Sunday 6 July 2014

Sedekah dan Pengalaman Peribadi RM100 digantikan RM700

Hayati cerita dibawah untuk pengajaran kita semua. Moga bermanfaat insyaAllah

-----------------------------------------------------------------

Saya seperti kebanyakkan orang yang baru nak naik (maksudnya orang yang belum dianugerahkan nikmat memberi pinjaman kepada Allah tanpa berkira).

Kita sedikit berkira apabila ingin membelanjakan harta terutamanya dalam situasi ekonomi sekarang, dengan anak yang semakin membesar dan juga tanggungjawab yang dipikul kepada keluarga di kampung.

Saya dan anda semua juga selalu baca kisah mereka yang menderma dengan se ikhlas hati, kemudiannya dibayar cash oleh Allah SWT atas perbuatan dan sumbangannya tadi. Jadi di sini saya ingin kongsikan sedikit pengalaman saya sendiri untuk panduan pembaca semua.

Seperti mereka yang lain, biasanya kalau singgah solat di surau atau masjid saya sendiri ataupun saya bagi duit kepada anak-anak untuk dimasukkan dalam tabung surau, tetapi jumlahnya agak terhad. Kadang-kadang RM1, RM5, syiling pun ada juga. RM10, RM20 kadang-kadang. RM50 bila ada program di surau yang mewajibkan kutipan baru saya hulurkan RM50

RM100 seingat saya memang tidak pernah bagi pada surau atas urusan derma biasa. Ada sekali bagi RM500 dulu, itupun sebab taman baru yang kami duduk mewajibkan sumbangan RM500 setiap rumah untuk pembinaan surau kami

Sehinggalah suatu hari saya ingin LIHAT DENGAN MATA KEPALA SAYA SENDIRI macam mana cara pembayaran Allah kepada hambaNya yang menyumbangkan wang untuk agamaNya.

Sewaktu solat zohor, saya melihat peti derma dan saya masih berkira-kira untuk derma sejumlah wang yang besar. Kemudian saya tengok note paling besar yang ada dalam dompet ketika itu.

MasyaAllah RM100 yang ada. Lama fikir. Kalau tak buat sekarang, bila lagi keyakinan saya pada Allah akan meningkat. Bukan nak uji Allah, jauh sekali untuk memungkiri janjiNya. Cumanya kita manusia biasa lebih terkesan apabila seseuatu JANJI ALLAH ITU TERJADI SENDIRI KEPADA KITA

Lama berkira-kira, saya niat "YA ALLAH GANTIKANLAH KEMBALI DUIT YANG AKU DERMAKAN INI DAN TUNJUKKANLAH KEPADAKU RAHMATMU AGAR AKU SENTIASA MEYAKINIMU DAN SENTIASA SENANG HATI UNTUK BANTU AGAMAMU. PULANGKANLAH DUITKU INI DENGAN BERKALI LIPAT GANDANYA"

Dengan niat agar sumbangan itu dilihat dengan pandagan rahmat dan agar digandakan olehNya pulangan, saya nekad untuk bagi RM100 pada tabung masjid itu.


--------------------------
Lama, masa berlalu, dan saya hampir melupai peristiwa itu kerana pada saya jika TIDAK DIPULANGKAN DI DUNIA PASTI PULANGAN ALLAH DI AKHIRAT LEBIH HEBAT DAN LEBIH BAIK

Hinggalah pada suatu hari, iaitu kira-kira sebulan lepas peristiwa itu, 2 orang penyewa rumah saya ingin keluar daripada rumah yang ingin didudukinya itu. Satu rumah teres dengan sewa semasa ketika itu RM900 dan satu lagi penyewa apartment dengan sewa RM1100 (dengan perabut)

Ketika itu saya terfikir macam mana nak naikkan sewa 2 rumah ini. Alhamdulillah akhirnya apartment itu saya bagi sewa bilik, masih dengan perabut yang sama, cuma ditambah dengan 1 mesin basuh. Dari RM1100, sewanya dapat dinaikkan ke RM1500 (dengan perabut dan bayaran bil api air sekali). Anggaran kenaikan RM300 sebulan selepas ditolak bayaran bil api & air.

Kemudian rumah teres lagi satu tu saya masukkan separa perabut juga dan sewanya dari RM900 dapat dinaikkan kepada RM1300 @ pertambahan sebanyak RM4000 sebulan

Campur dengan 2 rumah jumlahnya adalah RM700 sebulan.

Subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar.

Saya terfikir "Adakah inikah balasan daripada janji Allah iaitu setiap sedekah /derma akan digandakan dengan 7 tangkai sebagaimana firmanNya:

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya"

Mungkin Ya mungkin tidak, kerana rahsia Allah tiada siapa yang tahu

Cumanya apa yang pasti saya mendapat pertambahan pendapatan RM700 bulanan daripada peristiwa ini. Mungkin ada yang kata iainya berlaku secara kebetulan, tapi saya yakin dan percaya TIADA PERKARA YANG BERLAKU SECARA KEBETULAN. Semuanya berlaku dengan izin dan rahmat dari Allah

Moga sedikit pengalaman ini boleh dijadikan pengalaman dan pengajaran kepada kita semua agar dapat memperbanyakkan amalan terutamanya di bulan puasa yang mulia ini.

Kalaupun derma dan hadiah yang kita bagi itu tidak dibayar cash di dunia percayalah yang ianya akan digantikan oleh Allah dengan balasan yang berlipat kali gandanya di akhirat kelak insyaAllah

-Hamba Allah-


-------------------------------------------------------------------


Sekian perkongsian yang kami terima daripada seseorang untuk panduan dan rujukan kita semua. Niatkan semua amalan dan sedekah jariah kita adalah semata-mata kerana Allah.

Kalaupun tidak dipulangkan secara cash di dunia, ganjaran dariNya di akhirat pasti lebih baik, lebih mahal dan lebih besar ganjaranNya insyaAllah


Lukeman Yusoff dan Siti Norliza Ibrahim
Bandar Baru Bangi
Ahad 6 Julai 2014M | 8 Ramadhan 1435H 

No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat