Saturday 30 August 2014

20% Bonus Julai 2014 Untuk Palestin

Alhamdulillah, dengan bisnes online, kita dapat menjana pendapatan sampingan di samping gaji bulanan yang hakiki. Ramai juga yang kami jumpa, mulanya mereka buat bisnes secara 'part time' ataupun sampingan, tetapi lama kelamaan apabila income yang mereka perolehi daripada bisnes melebihi jumpa gaji (makan gaji), mereka pilih untuk fokus 100% kepada bisnes dan 'resign' daripada makan gaji.

Setakat ini alhamdulillah bonus bisnes kami kekal sekitar 4 angka sebulan dengan bisnes ini. Kami juga sama macam orang lain, tidak terlintas untuk bisnes. Hanya beli 'supplement' ini untuk makan sendiri. Lama kelamaan apabila rasa kesannya, kami kongsikan infonya dengan orang lain, dan dengan sendirinya ia jadi bisnes, ataupun istilahnya "berbisnes secara tidak langsung" ataupun secara tanpa sedar.

Alhamdulillah bermula dari sini, kami lebih fokus dan mula sedar bahawa bisnes ini boleh pergi jauh kerana:

1. Produknya bagus, terbukti berkesan. Testimoninya adalah kami sendiri. Set resdung berkesan untuk Luke. Set eszema dan set anak genius berkesan untuk anak-anak. Set kecantikan dan kulit juga berkesan untuk kami. Set kurus juga berkesan untuk rakan kami (kami tak ambil set kurus). Set sendi, lutut dan set kencing manis berkesan untuk ibu kami. Set sendi dan lutut ini juga berkesan untuk ayah rakan kami

2. Sistem bisnes dan pengiraan bonusnya adalah telus dan adil. Kita tahu dari mana 'income' dan bonus kita datang, tanpa rasa ragu-ragu. Secara umumya ianya adalah dari komisyen penjualan produk ini

3. Modal bisnesnya serendah RM65. Ada juga yang bermula tanpa modal ataupun modal serendah RM10

4. Boleh dijalankan secara 'part time', 'online', mahupun 'offline'

5. Medium komunikasi seperti FB dan whatsapp banyak membantu memudahkan pemasaran produk ini.

Alhamdulillah setakat ini kami berpuas hati dengan produk, pelan pemasaran, pelan bisnes, pengiraan bonus, pengurusan, pembayaran bonus, kaedah pembelian dan juga khidmat sokongan daripada syarikat mahupun mentor.

Dan seperti yang kami war-warkan bulan lepas, yang mana 20% daripada bonus bisnes kami ini akan kami salurkan kepada umat Islam di Gaza, Palestin sebagai tanda sokongan kepada saudara kita di sana.

Alhamdulillah 20% tersebut telahpun disalurkan sebentar tadi ke akaun Maybank Islamik Aqsa Syarif (jumpa 20% daripada julah bonus itu biarlah kami rahsiakan. Kan kami dah janji tak kan 'declare' lagi berapa bonus bisnes kami. Kalau tahu jumlah 20% itu, nanti ada yang kira untuk tahu bonus kami bulan lepas...hehe....Jadi better kami 'hide' kan jumlah itu.



Ada banyak pihak yang menguruskan sumbangan kita untuk Palestin dan Gaza ini; antara yang pernah kami berurusan sebelum ini adalah 'Aman Palestin'. Jadi kali ini kami pilih 'Aqsa Syarif' pula untuk kami salurkan bantuan ini.

Moga sumbangan yang tidak seberapa ini dilihat dengan pandangan rahmat oleh Allah, dan moga menjadi pemangkin untuk kita lebih serius dalam bisnes agar lebih banyak sumbangan dapat kita salurkan pada saudara se agama dengan kita di mana sahaja mereka berada.....sama ada dalam bentuk zakat, hadiah, derma mahupun sedekah.

Wallahua'alam dan sampai jumpa lagi insyaAllah
-Lukeman dan Siti Norliza-
0132299319 & 0196515717
Bandar Baru Bangi Selangor
30 Ogos 2014






No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat