Wednesday 25 June 2014

Koleksi Nota Kuliah dan Motivasi Pagi



Motivasi pagi 25.6.2014 ikimfm 7.30 pagi

"1. Alhamdulillah, Allahhummasollialamuhammad

2. Moga kita berada dalam rahmat Allah

3. Hadis tentang perkara yang menghilangkan pahala puasa

4. "5 golongan yang hilang pahala puasanya iaitu orang yang suka berbohong, orang yang suka mengumpat, mengadu domba, sumpah palsu & melihat dengan syahwat"

5. Berapa ramai orang yang puasa tetapi hanya dapat lapar dan dahaga sahaja

6. Untuk dapat pahala maksimum, TINGGALKAN:
a. Cakap bohong
b. Gosip, mengumpat-pahala akan berpindah kepada orang yang kita umpat
c. Perkara buruk seperti mengadu domba
d. Sumpah palsu- Jangan sesekali sumpah palsu
e. Melihat dengan syahwat

6. Hindari 5 perkara ini terutamanya pada bulan Ramadhan dan juga pada bulan lain."

Moga kita dapat berpuasa dan dapat pahala puasa dan moga puasa tahun ini lebih baik daripada puasa tahun-tahun lepas insyaAllah

-Lukeman-
Siti Norliza Ibrahim
www.jombahagia.blogspot.com




--------

Kitab Minhaj Abidin
Ms 37
Tajuk: Halangan Untuk Beribdah
Ustaz Haji Dr Abdul Rahman Mahmood
Surau An Nur Bandar Baru Bangi




1. Ramadhan akan tiba tak lama lagi. Rebut peluang untuk banyakkan ibadah

2. Imam Ghazali bahagikan ilmu kepada 3 bahagian:

2.1. Ilmu kenal Tuhan. Syahadah untuk kenal dan yakin dengan Tuhan
2.2. Ilmu untuk beribadah kepada Allah dengan cara tuntutan Allah
2.3.

3. Halangan taubat. Kalau masih buat maksiat kita akan susah, sukar untuk buat ibadah

4. Lailatul qadar ibadah digandakan 80 tahun usia ibadah.

5. Setiap langkah untuk solat berjemaah akn diampun dosa, diangkat darjat, diberikan pahala.

6. "Sesiapa solat isya berjemaah akan berada dalam pemeliharaan Allah sehingga pagi, sesiapa yang solat subuh berjemaah akan dapat perlindungan Allah sehingga petang"

7. Orang datang surau, masjid biasanya muka jernih, hati gembira bila faham ganjaran Allah.

8. Lakukan solat 5 waktu secara berjemaah, diawal waktu di masjid/surau kerana itu tuntutan dan sunnah Nabi Muhammad SAW

9. Antara adab nak sambut Ramadhan, para sahabat RA banyak bermuhasabah. "Umur umat aku antara 60-70 tahun. Hanya sedikit yang melepasinya". Apa bekalan kita untuk akhirat? Sepanjang usia kita ini apa persediaan yang telah kita lakukan?

10. Perbanyakkan taubat kepada Allah, atas dosa dan kekurangan dan kesilapan kita. Taubat=tinggalkan dosa yang pernah kita lakukan. Takwa=jauhi dosa dan maksiat yang belum pernah kita buat.

11. Bersihkan hati dan jiwa dari dosa dan noda. Bila dah bertaubat, baru kita akan rasa ringan untuk buat ibadah. Bertaubat bersungguh-sungguh. Manfaatkan sepenuhnya Ramadhan untuk lakukan ibadah dan ketaatan

12. Kita sudah tidak punya masa. Setiap hari ada orang mati. Kita juga menuju kearah itu.

13. Maksiat akan halang kita daripada lakukan ibadah. Badan akan rasa berat

14. Persiapan untuk sambut Ramadhan:
14.1. Muhasabah
14.2. Taubat
14.4. Azam yang kuat untuk ibadah

15. "Sesiapa yang solat sunat dhuha akan dapat pahala umrah"

16. Umrah pada Ramadhan sama macam pahala haji

Ms 37.

17. Kita perlu belajar dan mempunyai ilmu. Ilmu fardu ain wajib. Fardu kifayah hanya sebahagian

18. Belajar berguru itu perlu dalam suasana hari ini. Belajar bersanad/berguru. Berilmu secara berdisiplin dengan guru.

19. Guru itu pembuka jalan dan pemudah jalan yang payah. Tanpa guru mungkin kita akan tersesat jalan. Jalan yang payah dan sukar untuk mencari guru, tapi ia akan memudahkan pemahaman.

20. Mohon kepada Allah akan ilmu

21. Bagi orang beriman, ilmu mereka akan dipandu oleh Allah. Letakkan pergantungan pada Allah

22. Imam Ghazali minta doa pada gurunya apabila menghadapi kesukaran dalam menuntut ilmu. Kata gurunya "jauhkan maksiat dan banyakkan ibadat. Ilmu ini adalah cahaya, dan cahaya Allah tidak akan diberikan pada orang yang buat maksiat"

23. Bila kita kenal Allah, ikut cara NabinSAW, faham Quran dan hadis perjalanan kita akan terarah. Jika tidak hidup kita akan terumbang ambing

24. Kebanyakkan orang belum Islam yang kaji Quran akan peluk Islam

25. "Hendaklah kamu takut akan hari kamu dikembalikan kepada Allah dan kamu tidak akan dizalimi sedikitpun". Hidup ini ada tujuan yang jelas, syurga atau neraka?

26. Kena jelas dan fahamkan akan rukun iman dengan sepenuhnya. Yakin kepada Allah, maka kita akan beribadah. Yakin pada Rasul SAW makan kita akan ikut sunnahnya. Yakin dengan hari akhirat kita akan bersedia untuk hadapinya

27. Syukur=hakikat pengabadian kepada Allah

28. "Pelajarilah ilmu yang bermanfaat. Ilmu yang mengenal Allah, KeagunganNya,

29. "Perbaharui iman dengan selalu ucapkan "Lailahaillallah". Bersama Allah walau dikhalayak ramai

30. Orang yang kenal Allah, akan bertakwa dan banyak ibadahnya. Akidah dan keyakinannya jelas

31. Luqman nul Hakim "Wahai anakku, duduklah dalam majlis ilmu. Jika dah tahu ia akan memantapkan lagi. Jika belum tahu itulah ilmu baru untuk kamu"

32. Ramai dari penghuni neraka adalah orang yang miskin ilmu. Bukan miskin harta tapi miskin ilmu. Tuntut ilmu, amal dan sampaikan

33. Amalan seperti solat, puasa, zakat akan jadi pelindung kita dalam kubur nanti.

34. Sama doa agar dapat ibadah dan diberikan keamounan

35. Setiap orang cari ruang untuk bagi sumbangan pada agama




--------

1. Tiada keraguan pada Quran "za likalkitabularoibafih"
2. Kembali kepada kehidupan dengan baca, faham dan amalkan isi kandungan Al Quran
3. Pembeza antara haq dan batil
4. Demi masa sesungguhnya semua manusia dalam kerugiaan, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran
5. Takwa tidak dapat diwariskan mahupun dijual beli. Ianya perlu disemai, dibaja dan dipelihara selalu
6. Hidupkan majlis ilmu dan sentiasa berdampingan dengan ulama
7. Selawat

--------

Setiap tasbih, takbir, tahmid adalah sedekah. Mendatangi isteri itu juga berpahala

1. Sahabat orang yang dekat dengan Rasulullah SAW dan mereka sentiasa berkejaran untuk melakukan ibadah.

2. Mereka gusar apabila orang kaya dapat bersedekah dengan harta mereka

3. Setiap tasbih, takbir dan tahmid adalah sedekah
Subhanalaah, alhamdulillah, allahuakbar

4. Setiap yang baik itu adalah sedekah

5. Setiap orang yang beriman dapat beramal ibadah dan dapat bersedekah

6. Lakukan kebaikan pada setiap hari; kejut anak, solat berjamaah, bersalaman, senyum, mandi dengan menutup aurat, tenang ketika memandu, baik dengan rakan sekerja dan setiap kebaikan adalah sedekah

7. Mendatangi isteri juga sedekah dan mendatangkan pahala. Nikmat Allah berikan kepada kita semua

8. Sedekah ada 2 bahagian

a. Sedekah kepada orang lain; kita sampaikan ilmu, sedekah wang, harta, menyuruh orang buat baik, larang orang buat jahat

b. Sedekah untuk diri kita sendiri; tasbih, takbir, tahmid dan zikir.

Ada ulama kata sedekah kepada diri sendiri lebih afdal
ikim.fm 17.6.2014 7.30 pagi

Lukeman
Siti norliza

ps: gambar khasiat ESP & bekalan kepejabat pagi ini ;)




-------
1. Jadikan Nabi dan sahabat sebagai pedoman hidup kita. Allah telah redha kepada mereka
2. Dialah Allah "Allah hussomad"
3. Hanya kekuasaan Allah pemilik langit dan bumi
4. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu
5. Kepada Allah dikembalikan segala urusan
6. Allah, Nabi SAW dan sahabat motovasi terbaik kita
7. Hasbunallah
ikim.fm 2.5.2014 motivasi pagi ulangan
www.jombahagia.blogspot.com

------
Sebarkan kebaikan dengan bagi salam "assalamualaiku warahmatullah"
Salam, doakan keselamatan, kesejahteraan
Darjat orang yang beri salam lebih baik daripada orang yang menerima salam
Kalau kita bagi laluan/jalan pada orang lain, darjat kita lebih tinggi daripadanya

Adab-abad salam
1. Orang naik kenderaan bagi salam pada orang berjalan kaki, naik basikal ataupun naik motosikal. Orang yang di tempat lebih tinggi bagi salam pada orang yang ditempat lebih rendah
2. Orang yang berjalan kaki bagi salam pada orang yang duduk
3. Orang yang sikit bagi salam pada orang yang ramai
4. Orang yang lebih muda bagi salam pada orang yang lebih tua

Bimbing anak muda, jangan mengharapkan salam daripada orang lain, sebaliknya kita yang mulakannya dulu.
Berlumba-lumbalah kearah kebaikan
Fitrah manusia sukakan kebaikan dan kesejahteraan
Kita mulakan terlebih dahulu, insyaAllah ianya akan diikuti oleh orang lain
Lepas bagi "salam", bagi "senyuman"
Buat untuk dapat redha Allah dan sebagai contoh teladan

Salam, tidak tertakluk pada "assalamualaikum" sahaja, tetapi apa sahaja perbuatan yang memberikan keselamatan, kebaikan dan kesejahteraan kepada orang lain
Ikim.fm 23.5.2014 7.30 pagi

Wallahhua'lam
Lukeman





----------

1. Kejayaan yang sebenar adalah apabila dijauhkan daripada azab neraka dan dimasukkan kedalam syurga Allah

2. Hanya orang yang Allah redha akan dapat masuk syurga

3. Al Fajr "wahai jiwa yang tenang

4. Kejayaan kita apabila dapat keredhaan Allah. Tandanya apabila dapat syurga Allah

5. Allah yang tawarkan syurga pada orang beriman

6. "Sesungguhnya orang yg beriman dan beriman soleh, syurga Firdaus ganjaran bagi mereka"

7. Syurga itu maksudnya kita dapat redha Allah

8. Kejayaan yang tiada kegagalan lagi adalah apabila dapat syurga Allah kerana disitu ada keredhaAllah

9. Al Maidah "Aku redha kamu dengan Islam"

10. Agama adalah seluruh perintah Allah ikut cara Rasulullah SAW

11. An Nur 52 "

12. An Nisa 13

13. Mudah untuk taat perintah Allah, hanya perlukan diri kita. Semua orang boleh taat perintah Allah walau apapun keadaan kita; kaya, miskin, tua, muda

14. Contoh, solat, semua orang boleh buat walau kena ikat pada pokok kita masih boleh solat

15. Seorang sahabat yang kena lembing masa perang, katanya "demi Allah, aku telah berjaya"

16. Dunia adalah ujian untuk kita

17. Syurga adalah motivasi realistik kita sebagai umat Islam




-----------------
1. Kejayaan paling muktamad apabila dapat masuk syurga Allah Taala

2. Kita dari tiada kepada ada

3. Hidup selepas mati perlu jadi motif tertinggi kita sebelum kita mati





Kejayaan ada 3 soalan yang perlu dijawab:
1. Apa makna kejayaan
2. Ukuran, syarat kejayaan
3. Contoh orang yang dah berjaya

------------
Ceria, maafkan semua orang dan lihat kebaikannya. Sesekali jika perlu tegur, bila tak tegur dia akan terus bengkok, kalau dikasari dia akan patah

--------
1. Pagi adanya keberkatan dan kejayaan
2. Kita akan bertemu bulan istimewa; Rejab
3. Rejab, antara bulan-bulan haram
4. Haram = hormat = dimuliakan
5. QS Attaubah ayat 36 "bulan disisi Allah ada 12 bulan, ada 4 bulan haram"
6. HR Buhkari "Masa terus berjalan, 1 tahun ada 12 bulan, 4 bulan haram, 3 berturutan Zulkaedah, Zulhijjah Muharram dan Rejab
7. Motivasi = motif + aksi = matlamat dan tindakan
8. Targrib=dorongan dan galakan
9. Tarhib=tegahan dan ancaman


------------------
Ustaz Gunawan Che Aziz
Motivasi Pagi ikimfm 6.5.2014 7.30 pagi

1. Assalamualaikum, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabatnya
2. Moga pagi ini sentiasa penuh berkah insyaAllah
3. Awal Rejab, kemudian Syaaban dan Ramadhan
4. Ya Allah, berkatilah kami dalam bulan rejab dan syaban dan ketemukan kami dengan ramadhan
5. Motivasi teruggul Nabi SAW dan sahabat RA adalah Allah
6. Surah Al Ikhlas ayat 1-2 "katakanlah Allah itu Esa. Allah itu tempat bergantung segala makhluk"
7. Selain Allah adalah makhluk
8. Adakah kita masih merasa gundah setelah tahu Allah itu Maha Esa dan Dia tempat kita dan semua makhluk bergantung?




----------------
Ustaz Gunawan Che Aziz
Motivasi Pagi ikimfm 5.5.2014 7.30 pagi

1. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW
2. Terima kasih kepada radio ikim
3. Berlari mencari redha Allah
4. Solat, ibadah, hidup dan matiku hanya untuk Allah
5. "Innalillahhiwainnailaihirojiun" sesungguhnya kami ini milik Allah dan kepada Allah kami semua akan kembali
6. Ikut cara Nabi SAW dan sahabat-sahabat Nabi SAW
7. Nabi SAW maksum, tapi sahabat tidak
8. "Wahai ahli syurga, apa lagi yang kamu mahu?" "cukup" "Aku akan tambah lagi nikmatKunpadamu. Hari ini aku istiharkan keredaanKu padamu"
9. Ahli syurga diredhai Allah dalam syurga
10. Para sahabat Nabi SAW semasa hidupnya Allah dah redha
11. Redha Allah datang kerana para sahabat RA bawa agama Islam yang sempurna dalam diri dan kehidupan
12. Mereka paling jaga hubungan dengan Allah
13. "Kamu jaga Allah, Allah akan jaga kamu"
14. "Apabila kamu ingin sesuatu, minta pada Allah"
15. Apa keadaan sekalipun kita perlu semakin dekat dengan Allah untuk mencari dan mendapatkan redhaNya insyaAllah
16. Moga ambil manfaat dan sampai-sampaikan

Lukeman Yusoff


--------

6.6.2014
Surau An Najah
GMI Bangi

1. Alhamdulillah, ibadallah, ittaqullah
2. Sama-sama tingkatkan ketakwaan kapada Allah dengan lakukan segala suruhan dan jauhi segala laranganNya dengan cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Selawat dan salam kapada Rasulullah SAW

Ciri-ciri sifat sabar seorang mukmin

1. Sabar ciri khusus milik manusia, tidak dimiliki oleh haiwan dan juga malaikat

2. Contoh orang yang tinggi kesabaran adalah Rasul-rasul Ulul Azmi; Nabi Nuh, Isa, Musa,


Al Ahzab 35, kisah Rasul Ulul Azmi

Al Ankabut 14, kisah Nabi Nuh

وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا نُوحًا إِلَىٰ قَوْمِهِ فَلَبِثَ فِيهِمْ أَلْفَ سَنَةٍ إِلَّا خَمْسِينَ عَامًا فَأَخَذَهُمُ الطُّوفَانُ وَهُمْ ظَالِمُونَ

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya, maka tinggalah ia dalam kalangan mereka selama sembilan ratus lima puluh tahun; akhirnya mereka dibinasakan oleh taufan sedang mereka berkeadaan zalim (dengan kufur derhaka).


3. Sabar adalah sifat bernilai tinggi yang dititik beratkan agama untuk kebaikan dunia dan akhirat

4. 3 ciri utama sabar;
Sabar menahan berbuat dosa dan dorongan nafsu
Sabar melakukan ibadah
Sabar menahan ujian dan bencana

5. Sabar daripada berbuat dosa contohnya dengan menutup aurat

6. Neraka dikelilingi oleh perkara yang disukai syahwat dan syurga dikelilingi oleh perkara yang tidak disukai nafsu / syahwat

7. Sabar dalam lakukan ibadah. Lakukan secara terbaik. Contohnya sabar dalam melakukan solat, berpuasa, zakat, umrah, haji, berbuat baik

8. Taha 132, perintahkan solat dan bersabar


وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا ۖ لَا نَسْأَلُكَ رِزْقًا ۖ نَحْنُ نَرْزُقُكَ ۗ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَىٰ

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.


9. Imam Ghazali "sabar atas ketaatan itu sukar kerana ianya berlawanan dengan nafsu"

10. Redha dengan ujian yang ditimpa Allah seperti kesakitan, kesempitan, ujian harta benda, anak pinak, kemiskinan

Taghabun 15 harta benda dan anak pinak adalah ujian

إِنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ ۚ وَاللَّهُ عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ

Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar.


11. Mereka yang sabar sentiasa berbaik sangka dengan Allah. Segala yang berlaku pasti ada hikmahNya

12. Allah suka mendengar rintihan hambaNya apabila dikenakan ujian

13. Hasbunallahi wanikmalwakil

14. Al Baqarah 155-156 kami akan uji kamu dengan sedikit kemiskinan

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:


الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."







15. Setiap ketentuan Allah adalah baik bagi kita walau dikenakan musibah dan ujian

16. Mukmin itu luar biasa, apabila diberikan rezeki dia syukur, apabila ditimpa musibah dia sabar

17. Bersyukur atas ujian yang diberikan oleh Allah.
SABAR, REDHA DAN SYUKUR

18. Segala kesakitan ujian akan hilang dengan rasa cinta dan syukur pada Allah

19. Tidak bolehkah kita jadi hambaNya yang bersyukur?

20. Sabar, redha dan syukur. istiqomah, bersungguh-sungguh, berusaha, berdoa dan bertawakkal

21, "wahai orang beriman sabar dan solat dalam" Al Baqarah 153


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ ۚ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar





Ya Allah jangan Kau uji kami dengan sesuatu ujian yang tidak sanggup kami hadapinya ya Allah


22. Allahhummasollialamuhammad waalaalimuhammad

No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat