tolong bagitahu pada kawannya yang bertanya tadi...hehe...pecah rahsia.....COLLAGEN POWDER jawapanya









4. Set Laris Musim Raya

Dan set yang paling laris sepanjang musim raya ini adalah Set Diet Shaklee, yang ada konsep bakar, buang dan bina

Omegaguard & lechitin: untuk bantu bakar lemak dan kolestrol
Herb-lax dan alfalfa: untuk bantu buang dan singkirkan kolestrol dan toksin dalam badan
ESP & cinch shake: untuk bantu bina kembali sel badan dan bantu cantikkan kulit




5. Promosi Ogos 2014

Dan GLA Complex masih lagi di promosi sepanjang bulan Ogos ini. Kegunaannya boleh rujuk poster di bawah. Jadi bagi sahabat yang berminat untuk dapatkannya pada harga promosi boleh hubungi kami speerti di bawah. 




Sampai jumpa lagi insya'Allah. Jom kita ke jamuan raya


2 comments:

  1. Semoga berjaya menamatkan PhD dengan jayanya.. All the best ;)

    ReplyDelete

Komen Sahabat