Friday 13 June 2014

Islam, Husnul Khatimah, Ilmu Itu Cahaya, Sabar, Redha dan Syukur

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

السلام علبكم ورحمة الله


KOMPILASI NOTA KULIAH AGAMA

Di sini di kumpulkan kompilasi nota kuliah agama untuk memudahkan rujukan kita semua insyaAllah
1. Adakah kita orang Islam Yang Sebenar?
2. Husnul Khatimah
3. Ilmu Itu Cahaya
4. Sabar, Redha dan Syukur


--------------------------------------------------------------------------
1. ADAKAH KITA ORANG ISLAM SEBENAR?

Khutbah Jumaat
Masjid Taming Jaya
Balakong Selangor
13.6.2014

1. Alhamdulillah
2. Ittakullah. Bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dengan lakukan segala suruhan dan jauhi segala laranganNya. Carilah bekalan di dunia untuk kehidupan di akhirat dan sebaik-baik bekal adalah takwa

Al Imran 3:102
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.


Adakah Kita Orang Islam Yang Sebenar?

1. Al Imran 23-25

أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ أُوتُوا نَصِيبًا مِنَ الْكِتَابِ يُدْعَوْنَ إِلَىٰ كِتَابِ اللَّهِ لِيَحْكُمَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ يَتَوَلَّىٰ فَرِيقٌ مِنْهُمْ وَهُمْ مُعْرِضُونَ

Tidakkah engkau pelik memikirkan (wahai Muhammad) terhadap sikap orang-orang (Yahudi) yang telah diberikan sebahagian dari Kitab Taurat, mereka diseru kepada Kitab Allah supaya Kitab itu dijadikan hakim (mengenai perkara-perkara yang timbul) di antara mereka. Ahli-ahli satu puak dari mereka berpaling ingkar sambil menolak (seruan dan hukum Kitab Allah itu).


ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا لَنْ تَمَسَّنَا النَّارُ إِلَّا أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ ۖ وَغَرَّهُمْ فِي دِينِهِمْ مَا كَانُوا يَفْتَرُونَ

Yang demikian ialah disebabkan mereka (mendakwa dengan) berkata: "Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka melainkan beberapa hari sahaja yang boleh dihitung". Mereka (sebenarnya) telah diperdayakan dalam ugama mereka, oleh dakwaan-dakwaan dusta yang mereka telah ada-adakan.

فَكَيْفَ إِذَا جَمَعْنَاهُمْ لِيَوْمٍ لَا رَيْبَ فِيهِ وَوُفِّيَتْ كُلُّ نَفْسٍ مَا كَسَبَتْ وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ

Oleh itu, bagaimana pula (hal keadaan mereka) ketika Kami himpunkan mereka pada hari (kiamat), yang tidak ada syak padanya; dan (pada hari itu juga) disempurnakan kepada tiap-tiap seorang, balasan apa yang ia telah usahakan, sedang mereka masing-masing tidak akan dianiaya.


2. Mereka pengikut nabi Musa tetapi menyelewang daripada ajaran

3. Kita umat Islam jika permainkan Islam maka juga akan menyeleweng

4. Sejauh mana kita jadi orang Islam yang sebenar?

5. "Sesiapa mencari selain Islam maka tidak akan diterima dan dia akan rugi"

Khutbah kedua

1. Bertakwalah kepada Allah
Al Imran 3:102
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.


3. Selawat dan salam
Al Ahzab 33:56

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.



------------------------------------------------------------------------------
2. HUSNUL KHATIMAH

Kuliah Magrib
Surau An Nur
Seksyen 1
Bandar Baru Bangi
8 Jun 2014
10 Syaaban 1435
Ustaz Salahudin Azarai





1. Mati datangnya tiba-tiba

2. "Ana la adri" aku tak tahu. Orang yang mengiktiraf dirinya aib / tidak sempurna

3. Mesti memandang diri kita aib / tidak sempurna

4. Mesti memandang hina kapada diri kita

5. "Jika Allah menghendaki orang itu baik maka akan dibaginya faham akan agama, dan dia akan nampak dirinya aib / kurang"

6. Amalan semata-mata tidak akan sampaikan kita kapadaNya, kecuali disucikan hati dan jiwanya daripada ujub, riak, sumaah

7. Syaaban, banyak amalan yang boleh dilakukan untuk jalan ibadah kepadaNya

8. Ada kelebihan pada 4 bulan; Rejab, Muharram, Zulhijjah & Zulkaedah. Lailatul qadar di bulan Ramadhan. Juga pada hari Jumaat. Tempat, haramain, Mekah, Madinah dan Masjidil Aqsa

9. Akhir zaman orang buat agama ini sampingan dan individu, sedangkan agama ini perlu berjemaah

10. Agama perlu dimasukkan, diaplikasikan dalam setiap kehidupan kita. Kitalah berperanan untuk menghidupkan kembali agama kita

11. Jaga hubungan dengan kerabat, jiran, anak. "Sesiapa yang ingin dipermudahkan urusan dunianya / rezekinya dan dilanjutkan usianya, maka hendaklah dia mengeratkan silaturrahim"

12. Silaturrahim akan meluaskan rezeki dan mempanjangkan usia kita. Orang dulu-dulu panjang usianya, salah satu sebabnya adalah kerana mereka panjangkan sambungkan/eratkan silaturrahim.

13. Diantara hak kerabat yang paling minima ialah dengan cara tulis pada kertas "assalamualaikum, apa khabar?" Iaitu bertanya khabar, terutamanya ibu dan bapa kita

14. "Redha Allah pada keredhaan ibu bapanya"

15. Alangkah malang orang yang ada ibu dan bapanya tetapi dia tidak berbakti kepada keduanya

16. Begitu juga dengan adik-beradik, jiran.

17. Hak jiran ada 3. Jiran 1 hak bukan mukmin dan bukan kerabat. Jiran 2 hak, mukmin dan bukan kerabat. Jiran 3 hak, mukmin dan kerabat kita.

18. Nabi SAW apabila orang baginya hadiah, dia hadiahkan pada kawan-kawan Khadijah RA.

19. Sentiasa lakukan kebaikan kepada manusia lain dan sentiasa doakan mereka

20. Yang dikira itu yang di akhir. Ada 2 orang, seorang ibadah dengan ahli syurga tapi akhirnya dia buat amalan ahli neraka, dan seorang lagi buat amalan ahli neraka tapi akhirnya dia buqt amalan ahli syurga.

Mesti sentiasa usaha dan doa "ya Allah akhirkan kesudahan kami dengan kesudahan yang baik dan jauhkan kami dari kematian yang buruk"

21. Antara alamat kematian yang buruk adalah apabila dia yakin yang dia husnul khatimah, dan antara tanda husnul khatimah adalah dia takut akan suul khatimah dah dia sentiasa bersandarkan dirinya pada Allah

22. Tanda lain suul khatimah apabila buat ibu bapa menangis / derhaka pada ibu bapa, tidak mengendahkan azan.

23. Solat dimikrajkan kepada Nabi Muhammad SAW untuknya dan umat

24. Sahabat dulu solat dengan khusuk sehinggakan dapat dicabut pedang pada kakinya

25. Orang yang jaga urusan dengan Allah, Allah akan jaga urusannya

26. "Jagalah Allah Taala, nescaya Allah akan jaga kamu". Jaga Allah = kita jaga perintah dan kefarduan kepada kita. Jaga solat, jaga kefarduan, Allah akan jaga kita.

27. Seseorang jika jaga amanahnya dengan Allah, nescaya amanahnya sesama manusia akan dijaganya. Khalifah temuduga pembesarnya dengan tanya "kamu solat atau tidak?"

28. Jika anak-anak kita solat, Allah akan jaga mereka. "Jika hambaKu ingat aku dalam dirinya, nescaya Aku akan ingatnya dalam diriKu"

29. Kembalikan hidup kita ke arah keagamaan sebagaimana cara Nabi Muhammad SAW. Nabi sayang kita umatnya. Nabi tidak mahu umatnya masuk kedalam neraka. "Syafaat aku (Nabi Muhammad SAW) ini aku simpankan untuk umatku"

30. Sama-sama kita bawa diri, keluarga, kerabat, jiran dan sahabat untuk dekatkan diri pada Allah


----------------------------------------------------------------------
3. ILMU ITU CAHAYA


Kuliah Subuh
Surau An Nur
Seksyen 1
Bandar Baru Bangi
Selangor
7.6.2014
9.8.1435
Ustaz Halim Hussin
Mudir Al Makmurah Kedah




1. Tauhid, akidah yang sebenar, kena ada dua dalil, aqli dan naqli. Contohnya kenal Allah kena ada kedua-dua dalil, jika tiada dalil maka taqliq namanya. Taqlil maksudnya ikut-ikutan

2. Akidah tidak boleh bertaqliq. Kena kenal Allah dengan dalil

3. Ada pendapat kata iman seorang muslim itu dhaif apabila akidah bertaklik, qaul imam Fakrul Razi, qaul dhaif

4. Qaul Abu Hasan Ashaari, qaul kuat, kena berakidah dengan dalil aqli dan naqli.

5. Kenal Allah kena jazam. Nafsiah, salbiah, maknawiah

6. Wajib pada tiap mukallaf pada syarak untuk kenal sifat-sifat Allah dan barang mustahil

7. Baqoratul Amani-kitab yang dikarang semasa dalam perjalanan

8. Akidah, contoh untuk kenal Allah.
Nafsiah=kelakuan yang wajib bagi zat
Wujud=diri yang ada
Amrun Iqtibari

9. Tauhid ada 2, umum dan khusus
Umum: untuk orang awam yang belajar dengan dalil
Khusus: untuk arifbillah, zauqi=mata hati, setelah melalui belajar dengan berdalil

10. "Al ulama warisatul anbia". Ilmu mesti berakal untuk faham ilmu. Mesti jumpa dan rai orang yang ada ilmu

11. Salbiah=menolak=sifat yang ternafi bagi Allah antaranya qidam, baqa'. Ternafi permulaan adanya Allah. Ada Allah dengan tiada tarikh permulaan.

"Fikir tentang kejadian Allah dan jangan fikir tentang zat Allah"

Rejab-syaaban-ramadhan

Kita kena mencari dan mengkaji kelebihan ilmu dan ibadah

12. Contoh "laailahaillallah" laa=nafi, ilaha=manfi anhu illallah=isbat. Istigna=terkaya dan tidak berhajat kepada sesiapa. Istiqo=berhajat makhluk kepadaNya.

Tersimpul 50 sifat bagi Allah dan Rasulullah SAW.
20+20+4+4+1+1
Wajib+mustahil bagi Allah+wajib+mustahil+harus bagi Rasul

Aqidah=simpulan iman bagi tauhid

Contoh ayat quran, Yasin "iza aro dasyaian anyakulalahu kunfayakun"

"Al ilmu nurulllah" = ilmu itu cahaya/petunjuk/jalan daripada Allah



13. Ustaz pernah ke Darul mustofa, Yaman, dan jumpa dengan Habib Umar


---------------------------------------------------------------------
4. SABAR, REDHA DAN SYUKUR

Khutbah Jumaat
6.6.2014
Surau An Najah
GMI Bangi

1. Alhamdulillah, ibadallah, ittaqullah
2. Sama-sama tingkatkan ketakwaan kapada Allah dengan lakukan segala suruhan dan jauhi segala laranganNya dengan cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Selawat dan salam kapada Rasulullah SAW

Ciri-ciri sifat sabar seorang mukmin

1. Sabar ciri khusus milik manusia, tidak dimiliki oleh haiwan dan juga malaikat

2. Contoh orang yang tinggi kesabaran adalah Rasul-rasul Ulul Azmi.

Al Ankabut 14, kisah Nabi Nuh

وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا نُوحًا إِلَىٰ قَوْمِهِ فَلَبِثَ فِيهِمْ أَلْفَ سَنَةٍ إِلَّا خَمْسِينَ عَامًا فَأَخَذَهُمُ الطُّوفَانُ وَهُمْ ظَالِمُونَ

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya, maka tinggalah ia dalam kalangan mereka selama sembilan ratus lima puluh tahun; akhirnya mereka dibinasakan oleh taufan sedang mereka berkeadaan zalim (dengan kufur derhaka).


3. Sabar adalah sifat bernilai tinggi yang dititik beratkan agama untuk kebaikan dunia dan akhirat

4. 3 ciri utama sabar;
a. Sabar menahan berbuat dosa dan dorongan nafsu
b. Sabar melakukan ibadah
c. Sabar menahan ujian dan bencana

5. Sabar daripada berbuat dosa contohnya dengan menutup aurat

6. Neraka dikelilingi oleh perkara yang disukai syahwat dan syurga dikelilingi oleh perkara yang tidak disukai nafsu / syahwat

7. Sabar dalam lakukan ibadah. Lakukan secara terbaik. Contohnya sabar dalam melakukan solat, berpuasa, zakat, umrah, haji, berbuat baik

8. Taha 132, perintahkan solat dan bersabar


وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا ۖ لَا نَسْأَلُكَ رِزْقًا ۖ نَحْنُ نَرْزُقُكَ ۗ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَىٰ

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.


9. Imam Ghazali "sabar atas ketaatan itu sukar kerana ianya berlawanan dengan nafsu"

10. Redha dengan ujian yang ditimpa Allah seperti kesakitan, kesempitan, ujian harta benda, anak pinak, kemiskinan

Taghabun 15 harta benda dan anak pinak adalah ujian

إِنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ ۚ وَاللَّهُ عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ

Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar.


11. Mereka yang sabar sentiasa berbaik sangka dengan Allah. Segala yang berlaku pasti ada hikmahNya

12. Allah suka mendengar rintihan hambaNya apabila dikenakan ujian

13. Hasbunallahi wanikmalwakil

14. Al Baqarah 155-156 kami akan uji kamu dengan sedikit kemiskinan

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:


الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."


15. Setiap ketentuan Allah adalah baik bagi kita walau dikenakan musibah dan ujian

16. Mukmin itu luar biasa, apabila diberikan rezeki dia syukur, apabila ditimpa musibah dia sabar

17. Bersyukur atas ujian yang diberikan oleh Allah.
SABAR, REDHA DAN SYUKUR

18. Segala kesakitan ujian akan hilang dengan rasa cinta dan syukur pada Allah

19. Tidak bolehkah kita jadi hambaNya yang bersyukur?

20. Sabar, redha dan syukur. istiqomah, bersungguh-sungguh, berusaha, berdoa dan bertawakkal

21, "wahai orang beriman sabar dan solat" Al Baqarah 153


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ ۚ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar


Ya Allah jangan Kau uji kami dengan sesuatu ujian yang tidak sanggup kami hadapinya ya Allah


22. Allahhummasollialamuhammad waalaalimuhammad


-----------------------------------------------------------------------------

Moga ada manfaat yang dapat diambil insyaAllah. Yang baik dari Allah, yang lemah dan dhaif adalah asbab kelemahan diri kami. Kepada Allah kami memohon ampun dan kepada tuan puan kami memohon maaf

Lukeman Yusoff 0132299319
Siti Norliza Ibrahim 01965165717
Bandar Baru Bangi Selangor
13 Jun 2014
SID 1089476

No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat