Sunday 13 July 2014

MLM Paling Untung

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّ

السلام علبكم ورحمة الله



Alhamdulillah bertemu lagi di alam maya. Semalam kami; Luke dan Liza selamat menghadiri kursus sehari Seminar Quran bersama Ustaz Dr Haji Mohd Shafie Md Amin (UDMSMA) (biodata beliau boleh rujuk di link ini dan ini


Seminar sehari ini bermula jam 8.30 pagi dan berakhir 5 petang di Dewan Muktaman Pusat Islam Kuala Lumpur, bersebelahan dengan Masjid Negara.

Upacara dimulakan dengan penerangan aturcara untuk sehari. Kemudian diikuti dengan borang kaji selidik kedatangan, dan azam dan doa yang bersungguh-sungguh

"Ya Allah, hari ini saya berazam untu hafal 30 juzuk Al Quran"
Lukeman Yusoff dan Siti Norliza Ibrahim
12 Julai 2014 bersamaan 14 Ramadhan 1435

Kemudian UDMSMA menerangkan tentang adab dalam menuntut ilmu antaranya adalah:
1. Bacaan Qa'awuz "Auzubillahiminasyaitonirrojim"
2. Basmalah "Bismillahirrohmanirrohim"
3. Istigfar "Astagfirullahalazim"
4. Apabila rasa sukar dalam menghafal sebutkan "Lahaulawalaquwwataillabillah".
5. Perbanyakan bacaan "Lailahaillallah" dan "Innalillah"

Bacaan dan zikir harian ini juga ada kami kongsikan dalam ebook percuma ini


Kemudian UDMSMA bagi definisi Hafiz / Hafizah iaitu memelihara; seseorang yang berazam bersungguh-sungguh (dengan niat, perkataan dan perbuatan) untuk memahirkan diri dengan Al Quran

Kemudian diterangkan kelebihan dan kepentingan Quran; Baca, Faham, Hafal, Amal dan Sampaikan, cara membina persiapan minda untuk kekuatan diri, memahami bagaimana memori kita berfungsu dan pada sebelah petang diadakan bengkel hafalan Quran dengan demonstrasi oleh anak ke 7 Ustaz yang johan tilawah Quran tahun 2014 ini.

Dibawah ini serba sedikit gambar dan info yang sempat kami ambil untuk rujukan bersama


Liza, Lukeman dan Ustaz Dr Shafie sewaktu program


Dewan Pusat Islam dan Program Seminar Quran ini



Senarai buku yang dijual semasa program



3 set kami beli semalam; 1 untuk kami sekeluarga, 1 untuk kawan se kampung yang sama sekolah dengan kami. Dia kirim melalui whatsapp sahabat di kampung (terima kasih inventor whatsapp memudah dan mempercepatkan urusan pemesan barangan), dan lagi 1 untuk kakak kami di Kelantan juga pesan melalui whatsapp keluarga)




Buku "Kamu Umat Terbaik, You are the best ataupun bahasa arabnya kuntumkhoiroummatun"



Buku YATB yang siap autograf UDMSMA


Di bawah ini adalah antara slide dan nota yang penting untuk perkongsian bersama:



Antara kelebihan hafal Quran daripada hadis Nabi SAW. Juga setiap huruf bacaan Quran akan digandakan sebanyak 10 hingga 700 kali ganda pahala dan pahala bukan sahaja untuk kegunaan di akhirat malah akan dikurniakan secara terus di dunia. Antaranya adalah kehidupan seharian kita akan lebih berkat, dijauhkan daripada musibah dan bencana, dimurahkan rezeki, anak-anak yang sihat, soleh dan solehah. Semua ini adalah menifestasi pahala yang dikurniakan secara terus di dunia. Dan untuk akhirat pahala ini akan disempurnakan pemberiaanNya oleh Allah sebagaimana Firman Allah dalam surah Al Imran ayat 148


فَآتَاهُمُ اللَّهُ ثَوَابَ الدُّنْيَا وَحُسْنَ ثَوَابِ الْآخِرَةِ ۗ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

Oleh itu, Allah memberikan mereka pahala dunia (kemenangan dan nama yang harum), dan pahala akhirat yang sebaik-baiknya (nikmat Syurga yang tidak ada bandingannya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang berbuat kebaikan


8 langkah dan amalan yang perlu kita amalkan



Sikap positif yang perlu ada dalam diri kita dan keluarga dan mereka yang telah berazam untuk hafal QUran


Hafazan Quran perlukan stor ingatan memori jangka panjang agar hafazan lebih lama dan kekal melekat. Setiap ayat perlu diulang sebanyak 60 hingga 200 kali bacaan agar lekat di memori jangka panjang


Majlis sebelah pagi dimulakan dengan bacaan Quran oleh anak ke 12 dan ke 13 UDMSMA


Majlis sebelah petang diserikan dengan bacaan Quran oleh anak ke 7 UDMSMA yang berumur 17 tahun yang juga johan pertandingan hafazan Quran peringkat antarabangsa 2014 (MasyaAllah, tabarakallah) Saya ingatkan peringat kebangsaan, rupanya peringkat antarabangsa


Dan kata UDMSMA lagi inilah perniagaan MLM yang paling banyak untungnya. Setiap huruf bacaan akan dapat 10 pahala hingga ke 700 kali ganda, dan sesiapa yang memulakannya dan mengajak orang lain untuk jadi "downline" nya, maka pahalanya akan berterusan masuk seperti air sungai yang mengalir tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang membacanya.

Subhanallah, sama-sama kita sertai MLM bacaan dan hafazan Quran ini. Semoga ianya menjadi amal jariah yang berkekalan buat kita insyaAllah

No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat