Sunday 29 June 2014

Ramadhan, Quran dan Saham "Bluechip"

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

السلام علبكم ورحمة الله


Alhamdulillah pagi tadi sempat ke kuliah subuh di Surau An Nur, oleh Dr Haji Mohd Shafie bin Md Amin. Beliau memberikan tazkirah dengan bukunya yang bertajuk "Kamu Umat Terbaik"

Buku ini adalah kompilasi ataupun sususan ayat Quran untuk panduan kehiduan kita secara menyeluruh. Alhamdulillah, syukur sangat pada Allah sebab dapat kenal, jumpa dan belajar dengan pengasas hafazan Quran kaedah sistematik AL HUFFAZ ini.

InysaAllah 12 Julai 2014 ini beliau akan adakan Seminar Quran di KL. InsyaAllah Luke dan Liza akan ikut serta. Memang salah satu azam kami untuk diri kami dan anak-anak adalah untuk hafal, faham dan amalkan seluruh isi kandungan Quran. Jom sama-sama kita ikut serta


Seminar Quran




Sedikit sejarah awal, seperti yang dapat diperolehi di artikel penuh di sini  http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0919&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_04.htm

Beliau yang berkelulusan bidang perakaunan dari sebuah universiti di England merupakan seorang penghafaz 30 juzuk al-Quran ketika berusia 30 tahun.
Kesemua 13 anaknya dilatih menjadi hafiz al-Quran dengan tujuh daripadanya telah menghafal keseluruhan al-Quran.
Tiga anak perempuannya bahkan bergelar johan hafazan al-Quran peringkat kebangsaan termasuk Siti Nadhira, 17, yang menjadi johan dan peserta wanita terbaik Pertandingan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan pada April lalu.

Artikel Penuh (copy-paste dari link di atas)

Maahad tahfiz si buta al-Quran


PENGERUSI Maahad Tahfiz Al-Itqaan, Mohd. Shafie yang berkelulusan dalam bidang perakaunan dari sebuah universiti di England mengakui pernah buta dan jahil al-Quran.


SEINGAT dirinya, tak pernah sekali pun dia menyentuh kitab al-Quran semasa usia remajanya. Beliau mengaku tidak suka membaca al-Quran dan sering mengelak daripada mendekatinya. Baginya, tidak ada kepentingan untuk membaca al-Quran.
“Saya tidak nampak kepentingan al-Quran. Dalam kamus hidup saya, definisi kejayaan ialah berkelulusan, berjawatan tinggi dan banyak duit.
“Pada masa itu saya menganggap al-Quran tidak lebih hanya sebagai kitab orang Islam,” kata Dr. Mohd. Shafie Md. Amin, 47, kepada Jurnal.
Beliau yang berkelulusan bidang perakaunan dari sebuah universiti di England merupakan seorang penghafaz 30 juzuk al-Quran ketika berusia 30 tahun.
Kesemua 13 anaknya dilatih menjadi hafiz al-Quran dengan tujuh daripadanya telah menghafal keseluruhan al-Quran.
Tiga anak perempuannya bahkan bergelar johan hafazan al-Quran peringkat kebangsaan termasuk Siti Nadhira, 17, yang menjadi johan dan peserta wanita terbaik Pertandingan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan pada April lalu.
Hidayah
Sungguh mengagumkan apabila Shafie yang pada asalnya boleh disifatkan sebagai buta al-Quran menjadi seorang guru tahfiz dan pengasas kepada Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Itqaan di Ampang, Selangor.
Mengakui dirinya pada asalnya seorang yang tidak begitu mendalami agama, Shafie berkata, sembahyang pun dilakukan hanya sekadar ikut-ikut orang.
“Bukan tak tahu langsung agama. Tapi tak pernah serius. Masa kecil ada belajar mengaji al-Quran, tapi tak pernah bersungguh-sungguh.
“Ustaz mengajar, saya pilih tempat di belakangnya agar dia tak nampak saya main. Lepas tak berjaya dengan ustaz, ibu saya sendiri mengajar. Bila ibu baru mengajar, bila salah, ibu marah, saya menangis.
“Sudahnya, berhenti mengaji dan tak pandai-pandai,” ujarnya.
Kemudian, Shafie membesar dan jiwanya hanya bergelora untuk berjaya bagi mengecap material duniawi. Jika al-Quran disuakan kepadanya untuk dibaca, kalimah ‘kacaulah’ pernah tergetus dalam benaknya.
Siapa sangka, di kota Londonlah, hidayah turun buatnya. Semasa berusia 18 tahun, Shafie melanjutkan pelajaran di kota itu. Kebetulan, dia tinggal bersama rakan serumah yang agak baik.
“Apabila tinggal serumah, kami melakukan banyak aktiviti bersama-sama termasuk mengaji al-Quran. Mereka ajak saya mengaji. Saya berasa tidak selesa.
“Saya tidak mahu mereka tahu saya tidak tahu mengaji al-Quran. Tapi akhirnya saya kena mengaji juga. Saya malu, kawan-kawan lain baca dengan baik, sedangkan saya merangkak-rangkak. Mereka ajar saya sikit demi sikit, lama-kelamaan saya boleh mengaji dengan lancar.
Usia lanjut
“Saya sangat tertarik dengan bacaan seorang kawan yang sangat sedap suaranya. Saya rasa menyesal kerana tak pandai mengaji al-Quran sebelum ini. Saya berusaha memperbaiki bacaan antaranya dengan bantuan kaset bacaan al-Quran.
“Saya cuba hafal sedikit ayat-ayat al-Quran yang mudah, lama-lama saya boleh hafal,” ujarnya yang turut berjaya menyelesaikan pengajiannya dalam bidang perakaunan di London.
Bermula daripada usia yang agak lanjut untuk mempelajari al-Quran iaitu pada usia 18 tahun, akhirnya pada umur 30 tahun, kandungan 30 juzuk al-Quran sudah memenuhi kantung memorinya.
Ketika usia itu juga, beliau bersama beberapa kawan bertindak menubuhkan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Itqaan untuk mendidik kanak-kanak termasuk anak-anak mereka menjadi al-hafiz.
Ia bermula dengan 12 murid. Maahad tahfiz itu turut mengajar bidang akademik seperti di sekolah biasa.
“Ramai orang yang mentertawakan saya. Mereka kata, boleh percayakah seorang lulusan perakaunan mengajar al-Quran?
AMALAN mengimarahkan bacaan dan menghafaz al-Quran bersemarak dalam keluarga Mohd. Shafie.
Tawaran Yang Sukar Dilepaskan!


Penampilan
“Ramai juga yang tidak percaya saya sudah menghafal al-Quran 30 juzuk. Ya, saya telah bertalaqqi (membaca hafazan berhadapan) dengan ustaz-ustaz dari Indonesia dan Mali, tetapi bagaimana masyarakat boleh mempercayai saya?
“Saya akhirnya menyertai pertandingan hafazan peringkat negeri Selangor. Tujuan utama saya adalah untuk menguji sejauh mana kemampuan saya.
“Tahun pertama saya sertai, saya tidak meraih apa-apa tempat, saya berusaha memperbaiki bacaan lagi. Dua tahun kemudian, saya sertainya sekali lagi dan bergelar naib johan negeri Selangor sebelum menjadi johan pada tahun berikutnya,” ujarnya.
Dia kemudian turut ditawarkan untuk menjadi guru tahfiz di Masjid Negara. Shafie satu-satunya guru tahfiz di situ yang mempunyai kelulusan dari England berbanding guru-guru tahfiz yang lain dari Mesir.
Ketika ditemui, penampilannya juga berbeza daripada kebanyakan ustaz dan guru tahfiz apabila beliau selesa memakai kemeja, tidak memakai kopiah atau songkok.
Katanya, itu dirinya dan dia mahu memberi mesej kepada masyarakat bahawa agama bukan hanya milik ustaz-ustaz.
Masyarakat semakin mempercayai kebolehannya mengajar al-Quran apabila berita salah seorang anaknya, Rabiah, mencipta rekod sebagai johan hafazan peringkat kebangsaan termuda tersiar di dada akhbar pada tahun 1999. Rabiah ketika itu baru berusia 12 tahun.
Shafie meyakini sistem pengajarannya sehinggakan kesemua anaknya disekolahkan di maahad tahfiznya.
Murid-murid di situ tidak ketinggalan pembelajaran akademik dan turut mengikuti peperiksaan seperti Siji Pelajaran Malaysia. Mereka juga berjaya ke menara gading seperti Universiti Islam Antarabangsa dan Universiti Madinah.
“Macam mana orang nak percaya kepada pengajaran kita kalau anak-anak kita sendiri tidak bersekolah dengan kita?” soalnya menunjukkan keyakinannya kepada sistem pengajarannya.
Kini, Shafie yang juga merupakan Pengerusi Maahad Tahfiz al-Itqaan memberitahu, maahad itu kini bertaraf kolej kerana menawarkan pengajian diploma dan bercita-cita untuk menjadi universiti al-Quran.
Ditanya reaksinya mengenai Paderi Terry Jones dari Dove Outreach Center di Gainesville, Florida, Amerika Syarikat yang mencetuskan berang antarabangsa kerana berhasrat membakar al-Quran baru-baru ini, jawapannya cukup bernas dan bukan terbit daripada api kemarahan semata-mata seperti kebanyakan kita.
“Kalau dulu, sewaktu saya jahil, saya akan marah kerana ia merupakan kitab saya, orang Islam. Tapi marah yang kosong kerana saya sendiri tidak tahu mengapa saya perlu marah sangat.
“Kini, saya juga marah. Tetapi, sebagai umat Islam, kita juga perlu melihat apa yang berlaku dari sisi positif. Kenapa ia berlaku?
“Mungkinkah peristiwa itu Allah jadikan kerana mahu menyedarkan kita bahawa kita sudah terlalu jauh daripada al-Quran?
“Kita lemah kerana kita tinggalkan al-Quran dan orang kafir sudah berani melakukan penghinaan kepada al-Quran kerana mereka lihat kita sendiri tidak mengambil manfaat daripadanya,” ujarnya.


Catatan Nota Kuliah Subuh
Kamu Umat Terbaik
Dr Mohd Shafie Md Amin
Surau An Nur Bandar Baru Bangi
29.6.2014M 1.9.1435H











1. Banyakkan syukur kapada Allah SWT kerana diberi peluang bertemu Ramadhan

2. Gunakan peluang untuk tingkatkan kualiti

3. Visi, misi, objektif, mindset

4. Tukar mindset, dan niat dengan "lailahaillala"

AlHujarat 49:14

قَالَتِ الْأَعْرَابُ آمَنَّا ۖ قُلْ لَمْ تُؤْمِنُوا وَلَٰكِنْ قُولُوا أَسْلَمْنَا وَلَمَّا يَدْخُلِ الْإِيمَانُ فِي قُلُوبِكُمْ ۖ وَإِنْ تُطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَا يَلِتْكُمْ مِنْ أَعْمَالِكُمْ شَيْئًا ۚ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Orang-orang " A'raab" berkata: " Kami telah beriman". Katakanlah (wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` kami telah Islam '. Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".

5. Ilahun = nakbudu

6. Tiada yang kita cinta selain Allah

Al Anfal 8:2

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.


7. Bukti cinta Allah dengan memahirkan diri kita dengan Quran

"Sesungguhnya Allah ada ahliNya (keluarga) dikalangan manusia, mereka adalah orang yang mahir dengan Quran" HR Ibu Majah

8. Minta kurniaan paling besar " Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata"

Faathir 35:32

ثُمَّ أَوْرَثْنَا الْكِتَابَ الَّذِينَ اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا ۖ فَمِنْهُمْ ظَالِمٌ لِنَفْسِهِ وَمِنْهُمْ مُقْتَصِدٌ وَمِنْهُمْ سَابِقٌ بِالْخَيْرَاتِ بِإِذْنِ اللَّهِ ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الْفَضْلُ الْكَبِيرُ

Kemudian Kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran), dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata).

9. Mahir Quran dengan hafal, faham dan amalkan Al Quran

10. Niat "Saya berazam untuk hafal Quran, faham dan amalkan isi kandungan Al Quran"

11. Amal yang paling baik adalah yang berterusan walaupun sedikit

12. Tunjukkan kami jalan yang lurus
Yasin

13. Tadarus=darsun=belajar. Jangan baca dengan terkejar-kejar. Baca dengan berkualiti

Al Maidah 5:100

قُلْ لَا يَسْتَوِي الْخَبِيثُ وَالطَّيِّبُ وَلَوْ أَعْجَبَكَ كَثْرَةُ الْخَبِيثِ ۚ فَاتَّقُوا اللَّهَ يَا أُولِي الْأَلْبَابِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya.

Tadarus=tadarasa=baca, faham, amalkan sesama kita

Sod 38:29

كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ

(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.

Tadabbur=baca, faham

14. Hafal dan faham bahasa Quran.
"Kami mudahkan Quran"

Al Baqarah 2:45

وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ ۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;

Khusuk=cinta pada Allah=ilahun=ikhlas

2:165

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَتَّخِذُ مِنْ دُونِ اللَّهِ أَنْدَادًا يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللَّهِ ۖ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَشَدُّ حُبًّا لِلَّهِ ۗ وَلَوْ يَرَى الَّذِينَ ظَلَمُوا إِذْ يَرَوْنَ الْعَذَابَ أَنَّ الْقُوَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا وَأَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعَذَابِ

(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).

15. Paksa diri untuk cinta pada Allah

29:69
وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.

Bersungguh-sungguh=PAKSA DIRI
Ikut peraturan kami=faham dan amalkan Quran

Cari cahaya dengan QURAN

16. Doa tidak berkesan jika datang tanpa dari HATI

17. "Ya Allah bagi hidayah pada saya dan pada mereka"

18. Seminar/Program Hafalan Quran

20. Cahaya untuk suluh jalan kehidupan

21. Asas kepada semua ilmu ada dalam Quran

22. Belajar guna "long term memory" dengan Quran

23. Doa dan harap sungguh-sungguh agar dikabulkan. Ya Allah bagi kami peluang untuk hafal, faham dan amalkan Quran


Sejarah hafal Quran

24. Jika kamu berselisih maka kembali kepada QURAN dan SUNNAH

25. Dan kebanyakkan ulama terdahulu hafal quran

26. Allah tengok niat dan keazaman kita.

27. Kalau susah hafal ucap "alhamdulillah" sebab Allah nak bagi banyak pahala. Kerja kita BUAT, kerja Allah yang bagi DAPAT. Buat dan buat lagi sampai DAPAT ataupun sampai MATI

28. Taman Nirwana.

29. Setiap huruf=1 pahala. Blue chip share

30. Kita nak Allah didik kita setiap hari, belajar bersungguh-sungguh

Al Baqarah:282

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا تَدَايَنْتُمْ بِدَيْنٍ إِلَىٰ أَجَلٍ مُسَمًّى فَاكْتُبُوهُ ۚ وَلْيَكْتُبْ بَيْنَكُمْ كَاتِبٌ بِالْعَدْلِ ۚ وَلَا يَأْبَ كَاتِبٌ أَنْ يَكْتُبَ كَمَا عَلَّمَهُ اللَّهُ ۚ فَلْيَكْتُبْ وَلْيُمْلِلِ الَّذِي عَلَيْهِ الْحَقُّ وَلْيَتَّقِ اللَّهَ رَبَّهُ وَلَا يَبْخَسْ مِنْهُ شَيْئًا ۚ فَإِنْ كَانَ الَّذِي عَلَيْهِ الْحَقُّ سَفِيهًا أَوْ ضَعِيفًا أَوْ لَا يَسْتَطِيعُ أَنْ يُمِلَّ هُوَ فَلْيُمْلِلْ وَلِيُّهُ بِالْعَدْلِ ۚ وَاسْتَشْهِدُوا شَهِيدَيْنِ مِنْ رِجَالِكُمْ ۖ فَإِنْ لَمْ يَكُونَا رَجُلَيْنِ فَرَجُلٌ وَامْرَأَتَانِ مِمَّنْ تَرْضَوْنَ مِنَ الشُّهَدَاءِ أَنْ تَضِلَّ إِحْدَاهُمَا فَتُذَكِّرَ إِحْدَاهُمَا الْأُخْرَىٰ ۚ وَلَا يَأْبَ الشُّهَدَاءُ إِذَا مَا دُعُوا ۚ وَلَا تَسْأَمُوا أَنْ تَكْتُبُوهُ صَغِيرًا أَوْ كَبِيرًا إِلَىٰ أَجَلِهِ ۚ ذَٰلِكُمْ أَقْسَطُ عِنْدَ اللَّهِ وَأَقْوَمُ لِلشَّهَادَةِ وَأَدْنَىٰ أَلَّا تَرْتَابُوا ۖ إِلَّا أَنْ تَكُونَ تِجَارَةً حَاضِرَةً تُدِيرُونَهَا بَيْنَكُمْ فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَلَّا تَكْتُبُوهَا ۗ وَأَشْهِدُوا إِذَا تَبَايَعْتُمْ ۚ وَلَا يُضَارَّ كَاتِبٌ وَلَا شَهِيدٌ ۚ وَإِنْ تَفْعَلُوا فَإِنَّهُ فُسُوقٌ بِكُمْ ۗ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ وَيُعَلِّمُكُمُ اللَّهُ ۗ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil benar); dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi apabila kamu berjual-beli. Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Bersungguh-sungguh


31. 2:269

يُؤْتِي الْحِكْمَةَ مَنْ يَشَاءُ ۚ وَمَنْ يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْرًا كَثِيرًا ۗ وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ

Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.



32. 11:88

قَالَ يَا قَوْمِ أَرَأَيْتُمْ إِنْ كُنْتُ عَلَىٰ بَيِّنَةٍ مِنْ رَبِّي وَرَزَقَنِي مِنْهُ رِزْقًا حَسَنًا ۚ وَمَا أُرِيدُ أَنْ أُخَالِفَكُمْ إِلَىٰ مَا أَنْهَاكُمْ عَنْهُ ۚ إِنْ أُرِيدُ إِلَّا الْإِصْلَاحَ مَا اسْتَطَعْتُ ۚ وَمَا تَوْفِيقِي إِلَّا بِاللَّهِ ۚ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيبُ

Nabi Syuaib berkata: "Wahai kaumku! Bagaimana fikiran kamu, jika aku berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhanku, dan Ia pula mengurniakan daku pangkat Nabi sebagai pemberian daripadaNya, (patutkah aku berdiam diri dari melarang kamu) sedang aku tidak bertujuan hendak melakukan sesuatu yang aku melarang kamu daripada melakukannya? Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali.


2:249

فَلَمَّا فَصَلَ طَالُوتُ بِالْجُنُودِ قَالَ إِنَّ اللَّهَ مُبْتَلِيكُمْ بِنَهَرٍ فَمَنْ شَرِبَ مِنْهُ فَلَيْسَ مِنِّي وَمَنْ لَمْ يَطْعَمْهُ فَإِنَّهُ مِنِّي إِلَّا مَنِ اغْتَرَفَ غُرْفَةً بِيَدِهِ ۚ فَشَرِبُوا مِنْهُ إِلَّا قَلِيلًا مِنْهُمْ ۚ فَلَمَّا جَاوَزَهُ هُوَ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ قَالُوا لَا طَاقَةَ لَنَا الْيَوْمَ بِجَالُوتَ وَجُنُودِهِ ۚ قَالَ الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُمْ مُلَاقُو اللَّهِ كَمْ مِنْ فِئَةٍ قَلِيلَةٍ غَلَبَتْ فِئَةً كَثِيرَةً بِإِذْنِ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ

Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya". (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka. Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): "Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya". Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: "Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar".


33. Perang Badar berlaku bulan puasa




8:7

وَإِذْ يَعِدُكُمُ اللَّهُ إِحْدَى الطَّائِفَتَيْنِ أَنَّهَا لَكُمْ وَتَوَدُّونَ أَنَّ غَيْرَ ذَاتِ الشَّوْكَةِ تَكُونُ لَكُمْ وَيُرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُحِقَّ الْحَقَّ بِكَلِمَاتِهِ وَيَقْطَعَ دَابِرَ الْكَافِرِينَ

Dan (ingatlah) ketika Allah menjanjikan kepada kamu salah satu dari dua angkatan, menjadi untuk kamu (menghadapinya), sedang kamu suka kiranya (angkatan perniagaan) bukan angkatan (perang) yang mempunyai kekuatan itu yang dijadikan untuk kamu (menghadapinya). Padahal Allah menghendaki untuk menetapkan yang benar (ugama Islam) dengan Kalimah-kalimahNya, dan untuk membinasakan kaum yang kafir seluruhnya;

Kekuatan umat Islam bukan pada kuantiti tapi pada KUALITI dan KETAKWAAN

34. Persiapan paling penting adalah ketaatan=ketakwaan kepada Allah





3:123-124

وَلَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ بِبَدْرٍ وَأَنْتُمْ أَذِلَّةٌ ۖ فَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu).

إِذْ تَقُولُ لِلْمُؤْمِنِينَ أَلَنْ يَكْفِيَكُمْ أَنْ يُمِدَّكُمْ رَبُّكُمْ بِثَلَاثَةِ آلَافٍ مِنَ الْمَلَائِكَةِ مُنْزَلِينَ

(Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang-orang yang beriman (untuk menguatkan semangat mereka): "Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu tentera dari malaikat yang diturunkan?,"


Kita hafal Quran dengan kekuatan yang diberikan oleh Allah

No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat