Friday 21 November 2014

2004-2014 10 Tahun; Kahwin, Kerjaya & Rezeki

Alhamdulillah 2014 adalah ulang tahun ke 10 perkahwinan LY & SNI dan juga ulang tahun ke 10 perkhidmatan LY di UniKL.

Plak penghargaan 10 tahun berkhidmat



10 Tahun Rumahtangga



Pejam celik pejam celik dah 10 tahun rupanya kami hidup bersama, dari 1 Jun 2004 sehingga 1 Jun 2014. Alhamdulillah dikurniakan anak-anak yang comel, sihat dan semoga mereka semua menjadi anak yang soleh dan solehah yang sentiasa menyejukkan mata kami dan sentiasa mendoakan ibu dan bapa mereka insyaAllah

10 tahun sebagai suami dan isteri


10 Tahun Berkhidmat di UniKL

Malam tadi (20.11.2014) pihak pengurusan UniKL mengadakan majlis makan malam bagi menghargai kakitangan yang berkhidmat lebih daripada 10 tahun. Setiap staf dapat sijil penghargaan, plak penghargaan dan juga wang tunai. Alhamdulillah dan terima kasih kepada pihak pengurusan UniKL MFI
Dan bulan Disember 2014 nanti pihak UniKL Chancellary pula akan buat majlis penghargaan untuk menghargai mereka yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun di UniKL untuk semua kampus. Malam tadi untuk kampus UniKL MFI (UniKL cawangan Bangi)

Plak, sijil penghargaan, makan malam dan wang tunai....alhamdulillah

Berkahwin; Rezeki Bertambah Murah

Satu sahaja kesimpulan yang boleh diambil dari kisah ini adalah; berkahwin akan lebih memurah dan menambahkan rezeki kita insyaAllah. Banyak contoh yang boleh kita ambil untuk dijadikan teladan, dan setiap anak yang lahir juga ada rezeki mereka masing-masing yang telah ditetapkan Allah.

Jadi buat mereka yang belum berkahwin, ataupun masih berkira-kira untuk berkahwin.......berkahwinlah, insyaAllah rezekimu akan bertambah murah :)

Salam sayang dan jumpa lagi insyaAllah
Lukeman Yusoff (LY) dan Siti Norliza Ibrahim (SNI)
Bandar Baru Bangi
21 Oktober 2014

No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat