Monday 21 July 2014

Puasa, Quran, Lailatulqadar dan Haji

1. Puasa, Quran, Lailatulqadar

Alhamdulillah sekarang telahpun 23 Ramadhan, semoga kita semua sempat sampai ke penghujung Ramadhan dan diberikan peluang untuk berjumpa dengan malam al qadar. Malam yang lebih baik daripada 1000 bulan, insyaAllah



Untuk 6-7 hari Ramadhan yang masih berbaki ini jom sama-sama kita lipatgandakan amalan, antara yang mudah dan boleh kita sama-sama buat bersama suami / isteri dan anak-anak adalah:

1. Bawa wang setiap kali ke surau untuk solat magrib, isya dan terawih walaupun hanya RM1 untuk didermakan ke dalam tabung surau. RM1 nampak kecil, tapi kalau berkebetulan dengan lailatul qadar bukankah ianya melebihi RM1 x 1000 bulan x 30 hari = RM30 000. 

Banyak bukan kalau kita tukarkan kepada bentuk wang ringgit. Namun wang ringgit / RM ini hanya bernilai di bumi Malaysia, tetapi pahala bernilai di dunia dan juga di akhirat sepertimana firmannya dalam surah Al Imran ayat 148

Oleh itu, Allah memberikan mereka pahala dunia (kemenangan dan nama yang harum), dan pahala akhirat yang sebaik-baiknya (nikmat Syurga yang tidak ada bandingannya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang berbuat kebaikan.




2. Hulurkan bantuan sebanyak-banyaknya juga untuk ibubapa, keluarga, anak yatim, orang miskin dan juga saudara-saudara se Islam kita terutamanya mereka yang ditindas seperti di Gaza, Syiria dan juga jiran kita di Selatan Thailand, Kemboja mahupun Indonesia.

Banyak agensi yang dipercayai yang boleh salurkan bantuan kita ini antaranya adalah Aman Palestin. (klik di sini untuk terus ke link FB mereka)  ataupun Aqsa Syarif

Bagi yang ingin salurkan bantuan kepada umat Islam di Kemboja, insyaAllah Ustaz Fadzli, ahli kariah taman perumahan kami akan ke Kemboja selepas raya ini. Derma dan sumbangan kepada umat Islam di sana amat diperlukan. Kehidupan masyarakat di Kemboja amat menyedihkan dengan kemudahan asas pun tidak cukup.

Ustaz Fadzli dan rombongannya telah beberapa kali ke Kemboja dan penduduk Islam Kemboja amat mengharapkan bantuan kita semua. Kita nak ke Gaza, Syiria sukar untuk dilepaskan bercuti oleh majikan. Jadi bagi sesiapa yang nak ikut serta ke Kemboja bagi salurkan bantuan ke sana boleh juga hubungi Ustaz Fadzli di talian 019-4054 342.

Bagi yang ingin salurkan bantuan wang ringgit boleh salurkan terus ke akaun bank Ustaz 1582 1161 7289 Mohd Fadzli Ismail dan nyatakan untuk bantuan / sumbangan ke Kemboja. Banyak program Kemboja yang telah dan berjaya dilakukan sebelum ini di Kemboja oleh Ustaz Fadzli dan timnya antaranya adalah pembinaan telaga/perigi wakaf, pemberiaan sumbangan Quran wakaf dan banyak lagi. )Bagi penduduk sekitar masjid GMI, UKM, Taman Universiti mungkin sudah biasa dengar dengan projek bantuan ini)

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: "Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).2:215


Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.2:261




3. Quran. Seboleh-bolehnya baca, hafal, faham dan amalkan al Quran walaupun hanya 1 ayat sehari. Dan sama-sama kita mohon pada Allah agar kita dan keluarga dipilih oleh Allah untuk jadi ahli keluargaNya (hadis riwayat Ibnu Majjah)

Para penghafaz al-Quran merupakan orang yang dimuliakan oleh Allah S.W.T .Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : “Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia”. Lalu mereka bertanya : “Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W?” Jawab baginda : “Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah)  dan orang-orang pilihannya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Kelebihan lain penghafaz Quran boleh rujuk di sini


3. Solat: Usahakan agar dapat solat berjemaah untuk kelima-lima waktu terutamanya solat subuh berjemaah, dan juga solat-solat sunat; solat sunat fajar (sebelum subuh), tahajjud, terawih, witir, taubat, hajat, dhuha, qabliah dan ba'diah



2. Haji


Tahniah bagi yang dah dapat pengesahan akan menunaikan haji tahun ini. bagi yang belum dapat keputusan sama-sama kita berdoa agar dipilih oleh Allah insyaAllah. Jika bukan tahun ini, insyaAllah moga terpilih tahun depan dan seterusnya.

Kawasan sekitar Masjidil Haram tengah dalam proses baikpulih semasa kami ke sana hujung Januari 2014 lepas, dan kami difahamkan yang projek pembesaran kawasan masjid ini mengambil masa selama 3-5 tahun untuk disiapkan sepenuhnya. Jadi sepanjang tempuh pembinaan ini, kuato jemaah haji akan dikurangkan.

Selepas siap sepenuhnya insyAllah kuota jemaah haji ini akan ditingkatkan kembali malah akan melebihi daripada kuota sebelum ini sesuai dengan kapasiti baru yang bakal boleh ditampung dengan pembesaran kawasan masjid ini.

Sama-sama kita doakan agar suatu hari nanti kita akan dijemput untuk menjadi tetamu Haji Nya insyaAllah

Perkongsian kami ketika menunaikan umrah boleh dibaca di sini 

Persiapan asas sebelum ke Mekah dan Madinah boleh baca perkongsian kami di sini

Vitamin dan ubatan untuk kekal sihat dan cerdas di sana boleh baca perkongsian kami di sini

Dan untuk proses rayuan (bagi persediaan rajuan tahun depan) boleh baca di sini



Perbanyakkan doa moga Allah permudahkan urusan kita semua untuk menunaikan rukun Islam yang kelima ini. Moga kita semua dikurniakan haji yang mabrur insyaAllah

Di sana untuk kesihatan dan kecerdasan, banyakkan minum air zam-zam yang disediakan disepanjang Masjidil Nabawi dan Masjidil Haram sepertimana sabda Nabi SAW:

“Air yang paling baik dipermukaan bumi adalah air zam-zam. Ia mengandungi makanan bergizi dan menyembuhkan penyakit” HR At Tabarani

“Air zam-zam sesuai dengan tujuan orang yang meminumnya” HR Ibnu Majah; 3062

“Demam adalah merupakan angin panas daripada neraka Jahannam, maka dinginkanlah ia dengan air zam-zam"



Jangan lupa baca “Bismillah” dan selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, dan minum dengan mengadap arah kiblat / Kaabah, dan minum sehingga kenyang

“Tanda yang membezakan antara kita dengan orang-orang munafik adalah mereka tidak minum air zam-zam sampai kenyang” HR Albaihaqi




Makanan tambahan ataupun vitamin yang dibawa bersama juga boleh diminum bersama dengan air zam-zam ini. Antara yang dicadang untuk dibawa bersama ke sana adalah:

(1) Vitamin B Complex dan Vitalea: Diambil sebiji pada waktu pagi dan petang, bagi membantu memberikan tenaga dan meningkatkan kecergasan fizikal

(2) Omega guard: Memberi perlindungan pada fungsi jantung

(3) Ostematrik: Diambil sebelum tidur untuk keperluan kalsium tulang dan gigi. Kita banyak berjalan di Mekah dan Madinah. Jadi keperluan tulang perlu di jaga

(4) Alfalfa: Untuk membantu penghadaman dan membuang toksin dalam badan.

(5) Vitamin C: membantu sistem imunisasi dan kesihatan kulit. Cuaca di sana agak panas dan kering. Jadi vitamin C boleh membantu

(6) Nutfireron: Hanya di ambil bila perlu. Membantu sistem imun bagi mengegah penyakit

(7) AJHT: Untuk kesihatan sendi dan tulang

(8) Vivix: Dirumus khas untuk kesihatan menyeluruh. Bagi mereka yang sukar untuk telan tablet, cukup dengan bawa 1 botol vivix ini. InsyaAllah moga kesihatan kita dipelihara olehNya dan moga dapat haji yang mabrur.

Jangan lupa untuk doakan umat Islam di Gaza, Palestin, Syria, Kemboja, Selatan Thailand dan seluruh dunia agar diberikan keteguhan iman, dan doakan kami semua agar juga dapat mengikut jejak langkah kalian suatu hari nanti insyaAllah



Wallahua'lam
Wassalam

Dapatkan konsultansi kesihatan terbaik dan harga Shaklee teristimewa daripada kami













Dan istimewa bulan Julai 2014 ini sahaja Vivix ditawarkan pada harga yang sangat istimewa, dan pembelian 2 botol Vivix Shaklee akan dapat FREEMEMBERSHIP dan BONUS sebanyak sekitar RM30
Read more ...

Sunday 13 July 2014

MLM Paling Untung

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّ

السلام علبكم ورحمة الله



Alhamdulillah bertemu lagi di alam maya. Semalam kami; Luke dan Liza selamat menghadiri kursus sehari Seminar Quran bersama Ustaz Dr Haji Mohd Shafie Md Amin (UDMSMA) (biodata beliau boleh rujuk di link ini dan ini


Seminar sehari ini bermula jam 8.30 pagi dan berakhir 5 petang di Dewan Muktaman Pusat Islam Kuala Lumpur, bersebelahan dengan Masjid Negara.

Upacara dimulakan dengan penerangan aturcara untuk sehari. Kemudian diikuti dengan borang kaji selidik kedatangan, dan azam dan doa yang bersungguh-sungguh

"Ya Allah, hari ini saya berazam untu hafal 30 juzuk Al Quran"
Lukeman Yusoff dan Siti Norliza Ibrahim
12 Julai 2014 bersamaan 14 Ramadhan 1435

Kemudian UDMSMA menerangkan tentang adab dalam menuntut ilmu antaranya adalah:
1. Bacaan Qa'awuz "Auzubillahiminasyaitonirrojim"
2. Basmalah "Bismillahirrohmanirrohim"
3. Istigfar "Astagfirullahalazim"
4. Apabila rasa sukar dalam menghafal sebutkan "Lahaulawalaquwwataillabillah".
5. Perbanyakan bacaan "Lailahaillallah" dan "Innalillah"

Bacaan dan zikir harian ini juga ada kami kongsikan dalam ebook percuma ini


Kemudian UDMSMA bagi definisi Hafiz / Hafizah iaitu memelihara; seseorang yang berazam bersungguh-sungguh (dengan niat, perkataan dan perbuatan) untuk memahirkan diri dengan Al Quran

Kemudian diterangkan kelebihan dan kepentingan Quran; Baca, Faham, Hafal, Amal dan Sampaikan, cara membina persiapan minda untuk kekuatan diri, memahami bagaimana memori kita berfungsu dan pada sebelah petang diadakan bengkel hafalan Quran dengan demonstrasi oleh anak ke 7 Ustaz yang johan tilawah Quran tahun 2014 ini.

Dibawah ini serba sedikit gambar dan info yang sempat kami ambil untuk rujukan bersama


Liza, Lukeman dan Ustaz Dr Shafie sewaktu program


Dewan Pusat Islam dan Program Seminar Quran ini



Senarai buku yang dijual semasa program



3 set kami beli semalam; 1 untuk kami sekeluarga, 1 untuk kawan se kampung yang sama sekolah dengan kami. Dia kirim melalui whatsapp sahabat di kampung (terima kasih inventor whatsapp memudah dan mempercepatkan urusan pemesan barangan), dan lagi 1 untuk kakak kami di Kelantan juga pesan melalui whatsapp keluarga)




Buku "Kamu Umat Terbaik, You are the best ataupun bahasa arabnya kuntumkhoiroummatun"



Buku YATB yang siap autograf UDMSMA


Di bawah ini adalah antara slide dan nota yang penting untuk perkongsian bersama:



Antara kelebihan hafal Quran daripada hadis Nabi SAW. Juga setiap huruf bacaan Quran akan digandakan sebanyak 10 hingga 700 kali ganda pahala dan pahala bukan sahaja untuk kegunaan di akhirat malah akan dikurniakan secara terus di dunia. Antaranya adalah kehidupan seharian kita akan lebih berkat, dijauhkan daripada musibah dan bencana, dimurahkan rezeki, anak-anak yang sihat, soleh dan solehah. Semua ini adalah menifestasi pahala yang dikurniakan secara terus di dunia. Dan untuk akhirat pahala ini akan disempurnakan pemberiaanNya oleh Allah sebagaimana Firman Allah dalam surah Al Imran ayat 148


فَآتَاهُمُ اللَّهُ ثَوَابَ الدُّنْيَا وَحُسْنَ ثَوَابِ الْآخِرَةِ ۗ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

Oleh itu, Allah memberikan mereka pahala dunia (kemenangan dan nama yang harum), dan pahala akhirat yang sebaik-baiknya (nikmat Syurga yang tidak ada bandingannya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang berbuat kebaikan


8 langkah dan amalan yang perlu kita amalkan



Sikap positif yang perlu ada dalam diri kita dan keluarga dan mereka yang telah berazam untuk hafal QUran


Hafazan Quran perlukan stor ingatan memori jangka panjang agar hafazan lebih lama dan kekal melekat. Setiap ayat perlu diulang sebanyak 60 hingga 200 kali bacaan agar lekat di memori jangka panjang


Majlis sebelah pagi dimulakan dengan bacaan Quran oleh anak ke 12 dan ke 13 UDMSMA


Majlis sebelah petang diserikan dengan bacaan Quran oleh anak ke 7 UDMSMA yang berumur 17 tahun yang juga johan pertandingan hafazan Quran peringkat antarabangsa 2014 (MasyaAllah, tabarakallah) Saya ingatkan peringat kebangsaan, rupanya peringkat antarabangsa


Dan kata UDMSMA lagi inilah perniagaan MLM yang paling banyak untungnya. Setiap huruf bacaan akan dapat 10 pahala hingga ke 700 kali ganda, dan sesiapa yang memulakannya dan mengajak orang lain untuk jadi "downline" nya, maka pahalanya akan berterusan masuk seperti air sungai yang mengalir tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang membacanya.

Subhanallah, sama-sama kita sertai MLM bacaan dan hafazan Quran ini. Semoga ianya menjadi amal jariah yang berkekalan buat kita insyaAllah
Read more ...

Wednesday 9 July 2014

IMKK, Kad Bisnes, Hari Lahir, Ramadhan, Promisi Vivix dan ebook 2

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

السلام علبكم ورحمة الله


IMKK

Alhamdulillah bersua lagi di alam blogger. Alhamdulillah, Luke dan Liza selamat menghadiri program 4 hari kursus Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan anjuran RichWorks International Sdn Bhd kelolaan Dr Azizan Osman (DAO) pada 12-15 Jun 2014 lepas. Entrinya ada di sini dan sini

Alhamdulillah banyak ilmu yang kami perolehi daripada program 4 hari ini. Bermula pada jam 8 pagi dan tamat hingga jam 12 tengah malam. Kebanyakkan peserta bersemanagat untuk sedut ilmu daripada DAO termasuklah kami berdua.

Antara point yang boleh kami kongsikan adalah:
1. 101 matlamat hidup
2. Magnet wang
3. Kolam jiwa
4. Perkongsian daripada mereka yang telah berjaya di "Hot Seat" yang menampilkan mereka yang sebelum ini biasa-biasa tetapi sekarang alhamdulillah pendapatan melebihi RM20 000 sebulan

Dan banyak lagi ilmu dan perkongsian oleh DAO dan timnya.

Nak tahu lebih lanjut dapatkan tiket jadual kursus terkini DAO. InsyaAllah kami akan datang ke kursus ke dua DAO yang bertajuk MMM (millionaire marketing mastery). Sebelum ini kursus ini dikenali sebagai AMP (advanced marketing power). Jadual asalnya adalah pada 30 Ogos 2014 ini, selepas raya. Namun kami baru terima sms yang menyatakan yang ianya di tunda ke 12-14 September 2014 di Menara PGRM KL




KAD BISNES

Balik dari IMKK ada beberapa perancangan yang kami rangkakan untuk kembangkan lagi bisnes dan network kami ini. Antara yang kami dah lakukan adalah "kad bisnes".

Alhamdulillah kad bisnes kami dah siap minggu lepas. Design kadnya adalah seperti dibawah

Muka hadapan: SID, dan info-info penting

Bahagian belakang: Khidmat perundingan percuma dan apa yang Shaklee tawarkan


10 kotak ataupun 1000 keping pada harga RM45, dan upah design RM10. Memang sangan berbaloi dengan kualiti kad yang boleh tahan bagus

Kad bisnes dan pamplet Shaklee dimasukkan dalam sampul pos laju bersama barangan vitamin semulajadi Shaklee untuk kenalan dan pelanggan


Tambahan kad bisnes dari mula kerja dulu tahun 2001 di Matco, 2004 di SPM, 2004 hingga sekarang di UniKL dengan tambahan Shaklee Independent Distributor bagi membantu memudahkan pembelian dan penghantaran vitamin semulajadi Shaklee kepada rakan dan kenalan


Kad bisnes, pamplet dan vitamin semulajadi Shaklee sedia untuk diposkan kepada pelanggan


Kenalan yang design dan hasilkan kad bisnes ini kami jumpa masa di IMKK lepas, duduk di sebelah seat Luke. Orangnya baik dan tekun semasa menuntut ilmu. Jika tuan puan perlukan khidmat untuk buat kad bisnes boleh kontak dia En Muhammad Ismail 0195549151 0388610947. Alhamdulillah servisnya memuaskan


HARI LAHIR

Hari ini sudahpun 9 Julai 2014 bersamaan 11 Ramadhan 1435. 5 Ramdhan lepas genap umur Luke 35 tahun berdasarkan kiraan kalendar Hijrah :) Ikut kalendar Masihi 29 Julai 2014 ini baru masuk 35 tahun. Ikut kalendar masihi muda setahun

Apapun umur hanyalah pada angka. Yang penting adakah amal kita seiring dengan pertambahan usia. 

"Beruntunglah mereka yang hari ini lebih baik daripada semalam, terpedayalah mereka yang hari ini sama seprti semalam dan celakalah mereka yang hari ini lebih buruk daripada semalam"


29 Julai 1979 bersamaan 5 Ramadhan 1399 hari Ahad. Telefon bonda pada pagi 5 Ramdhan lepas untuk ucapkan terima kasih atas segalanya :)


Apapun semoga pertambahan usia Luke ini akan lebih mematangkan kehidupan kami sekeluarga dan moga lebih banyak manfaat yang kami dapat salurkan kepada agama dan umat ini insyaAllah


RAMADHAN 1435H / 2014M

Ramadhan kali ini agak berlainan daripada Ramadhan lepas-lepas.

Pertamanya kerana surau di taman perumahan kami telahpun dilengkapi dengan 5 biji air cond. Alhamdulillah solat terawih lebih nyaman dan dingin dalam suasana yang dingin

Imam terawih masih lagi daripada tahfiz. Pelajar UKM. Luke diamanahkan untuk jadi bilal terawih. Gilir-gilir dengan ahli kariah lain.

Selepas solat terawih 8 rakaat, kami akan adakan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz ahli kariah taman kami. Setiap hari ustaz berlainan yang akan berikan tazkiran dan bilal juga berlainan yang akan membantu imam berselawat kepada Rasulullah SAW setiap kali selepas solat sunat terawih 2 rakaat.

2-3 malam pertama, 5 anak kami bawakan ke surau termasuk 2 yang kecil ini.

2 si kecil pencetus ceria :)


Makan buah koko hasil kebun di Bangi :) Ambil benih koko dari kampung ni



3 beradik bersama kawannya


Masuk malam keempat bibik kata dia nak solat dirumah sambil jagakan si kecil ini. Sebabnya si kecil ini biasanya jam 9-10 malam sudah tidur. Jadi bila ke surau dia akan merengek sebab mengantuk.

Mula-mula menangis juga dia sebab ditinggalkan, tapi sebelum kami berangkat ke surau dengan 3 lagi anak yang besar, bibik akan bawa masuk 2 si kecil ini ke dalam bilik :) Selamat

Tunggu besar sikit lagi nanti boleh ikut ya insyaAllah


SET PUASA DAN SAHUR SHAKLEE

Set puasa dan sahur Shaklee yang terus menjadi tumpuan adalah ESP, mealshakes dan cinch untuk bekalan protein dan tenaga berpanjang. 

Energy tea mix dan performance drink juga untuk tenaga dengan rasa yang berlainan. Energy tea mix adalah teh dan performance drink berperisa oren untuk membantu badan kekal terhidrat



ESP, cinch, PD, MS dan energy tea



cinch perasa coklat dan cafe latte


energy tea

campuran ESP & cinch coklat


PD ais, memang menyegarkan alhamdulillah


Zakat fitrah 1435 / 2014 juga telah selamat dibayar di kaunter zakat fitrah Masjid UKM :). Jom bersegera tunaikan kewajipan :). Nanti nak tukar duit raya lagi nak bersiap balik kampung dan cuti lagi. Jadi mana-mana yang boleh disegera kita segerakan.




PROMOSI VIVIX JULAI 2014

Bulan Julai 2014 ini juga bulan istimewa apabila Shaklee Malaysia mengumumkan Vivix sebagai produk promosinya sepanjang bulan ini dengan beli 6 percuma 1 untuk ahli Shaklee sahaja. Ini adalah salah satu kelebihan ahli Shaklee. 

Kelebihan lain ahli Shaklee boleh rujuk di sini

Promosi beli 6 percuma 1 Vivix Shaklee untuk sepanjang bulan Julai 2014



Banyak manfaat Vivix ini antara yang paling mashur adalah untuk membantu sel-sel badan dalam membantu memberikan TENAGA, MEMBAIKPULIH, MEMPERTAHAN dan MENINGKATKAN KUALITI SEL ketahap yang optimum.

Ini secara tidak langsung akan melambatkan proses penuaan dan membantu meremajakan kulit kita. Disamping itu vivix juga penting dalam membantu membaikpulih sel-sel yang rosak disebabkan oleh radiasi, pengoksidaaan, kesan asap rokok, kesan kencing manis, darah tinggi, lemah jantung dan juga kesan kanser


Antara manfaat Vivix untuk kesihatan


Cara minum Vivix untuk pelanggan Luke dan Liza. Semoga dapat membantu beliau meningkatkan kualiti kesihatannya insyaAllah


Set pertama promosi Vivix dah sampai. Selamat diagihkan buat pelanggan dan kenalan yang memerlukannya. Ramai yang ambil ambil kesempatan untuk dapatkan vivix pada harga promosi ini. Jom manfaat peluang ini


Set kesihatan keluarga dengan keahlian Shaklee percuma. Pilihan bijak. Jimat RM65 kos ahli dan RM25 lagi bonus akan Shaklee bayar ke dalam akaun bank kita


Set pertama ini ada sikit lagi stok dengan kami bagi yang perlukannya. InsyaAllah harga istimewa dengan keahlian percuma dan bonus RM25 ditawarkan oleh Shaklee bagi pembelian 2 botol vivix ataupun pembelian seperti di atas


EBOOK 2

Alhamdulillah bulan ini juga kami berjaya siapkan ebook kedua kami yang bertajuk "Selepas Jadi Ahli Shaklee, Apa Langkah Seterusnya?"

Ebook ini disusun khusus untuk ahli Shaklee dibawah rangkaian kami dan ianya lebih menjurus kepada ilmu teknikal dan tektikal dalam bisnes selepas kita jadi ahli Shaklee. Juga ada disediakan penerangan ringkas tentang sistem online Shaklee; cara untuk order barang, daftar keahlian baru secara online, semak bonus, semak UV dan banyak lagi.

Di dalam ebook ini juga kami sertakan CHECK LIST AMALAN KEROHANIAN / AMALAN MAGIC untuk tingkatkan kekuatan dalaman diri, tingkatkan keyakinan dan magnet diri, dan juga membantu mengeratkan hubungan kita dengan Allah dan juga sesama insan insyaAllah. 

Ini bagi membetulkan jalan bisnes agar tidak lari daripada matlamat asal untuk mencapai redha Allah dunia dan akhirat, agar berjaya bukan saja di dunia malahan diakhirat kelak juga insyaAllah

Front page dan antara isi kandungannya adalah berkaitan dengan sistem online Shaklee


InsyaAllah sampai ke temu lagi di lain waktu. Selamat melipatgandakan amalan di 10 hari pertengahan Ramadan ini. Semoga Ramadhan memberikan kita kelebihan dan kebaikan dunia dan akhirat insyaAllah

Hubungi kami di talian telefon dan email dibawah jika ada sebarang kemuskilan, pertanyaan berkenaan produk kesihatan semulajadi Shaklee ini. Bagi yang bercita-cita nak tambah pendapatan bulanan, nak beli set promosi vivix mahupun produk lain juga sangat dialu-alukan. 

InsyaAllah, moga kita semua kaya dan berjaya dunia dan akhirat. 

Salam sayang daripada,
Lukeman Yusoff dan Siti Norliza Ibrahim
Bandar Baru Bangi Selangor

 

Read more ...

Sunday 6 July 2014

Sedekah dan Pengalaman Peribadi RM100 digantikan RM700

Hayati cerita dibawah untuk pengajaran kita semua. Moga bermanfaat insyaAllah

-----------------------------------------------------------------

Saya seperti kebanyakkan orang yang baru nak naik (maksudnya orang yang belum dianugerahkan nikmat memberi pinjaman kepada Allah tanpa berkira).

Kita sedikit berkira apabila ingin membelanjakan harta terutamanya dalam situasi ekonomi sekarang, dengan anak yang semakin membesar dan juga tanggungjawab yang dipikul kepada keluarga di kampung.

Saya dan anda semua juga selalu baca kisah mereka yang menderma dengan se ikhlas hati, kemudiannya dibayar cash oleh Allah SWT atas perbuatan dan sumbangannya tadi. Jadi di sini saya ingin kongsikan sedikit pengalaman saya sendiri untuk panduan pembaca semua.

Seperti mereka yang lain, biasanya kalau singgah solat di surau atau masjid saya sendiri ataupun saya bagi duit kepada anak-anak untuk dimasukkan dalam tabung surau, tetapi jumlahnya agak terhad. Kadang-kadang RM1, RM5, syiling pun ada juga. RM10, RM20 kadang-kadang. RM50 bila ada program di surau yang mewajibkan kutipan baru saya hulurkan RM50

RM100 seingat saya memang tidak pernah bagi pada surau atas urusan derma biasa. Ada sekali bagi RM500 dulu, itupun sebab taman baru yang kami duduk mewajibkan sumbangan RM500 setiap rumah untuk pembinaan surau kami

Sehinggalah suatu hari saya ingin LIHAT DENGAN MATA KEPALA SAYA SENDIRI macam mana cara pembayaran Allah kepada hambaNya yang menyumbangkan wang untuk agamaNya.

Sewaktu solat zohor, saya melihat peti derma dan saya masih berkira-kira untuk derma sejumlah wang yang besar. Kemudian saya tengok note paling besar yang ada dalam dompet ketika itu.

MasyaAllah RM100 yang ada. Lama fikir. Kalau tak buat sekarang, bila lagi keyakinan saya pada Allah akan meningkat. Bukan nak uji Allah, jauh sekali untuk memungkiri janjiNya. Cumanya kita manusia biasa lebih terkesan apabila seseuatu JANJI ALLAH ITU TERJADI SENDIRI KEPADA KITA

Lama berkira-kira, saya niat "YA ALLAH GANTIKANLAH KEMBALI DUIT YANG AKU DERMAKAN INI DAN TUNJUKKANLAH KEPADAKU RAHMATMU AGAR AKU SENTIASA MEYAKINIMU DAN SENTIASA SENANG HATI UNTUK BANTU AGAMAMU. PULANGKANLAH DUITKU INI DENGAN BERKALI LIPAT GANDANYA"

Dengan niat agar sumbangan itu dilihat dengan pandagan rahmat dan agar digandakan olehNya pulangan, saya nekad untuk bagi RM100 pada tabung masjid itu.


--------------------------
Lama, masa berlalu, dan saya hampir melupai peristiwa itu kerana pada saya jika TIDAK DIPULANGKAN DI DUNIA PASTI PULANGAN ALLAH DI AKHIRAT LEBIH HEBAT DAN LEBIH BAIK

Hinggalah pada suatu hari, iaitu kira-kira sebulan lepas peristiwa itu, 2 orang penyewa rumah saya ingin keluar daripada rumah yang ingin didudukinya itu. Satu rumah teres dengan sewa semasa ketika itu RM900 dan satu lagi penyewa apartment dengan sewa RM1100 (dengan perabut)

Ketika itu saya terfikir macam mana nak naikkan sewa 2 rumah ini. Alhamdulillah akhirnya apartment itu saya bagi sewa bilik, masih dengan perabut yang sama, cuma ditambah dengan 1 mesin basuh. Dari RM1100, sewanya dapat dinaikkan ke RM1500 (dengan perabut dan bayaran bil api air sekali). Anggaran kenaikan RM300 sebulan selepas ditolak bayaran bil api & air.

Kemudian rumah teres lagi satu tu saya masukkan separa perabut juga dan sewanya dari RM900 dapat dinaikkan kepada RM1300 @ pertambahan sebanyak RM4000 sebulan

Campur dengan 2 rumah jumlahnya adalah RM700 sebulan.

Subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar.

Saya terfikir "Adakah inikah balasan daripada janji Allah iaitu setiap sedekah /derma akan digandakan dengan 7 tangkai sebagaimana firmanNya:

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya"

Mungkin Ya mungkin tidak, kerana rahsia Allah tiada siapa yang tahu

Cumanya apa yang pasti saya mendapat pertambahan pendapatan RM700 bulanan daripada peristiwa ini. Mungkin ada yang kata iainya berlaku secara kebetulan, tapi saya yakin dan percaya TIADA PERKARA YANG BERLAKU SECARA KEBETULAN. Semuanya berlaku dengan izin dan rahmat dari Allah

Moga sedikit pengalaman ini boleh dijadikan pengalaman dan pengajaran kepada kita semua agar dapat memperbanyakkan amalan terutamanya di bulan puasa yang mulia ini.

Kalaupun derma dan hadiah yang kita bagi itu tidak dibayar cash di dunia percayalah yang ianya akan digantikan oleh Allah dengan balasan yang berlipat kali gandanya di akhirat kelak insyaAllah

-Hamba Allah-


-------------------------------------------------------------------


Sekian perkongsian yang kami terima daripada seseorang untuk panduan dan rujukan kita semua. Niatkan semua amalan dan sedekah jariah kita adalah semata-mata kerana Allah.

Kalaupun tidak dipulangkan secara cash di dunia, ganjaran dariNya di akhirat pasti lebih baik, lebih mahal dan lebih besar ganjaranNya insyaAllah


Lukeman Yusoff dan Siti Norliza Ibrahim
Bandar Baru Bangi
Ahad 6 Julai 2014M | 8 Ramadhan 1435H 
Read more ...

Tuesday 1 July 2014

Kisah Teladan: Lelaki Tua Berkain Pelikat Yang Kaya, Berjaya dan Bahagia Dunia Akhirat InsyaAllah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
    اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
السلام علبكم ورحمة الله




Saya jumpa dan baca kisah ini di FB Dato Roslan Abd Hamid. Sama-sama kita ambil pedoman dan iktibar, bagaimana kehidupan di usia emas yang kita mahukan. Hidup ini adalah pilihan. Jom sama-sama kita pilih untuk berjaya, kaya dan bahagia dunia dan akhirat insyaAllah. 

Kekayaan yang sebenar bukannya letak pada harta tetapi pada jiwa (budi dan akhlak).


"Dunia ini tidak lebih dari sayap nyamuk sahaja. Usah letak dunia di hati. Tetapi berusahalah supaya dunia dalam genggaman tangan kita" -pakcik kaya


Kejar akhirat insyaAllah dunia akan mengejar kita.

Kami highlight kan untuk memudahkan rujukan semua. Moga bermanfaat dan terima kasih atas perkongsian dato Roslan Abdul Hamid. InsyaAllah ada rezeki kita jumpa lagi di Hot Seat DAO ;)

Jom layan

Lukeman Yusoff dan Siti Norliza Ibrahim
0132299319 / 0196515717
Bandar Baru Bangi Selangor

_________________________________________


LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT SIRI SATU.


Saya jumpa lelaki tua ini. Selalu lepas Asar dia iktikaf di Masjid. Baca al Quran. Umur 70an. Duduk rumah dekat masjid. Rumah agam besar dan menarik.

Hartanya disana sini, bangunan komesil tengah bandar. Milikan rm35 juta.
Pendapatan pasif kutip sewa rm70k sebulan. Belanja rm20k. rm50k sedekah dan infaq.

Dia tenang bersendirian meladeni anak cucu. Saya mahu ambil gambar. Dia menolak. katanya malu. Saya minta formula. Dia berikan 15. Saya catat dan mahu kongsikan.
Bolehkah saya kongsikan?

1. Pertama, dia kata muliakan ibu bapa. Doa ibubapa adalah segala galanya. Ia tiada hijab terus termakbul. Raikan ibubapa. jaga mereka sepanjang usia. Doakan mereka apabila telah tiada.

2. Jaga masa. Ia datang dan berakhir. Urus masa antara 5 waktu solat. Atur kerja dengan sebaik cara. Pada setiap waktu ada perkara yang kita mulakan. Ada di masjid sebelum azan. masuk waktu terus solat. Selepas solat bertebaran berusaha cari rezeki.

3. Berdoa dengan khusyuk. Serah pada Allah. Tawakal. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

4. Namun begitu kena usaha. Usaha pagi petang siang malam. Usaha sungguh sungguh. Usaha bermula dengan pasang niat. Lepas itu buat buat buat. Sampai dapat. Tidak dapat, usaha lain pula. Masa buat baca al Quran.

Maka dia pun nasihatkan saya,

“Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.

Rasulullah SAW pernah bertanya “Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah UmarAl Khattab r.a telah mengatakan adalah mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.

Ali Abi Talib r.a pun membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Apabila membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.

Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”
Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas. Kadang kadang sampai 1000 kali sehari. Dan tiap lepas asar masa dia iktikaf dan baca Al Quran.

5. Jaga Kesihatan. Jaga kesihatan. jaga kesihatan. Banyak berjalan kakiBanyak. minum air masak atau air mineral. Jaga makanan.


LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT SIRI DUA.

Kata leaki tua ini lagi:

6. Hidup kena buat target. Ada wawasan. Ikat perut. Usah membazir. Mula dengan makanan. Makanan dan minuman mesti habiskan. Usah lagak orang kaya, padahal kita teman pada syaitan. Sentiasa belanja orang. Makan dikedai kecil. Perhatikan kebersihan kedai. Apabila bersih masuk. Disitu kita temui ramai orang susah. Belanja mereka..

7. Waktu maghrib usah ada atas jalan. Apabila dalam perjalanan berhenti. Cari masjid. Apabila dirumah, tutup pintu rapat rapat. Malam buang sampah sarap. Basuh pinggan mangkuk. Pastikan semua teratur sebelum tidur. Gunakan waktu antara maghrib dan isyak untuk tuntut ilmu agama. Boleh dengar orang mengajar. Boleh juga baca kitab. Lepas Isyak buat kira kira untung rugi. Siapkan bahan dan pakaian untuk kerja esok hari.

8. Usah takut jumpa orang. Walaupun 5 minit mahu berjumpa. Pergi sendiri. Usah pakai posmen apabila depani soal penting. Kita rangkak panjat bangunan. Tunggu. Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan. yang penting sampaikan dengan tangan sendiri. Tenung mata dan baca "ayat ayat pengasih". Hehehe.

9. Balik malam, usah cakap penat. Usah cakap letih. Usah cakap sakit. Apabila sakit senyum.Allah sedang luruhkan dosa. Lepas sakit kita lagi bertenaga. Siapakah dalam dunia yang tidak pernah rasa sakit. Jatuh. dihina. Semua termasuk Rasulullah SAW. Namun, baginda ajar kita maafkan semua orang.

10. Niat mahu kaya. Niat mahu bantu ramai orang. Niat mahu jadi manusia berguna. Niat itu macam tulis surat. Dulu tiada internet, Macam tulis surat la. Salah tulis alamat akan sampai salah tempatlah surat itu. Maka tulis alamat betul betul. Niat mahu kaya, supaya kita dapat bantu ramai lagi orang. Mahu membahagiakan ramai orang.

  
LELAKI TUA DENGAN KAIN PELIKAT SIRI TIGA.

11. Mula berniaga, usah buat pinjaman. Cukup dengan apa yang ada ditangan. Itu masa kita belajar. Berniaga ini seni. Kita sahaja tahu maksud lakaran. Terbakar tangan biasa. Namun, dengan duit sedikit kita tak rasa sangat panasnya. Usah samakan orang dengan kita. Mereka lain tak serupa.

(Kedai mula mula di mulut sahaja.) 

Senyum mesra, mulut manis. Usah sombong. sentiasa tegur dan sapa manusia. Kita berniaga dengan manusia.Berniaga dengan siapa sahaja. Andai kata kita kaki surau. Berniaga dengan orang surau tidak jadikan kita kaya. Berniaga dengan semua orang walaupun dia haprak keparat. Yang penting tunai. Ada duit kita cerita. Ada barang kita jual.


12. Modal kita adalah daya penarik yang pada diri kita. Daya penarik adalah ciri yang ada dalam diri ang buat orang lain rasa senang dengan kita. Cari ilmu tentang produk. Apabila orang tanya jawab dengan lancar dan petah. Jelas. sebut satu demi satu. Usah ragu ragu dan termanggu. Kongsi bukan jual. Ingat sentiasa kongsi dengan semangat membara. Orang jatuh cinta dengan semangat kita.

13. Apa lagi..ahaaa..masa mula niaga biar mendalam dulu. Usah cepat mahu melebar. Fahamkah apa pakcik cakap. Maksudnya biar berjaya satu demi satu.Apabila mula guna modal sendiri, kemudian buat sungguh sungguh sampai berjaya. Lepas dah nampak hasil, mula lebarkan. Masa itu boleh la mahu buat pinjaman. Kita sudah ada ilmu bisnes.

(Cukuplah tu. Masa ni Lelaki Tua Berkain Pelikat sudah mahu berhenti. Saya senyum peluk dia dan kata, "baharu ada 13 anak sungai di syurga. Tambah sampai 20". Saya buat contengan kata dia dalam kepala)

14. Kita kena buat promosi apa jua yang kita bisnes. Produk tak boleh bercakap. Sejak bila pula lah produk boleh bercakap. Orang kena tahu apa yang kita buat. Caranya buka bank emosi dengan setiap pelanggan kita. Pelanggan yang puas hati datang lagi. Datang lagi. Sekarang pun Pak Cik masih buat bisnes sikit sikit. Perumahan. Pak Cik buat lima rumah sekali siap. Siap baharu jual. Pak Cik buat cantik. Jual mahal. Orang beratur mahu beli. Jual barang siap. Usah jual barang dalam laut yang tidak tahu tersangkut pada pukat atau tidak. Tidak berkat begitu.

15. Apabila bisnes sudah maju, usah berlagak. Dahulu Pak Cik suka gunting rambut kedai Nawi. Dia tanya "Bagaimana Pak Cik mahu gunting rambut? Pak Cik jawab , "Dengan senyap senyap tapi cantik". Anak fahamkah apa Pak Cik cakap ni? Jawab saya, "Faham Pak Cik, saya juga gunting rambut disitu sejak umur 15 tahun". Hehehe. Maksudnya usah gosip sana gosip sini, balun orang sana balun orang sini. Usah peduli rambut atas kepala orang lain. Apa yang utama rambut kita tersisir rapi.

Bijak anak ni. Apa nama? Yesss. Dia sudah tanya nama saya. Maknanya saya sudah dapat Mentor Lelaki Tua Berkain Pelikat.
(Bersambung. Saya mahu solat asar dahulu)



LELAKI TUA DENGAN KAIN PELIKAT SIRI EMPAT.

16. Anak..ingat kita hidup sungguh sebentar, macam main bola sahaja. 90 minit tamatlah permainan. Itulah lebih kurang bandingan hidup didunia ini. Kita kejar bola. Cuba jaringkan gol. Apabila sampai tiupan wisel, tahulah keputusan. Apabila malaikat maut datang jemput kita, habislah kita. Ada dunia kekal abadi di sana. Usahlah kita berlagak sombong masa berjalan atas bumi Tuhan ini.
Paku yang nampak tidak rapat ke papan, akan diketuk oleh Tuan Rumah. Itulah perumpamaan hidupan. Rapat ke bumi. Sujud pada Tuhan.

Bacalah surah ar Rahman ayat 46, "Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua syurga"

17. Pak Cik bersyukur sampai ke tahap ini. Pak cik bersyukur. Syukur itu tandanya apabila Pak Cik rasa tak layak terima, namun Allah berikan juga. Pak Cik habiskan masa dalam waktu kecemasan ini dengan memandang yang memberi nikmat bukan pada nikmatnya. Anakku bersyukurlah. Masih punya masa mengatur tapak menjejaki orang hebat dalam agama.
Dunia ini tidak lebih dari sayap nyamuk sahaja. Usah letak dunia di hati. Tetapi berusahalah supaya dunia dalam genggaman tangan kita. Pak Cik pakai kereta besar, bukan untuk apa namun Pak Cik mahu menikmati apa rasa sayap nyamuk itu. Kalau sayap nyamuk itu sudah rasa nikmatnya, bayangkan nikmat di syurga.

18. Anak..Apabila mahu makan nasi, dapatkan beras. Cakap cakap dan sembang sembang tidak hasilkan beras. Rajin usaha. sampai waktu solat. Solat itu tiang agama. Usah terjerat dengan penyakit umat akhir zaman. Mereka cintakan dunia. Takutkan mati. Hakikatnya mati itu pasti. Namun, jangan kerana takutkan mati duduk atas masjid semata mata dan harapkan hidangan turun dari langit.

Tidak boleh begitu. Cuba beri masa untuk semua perkara. Umur macam Pak Cik sekarang, hari hari biasa, 6 jam tidur. 6 jam bekerja. 6 jam duduk atas masjid. 6 jam bersama anak cucu cicit. Anak, ada Pak Cik ingat, Nabi SAW sebut, "Peliharalah lidahmu, luaskan rumahmu dan tangislah dosamu". Cuba anak check siapa perawinya.
(nota: Hadis riwayat at Tirmizi)

19. Anakku kita bukan orang sufi. Mereka lain. Kita orang biasa,
"Apabila kemiskinan datang bertandang mengetuk di pintu, kasih sayang segera terbang keluar ikut jendela. Saat itu sahabat dekat mula menjauh, kesusahan bagaikan banjir besar menghanyutkan segalanya pergi dan ianya hanya kembali apabila kita kaya semula"

Rajinlah berusaha. Wang bukan segala galanya. Namun banyak perkara dalam dunia sekarang perlukan wang anakku. Wang bukan raja. Wang adalah hamba perkasa yang memudahkan banyak perkara. ramai orang sedikit sedikit sebut Tuhan, pada hal hati mereka bersimpang simpang.

20. Cuba sedaya upaya supaya ada wuduk pada tubuh kita. Ianya adalah cara terbaik cucikan diri. Cuba mandi setiap kali sebelum masuk waktu. Tidak dapat kerana banyak masa di pejabat, mandi 3 kali sehari. Sebelum subuh, sebelum maghrib dan sebelum isya'. InsyaAllah kita rasa bersih dan tenang dari segi luaran. Sewaktu berdiri mahu solat, rasakan ketakutan luar biasa. Kita sedang menghadap Allah Raja dan Tuan kepada segala Raja.
(saya sambung minggu depan apabila dapat bersama dengan Lelaki Tua berkain pelikat ini lagi).
  

PESAN LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT PADA SUBUH HARI.

21. Untuk mendapat sesuatu yang belum pernah kita perolehi, kita mesti melakukan sesuatu yang belum pernah kita lakukan. Goyang kaki dan sembang mulut tidak membawa kita ke mana mana.

20% dari usaha menghasilkan 80% hasil. PerHATI apakah yang 20% itu. Lakukan berulang kali supaya ianya dapat memberikan banyak lagi pulangan berganda dalam kehidupan. Buat perkara bermanfaat. Ulang tindakan hebat. Buat cepat. Usah tunggu sampai berkarat.

PerHATI apa yang kita buat antara masa ini:
1. Antara jam 4.30 pagi hingga 7.30 pagi (3 jam)
2. Antara jam 9.00 malam hingga 11.00 malam (2 jam)
3. Antara jam 5.30 petang hingga 6.30 petang (1 jam)
Jumlah 6 jam ini amat menentukan siapa kita pada masa depan.

22. Pagi pagi seperti ini apabila sudah selesai solat suboh dan mahu berjalan pulang, baca al Fatihah. Ingat ibu ayah. Ingat sanak saudara yang telah tiada. Rindukan mereka yang dalam perjalanan ke kampong halaman. Kita juga bakal kembali ke sana. Letak tangan di dada. Rasakan panasnya kasih sayang semasa kita tiada siapa siapa. Ajari dan kongsi pada anak cucu. Satu ketika kita semua pasti berkumpul di kampong halaman asal, di syurga nanti.

23. Apa yang orang tidak boleh ambil sampai bila pun dari kita adalah ilmu dan pengetahuan kita. Sedut ilmu dimana dan dari siapa sekalipun. Setiap orang ada sesuatu yang dapat diberitahu kepada kita. Mungkin pengalaman. Mungkin dapatan dalam hidup. Berikan salam. Apabila kita senyum dan tebarkan salam, kita terlepas dari sikap sombong dan takabbur. Takabbur itu umpama lubang besar yang kita gali untuk memerangkap kita supaya jatuh dan mati berkubur di situ.

Demikianlah pesan Lelaki Tua Berkain Pelikat seusai subuh pagi ini.



Read more ...