Monday 23 June 2014

Vivix Shaklee dan Siapa Yang Perlukannya? IMKK dan Rokok

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

السلام علبكم ورحمة الله

Dahulu semasa bujang dan semasa belajar di UTM Luke selalu balik kampung dengan bas. Kebanyakkan pelajar lain pun sama kan.

Kalau berhenti makan kat RR mesti ramai akan turun makan dan hisap rokok, betul tak?

Pernah juga sekali Luke balik kampung naik motosikal dari UTM ke Kelantan hehe. Jauh memang jauh tapi sebab semangat punya pasal, motosikal sanggup ku naiki.


Ni gambar masa study UTM dulu, ranggi tak? hehe. Ni kat Tasik Titiwangsa KL ni. Ambil gambar masa datang KL. Pinjam motor adik ni hehe. Balik kampung bukan dengan motor ini ya




Ni pun kat Tasik Titiwangsa juga


Kat bawah ni barulah gambar kat UTM, depan rumah sewa bujang kami.





Inilah motosikal pertama Luke. Beli semasa belajar di UTM. Hampir 2-3 tahun menumpang kawan. Dah hujung-hujung pengajian baru dapat beli motosikal. Itupun selepas buat kerja parttime huhu. Susah hidup masa belajar ini. Ada kadang-kadang makan pagi sekalikan dengan makan tengahari. Ada juga kadang-kadang makan roti canai je sebagai makanan tengahari. 

Masa tu roti canai harganya dalam 50 sen @ 60 sen. Sanggup tu pergi ke kedai yang harga roti cantai 50sen, padahal beze 10sen je pun haha. Biasalahkan jimat kos. Macam tak pernah buat dulu???


Ni motosikal kawan. Nama dia Akhtar Razul. Dia sangat baik haha. Dari MRSM kami sekelas, sampailah ke UTM & sampailah graduate. Sekarang dia dah Ir Dr Akhtar Razul. Memang baik hati dan genuis lah orangnya. Luke tumpang motosikal dia dari awal sem sampailah ke hujung sem. Lepas beli motor sendiri, baru boleh datang ke kelas sendiri.



MRSM, UTM dan Rokok

Kat rumah sewa kami dulu kebanyakkannya kawan se MRSM dan kebanyakkannya tidak merokok kecuali ada 2-3 orang daripada 9-10 orang yang tinggal 1 rumah dulu. Kami sewa rumah teres 2 tingkat dulu di Taman Universiti Skudai, sewa dalam RM750, dalam tahun 1998-2000

Kalau boleh memang nak tinggal serumah dengan kawan yang tidak merokok, tapi sebab kami dah kenal dari zaman sekolah, jadi kesian pula kalau nak tinggalkan kawan yang merokok ni. Jadi nak tak nak yang merokok pun join kami sekali. Cumanya bila dia nak merokok kena keluar rumah haha. Biasalah kan...............

Kak kedai mamak pun sama. Kalau nak makan biasanya kami akan cari tempat yang jauh dari orang hisap rokok. tapi kadang-kadang susah juga nak cari tempat tu. Jadi tahan jelah sampai ke sudah. Dalam hati memang meluat giler rasanya. Dok terfikir, "kenapalah diaorang ini hisap rokok? Nak kata berfaedah, memang tiada satupun faedahnya, membazir adalah"


Dah besar gini baru tahu, rupanya mereka ketagih................dari cuba-cuba jadi ketagih



Kerjaya dan Rokok

Dah jadi pengajar ini pun tak lepas dari rokok juga. Kadang-kadang ada pelajar yang merokok. Ada juga staff yang merokok. Pernah dulu masa awal-awal Luke mengajar tahun 2005 kot, Luke bagi pelajar rehat 10-15 minit, break. Ada yang ke tandas, ada yang ke cafe, ada yang rehat-rehat buat senaman & regangan.

Lepas 15 minit, ada seorang last masuk, dengan bau asap rokok yang sangat kuat. Bilik mengajar sempit dengan air-cond lagi. Luke panggil dia, suruh dia balik hostel, tukar baju & basuh mulut dulu, haha.............garang tak?

Bukan apa, nak merokok memang hak individu, tetapi di dalam kampus memang ada singboard besar "DILARANG MEROKOK". Pulak tu, dah merokok, bawa masuk bau ke dalam kelas dan ganggu tumpuan pelajar lain. Mana nak fokus belajar.

Itulah sekali pengalaman Luke dengan pelajar yang merokok



IMKK dan Rokok

Masa Luke dan Liza join IMKK lepas, boleh baca ini http://jombahagia.blogspot.com/2014/05/intensif-magnet-kekayaan-dan-kejayaan.html, ada 1 slot pagi Sabtu apabila DAO bagi penerangan tentang kekayaan dan kejayaan.

Kata DAO, macam mana kita nak kaya dan berjaya kalau rokok, benda yang simple pun kita tak boleh nak buang. Dan DAO buat demo tentang rokok dan aura kita.

Sesiapa yang merokok, hisap ataupun simpan rokok aura nya akan NEGATIF dan LEMAH. DAO buat demo, memang kami lebih kurang 8000 peserta ini tengok dengan mata kepala kami sendiri, macam mana ROKOK MELEMAHKAN SESORANG. Tenaga jadi kurang, aura jadi lemah, orang makin menjauh etc.

Lepas buat demo tu. DAO buka plastic bag sampah untuk perokok buang rokok dan lighter. Lepas itu berbondong-bondong perokok buang rokok mereka dalam plastik sampah, dengan lighter sekali, haha.

Memang teruja sangat rasa. Bukan setakat lelaki malahan wanita pun sama, ada yang merokok dan terus buang rokok dan lighternya. Ramai yang berlari dari belakang dewan untuk kedepan dewan dan ke pentas untuk buang rokok-rokok mereka. ALHAMDULILLAH

Dalam 45 minit cerita pasal rokok, bahaya, aura negatif, demonstrasi bahaya rokok, lepas tu baru mula dengan sambungan IMKK. Yang syahdu lagi ada isteri yang menangis peluk suaminya bila suaminya buang rokoknya selama ini.

Luke dan Liza doakan agar semua perokok ini akan bebas daripada rokok dan dapat kehidupan yang lebih baik insyaAllah




Luke dan Liza di IMKK 12-15 Jun 2014 lepas




Vivix dan Testimoni Berjaya Berhenti Merokok

Antara vitamin Shaklee yang boleh kita ambil untuk hentikan ketagihan merokok ini adalah VIVIX.
Ini sebahagian testimoni yang boleh kita dengar dan baca daripada mereka yang tegar menghisap rokok suatu ketika dahulu.

















Vivix ini kiranya membantu kita untuk lebih sihat secara keseluruhan dari segi fizikal. Vivix membantu mencucikan organ dalaman terutamanya perokok yang telah lama menghisap rokok. Sebab tu asbab ambil vivix, orang itu akan rasa tawar apabila hisap rokok sebab organ dalamannya seperti paru-paru telah dibersihkan sedikit demi sedikit.

Jadi teruskan ambil vivik sehingga tuan puan BERJAYA BERHENTI SEPENUHNYA DARIPADA MEROKOK insyaAllah

Semasa IMKK, DAO bagitahu dia dan Afdlin Shauki dah berjaya berhenti merokok. Caranya adalah NIAT DAN TEKAD YANG KUAT dan BANYAKKAN MINUM AIR. Ambil VIVIX untuk bantu memudahkan lagi proses buang ketagihan ini insyaAllah.



Manfaat Lain Vivix

Manfaat lain vivix adalah untuk MEMBANTU menyokong kesihatan menyeluruh, mengurangkan risiko kanser seperti kanser payu dara, mengurangkan risiko sakit jantung, mengurangkan komplikasi diabetes, mengurangkan risiko darah tinggi, membantu menurunkan berat badan, meningkatkan kesihatan mata, membantu sistem imunisasi badan, mengurangkan risiko alzheimer, mengurangkan ketagihan merokok, menyokong kesihatan sendi, melambatkan penuaan dan membantu pesakit SLE




Apa Kandungan Vivix dan Bagaimana Ia Berfungsi?





Vivix adalah minuman campuran botani yang mengandungi polifenol tumbuhan. Ia terdiri daripada campuran Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. 

Polifenol adalah kumpulan fotokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.


Polifenol ini berfungsi dengan:
1. Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.

2. Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

3. Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.

Ramuan semulajadi Vivix


Manfaat Resveratrol untuk kesihatan



Vivix, Antipenuaan dan Media

Klik pada text / picture untuk paparan media yang lebih jelas






Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, jom sama-sama kita tingkatkan taraf kesihatan dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan elakkan daripada perkara yang memudaratkan. Bagi perokok tegar terutamanya, inilah peluang terbaik untuk tuan puan berhenti merokok. InsyaAllah hidup lebih sihat, badan lebih cerdas, pasangan lebih  sayang dan insan disekeliling juga akan lebih menghargai kita

Bagaimana kita nak kita dihargai jika kita sendiri tidak menghargai diri kita, betul tak? Hargai diri apanya kalau hisap rokok berkepul-kepul?

Moga ada manfaatnya bersama insyaAllah

Wallahua'lam
Lukeman Yusoff 0132299319
Siti Norliza Ibrahim 0196515717
Bandar Baru Bangi
23 Jun 2014

No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat